Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Selasa, 22 September 2015

CINTA SEMANIS AISKRIM BAB 1



BAB 1


            Azyan Husna menjerit kecil bila terasa tangannya ditarik seseorang, tanpa sempat berkata apa-apa, dia diheret mengikut langkah seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Pergerakan lelaki itu yang tergesa-gesa hampir menyebabkan dia terjatuh.
“What the hell are u doing?.” Marah Azyan namun lelaki itu buat tidak peduli, tangan Azyan masih kemas berada didalam genggaman.
“Hish...lepas la.” Jerit Azyan perlahan tapi jelas, dia berusaha untuk menarik tangannya tetapi gagal.
“Shut up....just follow me.” Ujar lelaki itu tegas membuatkan Azyan mendengus marah.
“Anak sapa lah ni...kurang didikan moral betul, aku tempeleng jugak budak ni karang.” Bebelnya perlahan sambil tanganya ditarik dari genggaman tangan lelaki itu.
“I said let go of me.” Jerit Azyan lagi. Lengan lelaki itu dipukul sekuat hati, baru saja dia hendak menjerit meminta tolong, tangan lelaki itu pantas menutup mulutnya.
“Jangan menjerit kalau awak nak selamat.” Ugut lelaki itu, Azyan terus terdiam, tidak berani bersuara lagi.
“Jangan-jangan lelaki ni nak culik aku, Ya Allah...selamatkanlah aku. Umi...anakmu ini tidak rela berkahwin sebelum bernikah, tolonggggg.” Jerit suara hati Azyan. Air mata terasa ingin mengalir namun ditahan agar tidak jatuh.
“Awak nak bawak saya pergi mana ni?.” Tanya Azyan, nada suaranya perlahan, takut jika lelaki itu cuba melakukan sesuatu yang tidak elok.
“Jangan bimbang, saya bukan nak culik awak...apatah lagi nak rogol ke apa. I just need your help.” Ujar lelaki itu. Azyan mengangkat kening, need help my foot kau.
“Tapi bukan ini caranya nak minta tolong, Tanya baik-baik tak boleh ke?.” Tanya Azyan.
“Kalau saya tanya...nak ke cik tolong?.” Azyan mengetap bibir, menjawab pulak dia.
“Tak tanya...mana nak tahu.” Lelaki itu berhenti seketika, berpaling dan memandangnya tajam. Azyan tunduk,
 “Awak nak suruh saya tolong apa?.” Tanyanya bodoh, entah kenapa dia boleh setuju pulak untuk menolong lelaki itu.
Azyan menggaru kepala, kata nak minta tolong, bila ditanya tak nak menjawab pulak. Mukanya mencerut, lelaki ini sihat ke tidak, nampak gaya macam normal tapi otaknya entahkan sempurna atau ada cacat dimana-mana.
“Encik...saya Tanya ni, nak minta tolong apa?.” Tanya Azyan lagi.
“Saya tak ada masa nak terangkan apa-apa, just follow my lead.” Ujar lelaki itu, Azyan menggeleng, pantang betul dia kalau bertanya tapi dijawab dengan selamba badak.
“Encik...” Mulutnya pantas ditekup.
“Awak ni tak boleh berhenti bercakap ke, kan saya kata saya tak ada masa nak tenagkan apa-apa.” Marah lelaki itu, Azyan membulatkan matanya, tangan direntap dari cengkaman lelaki itu.
“Encik jangan nak buat macam-macam...saya ni ada darah gemuruh, nanti kalau darah saya memuncak naik ke kepala, encik juga yang susah.” Ujar Azyan, memberi amaran. Lelaki itu tersenyum.
“Kalau saya cakap...awak jangan terkejut.” Azyan mengangguk.
“Saya nak awak peluk saya ketat-ketat lepas saja saya sarung cincin ni.” Ujar lelaki itu, sebentuk cincin dikeluarkan dari kotak. Azyan melopong, bagai terkena kejutan elektrik bila mendengar permintaan lelaki itu.
“Gila ke apa nak suruh saya peluk awak tengah-tengah orang ramai macam ni, Nampak dek abah saya, sia-sia je kita berdua kene parang.” Marah Azyan, tidak setuju langsung. Ada ke patut minta anak dara peluk anak teruna tengah-tengah orang ramai, hilang akal ke apa.
“Saya tak Tanya pun awak setuju ke tidak, saya Cuma suruh awak buat apa yang saya nak awak buat.” Ujar lelaki itu, Azyan mengetap bibir, senangnya cakap.
“Just do what I said and I will let u go.” Ujar lelaki itu, Azyan menggeleng, dia tidak akan sesekali menurut kata lelaki itu.
“Never and ever.” Ujar Azyan tegas, dia berpaling sebelum melangkah pergi namun tak sampai dua langkah melangkah, dia ditarik kembali ke pangkuan lelaki itu.
“Cubalah lepaskan diri atau awak akan menyesal.” Ujar lelaki itu, mengugut.
“Ingat saya takut...hei, saya tak makan ugutan la...saya makan nasi je.” Ujar Azyan berani, lelaki itu tersenyum, pantas wajahnya didekatkan, hampir membuatkan bibir mereka bertaut.
 “Awak nak buat apa ni?.” Tanya Azyan, cepat-cepat dia menutup mulutnya.
“Awak rasa saya nak buat apa?.” Tanya lelaki itu kembali, terus saja Azyan melarikan wajahnya. Takut jika lelaki itu bertindak drastik, tak pasal-pasal dia merana.
“Kalau awak tak nak saya buat sesuatu yang boleh buat awak menyesal, buat  apa yang saya suruh.” Ujar lelaki itu, Azyan menelan air liur, tidak tahu apa yang harus difikir, menurut saja kemahuan lelaki itu atau terus mempertahankan diri.
“Ya Allah, ampunilah aku, sesungguhnya aku berdosa pada-MU.” Bisik Azyan perlahan. Tubuh lelaki itu terus dirangkul sebaik sahaja cincin berlian bermata satu itu disarung kejarinya. Dia pasrah, hanya menanti untuk menerima apa saja kemungkinan yang berlaku.
“Thank you.” Bisik lelaki itu ditelinga Azyan membuatkannya kembali ke alam nyata. Dia terkebil-kebil bila, lelaki itu menolaknya lembut dan menjarakkan diri. Senyuman manis terukir dibibirnya, kerana dia tahu adengan tadi sudah cukup untuk mengalihkan perhatian wartawan yang mengekorinya sejak tadi.
“Let’s go to the parking lot.” Ajak lelaki itu. Azyan tidak bersuara, dia hanya menurut kata seolah-olah dirinya sudah terkena jampi serapah. Mereka terus beredar menuju ke kawasan tempat letak kereta yang berada ditingkat bawah sambil berpegangan tangan.




Azyan terpaku seketika melihat wajah lelaki itu sebaik sahaja cermin mata yang dipakainya ditanggalkan, dengan wajah yang kacak, tubuh yang tinggi lampai, anak mata berwarna Hazel Brown dan senyuman yang menggoda, dia percaya tidak akan ada seorang gadis pun yang tidak akan tergoda dengan lelaki ini.
Petikan jari lelaki itu mematikan lamunan Azyan, pantas saja dia menjauhkan diri dari lelaki itu, mukanya merah padam, entahkan malu ataupun marah, dia sendiri tidak pasti.
“Macam mana kau boleh terleka ni Azyan Husna oii, saja-saja je hari ini kau tambah dosa, peluk lelaki yang bukan muhrim.” Kutuk hati Azyan pada diri sendiri.
“Can I get my ring back?.” Pinta lelaki itu, Azyan mengecilkan matanya, dia menggelengkan kepalanya, sakit hati mendengar permintaan lelaki itu.
“Ada jugak yang nak makan pelempang aku ni, ingat aku ni kemaruk sangat nak cincin ni. Setakat berlian, apa barang...bukan boleh gadai pun.” Gumam Azyan, dia mencemik. Cincin yang tersarung dijarinya segera ditanggalkan.
“Argh!!!.” Azyan menjerit kecil, cincin yang tersarung dijarinya tidak dapat ditanggalkan, puas dia cuba menarik namun gagal. Dia mendongak memandang lelaki dihadapannya.
“Macam mana nak tanggalkan ni?.” Tanya Azyan, cemas. Dia masih cuba menarik cincin itu keluar.
“Tak boleh tanggal ke?.” Tanya lelaki itu, Azyan membulatkan matanya, rasa nak bagi makan penumbuk saja.
“Sebab tak boleh tanggallah, saya Tanya macam mana nak tanggalkan. Kalau boleh tanggal, saya tak Tanya pulak.” Ujar Azyan, geram. Tangan Azyan diraih, dia cuba menarik cincin yang tersangkut dijari manis Azyan, tapi tetap gagal biarpun berkali-kali dicuba.
“Sakit la...tak boleh buat perlahan sikit ke.” Marah Azyan, dia menahan sakit, jarinya sudah mula kelihatan merah dan kelopak matanya sudah mula bergenang.
“Memang tak boleh ni, ketat sangat.” Ujar lelaki itu. Azyan mengeluh, menyusahkan betul, bisiknya.
“Habis tu nak buat apa ni?.” Tanya Azyan, meminta buah fikiran.
“Tak ada cara lain lagi, kasi potong sajalah.” Ujar lelaki itu selamba, Mata Azyan terbeliak, wah-wah...mulut.
“Awak ingat kat luar ada jual spare part ke, suka-suka hati awak je nak kerat jari saya.” Getus Azyan, bengang mendengar cadangan lelaki itu.
“Kerat jelah cincin ni.” Cadang Azyan, lelaki itu mendengus.
“Awak ingat saya beli pakai air liur.” Azyan menghela nafas, kasar, tau pulak nak marah.
“Macam ni la....awak pergi belikan saya baby oil or losyen, cepat.” Arah Azyan, lelaki itu melopong.
“Saya?.” Tanya lelaki itu, jarinya dihala pada diri sendiri. Azyan mengangguk.
“Dah tu takkan saya pulak yang nak kena pergi beli. Awak yang cipta masalah ni kan.” Ujar Azyan, keningnya diangkat. Lelaki itu mengeluh, seumur hidupnya belum pernah ada sesiapa yang berani mengarahnya tapi gadis dihadapannya ini memang lain dari yang lain.
“Jenama apa?.” Tanya lelaki itu, tidak senang.
“Tak kisah la jenama apa pun, semua boleh....pergi la cepat, takkan nak tunggu baby oil tu datang bergolek pulak.” Halau Azyan, tubuh lelaki itu ditolak.
“Ok...ok...saya pergi.” Ujar lelaki itu, cermin matanya dipakai semula sebelum berlalu, tak sampai lima minit, bayangnya sudah menghilang dibalik pintu lif.




Azyan mundar-mandir dihadapan pintu lif, hampir sejam dia menunggu namun kelibat lelaki itu masih belum kelihatan. Keresahan jelas terpamer diwajahnya, matanya tidak lepas-lepas dari memandang kearah pintu lif, berharap lelaki itu akan muncul bila pintunya terbuka.
“Awak ni pergi beli baby oil ke...pergi proses baby oil.” Sindir Azyan, baby oil yang dihulurkan lelaki itu diambil, kasar.
“Ramai orang la...saya kena beratur panjang tadi.” Ujar lelaki itu, Azyan mencemik, alasan.  Punggungnya dilabuhkan diatas lantai, penat berdiri masih belum hilang, habis lenguh kakinya.
“What?.” Tanya Azyan, tidak puas hati bila lelaki itu memandangnya tanpa berkelip.
“Kotor la, duduk atas lantai macam tu.” Tegur lelaki itu. Azyan tayang muka selamba.
“Kotor pun bukan tak boleh basuh.” Ujarnya tanpa perasaan membuatkan lelaki itu tersenyum sumbing.
“Nak buat apa dengan minyak tu?.” Tanya lelaki itu bila melihat Azyan menanggalkan plastik yang membalut penutupnya.
“Nak mandi.” Ujar Azyan, dia memandang lelaki itu sambil tayang senyum kambing. Pantas saja lelaki itu membuat isyarat menzip mulutnya, tanda dia tidak akan bertanya apa-apa lagi.
Penutup botol berisi minyak bayi dibuka lalu dituangkan sedikit sebelum diratakan disekeliling jari manisnya. Cincin tersebut dipusingkan beberapa kali sehingga seluruh permukaan bahagian dalamnya diseliputi dengan minyak.
“Yes...berjaya.” Ujar Azyan gembira bila cincin tersebut berjaya ditanggalkan dari jarinya.
“Nah...ambil balik, menyusahkan orang je.” Ujar Azyan, cincin itu dikembalikannya semula pada pemiliknya.
“Thank you for your help, but I did’t catch your name?.” Ujar lelaki itu, bertanya. Azyan tersenyum sinis.
“Penting ke nak tahu nama saya?.” Tanya Azyan, lelaki itu mengangguk.
“Tak payah la...sebab saya rasa lepas ni kita takkan bertemu lagi...so kita tamatkan saja pertemuan kita kat sini.” Ujar Azyan, lelaki itu menggeleng.
“Ianyanya mungkin tak penting bagi awak tapi sangat penting bagi saya, so please...give me your name.” Pinta lelaki itu, lembut suaranya. Azyan tersenyum sinis,

“Harap-harap ini pertemuan kita yang terakhir...saya minta diri dulu.” Ujarnya sebelum berpaling dan bersedia untuk meninggalkan lelaki itu.
“Cik..” Panggil lelaki itu, Azyan berhenti melangkah, dia berpaling semula dan sepantas kilat, wajahnya dirakam.
“Hei...apa ni?.” Marah Azyan, handphone ditangan lelaki itu cuba dicapai, namun dia hampa, ketinggiannya tidak sepadan dengan lelaki itu.
“For safety..” Ujar lelaki itu sebelum berlalu meninggalkan Azyan yang terpinga-pinga.
“Safety pe benda, dia yang ambil gambar kita.” Bisik Azyan, kepalanya digeleng beberapa kali, pelik dengan perangai lelaki itu, dia turut sama berlalu. Niat untuk membeli- belah terbatal secara automatik gara-gara peristiwa yang begitu sadis yang baru saja berlaku padanya sebentar tadi.





Aroma maggi cup meruap diruang udara, Azyan berhati-hati menghirup sup ayam, perlahan-lahan dia meniup sekadar mahu menyejukkan sedikit, tidaklah terlalu beria-ia. Matanya tidak lari dari menatap kaca tv, drama bersiri korea, Prime Minister and I sedang rancak bersiaran di saluran One HD, Astro.
Bunyi grill dibuka membuatkan Azyan berpaling, sebaik sahaja pintu dibuka, terjengul wajah Nadia, ditangannya penuh dengan beg kertas. Azyan menggelengkan kepalanya, faham sangat dengan tabiat kembar tak seirasnya itu, pantang keluar dating, pasti ada sesuatu yang dibawanya pulang.
“Shopping sakan Nampak.” Tegur Azyan, Nadia tersengih.
“Orang belanja, rezeki...takkan nak tolak, kan.” Ujarnya, Azyan menggeleng.
“Makan magi je?.” Tanya Nadia, Azyan sekadar mengangguk, matanya masih tidak lepas memandang kaca tv.
“Kenapa tak makan kat luar je tadi?.” Tanya Nadia, mulut Azyan muncung.
“Selera dah patah.” Jawabnya selamba, dahi Nadia berkerut.
“Dah la...tak yah Tanya lagi, aku malas nak cerita...buat sakit hati je bila ingat.” Ujar Azyan, Nadia mengeluh dan menggeleng.
“Aku naik dulu la...nak mandi, badan dah melekit semacam ni.” Ujar Nadia sambil menepuk peha Azyan. Gadis itu hanya mengangguk, Nadia menggelengkan kepalanya, Azyan, kalau dah sibuk mengadap cerita korea, alamatnya rumah terbakar pun dia tidak akan sedar. Beg kertas diangkat, dia berlalu naik ke tingkat atas menuju ke biliknya meninggalkan Azyan yang masih tekun menonton cerita kegemarannya.