Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Rabu, 1 April 2015

Tawanan Cinta 26



BAB 26


Iman berhenti melangkah bila laluannya terhalang, wajah orang yang menghalang jalannya dipandang tajam. Dia menggelengkan kepalanya, gadis ini memang sengaja cari pasal, tak habis-habis nak buat dia naik angin.
Rasa-rasanya kalau dia bunuh Yuli tu kat sini, ada yang perasan tak…hurm tak kot, jam dah pukul 11 malam, kawasan letak kereta ni sunyi, pak guard pun lambat lagi nak meronda kat sini, kiranya ada masa lagi untuk dia melakukan satu pembunuhan kejam, mindanya bercanda. Lamunannya mati bila bahunya ditepuk kuat.
“Aku tengah cakap dengan kau..kau boleh buat bodoh je kan, langsung tak hormat aku.” Ujar Yuli, Iman mengangkat kening, tayang muka lima sen.
“Kau ni apa hal, tak ada kerja?.” Tanya Iman, dia memeluk tubuh. Yuli tersenyum sinis.
“Jauhkan diri kau dari Ziqry, aku tak suka tengok kau rapat dengan dia.” Ujar Yuli, memberi amaran. Iman menepuk dahi.
“Aku rasa kau ni dah salah orang la, kau patutnya nasihatkan boyfriend kau, bukan aku. Sebab  seingat aku, boyfriend kau tu yang selalu datang cari aku…bukan aku yang terhegeh-hegeh dekat dia.” Yuli mencengkam lengan Iman kuat, ditarik agar lebih rapat dengannya.
“Jangan ingat keluarga Ziqry sukakan kau, bererti kau dengan dia akan berkahwin…jangan mimpilah, yang akan jadi isteri dia tu….aku, bukan kau.” Ujar Yuli, Iman ketawa, memang sah perempuan ni tengah meroyan, gila talak.
“Hei…kau dengar sini yek, boyfriend kau tu….bagi percuma pun aku tak nak la.” Ujar Iman, sengaja mahu mencalarkan hati Yuli.
“Jadi kau tak payah nak meroyan tak tentu pasal, tak payah sibuk nak semakkan otak kau yang besar macam kacang walnut tu semata-mata nak warning aku.” Ujar Iman lagi, Yuli mengetap bibir.
“Daripada kau sibuk cari pasal dengan aku…baik kau pergi persiapkan diri, belajar macam mana nak tadbir rumah tangga kau dengan dia nanti. Pergi balik daftar sekolah memasak….move.” Ujar Iman, tubuh Yuli ditolak ketepi, buat menyemak je.
“Hei…aku tak habis cakap lagi, kau nak kemana tu.” Jerit Yuli, Iman buat bodoh, dia terus melangkah, balik rumah sambung tidur lagi baik. Yuli menghentak kakinya kuat, geram bila dirinya diperkotak-katikkan gadis itu. Nasib baik tak ada orang yang tengok, kalau tidak pasti jatuh air mukanya buat kali yang kedua.



                                                                                                               
Aisy mengeluh, tumpuannya terus lari bila Yuli hadir membawa seribu satu masalah. Sejak masuk tadi, gadis itu tidak habis-habis membebel sampaikan telinganya sudah tidak mampu untuk bertahan.
“U dengar tak apa yang I cakap ni…Ziq.” Panggil Yuli kuat, Aisy mengangguk.
“I dengar…” Yuli menarik muka, dengar tapi tak buat tak tahu.
“I tak suka la dia tu, tak tahu nak hormat orang…berlagak lebih.” Ujar Yuli, tubuhnya dipeluk, dia mendengus.
“Yang u ni pun satu…cari pasal dengan dia buat apa. Dah tahu perangai budak tu macam tu, yang u layan buat apa.” Tegur Aisy, serabut kepalanya dengan bermacam-macam masalah yang timbul, lama-lama otaknya boleh gila.
“Mana ada I cari pasal dengan dia…dia tu yang berlagak dengan I.” Bentak Yuli, Aisy mendengus.
“Si Iman tu....kalau tak ada orang cari pasal dengan dia, dia takkan ambil peduli pasal orang.” Ujar Aisy, Yuli mencemik.
“U ni kenapa….sebelahkan dia pulak….u sepatutnya sokong I, I ni bakal isteri u….bukannya dia.” Ujar Yuli, geram. Aisy menutup buku kasar, pen ditangan diletakkan ditepi.
“Tolong la Yuli…jangan serabutkan kepala I dengan benda-benda kecil macam tu boleh tak. I ada banyak lagi masalah penting yang perlu difikirkan, I tak ada masa nak tolong u selesaikan hal remeh-temeh macam tu.” Ujar Aisy, kasar. Yuli tersentak, belum pernah lagi dia melihat lelaki itu naik angin.
“Yang u ni nak naik angin kenapa…marah-marah I pulak.” Aisy hanya mendiamkan diri, malas hendak memanjangkan cerita.
“Kalau u tak suka I datang…cakap je lah, tak payah I susahkan diri datang jumpa u malam-malam macam ni….u pun bukan tahu nak hargai.” Ujar Yuli, beg tangannya diangkat sebelum kakinya melangkah keluar meninggalkan Aisy yang langsung tak ambil kisah.
“Pandai-pandai u lah pujuk diri sendiri Yuli, I dah tak kuasa nak layan….banyak lagi benda lain yang I nak kena fikir.” Ujar Aisy perlahan, dia kembali menyambung kerjanya semula.




Yuli mencampakkan beg tangannya diatas katil, merah padam mukanya menahan marah. Hatinya terasa sakit bila diperlakukan begitu, karektor lelaki itu benar-benar berubah, entah apa yang merasuknya pun dia tidak tahu.
            Bunyi ketukan pada pintu dibuat tidak endah, dia malas hendak bangun dan membukanya lantas dibiarkannya saja.
            Yuli....Yuli....buka pintu ni.” Arah Puan Salmiah, Yuli masih tidak berganjak, kedengaran tombol pintu dipulas.
            ”Hish budak ni...orang panggil, dia buat tak dengar je.” Omel Puan Salmiah, perlahan-lahan dihampirinya katil Yuli lantas dilabuhkan punggungnya disitu.
            ”Anak mummy ni kenapa, balik je masam....orang kalau dah dapat jumpa buah hati, senyum...ini kamu, macam macam cuka.” Tegur Puan Salmiah seraya mengusap rambut anak gadisnya itu.
            ”Mummy jangan sebut nama dia lagi, Yuli benci.” Amuk Yuli, Puan Salmiah tersenyum...tak lain tak bukan, bergaduh la ni.
            ”Kamu ni...sikit-sikit nak marah, nak merajuk...nanti Ziqry tu lari baru tahu, baru nak menyesal.” Ujar Puan Salmiah, Yuli bingkas bangun.
            ”Mummy ni...orang tengah susah hati, dia buat lawak pulak.” Rajuk Yuli, Puan Salmiah ketawa kecil.
            ”Si Ziqry tu bila nak bawa keluarga dia datang, papa dah asyik bertanya tu.” Ujar Puan Salmiah, Yuli mengangkat bahu.
            La...Yuli tak cakap ke kat dia.” Tanya Puan Salmiah, Yuli mendengus.
            ”Dah berbuih mulut Yuli ni cakap tapi dia asyik kata sabar, sabar, sabar.  Yuli pun tak tahu apa masalah dia, nampak macam tak bersungguh pun ada.” Adu Yuli, Puan Salmiah mengeluh.
            ”Mummy pun tak tahu macam mana nak cakap lagi...ialah, kita ni pihak perempuan...tak boleh nak buat apa, kena tunggu je lah.” Ujar Puan Salmiah, perlahan. Yuli kembali muram, dia sendiri bimbang jika apa yang diharapkannya tidak menjadi kenyataan. Puan Salmiah bangun,
            ”Mummy keluar dulu, nak masuk tidur...kamu pun cuba-cubalah pujuk Ziqry tu lagi.” Ujarnya sebelum melangkah keluar meninggalkan Yuli sendiri.




Lunak suara Junjin mengalunkan serangkap lirik lagu mengejutkan Iman dari lamunannya, dia mendengus, malaun manalah yang menggangu hidupnya disaat-saat dia sedang bahagia menikmati masa-masa indah bersama keenam-enam jejaka idamannya.
“Kau nak apa?.” Tanya Iman, malas. Jam dimeja dipandang, hampir pukul 2.30 pagi, apa ke hal.
“Amboi…cantiknya bahasa, tak reti nak jawab salam dulu.” Bebel Aisy, Iman menggigit bibirnya.
“Waalaikummussalam…kau nak apa call aku ni? Nak cari pasal lagi?.” Tanya Iman.
“Kau tengah buat apa? Kenapa tak tidur lagi, dah pukul berapa ni?.” Tanya Aisy lembut, Iman pelik, buang tabiat ke apa orang tua ni, tak pernah-pernah Tanya soalan mencabar minda, tetiba terkeluar pulak hari ni.
“Aku tengah dating…kenapa?.” Tanya Iman pula.
“Tak habis-habis dengan cerita mengarut tu, apa yang best sangat?.” Tanya Aisy, Iman mencemik.
“Suka hati aku lah…best ke tak best ke, aku yang tengok….bukan kau.” Ujar Iman, geram.
“Tanya sikit pun nak marah, kau ni patut masuk kelas anger management…belajar kawal marah kau tu sikit. Aku rasa siapa yang jadi suami kau nanti, harus kena penyakit darah  tinggi…asyik dengar kau marah je.” Tegur Aisy. Iman berdesis, yang pasti bukan kau.
“Ahh…jangan banyak songeh lah, cakap  jelah kau nak apa call aku ni, tak payah nak bermukaddimah lama-lama, bosan aku dengar.” Ujar Iman, meletak noktah pada perbualan mereka.
“Kau buat apa sebenarnya sampai Yuli mengamuk tadi?.” Tanya Aisy, kembali pada tujuan asal dia menghubungi gadis itu, Iman menghela nafas keras.
“Dia mengadu apa dekat kau?.” Tanya Iman, kasar macam tak puas hati. Aisy ketawa.
“Dia cakap kau berlagak dengan dia.” Iman mengetap giginya,
“Aku berlagak dengan dia? Dia yang cari pasal dengan aku…dia tak cakap.” Ujar Iman, panas hatinya seketika mendengar luahan Aisy.
“Dia kata kau buat dia macam orang bodoh, berlagak bila dia nasihatkan kau dan tak hormat dia.” Ujar Aisy lagi, apa yang disampaikan Yuli, dikhabarkan semula pada gadis itu. Iman mula menyinga, perempuan ni kan…
“Kau cakap kat girlfriend kau yang muka macam katak tak cukup makan tu, aku tak heran la kalau dia nak nak kawin dengan kau esok sekalipun tapi tolong jaga cara percakapan dia…jangan fikir dia tu bakal bini kau, dia boleh arahkan aku sesuka hati keturunan dia je…kang sekali aku bagi penampor ala-ala k-pop, mau terbang 10 ribu buat pembedahan plastik semula.” Ujar Iman, Aisy ketawa, garang sangat.
“Kau ni pun…tak payah la nak ambil hati sangat dengan dia, dia rasa tergugat je tu…itu yang dia gelabah sikit.” Ujar Aisy, Iman mencemik.
“Tu bukan gelabah…tu meroyan. Kalau takut sangat tak jadi kawin dengan kau…usaha lah ambil hati nenek dengan mama, ini tak…datang serang aku buat apa.”  Omel  Iman, siapa yang tak sakit hati…dia yang tak ada kena-mengena dengan kisah rumah tangga mereka berdua, diserang tanpa usul periksa. Nasib baiklah dia ni jenis yang penyabar sikit, kalau kena dengan orang lain…maunya terpecat rahang mulut perempuan itu dikerjakan.
“Kau sorang-sorang kat rumah ni…tak apa ke?.” Tanya Aisy bimbang, meskipun dia tidak sukakan gadis itu tapi sebagai salah seorang ahli keluarga terdekat, wajib dia mengambil berat tentang gadis itu. Tambahan pula, Ilyana sudah berpesan supaya dia menjenguk Iman sementara dia menemani Amirul outstation, keluar negeri.
“Aku dah biasa…bukan tak pernah kena tinggal pun sebelum ni.” Ujar Iman selamba, tumpuannya masih lagi tertacap pada skrin komputer, sedikitpun tidak beralih.
“Tak takut?.” Tanya Aisy. Iman mengangkat kening.
“Nak takut kenapa?.” Tanyanya pelik, bukannya dia tinggal sorang, Amanda ada.
“Oh  aku lupa, hantu tu semua kan kawan kau…memang patutlah kau tak takut.” Ujar Aisy,
“Kau ni kan memang….” Belum sempat dia menghabiskan kata talian sudah terputus. Iman menggenggam buku limanya kuat menyalurkan semua rasa sakit hatinya disitu.
“Sabar Nur Iman….sabar, dugaan kecil je ni.” Bisiknya perlahan, dada diurut lembut, dia beristifar panjang….tak mahu terlalu menurut bisikan syaitan.
Aisy ketawa sendiri, pasti gadis itu sedang menahan sakit hati yang tak berkesudahan. Puas hatinya dapat mengenakan gadis itu, baru lega rasanya bila secubit rasa sakit hatinya mula berpindah pada gadis itu.
            ”Baru kau tahu macam mana rasanya sakit hati, asyik kau je yang menang...kali ni biar aku pulak yang rasa.” Aisy ketawa, tuala yang tersangkut di penyidai diambil sebelum kakinya melangkah menuju ke bilik air, sementelah pula dia masih belum menunaikan solat isyak jadi dia perlu segera mandi dan membersihkan diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan