Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Selasa, 16 September 2014

Tawanan Cinta 2



BAB 2


Amanda berlari keluar bilik bila terdengar bunyi loceng pintu, dia terkejut melihat seorang lelaki berdiri dimuka pintu. Hensomenya..bisik hati kecil Amanda. Mula la tu nak menggatal, sempat dia melemparkan senyuman seksinya pada lelaki itu, untung-untung lelaki itu akan terpikat.
            “Ya….nak cari siapa?.” Tanya Amanda, lembut sebaik pintu dibuka. Lelaki itu tidak menjawab sebaliknya melangkah masuk menyebabkan Amanda tergaman dengan tindakan lelaki itu. Belum pernah ada lelaki yang berani masuk tanpa dipelawa, tapi lelaki ini memang cukup berani.
            “Maaf Encik cari siapa?.” Tanya Amanda buat kali kedua, cuba menyaingi langkah kaki lelaki itu.
            “Iman ada?.” Tanyanya, Amnda mengangkat kening, pelik dengan pertanyaan lelaki itu.
“Ada…nanti sekejap saya panggilkan, encik duduk la dulu.” Ujar Amanda lantas berlalu meninggalkan lelaki itu.
Pintu bilik Iman diketuk perlahan,
“Iman…ada orang nak jumpa ni, keluarlah.” Panggil Amanda.
“Siapa?.” Tanya Iman dari sebalik pintu. Amanda berpaling kearah lelaki itu, lupa pulak dia hendak bertanya namanya.
“Err…John Loyd Cruz.” Ujar Amanda, dia tersenyum, memang lelaki itu ada iras-iras pelakon terkenal Filipina itu pun. Iman bingkas bangun, nama itu memang sering menjadi igauan mimpi buruknya.
“Bila masa dia balik…kak Yana tak bagitau aku pun. Mesti datang nak cari masalah ni dengan aku.” Gumam Iman perlahan, pintu bilik dihampiri, tombolnya dipulas.
“Where is he?.” Tanya Iman perlahan, Amanda menunjuk kearah ruang tamu. Kepalanya yang tidak gatal digaru, kalut seketika, tak tahu bagaimana mahu berdepan dengan lelaki itu, harap-harap tiada bunga-bunga sengketa yang wujud dalam perbualan mereka kali ini.
Iman melangkah perlahan menghampiri lelaki yang sedang berdiri mengadap balkoni. Sempat Amanda mencuit bahunya sebagai isyarat bertanya, namun dia hanya mengangkat bahunya.
“Aku ada kat bilik kalau kau perlukan bantuan.” Ujar Amanda, Iman sekadar mengangguk dan tersenyum.
            “Kau nak apa?.” Tanya Iman, lembut sebaik sahaja Amanda menghilang disebalik pintu. Lelaki itu tersenyum sinis. Tatkala dia berpaling, Iman terkejut. Lelaki dihadapannya bertambah kacak, rasanya lebih kacak dari kali terakhir mereka berjumpa.
            “Get the hell out from my life.” Ujar Aisy, dia memandang tepat wajah gadis dihadapannya. Iman menyabarkan hatinya, dia menarik nafas panjang. Iman menjengkilkan matanya,
            “Amboi….sedapnya bahas.” Bisik hati Iman, tak senang.
            “Eh…hello, ni siapa yang ganggu hidup siapa ni…kau ke aku?.” Tanya Iman, Aisy buat bodoh, sengaja membakar hati Iman.
            “Dah la datang tak dijemput, ada hati nak arahkan aku buat sesuatu yang tak masuk akal.” Bebel Iman lagi, keningnya diangkat.
            “Kau kalau datang sini nak ajak aku bertengkak, baik kau balik je lah.” ujar Iman keras, kalau diikutkan hatinya mahu saja dia cekik lelaki dihadapannya ini, tak ada budi bahasa betul. Mujur juga hatinya berjaya dipujuk.
            “Balik? Oh no…no…no, selagi masalah kita tak selesai, aku takkan balik.” Ujar Aisy, Iman mengetap bibirnya, lelaki ini tak pernah hadir dalam hidupnya tanpa bawa masalah.
            “Ok..cakap sekarang, masalah apa yang besar sangat yang tak boleh nak diselesaikan tu.” Ujar Iman, malas.
            “Kau tahu tak....Mama dengan papa tak habis-habis tanya pasal perkahwinan kita. Semua tu buat aku fed up, itu tak masuk nenek lagi.”  Ujar Aisy, Iman menelan air liur.  Dia mencemik.
            “Ada aku kisah….” Ujar hati Iman, menyindir.
            “Tu je masalahnya, ingatkan besar sangat.…so, kau nak aku suruh buat apa?.” Iman ketawa sambil menggelengkan kepalanya.
           
            “Buat apa?...buat bodoh je.” Ujar Aisy, geram.
            “Ok…fine.” Ujar Iman, bahunya diangkat. Aisy mengetap bibirnya, apa lah lurus bendul sangat budak tiga suku ni.
            “Iman…aku serius ni.” Ujar Aisy, keras.
            “Tadi kau juga yang suruh aku buat bodoh.” Ujarnya, pelik dengan sikap Aisy, dia yang suruh kita buat bodoh….nak marah pulak.
“Bagitau mereka yang kau tak nak kawin dengan aku.“ Ujar Aisy tanpa teragak-agak. Iman tersentak. Fuh…stright to the point, tak ada masuk simpang langsung.
“Kau dengar ke tak apa aku cakap ni?.” Tanya Aisy, Iman mengangguk. Dia berjalan kearah sliding door sebelum membukanya luas.




Tubuhnya disandarkan di birai balkoni, kakinya disilangkan. Pandangan matanya tepat menikam anak mata Aisy. Dia cuba bertenang dan mencari kekuatan untuk terus berbicara. Dia perlu bijak menyusun kata, berdepan dengan lelaki yang satu ini memang cukup menekan perasaan.
            “Kenapa aku perlu ikut kata kau sedangkan aku tak ada kena mengena dengan rancangan mereka dan aku tak tahu menahu pun pasal rancangan nak jodohkan kita ni.” Ujar Iman, keningnya diangkat sedikit, dan-dan je menipu. Lelaki ini memang tak kenal siapa dia, bisik hati kecilnya.
            ”Apa yang tak ada kena mengena, perkahwinan ni melibatkan kita tau tak.” Ujar Aisy, bengang. Entah kenapa ahli keluarganya begitu mendesak dia menikahi Iman, cucu angkat kepada neneknya itu. Apa yang istimewanya gadis itu dimata mereka pun dia tidak tahu. Iman tersenyum sinis.
            ”Oppss....melibatkan kau bukan aku jadi jangan sesuka hati kau je nak kaitkan aku dengan rancangan ni ok. Aku tak ada masa nak joint venture dengan rancangan mengarut diaorang tu, tak der kepentingan langsung.” Ujar Iman. Aisy semakin geram, dia mendengus marah.
            ”Tapi masalahnya...perkahwinan ni takkan berlangsung tanpa kau ataupun aku, jadi maknanya...kau pun ada kepentingan dalam rancangan mereka, ada faham..” Ujar Aisy, kepala Iman ditunjal dengan hujung jarinya, Iman membulatkan matanya, main kasar nampak, ingat kepala dia ni...batang pisang ke apa, nak ditunjal-tunjal sesuka hati.
”Cuba fahamkan otak kau yang bijak tu....keluarga kau yang buat rancangan ni, bukan aku. So kalau kau nak perkahwinan ni dihentikan, kau sendirilah yang bagitau mereka.” Ujar Iman, tidak mahu berkompromi langsung. Aisy mendengus kasar, jarinya dihala kearah Iman
            ”Kau dengar sini Iman....aku tak sudilah nak jadikan kau tu isteri aku. Berdiri tak sama tinggi, duduk pun tak sama rendah.” Ujar Aisy.
            ”Eleh...nanti aku pakai kasut yang tumitnya setinggi 3 inci, dapatlah kita berdiri sama tinggi. Tak pun aku kerat je kaki kau kasi pendek supaya kita boleh duduk sama rendah. Macam lah aku teringin sangat nak jadi bini kau.” Balas Iman, tidak mahu mengalah.  Aisy menarik nafas panjang.
”I’ll give u one million, kalau kau setuju untuk buat supaya perkahwinan ni dibatalkan.” Tawar Aisy. Iman menepuk dahinya, macam nilah perangai orang kaya. Ada duit sikit sibuk nak beli orang. Ada baiknya kalau didermakan saja duit tu, dapat jugak pahala.
            “Aku tak perlukan duit kau tu untuk hidup, aku boleh cari sendiri.” Iman meluahkan kata, mempertahankan dirinya.
            “Oh really….how long will take to get one million? but if u accept my offer, u don't have to work hard.” Pancing Aisy. Iman berfikir sejenak.
“Nak berlagak dengan aku yer, ok….tak der masalah. Lagipun aku memang suka bila bab duit ni.” Bisik hati kecil Iman, syaitan mula bersorak.
            “One million...aku rasa tak cukup tu, kalau kau nak aku ikut kata kau…..kau kena dengar syarat aku.” Ujar Iman. Aisy tersenyum, perempuan..bila soal duit tak pernah cukup, bisik hatinya.
            “Kau ingat…senang-senang je kau nak beli aku. Sorry naik lori la. ” Ujar Iman namun kata-kata itu hanya bergema dalam hatinya saja.
            “So….how much do u want?.” Tanya Aisy.
            “Aku nak....” Iman terdiam sejenak, berfikir. Lelaki ini perlu diberi kesedaran.
            “Came on…say it.” Desak Aisy. Iman tersenyum manis.
            “Sabar la…bagi aku fikir dulu.” Ujar Iman, jari-jemarinya bergerak, mengira. Aisy memeluk tubuh, bosan melihat gelagat Iman.
“Ok…aku dah buat keputusan, aku nak semua harta yang kau dan keluarga kau ada.” Ujar Iman.
            “You...” Bentak Aisy. Geram dengan sikap perempuan dihadapannya ini, tidak pernah dia berdepan dengan orang yang berani melawan kata-katanya lebih-lebih lagi seorang perempuan.
“Kenapa? kau tak boleh bagi….kalau macam tu jangan fikir yang aku akan buat apa yang kau suruh. Sekarang baik kau keluar dari rumah aku.” Ujar Iman seraya melangkah membuka pintu dan mempersilakan lelaki itu keluar.




Aisy melangkah menghampiri Iman, tangannya memegang pintu lalu menghempasnya kuat.  Jari-jemarinya mencengkam lengan Iman kuat dan menarik gadis itu rapat dengannya.
            “I will do anything to make u do it. Kau tahukan yang aku tak pernah gagal mendapatkan apa yang aku nak.” Ujar Aisy dengan lagaknya. Iman mencemik, sedikitpun tidak hairan.
            “Ye ke....tapi aku akan pastikan kali ni kau tak akan dapat apa yang kau nak.” Ujar Iman bersahaja, dia meronta-ronta sedikit.
            “We will see..” Ujar Aisy pula. Tangan Iman diangkat keatas, dipasung ke dinding.
            “I'm waiting. Now..leave.” Ujar Iman seraya cuba melepaskan cengkaman tangan Aisy tapi semakin dia cuba melepaskan diri, semakin kuat  pula cengkaman  tangan Aisy.          Puas tubuh lelaki itu ditolak agar menjauhinya namun daya kekuatannya manakan sama dengan tenaga lelaki, tubuh Aisy sedikit pun tidak berganjak malah semakin rapat dengannya, hanya seinci saja lagi, tubuh mereka akan melekat.
“Dia ni memang tak pernah serik agaknya, tak ingat macam mana aku belasah dia masa kat gelanggang dulu, betul-betul nak makan terajang aku nampaknya.” Ujar hatinya.
“Tak boleh…kan kau dah janji takkan bergaduh lagi. Kata nak jadi wanita melayu terakhir.” Hatinya cuba mengingatkan. Iman mengetap bibir.
“Tak apa….tak boleh bagi penerajang, makan penyapu pun dah kira oklah.” Bisik jiwanya, pantas dia memijak kaki lelaki itu menyebabkan cengkamannya terlepas, kesempatan diambil untuk berganjak sedikit, tangannya mencapai batang penyapu disebalik pintu, lelaki ini perlu diajar. Sudah lah masuk kerumah orang tanpa kebenaran, berani pulak nak tunjuk lagak.
            “Kau keluar sekarang......sebelum aku halau kau macam kucing kurap.” Ujar Iman. Sakit hatinya sudah tidak boleh ditahan, elok-elok tadi berbahasa, sekarang dah terkurang bahasa, lantaklah.
“Dah lah aku tengah lapar ni, sarapan pun belum. Kau pulak datang buat onar kat sini. Orang kata rakyat Malaysia ni penuh bersopan santun, tapi kalau macam nilah gayanya….terpaksalah aku ajar kau macam mana nak bersopan santun.” Bisik hati Iman.
Aisy menggelengkan kepalanya, langsung tidak takut dengan ugutan gadis itu. Iman mengangkat penyapu cuba memukul lelaki itu namun ada suara yang pantas menghalang perbuatan.
            “Iman, Aisy...kenapa ni?.” Ujar Ilyana. Iman mahupun Aisy terkejut dengan kehadiran wanita itu. Ilyana berdiri di muka pintu, hampir berhenti dengup jantungnya bila dihidangkan dengan aksi yang tidak sesuai ditonton. Mujur dia sampai tepat pada waktunya, kalau tidak pasti kekecohan berlaku lagi.
            Iman mahupun Aisy memang pantang bersua muka, pasti ada perang yang meletus. Dia cukup hairan kenapa keluarga mertuanya beria-ia mahu menjodohkan mereka berdua.
            “Apa masalah korang berdua ni, asal jumpa je nak bergaduh. Sudah-sudah la tu, korang berdua dah besar panjang, bukan budak-budak lagi….bawa berbincang dengan cara yang elok, tak boleh ke.” Ujar Ilyana, cuba menasihati. Iman mendengus.

            “Ni…..manusia yang tak tahu adab sopan ni, dah la masuk rumah orang tanpa kebenaran...” Amanda dan Ilyana terkejut mendengar kata-kata Iman, selama ni dia tidak pernah mendengar Iman meninggikan suaranya. Aisy terkarisma. Boleh tahan lantang juga suara Iman bila menjerit.
            “U better watch out your langguage Iman.” Marah Aisy. Iman buat selamba, malah sempat lagi mejelirkan lidahnya.
            “Aku ni dah kira beradab dengan kau tau tak, patutnya orang macam kau ni kena guna bahasa kasar baru kena dengan perangai kau tu.” Ujar Iman. Aisy mengetap bibirnya, marah.
”Iman...cukup la tu.” Pujuk Amanda, bahu gadis itu diusap lembut. Iman tersenyum sinis.
            “Heran betul la aku.....kau ni graduan universiti luar negara tapi bodoh, tak ada rupa orang berpelajaran. Allah letak otak dekat kepala tapi kau alihkan ke lutut. Dah la tak tau adab sopan langsung.” Kutuk Iman.
Aisy menyinga kemarahan, mujur Amanda sempat meleraikan pergaduhan mereka kalau tidak pasti berlanjutan. Bukan dia tidak tahu perangai Iman, kalau dah angin puting beliung dia datang boleh lingkup dunia ni dibuatnya. Itu belum tengok lagi dia buka buah silat, mau terpelanting jejaka hensome dihadapan mereka ini.
”Yang tak tahu nak beradap sopan tu kau, tetamu datang sepatutnya dialu-alukan bukan dihalau.” Ujar Aisy, Iman buat-buat ketawa.
            ”Tetamu...siapa?kau?...tolong la, nama kau tu dah lama kena black list tau tak. Dah tak payah nak banyak cakap, blah.” Halau Iman, tubuh lelaki itu ditolak.
            Aisy....balik dulu, biar kak Yana saja yang bincang dengan Iman.” Ujar Ilyana.
            “Elok sangat la tu, lagi lama kau ada kat sini...lagi berbulu mata aku tengok muka kau.” Marah Iman.
            “Dah la tu Iman...” Pujuk Ilyana. Iman mendengus marah, dia berlalu ke sofa lalu duduk sambil memeluk tubuh. Mulutnya terkumit-kumit, membebel, marah. Kecil pulak hatinya bila kakak kesayangannya lebih memihak kepada musuh ketatnya.
            ”Kak yana tolong ajar sikit dia tu, jangan kurang ajar sangat.” Pesan Aisy, sedikit tegang. Ilyana tersenyum.
            ”Taulah kak Yana macam mana nak buat.” Ujar Ilyana memujuk. Aisy memandang Iman tajam.
            ”Belajar dengan kak Yana macam mana nak bersopan..” Ujar Aisy lagi. Iman buat muka bodoh.
            “Aku dah cukup pelajaran, tak perlu nak diajar lagi. Kau tu yang kena belajar macam mana nak hormat orang lain. Balik ni pergi daftar sekolah yang boleh ajar kau macam mana nak beradap sopan dengan orang lain.” Ujar Iman selamba.
“Don't mess with me or u gonna sorry.” Ujar Aisy lantas berlalu pergi. Iman menjelirkan lidahnya. Kalau nak diikutkan, dia yang patut marah, lelaki itu sudah menjatuhkan maruahnya. Berbeza benar karektor Amirul dan Aisy walaupun adik beradik sedarah-sedaging tapi sikap mereka berlainan.
“Simpan Malaikat 44, kalau dia jadi laki aku. Sekali kau tak sudi, sejuta kali aku tak hingin.” Bisik hati kecil Iman, siapalah yang malang bersuamikan lelaki itu.
Iman tekad, dia tidak akan benarkan lelaki itu menang. Dia sudah banyak makan hati dengan sikap lelaki itu. Sejak kecil, dia selalu dibuli lelaki itu. Dia selalu kena mengalah dengan kehendak lelaki itu, tapi sekarang situasinya sudah berbeza.
            “Ada lori ada bas.....tunggulah masanya nanti aku pasti akan balas. Lepas ni gerenti kau akan ingat supaya  jangan cari pasal dengan aku kalau nak selamat.” Bisik hati Iman, senyuman yang penuh dengan muslihat terpamer dibibirnya.

Tawanan Cinta 1



BAB 1
           

Nur Iman Qaisara melopong mendengar kata-kata yang baru keluar dari mulut puan Sabariah, mem besar merangkap neneknya, dia mengorek telinganya seolah-olah kata-kata yang baru keluar dari mulut itu kurang jelas dipendengarannya.
“Kawin? Aku dengan Aisy, biar betul diaorang ni.” Iman mendekatkan telinganya ke muka pintu, mahu mendengar butir-butir lanjut perbualan mereka.
“Mak ni bukannya apa, takut kalau-kalau si Aisy tu bawa balik perempuan yang ‘cantik sangat’ perangainya, susah nanti. Lagipun mak kalau boleh, tak nak si Iman tu jauh dari kita.” Ujar Puan Sabariah, handphone dialih ke telinga sebelah kanan pula. Ha jangan tak tahu, mem besar tu nampak je kolot tapi pakai handphone canggih mengalahkan orang muda, bukan jenama sebarangan, Iphone lagi.
“Sebab tu la mak nak mereka berdua tu cepat-cepat bernikah.” Ujar puan Sabariah lagi, Iman menggaru kepalanya.
“Mem besar aku ni, dah fikir masak-masak ke….dia tak takut ke kalau perang dunia ketiga meletus.” Gumam Iman, bibirnya digigit perlahan, lenguh berdiri, dia duduk. Dulang berisi  dua cawan kopi dan sepiring kuih diletak ketepi, perbualan antara nenek dan mamanya lebih menarik perhatiannya.
“Pandai-pandailah kita pujuk dia, Aisy tu anak yang baik…dia takkan bantah cakap kita, mak kenal sangat dengan cucu mak tu.” Ujar Puan Sabariah, Iman mencemik.
“Baik la sangat…harap muka je hensome, perangai…hampeh.” Kutuk Iman, macam nak muntah bila dengar mem besar memuji si jerangkung. Dalam duk kutuk si jerangkung tu, habis juga sepinggan kuih ondeh-ondeh dihadapnya.
“Pasal tu kamu jangan bimbang, tahulah macam mana mak nak uruskan mereka berdua…yang pentingnya, tahun ni mereka kena kawin juga.” Ujar Puan Sabariah.
“Hish nenek ni, dia tak tahu ke aku dengan jerangkung tu tak boleh bertemu muka, inikan pulak nak hidup bersama…huh, tak tercapai dek akal aku.” Bebel Iman sendiri, perlahan-lahan dia turun semula ke dapur, hajat untuk menghantar minuman terbatal secara automatik.

Iman mundar-mandir didapur sendiri, sesak nafasnya dek kerana rancangan yang diutarakan mem besar. Macam mana mereka berdua boleh berfikir untuk satukan dia dengan si jerangkung tu, tidakkah mereka sedar, yang dia dan si jerangkung tak mungkin boleh bersama.
“Mem besar aku ni memang dah hilang akal, ada ke patut nak satukan aku dengan si jerangkung tu….memang sengaja nak cetuskan perang dunia ketiga ni.” Si  Tam yang asyik bergensel di kakinya dipandang.
“Eee…jangan kata nak bayangkan, nak fikir pun aku tak tergamak tau si Tam, aku dengan si jerangkung tu…kawin, oh no…never.” Kepalanya digelengkan beberapa kali, tak sanggup. Iman bangun, dia berjalan mundar-mandir, tangannya disilang dibelakang, lagak seperti pak menteri yang sedang melawat kawasan.
“Ini tak boleh jadi ni…aku kena buat sesuatu, sebelum rancangan mereka jadi kenyataan…tapi masalahnya, aku nak buat apa?.” Kepalanya digaru, bermacam-macam bayangan muncul dibenak fikirannya.
“Hish…yang aku duk kalut semacam ni kenapa, belum tentunya rancangan diaorang tu akan jadi kenyataan. Si jerangkung tu comfirm bantah habis-habisan punya.” Iman mengangguk dan tersenyum, yakin.
“Chill la Iman…mimpi buruk tu takkan jadi kenyataan pun, esok-esok lupalah diaorang tu…hangat-hangat tahi ayam je.” Dia mengangguk lagi, masih yakin.
“Iman…oii Iman, kopi nenek mana?.” Laung puan Sabariah dari atas rumah. Iman tersentak, cepat-cepat dulang berisi cawan kopi diangkat lalu dibawa keatas.
“Maaf nek, lambat.” Ujar Iman, dulang diletakkan ditas meja. Wajah puan Sabariah berkerut, ada sesuatu yang tak kena.
“Eh…mana kuih ondeh-ondehnya, takkan piring kosong je yang kamu bawa.” Tanya puan Sabariah, Iman menepuk dahinya.
“Dah habis Iman makan tadi nek.” Ujar Iman, dia tersengih.
“Bertuah punya budak.” Iman menggaru kepalanya.
“Kejap Iman ambik kuih lain, nenek tunggu ya.” Ujar Iman, pantas dia bangun sebelum berlalu kedapur. Mujur tadi dia ada membeli sejenis lagi kuih, kalau tak naya. Puan Sabariah menggeleng dan tersenyum, terhibur dengan telatah Iman, sesekali bila gadis itu pulang, rumahnya bertukar suasana.
Iman melipat satu persatu pakaian yang bertimbun didalam bakul, dia menggelengkan kepala melihat mem besarnya yang begitu asyik melayan games Candy Crush. Tiga hari dirumah, tiga hari jugalah mem besarnya duduk mengadap game itu, sampaikan dia sendiri naik bosan  melihatnya.
“Nek….beruntung kan mak Lijah tu.” Ujar Iman.
“Memang la beruntung, duit berniaga dia banyak mana…kalau tak, takkanlah gelang tangan dia sampai ke lengan.” Ujar Puan Sabariah, matanya masih melekat pada handphone ditangan.
“Bukan tu la…” Ujar Iman, geram.
“Habis tu apa?.” Tanya Puan Sabariah.
“Anak dia si Arfan tu….dah la hensome, baik, hormat orang tua…cukup didikan agama pulak tu. Hish…memang bertuah la siapa yang jadi bini dia.” Ujar Iman, dia tersenyum.
“Hurm…lain macam je bunyinya, tiba-tiba puji anak teruna orang…dah kenapa?.” Tanya Puan Sabariah, curiga. Iman tersengih.
“Nenek tak rasa teringin ke nak jadikan dia menantu…untung-untung kita boleh makan nasi lemak kerang percuma seumur hidup.” Ujar Iman, tersipu-sipu malu. Puan Sabariah berhenti bermain, pandangannya dihala kearah Iman. Nampak gaya macam cucu kesayangannya ini sedang merangka rancangan untuk menggagalkan rancangannya, bisik hatinya.
“Kenapa…kamu nak suruh nenek pergi pinang dia ke?.” Tanya Puan Sabariah, Iman ketawa.
“Kalau nenek sudi apa salahnya…kecil reban ayam, kandang lembu Iman buka.” Ujar Iman, Puan Sabariah tersenyum.
“Boleh-boleh…tak ada masalah, nenek boleh uruskan.” Ujar Puan Sabariah, Iman berhenti melipat kain.
“Betul ke nek?.” Tanyanya, Puan Sabariah mengangguk. Bagusnya, tak payahlah dia kawin dengan si jerangkung tu….bukan dapat apa-apa pun, sakit jiwa adalah.
“Tapi satu je masalahnya…” Ujar Puan Sabariah, Iman berkerut.
“Apa?.” Tanyanya.
“Si Arfan tu umur dia baru 17 tahun…SPM pun tak lepas lagi. Kiranya dia tu budak bawah umur la, tak sesuai. Lagipun dia tu tak kerja, macam mana nak tanggung hidup kamu.” Ujar Puan Sabariah, dia kembali menyambung permainannya. Iman menggigit lidahnya.
“Erk…betul jugak tu. Jadinya Iman kena tunggu umur dia 18 la baru kami boleh kawin. Pasal kerja tu, Iman tak kisah mana…harta mak dia kan banyak, kalau dia tak kerja pun tak apa..mak dia boleh tanggung.” Tanya Iman, Puan Sabariah mencemik.
“Mata duitan…” Kutuk Puan Sabariah, Iman ketawa.
“Zaman sekarang nek…Masuk tandas pun 20 sen tau.” Ujar Iman selamba, Puan Sabariah mendengus.
“Tak payah….nenek dah ada calon lain untuk kamu, lagi hebat dari anak mak Lijah tu.” Ujar Puan Sabariah, Iman menarik muka masam.
“Kalau tak kawin dengan anak dia…macam mana nak makan nasi lemak percuma.” Gumam Iman, perlahan.
“Huh…jangan kata nasi lemak, spegetti pun nenek boleh buat untuk kamu, cakap je nak makan apa.” Ujar Puan Sabariah, Iman menggaru kepala, dengar pulak mem besar dia ni, telinga lintah betul.
“Hebat sangat ke calon nenek tu?.” Tanya Iman, walhal dia sendiri tahu siapa calonnya.
“Mestilah hebat. Calon pilihan nenek tu…bukan saja hensome tapi bergaya. Dah la tu, baik hati…hormat orang tua, kerja pun best.” Puji Puan Sabariah, Iman dah terasa nak termuntah, bergelodak segala isi perutnya.
“Iya lah tu…tah-tah depan nenek je kot…belakang nenek, tak tahu.” Ujar Iman, Puan Sabariah menggeleng.
“Nenek jamin 100%...diperakui dengan cop SIRIM.” Ujar Puan Sabariah, Iman mencemik.
“Amboi…siap dengan cop SIRIM bagai…Logo Halal tak der ke?.” Perli Iman.
“Logo halal tu….bila kamu dah selesai nikah, baru nenek cop.” Ujar Puan Sabariah, tersenyum. Iman menggenggam tangannya, geram pulak bila melihat senyuman menawan mem besarnya itu. Memang sah-sah rancangannya gagal.
“Kiranya calon nenek tu muktamad la, tak boleh tukar ganti?.” Tanya Iman, Puan Sabariah menggeleng.
“Sebarang bantahan ke, rayuan ke…tidak dilayan.” Ujar Puan Sabariah, Iman mengeluh, Nampak gayanya memang dia tak ada can nak mengelak. Mem besar kalau dah buat keputusan, ketua kampung pun tak berani nak lawan.
“Kamu tak payah nak risau…calon pilihan nenek ni berkualiti tinggi, pakej lengkap. Kalau kamu tak kerja bila dah kawin nanti pun tak apa, dia boleh tanggung kamu seumur hidup.” Ujar Puan Sabariah, Iman menjelirkan lidahnya, menyampah.
Selesai kerja melipat kain, Iman bangun. Pakaian yang sudah siap dilipat diangkut lalu dibawa ke bilik untuk disimpan. Gelak ketawa mem besarnya kedengaran begitu menyakitkan hati, nenek dengan cucu…sama je. Suara si J-man yang melaung memanggilnya, dibiarkan tidak bersahut
“Orang tua-tua kata, diam tu tanda setuju. Kiranya kamu setuju la ni dengan pilihan nenek.” Tanya Puan Sabariah, melaung dari tengah rumah.
“Iman dah boleh bawa kes ni ke mahkamah tau, ini dah dikira melanggar hak asasi manusia.” Ujar Iman, lantang. Puan Sabariah ketawa.
“Tapi nenek tak paksa kamu pun, nenek Cuma cakap…sebarang bantahan atau rayuan takkan dilayan. Kamu masih bebas bersuara kan, kiranya nenek tak cabul lagi la hak asasi kemanusiaan kamu.” Ujar Puan Sabariah, Iman menjerit halus, geramnya. Puan Sabariah ketawa, memang tak sia-sia dia bergelar cikgu, mudah saja memanipulasi otak Iman.




Kemuncut yang melekat diseluarkan dicabut satu persatu, gara-gara si J-man la ni. Iman bersandar dibatang pokok, si J-man dibiarkan menikmati makanannya sendiri. Dia benar-benar tak ada mood, tapi bila mengenangkan si J-man yang lapar, digagahkan juga dirinya untuk menemani.
“J-man….kalau kau jadi akulah, sanggup ke kau kawin dengan orang yang kau tak rasa kau boleh hidup bersama.” J-man menggeleng, Iman mengangguk.
“Kan…tapi masalahnya aku tak boleh nak cakap tidak, apatah lagi nak setuju. Harapan mem besar tu buat aku tersepit tau tak. Ibaratnya diluah mati mak, ditelan mati bapak.” Ujar Iman, direnungnya J-man yang kelihatan tiada perasaan, dia lebih senang menikmati hidangannya yang berlambak didepan mata.
“Kau rasa macam mana, apa yang aku kena buat untuk sedarkan mereka.” Tanya Iman, J-man menggeleng, dia bergerak ke kiri dan kanan, menepis dan menghalau sang nyamuk yang mengganggu.
“Ala J-man….tolong la aku ni, fikir sama macam mana nak buat mereka semua faham dengan keadaan kami. Aku tak nak nanti semuanya jadi porak peranda, kau tahu jelah bila Korea Selatan dengan Korea Utara tak capai kata sepakat, hancur jadinya.” Ujar Iman geram namun si J-man tetap mendiamkan diri.
“Hish kau ni apa pun tak boleh, tau makan je.” Marah Iman, J-man buat bodoh, sikitpun dia tidak peduli.
Iman mengetuk kepalanya beberapa kali, pening bila memikirkan perkara itu. Hajat untuk pergi meminang Arfan terpaksa dibatalkan bila keluarga tidak merestui, sedih memang sedih bila cinta tak kesampaian, impian pun terkubur.
“Ceh wah…dah macam drama bersiri TV3 la pulak, agak-agak kalau aku berlakon ni…boleh menang anugerah pelakon drama terbaik, comfirm rating drama naik melambung-lambung macam harga ikan kembong.” Iman ketawa sendiri, berangan tak sudah.
“Jom lah balik J-man, kau tu kalau bab makan….sampai besok pun tak habis.” Ujar Iman, dia bangun, menyapu punggungnya yang dipenuhi rumput kering, tatkala dia melangkah, si J-man turut sama mengekorinya.




Aisy mengeluh, permintaan mamanya terlalu berat untuk dia tunaikan. Bukan mahu membantah tapi dia tak rasa yang dia boleh berkompromi dalam hal ini. Wajah mamanya dipandang, meminta simpati.
“Please la ma…not her.” Ujar Aisy, Datin Munirah tersenyum.
“Dia calon yang paling sesuai untuk Aisy…..Aisy pun dah kenal lama dia kan, dari kecil lagi.” Pujuk Datin Munirah, Aisy menggaru kepalanya.
“Memang la…tapi mama pun tahukan Aisy dengan dia macam mana.” Ujar Aisy, membantah dalam diam.
“Mama tahu…tapi dulu dengan sekarang dah lain. Aisy tak tengok lagi Iman macam mana, dia dah banyak berubah. Mama jamin Aisy takkan menyesal punya.” Pujuk Datin Munirah lagi, Aisy mengeluh.
“Nantilah Aisy fikirkan…” Ujar Aisy lemah, Datin Munirah tersenyum.
“Jangan kecewakan mama dengan nenek ya.” Ujarnya, Aisy sekadar mengangguk.
“Oklah ma…Aisy nak kemas barang ni, kita jumpa nanti ya.” Ujar Aisy sebelum memutuskan perbualan.
Tubuhnya dihempas keatas katil, fikirannya melayang jauh mengenangkan permintaan mamanya yang dianggap tak masuk akal. Satukan dia dengan Iman, bunyinya macam nak menempah maut.
“Kenapalah diaorang boleh terfikir nak buat rancangan tak masuk akal ni, satukan aku dengan budak tiga suku tu…betul-betul dah puas hidup diaorang ni.” Bebel Aisy sendiri, mengenangkan perangai Iman yang tak pernah matang itu sudah cukup untuk membuatkan dia berfikir seratus kali untuk berkata ya.
“Cubalah pilih calon yang elok sikit perangai…ini budak tak cukup umur tu, tak tergamak aku nak terima.” Gumannya lagi, wajahnya diraut.
“Tapi aku rasa Iman pun takkan setuju, dia sendiri tahu hubungan kami ni macam mana. Aku boleh jamin dia mesti menolak.” Ujar Aisy, dia mengangguk perlahan.
“Apapun aku kena pastikan yang Iman betul-betul menolak, budak tiga suku tu bukan boleh dipercaya sangat…silap-silap haribulan, dia boleh cakap setuju pulak.” Aisy mengangguk, dia bingkas bangun, menyambung kembali kerja-kerja mengemas pakaiannya.