Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Sabtu, 20 Ogos 2016

Cinta Semanis Aiskrim 2



BAB 2


Azyan mengangkat kotak-kotak yang tersusun ditepi dinding masuk kedalam stor. Stok biji kopi yang baru dihantar pagi tadi perlu di kira sebelum disimpan. Punggungnya dilabuhkan diatas lantai, dia duduk bersila, lebih mudah untuk membuat kerja.
Dadanya diurut perlahan-lahan, tersentak bila senaskah surat khabar tiba-tiba diletakkan diatas ribanya, dia mendongak memandang wajah Nadia yang berdiri dihadapannya dengan riak wajah yang penuh dengan persoalan.
“Bila masa pulak kau berdiri kat depan aku ni? Senyap-senyap je, tup-tup dah tercegat. Pakai ilmu ghaib ke apa?.” Tegur Azyan, Nadia tidak menjawab, sebaliknya dia menunjuk kearah akhbar yang diletakkannya diatas riba Azyan.
            “Kau ni apa hal, tetiba je rajin beli paper, selalunya kau yang paling malas membaca.” Sindir Azyan, surat khabar itu dialih ketepi.
            “Sebab hari ni ada cerita yang paling best pernah aku baca.” Ujar Nadia, dia duduk bersila dihadapan kembarnya itu.
            “Pasal apa...ada pelakon Korea kegemaran aku nak datang shooting kat sini ke atau Running Man nak buat fanmeeting kat sini. Which one?.” Tanya Azyan, teruja pulak rasanya dia. Nadia menjelirkan lidahnya, tak ada topik lain yang keluar dari mulut gadis itu, kalau tak pasal drama dan pelakon Korea, pasti melibatkan hos-hos rancangan popular itu.
            “Story ni lebih gempak dari Running Man or pelakon Korea kau tu, eksklusif giler.” Ujar Nadia.
            “Ya ke? Cerita apa yang best sangat tu, story mory la sikit kat aku. Aku pun nak tau jugak.” Pinta Azyan, dia kembali menyambung kerjanya. Kotak-kotak besar yang tersusun diatas lantai dikira satu persatu, mahu memastikan tiada kesilapan yang berlaku.
            “Cerita paling hangat dipasaran ni tak ada kaitan dengan dunia hiburan, tapi impak dia memang cukup untuk membuatkan anak dara....mak dara menangis sampai tenggelam KL ni.” Ujar Nadia. Azyan melopong, macam best je gossip ni.
            “Ha...tunggu apa lagi, cepat la cerita...” Ujarnya tidak sabar, tapak tangannya digosok perlahan beberapa kali.
            “Jejaka pujaan Malaysia, Dato’ Tengku Aryan Azraeil bakal berkahwin tak lama lagi..” Ujar Nadia, Azyan mencemik, ingatkan gossip gempak, setakat cerita kawin, tak menarik langsung.
            “Lor...ingatkan cerita apa yang best sangat, kalau cerita pasal dia, baik kau tak payah cerita kat aku, buang masa aku je dengar.” Ujar Azyan, menyampah, rasa macam nak termuntah pun ada.
            “Ada pulak kau cakap macam tu...bukan selalu tau dapat baca cerita eksklusif macam ni, kisah fantasi cinta Dato’ Tengku Aryan Azraeil tu.” Ujar Nadia, teruja.
            “Dia yang nak kawin, yang kau teruja ni kenapa?.” Tanya Azyan, dia masih lagi sibuk menulis sesuatu didalam buku nota.
            “Maunya tak teruja, wedding of the year ni.” Ujar Nadia, Azyan mengangkat kening.
            “Kau ni....macam kau pulak yang nak kawin dengan dia.” Ujar Azyan, pelik dengan keterujaan kembarnya itu.
“Kau bacalah dulu, baru kau tahu kenapa aku teruja semacam...” Ujar Nadia, style memaksa. Akhbar Harian Metro yang diletakkan diatas riba Azyan ditepuk perlahan membuatkan gadis itu mendengus. Matanya masih tidak lepas memandang kotak-kotak dihadapannya sambil tangannya menconteng kotak tersebut, menanda sesuatu.
“Tak kuasa lah aku nak layan, buang masa, tak ada faedah langsung..” Ujar Azyan, malas benar dia hendak mengadap akhbar pagi-pagi begini. Si Nadia ni pulak, tak reti-reti nak cari masa yang sesuai, time dia tengah mengira stok ni la, time itulah kembar, sahabat merangkap rakan kongsinya itu nak menyibuk.
“Bacalah...kejap je pun, tak sampai lima minit.” Pinta Nadia, dia pamer muka kasihan.
“Aku busy la...nak kira stok ni, karang kalau salah...jenuh pulak aku nak kira balik.” Ujar Azyan, langsung tak tertarik dengan lakonan gadis itu. Nadia buat muka mengharap.
“Ala....pasal stok tu nanti aku tolong la.” Pujuk Nadia, Azyan mengeluh, dia berhenti menulis, pen ditangan diletakkan sebelum akhbar tersebut diangkat, sekadar mahu memenuhi permintaan gadisnya itu. Tajuk besar yang tertulis di muka surat pertama dibaca perlahan.

WEDDING OF THE YEAR...
DATO’  TENGKU ARYAN AZRAEIL KINI SUDAH BERSEDIA UNTUK BERGELAR SUAMI....

            Kuala Lumpur, 10 Januari 2015 : Pemilik Blue Legion Hotel yang juga merupakan CEO Legacy Group Corp, Dato’ Tengku Aryan Azraeil Bin Tan Sri Tengku Ahmad Firdaus, dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang gadis yang masih belum dapat dipastikan identitinya sekaligus menyangkal dakwaan mengenai teka-teki hubungannya dengan mana-mana perempuan sebelum ini.

Azyan melipat kembali akhbar lalu ditolak ketepi, malas untuk meneruskan bacaan yang baginya tiada apa yang istimewa melainkan gosip tentang tokoh koporat ternama itu. Wajah Nadia dipandang seketika.
            “Cerita yang tak ada kena-mengena dengan kehidupan kita pun kau suruh aku baca, apalah kau ni.” Bebel Azyan, Nadia memegang pipi Azyan, bulat matanya menatap anak mata gadis itu.
            “Wei....aku tak suruh kau saja-saja baca, aku nak kau tengok betul-betul gambar tu, jangan buat telahan dulu.” Ujar Nadia, geram. Azyan menggeleng, malas.
            “Buang masa, siapkan kerja lagi bagus.” Ujar Azyan, dia kembali menyambung kerjanya. Pantas tangan Nadia melarikan buku nota milik Azyan, sehingga memaksa gadis itu meninggikan suaranya.
            “Nadia....” Jerit Azyan.
            “Tengok dulu gambar tu.” Paksa Nadia tanpa mempedulikan kemarahan kembarnya itu. Azyan mendengus, akhbar tadi diambil kembali.
            “Apa masalahnya dengan gambar ni, aku tengok biasa je.” Ujar Azyan, dia berlagak biasa, riak wajahnya tenang. Gambar yang terpampang didada akhbar itu sedikit sebanyak mengundang rasa tidak senang dalam dirinya. Pantas anak matanya dilarikan kearah Nadia, gadis itu tersenyum sinis.
            “Ini kau kan?.” Tanya Nadia, Azyan mengangkat bahu.
            “Kau jangan nak tipu aku....kan tak pasal-pasal, kasut saiz 8 ni melayang masuk mulut kau.” Ugut Nadia, Azyan menggeleng.
            “Bajet kasut kau je yang boleh melayang masuk mulut aku...kasut aku tak boleh.” Balas Azyan, dia tayang muka sepuluh sen.
            “Yan....aku serius ni.” Marah Nadia, Azyan mengeluh. Dia menggelengkan kepala dan tersenyum.
            “Tah apa-apa kau ni...yang kau nak gelabah tahap 7 petala bumi ni kenapa, belum tentu-tentunya tu gambar aku. Zaman sekarang kan, teknologi dah canggih, senang-senang je nak tukar wajah.” Ujar Azyan selamba.
            “Lagipun gambar tu kan kabur....muka pun tak nampak jelas, kau boleh pasti ke tu aku?. ” Tanya Azyan lagi, dia ketawa kecil. Nadia tersengih, betul juga, dia yang terlebih teruja, sehingga perempuan yang wajahnya terpampang didalam akhbar itu dikatakan Azyan.
            “Tapi figura dia sebiji macam kau.” Ujar Nadia, masih tak berpuas hati. Azyan meletakkan tangannya diatas bahu gadis itu,
            “Sis...dalam dunia ni ada tujuh muka serupa tau.”
“Dah la...tak payah nak fikir yang bukan-bukan, buat penat otak kau je.” Ujar Azyan, mematikan terus telahan gadis itu.
            “Dari kau dok bazirkan masa fikir benda-benda yang mengarut tu, baik kau belanja aku makan, hari ni gaji kan.” Ujar Azyan, perutnya yang terasa lapar, tiba-tiba berbunyi sehingga mencetuskan ketawa Nadia.
            “Ya lah...ya lah. Kau ni macam aku sorang je yang dapat gaji, jom.” Ajak Nadia, pantas saja Azyan menginggalkan kerjanya dan beriringan keluar.
            “Yati...nanti awak tolong habiskan kiraan stok kat dalam stor tu, kami nak keluar sekejap.” Pinta Azyan, Haryati hanya mengangguk sebelum menghilang disebalik pintu stor.




            Deringan handphone yang berbunyi mengejutkan Azyan, pantas tangannya menyeluk poket beg sandangnya lalu dikeluarkan Samsung Note 3 kesayangannya. Pandangannya dihala kearah Nadia yang sedang memandu.
            “Siapa call?.” Tanya Nadia. Azyan segera menghalakan skrin handphonenya.
            “Gasak la kau....sendiri jawab la.” Ujarnya, bila melihat nama ‘Umi’ terpampar diskrin.
            “Tolong la wei...masak aku nak jawab ni.” Ujar Azyan meminta pertolongan. Nadia pantas menggeleng, tidak mahu campur tangan.
            “Dia call kau...kau la yang jawab.” Ujarnya, Azyan mengaru kepala.
            “Mesti dia nak Tanya pasal cerita yang masuk paper hari ni.” Nadia mengangguk, pasti.
            “Kau tak buat salah...tak perlu nak takut.” Ujarnya, menjeling. Azyan tersengih.
“Bukan takut...Cuma bimbang umi fikir yang bukan-bukan.” Nadia mengangkat kening, dia tersenyum. Azyan menarik nafas panjang, dengan lafaz bismillah, dia menekan butang hijau.
            “Assalamualaikum umi....sihat?.” Sapa Azyan.
            “Waalaikummussalam....sihat, Yan dengan Nadia sihat?.” Tanya Puan Maisara.
            “Alhamdulillah, Yan sihat...nadia lagi la, terlebih sihat.” Ujarnya, Nadia membulatkan matanya, pantas lengan Azyan dicubit.
            “Sakit la...” Bisik Azyan seraya menggosok lengannya yang mungkin sudah kelihatan merah kesan daripada cubitan Nadia.
            “Kenapa tiba-tiba umi call ni, rindu kitaorang yek?.” Ujar Azyan, mengusik.
            “Mestilah rindu, anak umi kan. Lagipun kalau nak tunggu kamu telefon umi, alamatnya sampai hujung tahun pun belum tentu umi dapat dengar suara kamu berdua.” Balas Puan Maisara. Azyan ketawa, kan dah terkena.
            “Sorry la umi, busy sangat lately..nak kejar tempahan lagi. Nanti bila kami free, kami balik.” Ujar Azyan, memujuk. Puan Maisara mengeluh lembut.
            “Hurm.....ya la...KL dengan Putrajaya ni jauh sangat kan....sampai nak balik pun susah.” Ujar Puan Maisara, merajuk.
            “Alo...janganlah merajuk...kami janji, hujung minggu ni kami balik...ok Umi.” Janji Azyan.
            “Ya lah...umi tunggu kamu balik. Yan....umi nak Tanya sesuatu boleh?.” Tanya Puan Maisara, meminta izin.
            “Boleh umi...tanyalah.” Ujar Azyan walaupun dia tahu, pertanyaan itu pasti berkaitan dengan cerita sensasi di akhbar hari ini.
            “Umi ada terbaca berita sensasi kat akhbar hari ni...jadi umi nak Tanya pasal gambar tu, itu Yan ke?.” Tanya Puan Maisara, Azyan menelan air liur, tepat seperti jangkaannya. Naluri seorang ibu, jangan dipandang remeh.
            “Hish...umi ni, takkan la Yan nak buat macam tu pulak, kalau betul Yan dah ada teman, mestilah Yan bawa dia jumpa umi dengan abah dulu kan.” Ujar Azyan, beria-ia menafikan semuanya. Seolah-olah itu memang bukan dia.
            “Elok la kalau macam tu, umi bukannya apa...tak nak orang mengata yang bukan-bukan pasal anak umi.” Ujar Puan Maisara, lega.
            “Umi tak payah la risau, tak ada apa-apa pun. Wartawan kan memang suka buat cerita gempak.” Ujar Azyan, cuba menenangkan hati uminya.
            “Umi tahu....umi kenal anak umi, takkanlah Yan nak buat macam tu kan.” Ujar Puan Maisara, Azyan mengangguk, biarpun dia tahu uminya bukannya Nampak.
            “Tahu tak apa. Umi jangan bimbang ya, andai nanti Yan jumpa jodoh Yan..Yan bagitau umi, kita pergi pinang dia sama-sama, ok.” Puan Maisara ketawa.
           
“Oklah...umi nak pergi siapkan makan tengahhari ni, kejap lagi abah balik...kamu berdua jangan lupa balik hujung minggu ni. Kirim salam kat budak bertuah tu....assalamualaikum.” Ujar Puan Maisara sebelum memutuskan panggilan. Azyan menarik nafas lega, lepas satu beban...beban yang lain belum tentu lagi.
“Well...kita nak makan kat mana ni?.” Tanya Nadia, menyentak lamunan Azyan.
“Ikut kau la, aku tak kisah.” Balasnya perlahan. Nadia hanya terdiam, berfikir seketika. Macam-macam cadangan yang timbul dalam fikirannya.




Azyan membuang pandangannya keluar tingkap, peristiwa semalam benar-benar mencabar dan mencalarkan maruahnya, tidak pernah disangka, peristiwa memalukan seperti itu akan berlaku padanya. Keluhan berat dilemparkan, dia benar-benar terkesan dengan peristiwa itu.
Matanya dipejam serapat-rapatnya, kalaulah dia punya kuasa, sudah lama dia hapuskan ingatan tentang peristiwa semalam. Dalam sibuk berfikir, hatinya tertanya-tanya, macam mana gambar dia boleh terpampang didalam akhbar. Walaupun tidak begitu jelas tapi dia tahu yang itu memang dia.
“Mana ada orang lain yang buat scene sarung cincin tengah-tengah orang ramai, lepas tu peluk-peluk sakan melainkan aku dengan dia je. Tapi masalahnya, masa scene tu tengah berjalan, jangankan pengarah...jurugambar pun aku tak Nampak. Hish...musykil betul aku.” Bisik Azyan perlahan, jarinya digigit lembut. Ligat otaknya berfikir, mencari jawapan.
“Nasib baiklah gambar tu tak berapa jelas, boleh jugak aku kelentong....yang aku ni pulak, macam mana boleh tak cam tu Dato’ Tengku Aryan....kan tak pasal-pasal menyusahkan hidup.” Bebel Azyan, mulutnya terkumit-kumit.
            “Yang aku ni, asyik fikir pasal hal tu kenapa. Ya Allah...alangkah baiknya kalau itu Cuma satu mimpi.” Gumam Azyan sendiri. Dia berpaling kesebelah bila bahunya terasa ditolak lembut.
            “Kau ni dah kenapa....bebel sorang-sorang, gila?.” Ujar Nadia, hairan. Azyan tersengih, pantas dia menggeleng.
            “Kita nak makan kat mana ni?.” Tanya Azyan, sengaja mengalihkan topik perbualan, tidak mahu otaknya berterusan memikirkan hal itu.

            “Makan kat mulut la, takkan lubang hidung pulak.” Azyan terus menghadiahkan jelingan maut, makan pelempang jugak budak ni karang.
            “Makan masakan kampung nak...lama la tak makan ikan keli, teringin la beb.” Cadang Nadia, Azyan mengangguk setuju.
“Bagus jugak idea kau tu, kalau nak tunggu balik rumah umi, lambat sangat la.” Ujarnya air liur sudah terasa meleleh. Kereta yang dipandu Nadia terus melucur laju membelah jalan raya yang sibuk.

Selasa, 22 September 2015

CINTA SEMANIS AISKRIM BAB 1



BAB 1


            Azyan Husna menjerit kecil bila terasa tangannya ditarik seseorang, tanpa sempat berkata apa-apa, dia diheret mengikut langkah seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Pergerakan lelaki itu yang tergesa-gesa hampir menyebabkan dia terjatuh.
“What the hell are u doing?.” Marah Azyan namun lelaki itu buat tidak peduli, tangan Azyan masih kemas berada didalam genggaman.
“Hish...lepas la.” Jerit Azyan perlahan tapi jelas, dia berusaha untuk menarik tangannya tetapi gagal.
“Shut up....just follow me.” Ujar lelaki itu tegas membuatkan Azyan mendengus marah.
“Anak sapa lah ni...kurang didikan moral betul, aku tempeleng jugak budak ni karang.” Bebelnya perlahan sambil tanganya ditarik dari genggaman tangan lelaki itu.
“I said let go of me.” Jerit Azyan lagi. Lengan lelaki itu dipukul sekuat hati, baru saja dia hendak menjerit meminta tolong, tangan lelaki itu pantas menutup mulutnya.
“Jangan menjerit kalau awak nak selamat.” Ugut lelaki itu, Azyan terus terdiam, tidak berani bersuara lagi.
“Jangan-jangan lelaki ni nak culik aku, Ya Allah...selamatkanlah aku. Umi...anakmu ini tidak rela berkahwin sebelum bernikah, tolonggggg.” Jerit suara hati Azyan. Air mata terasa ingin mengalir namun ditahan agar tidak jatuh.
“Awak nak bawak saya pergi mana ni?.” Tanya Azyan, nada suaranya perlahan, takut jika lelaki itu cuba melakukan sesuatu yang tidak elok.
“Jangan bimbang, saya bukan nak culik awak...apatah lagi nak rogol ke apa. I just need your help.” Ujar lelaki itu. Azyan mengangkat kening, need help my foot kau.
“Tapi bukan ini caranya nak minta tolong, Tanya baik-baik tak boleh ke?.” Tanya Azyan.
“Kalau saya tanya...nak ke cik tolong?.” Azyan mengetap bibir, menjawab pulak dia.
“Tak tanya...mana nak tahu.” Lelaki itu berhenti seketika, berpaling dan memandangnya tajam. Azyan tunduk,
 “Awak nak suruh saya tolong apa?.” Tanyanya bodoh, entah kenapa dia boleh setuju pulak untuk menolong lelaki itu.
Azyan menggaru kepala, kata nak minta tolong, bila ditanya tak nak menjawab pulak. Mukanya mencerut, lelaki ini sihat ke tidak, nampak gaya macam normal tapi otaknya entahkan sempurna atau ada cacat dimana-mana.
“Encik...saya Tanya ni, nak minta tolong apa?.” Tanya Azyan lagi.
“Saya tak ada masa nak terangkan apa-apa, just follow my lead.” Ujar lelaki itu, Azyan menggeleng, pantang betul dia kalau bertanya tapi dijawab dengan selamba badak.
“Encik...” Mulutnya pantas ditekup.
“Awak ni tak boleh berhenti bercakap ke, kan saya kata saya tak ada masa nak tenagkan apa-apa.” Marah lelaki itu, Azyan membulatkan matanya, tangan direntap dari cengkaman lelaki itu.
“Encik jangan nak buat macam-macam...saya ni ada darah gemuruh, nanti kalau darah saya memuncak naik ke kepala, encik juga yang susah.” Ujar Azyan, memberi amaran. Lelaki itu tersenyum.
“Kalau saya cakap...awak jangan terkejut.” Azyan mengangguk.
“Saya nak awak peluk saya ketat-ketat lepas saja saya sarung cincin ni.” Ujar lelaki itu, sebentuk cincin dikeluarkan dari kotak. Azyan melopong, bagai terkena kejutan elektrik bila mendengar permintaan lelaki itu.
“Gila ke apa nak suruh saya peluk awak tengah-tengah orang ramai macam ni, Nampak dek abah saya, sia-sia je kita berdua kene parang.” Marah Azyan, tidak setuju langsung. Ada ke patut minta anak dara peluk anak teruna tengah-tengah orang ramai, hilang akal ke apa.
“Saya tak Tanya pun awak setuju ke tidak, saya Cuma suruh awak buat apa yang saya nak awak buat.” Ujar lelaki itu, Azyan mengetap bibir, senangnya cakap.
“Just do what I said and I will let u go.” Ujar lelaki itu, Azyan menggeleng, dia tidak akan sesekali menurut kata lelaki itu.
“Never and ever.” Ujar Azyan tegas, dia berpaling sebelum melangkah pergi namun tak sampai dua langkah melangkah, dia ditarik kembali ke pangkuan lelaki itu.
“Cubalah lepaskan diri atau awak akan menyesal.” Ujar lelaki itu, mengugut.
“Ingat saya takut...hei, saya tak makan ugutan la...saya makan nasi je.” Ujar Azyan berani, lelaki itu tersenyum, pantas wajahnya didekatkan, hampir membuatkan bibir mereka bertaut.
 “Awak nak buat apa ni?.” Tanya Azyan, cepat-cepat dia menutup mulutnya.
“Awak rasa saya nak buat apa?.” Tanya lelaki itu kembali, terus saja Azyan melarikan wajahnya. Takut jika lelaki itu bertindak drastik, tak pasal-pasal dia merana.
“Kalau awak tak nak saya buat sesuatu yang boleh buat awak menyesal, buat  apa yang saya suruh.” Ujar lelaki itu, Azyan menelan air liur, tidak tahu apa yang harus difikir, menurut saja kemahuan lelaki itu atau terus mempertahankan diri.
“Ya Allah, ampunilah aku, sesungguhnya aku berdosa pada-MU.” Bisik Azyan perlahan. Tubuh lelaki itu terus dirangkul sebaik sahaja cincin berlian bermata satu itu disarung kejarinya. Dia pasrah, hanya menanti untuk menerima apa saja kemungkinan yang berlaku.
“Thank you.” Bisik lelaki itu ditelinga Azyan membuatkannya kembali ke alam nyata. Dia terkebil-kebil bila, lelaki itu menolaknya lembut dan menjarakkan diri. Senyuman manis terukir dibibirnya, kerana dia tahu adengan tadi sudah cukup untuk mengalihkan perhatian wartawan yang mengekorinya sejak tadi.
“Let’s go to the parking lot.” Ajak lelaki itu. Azyan tidak bersuara, dia hanya menurut kata seolah-olah dirinya sudah terkena jampi serapah. Mereka terus beredar menuju ke kawasan tempat letak kereta yang berada ditingkat bawah sambil berpegangan tangan.




Azyan terpaku seketika melihat wajah lelaki itu sebaik sahaja cermin mata yang dipakainya ditanggalkan, dengan wajah yang kacak, tubuh yang tinggi lampai, anak mata berwarna Hazel Brown dan senyuman yang menggoda, dia percaya tidak akan ada seorang gadis pun yang tidak akan tergoda dengan lelaki ini.
Petikan jari lelaki itu mematikan lamunan Azyan, pantas saja dia menjauhkan diri dari lelaki itu, mukanya merah padam, entahkan malu ataupun marah, dia sendiri tidak pasti.
“Macam mana kau boleh terleka ni Azyan Husna oii, saja-saja je hari ini kau tambah dosa, peluk lelaki yang bukan muhrim.” Kutuk hati Azyan pada diri sendiri.
“Can I get my ring back?.” Pinta lelaki itu, Azyan mengecilkan matanya, dia menggelengkan kepalanya, sakit hati mendengar permintaan lelaki itu.
“Ada jugak yang nak makan pelempang aku ni, ingat aku ni kemaruk sangat nak cincin ni. Setakat berlian, apa barang...bukan boleh gadai pun.” Gumam Azyan, dia mencemik. Cincin yang tersarung dijarinya segera ditanggalkan.
“Argh!!!.” Azyan menjerit kecil, cincin yang tersarung dijarinya tidak dapat ditanggalkan, puas dia cuba menarik namun gagal. Dia mendongak memandang lelaki dihadapannya.
“Macam mana nak tanggalkan ni?.” Tanya Azyan, cemas. Dia masih cuba menarik cincin itu keluar.
“Tak boleh tanggal ke?.” Tanya lelaki itu, Azyan membulatkan matanya, rasa nak bagi makan penumbuk saja.
“Sebab tak boleh tanggallah, saya Tanya macam mana nak tanggalkan. Kalau boleh tanggal, saya tak Tanya pulak.” Ujar Azyan, geram. Tangan Azyan diraih, dia cuba menarik cincin yang tersangkut dijari manis Azyan, tapi tetap gagal biarpun berkali-kali dicuba.
“Sakit la...tak boleh buat perlahan sikit ke.” Marah Azyan, dia menahan sakit, jarinya sudah mula kelihatan merah dan kelopak matanya sudah mula bergenang.
“Memang tak boleh ni, ketat sangat.” Ujar lelaki itu. Azyan mengeluh, menyusahkan betul, bisiknya.
“Habis tu nak buat apa ni?.” Tanya Azyan, meminta buah fikiran.
“Tak ada cara lain lagi, kasi potong sajalah.” Ujar lelaki itu selamba, Mata Azyan terbeliak, wah-wah...mulut.
“Awak ingat kat luar ada jual spare part ke, suka-suka hati awak je nak kerat jari saya.” Getus Azyan, bengang mendengar cadangan lelaki itu.
“Kerat jelah cincin ni.” Cadang Azyan, lelaki itu mendengus.
“Awak ingat saya beli pakai air liur.” Azyan menghela nafas, kasar, tau pulak nak marah.
“Macam ni la....awak pergi belikan saya baby oil or losyen, cepat.” Arah Azyan, lelaki itu melopong.
“Saya?.” Tanya lelaki itu, jarinya dihala pada diri sendiri. Azyan mengangguk.
“Dah tu takkan saya pulak yang nak kena pergi beli. Awak yang cipta masalah ni kan.” Ujar Azyan, keningnya diangkat. Lelaki itu mengeluh, seumur hidupnya belum pernah ada sesiapa yang berani mengarahnya tapi gadis dihadapannya ini memang lain dari yang lain.
“Jenama apa?.” Tanya lelaki itu, tidak senang.
“Tak kisah la jenama apa pun, semua boleh....pergi la cepat, takkan nak tunggu baby oil tu datang bergolek pulak.” Halau Azyan, tubuh lelaki itu ditolak.
“Ok...ok...saya pergi.” Ujar lelaki itu, cermin matanya dipakai semula sebelum berlalu, tak sampai lima minit, bayangnya sudah menghilang dibalik pintu lif.




Azyan mundar-mandir dihadapan pintu lif, hampir sejam dia menunggu namun kelibat lelaki itu masih belum kelihatan. Keresahan jelas terpamer diwajahnya, matanya tidak lepas-lepas dari memandang kearah pintu lif, berharap lelaki itu akan muncul bila pintunya terbuka.
“Awak ni pergi beli baby oil ke...pergi proses baby oil.” Sindir Azyan, baby oil yang dihulurkan lelaki itu diambil, kasar.
“Ramai orang la...saya kena beratur panjang tadi.” Ujar lelaki itu, Azyan mencemik, alasan.  Punggungnya dilabuhkan diatas lantai, penat berdiri masih belum hilang, habis lenguh kakinya.
“What?.” Tanya Azyan, tidak puas hati bila lelaki itu memandangnya tanpa berkelip.
“Kotor la, duduk atas lantai macam tu.” Tegur lelaki itu. Azyan tayang muka selamba.
“Kotor pun bukan tak boleh basuh.” Ujarnya tanpa perasaan membuatkan lelaki itu tersenyum sumbing.
“Nak buat apa dengan minyak tu?.” Tanya lelaki itu bila melihat Azyan menanggalkan plastik yang membalut penutupnya.
“Nak mandi.” Ujar Azyan, dia memandang lelaki itu sambil tayang senyum kambing. Pantas saja lelaki itu membuat isyarat menzip mulutnya, tanda dia tidak akan bertanya apa-apa lagi.
Penutup botol berisi minyak bayi dibuka lalu dituangkan sedikit sebelum diratakan disekeliling jari manisnya. Cincin tersebut dipusingkan beberapa kali sehingga seluruh permukaan bahagian dalamnya diseliputi dengan minyak.
“Yes...berjaya.” Ujar Azyan gembira bila cincin tersebut berjaya ditanggalkan dari jarinya.
“Nah...ambil balik, menyusahkan orang je.” Ujar Azyan, cincin itu dikembalikannya semula pada pemiliknya.
“Thank you for your help, but I did’t catch your name?.” Ujar lelaki itu, bertanya. Azyan tersenyum sinis.
“Penting ke nak tahu nama saya?.” Tanya Azyan, lelaki itu mengangguk.
“Tak payah la...sebab saya rasa lepas ni kita takkan bertemu lagi...so kita tamatkan saja pertemuan kita kat sini.” Ujar Azyan, lelaki itu menggeleng.
“Ianyanya mungkin tak penting bagi awak tapi sangat penting bagi saya, so please...give me your name.” Pinta lelaki itu, lembut suaranya. Azyan tersenyum sinis,

“Harap-harap ini pertemuan kita yang terakhir...saya minta diri dulu.” Ujarnya sebelum berpaling dan bersedia untuk meninggalkan lelaki itu.
“Cik..” Panggil lelaki itu, Azyan berhenti melangkah, dia berpaling semula dan sepantas kilat, wajahnya dirakam.
“Hei...apa ni?.” Marah Azyan, handphone ditangan lelaki itu cuba dicapai, namun dia hampa, ketinggiannya tidak sepadan dengan lelaki itu.
“For safety..” Ujar lelaki itu sebelum berlalu meninggalkan Azyan yang terpinga-pinga.
“Safety pe benda, dia yang ambil gambar kita.” Bisik Azyan, kepalanya digeleng beberapa kali, pelik dengan perangai lelaki itu, dia turut sama berlalu. Niat untuk membeli- belah terbatal secara automatik gara-gara peristiwa yang begitu sadis yang baru saja berlaku padanya sebentar tadi.





Aroma maggi cup meruap diruang udara, Azyan berhati-hati menghirup sup ayam, perlahan-lahan dia meniup sekadar mahu menyejukkan sedikit, tidaklah terlalu beria-ia. Matanya tidak lari dari menatap kaca tv, drama bersiri korea, Prime Minister and I sedang rancak bersiaran di saluran One HD, Astro.
Bunyi grill dibuka membuatkan Azyan berpaling, sebaik sahaja pintu dibuka, terjengul wajah Nadia, ditangannya penuh dengan beg kertas. Azyan menggelengkan kepalanya, faham sangat dengan tabiat kembar tak seirasnya itu, pantang keluar dating, pasti ada sesuatu yang dibawanya pulang.
“Shopping sakan Nampak.” Tegur Azyan, Nadia tersengih.
“Orang belanja, rezeki...takkan nak tolak, kan.” Ujarnya, Azyan menggeleng.
“Makan magi je?.” Tanya Nadia, Azyan sekadar mengangguk, matanya masih tidak lepas memandang kaca tv.
“Kenapa tak makan kat luar je tadi?.” Tanya Nadia, mulut Azyan muncung.
“Selera dah patah.” Jawabnya selamba, dahi Nadia berkerut.
“Dah la...tak yah Tanya lagi, aku malas nak cerita...buat sakit hati je bila ingat.” Ujar Azyan, Nadia mengeluh dan menggeleng.
“Aku naik dulu la...nak mandi, badan dah melekit semacam ni.” Ujar Nadia sambil menepuk peha Azyan. Gadis itu hanya mengangguk, Nadia menggelengkan kepalanya, Azyan, kalau dah sibuk mengadap cerita korea, alamatnya rumah terbakar pun dia tidak akan sedar. Beg kertas diangkat, dia berlalu naik ke tingkat atas menuju ke biliknya meninggalkan Azyan yang masih tekun menonton cerita kegemarannya.