BAB 28
Iman melangkah perlahan menghampiri ruang pejabat Puan
Habibah, pengetua Rumah Amal Anak-Anak Sinar Harapan. Sudah hampir 7 tahun dia
menjadi sukarelawan disitu bersama Amanda.
Dulu ketika masih belajar, setiap hujung minggu, dia dan
Amanda pasti akan datang kesini memberi kelas tuisyen percuma kepada mereka
Cuma sejak kebelakangan dia dan Amanda tidak mempunyai masa untuk datang lebih
kerap.
“Umi….” Panggil Iman, kepalanya terjengul dimuka pintu.
“Iman…terkejut umi, bila sampai?.” Tanya Puan Habibah,
dia bangun sebelum menghampiri dan memeluk tubuh itu.
“Baru je sampai.” Ujar Iman, senyuman manis terukir
dibibirnya.
“Amanda mana?.” Tanya Puan Habibah, pandangannya
dialihkan keluar pintu.
“Iman sorang je…Manda tak dapat datang, dia bertugas
sampai malam hari ni.” Ujar Iman, Puan Habibah mengangguk.
“Kami minta maaf umi sebab dah lama tak datang, sibuk
sangat dengan tugasan.” Ujar Iman, wajahnya sedikit muram, terasa bersalah.
Puan Habibah menggeleng.
“Umi dengan adik-adik faham…Iman jangan susah hati
sangat. Ha…kerja macam mana?.” Tanya Puan Habibah, bahu Iman digosok lembut.
“Alhamdulillah…semuanya ok.” Ujar Iman dengan senyuman.
“Kerja-kerja jugak…kesihatan pun nak kena jaga, nanti
kalau Iman jatuh sakit…umi dengan adik-adik susah hati.” Nasihat Puan Habibah.
Iman mengangguk, faham.
“Iman pergi jumpa adik-adik dululah…rindu sangat kat
diaorang, lama tak jumpa. Nanti Iman datang semula jumpa umi, kita borak
panjang.” Ujar Iman seraya meminta diri, Puan Habibah sekadar mengangguk, dia
tersenyum senang.
Iman tersenyum memerhatikan adik-adiknya yang tekun
belajar tanpa menyedari kehadirannya. Air mata terasa bergenang bila melihat
mereka, rindunya pada mereka waktu itu tidak dapat diceritakan, hanya emosi
yang mencerminkan segalanya.
Kebanyakkan dari mereka merupakan anak-anak yatim
manakala sebahagiannya lagi datang dari keluarga susah. Malah ada juga dari
kalangan mereka yang datang dari keluarga yang berpecah-belah dan bermasalah. Perlahan-lahan
pintu bilik belajar diketuk.
“Kak Iman….” Jerit mereka serentak, seraya bangun dan
berlari memeluk orang yang mereka rindui.
“Rindunya…kenapa kakak dah lama tak datang, dah lupakan
kami ya?.” Tanya Zahlia, yang lain mengangguk, mengiakan. Iman tersenyum dan
menggeleng.
“Kakak tak pernah lupa…kamu semua sentiasa ada dalam
hati kakak Cuma kebelakangan ni kakak sibuk dengan kerja jadi tak dapat datang
selalu.” Ujar Iman sambil menggosok kepala mereka seorang demi seorang.
“Kak Manda say hai…dia minta maaf sebab tak dapat datang
hari ni, nanti bila dia tak sibuk, dia datang.” Ujarnya, masing-masing sekadar
mengangguk.
“Jom kita masuk, tengok apa yang kakak bawakan ni.”
Ujarnya lagi sambil menunjukkan plastik berisi makanan dan alat tulis yang
dibawanya bersama.
Iman mencuit bahu Zahlia membuatkan gadis itu mengangkat
wajahnya dan memberi isyarat bertanya, pantas Iman memuncungkan mulutnya kesatu
arah. Zahlia mengeluh.
“Itu Mariam…budak baru, minggu lepas masuk.” Ujar
Zahlia, Iman mengangguk.
“Zahlia siapkan soalan ni dulu…nanti kakak datang
semula.” Ujarnya sebelum bangun dan berjalan menghala kearah Mariam yang sedang
duduk termenung disatu sudut berhampiran tingkap.
“Mariam…assalamualaikum.” Sapa Iman namun gadis kecil
itu sekadar mendiamkan diri, langsung tidak mengendahkan tegurannya. Iman
menarik kerusi lalu duduk bertentangan dengan gadis itu, bersedia untuk
berkomunikasi dengan lebih lanjut.
“Nama kakak Iman…Mariam boleh panggil kakak…kak Iman.”
Ujarnya lagi, memperkenalkan diri.
“Kakak ada bawa makanan..marilah join kami, kita makan
sama-sama.” Pujuk Iman lagi, namun gadis itu tetap mendiamkan diri sebelum
bangun dan meninggalkan bilik itu. Iman mengeluh, melihat dari cara perlakuan
gadis itu, dia tahu Mariam pasti mempunyai masalah dalaman.
“Kak Iman tak payahlah pedulikan dia…buang masa je.”
Balqis, Iman menggeleng.
“Mana boleh cakap macam tu, tak baik…itukan kawan kamu
semua juga, tak bolehlah biarkan saja.” Ujar Iman, Balqis mendengus.
“Bukan kami tak cuba, dah puas…dia macam tu jugak,
sombong tak bertempat.” Ujar Khalisha pula.
“Betul tu kak Iman…kami semua ni dah puas bertegur sapa
dengan dia tapi dia buat bodoh je.” Ujar Kamal, Balqis mengangguk.
“Daripada dia mula-mula masuk sampai sekarang, dia hidup
dalam dunia dia sendiri je…suka mengasingkan diri, tak nak bercakap sampai
kadang-kadang kami semua ingatkan dia tu bisu.” Ujar Zamri pula, Iman
tersenyum, sampai sejauh itu mereka berfikir.
“Tapi…kamu semua tak bolehlah biarkan dia macam tu je.
Ingat tak apa umi pesan…kita kat sini, semuanya macam adik-beradik…tak boleh
bergaduh, kena saling tolong menolong…satu untuk semua, semua untuk satu.” Ujar
Iman, Masing-masing mengangguk.
“Tapi kami dah tak tahu nak buat apa lagi, dah
macam-macam cara kami cuba…semuanya tak Berjaya.” Adu Zahlia. Iman tersenyum
lagi.
“Untuk capai sesuatu..adakalanya kita kena gagal
berkali-kali…takkanlah baru gagal sekali dan mengalah.” Ujar Iman, keningnya
diangkat.
“Oklah…kami cuba lagi…tapi tak janji boleh Berjaya.”
Ujar Zahlia, yang lain hanya mengangguk. Iman tersenyum,
“Macam tulah adik kakak…tak mudah mengalah. Jom kita
sambung siapkan kerja sekolah…nanti boleh keluar bermain.” Masing-masing
bertepuk tangan, cepat-cepat mereka kembali menumpukan perhatian pada kertas soalan
dihadapan.
Aisy berhenti menyuap makanannya bila terdengar suara
Aiman dan Badrul berbual, dia menyedut air minumannya sambil memasang telinga,
mahu mendengar butir bicara mereka berdua.
“Aku nak tanya kau sikit boleh?.” Tanya Badrul. Aiman
mengangguk.
“Kau rapat dengan Sara kan?.” Tanya Badrul lagi. Aiman
mengangkat keningnya,
“Lain macam je bunyinya soalan kau tu, kenapa tiba-tiba
bangkitkan soal Sara pulak ni?.” Tanya Aiman, pelik. Badrul tersenyum, penuh
makna.
“Aku nak tahu kalau-kalau dia ada boyfriend ke tak?.”
Tanya Badrul lagi, Aiman tersedak.
“Jangan kata kau nak potong jalan aku…Sara tu aku punya
tau.” Ujar Aiman, jari telunjuknya lurus menghala kearah muka Badrul.
“Oppss…dia belum buat keputusan lagi, maknanya sesiapa
pun masih ada peluang untuk pikat dia.” Ujar Badrul, tangan lelaki dihadapannya
ditepis.
Aisy mengecilkan matanya, bibirnya digigit kuat, geram
mendengar bicara lelaki dibelakangnya, macamlah si budak tiga suku tu sejenis
trofi yang perlu direbut dan dimenangi.
“Kepunyaan kau??abah kau…bila masa pulak budak tu
declare nak jadi girlfriend kau, suka-suka hati kau je buat keputusan sendiri.”
Bebel Aisy perlahan, wajah berkerut Johan dengan senyuman sumbingnya langsung
diperdulikan.
“Came on la Aiman…kita bersaing secara gentleman, kalau
kau menang, aku akan menyerah kalah…kalau aku menang, kau kena tarik diri serta
merta.” Ujar Badrul.
“Korang berdua rasa…korang boleh tandingi aku ke?.”
Tanya Khairil, kehadirannya yang tiba-tiba mengejutkan Aiman dan Badrul.
“Yellow mongkey ni pun nak tumpang sekaki…bagus sangat
la, dua kali lima jugak bodohnya. Dia ingat dengan gaya K-pop macam tu, budak
tiga suku tu nak pilih dialah…belum apa-apa lagi nanti, rambut tu dulu yang
kene gondol.” Bisiknya lagi, Johan sekadar mendengar bebelan Aisy yang dirasakan
penuh dengan bau-bau cemburu.
“Habis tu..kau rasa Sara akan pilih kau ke?.” Tanya
Aiman, Khairil mengangguk, yakin.
“Kalau kau dah rasa macam tu…fine, lets the game begin.
Kita tengok siapa yang Sara akan pilih.” Ujar Aiman, Badrul dan Khairil sama-sama
mengangguk.
Aisy tersenyum sinis, kepalanya digeleng, pelanduk
dengan pelanduk berebut, kancil jugak yang untung.
“Games yang korang nak main ni…dah lama tamat sebelum
korang mula lagi. Pemenangnya memang dah siap nak genggam trofi pun.” Bisiknya
perlahan.
“Kau kenapa pandang muka aku macam tu, ada yang tak kena
ke?.” Tanya Aisy tiba-tiba bila terasa pandangan sahabatnya itu masih tidak
teralih, Johan menggeleng namun senyumannya masih tidak lekang dari bibirnya.
“Habis tu yang kau duk tersenyum, tersengih tu kenapa?.”
Tanya Aisy, masih curiga.
“Tak ada apa…saja, nak buat senaman mulut…tak boleh
ke?.” Tanya Johan pula, Aisy mengangkat kening.
“Aku tak cakap tak boleh, Cuma pelik…jarang-jarang kau
nak tersenyum bila time makan, selalunya serius memanjang.” Ujar Aisy. Johan
ketawa, dia terus menyambung menyuap sementara Aisy kembali memasang telinga
mendengar perbualan tiga seteru dibelakangnya.
Iman berhenti melipat telekung sembahyangnya, matanya
menyorot memandang Mariam yang duduk bersendirian dibelakang. Gadis itu hanya
memerhatikan perlakuan mereka, jelas terpancar diruang matanya keinginan untuk
bersama melakukan apa yang kawan-kawannya lakukan.
“Umi…Iman nak Tanya sikit boleh?.” Puan Habibah
mengangguk.
“Kenapa dengan Mariam tu….Iman tengok sejak Iman datang
sampai sekarang, dia asyik bersendirian…langsung tak mahu campur dengan
kawan-kawan, dia ada masalah apa?.” Tanya Iman, Puan Habibah tersenyum.
“Kenapa…Iman rasa dia ada masalah ke?.” Tanya Puan
Habibah, Iman mengangguk, dari pemerhatian dialah, dia yakin gadis itu ada
masalah.
“Mariam tu sebenarnya mangsa serangan seksual.” Iman
melopong, biar betul.
“Mangsa serangan seksual???oleh siapa?.” Tanyanya.
“Ayah kandungnya sendiri. Dia dibawa kesini oleh pegawai
Jabatan Kebajikan Masyarakat, itupun atas permintaannya sendiri.” Ujar Puan
Habibah. Iman menekup mulutnya, macam tak percaya mendengar kata-kata yang
terluah dari mulut uminya itu.
“Ya Allah….habis tu, ayah dia dah kena tangkap?.” Tanya
Iman, Puan Habibah mengeluh.
“Awalnya memang kena tangkap tapi maknya pulak tak
sanggup nak biarkan suaminya masuk penjara, dipujuknya Mariam supaya gugurkan
dakwaan dengan alasan mereka tiada tempat bergantung.” Ujar Puan Habibah. Iman
mengetap gigi, manusia jenis apa ni?, Tanya hatinya.
“Sanggup mak dia pertahankan suaminya yang perangai
macam binatang tu, apa…Mariam tu bukan anak dia ke sehinggakan dia tak ada
langsung rasa bersalah.” Rungut Iman, Puan Habibah menggeleng.
“Entah la Iman, umi pun tak tahu nak cakap apa…mujur
juga Mariam tu pilih untuk dihantar kesini...kalau tidak entah apa yang akan jadi pada dia sekarang.” Ujarnya, Iman
mengangguk.
“Patutlah dia bersikap mendiamkan diri, tak nak bergaul
dengan orang…rupanya dia sedang menanggung beban emosi yang berat, kasihan dia
kan umi.” Puan Habibah mengangguk, lemah.
“Harapkan pagar…pagar makan padi.” Iman mengangguk,
setuju.
“Manusia yang macam tu…patutnya kita potong je anu dia…lepas
tu campak dalam kandang buaya…baru padan dengan muka.” Omel Iman, Puan Habibah
ketawa kecil.
“Hish…tak baik cakap macam tu.” Ujar Puan Habibah, Iman
menarik muka masam, geram betul dengan perangai manusia yang Nampak macam baik
tapi sebenarnya dialah keturunan setan.
“Sudahlah…mari kita bersiap, adik-adik semuanya dah
lapar tu.” Ajak Puan Habibah, Iman mengangguk. Adik-adiknya sudah mula
menghilangkan diri, berduyung-duyung berjalan menuju ke bilik sajian.
Iman meletakkan pinggan berisi nasi dan lauk-pauk
dihadapan Mariam, gadis itu mengangkat wajahnya, pantas Iman mempamerkan
senyuman manis sehinggakan terbit segaris senyuman dibibir gadis itu.
“Alhamdulillah…dia dah mula belajar untuk bersenyum.”
Bisik hatinya senang. Balkis dan Zahlia segera menghampiri meja Mariam tatkala
melihat isyarat yang diberikan Iman.
“Boleh kami duduk
kat sini?.” Tanya Balkis, lambat-lambat Mariam mengangguk. Balkis dan Zahlia
memandang Iman serentak, ibu jari diangkat tanda dia bangga dengan kedua-dua
gadis itu.
“Makan kenyang-kenyang….nanti kalau nak tambah lagi,
bagitau akak…ok.” Mariam mengangguk, dia terus menikmati makan tengahharinya
tanpa sedikit pun mengangkat wajah. Iman terus berlalu, mahu memberi peluang
pada Mariam untuk mengenali Balkis dan Zahlia.
Bait-bait lagu ‘This Love’ nyanyian Shinhwa menjerit
nyaring memecah lamunan Iman yang asyik melayan adik-adiknya bermain badminton.
Skrin handphone dipandang dengan mulut yang muncung.
“Kau nak apa?.” Tanya Iman kasar.
“Amboi cantiknya bahasa…salam tak jawab, apa tak…terus Tanya.”
Tegur Aisy. Iman mendengus.
“Sehari kalau kau tak kacau aku tak boleh ke?.” Tanya
Iman tanpa mempedulikan teguran Aisy.
“Where have u been?.” Tanya Aisy.
“Asal kau nak tahu?.” Tanya Iman, musykil.
“Aku Tanya tu jawab je lah.” Marah Aisy, Iman dah mula
menyingai.
“Yang kau tiba-tiba nak marah aku ni kenapa…apa masalah
kau?.” Tengking Iman pula.
“Where have u been?.” Tanya Aisy buat kali yang kedua.
“Somewhere…why?.” Tanya Iman, Aisy mendengus.
“Somewhere tu kat mana…shopping mall ke, restoren ke
atau book store?.” Tanya Aisy tak puas hati.
“Tak yah sibuk nak tahulah aku kat mana…kau tu nak apa,
cakap la cepat…aku tak ada masa nak layan ni…banyak kerja lain lagi aku nak
buat.” Ujar Iman, malas.
“Jawab je soalan tu tak boleh ke?susah sangat ke soalan
tu?.” Tanya Aisy.
“Soalan tu tak la susah mana…mulut aku je yang berat nak
jawab.” Ujar Iman masih bermain tarik tali membuatkan Aisy semakin naik angin.
“Doktor Nur Iman Qaisara….kau jangan nak buat aku naik
angin boleh tak.” Suara Aisy sudah meninggi. Iman menghela nafas panjang, mengeluh.
“Tak nak cakap sudah.” Pantas perbualan diputuskan, malas
hendak melayan kerenah si jerangkung yang kadang-kadang buat dia pening
kepala…terlebih busy body macam lah mereka berdua pasangan kekasih.
Aisy menggenggam erat tangannya, belum habis bercakap
lagi, budak tiga suku itu dah putuskan talian. Handphone ditangan dipandang,
rasa macam nak baling ke dinding je.
“Mana budak tiga suku ni pergi sebenarnya…nak
berrahsia-rahsia bagai sampaikan kak Yana pun tak tahu dia kat mana.” Bebel
Aisy sendiri.
“Tak boleh jadi ni…baik aku Tanya kembar tak seiras
dia…mungkin dia tahu mana budak tiga suku tu pergi.” Pantas Aisy bangun lalu
keluar mencari Amanda.
“Amanda….” Panggil Aisy, Amanda berhenti melangkah, dia
berpaling ke belakang.
“Doktor Rayyan…ada apa?.” Tanya Amanda, hairan.
“Saya nak Tanya awak sikit…” Amanda mengangguk, dia menanti
Aisy meneruskan bicara.
“Kembar tak seiras awak tu kemana?.” Amanda menggaru
kepalanya.
“Kenapa doktor cari dia….ada masalah ke?.” Tanya Amanda
bimbang, jangan-jangan si Iman ni buat hal lagi, bisik hatinya. Aisy
menggeleng.
“Saya call dia tadi…tanya dia kemana tapi dia boleh
ignore panggilan saya.” Adu Aisy, Amanda menahan senyum, bertuah sungguh budak
itu.
“Dia ke Rumah Amal Sinar Harapan.” Ujar Amanda, Dahi
Aisy berkerut.
“Rumah Amal Sinar Harapan?.” Amanda mengangguk.
“Kami dah lama jadi sukarelawan kat sana…sejak zaman
universiti lagi. Setiap hujung minggu…kami akan kesana untuk mengajar anak-anak
kat situ Cuma sejak kebelakangan ni…kami dah jarang kesana, ada masa terluang
baru kami pergi.” Ujar Amanda, Aisy menarik nafas lega.
“Oklah awak boleh sambung kerja balik..thanks for that
info.” Ujar Aisy sebelum berlalu, Amanda menggelengkan kepala, Nampak je garang
tapi sebenarnya caring jugak.
“Kau ni Iman…memang suka menyusahkan akulah, tak
pasal-pasal aku pulak yang kena explain.” Bebelnya sebelum melangkah pergi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan