Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Rabu, 10 Disember 2014

Tawanan Cinta 3



BAB 3
           

Iman asyik menyanyi sambil menyiram pokok bunga, bab-bab menanam dan menjaga pokok bunga ni memang dia gagal, tapi kalau bab-bab bertukang, dialah yang paling pakar. Sebut saja apa benda yang perlu dibaiki, pasti dia akan melakukannya dengan senang hati.
“Macam manalah kak Yana ni boleh jaga pokok bunga yang kembang setaman ni dengan baik, kalau boleh kat aku...memang sah-sah tak sempat berbunga.” Bisik Iman perlahan, sedikit demi sedikit air yang tersedia didalam baldi dicebok lalu disiram.
“Sebab tangan kau tu tak ada sentuhan seni, tak penuh dengan kasih sayang...sebab tu pokok bunga tak pernah lekat dengan kau.” Ujar Amanda, Iman mencemik.
“Cakap orang...kau tu pun sama jugak. Setakat tanam pokok kektus, aku pun boleh.” Ujar Iman, Amanda ketawa.
“Sekurang-kurangnya pokok kektus tu hidup jugak, siap berbunga lagi.” Iman menjelirkan lidahnya.
Iman berhenti sejenak bila terdengar enjin kereta yang begitu dikenalinya, kepalanya dijenguk ke bawah, sebaik pandangan matanya singgah kebawah, dia cepat berganjak kebelakang.
            “Si Jerangkung ni buat apa lagi datang sini. Dia ni agaknya memang tak tahu bahasa melayu kot. Tak boleh jadi ni, aku kena buat sesuatu.” Bisik Iman perlahan. Dia ligat mencari idea. Tiba-tiba matanya terpandang baldi air ditepi balkoni. Iman tersenyum, idea jahat mula menguasai fikirannya.
            ”Selamat berhujan...” Jerit Iman perlahan. Air yang bercampur dengan tanah terus mencurah tepat diatas kepala Aisy, membuatkan lelaki itu tidak sempat mengelak, sudahnya dia dibasahi air lumpur.
            ”Hoi....buta ke....Kau keluar sekarang kalau berani.” Jerit Aisy. Iman menekup mulutnya menahan ketawa, terasa mahu berguling-guling, gelihati mendengar lelaki itu menjerit marah.
            ”Padan dengan muka kau....siapa suruh cari pasal dengan aku semalam, kan tak pasal- pasal dah kena mandi air lumpur.” Iman bersuara perlahan, senak terasa perutnya kerana terlalu banyak ketawa.
            ”Muka hensome-hensome dah bertukar jadi orang lumpur, tu la...siapa suruh datang sini. Elok-elok mood aku pagi-pagi ni, baik...dah spoil.” Ujar Iman, kepalanya digeleng berkali-kali.
            ”Kau ni kenapa...ketawa macam orang hilang akal, gila?.” Tegur Amanda, Iman mengangguk.
            ”Saja...aku terasa nak buat senaman mulut. Ketawa kan bagus untuk hilangkan stress.” Ujar Iman, ketawanya masih belum berhenti, sesekali dia menjenguk kebawah, memerhatikan Aisy yang masih tercegat disitu membebel.




Aisy mengetap bibirnya marah. Baju kemejanya yang berwarna biru, sudah bertukar menjadi warna coklat. Dia mendengus, apalah malang nasibnya hari ini, sudahlah dia perlu menghadiri meeting pertamanya sebentar lagi, tak pasal-pasal masanya terbuang, balik semata-mata untuk menukar pakaian tapi belum sempat dia berlalu meninggalkan kawasan itu, dia berhenti sejenak. Aisy mengangguk, dia berpusing balik. Dia tahu kerja siapa, lengan bajunya dilipat tinggi separas siku.
            ”Woi perempuan gila....kalau kau berani, kau buat lagi sekali, tak payah sembunyi.” Cabar Aisy. Iman mengetap bibir. Tangannya dikepal lalu ditumbuk dinding balkoni rumahnya.
            ”Cepat la...tunggu apa lagi.” Cabar Aisy sekali lagi, cukup untuk menaikkan darah.
”Kau panggil aku perempuan gila ye....siap lah kau.” Ujar Iman perlahan, sekali lagi sebaldi penuh berisi air yang tersedia di balkoni itu menjadi sasarannya. Tanpa menunggu lama, dia terus mengangkat baldi itu dan bersedia untuk mencurahkan air namun dia dikejutkan oleh sapaan Ilyana.
            ”Iman buat apa tu?.” Tanya Ilyana. Iman terkejut, serta merta baldi ditangannya terlepas dan jatuh tepat diatas kepala Aisy menyebabkan lelaki itu tergolek jatuh.
Ilyana menekup mulutnya, dia memandang Iman namun adiknya hanya berlagak selamba. Walaupun hatinya bantai gelak menyaksikan sang hero tergolek akibat panahan sang heroin.
”Ambik kau...sekali tergolek, dah macam pelakon hindustan tengah acting aku tengok. Ni kalau Karan Johar tengok ni, terus sain kontrak berlakon.” Ujar Iman perlahan, pandangan Ilyana dibiarkan. Dia melangkah masuk meninggalkan Ilyana dengan wajah yang selamba macam orang utan yang tak ada perasaan.
”Iman...Iman, saja cari masalah la dia ni.” Ujar Ilyana, kepalanya digeleng, pasti perang dunia ke lima tercetus lagi.




            Aisy bangun, mukanya merah menahan marah, baldi besar yang menutup kepalanya dicampak ketepi. Dia pantas berlari naik menuju ke apartment Amirul. Sebaik tiba dimuka pintu, tangannya lantas mengetuk kuat. Kalau diikutkan hatinya yang sedang membara, mahu saja dia menendang pintu itu dengan telapak kakinya.
Amirul terkejut melihat adiknya kebasahan sebaik sahaja dia membuka pintu. Baru sahaja dia hendak bertanya, pantas jari telunjuk Aisy tegak berdiri. Amirul mematikan suaranya, mulutnya dikunci. Dia mengajak lelaki itu masuk.
            ”Mana perempuan gila tu.” Tanya Aisy membuatkan Amirul terpinga-pinga, tidak tahu siapa yang dimaksudkan adiknya.
            “Kenapa ni...? cuba bagitau abang macam mana boleh basah macam ni?.” Pujuk Amirul, cuba meredakan kemarahan Aisy.
            “Abang tanyalah perempuan gila tu. Berani dia curah air atas Aisy, dia memang nak kena ajar.” Ujar Aisy. Amirul menggeleng, pasti kerja Iman. Kalau bukan Aisy yang mulakan dulu, pasti si Iman yang sengaja cari pasal.
            “Iman bukannya sengaja tu.  Dah la...lupakan aje.” Pujuk Amirul lagi, bahu Aisy digosok lembut.
            “Tak sengaja kata abang.....dia bukannya tak sengaja tapi dia memang sengaja, sengaja nak cari pasal.” Ujar Aisy tidak puas hati. Iman muncul dari dapur dengan gaya ala-ala model antarabangsa sedang melakukan catwalk.
            “Memang.....memang Iman sengaja. Siapa suruh dia cabar Iman.” Ujar Iman selamba tanpa rasa bersalah. Aisy cuba menghampiri Iman namun dihalang oleh Amirul.
            “Asal.....kau nak pukul.....pukul la. Ingat aku takut.” Cabar Iman lagi.
            “Jangan ingat kau perempuan...aku tak berani.” Ujar Aisy, Iman menghantar isyarat mengejek, mahu mendidihkan lagi darah Aisy yang sudah sedia menggelegak.
Aisy berusaha menghampiri Iman namun gagal, Amirul terlebih dahulu memegangnya sementara Iman pula dipegang oleh Ilyana. Masing-masing menggeleng, perangai keduanya macam anjing dengan kucing, bergaduh mengalahkan budak-budak.
            “Sudah la tu.....korang ni, macam budak-budak, cubalah bawak bertenang dan duduk berbincang baik-baik macam orang dewasa.” Marah Amanda, bosan melihat pertengkaran mereka berdua. Masing-masing terdiam mendengar suara Amanda, boleh tahan garangnya. Aisy melepaskan pegangan tangan Amirul, dia berlalu ke pintu.
            ”U will pay for this.” Ujar Aisy sebelum menutup pintu. Iman menjelirkan lidahnya, sikitpun tak takut dengan ugutan lelaki itu. Ilyana dan Amirul mengeluh. Entah apa akan terjadi jika keadaaan berterusan begini.
            ”Boleh...aku bayar pakai air liur, nak banyak mana...secawan, segelas ke sebaldi.” Laung Iman, dia ketawa sendiri. Ilyana dan Amirul menggeleng, pertemuan antara mereka tak pernah ada kesudahan yang baik.
            ”Dia ingat dia tu bagus sangat, ingat muka hensome macam John Loyd Cruz, aku akan terpikat. Huh.....mati hidup semula pun aku takkan buat dia jadi laki aku.” ujar Iman geram, dia berlalu kebiliknya. Puas hati bila dapat membalas segala sakit hatinya semalam.
            ”Jangan cakap sebarangan Iman, nanti makan diri. Kita tak tahu apa yang takdir rancangkan untuk kita.” Laung Amanda dari ruang tamu.
            ”Tak ada maknanya makan diri...makan hati adalah.” Balas Iman, Amanda ketawa. Dia kembali menyambung menonton rancangan dikaca tv.
            ”Hurm...patut ke tak kita ajak dia pergi rumah mama malam esok, tengok gaya tadi macam mustahil je Iman nak ikut.” Ujar Ilyana, pintu bilik Iman dipandang. Amirul tersenyum, bahu isterimya itu dipeluk.
            ”Kita cuba je la ajak, mana tahu terpujuk hati dia bila dengar nama mama.” Ujar Amirul, Ilyana sekadar mengangguk walaupun hatinya tidak yakin tapi tak salah rasanya kalau dia mencuba.




Iman mundar-mandir didalam biliknya, perasaan marah dan geram masih berbaki didalam hatinya walaupun dia berjaya membalas rasa sakit hati yang ditanggungnya semalam. Dia berpaling bila kedengaran pintu biliknya dibuka, terjengul wajah Ilyana dan Amirul.
            ”Boleh kitaorang masuk?.” Tanya Amirul. Iman tersenyum, dia mengangguk. Tangan Ilyana ditarik menghampirinya.
            Ilyana mengusap rambut Iman, satu-satunya penawar hati dalam keluarga mereka. Dia sanggup berkorban apa saja demi kebahagiaan Iman, tapi untuk misi yang mama amanahkan pada dia itu, rasanya dia perlu berfikir seratus kali.
            ”Kenapa ni, kak Yana ada sesuatu nak cakap ke?.” Tanya Iman, pelik bila melihat kakak kesayangannya itu asyik memandang wajahnya sejak tadi.
            ”Malam esok.....mama dan papa ajak kita semua dinner kat sana, kita pergi ya.” Ujar Amirul. Iman mencemik.
            ”Malas ah.....jerangkung tu kan ada kat sana, boleh tersirap darah Iman tau kalau tengok muka dia. Nanti tak pasal-pasal, habis pulak darah dia Iman sedut.” Ujar Iman. Amirul ketawa, namun ketawanya tiba-tiba mati bila terpandang kelingan Ilyana.
            ”Kakak nak ke adik kakak ni jadi raja bersiong?.” Tanya Iman, kening diangkat, sengaja mahu menakutkan wanita itu.
            ”Hish...apa cakap macam tu, merepek.” Marah Ilyana, lengan Iman dicubit lembut membuatkan gadis itu mengaduh sakit.
            ”Tak boleh ke kalau Iman berbaik je dengan  Aisy, kitakan  satu family.” Pujuk Ilyana. Iman menggelengkan kepalanya, dia mengeluh lemah.
            ”Bukan tak boleh.....tapi mustahil. Iman dengan jerangkung tu agaknya dilahirkan dalam tahun anjing dengan kucing kot. Dah memang sejak azali lagi keturunan kitaorang ni bermusuhan.” Ujar Iman, geram bila nama lelaki itu dibangkitkan. Amirul sedaya upaya cuba menahan ketawa, geli hatinya mendengar luahan Iman.
            ”Tapi tak elok kalau kita tak pergi, nanti apa kata mama dengan papa.” Pujuk Ilyana lagi.
            ”La....kak Yana dengan abang Mirul pergi je lah, Iman nanti boleh keluar dengan Manda. Tapi kalau kak Yana sayangkan Iman, tapau la sikit bawa balik.” Ujar Iman.
            ”Habis tak nak pergi la ni.” Tanya Ilyana lagi, Iman mengangguk, yakin dengan keputusannya.
            ”Kak Yana kirim salam sajalah pada mama dan papa, kalau mereka tanya...akak bagi je apa-apa alasan yang dirasakan munasabah.” Ujar Iman, mengharapkan bantuan. Ilyana menggeleng, dia sudah kehabisan cara untuk memujuk hati Iman.
”Tidurlah...dah lewat ni, esok nak ke hospital kan.” Ujar Ilyana, Iman sekadar mengangguk. Perlahan-lahan dia bangun dan mengajak suaminya keluar, tidak mahu mengganggu Iman lagi.
Iman tersenyum, dia bersyukur kerana keluarga Amirul baik dan menerima mereka seadanya tapi disebabkan kehadiran Aisy, dia jadi tawar hati untuk balik kesana lagi. Kalaulah perangai Aisy seperti Amirul, tentu dia tidak akan berkelakuan begini. Keluhan halus kedengaran meniti dibibirnya.
Iman menarik selimut sebelum menutup suis lampu. Dia sudah malas berfikir tentang lelaki itu, menyakitkan hati.
”Malam ni mimpikan John Loyd Cruz lah.” bisik hati kecilnya. Tapi John Loyd Cruz seorang pelakon ok bukan jerangkung.




            Aisy menghempaskan tubuhnya diatas tilam, jari-jemarinya digenggam kuat, melepaskan segala tekanan mentalnya kesitu. Tali leher diurai, matanya terbuka luas merenung siling yang kosong.
            Tangan kanan diletakkan diatas dahi manakala lengan tangan kirinya dijadikan batal. Dia mengeluh, berat. Bayang wajah Iman bermain diruang matanya dengan wajah yang mengejek.
            ”Macam manalah hidup aku boleh berkait dengan dia. Punyalah ramai perempuan yang ada dalam dunia ni, kenapa mesti nak pilih dia....nak kata cantik, patung kat mall lagi cantik rasanya. Dah la garang macam lembu jantan, tak sesuai langsung nak jadi bini orang.” Kutuk Aisy, serabut kepalanya bila memikirkan hal itu. Aisy bingkas bangun, tuala dicapai sebelum berlalu ke bilik air.