Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Selasa, 3 Mac 2015

Tawanan Cinta 5



BAB 5


Keropok kentang Mr. Potato dikunyah satu persatu, matanya langsung tidak beralih dari kaca tv. Drama bersiri Korea, Brain sedang rancak bersiaran. Dia bangun bila kedengaran pintu diketuk. Sebaik dibuka, terjengul wajah budak penghantar pizza. Selesai membayar harga dan kos penghantaran, dia menutup pintu dan menguncinya.
”Manda.....pizza dah sampai.” laung Iman.
”Kejap lagi aku keluar,  jangan makan dulu.” pekik Amanda, sayup-sayup. Iman menggeleng, tak lain tak bukan...bergayut dengan Jason la tu.
Iman berlalu ke dapur, sebentar kemudian dia kembali semula dengan dua biji mug dan sebotol jus durian belanda. Dia duduk bersila dihadapan tv sambil menunggu ketibaan Amanda.
”Lambat lah kau ni, mengalahkan tuan puteri.” Perli Iman, Amanda tersengih. Dia pantas duduk bersila mengadap pizza. Tangannya cepat saja mencapai sekeping pizza lalu disua ke mulutnya.
”Kau kenapa....macam tak berselera je aku tengok. Ada masalah ke?.” Tanya Amanda, jarang dia melihat wajah sahabatnya itu muram. Iman mengangguk.
”Masalah hati...” ujar Iman geram. Amanda teruja, Susah nak dengar Iman berbicara soal hati.
”Aik.....dah jatuh cinta ke, kawan baik aku ni. Siapalah agaknya jejaka bertuah tu ye?.” usik Amanda. Iman mendengus kasar.
”Jatuh cinta ke apa.....hati aku ni dah macam kena hiris dengan pisau kau tahu tak. Dah jadi berlapis-lapis, macam sushi.” ujar Iman. Amanda ketawa.
”Ini mesti pasal mamat yang muka hensome macam John Loyd Cruz tu kan.” teka Amanda. Iman menutup telinganya, sakit hati mendengar nama itu.
”Boleh tak kalau kau jangan sebut nama jerangkung tu, menanah telinga aku tau tak. Nanti tak pasal-pasal kena operate.” ujar Iman. Pizza ditangannya digigit rakus, ibarat ketika ini dia sedang meratah daging Aisy si jerangkung.

”Lor...ada ke aku sebut nama dia tadi, tak ada kan...aku Cuma kata mamat yang muka macam John Loyd Cruz, itu je.” Ujar Amanda, Iman mengecilkan matanya, marah benar dia.
Amanda mengangkat tangannya, dia ’mengunci mulut’. Tidak mahu berbicara tentang hal itu lagi, tidak mahu hati Iman terus sakit.
”Ok.....ok.....aku tak cakap lagi pasal dia, sebut pun tak. Kita sambung tengok cerita ok” ujar Amanda, Iman tersenyum. Lega kerana Amanda cukup memahami. Mereka menumpukan perhatian pada drama korea ’Brain’ yang sedang ditayangkan di kaca tv.




Meja makan besar di ruang  makan banglo mewah milik Datuk Adham dan Datin Munirah kelihatan penuh dengan pelbagai juadah yang menyelerakan. Masing-masing tidak sabar untuk menikmati hidangan.
”Kenapa Iman tak datang?.” tanya Datin Munirah.
”Dia penat sikit mama, banyak kerja katanya.” ujar Ilyana, mencipta alasan.
”Sibuk macam mana sekalipun, kesihatan nak jaga jugak. Nanti kalau jatuh sakit macam mana.” ujar Datin Munirah lagi.
”Dia tu degil la mama, susah nak dengar cakap orang.” ujar Amirul. Ilyana mengangguk, setuju dengan kata-kata suaminya itu.
”Itulah...elok-elok duduk sini nak pindah.” ujar Datin Munirah.
”Ala mama bukan tak tahu Iman tu, mana betah duduk kat rumah ni. Karang tak pasal-pasal perang meletus pulak.” ujar Amirul, matanya menjeling kearah Aisy.
”Eh..eh...tak pasal-pasal aku pulak yang terbabit, bukan salah aku pun dia nak keluar dari rumah ni.” Omel Aisy dalam hati, masam wajahnya.
”Biarlah dia....nak merasa hidup bebas kat luar. Lagipun dia kan tinggal dengan Amirul dan Yana. Nanti bila sampai masanya, balik juga dia kesini.” ujar Datuk Adham. Datin Munirah tersenyum, tak sabar menunggu saat itu.
”Lepas ni Iman nak buat apa, dah tau kat mana dia kena posting?.” tanya Datuk  Adham lagi.
”Dia dapat kerja kat Amethyst Specialist Hospital papa....kerja sambil belajar.” ujar Ilyana.
”Wah...bagus tu. Sambung lagi, lepas ni dalam keluarga kita ada dua doktor pakar la.” ujar Datuk Adham lagi, Datin Munirah mengangguk. Dia gembira mendengar berita itu.
”Alhamdulillah...lega mama bila dengar Iman kerja dekat Amethyst, boleh la Aisy tengok-tengokkan Iman tu, risau mama kalau dia kena buli ke apa.” Ujar Datin Munirah, Ilyana ketawa, kalau kena buli pun bukan dengan orang lain, bakal suami sendiri juga.
Aisy yang sedari tadi hanya menjadi pendengar setia, mencemik, benci mendengar pujian melangit tinggi papa dan mamanya pada budak tiga suku tu. Paling dia tidak suka bila dirinya digandingkan dengan Iman.
”Apalah hebat sangat budak tiga suku tu, papa dengan mama ni, tak habis-habis nak gandingkan aku dengan dia, benci betul la.” bisik hati kecil Aisy.
”Eh.... Aisy, kenapa diam je?.” tanya Datin Munirah. Aisy melemparkan senyumannya.
”Saja ma...... Aisy tak ada cerita nak kongsi, so jadi pendengar je lah.” ujar Aisy. Ilyana tersenyum, dia tahu Aisy tidak menyukai bila mereka asyik memuji Iman.
”Kamu dah bincang dengan Iman pasal tarikh perkahwinan kamu, jangan nanti nenek yang uruskan pulak.” ujar Datin Munirah. Aisy menggaru kepalanya.
”Nantilah Aisy cakap dengan dia, tak ada masa nak borak panjang lagi. Mama bagitau nenek, sabar sikit.” ujar Aisy.
”Macam mana nak ada masa, kalau jumpa saja bercakar macam anjing dengan kucing. Bila masa nak duduk berborak kalau bertentang mata pun, dah macam nak ke medan perang.” ujar Datin Munirah, Datuk Adham dan Amirul ketawa.
”Biarkan mereka yang tentukan masa yang sesuai mama, kita tunggu sajalah. Kalau dah jodoh, takkan lari kemana, last-last bersatu jugak.” Pujuk Ilyana, Aisy tersenyum sambil memberikan isyarat bibir, mengucapkan terima kasih. Ilyana mengangguk, dia sebenarnya kasihankan Aisy yang kelihatan tertekan dengan permintaan keluarga mereka.
”Amethyst ya.....aku tahu apa yang aku perlu buat, nantilah kau. Aku akan pastikan lepas ni kau takkan berani melawan aku lagi.” ujar Aisy berlahan. Dia meneruskan suapannya. Senyuman sinis terukir megah dibirai bibirnya.
Selesai menikmati hidangan, Aisy meminta diri. Dia mahu keluar berjumpa dengan kawan-kawan lamanya. Rasanya sejak dia balik, dia masih belum berpeluang untuk keluar dengan mereka.




Enjin kereta dihidupkan, Aisy mencapai handphonenya lalu mendail nombor seseorang. Otaknya ligat merangka satu rancangan, dia pasti Iman akan terperanjat besar bila mendapat tahu berita itu.
”Hello....Amsyar, Aisy Rayyan here. I need u to do something for me.” ujar Aisy.
”Boleh Doktor Rayyan, just say it.” ujar Amsyar.
”I need u to send me a detail about Dr. Sara, doktor baru yang akan laporkan diri bulan depan.” ujar Aisy.
”U mean Dr. Nur Iman Qaisara?.” tanya Amsyar.
”Yes...that one.” ujar Aisy, yakin.
”Ok....i send it to ur email now, lagipun saya masih ada kat pejabat lagi ni.” ujar Amsyar.
”Thanks.” ujar Aisy sebelum mematikan perbualannya. Dia tersenyum lagi. Keretanya terus dihalakan keluar dari perkarangan banglo menuju ke pusat bandar.




Iman dan Amanda, terbaring kekenyangan, masakan tidak sekotak besar pizza habis dimakan oleh mereka berdua. Masing-masing kelihatan seperti ular sawa. Iman dan Amanda saling ketawa bila melihat keadaan masing-masing, kalaulah kak Yana melihat mereka begini pasti telinga mereka dipulas.
”Aku lupa nak bagitau la Manda, ada berita baik.” ujar Iman.
”Pasal apa?.” tanya Amanda tidak sabar, Iman tersenyum.
”Cuba teka”  Amanda diam, berfikir sejenak.
”Errr...kau nak kawin?.” Iman mencemik.
”Bukan la....yang ni tak ada kena-mengena dengan hidup aku.” Omel Iman, Amanda menggaru kepalanya.
”Kau cakap jelah...aku dah tak boleh nak fikir.” Ujar Amanda, malas. Iman mengeluh, cepat sangat mengalah.
”Kak Yana nak dapat baby tak lama lagi.”  ujar Iman ceria.Amanda bangkit dari pembaringan, matanya memandang tepat anak mata Iman.
”Betul ke ni?kau tak main-main kan.” tanya Amanda. Iman menggeleng. Amanda bertepuk tangan. Gembira bukan kepalang bila mendengar berita itu, hari yang dianggap cukup bertuah kerana mereka menerima 2 berita baik dalam satu hari yang sama.
”Lepas ni....kita sama-sama jaga kak Yana. Kitakan bakal doktor, bagus juga ada pesakit kat rumah ni, boleh praktis.” ujar Amanda.
”Hish kau ni....kau ingat kak Yana tu katak ke, nak buat ujikaji.” marah Iman. Amanda ketawa.
”Maksud aku.....sebagai pelajaran pertama sebelum kita bergelar doktor pakar yang bertauliah.” ujar Amanda. Iman mengangguk, betul jugak kata Amanda.
”Kiranya sekarang ni kita doktor pakar yang tak bertauliah lagi la ya.” perli Iman. Amanda mengangguk.
”Aku dah tak sabar nak bergelar seorang doktor, aku nak buktikan yang aku memang layak bergelar seorang doktor.” ujar Iman. Amanda pelik.
”Siapa pulak yang kata kau tak layak ni?.” tanya Amanda lembut.
”Si jerangkung tu la, kau tahu petang tadi aku terserempak dengan dia kat hospital, apa lagi hangin la satu badan. Suka suki dia je nak kata yang aku ni tak layak jadi doktor.” ujar Iman geram.
”Dah tu kenapa kau tak sound je dia.” ujar Amanda.
”Dah direct lagi....aku suruh dia pergi check otak dia, takut kalau dia ada penyakit gila.....tak siuman.” ujar Iman selamba. Amanda ketawa besar. Dia dapat membayangkan bagaimana perang antara mereka berdua tercetus.
”Bila lah korang berdua nak berbaik ni ha?.” tanya Amanda. Jari telunjuk Iman berdiri tegak sebelum bergoyang kekiri dan kanan.
”Perkataan berbaik tu tak akan wujud dalam kamus hidup kitaorang tau, dah ditakdirkan yang aku dengan si jerangkung tu, musuh ketat.” ujar Iman. Amanda menggeleng.
”Tapi sampai bila....korang kena ingat yang korang tu satu keluarga.” ujar Amanda. Iman mencemik.
”Aku tak kawin dengan dia ok. Jadi secara automatiknya aku dengan jerangkung tu tak ada sebarang hubungan.” ujar Iman.
”Tapi mereka tak fikir macam tu. Lagipun mereka semua dah anggap kau macam menantu,  kan.” ujar Amanda. Iman menggeleng.
”Oh tidak......ianya takkan mungkin terjadi. ” ujar Iman, marah.
”Macam mana kau berkata tidak sekalipun, kau tetap kena kawin dengan dia.” ujar Amanda.
”Mati berdiri la aku kalau aku kawin dengan dia....dia punya perangai kalau baik macam abang Amirul tak pe lah jugak, ini tak....perangai mengalahkan setan.” ujar Iman. Geram, sakit hati semuanya bersatu dalam jiwa. Amanda mencemik, yang bercakap tu pun apa kurangnya, dua kali lima jugak.
”Tak baik kau cakap dia macam tu tau.” ujar Amanda. Iman mengecilkan matanya.
”Yang kau ni bela dia kenapa, kau syok kat dia yek.” tanya Iman, curiga. Amanda memuncungkan bibirnya.
”Gila kau.....Jason aku tu nak campak kat mana?.” tanya Amanda. Iman tersenyum.
”Tak payah campak kat mana-mana, bagi jer kat aku.” ujar Iman dengan selamba membuatkan Amanda tanpa berfikir terus melepaskan cubitan kecil dilengan Iman.
”Aduh....sakit lah.” ujar Iman, dia menggosok lengannya yang sedikit merah, kesan cubitan Amanda.
”Padan muka...siapa suruh kau merepek yang bukan-bukan.” ujar Amanda. Iman memuncungkan mulutnya.
”Gurau pun nak ambil hati, kau ni.” ujar Iman.
”Lain kali jangan bergurau pasal bab tu lagi. Aku ni sensitif tau bila melibatkan Jason.” ujar Amanda.
”Sayang sangat kat Jason dia tu.” sindir Iman.
”Mestilah.” ujar Amanda sambil tersenyum. Iman berpura-pura ingin muntah, dia membuat isyarat menjolok tangannya ke dalam mulut. Amanda ketawa kecil.
Penat berbual akhirnya mereka tertidur diruang tamu lantaran terlalu lama menunggu kepulangan Ilyana dan Amirul. Bunyi nada message yang masuk mengejutkan Iman, dia mencapai handphonenya lalu menekan butang dan membaca message yang tertera.
”Manda bangun, tido kat dalam bilik....kak Yana tak balik.” ujar Iman, dia turut bangun, menghala ke pintu untuk memastikan semuanya berkunci sebelum masuk ke bilik.

Tawanan Cinta 4



BAB 4
           

Iman dan Amanda berpelukan sesama sendiri. Tangisan kegembiraan menitis di pipi mereka, keluhan lega dihela, tak perlu lagi risau memikirkan kemana mereka akan dicampakkan selepas ini. Pandangan mata mereka beralih ke arah pensyarah dihadapan mereka.
            “Betul ke Dr. Syafikah.....Doktor tak main-main ni.” Ujar Amanda, meminta kepastian. Perempuan separuh umur itu mengangguk.
            ”Kenapa pulak saya nak main-main. Lembaga pengarah hospital dah setuju untuk menawarkan awak berdua bekerja disini. Lagipun prestasi awak berdua bagus, sepanjang awak melakukan praktikal disini, tak ada sebarang rungutan dari pesakit yang kami dengar atau terima.“ Ujar Doktor Syafikah. Iman dan Amanda tersenyum dan mengangguk.
            “Mestilah…kitakan buat kerja dengan penuh kasih sayang.” Bisik Iman ke telinga Amanda membuatkan gadis itu ketawa kecil.
            “Atas saranan saya juga.…mereka turut menawarkan awak berdua untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana.” Ujar Doktor Syafikah lagi. Iman dan Amanda menekup mulut, macam tak percaya dengan apa yang mereka dengar.
            ”Serius doc?.” Tanya Amanda, wanita itu mengangguk sambil tersenyum.
            ”Alhamdulillah....terima kasih Doc.” Ujar Iman, ucapan syukur tidak putus-putus bergema dalam hatinya, betapa besarnya rezeki yang Allah kurniakan buat mereka.
            ”Bila  kami boleh mula kerja?.” Tanya Iman tidak sabar.
            ”Bulan depan, in sya allah.” Iman dan Amanda mengangguk, jika dicongak, ada kira-kira tiga minggu lagi. Mereka terus keluar setelah mengucapkan terima kasih.
            ”Tak sangkakan impian kita jadi kenyataan secepat ni.” Ujar Amanda, Iman mengangguk.
            ”Inilah yang dinamakan rezeki.” Ujarnya, Amanda mengangguk setuju.
            ”Aku nak balik dan bagitau Kak Yana pasal hal ni. Seronoknya....tak sabar aku nak mula kerja.” Ujar Iman. Amanda mengangguk.
            ”Aku nak pergi bagitau Jason jugak ni. Kita jumpa kat rumah nanti.” Ujar Amanda lalu pergi.




 Iman melonjak kegembiraan, gembira bila impiannya menjadi kenyataan. Bergelar seorang doktor, itu adalah kebanggaannya.  Dia berpusing-pusing sehingga dia tidak menyedari yang dia sudah melanggar seseorang.
            ”Maaf.....saya tak sengaja.” Ujar Iman. Dia mendongak. Sebaik terpandang wajah lelaki itu, kemarahannya meletup, memercikkan api membakar hati.
            ”Kau????.” Ujar mereka serentak.
            ”Apa yang kau buat kat sini?.” Tanya Iman. Aisy tersenyum sinis.
            ”Sepatutnya aku yang tanya kau.” Balas Aisy. Dia melihat penampilan gadis dihadapannya sekilas.
            ”Oh.....bakal doktor rupanya. Tak sangka perempuan gila macam kau ni layak jugak jadi doktor.” Sindir Aisy.
            ”Wah! Suka suki kau je yek cakap aku gila. Kau ingat kau tu bagus sangat.” Ujar Iman, meluat.
            ”Memang aku bagus apa, kalau tak..... takkan aku boleh belajar sampai keluar negara.” Ujar Aisy bangga. Iman menahan marah, dia beristifar beberapa kali.
            ”Ya Allah.....kurniakanlah aku kesabaran yang tinggi.” Doa Iman dalam hati. Iman memeluk tubuh, wajah Aisy dipandang atas bawah, menilik lelaki itu seimbas.
            ”Aku rasa kau ni ada masalah otak.....nak aku tolong checkkan otak kau tu..” Ujar Iman, menyindir. Aisy mengangkat kening,
            ”Tak payah.....yang patut betulkan otak tu bukannya aku tapi kau.” Ujar Aisy pula, dahi gadis itu ditunjal dengan jari telunjuknya. Iman tidak dapat menahan marahnya lagi, lelaki ini sudah lebih.
            ”Baik kau blah dari sini.....orang macam kau ni tak dialu-alukan datang ke hospital ni.” Halau Iman. Aisy melirik senyuman, dia melangkah perlahan menghampiri gadis itu membuatkan Iman berundur setapak.
            ”A..a..apa kau nak buat ni?. Jangan, nanti aku jerit.” Ujar Iman. Aisy ketawa. Penakut jugak rupanya, desisnya.
            ”Bukan aku tapi kau.....kau tak kenal lagi siapa aku Iman, jangan cuba nak bermain dengan api, nanti terbakar diri.” Ujar Aisy. Iman menolak tubuh Aisy menjauhinya, sikitpun dia tidak menunjukkan riak takut dengan ugutan lelaki itu.
            ”Aku dah terlebih kenal dah, luar dalam kau semua ada dalam poket aku. Setakat api.....apalah sangat, meriam buluh pun aku berani main la.” Ujar Iman, sengaja membakar hati lelaki itu.
            ”Kau jangan cabar aku Iman...nanti menyesal tak sudah.” Ugut Aisy, Iman tersenyum sinis.
            ”Ada aku kisah.....bukannya hospital ni kau punya pun.” Ujar Iman berani, sungguh dia lupa. Aisy tersenyum sinis. Iman menolak lelaki itu ketepi lalu melangkah pergi dengan perasaan marah.
            Aisy mengetap bibirnya, dia melangkah laju menuju ke bahagian pentadbiran. Iman harus sedar dengan siapa dia berdepan. Dia bukan seperti Amirul yang boleh menerima sikap Iman dengan mudah.
            ”Taulah nasib kau nanti. Aku akan tunjukkan siapa aku dan siapa kau yang sebenarnya. Tunggu jelah.” Ujar Aisy, dia tersenyum sinis.




            Iman berlari menuju ke dapur sambil menjerit memanggil nama kakak kesayangannya, kelam kabut dia menanggalkan kasut sebelum dicampak ketepi. Ilyana yang sedang sibuk memasak tergamam dengan kehadirannya. Dia mencium pipi Iman, sebagai tanda kasih.
            ”Kenapa kelam kabut sangat ni, Amanda mana?.” Tanyanya, Iman tidak memperdulikan pertanyaan itu, ada perkara yang lebih penting yang mahu dikongsi dengan Ilyana.
            ”Iman ada berita baik nak kongsi dengan Kak Yana.” Ujar Iman.
            ”Iya..Kak Yana pun sama.” Kening Iman terangkat, Ilyana tersenyum.
            ”Iman cakap dulu ya.” Ujar Iman. Ilyana mengangguk.
            ”Iman..dah..dapat..kerja.” Ujar Iman dengan gembiranya. Ilyana terus memeluk adik kesayangannya itu sambil mengucapkan tahniah.
            ”Alhamdulillah...Kak Yana happy sangat.” Pipi Iman dicium lembut.
            ”Bukan tu je.....Iman jugak ditawarkan untuk menyambung pelajaran dalam peringkat sarjana.” Ujar Iman lagi.
            ”Bagus la macam tu......Kak Yana bangga dengan Iman.” Ujar Ilyana. Iman mengangguk, tak cakap pun dia tahu.
            ”Ok.....sekarang giliran Kak Yana pulak.” Ujar Iman.
            ”Insyallah tak lama lagi...Iman akan dapat anak buah.” Ujar Ilyana. Iman menekup mulutnya, dia bagaikan tidak percaya mendengar kata-kata Ilyana.
            ”Betul ke ni?. Wah..bestnya. Bila due?.” Tanya Iman bertubi-tubi. Ilyana ketawa mengenangkan sikap adiknya itu.
            ”Insyallah bulan 8 tahun depan Iman akan dapat anak buah yang comel, macam Iman.” Ujar Ilyana. Iman mengangguk, tidak sabar rasanya mahu memeluk si kecil itu. Senyuman yang mekar tiba-tiba mati membuatkan Ilyana kehairangan.
            ”Kenapa ni, tiba-tiba mood berubah...ada masalah?.” Tanya Ilyana. Iman mengeluh, dia mencapai gelas lalu menuangkan air sebelum meneguknya perlahan.
            ”Gaduh dengan Aisy?.” Teka Ilyana. Iman mencemik, benci bila nama itu disebut.
            ”Iman tak tahu apa masalah Jerangkung tu, suka sangat sakitkan hati Iman.” Ujar Iman.
            ”Apa lagi yang Aisy dah buat?.” Tanya Ilyana, lembut.
            ”Dah la semalam dia cakap Iman gila, lepas tu hari ni....bila jumpa dia kat hospital, dia boleh pertikaikan kelayakan Iman sebagai seorang doktor, ada ke patut. Sudah la tu, berlagak nak mampus. Mentang-mentang la dia belajar kat luar negara, dia ingat dia hebat sangat.” ujar Iman, meluahkan rasa tidak puas hatinya.
”Bukan Iman tak nak pilih universiti kat oversea tu, universiti tu yang tak nak pilih Iman....nak buat macam mana.” ujar Iman lagi. Ilyana ketawa.
”Bila Iman boleh mula kerja?.” tanya Ilyana, sengaja mengelak dari terus berbicara tentang Aisy.
”Bulan depan. ” ujar Iman. Ilyana mengangguk, dia meneruskan kerjanya semula.
”Pukul berapa Kak Yana nak pergi rumah mama?.” tanya Iman.
”Awal sikit, sebelum maghrib. Boleh tolong apa yang patut.” ujar Ilyana, Iman mengangguk.
”Kenapa....Iman nak ikut?.” tanya Ilyana. Iman cepat-cepat menggeleng.
”Tak kuasa.....nanti tak pasal-pasal, perang dunia ketiga pulak yang meletus. Baik Iman duk rumah, tengok tv lagi baik.” ujar Iman. Ilyana mengeluh.
”Ikut suka Iman la, Kak Yana tak nak paksa. Tapi kalau Iman ubah fikiran nanti, ajak Manda sekali.” ujar Ilyana. Iman mengangguk, dia berlalu biliknya meninggalkan Ilyana dengan tugas memasaknya.

Rabu, 10 Disember 2014

Tawanan Cinta 3



BAB 3
           

Iman asyik menyanyi sambil menyiram pokok bunga, bab-bab menanam dan menjaga pokok bunga ni memang dia gagal, tapi kalau bab-bab bertukang, dialah yang paling pakar. Sebut saja apa benda yang perlu dibaiki, pasti dia akan melakukannya dengan senang hati.
“Macam manalah kak Yana ni boleh jaga pokok bunga yang kembang setaman ni dengan baik, kalau boleh kat aku...memang sah-sah tak sempat berbunga.” Bisik Iman perlahan, sedikit demi sedikit air yang tersedia didalam baldi dicebok lalu disiram.
“Sebab tangan kau tu tak ada sentuhan seni, tak penuh dengan kasih sayang...sebab tu pokok bunga tak pernah lekat dengan kau.” Ujar Amanda, Iman mencemik.
“Cakap orang...kau tu pun sama jugak. Setakat tanam pokok kektus, aku pun boleh.” Ujar Iman, Amanda ketawa.
“Sekurang-kurangnya pokok kektus tu hidup jugak, siap berbunga lagi.” Iman menjelirkan lidahnya.
Iman berhenti sejenak bila terdengar enjin kereta yang begitu dikenalinya, kepalanya dijenguk ke bawah, sebaik pandangan matanya singgah kebawah, dia cepat berganjak kebelakang.
            “Si Jerangkung ni buat apa lagi datang sini. Dia ni agaknya memang tak tahu bahasa melayu kot. Tak boleh jadi ni, aku kena buat sesuatu.” Bisik Iman perlahan. Dia ligat mencari idea. Tiba-tiba matanya terpandang baldi air ditepi balkoni. Iman tersenyum, idea jahat mula menguasai fikirannya.
            ”Selamat berhujan...” Jerit Iman perlahan. Air yang bercampur dengan tanah terus mencurah tepat diatas kepala Aisy, membuatkan lelaki itu tidak sempat mengelak, sudahnya dia dibasahi air lumpur.
            ”Hoi....buta ke....Kau keluar sekarang kalau berani.” Jerit Aisy. Iman menekup mulutnya menahan ketawa, terasa mahu berguling-guling, gelihati mendengar lelaki itu menjerit marah.
            ”Padan dengan muka kau....siapa suruh cari pasal dengan aku semalam, kan tak pasal- pasal dah kena mandi air lumpur.” Iman bersuara perlahan, senak terasa perutnya kerana terlalu banyak ketawa.
            ”Muka hensome-hensome dah bertukar jadi orang lumpur, tu la...siapa suruh datang sini. Elok-elok mood aku pagi-pagi ni, baik...dah spoil.” Ujar Iman, kepalanya digeleng berkali-kali.
            ”Kau ni kenapa...ketawa macam orang hilang akal, gila?.” Tegur Amanda, Iman mengangguk.
            ”Saja...aku terasa nak buat senaman mulut. Ketawa kan bagus untuk hilangkan stress.” Ujar Iman, ketawanya masih belum berhenti, sesekali dia menjenguk kebawah, memerhatikan Aisy yang masih tercegat disitu membebel.




Aisy mengetap bibirnya marah. Baju kemejanya yang berwarna biru, sudah bertukar menjadi warna coklat. Dia mendengus, apalah malang nasibnya hari ini, sudahlah dia perlu menghadiri meeting pertamanya sebentar lagi, tak pasal-pasal masanya terbuang, balik semata-mata untuk menukar pakaian tapi belum sempat dia berlalu meninggalkan kawasan itu, dia berhenti sejenak. Aisy mengangguk, dia berpusing balik. Dia tahu kerja siapa, lengan bajunya dilipat tinggi separas siku.
            ”Woi perempuan gila....kalau kau berani, kau buat lagi sekali, tak payah sembunyi.” Cabar Aisy. Iman mengetap bibir. Tangannya dikepal lalu ditumbuk dinding balkoni rumahnya.
            ”Cepat la...tunggu apa lagi.” Cabar Aisy sekali lagi, cukup untuk menaikkan darah.
”Kau panggil aku perempuan gila ye....siap lah kau.” Ujar Iman perlahan, sekali lagi sebaldi penuh berisi air yang tersedia di balkoni itu menjadi sasarannya. Tanpa menunggu lama, dia terus mengangkat baldi itu dan bersedia untuk mencurahkan air namun dia dikejutkan oleh sapaan Ilyana.
            ”Iman buat apa tu?.” Tanya Ilyana. Iman terkejut, serta merta baldi ditangannya terlepas dan jatuh tepat diatas kepala Aisy menyebabkan lelaki itu tergolek jatuh.
Ilyana menekup mulutnya, dia memandang Iman namun adiknya hanya berlagak selamba. Walaupun hatinya bantai gelak menyaksikan sang hero tergolek akibat panahan sang heroin.
”Ambik kau...sekali tergolek, dah macam pelakon hindustan tengah acting aku tengok. Ni kalau Karan Johar tengok ni, terus sain kontrak berlakon.” Ujar Iman perlahan, pandangan Ilyana dibiarkan. Dia melangkah masuk meninggalkan Ilyana dengan wajah yang selamba macam orang utan yang tak ada perasaan.
”Iman...Iman, saja cari masalah la dia ni.” Ujar Ilyana, kepalanya digeleng, pasti perang dunia ke lima tercetus lagi.




            Aisy bangun, mukanya merah menahan marah, baldi besar yang menutup kepalanya dicampak ketepi. Dia pantas berlari naik menuju ke apartment Amirul. Sebaik tiba dimuka pintu, tangannya lantas mengetuk kuat. Kalau diikutkan hatinya yang sedang membara, mahu saja dia menendang pintu itu dengan telapak kakinya.
Amirul terkejut melihat adiknya kebasahan sebaik sahaja dia membuka pintu. Baru sahaja dia hendak bertanya, pantas jari telunjuk Aisy tegak berdiri. Amirul mematikan suaranya, mulutnya dikunci. Dia mengajak lelaki itu masuk.
            ”Mana perempuan gila tu.” Tanya Aisy membuatkan Amirul terpinga-pinga, tidak tahu siapa yang dimaksudkan adiknya.
            “Kenapa ni...? cuba bagitau abang macam mana boleh basah macam ni?.” Pujuk Amirul, cuba meredakan kemarahan Aisy.
            “Abang tanyalah perempuan gila tu. Berani dia curah air atas Aisy, dia memang nak kena ajar.” Ujar Aisy. Amirul menggeleng, pasti kerja Iman. Kalau bukan Aisy yang mulakan dulu, pasti si Iman yang sengaja cari pasal.
            “Iman bukannya sengaja tu.  Dah la...lupakan aje.” Pujuk Amirul lagi, bahu Aisy digosok lembut.
            “Tak sengaja kata abang.....dia bukannya tak sengaja tapi dia memang sengaja, sengaja nak cari pasal.” Ujar Aisy tidak puas hati. Iman muncul dari dapur dengan gaya ala-ala model antarabangsa sedang melakukan catwalk.
            “Memang.....memang Iman sengaja. Siapa suruh dia cabar Iman.” Ujar Iman selamba tanpa rasa bersalah. Aisy cuba menghampiri Iman namun dihalang oleh Amirul.
            “Asal.....kau nak pukul.....pukul la. Ingat aku takut.” Cabar Iman lagi.
            “Jangan ingat kau perempuan...aku tak berani.” Ujar Aisy, Iman menghantar isyarat mengejek, mahu mendidihkan lagi darah Aisy yang sudah sedia menggelegak.
Aisy berusaha menghampiri Iman namun gagal, Amirul terlebih dahulu memegangnya sementara Iman pula dipegang oleh Ilyana. Masing-masing menggeleng, perangai keduanya macam anjing dengan kucing, bergaduh mengalahkan budak-budak.
            “Sudah la tu.....korang ni, macam budak-budak, cubalah bawak bertenang dan duduk berbincang baik-baik macam orang dewasa.” Marah Amanda, bosan melihat pertengkaran mereka berdua. Masing-masing terdiam mendengar suara Amanda, boleh tahan garangnya. Aisy melepaskan pegangan tangan Amirul, dia berlalu ke pintu.
            ”U will pay for this.” Ujar Aisy sebelum menutup pintu. Iman menjelirkan lidahnya, sikitpun tak takut dengan ugutan lelaki itu. Ilyana dan Amirul mengeluh. Entah apa akan terjadi jika keadaaan berterusan begini.
            ”Boleh...aku bayar pakai air liur, nak banyak mana...secawan, segelas ke sebaldi.” Laung Iman, dia ketawa sendiri. Ilyana dan Amirul menggeleng, pertemuan antara mereka tak pernah ada kesudahan yang baik.
            ”Dia ingat dia tu bagus sangat, ingat muka hensome macam John Loyd Cruz, aku akan terpikat. Huh.....mati hidup semula pun aku takkan buat dia jadi laki aku.” ujar Iman geram, dia berlalu kebiliknya. Puas hati bila dapat membalas segala sakit hatinya semalam.
            ”Jangan cakap sebarangan Iman, nanti makan diri. Kita tak tahu apa yang takdir rancangkan untuk kita.” Laung Amanda dari ruang tamu.
            ”Tak ada maknanya makan diri...makan hati adalah.” Balas Iman, Amanda ketawa. Dia kembali menyambung menonton rancangan dikaca tv.
            ”Hurm...patut ke tak kita ajak dia pergi rumah mama malam esok, tengok gaya tadi macam mustahil je Iman nak ikut.” Ujar Ilyana, pintu bilik Iman dipandang. Amirul tersenyum, bahu isterimya itu dipeluk.
            ”Kita cuba je la ajak, mana tahu terpujuk hati dia bila dengar nama mama.” Ujar Amirul, Ilyana sekadar mengangguk walaupun hatinya tidak yakin tapi tak salah rasanya kalau dia mencuba.




Iman mundar-mandir didalam biliknya, perasaan marah dan geram masih berbaki didalam hatinya walaupun dia berjaya membalas rasa sakit hati yang ditanggungnya semalam. Dia berpaling bila kedengaran pintu biliknya dibuka, terjengul wajah Ilyana dan Amirul.
            ”Boleh kitaorang masuk?.” Tanya Amirul. Iman tersenyum, dia mengangguk. Tangan Ilyana ditarik menghampirinya.
            Ilyana mengusap rambut Iman, satu-satunya penawar hati dalam keluarga mereka. Dia sanggup berkorban apa saja demi kebahagiaan Iman, tapi untuk misi yang mama amanahkan pada dia itu, rasanya dia perlu berfikir seratus kali.
            ”Kenapa ni, kak Yana ada sesuatu nak cakap ke?.” Tanya Iman, pelik bila melihat kakak kesayangannya itu asyik memandang wajahnya sejak tadi.
            ”Malam esok.....mama dan papa ajak kita semua dinner kat sana, kita pergi ya.” Ujar Amirul. Iman mencemik.
            ”Malas ah.....jerangkung tu kan ada kat sana, boleh tersirap darah Iman tau kalau tengok muka dia. Nanti tak pasal-pasal, habis pulak darah dia Iman sedut.” Ujar Iman. Amirul ketawa, namun ketawanya tiba-tiba mati bila terpandang kelingan Ilyana.
            ”Kakak nak ke adik kakak ni jadi raja bersiong?.” Tanya Iman, kening diangkat, sengaja mahu menakutkan wanita itu.
            ”Hish...apa cakap macam tu, merepek.” Marah Ilyana, lengan Iman dicubit lembut membuatkan gadis itu mengaduh sakit.
            ”Tak boleh ke kalau Iman berbaik je dengan  Aisy, kitakan  satu family.” Pujuk Ilyana. Iman menggelengkan kepalanya, dia mengeluh lemah.
            ”Bukan tak boleh.....tapi mustahil. Iman dengan jerangkung tu agaknya dilahirkan dalam tahun anjing dengan kucing kot. Dah memang sejak azali lagi keturunan kitaorang ni bermusuhan.” Ujar Iman, geram bila nama lelaki itu dibangkitkan. Amirul sedaya upaya cuba menahan ketawa, geli hatinya mendengar luahan Iman.
            ”Tapi tak elok kalau kita tak pergi, nanti apa kata mama dengan papa.” Pujuk Ilyana lagi.
            ”La....kak Yana dengan abang Mirul pergi je lah, Iman nanti boleh keluar dengan Manda. Tapi kalau kak Yana sayangkan Iman, tapau la sikit bawa balik.” Ujar Iman.
            ”Habis tak nak pergi la ni.” Tanya Ilyana lagi, Iman mengangguk, yakin dengan keputusannya.
            ”Kak Yana kirim salam sajalah pada mama dan papa, kalau mereka tanya...akak bagi je apa-apa alasan yang dirasakan munasabah.” Ujar Iman, mengharapkan bantuan. Ilyana menggeleng, dia sudah kehabisan cara untuk memujuk hati Iman.
”Tidurlah...dah lewat ni, esok nak ke hospital kan.” Ujar Ilyana, Iman sekadar mengangguk. Perlahan-lahan dia bangun dan mengajak suaminya keluar, tidak mahu mengganggu Iman lagi.
Iman tersenyum, dia bersyukur kerana keluarga Amirul baik dan menerima mereka seadanya tapi disebabkan kehadiran Aisy, dia jadi tawar hati untuk balik kesana lagi. Kalaulah perangai Aisy seperti Amirul, tentu dia tidak akan berkelakuan begini. Keluhan halus kedengaran meniti dibibirnya.
Iman menarik selimut sebelum menutup suis lampu. Dia sudah malas berfikir tentang lelaki itu, menyakitkan hati.
”Malam ni mimpikan John Loyd Cruz lah.” bisik hati kecilnya. Tapi John Loyd Cruz seorang pelakon ok bukan jerangkung.




            Aisy menghempaskan tubuhnya diatas tilam, jari-jemarinya digenggam kuat, melepaskan segala tekanan mentalnya kesitu. Tali leher diurai, matanya terbuka luas merenung siling yang kosong.
            Tangan kanan diletakkan diatas dahi manakala lengan tangan kirinya dijadikan batal. Dia mengeluh, berat. Bayang wajah Iman bermain diruang matanya dengan wajah yang mengejek.
            ”Macam manalah hidup aku boleh berkait dengan dia. Punyalah ramai perempuan yang ada dalam dunia ni, kenapa mesti nak pilih dia....nak kata cantik, patung kat mall lagi cantik rasanya. Dah la garang macam lembu jantan, tak sesuai langsung nak jadi bini orang.” Kutuk Aisy, serabut kepalanya bila memikirkan hal itu. Aisy bingkas bangun, tuala dicapai sebelum berlalu ke bilik air.