EPISODE 2
Andrea bersiul kecil, kayuhannya agak perlahan. Dia tidak mahu terburu-buru mengejar waktu lagipun jam ditangan masih menunjukkan pukul 4.30 petang, bermakna dia punya masa setengah jam sebelum waktu yang dijanjikan untuk sampai ke rumah pokok.
Tangannya didepa, basikalnya agak laju menuruni bukit kecil, angin bertiup lembut, membuai rambutnya. Sebaik sampai disimpang jalan masuk menuju ke kawasan rumah pokok, Andrea mempercepatkan sedikit kayuhannya. Cahaya mentari memancar masuk dari celah-celah daun pokok, menterjemahkan pelbagai imej pada permukaan tanah.
Dari jauh kelihatan basikal Hannah tersadai ditepi pokok, dia tersenyum lantas dipercepatkan lagi kayuhannya menghampiri rumah pokok. Basikalnya dipakirkan ditepi pokok bersebelahan dengan basikal milik Hannah.
Tempat duduk basikal berwarna pink itu ditepuk perlahan, buaian yang berayun dipandang sepintas lalu, pasti Hannah baru selesai berbuai dan menyanyi seperti selalu. Tangga kayu dihampiri dengan berhati-hati, niatnya mashu mengejutkan Hannah.
Satu persatu anak tangga kayu dipanjat naik menuju ke atas rumah pokok. Kepalanya dijenguk kedalam, tiada kelibat Hannah disitu yang ada hanyalah beg sekolahnya. Andrea mengetap bibirnya, hairan.
“ Mana pulak Hannah ni, mesti dia nak main sembunyi lagi. Macam budak-budak la. ” bisik Andrea perlahan, bibirnya melakar senyuman. Dia melangkah turun semula ke bawah.
“ Hannah…..keluarlah, jangan sembunyi lagi. Aku malas nak cari kau ni. Cepat la keluar. ” jerit Andrea, suaranya kuat memecah kesunyian hutan.
“ Hannah…..jangan la main-main lagi. Aku ada bawa sandwish ni, mari kita makan sama-sama. ” jerit Andrea lagi namun panggilannya tidak bersahut. Dia mengeluh.
“ Aku bagi kau masa sepuluh minit untuk keluar, kalau tak aku pergi. ” ujar Andrea mengugut. Dia memeluk tubuh, kakinya dihentak perlahan ke permukaan tanah.
Sepuluh minit berlalu namun bayang Hannah masih jua tidak kelihatan. Andrea bangun, resah mula bertamu.
“ Hannah…..jangan takutkan aku, keluar cepat. ” panggil Andrea lagi tapi panggilannya langsung tidak bersahut.
“ Ann…..kenapa?. ” tanya Thalia tiba-tiba. Andrea berpaling. Thalia, Sandra dan Marion sudah menyorong basikal masing-masing menghampirinya.
“ Hannah ni la, main sembunyi pulak, puas aku panggil tapi dia tak nak sahut pun panggilan aku. ” adu Andrea. Thalia tersenyum, bahu Andrea ditepuk lembut.
“ Tak apa kita cari sama-sama. Dia mesti sembunyi tak jauh dari rumah pokok. Kejap lagi kita mesti jumpa dia. ” ujar Thalia. Sandra dan Marion mengangguk, mereka berjalan beriringan sambil melaung nama Hannah.
Andrea berhenti melangkah sebaik sahaja mereka sampai kawasan berhampiran Tasik Aquamarine. Bunyi kicauan burung memecah kesunyian, permukaan tasik beralun tenang. Andrea memandang wajah Thalia, tiada senyuman disitu. Hatinya dipagut rasa bimbang, memikirkan sesuatu yang buruk mungkin sudah berlaku.
Mata mereka meliar memerhatikan kawasan sekitar mencari kelibat Hannah namun bayangnya masih jua tidak kelihatan. Mereka hampir berputus asa sehinggalah Marion melaung nama mereka kuat.
“ Ann….lia….sini cepat. ” panggil Marion. Andrea dan Thalia cepat-cepat menghampiri Marion.
“ Apa?. ” Tanya Andrea dan Thalia serentak.
“ Ini kasut Hannah kan. ” Tanya Marion. Andrea cepat-cepat mengangguk. Dia cukup kenal dengan kasut putih berbunga merah itu.
“ Mana kau jumpa?. ” Tanya Andrea.
“ Aku jumpa kat situ. ” ujar Marion sambil menunjukkan kearah sebatang pokok tumbang.
“ Kat sini ada sebelah lagi. ” jerit Sandra pula. Andrea, Thalia dan Marion berlari kearah Sandra. Masing-masing saling berpandangan. Jantung Andrea tidak berhenti-henti berdengup kencang. Mereka menyusuri, denai kecil mencari pertunjuk lain.
“ Gelang Hannah. ” ujar Andrea, gelang manik berwarna putih itu disua kearah Thalia, Sandra dan Marion. Kelopak matanya mula bergenang, dia sudah mula memikirkan perkara yang bukan-bukan.
“ Jangan menangis Ann…..mungkin Hannah terjatuh, mari kita terus cari dia. Kalau tak jumpa jugak, kita minta tolong pakcik Harry. ” pujuk Thalia. Andrea mengangguk. Mereka terus menyusuri denai kecil yang membawa mereka sehingga ke kawasan hujung tasik.
“ Macam mana ni, tak ada pun. Hari dah hampir gelap ni. ” ujar Andrea. Thalia mengosok lembut bahu gadis itu, cuba menenangkannya.
“ Kita cuba cari lagi….kalau tak jumpa jugak, kita pergi minta tolong pakcik Harry, ok. ” ujar Sandra. Masing-masing mengangguk lalu berpecah.
Andrea menghampiri sebatang pokok tumbang, gerak hatinya seolah-olah memandunya kesitu. Kepalanya dijenguk, Andrea menekup mulutnya, tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Batang kayu besar itu segera dipanjat.
“ Hannah… ” jerit Andrea kuat sehingga mengejutkan Thalia, Sandra dan Marion. Mereka bertiga pantas berlari menghampiri Andrea yang sudah terduduk.
Kepala Hannah sudah berada dalam pangkuan Andrea, air mata mereka menitis, tatkala melihat sahabat mereka sudah tidak bergerak. Cepat-cepat jeket yang dipakai mereka ditanggalkan lalu diselimut pada tubuh Hannah.
“ Marion….. Sandra..…pergi panggil pakcik Harry dan Makcik Lucy cepat. ” arah Thalia bila melihat Andrea langsung tidak bersuara. Mereka berdua mengangguk lalu beredar meninggalkan Thalia dan Andrea yang masih memangku dan memeluk Hannah kejap.
Suasana di Hutan Simpan Armalis yang sedari tadinya sunyi bertukar menjadi hingar-bingar. Hampir separuh penduduk Pekan Primrose berkumpul disitu. Andrea langsung tidak mempedulikan keadaan itu, dia seolah-olah berada dalam dunianya sendiri.
“ Ann sayang…..bagi makcik periksa Hannah dulu. ” pujuk makcik Lucy. Andrea masih berkeras, langsung tidak membenarkan sesiapapun menyentuh tubuh Hannah.
“ Jangan sentuh dia. ” ujarnya marah. Thalia mencapai tangan Andrea, mengusapnya lembut. Jari –jemarinya memaut dagu Andrea.
“ Lepaskan Hannah…..Ann, lepaskan dia. Kita tak boleh biarkan dia macam ni. Kasihan dia Ann. ” pujuk Thalia lalu menarik tangan itu dan memeluk tubuh itu erat. Pantas kepalanya diangguk perlahan pada makcik Lucy.
Saat tubuh Hannah diangkat keluar oleh pakcik Harry, Andrea bangun dan menjerit sekuat hati, mengejutkan mereka-mereka yang berada disitu.
“ Jangan pergi Hannah…..jangan tinggalkan kami. “ jeritnya dengan juraian air mata membahasi pipi. Thalia, Marion dan Sandra pantas memeluk Andrea kemas, mereka turut mengalirkan air mata, menangisi pemergian Hannah yang penuh tragis.
Jeritan Andrea masih lagi kedengaran walaupun sayup-sayup, rontalannya juga semakin kuat, dia cuba melepaskan diri dari pelukan Thalia, dia mahu mengejar Hannah yang semakin jauh meninggalkannya.
Andrea tidak sempat mencapai tangan Hannah, hanya gelang tangan gadis itu yang sempat ditarik dari pergelangan tangan sebelum jatuh pengsan.
Makcik Jane menghampiri sahabatnya Lucy yang baru turun dari bilik Andrea. Ditariknya tangan itu, mengajaknya duduk sambil menikmati teh panas. Hujan yang turun lebat menjadikan suasana sedikit dingin.
“ Ann macam mana?. ” Tanya makcik Jane.
“ Dia mengalami trauma, mungkin terkejut dengan apa yang berlaku pada Hannah. Aku dah bagi ubat tidur pada dia, biar dia berehat. ” ujar makcik Lucy, dia merupakan seorang doktor di Pekan Primrose. Makcik Jane hanya mengangguk.
“ Entah macam mana dia nak hadapi kehilangan Hannah, antara mereka berempat, Ann lebih rapat dengan Hannah. ” ujar makcik Jane. Makcik Lucy mengangguk.
“ Kasihan Ann, dia baru nak pulih dari trauma kehilangan ibubapanya dulu, sekarang terpaksa melaluinya sekali lagi. Aku bimbang dengan keadaan dia. ” ujar makcik Jane lagi. Makcik Lucy mencapai tangan sahabatnya itu, memintanya bersabar.
“ Macam mana hasil bedah siasat Hannah?. ” Tanya makcik Jane.
“ Dia meninggal akibat dijerut dengan tali, tambahan pula mulutnya disumbat dengan kain. ” ujar makcik Lucy.
“ Harry dah tahu siapa yang melakukannya?. ” Tanya makcik Jane lagi. Makcik Lucy menggeleng.
“ Dia masih lagi menyiasat, tapi aku tak yakin kalau pembunuh tu masih ada kat pekan ni lagi. ” ujar makcik Lucy. Makcik Jane mengangguk, dia juga berfikir demikian.
“ Aku nak balik dulu, kau rehatlah. Pasal Ann…..kau jangan bimbang sangat, esok dia akan pulih semula. Kalau ada apa-apa, kau cepat-cepat hubungi aku. ” ujar makcik Lucy seraya menghabiskan minumannya sebelum bangun.
Makcik Jane hanya mengangguk, dia sudah tidak berdaya untuk berkata-kata. Sebaik sahabatnya itu beredar, dia terus melangkah naik menuju ke bilik Andrea.
Pintu bilik Andrea dikuak perlahan, kakinya melangkah menghampiri katil peraduan Andrea. Deru nafas gadis itu kedengaran jelas di telinganya. Makcik Jane melabuhkan punggungnya dibirai katil, pantas tangannya mengusap lembut rambut anak saudara kesayangannya itu.
Rasa kasihan semakin mencengkam kuat dadanya. Sudahlah mereka berdua baru sahaja kehilangan Alisya dan John, ibubapa Andrea kira-kira dua tahun yang lalu, kini Andrea sekali lagi melalui perkara yang menyakitkan itu.
“ Kasihan anakku….baru hendak belajar bergembira, tapi sekarang terpaksa melalui perjalanan yang menyakitkan sekali lagi. Tidur la sayang, semoga esok semuanya akan pulih seperti biasa. ” bisik makcik Jane perlahan lalu mencium dahi Andrea beberapa kali sebelum keluar meninggalkan gadis itu.
best2...bab 1 xbuleh bukak ke?
BalasPadamtak boleh ker....kejep ek saya check
Padambest la citer nie... tp sape heroin n hero citer nie??
BalasPadameunhae diela....
BalasPadamterima kasih..heroin dia Andrea tapi hero2nya ramai dan yg paling utama pastinya Sean.