Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Selasa, 16 September 2014

Tawanan Cinta 1



BAB 1
           

Nur Iman Qaisara melopong mendengar kata-kata yang baru keluar dari mulut puan Sabariah, mem besar merangkap neneknya, dia mengorek telinganya seolah-olah kata-kata yang baru keluar dari mulut itu kurang jelas dipendengarannya.
“Kawin? Aku dengan Aisy, biar betul diaorang ni.” Iman mendekatkan telinganya ke muka pintu, mahu mendengar butir-butir lanjut perbualan mereka.
“Mak ni bukannya apa, takut kalau-kalau si Aisy tu bawa balik perempuan yang ‘cantik sangat’ perangainya, susah nanti. Lagipun mak kalau boleh, tak nak si Iman tu jauh dari kita.” Ujar Puan Sabariah, handphone dialih ke telinga sebelah kanan pula. Ha jangan tak tahu, mem besar tu nampak je kolot tapi pakai handphone canggih mengalahkan orang muda, bukan jenama sebarangan, Iphone lagi.
“Sebab tu la mak nak mereka berdua tu cepat-cepat bernikah.” Ujar puan Sabariah lagi, Iman menggaru kepalanya.
“Mem besar aku ni, dah fikir masak-masak ke….dia tak takut ke kalau perang dunia ketiga meletus.” Gumam Iman, bibirnya digigit perlahan, lenguh berdiri, dia duduk. Dulang berisi  dua cawan kopi dan sepiring kuih diletak ketepi, perbualan antara nenek dan mamanya lebih menarik perhatiannya.
“Pandai-pandailah kita pujuk dia, Aisy tu anak yang baik…dia takkan bantah cakap kita, mak kenal sangat dengan cucu mak tu.” Ujar Puan Sabariah, Iman mencemik.
“Baik la sangat…harap muka je hensome, perangai…hampeh.” Kutuk Iman, macam nak muntah bila dengar mem besar memuji si jerangkung. Dalam duk kutuk si jerangkung tu, habis juga sepinggan kuih ondeh-ondeh dihadapnya.
“Pasal tu kamu jangan bimbang, tahulah macam mana mak nak uruskan mereka berdua…yang pentingnya, tahun ni mereka kena kawin juga.” Ujar Puan Sabariah.
“Hish nenek ni, dia tak tahu ke aku dengan jerangkung tu tak boleh bertemu muka, inikan pulak nak hidup bersama…huh, tak tercapai dek akal aku.” Bebel Iman sendiri, perlahan-lahan dia turun semula ke dapur, hajat untuk menghantar minuman terbatal secara automatik.

Iman mundar-mandir didapur sendiri, sesak nafasnya dek kerana rancangan yang diutarakan mem besar. Macam mana mereka berdua boleh berfikir untuk satukan dia dengan si jerangkung tu, tidakkah mereka sedar, yang dia dan si jerangkung tak mungkin boleh bersama.
“Mem besar aku ni memang dah hilang akal, ada ke patut nak satukan aku dengan si jerangkung tu….memang sengaja nak cetuskan perang dunia ketiga ni.” Si  Tam yang asyik bergensel di kakinya dipandang.
“Eee…jangan kata nak bayangkan, nak fikir pun aku tak tergamak tau si Tam, aku dengan si jerangkung tu…kawin, oh no…never.” Kepalanya digelengkan beberapa kali, tak sanggup. Iman bangun, dia berjalan mundar-mandir, tangannya disilang dibelakang, lagak seperti pak menteri yang sedang melawat kawasan.
“Ini tak boleh jadi ni…aku kena buat sesuatu, sebelum rancangan mereka jadi kenyataan…tapi masalahnya, aku nak buat apa?.” Kepalanya digaru, bermacam-macam bayangan muncul dibenak fikirannya.
“Hish…yang aku duk kalut semacam ni kenapa, belum tentunya rancangan diaorang tu akan jadi kenyataan. Si jerangkung tu comfirm bantah habis-habisan punya.” Iman mengangguk dan tersenyum, yakin.
“Chill la Iman…mimpi buruk tu takkan jadi kenyataan pun, esok-esok lupalah diaorang tu…hangat-hangat tahi ayam je.” Dia mengangguk lagi, masih yakin.
“Iman…oii Iman, kopi nenek mana?.” Laung puan Sabariah dari atas rumah. Iman tersentak, cepat-cepat dulang berisi cawan kopi diangkat lalu dibawa keatas.
“Maaf nek, lambat.” Ujar Iman, dulang diletakkan ditas meja. Wajah puan Sabariah berkerut, ada sesuatu yang tak kena.
“Eh…mana kuih ondeh-ondehnya, takkan piring kosong je yang kamu bawa.” Tanya puan Sabariah, Iman menepuk dahinya.
“Dah habis Iman makan tadi nek.” Ujar Iman, dia tersengih.
“Bertuah punya budak.” Iman menggaru kepalanya.
“Kejap Iman ambik kuih lain, nenek tunggu ya.” Ujar Iman, pantas dia bangun sebelum berlalu kedapur. Mujur tadi dia ada membeli sejenis lagi kuih, kalau tak naya. Puan Sabariah menggeleng dan tersenyum, terhibur dengan telatah Iman, sesekali bila gadis itu pulang, rumahnya bertukar suasana.
Iman melipat satu persatu pakaian yang bertimbun didalam bakul, dia menggelengkan kepala melihat mem besarnya yang begitu asyik melayan games Candy Crush. Tiga hari dirumah, tiga hari jugalah mem besarnya duduk mengadap game itu, sampaikan dia sendiri naik bosan  melihatnya.
“Nek….beruntung kan mak Lijah tu.” Ujar Iman.
“Memang la beruntung, duit berniaga dia banyak mana…kalau tak, takkanlah gelang tangan dia sampai ke lengan.” Ujar Puan Sabariah, matanya masih melekat pada handphone ditangan.
“Bukan tu la…” Ujar Iman, geram.
“Habis tu apa?.” Tanya Puan Sabariah.
“Anak dia si Arfan tu….dah la hensome, baik, hormat orang tua…cukup didikan agama pulak tu. Hish…memang bertuah la siapa yang jadi bini dia.” Ujar Iman, dia tersenyum.
“Hurm…lain macam je bunyinya, tiba-tiba puji anak teruna orang…dah kenapa?.” Tanya Puan Sabariah, curiga. Iman tersengih.
“Nenek tak rasa teringin ke nak jadikan dia menantu…untung-untung kita boleh makan nasi lemak kerang percuma seumur hidup.” Ujar Iman, tersipu-sipu malu. Puan Sabariah berhenti bermain, pandangannya dihala kearah Iman. Nampak gaya macam cucu kesayangannya ini sedang merangka rancangan untuk menggagalkan rancangannya, bisik hatinya.
“Kenapa…kamu nak suruh nenek pergi pinang dia ke?.” Tanya Puan Sabariah, Iman ketawa.
“Kalau nenek sudi apa salahnya…kecil reban ayam, kandang lembu Iman buka.” Ujar Iman, Puan Sabariah tersenyum.
“Boleh-boleh…tak ada masalah, nenek boleh uruskan.” Ujar Puan Sabariah, Iman berhenti melipat kain.
“Betul ke nek?.” Tanyanya, Puan Sabariah mengangguk. Bagusnya, tak payahlah dia kawin dengan si jerangkung tu….bukan dapat apa-apa pun, sakit jiwa adalah.
“Tapi satu je masalahnya…” Ujar Puan Sabariah, Iman berkerut.
“Apa?.” Tanyanya.
“Si Arfan tu umur dia baru 17 tahun…SPM pun tak lepas lagi. Kiranya dia tu budak bawah umur la, tak sesuai. Lagipun dia tu tak kerja, macam mana nak tanggung hidup kamu.” Ujar Puan Sabariah, dia kembali menyambung permainannya. Iman menggigit lidahnya.
“Erk…betul jugak tu. Jadinya Iman kena tunggu umur dia 18 la baru kami boleh kawin. Pasal kerja tu, Iman tak kisah mana…harta mak dia kan banyak, kalau dia tak kerja pun tak apa..mak dia boleh tanggung.” Tanya Iman, Puan Sabariah mencemik.
“Mata duitan…” Kutuk Puan Sabariah, Iman ketawa.
“Zaman sekarang nek…Masuk tandas pun 20 sen tau.” Ujar Iman selamba, Puan Sabariah mendengus.
“Tak payah….nenek dah ada calon lain untuk kamu, lagi hebat dari anak mak Lijah tu.” Ujar Puan Sabariah, Iman menarik muka masam.
“Kalau tak kawin dengan anak dia…macam mana nak makan nasi lemak percuma.” Gumam Iman, perlahan.
“Huh…jangan kata nasi lemak, spegetti pun nenek boleh buat untuk kamu, cakap je nak makan apa.” Ujar Puan Sabariah, Iman menggaru kepala, dengar pulak mem besar dia ni, telinga lintah betul.
“Hebat sangat ke calon nenek tu?.” Tanya Iman, walhal dia sendiri tahu siapa calonnya.
“Mestilah hebat. Calon pilihan nenek tu…bukan saja hensome tapi bergaya. Dah la tu, baik hati…hormat orang tua, kerja pun best.” Puji Puan Sabariah, Iman dah terasa nak termuntah, bergelodak segala isi perutnya.
“Iya lah tu…tah-tah depan nenek je kot…belakang nenek, tak tahu.” Ujar Iman, Puan Sabariah menggeleng.
“Nenek jamin 100%...diperakui dengan cop SIRIM.” Ujar Puan Sabariah, Iman mencemik.
“Amboi…siap dengan cop SIRIM bagai…Logo Halal tak der ke?.” Perli Iman.
“Logo halal tu….bila kamu dah selesai nikah, baru nenek cop.” Ujar Puan Sabariah, tersenyum. Iman menggenggam tangannya, geram pulak bila melihat senyuman menawan mem besarnya itu. Memang sah-sah rancangannya gagal.
“Kiranya calon nenek tu muktamad la, tak boleh tukar ganti?.” Tanya Iman, Puan Sabariah menggeleng.
“Sebarang bantahan ke, rayuan ke…tidak dilayan.” Ujar Puan Sabariah, Iman mengeluh, Nampak gayanya memang dia tak ada can nak mengelak. Mem besar kalau dah buat keputusan, ketua kampung pun tak berani nak lawan.
“Kamu tak payah nak risau…calon pilihan nenek ni berkualiti tinggi, pakej lengkap. Kalau kamu tak kerja bila dah kawin nanti pun tak apa, dia boleh tanggung kamu seumur hidup.” Ujar Puan Sabariah, Iman menjelirkan lidahnya, menyampah.
Selesai kerja melipat kain, Iman bangun. Pakaian yang sudah siap dilipat diangkut lalu dibawa ke bilik untuk disimpan. Gelak ketawa mem besarnya kedengaran begitu menyakitkan hati, nenek dengan cucu…sama je. Suara si J-man yang melaung memanggilnya, dibiarkan tidak bersahut
“Orang tua-tua kata, diam tu tanda setuju. Kiranya kamu setuju la ni dengan pilihan nenek.” Tanya Puan Sabariah, melaung dari tengah rumah.
“Iman dah boleh bawa kes ni ke mahkamah tau, ini dah dikira melanggar hak asasi manusia.” Ujar Iman, lantang. Puan Sabariah ketawa.
“Tapi nenek tak paksa kamu pun, nenek Cuma cakap…sebarang bantahan atau rayuan takkan dilayan. Kamu masih bebas bersuara kan, kiranya nenek tak cabul lagi la hak asasi kemanusiaan kamu.” Ujar Puan Sabariah, Iman menjerit halus, geramnya. Puan Sabariah ketawa, memang tak sia-sia dia bergelar cikgu, mudah saja memanipulasi otak Iman.




Kemuncut yang melekat diseluarkan dicabut satu persatu, gara-gara si J-man la ni. Iman bersandar dibatang pokok, si J-man dibiarkan menikmati makanannya sendiri. Dia benar-benar tak ada mood, tapi bila mengenangkan si J-man yang lapar, digagahkan juga dirinya untuk menemani.
“J-man….kalau kau jadi akulah, sanggup ke kau kawin dengan orang yang kau tak rasa kau boleh hidup bersama.” J-man menggeleng, Iman mengangguk.
“Kan…tapi masalahnya aku tak boleh nak cakap tidak, apatah lagi nak setuju. Harapan mem besar tu buat aku tersepit tau tak. Ibaratnya diluah mati mak, ditelan mati bapak.” Ujar Iman, direnungnya J-man yang kelihatan tiada perasaan, dia lebih senang menikmati hidangannya yang berlambak didepan mata.
“Kau rasa macam mana, apa yang aku kena buat untuk sedarkan mereka.” Tanya Iman, J-man menggeleng, dia bergerak ke kiri dan kanan, menepis dan menghalau sang nyamuk yang mengganggu.
“Ala J-man….tolong la aku ni, fikir sama macam mana nak buat mereka semua faham dengan keadaan kami. Aku tak nak nanti semuanya jadi porak peranda, kau tahu jelah bila Korea Selatan dengan Korea Utara tak capai kata sepakat, hancur jadinya.” Ujar Iman geram namun si J-man tetap mendiamkan diri.
“Hish kau ni apa pun tak boleh, tau makan je.” Marah Iman, J-man buat bodoh, sikitpun dia tidak peduli.
Iman mengetuk kepalanya beberapa kali, pening bila memikirkan perkara itu. Hajat untuk pergi meminang Arfan terpaksa dibatalkan bila keluarga tidak merestui, sedih memang sedih bila cinta tak kesampaian, impian pun terkubur.
“Ceh wah…dah macam drama bersiri TV3 la pulak, agak-agak kalau aku berlakon ni…boleh menang anugerah pelakon drama terbaik, comfirm rating drama naik melambung-lambung macam harga ikan kembong.” Iman ketawa sendiri, berangan tak sudah.
“Jom lah balik J-man, kau tu kalau bab makan….sampai besok pun tak habis.” Ujar Iman, dia bangun, menyapu punggungnya yang dipenuhi rumput kering, tatkala dia melangkah, si J-man turut sama mengekorinya.




Aisy mengeluh, permintaan mamanya terlalu berat untuk dia tunaikan. Bukan mahu membantah tapi dia tak rasa yang dia boleh berkompromi dalam hal ini. Wajah mamanya dipandang, meminta simpati.
“Please la ma…not her.” Ujar Aisy, Datin Munirah tersenyum.
“Dia calon yang paling sesuai untuk Aisy…..Aisy pun dah kenal lama dia kan, dari kecil lagi.” Pujuk Datin Munirah, Aisy menggaru kepalanya.
“Memang la…tapi mama pun tahukan Aisy dengan dia macam mana.” Ujar Aisy, membantah dalam diam.
“Mama tahu…tapi dulu dengan sekarang dah lain. Aisy tak tengok lagi Iman macam mana, dia dah banyak berubah. Mama jamin Aisy takkan menyesal punya.” Pujuk Datin Munirah lagi, Aisy mengeluh.
“Nantilah Aisy fikirkan…” Ujar Aisy lemah, Datin Munirah tersenyum.
“Jangan kecewakan mama dengan nenek ya.” Ujarnya, Aisy sekadar mengangguk.
“Oklah ma…Aisy nak kemas barang ni, kita jumpa nanti ya.” Ujar Aisy sebelum memutuskan perbualan.
Tubuhnya dihempas keatas katil, fikirannya melayang jauh mengenangkan permintaan mamanya yang dianggap tak masuk akal. Satukan dia dengan Iman, bunyinya macam nak menempah maut.
“Kenapalah diaorang boleh terfikir nak buat rancangan tak masuk akal ni, satukan aku dengan budak tiga suku tu…betul-betul dah puas hidup diaorang ni.” Bebel Aisy sendiri, mengenangkan perangai Iman yang tak pernah matang itu sudah cukup untuk membuatkan dia berfikir seratus kali untuk berkata ya.
“Cubalah pilih calon yang elok sikit perangai…ini budak tak cukup umur tu, tak tergamak aku nak terima.” Gumannya lagi, wajahnya diraut.
“Tapi aku rasa Iman pun takkan setuju, dia sendiri tahu hubungan kami ni macam mana. Aku boleh jamin dia mesti menolak.” Ujar Aisy, dia mengangguk perlahan.
“Apapun aku kena pastikan yang Iman betul-betul menolak, budak tiga suku tu bukan boleh dipercaya sangat…silap-silap haribulan, dia boleh cakap setuju pulak.” Aisy mengangguk, dia bingkas bangun, menyambung kembali kerja-kerja mengemas pakaiannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan