Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Jumaat, 3 April 2015

Tawanan Cinta 27



BAB 27

           
            Bunyi loceng pintu mengejutkan Iman dari tidurnya, dengan mata yang masih tertutup, dia bangun dan keluar menuju kearah pintu besar. Sempat dia mengintai melalui celah lubang kecil, mahu memastikan siapa gerangan yang mengganggu masa untuk dia bermimpi.
            ”Muka kau lagi...kau nak apa, kacau orang tidur je  lah.” Bebel Iman, pintu dibuka, pantas hidungnya ditarik kuat.
            ”Tidur apanya lagi...matahari dah lama naik, burung pun reti bangun awal tau. Ini subuh, solat ke tidak ni.” Marah Aisy, Iman mencemik.
            ”Orang tengah cuti-cuti Malaysia la.” Aisy tersenyum nipis sedangkan Iman, mukanya sudah merona merah.
            ”Manalah tahu...kau tu bukan boleh percaya sangat, kau kalau dah tidur...tidur mati.” Ejek Aisy, Iman mengacukan penumbuknya.
            ”Nah....” Aisy menghulurkan plastik berisi bungkusan makanan dan pantas disambut Iman dengan wajah yang terpinga-pinga, mamai lagi.
            ”Apa ni?.” Tanyanya bodoh, Aisy menggigit bibir, geram.
            ”Your breakfast la....mama kirim. Dia takut bakal menantu dia mati kebulur tak makan.” Ujar Aisy, Iman mengangkat keningnya.
            Manalah tahu...kot-kot bom ke.” Aisy terus menunjal dahi Iman membuatkan gadis itu terdorong sedikit kebelakang.
            ”Setakat nak suruh kau mati cepat, aku tak payah  nak hantar bom...cium je, gerenti kau terus gol.” Iman mengecilkan matanya, terus pintu ditutup, bergegar bunyinya, nyaris-nyaris batang hidung Aisy terkepit dicelah pintu.
            ”Hish dia ni....bukan reti nak berterima kasih, penat-penat aku berkejar kesini...kalau tahu tadi, baik aku sedekah dekat kucing....dapat jugak pahala.” Kepalanya digeleng berkali-kali sebelum melangkah pergi.



            Iman berpaling bila terdengar bunyi pintu ditolak, terjengul wajah Amanda dengan muka sembap tak cukup tidurnya. Garis hitam bawah matanya jelas kelihatan, namun diwajahnya masih terpancar rona-rona kegembiraan.
            Aku terserempak dengan Doktor Rayyan tadi, dia buat apa kat sini?.” Tanya Amanda.
            ”Hantar ni...” Ujar Iman sambil mengangkat plastik berisi bungkusan nasi lemak. Amanda tersenyum.
            ”Sayang jugak dia kat kau ya...sampai sanggup hantar breakfast pagi-pagi.” Iman mencemik, menyampah, sayang....ah, ini semua poyo.
            ”Mama yang kirim la...dia cuma tolong hantar je.” Ujar Iman, Amanda ketawa, dia melangkah menuju ke dapur.
            Iman menghulur sebungkus nasi lemak sebaik sahaja Amanda duduk, masing-masing diam tak berkutik, terlalu asyik menikmati sarapan pagi sehinggakan bunyi cicak berbual pun boleh didengari.
           



            ”Aisy....baru balik? Dah hantar breakfast pada Iman?.” Tanya Datin Munirah sebaik sahaja terpandang wajah anak terunanya. Aisy mengeluh,
            ”Mama ni...tak menyempat, kot ya pun bagilah Aisy duduk dulu, penat pun tak hilang lagi ni.” Ujar Aisy, Datin Munirah mencemik.
            ”Ala....kamu bukannya pergi hantar jalan kaki, naik kereta kan.” Sindir Datin Munirah. Aisy menghela nafas panjang.
            ”Memang la...tapi sekurang-kurangnya mama bagi lah Aisy duduk dulu, tarik nafas barulah tanya.” Ujar Aisy, Datin Munirah tersenyum.
            ”Yalah...tuan putera, silalah duduk, santap...” Gurau Datin Munirah sambil ketawa kecil.
            ”Teruk betul perangai cucu kesayangan nenek tu, tak reti berterima kasih langsung. Susah payah Aisy datang hantar sarapan untuk dia, jemput masuk pun tak...dah la tu...halau Aisy macam tu je.” Adu Aisy, Datin Munirah ketawa.
            ”Memang betul la kalau dia buat macam tu...memang patut pun.” Ujar Datin Munirah, Aisy mendengus.
            ”Hish mama ni....” Bahu Aisy ditepuk perlahan, lembut sentuhannya.
            ”Mama tak kata tindakan dia halau Aisy tu yang betul, mama cuma sokong tindakan Iman yang tak bagi Aisy masuk. Kamu dengan dia tu bukannya mahram, tak elok kalau orang pandang.” Ujar Datin Munirah, Aisy mengangguk, ada betulnya juga.
            ”Tapi sekurang-kurangnya...cakaplah terima kasih. Sejuk jugak hati...” Gomel Aisy perlahan, Datin Munirah tersenyum.
            ”Iman tu...walaupun dia tak cakap...mama tahu dia hargai apa yang Aisy buat untuk dia...Cuma dia tak nak tunjuk je.” Ujar Datin Munirah, Aisy mencemik...ialah tu.




            Iman menjinjing beg kertas dengan berhati-hati, bimbang jika makanan didalamnya tertumpah. Pandangan jururawat dikaunter pertanyaan langsung tidak diambil peduli, dia terus melangkah menuju ke bilik Aisy. Nafas panjang ditarik, pintu diketuk perlahan. Sebaik terdengar arahan masuk diberikan, Iman terus menolak pintu dan melangkah masuk.
            Aisy mengangkat keningnya, pelik dengan tingkah Iman yang tiba-tiba muncul dengan pakaian santainya. Seingat dia, gadis itu Cuma on call saja hari ini. Iman berlagak selamba, meja kerja Aisy dihampiri, beg kertas ditangan diletakkan diatas meja lalu disorong kearah Aisy.
            ”Apa yang kau bawa ni?.” Tanya Aisy, Iman menggaru kepalanya, macam mana dia nak cakap ni.
            ”Hello...aku tanya ni, jawablah.” Ujar Aisy, dia memeluk tubuh, menanti jawapan Iman.
            ”Alamak...takkan aku nak cakap yang aku bawa bekal untuk dia...hish, bantai kena gelak aku ni.” Bisik Hati Iman, bibirnya digigit.
            ”Doktor Nur Iman Qaisara...aku bercakap dengan kau ni, boleh tak tolong bagi respon sikit...jawab.” Ujar Aisy lagi, Iman masih mendiamkan diri, berfikir.
            ”Argh...gasak lah, dia nak gelak ke apa, janji niat aku baik.” Hatinya berbisik, dia berdehem, perlahan-lahan butir bicaranya terkeluar.
            ”Tu sebagai tanda terima kasih aku pada kau sebab bawakan sarapan....pagi tadi.” Ujar Iman, wajah Aisy langsung tidak dipandang, malu weh. Aisy menyimpul senyum dalam diam, bekas berisi makanan dikeluarkan dari beg kertas.
            Buntang matanya bila terpandang lauk-pauk yang dibawa Iman, lengkap segala nutrisinya. Ikan kerisi goreng, sayur kacang buncis goreng, sotong masak merah dan tumis serai ikan selayang, ditambah dengan hirisan buah betik sebagai pencuci mulut.
            ”Kau masak semua ni?.” Tanya Aisy, macam tak percaya. Iman tersenyum sinis.
            ”Tak lah...minachi sebelah rumah yang masak, aku tolong bawa je.” Aisy ketawa kecil, sayang jugak rupanya.
            ”Kau tak campur ubat pengasihkan dalam ni?.” Usik Aisy, Iman buat-buat ketawa.
            ”Bukan setakat ubat pengasih, semua jenis racun aku campur...racun tikus, racun rumpai...peluntur kain dengan ubat semut sekali...nanti kalau kau makan, agak-agak rasa dia lain sikit, jangan tanyalah kenapa ya.” Aisy ketawa lagi, gadis ini kalau bab loyar buruknya...memang no.1.
            ”Thank you..” Ucap Aisy, ikhlas, Iman sekadar mengangguk.
            ”Nanti dah habis makan...bekas tu bagi pada Amanda.” Ujar Iman seraya bangun.
            ”Nak balik dah?.” Tanya Aisy, Iman berpaling.
            ”Balik la...nak tunggu buat apa lagi.” Dengus Iman, Aisy mengangkat keningnya,
            ”Tak nak temankan aku makan?.” Tanya Aisy, Iman menjelirkan lidahnya.
            ”Balik rumah sambung tengok drama Korea lagi bagus...” Ujarnya, langkah kakinya terus diatur menuju ke pintu.
            ”Makan tu jangan lupa baca bismilllah...kan tercekik susah pulak, tak pasal-pasal si guli tu jadi janda muda nanti.” Ujar Iman, mengingatkan sebelum menutup pintu dan beredar. Aisy menggelengkan kepalanya, sempat lagi gadis itu mengenakan dia tapi dia gembira, dalam garang Iman...masih terselit sikap lembut hati yang menyenangkan.


Semerbak harum bau masakan Iman terus-terusan membangkitkan seleranya, buku ditutup dan ditolak ke tepi. Beg kertas diangkat lalu dibawa ke meja kopi, sempat tangannya mencapai botol air mineral yang sudah tersedia ada. Makan tengahhari itu dinikmati dengan ukiran senyuman yang memikat hati.





            Iman mengetuk kepalanya beberapa kali, jin apalah agaknya yang merasuk dia hari ini sampaikan dia terlebih rajin memasak dan menyediakan bekal untuk lelaki itu, sedangkan sebelum ini, nak tengok dia masuk dapur pun seminggu sekali  pun susah, itu kalau dia rajin, selalunya kak Yanalah yang jadi masterchefnya.
            ”Comfirm si jerangkung tu gelakkan aku sampai pagi esok. Sengal lah kau ni Iman.” Kutuk hatinya, Iman menekup muka, rasa macam nak masuk dalam peti mayat tak nak keluar-keluar, malunya.
            ”Sara...Sara...” Iman berpaling, dahinya ditepuk. Wajah Karina yang ceria sikit dari mayat dipandang tanpa perasaan.
            ”Apahal?.” Tanyanya acuh tak acuh.
            ”Kau buat apa kat sini, bukan kau off day ke?.” Tanya Karina, Iman mengangguk.
            ”Habis tu buat apa datang?.” Tanyanya lagi, Iman mendesis.
            ”Suka hati akulah...kau ada masalah ke?.” Tanya Iman pula, keningnya diangkat. Karina mendengus.
            ”Entah-entah kau datang nak jumpa doktor Rayyan...tak.” Teka Karina, Iman tersenyum sinis.
            ”Aku datang jumpa siapa pun.....yang kau nak sibuk kenapa, ada aku susahkan kau ke?. Tanya Iman, tajam matanya merenung wajah Karina membuatkan gadis itu merona merah menahan marah.
            ”Dah la...malas aku nak layan kau, balik sambung tidur lagi syok la.” Ujar Iman, terus saja dia melangkah tanpa mempedulikan gadis itu sambil mulutnya tidak henti-henti membebel.
            Amanda berhenti menulis, pertanyaan Aiman bernar-benar membuatkan dia terkarisma seketika. Air liur ditelan, bagaimana dia hendak menjawab soalan yang agak susah untuk dia terangkan jawapannya. Wajah lelaki itu yang sedang menanti jawapan dipandang.
            ”Errr...aku rasa lebih baik kalau kau tanya dia sendiri, aku tak tahu macam mana nak jawab.” Ujar Amanda, dahi Aiman berkerut,
            ”La...kau kan kawan baik dia, takkan kau tak tahu dia dah ada teman lelaki ke tak.” Tanya Aiman, Amanda menggaru kepalanya yang tidak gatal.
            ”Memang la aku kawan baik dia tapi tak semua hal peribadi dia aku tahu. Aku rasa lebih baik kalau kau tanya dia sendiri.” Ujar Amanda, cuba mengelak, Aiman mendengus.
            ”Susahlah kau ni...nak jawab soalan senang pun tak boleh.” Rungut Aiman, Amanda mencemik.
            ”Aku tak boleh jawab soalan yang aku sendiri tak pasti jawapannya. Nanti kalau aku kata dia tak ada boyfriend...tiba-tiba boyfriend dia muncul, apa aku nak jawab dan kalau aku kata dia dah ada boyfriend, tapi sebenarnya tak ada...kau kata aku menipu pulak...jadi adalah lebih baik kalau aku biar dia sendiri yang jawab.” Ujar Amanda dengan senyum simpulnya, Aiman mengangguk.
            ”Betul jugak cakap kau...lebih senang kalau dia sendiri yang jawab, kan.” Ujar Aiman, Amanda pantas mengangguk.
            ”Oklah...aku blah dulu...jumpa kau nanti.” Ujar Aiman sebelum melangkah pergi, Amanda sekadar mengangguk, nafas lega dihela.
            ”Doktor Amanda...” Tegur Aisy, Amanda tersentak.
            ”Doktor Rayyan..” Air liur ditelan,
”Bila masa pulak dia ni muncul, tup-tup dah tercongok kat depan mata, hish dia dengar ke? aduh masalah ni.” Bisik hati Amanda.
            ”Kenapa dengan doktor Aiman tu, saya dengar dia sebut nama Iman tadi.” Tanya Aisy, curiga. Amanda menggigit bibir, memang sah dia dengar.
            ”Oh...tak ada apa-apalah doktor.” Ujar Amanda, cuba mengelak  untuk berbicara tentang hal tadi. Aisy  mengangkat keningnya, pandangan matanya saja sudah cukup membuatkan hati Amanda kecut macam buah kismis.
            ”Dia tanya saya kalau-kalau Iman ada boyfriend.” Ujar Amanda, mengalah akhirnya. Aisy tersentak.
            ”Untuk apa?.” Tanyanya, keras. Amanda mengangkat bahu.
            ”Nak try pikat Iman la kot.” Ujarnya perlahan. Aisy membulatkan matanya, pikat Iman....no way.
            ”Awak jawab apa?.” Tanyanya lagi, ingin tahu.
            ”Saya suruh dia tanya Iman sendiri.” Ujar Amanda, Aisy mengetap bibir. Kalau ditanya budak tu, memang sah la dia jawab tak ada...hish, tak boleh jadi ni.
            ”Lain kali kalau dia tanya soalan yang sama lagi pasal Iman, awak jawab je...kawan baik awak tu, bakal dijodohkan dengan pilihan keluarga.” Ujar Aisy, mematikan pertanyaan. Amanda melopong, serius.
            ”Ok?.” Tanya Aisy, Amanda mengangguk, apa lagi yang dia nak kata. Aisy tersenyum mengangguk.
            ”Oh ya...Iman suruh saya bagi bekas makanan ni pada awak.” Ujarnya seraya menghulurkan beg kertas berisi bekas makanan kosong dan pantas disambut Amanda, sempat dia menjenguk kedalam beg kertas, patutlah rajin benor budak Iman tu memasak hari ini, rupanya ada udang disebalik spegetti.
            ”Eleh...sayang tapi tak nak mengaku...bencilah konon, rupanya dalam hati ada taman.” Bisik Amanda perlahan sebaik sahaja kelibat Aisy menghilang. Dia kembali menyambung kerjanya, tak sabar nak balik mengusik gadis itu.

1 ulasan: