BAB
1
Azyan
Husna menjerit kecil bila terasa tangannya ditarik seseorang, tanpa sempat
berkata apa-apa, dia diheret mengikut langkah seorang lelaki yang tidak
dikenalinya. Pergerakan lelaki itu yang tergesa-gesa hampir menyebabkan dia
terjatuh.
“What the hell are u
doing?.” Marah Azyan namun lelaki itu buat tidak peduli, tangan Azyan masih
kemas berada didalam genggaman.
“Hish...lepas la.”
Jerit Azyan perlahan tapi jelas, dia berusaha untuk menarik tangannya tetapi
gagal.
“Shut up....just follow
me.” Ujar lelaki itu tegas membuatkan Azyan mendengus marah.
“Anak sapa lah
ni...kurang didikan moral betul, aku tempeleng jugak budak ni karang.” Bebelnya
perlahan sambil tanganya ditarik dari genggaman tangan lelaki itu.
“I said let go of me.”
Jerit Azyan lagi. Lengan lelaki itu dipukul sekuat hati, baru saja dia hendak
menjerit meminta tolong, tangan lelaki itu pantas menutup mulutnya.
“Jangan menjerit kalau
awak nak selamat.” Ugut lelaki itu, Azyan terus terdiam, tidak berani bersuara
lagi.
“Jangan-jangan lelaki
ni nak culik aku, Ya Allah...selamatkanlah aku. Umi...anakmu ini tidak rela
berkahwin sebelum bernikah, tolonggggg.” Jerit suara hati Azyan. Air mata
terasa ingin mengalir namun ditahan agar tidak jatuh.
“Awak nak bawak saya
pergi mana ni?.” Tanya Azyan, nada suaranya perlahan, takut jika lelaki itu
cuba melakukan sesuatu yang tidak elok.
“Jangan bimbang, saya
bukan nak culik awak...apatah lagi nak rogol ke apa. I just need your help.”
Ujar lelaki itu. Azyan mengangkat kening, need help my foot kau.
“Tapi bukan ini caranya
nak minta tolong, Tanya baik-baik tak boleh ke?.” Tanya Azyan.
“Kalau saya tanya...nak
ke cik tolong?.” Azyan mengetap bibir, menjawab pulak dia.
“Tak tanya...mana nak
tahu.” Lelaki itu berhenti seketika, berpaling dan memandangnya tajam. Azyan
tunduk,
“Awak nak suruh saya tolong apa?.” Tanyanya
bodoh, entah kenapa dia boleh setuju pulak untuk menolong lelaki itu.
Azyan menggaru kepala,
kata nak minta tolong, bila ditanya tak nak menjawab pulak. Mukanya mencerut,
lelaki ini sihat ke tidak, nampak gaya macam normal tapi otaknya entahkan
sempurna atau ada cacat dimana-mana.
“Encik...saya Tanya ni,
nak minta tolong apa?.” Tanya Azyan lagi.
“Saya tak ada masa nak
terangkan apa-apa, just follow my lead.” Ujar lelaki itu, Azyan menggeleng,
pantang betul dia kalau bertanya tapi dijawab dengan selamba badak.
“Encik...” Mulutnya
pantas ditekup.
“Awak ni tak boleh
berhenti bercakap ke, kan saya kata saya tak ada masa nak tenagkan apa-apa.”
Marah lelaki itu, Azyan membulatkan matanya, tangan direntap dari cengkaman
lelaki itu.
“Encik jangan nak buat
macam-macam...saya ni ada darah gemuruh, nanti kalau darah saya memuncak naik
ke kepala, encik juga yang susah.” Ujar Azyan, memberi amaran. Lelaki itu tersenyum.
“Kalau saya
cakap...awak jangan terkejut.” Azyan mengangguk.
“Saya nak awak peluk
saya ketat-ketat lepas saja saya sarung cincin ni.” Ujar lelaki itu, sebentuk
cincin dikeluarkan dari kotak. Azyan melopong, bagai terkena kejutan elektrik
bila mendengar permintaan lelaki itu.
“Gila ke apa nak suruh
saya peluk awak tengah-tengah orang ramai macam ni, Nampak dek abah saya,
sia-sia je kita berdua kene parang.” Marah Azyan, tidak setuju langsung. Ada ke
patut minta anak dara peluk anak teruna tengah-tengah orang ramai, hilang akal
ke apa.
“Saya tak Tanya pun
awak setuju ke tidak, saya Cuma suruh awak buat apa yang saya nak awak buat.”
Ujar lelaki itu, Azyan mengetap bibir, senangnya cakap.
“Just do what I said
and I will let u go.” Ujar lelaki itu, Azyan menggeleng, dia tidak akan
sesekali menurut kata lelaki itu.
“Never and ever.” Ujar
Azyan tegas, dia berpaling sebelum melangkah pergi namun tak sampai dua langkah
melangkah, dia ditarik kembali ke pangkuan lelaki itu.
“Cubalah lepaskan diri
atau awak akan menyesal.” Ujar lelaki itu, mengugut.
“Ingat saya takut...hei,
saya tak makan ugutan la...saya makan nasi je.” Ujar Azyan berani, lelaki itu
tersenyum, pantas wajahnya didekatkan, hampir membuatkan bibir mereka bertaut.
“Awak nak buat apa ni?.” Tanya Azyan,
cepat-cepat dia menutup mulutnya.
“Awak rasa saya nak
buat apa?.” Tanya lelaki itu kembali, terus saja Azyan melarikan wajahnya.
Takut jika lelaki itu bertindak drastik, tak pasal-pasal dia merana.
“Kalau awak tak nak
saya buat sesuatu yang boleh buat awak menyesal, buat apa yang saya suruh.” Ujar lelaki itu, Azyan
menelan air liur, tidak tahu apa yang harus difikir, menurut saja kemahuan
lelaki itu atau terus mempertahankan diri.
“Ya Allah, ampunilah
aku, sesungguhnya aku berdosa pada-MU.” Bisik Azyan perlahan. Tubuh lelaki itu terus
dirangkul sebaik sahaja cincin berlian bermata satu itu disarung kejarinya. Dia
pasrah, hanya menanti untuk menerima apa saja kemungkinan yang berlaku.
“Thank you.” Bisik
lelaki itu ditelinga Azyan membuatkannya kembali ke alam nyata. Dia
terkebil-kebil bila, lelaki itu menolaknya lembut dan menjarakkan diri. Senyuman
manis terukir dibibirnya, kerana dia tahu adengan tadi sudah cukup untuk
mengalihkan perhatian wartawan yang mengekorinya sejak tadi.
“Let’s go to the parking
lot.” Ajak lelaki itu. Azyan tidak bersuara, dia hanya menurut kata seolah-olah
dirinya sudah terkena jampi serapah. Mereka terus beredar menuju ke kawasan
tempat letak kereta yang berada ditingkat bawah sambil berpegangan tangan.
Azyan terpaku seketika
melihat wajah lelaki itu sebaik sahaja cermin mata yang dipakainya
ditanggalkan, dengan wajah yang kacak, tubuh yang tinggi lampai, anak mata
berwarna Hazel Brown dan senyuman yang menggoda, dia percaya tidak akan ada
seorang gadis pun yang tidak akan tergoda dengan lelaki ini.
Petikan jari lelaki itu
mematikan lamunan Azyan, pantas saja dia menjauhkan diri dari lelaki itu,
mukanya merah padam, entahkan malu ataupun marah, dia sendiri tidak pasti.
“Macam mana kau boleh
terleka ni Azyan Husna oii, saja-saja je hari ini kau tambah dosa, peluk lelaki
yang bukan muhrim.” Kutuk hati Azyan pada diri sendiri.
“Can I get my ring
back?.” Pinta lelaki itu, Azyan mengecilkan matanya, dia menggelengkan
kepalanya, sakit hati mendengar permintaan lelaki itu.
“Ada jugak yang nak
makan pelempang aku ni, ingat aku ni kemaruk sangat nak cincin ni. Setakat
berlian, apa barang...bukan boleh gadai pun.” Gumam Azyan, dia mencemik. Cincin
yang tersarung dijarinya segera ditanggalkan.
“Argh!!!.” Azyan
menjerit kecil, cincin yang tersarung dijarinya tidak dapat ditanggalkan, puas
dia cuba menarik namun gagal. Dia mendongak memandang lelaki dihadapannya.
“Macam mana nak
tanggalkan ni?.” Tanya Azyan, cemas. Dia masih cuba menarik cincin itu keluar.
“Tak boleh tanggal
ke?.” Tanya lelaki itu, Azyan membulatkan matanya, rasa nak bagi makan penumbuk
saja.
“Sebab tak boleh
tanggallah, saya Tanya macam mana nak tanggalkan. Kalau boleh tanggal, saya tak
Tanya pulak.” Ujar Azyan, geram. Tangan Azyan diraih, dia cuba menarik cincin
yang tersangkut dijari manis Azyan, tapi tetap gagal biarpun berkali-kali
dicuba.
“Sakit la...tak boleh
buat perlahan sikit ke.” Marah Azyan, dia menahan sakit, jarinya sudah mula
kelihatan merah dan kelopak matanya sudah mula bergenang.
“Memang tak boleh ni,
ketat sangat.” Ujar lelaki itu. Azyan mengeluh, menyusahkan betul, bisiknya.
“Habis tu nak buat apa
ni?.” Tanya Azyan, meminta buah fikiran.
“Tak ada cara lain
lagi, kasi potong sajalah.” Ujar lelaki itu selamba, Mata Azyan terbeliak,
wah-wah...mulut.
“Awak ingat kat luar
ada jual spare part ke, suka-suka hati awak je nak kerat jari saya.” Getus
Azyan, bengang mendengar cadangan lelaki itu.
“Kerat jelah cincin
ni.” Cadang Azyan, lelaki itu mendengus.
“Awak ingat saya beli
pakai air liur.” Azyan menghela nafas, kasar, tau pulak nak marah.
“Macam ni la....awak
pergi belikan saya baby oil or losyen, cepat.” Arah Azyan, lelaki itu melopong.
“Saya?.” Tanya lelaki
itu, jarinya dihala pada diri sendiri. Azyan mengangguk.
“Dah tu takkan saya
pulak yang nak kena pergi beli. Awak yang cipta masalah ni kan.” Ujar Azyan,
keningnya diangkat. Lelaki itu mengeluh, seumur hidupnya belum pernah ada
sesiapa yang berani mengarahnya tapi gadis dihadapannya ini memang lain dari
yang lain.
“Jenama apa?.” Tanya
lelaki itu, tidak senang.
“Tak kisah la jenama
apa pun, semua boleh....pergi la cepat, takkan nak tunggu baby oil tu datang
bergolek pulak.” Halau Azyan, tubuh lelaki itu ditolak.
“Ok...ok...saya pergi.”
Ujar lelaki itu, cermin matanya dipakai semula sebelum berlalu, tak sampai lima
minit, bayangnya sudah menghilang dibalik pintu lif.
Azyan mundar-mandir
dihadapan pintu lif, hampir sejam dia menunggu namun kelibat lelaki itu masih
belum kelihatan. Keresahan jelas terpamer diwajahnya, matanya tidak lepas-lepas
dari memandang kearah pintu lif, berharap lelaki itu akan muncul bila pintunya
terbuka.
“Awak ni pergi beli
baby oil ke...pergi proses baby oil.” Sindir Azyan, baby oil yang dihulurkan
lelaki itu diambil, kasar.
“Ramai orang la...saya
kena beratur panjang tadi.” Ujar lelaki itu, Azyan mencemik, alasan. Punggungnya dilabuhkan diatas lantai, penat
berdiri masih belum hilang, habis lenguh kakinya.
“What?.” Tanya Azyan,
tidak puas hati bila lelaki itu memandangnya tanpa berkelip.
“Kotor la, duduk atas
lantai macam tu.” Tegur lelaki itu. Azyan tayang muka selamba.
“Kotor pun bukan tak
boleh basuh.” Ujarnya tanpa perasaan membuatkan lelaki itu tersenyum sumbing.
“Nak buat apa dengan
minyak tu?.” Tanya lelaki itu bila melihat Azyan menanggalkan plastik yang
membalut penutupnya.
“Nak mandi.” Ujar
Azyan, dia memandang lelaki itu sambil tayang senyum kambing. Pantas saja
lelaki itu membuat isyarat menzip mulutnya, tanda dia tidak akan bertanya
apa-apa lagi.
Penutup botol berisi
minyak bayi dibuka lalu dituangkan sedikit sebelum diratakan disekeliling jari
manisnya. Cincin tersebut dipusingkan beberapa kali sehingga seluruh permukaan
bahagian dalamnya diseliputi dengan minyak.
“Yes...berjaya.” Ujar
Azyan gembira bila cincin tersebut berjaya ditanggalkan dari jarinya.
“Nah...ambil balik,
menyusahkan orang je.” Ujar Azyan, cincin itu dikembalikannya semula pada
pemiliknya.
“Thank you for your
help, but I did’t catch your name?.” Ujar lelaki itu, bertanya. Azyan tersenyum
sinis.
“Penting ke nak tahu
nama saya?.” Tanya Azyan, lelaki itu mengangguk.
“Tak payah la...sebab
saya rasa lepas ni kita takkan bertemu lagi...so kita tamatkan saja pertemuan
kita kat sini.” Ujar Azyan, lelaki itu menggeleng.
“Ianyanya mungkin tak
penting bagi awak tapi sangat penting bagi saya, so please...give me your
name.” Pinta lelaki itu, lembut suaranya. Azyan tersenyum sinis,
“Harap-harap ini
pertemuan kita yang terakhir...saya minta diri dulu.” Ujarnya sebelum berpaling
dan bersedia untuk meninggalkan lelaki itu.
“Cik..” Panggil lelaki
itu, Azyan berhenti melangkah, dia berpaling semula dan sepantas kilat,
wajahnya dirakam.
“Hei...apa ni?.” Marah
Azyan, handphone ditangan lelaki itu cuba dicapai, namun dia hampa,
ketinggiannya tidak sepadan dengan lelaki itu.
“For safety..” Ujar
lelaki itu sebelum berlalu meninggalkan Azyan yang terpinga-pinga.
“Safety pe benda, dia
yang ambil gambar kita.” Bisik Azyan, kepalanya digeleng beberapa kali, pelik
dengan perangai lelaki itu, dia turut sama berlalu. Niat untuk membeli- belah
terbatal secara automatik gara-gara peristiwa yang begitu sadis yang baru saja
berlaku padanya sebentar tadi.
Aroma maggi cup meruap
diruang udara, Azyan berhati-hati menghirup sup ayam, perlahan-lahan dia meniup
sekadar mahu menyejukkan sedikit, tidaklah terlalu beria-ia. Matanya tidak lari
dari menatap kaca tv, drama bersiri korea, Prime Minister and I sedang rancak
bersiaran di saluran One HD, Astro.
Bunyi grill dibuka
membuatkan Azyan berpaling, sebaik sahaja pintu dibuka, terjengul wajah Nadia,
ditangannya penuh dengan beg kertas. Azyan menggelengkan kepalanya, faham
sangat dengan tabiat kembar tak seirasnya itu, pantang keluar dating, pasti ada
sesuatu yang dibawanya pulang.
“Shopping sakan
Nampak.” Tegur Azyan, Nadia tersengih.
“Orang belanja,
rezeki...takkan nak tolak, kan.” Ujarnya, Azyan menggeleng.
“Makan magi je?.” Tanya
Nadia, Azyan sekadar mengangguk, matanya masih tidak lepas memandang kaca tv.
“Kenapa tak makan kat
luar je tadi?.” Tanya Nadia, mulut Azyan muncung.
“Selera dah patah.”
Jawabnya selamba, dahi Nadia berkerut.
“Dah la...tak yah Tanya
lagi, aku malas nak cerita...buat sakit hati je bila ingat.” Ujar Azyan, Nadia
mengeluh dan menggeleng.
“Aku naik dulu la...nak
mandi, badan dah melekit semacam ni.” Ujar Nadia sambil menepuk peha Azyan.
Gadis itu hanya mengangguk, Nadia menggelengkan kepalanya, Azyan, kalau dah
sibuk mengadap cerita korea, alamatnya rumah terbakar pun dia tidak akan sedar.
Beg kertas diangkat, dia berlalu naik ke tingkat atas menuju ke biliknya
meninggalkan Azyan yang masih tekun menonton cerita kegemarannya.