BAB 5
Keropok kentang Mr. Potato
dikunyah satu persatu, matanya langsung tidak beralih dari kaca tv. Drama
bersiri Korea, Brain sedang rancak bersiaran. Dia bangun bila kedengaran pintu
diketuk. Sebaik dibuka, terjengul wajah budak penghantar pizza. Selesai
membayar harga dan kos penghantaran, dia menutup pintu dan menguncinya.
”Manda.....pizza dah sampai.”
laung Iman.
”Kejap lagi aku keluar, jangan makan dulu.” pekik Amanda, sayup-sayup.
Iman menggeleng, tak lain tak bukan...bergayut dengan Jason la tu.
Iman berlalu ke dapur,
sebentar kemudian dia kembali semula dengan dua biji mug dan sebotol jus durian
belanda. Dia duduk bersila dihadapan tv sambil menunggu ketibaan Amanda.
”Lambat lah kau ni,
mengalahkan tuan puteri.” Perli Iman, Amanda tersengih. Dia pantas duduk
bersila mengadap pizza. Tangannya cepat saja mencapai sekeping pizza lalu disua
ke mulutnya.
”Kau kenapa....macam tak
berselera je aku tengok. Ada masalah ke?.” Tanya Amanda, jarang dia melihat
wajah sahabatnya itu muram. Iman mengangguk.
”Masalah hati...” ujar Iman
geram. Amanda teruja, Susah nak dengar Iman berbicara soal hati.
”Aik.....dah jatuh cinta ke,
kawan baik aku ni. Siapalah agaknya jejaka bertuah tu ye?.” usik Amanda. Iman
mendengus kasar.
”Jatuh cinta ke apa.....hati
aku ni dah macam kena hiris dengan pisau kau tahu tak. Dah jadi berlapis-lapis,
macam sushi.” ujar Iman. Amanda ketawa.
”Ini mesti pasal mamat yang
muka hensome macam John Loyd Cruz tu kan.” teka Amanda. Iman menutup
telinganya, sakit hati mendengar nama itu.
”Boleh tak kalau kau jangan
sebut nama jerangkung tu, menanah telinga aku tau tak. Nanti tak pasal-pasal
kena operate.” ujar Iman. Pizza ditangannya digigit rakus, ibarat ketika ini
dia sedang meratah daging Aisy si jerangkung.
”Lor...ada ke aku sebut nama
dia tadi, tak ada kan...aku Cuma kata mamat yang muka macam John Loyd Cruz, itu
je.” Ujar Amanda, Iman mengecilkan matanya, marah benar dia.
Amanda mengangkat tangannya,
dia ’mengunci mulut’. Tidak mahu berbicara tentang hal itu lagi, tidak mahu
hati Iman terus sakit.
”Ok.....ok.....aku tak cakap
lagi pasal dia, sebut pun tak. Kita sambung tengok cerita ok” ujar Amanda, Iman
tersenyum. Lega kerana Amanda cukup memahami. Mereka menumpukan perhatian pada
drama korea ’Brain’ yang sedang ditayangkan di kaca tv.
Meja makan besar di ruang makan banglo mewah milik Datuk Adham dan
Datin Munirah kelihatan penuh dengan pelbagai juadah yang menyelerakan.
Masing-masing tidak sabar untuk menikmati hidangan.
”Kenapa Iman tak datang?.”
tanya Datin Munirah.
”Dia penat sikit mama, banyak
kerja katanya.” ujar Ilyana, mencipta alasan.
”Sibuk macam mana sekalipun,
kesihatan nak jaga jugak. Nanti kalau jatuh sakit macam mana.” ujar Datin
Munirah lagi.
”Dia tu degil la mama, susah
nak dengar cakap orang.” ujar Amirul. Ilyana mengangguk, setuju dengan
kata-kata suaminya itu.
”Itulah...elok-elok duduk sini
nak pindah.” ujar Datin Munirah.
”Ala mama bukan tak tahu Iman
tu, mana betah duduk kat rumah ni. Karang tak pasal-pasal perang meletus
pulak.” ujar Amirul, matanya menjeling kearah Aisy.
”Eh..eh...tak pasal-pasal aku
pulak yang terbabit, bukan salah aku pun dia nak keluar dari rumah ni.” Omel
Aisy dalam hati, masam wajahnya.
”Biarlah dia....nak merasa
hidup bebas kat luar. Lagipun dia kan tinggal dengan Amirul dan Yana. Nanti
bila sampai masanya, balik juga dia kesini.” ujar Datuk Adham. Datin Munirah
tersenyum, tak sabar menunggu saat itu.
”Lepas ni Iman nak buat apa,
dah tau kat mana dia kena posting?.” tanya Datuk Adham lagi.
”Dia dapat kerja kat Amethyst
Specialist Hospital papa....kerja sambil belajar.” ujar Ilyana.
”Wah...bagus tu. Sambung lagi,
lepas ni dalam keluarga kita ada dua doktor pakar la.” ujar Datuk Adham lagi,
Datin Munirah mengangguk. Dia gembira mendengar berita itu.
”Alhamdulillah...lega mama
bila dengar Iman kerja dekat Amethyst, boleh la Aisy tengok-tengokkan Iman tu,
risau mama kalau dia kena buli ke apa.” Ujar Datin Munirah, Ilyana ketawa,
kalau kena buli pun bukan dengan orang lain, bakal suami sendiri juga.
Aisy yang sedari tadi hanya
menjadi pendengar setia, mencemik, benci mendengar pujian melangit tinggi papa
dan mamanya pada budak tiga suku tu. Paling dia tidak suka bila dirinya
digandingkan dengan Iman.
”Apalah hebat sangat budak
tiga suku tu, papa dengan mama ni, tak habis-habis nak gandingkan aku dengan
dia, benci betul la.” bisik hati kecil Aisy.
”Eh.... Aisy, kenapa diam
je?.” tanya Datin Munirah. Aisy melemparkan senyumannya.
”Saja ma...... Aisy tak ada cerita nak kongsi, so jadi
pendengar je lah.” ujar Aisy. Ilyana tersenyum, dia tahu Aisy tidak menyukai bila mereka asyik memuji
Iman.
”Kamu dah bincang dengan Iman
pasal tarikh perkahwinan kamu, jangan nanti nenek yang uruskan pulak.” ujar
Datin Munirah. Aisy menggaru kepalanya.
”Nantilah Aisy cakap dengan
dia, tak ada masa nak borak panjang lagi. Mama bagitau nenek, sabar sikit.”
ujar Aisy.
”Macam mana nak ada masa,
kalau jumpa saja bercakar macam anjing dengan kucing. Bila masa nak duduk
berborak kalau bertentang mata pun, dah macam nak ke medan perang.” ujar Datin
Munirah, Datuk Adham dan Amirul ketawa.
”Biarkan mereka yang tentukan
masa yang sesuai mama, kita tunggu sajalah. Kalau dah jodoh, takkan lari
kemana, last-last bersatu jugak.” Pujuk Ilyana, Aisy tersenyum sambil
memberikan isyarat bibir, mengucapkan terima kasih. Ilyana mengangguk, dia sebenarnya
kasihankan Aisy yang kelihatan tertekan dengan permintaan keluarga mereka.
”Amethyst ya.....aku tahu apa
yang aku perlu buat, nantilah kau. Aku akan pastikan lepas ni kau takkan berani
melawan aku lagi.” ujar Aisy berlahan. Dia meneruskan suapannya. Senyuman sinis terukir megah dibirai
bibirnya.
Selesai menikmati hidangan, Aisy meminta diri. Dia mahu keluar berjumpa
dengan kawan-kawan lamanya. Rasanya sejak dia balik, dia masih belum berpeluang
untuk keluar dengan mereka.
Enjin kereta dihidupkan, Aisy mencapai handphonenya lalu mendail nombor
seseorang. Otaknya ligat merangka satu rancangan, dia pasti Iman akan
terperanjat besar bila mendapat tahu berita itu.
”Hello....Amsyar, Aisy Rayyan here.
I need u to do something for me.” ujar Aisy.
”Boleh Doktor Rayyan, just say
it.” ujar Amsyar.
”I need u to send me a detail
about Dr. Sara, doktor baru yang akan laporkan diri bulan depan.” ujar Aisy.
”U mean Dr. Nur Iman Qaisara?.”
tanya Amsyar.
”Yes...that one.” ujar Aisy, yakin.
”Ok....i send it to ur email
now, lagipun saya masih ada kat pejabat lagi ni.” ujar Amsyar.
”Thanks.” ujar Aisy sebelum mematikan perbualannya. Dia
tersenyum lagi. Keretanya terus dihalakan keluar dari perkarangan banglo menuju
ke pusat bandar.
Iman dan Amanda, terbaring kekenyangan,
masakan tidak sekotak besar pizza habis dimakan oleh mereka berdua.
Masing-masing kelihatan seperti ular sawa. Iman dan Amanda saling ketawa bila
melihat keadaan masing-masing, kalaulah kak Yana melihat mereka begini pasti
telinga mereka dipulas.
”Aku lupa nak bagitau la
Manda, ada berita baik.” ujar Iman.
”Pasal apa?.” tanya Amanda
tidak sabar, Iman tersenyum.
”Cuba teka” Amanda diam, berfikir sejenak.
”Errr...kau nak kawin?.” Iman
mencemik.
”Bukan la....yang ni tak ada
kena-mengena dengan hidup aku.” Omel Iman, Amanda menggaru kepalanya.
”Kau cakap jelah...aku dah tak
boleh nak fikir.” Ujar Amanda, malas. Iman mengeluh, cepat sangat mengalah.
”Kak Yana nak dapat baby tak
lama lagi.” ujar Iman ceria.Amanda
bangkit dari pembaringan, matanya memandang tepat anak mata Iman.
”Betul ke ni?kau tak main-main
kan.” tanya Amanda. Iman menggeleng. Amanda bertepuk tangan. Gembira bukan
kepalang bila mendengar berita itu, hari yang dianggap cukup bertuah kerana
mereka menerima 2 berita baik dalam satu hari yang sama.
”Lepas ni....kita sama-sama
jaga kak Yana. Kitakan bakal doktor, bagus juga ada pesakit kat rumah ni, boleh
praktis.” ujar Amanda.
”Hish kau ni....kau ingat kak
Yana tu katak ke, nak buat ujikaji.” marah Iman. Amanda ketawa.
”Maksud aku.....sebagai pelajaran
pertama sebelum kita bergelar doktor pakar yang bertauliah.” ujar Amanda. Iman
mengangguk, betul jugak kata Amanda.
”Kiranya sekarang ni kita
doktor pakar yang tak bertauliah lagi la ya.” perli Iman. Amanda mengangguk.
”Aku dah tak sabar nak bergelar
seorang doktor, aku nak buktikan yang aku memang layak bergelar seorang doktor.”
ujar Iman. Amanda pelik.
”Siapa pulak yang kata kau tak
layak ni?.” tanya Amanda lembut.
”Si jerangkung tu la, kau tahu
petang tadi aku terserempak dengan dia kat hospital, apa lagi hangin la satu
badan. Suka suki dia je nak kata yang aku ni tak layak jadi doktor.” ujar Iman
geram.
”Dah tu kenapa kau tak sound
je dia.” ujar Amanda.
”Dah direct lagi....aku suruh
dia pergi check otak dia, takut kalau dia ada penyakit gila.....tak siuman.”
ujar Iman selamba. Amanda ketawa besar. Dia dapat membayangkan bagaimana perang
antara mereka berdua tercetus.
”Bila lah korang berdua nak
berbaik ni ha?.” tanya Amanda. Jari telunjuk Iman berdiri tegak sebelum
bergoyang kekiri dan kanan.
”Perkataan berbaik tu tak akan
wujud dalam kamus hidup kitaorang tau, dah ditakdirkan yang aku dengan si
jerangkung tu, musuh ketat.” ujar Iman. Amanda menggeleng.
”Tapi sampai bila....korang
kena ingat yang korang tu satu keluarga.” ujar Amanda. Iman mencemik.
”Aku tak kawin dengan dia ok.
Jadi secara automatiknya aku dengan jerangkung tu tak ada sebarang hubungan.”
ujar Iman.
”Tapi mereka tak fikir macam
tu. Lagipun mereka semua dah anggap kau macam menantu, kan.” ujar Amanda. Iman menggeleng.
”Oh tidak......ianya takkan
mungkin terjadi. ” ujar Iman, marah.
”Macam mana kau berkata tidak
sekalipun, kau tetap kena kawin dengan dia.” ujar Amanda.
”Mati berdiri la aku kalau aku
kawin dengan dia....dia punya perangai kalau baik macam abang Amirul tak pe lah
jugak, ini tak....perangai mengalahkan setan.” ujar Iman. Geram, sakit hati
semuanya bersatu dalam jiwa. Amanda mencemik, yang bercakap tu pun apa
kurangnya, dua kali lima jugak.
”Tak baik kau cakap dia macam
tu tau.” ujar Amanda. Iman mengecilkan matanya.
”Yang kau ni bela dia kenapa,
kau syok kat dia yek.” tanya Iman, curiga. Amanda memuncungkan bibirnya.
”Gila kau.....Jason aku tu nak
campak kat mana?.” tanya Amanda. Iman tersenyum.
”Tak payah campak kat
mana-mana, bagi jer kat aku.” ujar Iman dengan selamba membuatkan Amanda tanpa
berfikir terus melepaskan cubitan kecil dilengan Iman.
”Aduh....sakit lah.” ujar
Iman, dia menggosok lengannya yang sedikit merah, kesan cubitan Amanda.
”Padan muka...siapa suruh kau
merepek yang bukan-bukan.” ujar Amanda. Iman memuncungkan mulutnya.
”Gurau pun nak ambil hati, kau
ni.” ujar Iman.
”Lain kali jangan bergurau pasal
bab tu lagi. Aku ni sensitif tau bila melibatkan Jason.” ujar Amanda.
”Sayang sangat kat Jason dia
tu.” sindir Iman.
”Mestilah.” ujar Amanda sambil
tersenyum. Iman berpura-pura ingin muntah, dia membuat isyarat menjolok
tangannya ke dalam mulut. Amanda ketawa kecil.
Penat berbual akhirnya mereka
tertidur diruang tamu lantaran terlalu lama menunggu kepulangan Ilyana dan
Amirul. Bunyi nada message yang masuk mengejutkan Iman, dia mencapai
handphonenya lalu menekan butang dan membaca message yang tertera.
”Manda bangun, tido kat dalam
bilik....kak Yana tak balik.” ujar Iman, dia turut bangun, menghala ke pintu
untuk memastikan semuanya berkunci sebelum masuk ke bilik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan