BAB 29
Aisy memerhatikan gelagat Iman dengan pelbagai perasaan,
sakit hati…marah…geram, semuanya bersatu dalam diri. Gelak ketawa gadis itu
sedikit sebanyak membuatkan dia menahan rasa. Perlahan-lahan tanpa sedar
kakinya melangkah menghampiri meja yang diduduki Iman bersama rakan-rakannya.
“Iman…Iman..” Panggil Amanda, kaki Iman dikuis kasar.
“Apa…” Amanda memuncungkan mulutnya ke satu arah,
membuatkan Iman berpaling.
“La…..itu pun nak kecoh, biar la dia.” Ujar Iman, tak ambil
peduli. Dia kembali rancak berbual dengan Aiman. Amanda menggaru kepalanya, si
Iman ni memang sengaja cari masalah.
Aisy menarik nafas, menahan sabar, dia berdehem beberapa
kali, sengaja mahu memberi isyarat agar Iman tahu tentang kehadirannya namun akhirnya
dia sendiri yang bertambah sakit hati.
“Doktor Rayyan…” Aiman bangun serentak dengan Amanda.
“Boleh saya join?.” Tanya Aisy, serius bunyinya. Aiman
mengangguk dan mempersilakan lelaki itu duduk.
“Borak pasal apa ni?.” Tanya Aisy, Iman mengangkat kening.
“Pasal kehidupan…kahwin…kerja…semua topik ada, doktor
nak pilih yang mana satu?.” Tanya Iman, sengaja menyakat lelaki itu, Aisy
mengetap bibir, main-main pulak budak ni.
“Sara bagitau saya yang dia dengan doktor ada hubungan
kekeluargaan, kakak dia kawin dengan abang doktor….betul ke?.” Tanya Aiman,
Aisy mengangguk.
“Patutlah dia dengan doktor Nampak macam ada sesuatu je,
saya ingatkan ada hubungan istimewa.” Ujar Aiman, menghela nafas lega.
“Kau tak payah nak berangan nak pikat dialah…budak ni
bakal isteri aku.” Bisik hatinya, panas…dan-dan mengaku bakal isteri.
“Jadi doktor tak kisah kan kalau saya keluar berdua
dengan dia?.” Tanya Aiman, bunyinya macam meminta izin. Aisy tersenyum sinis.
“Saya tak kisah…tapi bakal suami dia, rasanya takkan
bagi kot.” Ujar Aisy selamaba, Iman membulatkan mata, gila apa orang tua ni.
“Bakal suami?.” Aiman terkejut, terus saja dia berpaling
kearah Iman.
“Kau tak cakap pun kau dah bertunang?.” Tanyanya kecewa,
Iman menghela nafas panjang.
“Macam mana aku nak cakap…dah aku tak pernah bertunang.
Itu pilihan keluarga lah, aku pun tak kata setuju lagi…dalam erti kata lain,
awal-awal aku dah tolak.” Ujar Iman menyatakan pendiriannya, Aisy memandang
tajam dan dibalasnya juga dengan pandangan yang sama, ibaratnya mereka sedang berentap
dengan tenaga kuasa batin.
“Oh ya ke…baguslah, lega aku…kiranya ada peluang lagilah
aku nak pikat kau.” Ujar Aiman, Iman tersenyum.
“Up to u…aku tak ada halangan apa-apa pun. Baik
kau..Khairil ataupun Badrul, masing-masing ada kelebihan sendiri.” Ujar Iman,
keningnya diangkat sambil matanya melirik pada Aisy yang riak wajahnya sudah
bertukar, jelas menggambarkan yang dia sedang menahan rasa sakit hati. Amanda
yang sedari tadi memerhatikan perang mulut antara Iman dan Aisy, hanya mampu
berdoa agar keadaan tidak menjadi lebih kecoh.
“Mama pesan suruh balik rumah….tunggu aku dekat lobi,
kita balik sama-sama.” Pesan Aisy sebelum bangun melangkah pergi, Iman sekadar
mengangguk, langsung tidak dipandangnya wajah lelaki itu, dia lebih senang
berbual rancak dengan Aiman.
Iman sudah mula menarik muka, bengang. Jam ditangan
diperhatikan, sudah pukul 7.30 malam tapi batang hidung si jerangkung masih jua
belum kelihatan. Tangan memeluk tubuh, mulutnya tak habis-habis ‘berzikir’.
“Dia ni memang nak kena agaknya, ingat aku ni
apa…tunggul kayu.” Rungut Iman. Mata-mata yang memandang dibiarkan, malas dia
hendak peduli. Dia menoleh ke kiri dan kanan mencari kelibat Aisy yang masih
tak kunjung tiba.
“Lambat la kau ni…penat aku tunggu.” Tegur Iman bila
matanya terpandang susuk tubuh lelaki itu yang menghala kearahnya, Aisy terus
berjalan tanpa menghiraukan gadis itu. Iman mengetap bibir,
“Ini yang buat aku marah ni….bukan reti nak minta maaf,
tegur aku pun tak.” Bisik Iman perlahan. Dia pantas bergerak menyaingi lelaki
itu, lengan lelaki itu ditarik memaksanya berhenti.
“Kau ni kenapa…aku ada buat salah apa sampaikan kau
masam muka dengan aku?.” Tanya Iman, tak puas hati. Aisy menolak tangan Iman
dan terus berjalan.
“Ya Allah…apa masalah dia ni?.” Kepalanya digaru kuat,
sakit jiwa melayan lelaki yang moodnya tak pernah tetap macam lalang, sekejap
kesana…sekejap kesini.
“Aisy tunggulah.” Jerit Iman bila melihat lelaki itu
semakin menjauh.
Aisy mahupun Iman, masing-masing tidak bersuara,
masing-masing mengambil sikap berdiam diri, memaksa diri melayan celoteh dj
radio yang rancak memutarkan lagu-lagu jiwang yang mampu meruntun jiwa.
Iman memandang Aisy dari ekor mata, lelaki itu kelihatan
tenang memandu namun wajahnya jelas kelihatan sedikit terganggu. Iman mengetap
bibir, berkira-kira bagaimana mahu memecahkan kesenyapan antara mereka.
“Kalau kau tak cakap…macam mana aku nak tahu salah apa
yang aku buat, cuba cakap terus terang.” Akhirnya terbit bicara dari bibir
Iman.
“Aisy tolong la…say something.” Ujar Iman, lengan lelaki
itu disentuh.
“Boleh tak kalau kau diam, jangan nak membebel…bingit
telinga aku tau tak.” Marah Aisy, Iman membulatkan mata,
“Aku cakap baik-baik…yang kau nak melenting ni kenapa?.”
Tanya Iman, berkecil hati dengan cara lelaki itu bercakap dengannya.
“Lain kali boleh tak belajar cara nak jaga perasaan
orang, jangan main cakap ikut sedap mulut je.” Ujar Aisy, tegas bunyinya.
“Aku tak faham…kau nak bagitau apa sebenarnya?.” Tanya
Iman, Aisy menekan break mengejut sehinggakan Iman terdorong kedepan, nyaris
dahinya terhantuk pada cermin kereta.
“Kalau ya pun marah, jangan la sampai nak membunuh
orang.” Tegur Iman, lemah semangatnya. Aisy berpaling, mengadap gadis itu.
“Lepas ni aku tak nak tengok kau bermesra dengan doktor
Aiman lagi.” Ujar Aisy, tegas. Iman mengangkat kening.
“Apa kena-mengena pulak dia dalam masalah kita ni, cuba
cakap terus terang. Aku kadang-kadang tak faham bahasa kiasan ni.” Aisy menarik
nafas panjang, riak pada wajah Iman cuba dibaca, samaada dia pura-pura tidak
faham atau memang sengaja tak nak faham.
“As your future husband….aku tak nak tengok kau dengan
doktor Aiman rapat macam yang kau buat siang tadi. As a friend and co-worker,
aku memang tak ada masalah tapi kalau dah melibatkan hati dan perasaan, aku tak
akan benarkan.” Ujar Aisy, serius. Ketawa Iman meledak, menggegarkan suasana.
“Kau moody dengan
aku ni….sebab tu jer, tolong la Aisy….tak sesuai langsung dengan imej kau. Aisy
yang aku kenal, tak kisah pun dengan siapa aku nak berkawan hatta nak bercinta
sekalipun….dia tak pernah peduli dengan kehidupan peribadi aku.” Ujar Iman,
ketawanya masih belum berhenti.
“Dan untuk peringatan kau kan…aku ni Iman…bukan Yuli,
jadi tolong jangan berubah jadi pakwe
dia depan aku…just jadi diri kau yang aku kenal selama ni.” Ujar Iman lagi,
Aisy tersenyum sinis,
“Kau cakaplah apa yang kau nak cakap…tapi tolong setkan
dalam kepala otak kau tu….aku serius dengan apa yang aku kata, jangan sampai
aku guna kuasa veto aku…susahkan hidup dia.” Ugut Aisy, dah mula nak tunjuk
kuasa Nampak. Ketawa Iman mati, riak wajah Aisy langsung tak menunjukkan yang
dia bergurau.
“Jangan la serius sangat, takut aku.” Ujar Iman, dia
memang tak suka dengan sisi baru Aisy yang dilihatnya hari ini, sungguh dia tak
suka, serius yang amat, rasa macam sekejap lagi lelaki akan bertukar jadi
warewolf.
“I’m not kidding Iman…jadi jangan perlekehkan apa yang
aku kata.” Ujar Aisy, dia kembali meneruskan pemanduan dan Iman disebelah diam
tak berkutik.
“Jangan mesra sangat dengan lelaki lain, jangan sampai
mereka fikir kau bagi mereka harapan pulak.” Ujar Aisy lagi, lembut tapi penuh
ketegasan.
“Better beware Iman, jangan sampai dia kotakan kata-kata
dia…jangan cari nahas, gelap masa depan nanti.” Bisik hatinya, air liur
ditelan, rasa macam kulit kayu manis…pahit.
Novel yang hendak dibacanya tadi dibiarkan terdampar
diatas katil, kata-kata Aisy tadi benar-benar mencuri tumpuannya, entah kenapa
dia merasakan lelaki itu bukan lagi lelaki yang dia kenal sebelum ini, macam
pelik je.
“Kenapa dengan dia tu sebenarnya…buang tabiat ke atau
dah tak waras. Takkanlah sebab aku mesra dengan Aiman, Khairil dan Badrul, dia
nak marah, mengamuk…macam tak masuk akal.” Bisiknya perlahan.
“Entah-entah dia cemburu kot, tu pasal nak naik angin
tak tentu pasal…” Hatinya bercanda.
“Hish, jangan mengarut la Iman, tak ada maknanya si
jerangkung tu nak cemburu…aku bukannya makwe dia. Hurm…mungkin dia tengah
stress kot, bersangka baik Iman…jangan sebarkan fitnah, tak baik..berdosa.”
Nasihat hatinya, dia mengangguk.
“Tak mungkinlah dia maksudkan dengan apa yang dia kata,
nak gertak aku je tu.” Ujar Iman, ingin menyedapkan hati.
Bunyi ketukan pada pintu mematikan ingatannya pada
peristiwa tadi, sebaik pintu ditolak kedalam, terjengul wajah Amanda dengan
senyum manisnya, baru balik dating la tu.
“Kau tak tidur lagi?.” Tanya Amanda, Iman mengangkat
keningnya.
“Baru balik dating la tu.” Amanda tersengih.
“Keluar makan and tengok wayang….dah lama tak date,
rindu.” Iman mencemik, nak termuntah. Amanda pantas melabuhkan punggungnya
disebelah Iman, memaksa gadis itu menginjak sedikit ketengah.
“Iman…doktor Rayyan tu macam pelik je kan hari ni.” Iman
mengecilkan matanya, agak pelik dengan pertanyaan Amanda.
“Pelik? pelik macam mana…aku tengok dia macam biasa je.”
Ujar Iman, Amanda menggeleng.
“Tak…hari ni dia lain, lain sangat. Serius aku cakap,
aku tak pernah tengok dia seserius macam tu masa kita makan kat kafe siang
tadi. Selalunya dia Nampak macam tak kisah je bila kita makan dengan Aiman ke
atau mana-mana doktor lelaki yang lain tapi hari ini aku tengok dia macam nak
telan orang, risau gila aku.” Ujar Amanda, Iman menelan air liur….takkanlah
Amanda pun perasan.
“Tak adalah…aku tengok dia ok je.” Ujar Iman, menidakkan
kata-kata Amanda.
“Ya ke?.” Tanya Amanda, tak yakin. Iman mengangguk.
“Kalau dia tu pelik macam yang kau kata, dah
tentu-tentulah dia cakap lembut dengan aku tapi tak pun…kitaorang
bergaduh macam biasa jugak.” Ujar Iman, mahu terus mematahkan hujah Amanda yang
sedikit sebanyak membuatkan dia jadi tak keruan.
“Mungkin perasaan aku je kot, silap tafsir.” Ujar
Amanda, Iman pantas mengangguk, mengiakan.
“Oklah aku keluar dulu…nak mandi lepas tu tidur.” Amanda
bangkit sebelum berlalu, Iman menarik nafas lega bila saja pintu biliknya
tertutup rapat.
“Hish si Amanda ni…elok-elok aku nak belajar lupakan
peristiwa tadi, dan-dan dia buka balik topik tu, nasib baik aku bijak..kalau
tak, haru.” Bisiknya perlahan, dada diurut lembut, lega.
Aisy merenung syiling, kosong, sama seperti fikirannya.
Sesekali dia mengeluh, semuanya serba tak kena. Entah kenapa hatinya sakit bila
melihat kemesraan Iman dan Aiman walaupun dia tahu, mereka sekadar berkawan.
Kepalanya yang sakit, dipicit perlahan. Dia bingkas bangun, duduk bersandar
dikepala katil sambil merenung jauh keluar tingkap.
“Apalah yang tak kena dengan aku hari ni, kenapa aku
marah sangat bila tengok dia dengan Aiman mesra….takkanlah aku ni dah gila. Oh!
tolong la Aisy, jangan mengaku yang kau ni dah jatuh cinta dengan budak tiga
suku tu…please, I’m bagging u.” Bantah hatinya, Aisy mengeluh lagi.
“Iman…Iman…ayat pengasih apalah yang kau amal ni sampai
aku jadi tak betul hari ni.” Bebel Aisy sendiri, dia bangun dan menuju ke
tingkap.
Aisy memejamkan matanya, berfikir sedalamnya, satu
keputusan perlu dibuat untuk dia segera menyelesaikan masalah hati yang kian
menjerat diri. Dia tidak mahu terus terperangkap dalam bebanan emosi yang tak
berkesudahan.
“Apa aku nak buat ni? Pilih dia yang jadi pilihan nenek
dan mama atau terus berkeras dengan pilihan sendiri? Tapi sanggup ke aku nak
hampakan harapan mereka? Arghhh, peningnya kepala.” Jerit Aisy kuat tapi taklah
sampai satu rumah boleh dengar.
“Tapi kalau difikirkan balik, tak salah aku cuba dan
ambil risiko. Lagipun nenek dengan mama takkan pilih orang yang mereka rasa tak
mampu bahagiakan aku Cuma masalahnya, boleh ke budak tiga suku tu bahagiakan
aku kalau hari-hari kerjanya asyik nak cari gaduh je dengan aku…hurm, susahnya
hidup.” Bebel Aisy lagi, dia kembali ke katil, berbaring dan menarik selimut,
malas dia hendak serabutkan kepalanya lagi, lebih baik tidur dan sambung
bermimpi.
sambung lg...best ar citer ni...
BalasPadamsalmi fasliena...
BalasPadamtamat di blog sehingga bab 29 sahaja...sedang dalam proses untuk menyiapkannya sebelum dihantar untuk penilaian...
apapun tq sbb sudi luangkan masa membaca, follow n komen.
Alooo..mknenye x lme lg nvl nie akn terbitkn ke?
BalasPadamPrincess azzahra zahra...
PadamInsyaallah jika ada rezeki
Alooo..mknenye x lme lg nvl nie akn terbitkn ke?
BalasPadam