BAB
2
Azyan mengangkat
kotak-kotak yang tersusun ditepi dinding masuk kedalam stor. Stok biji kopi
yang baru dihantar pagi tadi perlu di kira sebelum disimpan. Punggungnya
dilabuhkan diatas lantai, dia duduk bersila, lebih mudah untuk membuat kerja.
Dadanya diurut
perlahan-lahan, tersentak bila senaskah surat khabar tiba-tiba diletakkan
diatas ribanya, dia mendongak memandang wajah Nadia yang berdiri dihadapannya
dengan riak wajah yang penuh dengan persoalan.
“Bila masa pulak kau
berdiri kat depan aku ni? Senyap-senyap je, tup-tup dah tercegat. Pakai ilmu
ghaib ke apa?.” Tegur Azyan, Nadia tidak menjawab, sebaliknya dia menunjuk
kearah akhbar yang diletakkannya diatas riba Azyan.
“Kau
ni apa hal, tetiba je rajin beli paper, selalunya kau yang paling malas
membaca.” Sindir Azyan, surat khabar itu dialih ketepi.
“Sebab
hari ni ada cerita yang paling best pernah aku baca.” Ujar Nadia, dia duduk
bersila dihadapan kembarnya itu.
“Pasal
apa...ada pelakon Korea kegemaran aku nak datang shooting kat sini ke atau Running
Man nak buat fanmeeting kat sini. Which one?.” Tanya Azyan, teruja pulak
rasanya dia. Nadia menjelirkan lidahnya, tak ada topik lain yang keluar dari
mulut gadis itu, kalau tak pasal drama dan pelakon Korea, pasti melibatkan
hos-hos rancangan popular itu.
“Story ni lebih gempak dari Running
Man or pelakon Korea kau tu, eksklusif giler.” Ujar Nadia.
“Ya
ke? Cerita apa yang best sangat tu, story mory la sikit kat aku. Aku pun nak
tau jugak.” Pinta Azyan, dia kembali menyambung kerjanya. Kotak-kotak besar
yang tersusun diatas lantai dikira satu persatu, mahu memastikan tiada
kesilapan yang berlaku.
“Cerita
paling hangat dipasaran ni tak ada kaitan dengan dunia hiburan, tapi impak dia
memang cukup untuk membuatkan anak dara....mak dara menangis sampai tenggelam
KL ni.” Ujar Nadia. Azyan melopong, macam best je gossip ni.
“Ha...tunggu
apa lagi, cepat la cerita...” Ujarnya tidak sabar, tapak tangannya digosok
perlahan beberapa kali.
“Jejaka pujaan Malaysia, Dato’ Tengku
Aryan Azraeil bakal berkahwin tak lama lagi..” Ujar Nadia, Azyan mencemik, ingatkan
gossip gempak, setakat cerita kawin, tak menarik langsung.
“Lor...ingatkan
cerita apa yang best sangat, kalau cerita pasal dia, baik kau tak payah cerita
kat aku, buang masa aku je dengar.” Ujar Azyan, menyampah, rasa macam nak
termuntah pun ada.
“Ada
pulak kau cakap macam tu...bukan selalu tau dapat baca cerita eksklusif macam
ni, kisah fantasi cinta Dato’ Tengku Aryan Azraeil tu.” Ujar Nadia, teruja.
“Dia yang nak kawin, yang kau teruja
ni kenapa?.” Tanya Azyan, dia masih lagi sibuk menulis sesuatu didalam buku
nota.
“Maunya
tak teruja, wedding of the year ni.” Ujar Nadia, Azyan mengangkat kening.
“Kau
ni....macam kau pulak yang nak kawin dengan dia.” Ujar Azyan, pelik dengan
keterujaan kembarnya itu.
“Kau bacalah dulu, baru
kau tahu kenapa aku teruja semacam...” Ujar Nadia, style memaksa. Akhbar Harian
Metro yang diletakkan diatas riba Azyan ditepuk perlahan membuatkan gadis itu
mendengus. Matanya masih tidak lepas memandang kotak-kotak dihadapannya sambil
tangannya menconteng kotak tersebut, menanda sesuatu.
“Tak kuasa lah aku nak
layan, buang masa, tak ada faedah langsung..” Ujar Azyan, malas benar dia
hendak mengadap akhbar pagi-pagi begini. Si Nadia ni pulak, tak reti-reti nak
cari masa yang sesuai, time dia tengah mengira stok ni la, time itulah kembar,
sahabat merangkap rakan kongsinya itu nak menyibuk.
“Bacalah...kejap je
pun, tak sampai lima minit.” Pinta Nadia, dia pamer muka kasihan.
“Aku busy la...nak kira
stok ni, karang kalau salah...jenuh pulak aku nak kira balik.” Ujar Azyan,
langsung tak tertarik dengan lakonan gadis itu. Nadia buat muka mengharap.
“Ala....pasal stok tu
nanti aku tolong la.” Pujuk Nadia, Azyan mengeluh, dia berhenti menulis, pen
ditangan diletakkan sebelum akhbar tersebut diangkat, sekadar mahu memenuhi
permintaan gadisnya itu. Tajuk besar yang tertulis di muka surat pertama dibaca
perlahan.
WEDDING
OF THE YEAR...
DATO’
TENGKU ARYAN AZRAEIL KINI SUDAH BERSEDIA
UNTUK BERGELAR SUAMI....
Kuala Lumpur, 10 Januari 2015 : Pemilik Blue
Legion Hotel yang juga merupakan CEO Legacy Group Corp, Dato’ Tengku Aryan
Azraeil Bin Tan Sri Tengku Ahmad Firdaus, dikatakan sedang hangat bercinta
dengan seorang gadis yang masih belum dapat dipastikan identitinya sekaligus
menyangkal dakwaan mengenai teka-teki hubungannya dengan mana-mana perempuan
sebelum ini.
Azyan melipat kembali
akhbar lalu ditolak ketepi, malas untuk meneruskan bacaan yang baginya tiada
apa yang istimewa melainkan gosip tentang tokoh koporat ternama itu. Wajah
Nadia dipandang seketika.
“Cerita
yang tak ada kena-mengena dengan kehidupan kita pun kau suruh aku baca, apalah
kau ni.” Bebel Azyan, Nadia memegang pipi Azyan, bulat matanya menatap anak mata
gadis itu.
“Wei....aku
tak suruh kau saja-saja baca, aku nak kau tengok betul-betul gambar tu, jangan
buat telahan dulu.” Ujar Nadia, geram. Azyan menggeleng, malas.
“Buang
masa, siapkan kerja lagi bagus.” Ujar Azyan, dia kembali menyambung kerjanya.
Pantas tangan Nadia melarikan buku nota milik Azyan, sehingga memaksa gadis itu
meninggikan suaranya.
“Nadia....”
Jerit Azyan.
“Tengok
dulu gambar tu.” Paksa Nadia tanpa mempedulikan kemarahan kembarnya itu. Azyan
mendengus, akhbar tadi diambil kembali.
“Apa
masalahnya dengan gambar ni, aku tengok biasa je.” Ujar Azyan, dia berlagak
biasa, riak wajahnya tenang. Gambar yang terpampang didada akhbar itu sedikit
sebanyak mengundang rasa tidak senang dalam dirinya. Pantas anak matanya
dilarikan kearah Nadia, gadis itu tersenyum sinis.
“Ini
kau kan?.” Tanya Nadia, Azyan mengangkat bahu.
“Kau
jangan nak tipu aku....kan tak pasal-pasal, kasut saiz 8 ni melayang masuk
mulut kau.” Ugut Nadia, Azyan menggeleng.
“Bajet
kasut kau je yang boleh melayang masuk mulut aku...kasut aku tak boleh.” Balas
Azyan, dia tayang muka sepuluh sen.
“Yan....aku
serius ni.” Marah Nadia, Azyan mengeluh. Dia menggelengkan kepala dan
tersenyum.
“Tah
apa-apa kau ni...yang kau nak gelabah tahap 7 petala bumi ni kenapa, belum
tentu-tentunya tu gambar aku. Zaman sekarang kan, teknologi dah canggih,
senang-senang je nak tukar wajah.” Ujar Azyan selamba.
“Lagipun
gambar tu kan kabur....muka pun tak nampak jelas, kau boleh pasti ke tu aku?. ”
Tanya Azyan lagi, dia ketawa kecil. Nadia tersengih, betul juga, dia yang
terlebih teruja, sehingga perempuan yang wajahnya terpampang didalam akhbar itu
dikatakan Azyan.
“Tapi
figura dia sebiji macam kau.” Ujar Nadia, masih tak berpuas hati. Azyan
meletakkan tangannya diatas bahu gadis itu,
“Sis...dalam
dunia ni ada tujuh muka serupa tau.”
“Dah la...tak payah nak
fikir yang bukan-bukan, buat penat otak kau je.” Ujar Azyan, mematikan terus
telahan gadis itu.
“Dari
kau dok bazirkan masa fikir benda-benda yang mengarut tu, baik kau belanja aku
makan, hari ni gaji kan.” Ujar Azyan, perutnya yang terasa lapar, tiba-tiba
berbunyi sehingga mencetuskan ketawa Nadia.
“Ya
lah...ya lah. Kau ni macam aku sorang je yang dapat gaji, jom.” Ajak Nadia,
pantas saja Azyan menginggalkan kerjanya dan beriringan keluar.
“Yati...nanti
awak tolong habiskan kiraan stok kat dalam stor tu, kami nak keluar sekejap.”
Pinta Azyan, Haryati hanya mengangguk sebelum menghilang disebalik pintu stor.
Deringan
handphone yang berbunyi mengejutkan Azyan, pantas tangannya menyeluk poket beg
sandangnya lalu dikeluarkan Samsung Note 3 kesayangannya. Pandangannya dihala
kearah Nadia yang sedang memandu.
“Siapa
call?.” Tanya Nadia. Azyan segera menghalakan skrin handphonenya.
“Gasak
la kau....sendiri jawab la.” Ujarnya, bila melihat nama ‘Umi’ terpampar
diskrin.
“Tolong
la wei...masak aku nak jawab ni.” Ujar Azyan meminta pertolongan. Nadia pantas
menggeleng, tidak mahu campur tangan.
“Dia
call kau...kau la yang jawab.” Ujarnya, Azyan mengaru kepala.
“Mesti
dia nak Tanya pasal cerita yang masuk paper hari ni.” Nadia mengangguk, pasti.
“Kau
tak buat salah...tak perlu nak takut.” Ujarnya, menjeling. Azyan tersengih.
“Bukan takut...Cuma
bimbang umi fikir yang bukan-bukan.” Nadia mengangkat kening, dia tersenyum. Azyan
menarik nafas panjang, dengan lafaz bismillah, dia menekan butang hijau.
“Assalamualaikum
umi....sihat?.” Sapa Azyan.
“Waalaikummussalam....sihat,
Yan dengan Nadia sihat?.” Tanya Puan Maisara.
“Alhamdulillah,
Yan sihat...nadia lagi la, terlebih sihat.” Ujarnya, Nadia membulatkan matanya,
pantas lengan Azyan dicubit.
“Sakit
la...” Bisik Azyan seraya menggosok lengannya yang mungkin sudah kelihatan
merah kesan daripada cubitan Nadia.
“Kenapa
tiba-tiba umi call ni, rindu kitaorang yek?.” Ujar Azyan, mengusik.
“Mestilah
rindu, anak umi kan. Lagipun kalau nak tunggu kamu telefon umi, alamatnya
sampai hujung tahun pun belum tentu umi dapat dengar suara kamu berdua.” Balas
Puan Maisara. Azyan ketawa, kan dah terkena.
“Sorry
la umi, busy sangat lately..nak kejar tempahan lagi. Nanti bila kami free, kami
balik.” Ujar Azyan, memujuk. Puan Maisara mengeluh lembut.
“Hurm.....ya
la...KL dengan Putrajaya ni jauh sangat kan....sampai nak balik pun susah.”
Ujar Puan Maisara, merajuk.
“Alo...janganlah
merajuk...kami janji, hujung minggu ni kami balik...ok Umi.” Janji Azyan.
“Ya
lah...umi tunggu kamu balik. Yan....umi nak Tanya sesuatu boleh?.” Tanya Puan
Maisara, meminta izin.
“Boleh
umi...tanyalah.” Ujar Azyan walaupun dia tahu, pertanyaan itu pasti berkaitan
dengan cerita sensasi di akhbar hari ini.
“Umi
ada terbaca berita sensasi kat akhbar hari ni...jadi umi nak Tanya pasal gambar
tu, itu Yan ke?.” Tanya Puan Maisara, Azyan menelan air liur, tepat seperti
jangkaannya. Naluri seorang ibu, jangan dipandang remeh.
“Hish...umi
ni, takkan la Yan nak buat macam tu pulak, kalau betul Yan dah ada teman,
mestilah Yan bawa dia jumpa umi dengan abah dulu kan.” Ujar Azyan, beria-ia
menafikan semuanya. Seolah-olah itu memang bukan dia.
“Elok
la kalau macam tu, umi bukannya apa...tak nak orang mengata yang bukan-bukan
pasal anak umi.” Ujar Puan Maisara, lega.
“Umi
tak payah la risau, tak ada apa-apa pun. Wartawan kan memang suka buat cerita
gempak.” Ujar Azyan, cuba menenangkan hati uminya.
“Umi
tahu....umi kenal anak umi, takkanlah Yan nak buat macam tu kan.” Ujar Puan
Maisara, Azyan mengangguk, biarpun dia tahu uminya bukannya Nampak.
“Tahu
tak apa. Umi jangan bimbang ya, andai nanti Yan jumpa jodoh Yan..Yan bagitau
umi, kita pergi pinang dia sama-sama, ok.” Puan Maisara ketawa.
“Oklah...umi nak pergi
siapkan makan tengahhari ni, kejap lagi abah balik...kamu berdua jangan lupa
balik hujung minggu ni. Kirim salam kat budak bertuah tu....assalamualaikum.”
Ujar Puan Maisara sebelum memutuskan panggilan. Azyan menarik nafas lega, lepas
satu beban...beban yang lain belum tentu lagi.
“Well...kita nak makan
kat mana ni?.” Tanya Nadia, menyentak lamunan Azyan.
“Ikut kau la, aku tak
kisah.” Balasnya perlahan. Nadia hanya terdiam, berfikir seketika. Macam-macam
cadangan yang timbul dalam fikirannya.
Azyan membuang
pandangannya keluar tingkap, peristiwa semalam benar-benar mencabar dan
mencalarkan maruahnya, tidak pernah disangka, peristiwa memalukan seperti itu
akan berlaku padanya. Keluhan berat dilemparkan, dia benar-benar terkesan
dengan peristiwa itu.
Matanya dipejam
serapat-rapatnya, kalaulah dia punya kuasa, sudah lama dia hapuskan ingatan
tentang peristiwa semalam. Dalam sibuk berfikir, hatinya tertanya-tanya, macam
mana gambar dia boleh terpampang didalam akhbar. Walaupun tidak begitu jelas
tapi dia tahu yang itu memang dia.
“Mana ada orang lain
yang buat scene sarung cincin tengah-tengah orang ramai, lepas tu peluk-peluk
sakan melainkan aku dengan dia je. Tapi masalahnya, masa scene tu tengah
berjalan, jangankan pengarah...jurugambar pun aku tak Nampak. Hish...musykil
betul aku.” Bisik Azyan perlahan, jarinya digigit lembut. Ligat otaknya
berfikir, mencari jawapan.
“Nasib baiklah gambar
tu tak berapa jelas, boleh jugak aku kelentong....yang aku ni pulak, macam mana
boleh tak cam tu Dato’ Tengku Aryan....kan tak pasal-pasal menyusahkan hidup.”
Bebel Azyan, mulutnya terkumit-kumit.
“Yang
aku ni, asyik fikir pasal hal tu kenapa. Ya Allah...alangkah baiknya kalau itu
Cuma satu mimpi.” Gumam Azyan sendiri. Dia berpaling kesebelah bila bahunya
terasa ditolak lembut.
“Kau
ni dah kenapa....bebel sorang-sorang, gila?.” Ujar Nadia, hairan. Azyan
tersengih, pantas dia menggeleng.
“Kita
nak makan kat mana ni?.” Tanya Azyan, sengaja mengalihkan topik perbualan,
tidak mahu otaknya berterusan memikirkan hal itu.
“Makan
kat mulut la, takkan lubang hidung pulak.” Azyan terus menghadiahkan jelingan
maut, makan pelempang jugak budak ni karang.
“Makan
masakan kampung nak...lama la tak makan ikan keli, teringin la beb.” Cadang
Nadia, Azyan mengangguk setuju.
“Bagus jugak idea kau
tu, kalau nak tunggu balik rumah umi, lambat sangat la.” Ujarnya air liur sudah
terasa meleleh. Kereta yang dipandu Nadia terus melucur laju membelah jalan
raya yang sibuk.