Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Ahad, 5 Januari 2014

BACK TO WORK....

ANNYEONGHASEYO......


Alhamdulillah...syukur kehadrat-NYA kerana masih mengizinkan aku untuk terus menulis walaupun dalam keadaan kesihatan yang tidak begitu mengizinkan ( demam dan sakit belakang datang dan pergi silih berganti tanpa ada tanda2 untuk sembuh ).

Naskah terbaru, Gerhana Cinta Luka kini dalam proses untuk menyempurnakan babak2 terakhir sambil memerah idea untuk terus menyambung naskah ketiga yang masih belum mempunyai tajuknya. Harap-harap GCL akan diterima oleh pembaca sama seperti TCB, baby pertama  yang lahir pada november 2013.

Sebut pasal TCB, aku tertanya-tanya bagaimana agaknya penerimaan pembaca? sehingga kehari ini, aku masih belum mengetahui bagaimana sambutan pembaca terhadap karya pertama aku, harap-harap ianya  menepati kehendak pembaca... : ). Maklum sajalah penulis baru seperti aku masih perlu banyak belajar, cubaan pertama harapnya berjaya....

Buat mereka yang sudah memiliki TCB....Gamsahamnida, tanpa sokongan kalian, mana mungkin Eila mampu merealisasikan impian Eila untuk bergelar seorang penulis walaupun tidaklah sehebat penulis-penulis tersohor di Malaysia. Jadi Eila mohon, teruskanlah memberi sokongan kalian agar Eila tidak akan berputus asa untuk sentiasa memberikan yang terbaik untuk kalian....Mohon kalian doakan Eila berjaya ya... : )
Dan buat mereka yang masih belum memiliki TCB, harap sudi-sudikanlah mendapatkannya ( tebalkan muka promote buku sendiri, ahaksss....).

Untuk tahun 2014 ni, doaku agar Yang Maha Esa, memurahkan rezeki aku dan membuka seluas-luasnya pintu rezeki-NYA untuk aku dalam bidang penulisan, memberikan kesihatan yang baik serta menghadirkan seorang IMAM untuk membimbing aku ke syurga-NYA....aminnn

                                                                                                                 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan