BAB 24
Iman merenung jauh
kehadapan, figura yang terselit dicelah-celah orang ramai seakan-akan
dikenalinya. Dia menggaru kepalanya, berfikir siapa itu. Bahunya ditepuk kuat
sehinggakan terpacul nama yang tiba-tiba terlintas difikirannya.
“Aik…kata benci,
tapi boleh pulak sebut nama dia.” Usik Amanda, pantas Iman menumbuk kasar
lengan gadis itu, menyampah.
“Tak sengajalah…tu,
Nampak tak siapa tu.” Tanya Iman seraya menunjukkan kesatu arah.
“Doktor Rayyan…tapi
perempuan tu siapa?.” Tanya Amanda.
“Guli…” Ujar Iman
sepatah.
“Guli???.” Amanda
ketawa kecil, apa ke pelik sangat namanya.
“Bakal bini dialah
tu, perempuan yang buat kecoh kat ER hari tu…takkan kau dah lupa.” Ujar Iman,
Amanda mengangguk.
“Yuli…” Ujarnya,
Iman sekadar mengangguk. Cepat-cepat dia berpaling kearah lain bila melihat
Aisy dan Yuli bergerak menghampiri mereka. Keluhan berat kedengaran keluar dari
mulutnya, ingatkan cuti hujung minggu begini, dia boleh bersenang-lenang tanpa
gangguan tapi sebaliknya pula yang berlaku.
“Hei Girls…tak
sangka boleh terserempak kat sini. U’ll nak tengok wayang jugak ke?.” Tanya
Yuli, ramah. Iman tersenyum sumbing, nak lari pun dah tak sempat, redah je la.
“Dah namanya
panggung wayang, takkan kita datang nak belajar memasak pulak.” Ujar Iman,
perlahan berbisik ditelinga Amanda membuatkan gadis itu terpaksa menekup mulut
menahan ketawa.
“Berdua je?.” Tanya
Aisy, Iman mengangkat sebelah keningnya.
“Doktor nampak ke
ada orang lain dengan kami?.” Tanya Iman kembali, Amanda mencuit pinggang Iman,
memintanya supaya bersabar dan jangan cari pasal.
“Kak Yana dengan
abang…tak join sekali?.” Tanya Aisy lagi,
Iman mengeluh.
“Hujung minggu kan
diaorang selalu balik rumah mama…lupa ke?.” Tanya Iman pula.
“Oh yalah…lupa.”
Ujar Aisy, dahinya diketuk perlahan. Iman menggeleng, comfirm banyak makan
semut.
“Hari ni kami
berdua je.” Ujar Amanda sambil tersenyum, Aisy mengangguk.
“U’ll nak tengok
cerita apa?.” Tanya Yuli lagi, tangannya masih tidak lepas memaut lengan lelaki
disebelahnya. Iman menggeleng, menyampah pulak rasanya melihat aksi
tergedik-gedik Yuli, yalah dia sorang je yang ada boyfriend, desis hati
kecilnya.
“Entah…belum buat
keputusan lagi, baru nak usher-ushar cerita apa yang best.” Ujar Amanda bagi
pihak dia dan Iman bila melihat sahabatnya itu bagaikan tidak peduli, hanya
terdiam dari tadi walhal dalam hati tak sudah-sudah mengutuk gadis dihadapan
mereka ini.
“Pilih la mana-mana
cerita…saya belanja.” Ujar Aisy seraya menjeling kearah Iman yang masih buat
tak tahu.
“Kita tengok cerita seram nak….nampak macam best je.”
Cadang Yuli, wajah Aisy dan Iman dipandang bergilir. Amanda menolak bahu Iman,
bertanyakan tentang persetujuannya.
“Up to u…” Ujarnya,
Amanda tersenyum.
“Ok.” Aisy
mengangguk,
“We all pergi beli
tiket…u all beli makan dan minuman.” Ujar Aisy sambil menghulurkan sekeping not
50, Amanda mengangguk lalu menarik tangan Iman menuju ke kaunter yang menjual
pop corn dan minuman ringan.
Iman meninjau
mencari tempat duduk, sebaik terjumpa dia memanggil mereka bertiga. Kepalanya
terangguk-angguk, memang terbaiklah tempat yang Aisy pilih, kerusi dibahagian
tengah dengan sound systemnya betul-betul dibarisan mereka duduk. Bahu Amanda
dicuit, dia tidak jadi hendak duduk.
“Tukar tempat
yunk…” Pinta Iman, Amanda mendengus.
“Duduk jelah…tempat
mana-mana pun sama je.” Ujarnya. Iman membulatkan matanya, nak suruh dia duduk
disebelah jerangkung ni, huh jangan mimpilah.
“Jangan banyak soal
ok….duduk je.” Arah Amanda, Iman menghenyak punggungnya kasar, tanda protes.
Amanda buat bodoh, langsung tidak dipedulikan rajuk gadis itu.
Iman sudah mula
tidak senang duduk, bunyi sound effect pada permulaan cerita saja pun sudah membuatkan
dia gelabah, detak jantungnya semakin laju seiring dengan bunyi sound effect
yang kedengaran. Kepalanya diketuk beberapa kali, rasa menyesal mula memenuhi
ruang hati, kenapalah dia boleh setuju untuk mengikut cadangan si jerangkung
ni.
Bekas popcorn
ditangan Amanda dicapai, gadis itu sendiri sudah kelihatan memintal hujung baju
Iman, riak dan air mukanya kelihatan sedikit pucat, Nampak sangat dia tu
penakut.
“Iman…seram la
pulak cerita ni.” Ujar Amanda, berbisik.
“Tu lah, gatai
sangat pergi setuju dengan cadangan dia, padan muka kau.” Ejek Iman, walhal dia
sendiri jugak yang ikut setuju.
“Manalah aku tahu
cerita ni seram sangat…ingatkan biasa-biasa je. Lagipun kau sendiri tak bantah.”
Ujar Amanda lagi, hujung baju Iman ditarik kuat. Shhhh, bunyi isyarat disebelah
mematikan perbualan mereka.
“Kalau nak
berborak, pergi duduk kat luar.” Ujar Aisy, berbisik. Iman mencemik. Popcorn
diambil lalu disumbat didalam mulutnya. Dia mengeluh, tak tahu mana satu yang
lebih menakutkan, duduk disebelah lelaki ini atau cerita yang sedang mereka
tonton.
“Jangan terbawa
dalam mimpi sudah la.” Bisik hati kecil Iman. Suasana kembali sunyi, yang
kedengaran hanya bunyi sound effect yang menggegarkan jantung.
Iman terperanjat bila jeritan penonton memecah
kesenyapan panggung, penonton dikiri, kanan, depan dan belakang, semuanya
menjerit sekuat hati bila skrin putih dihadapan mereka terpampar adengan yang
mampu menyentak pundi kencing, kalau tak cukup kuat menahan, mau banjir dalam
panggung ni.
Dia sendiri sudah mula terasa hendak terkucil, namun sedaya-upaya
ditahan. Gila nak bangun time-time macam ni, tak pasal-pasal kena baling dengan
bekas popcorn nanti.
“Arghhhhh….” Aisy menutup telinganya, perit bila
kedua-dua wanita disebelahnya menjerit nyaring.
“Ya Allah…korang berdua ni, menjerit macamlah
hantu-hantu tu semua datang cekik korang, pelan sikit tak boleh ke.” Tegur
Aisy, Iman mengurut dadanya, habis tertanggal urat-urat jantungnya.
“Kenapalah u pilih cerita ni, seram la Ziq.” Rungut
Yuli, Aisy mengangkat keningnya. Dia pulak yang salah sedangkan cadangan itu
datang dari gadis itu.
“Sumpah lain kali aku tak nak tengok lagi cerita macam
ni, bagilah aku sepuluh tiket percuma sekalipun, aku takkan masuk tengok.” Ujar
Iman, Amanda yang sedari tadi bersembunyi dibelakangnya mengangguk setuju.
“Kalau aku tahu…baik aku pilih cerita Turbo je tadi.”
Omel Amanda, Iman memandang gadis itu geram, salah siapa.
Aisy ketawa kecil, melihat wajah pucat Iman samalah
seperti melihat jenazah-jenazah yang terbaring didalam bilik mayat hospital,
Cuma bezanya gadis disebelahnya masih lagi bernyawa. Macam tak percaya pulak
rasanya, Iman yang dulunya serupa hantu, kini takut pada spesisinya sendiri.
Iman menelan air liur, entah bagaimana dia hendak
mengharungi baki 45 minit lagi, lututnya pun sudah mula terasa lemah,
terketar-ketar sehinggakan bunyi tempurung lutut berlaga pun boleh kedengaran,
memang The Conjuring ni boleh buat dia mati kojol.
Matanya tidak lari dari menatap skrin dihadapan walaupun
nafasnya sudah terasa sesak manakala
tangannya pula menggenggam erat lengan Aisy, lantak lah apa yang lelaki itu
hendak kata, dia sudah tidak peduli.
Aisy tersenyum, tak sampai hati pulak dia hendak menolak
Iman menjauhinya, sekalipun mereka bermusuhan, masih terselit rasa kasihan
didalam hatinya bila melihat keadaan Iman begitu.
Masing-masing menarik nafas lega bila tayangan akhirnya
tamat, siksaan selama 112 minit berakhir tanpa kebanjiran didalam panggung.
Amanda melepaskan keluhan lega, kantung pundi kencingnya kembali pada keadaan
normal.
“Lepas ni kita pergi makan ya Ziq.” Ajak Yuli, kemas
merangkul lengan Aisy, sengaja mahu membuat Iman cemburu melihat aksinya. Masing-masing
melangkah keluar dari panggung.
Iman terasa hendak ketawa,
“Konon nak buat aku jeles la tu, menyampah den. Baru
boleh John Loyd Cruz dah nak berlagak, aku ni yang tiap-tiap malam dating
dengan Junjin pun tak eksyen macam kau…memang tak boleh blah.” Bisik hatinya,
tangannya disilang kedada.
“Kamu berdua lapar tak? Kita pergi makan dulu sebelum
balik.” Ajak Aisy, Amanda mengangguk, Iman pantas menyiku perut gadis itu
memberi isyarat sesuatu. Kening Amanda bertaut, cuba mentafsirkan maksud
isyarat yang diberi.
“Tak apalah…Doktor Rayyan makan je dengan cik Yuli,
kitaorang nak balik.” Ujar Amanda, dahi Aisy berkerut.
“Tak nak makan dulu?.” Tanya Aisy, Iman menggeleng.
“Orang melayu, orang putih…thank you, terima kasih.”
Ujar Iman, sempat dia memberikan jelingan maut pada Yuli.
“Balik dulu…terima kasih doktor, sebab belanja tengok
wayang tadi.” Ujar Amanda sebelum tangannya ditarik Iman, mengajaknya beredar.
“Apalah kau ni…Doktor Rayyan punyalah baik hati nak
belanja kita makan, kau senang-senang tolak. Tak reti bersyukur langsung.” Ujar
Amanda tak puas hati, Iman mencemik.
“Kau tak Nampak ke muka si guli tadi, pandang kita macam
nak telan.” Ujar Iman, Amanda menggigit bibir, mengangguk.
“Aaa la…aku pun perasan sebenarnya.” Iman tersenyum.
“Dah tu tak faham-faham lagi.” Tanya Iman, Amanda
tersengih.
“Ala kau ni…sekali-sekala, apa salahnya Doktor Rayyan
belanja kita. Pasal si guli tu…buat bodoh dah la, bukan pakai duit dia pun.”
Ujar Amanda.
“Ha…yalah, kau nak suruh aku mengadap muka minah ala
pelangi senja tu sambil makan, huih…tak kuaso den.” Ujar Iman membuatkan Amanda
ketawa mengekek-ngekek, lucu benar bila Iman menyamakan Yuli dengan pelangi,
tapi memang betul pun, dia yang melihatnya tadi sudah rasa nak pengsan, buntang
biji matanya bila melihat warna pakaian gadis itu, serba-serbi jingga.
“Tapi serius aku lapar ni, kita makan dulu yek sebelum
balik. Lagipun aku dah bagitau kak Yana, tak payah masak banyak-banyak.” Ujar
Amanda. Iman mengeluh.
“Ya lah…jom.” Ujar Iman, Amanda pantas menahan teksi
sebelum mereka berdua melolos masuk.
Aisy berhenti melangkah, suara ketawa yang didengarinya
itu cukup dikenali, matanya mula meliar mencari kelibat seseorang, saat
pandangan bertembung, dia terkarisma seketika. Darah panas mula memuncak,
tangan Yuli ditarik kasar menghampiri meja Iman.
“Assalamualaikum..” Sapanya, Iman menjawab perlahan,
wajahnya sudah berkerut, macam mana boleh terserempak ni, bisik hatinya. Badrul
segera bangun, menyapa lelaki itu.
“Doktor Rayyan…” Ujarnya seraya menghulurkan tangan,
bersalam dan disambut Aisy erat dan kuat.
“You’ll buat apa kat sini?.” Tanya Aisy, nada suaranya
tegas.
“Doktor rasa kitaorang tengah buat apa?.” Tanya Iman
acuh tak acuh, Aisy menahan rasa. Tadi bukan main lagi menolak bila dia
mengajak mereka berdua makan, kenyang la konon, tup-tup boleh pulak tercongok
kat sini dengan mamat burung hantu ni.
“Tadi ajak makan tak nak…kata nak balik.” Iman tayang
muka seposen, nada Aisy yang serius menunjukkan yang dia tidak senang dengan
apa yang dilihatnya ini.
“Memang la…tapi si Amanda ni, tiba-tiba lapar…tu yang
kitaorang datang makan dulu, jumpa pulak dengan Badrul…so, here we are.” Ujar
Iman, wajah Aisy yang tegang tidak dipedulikannya. Aisy menarik kerusi lalu
duduk.
“You’ll tak kisahkan kalau kitaorang join sekali.” Tanya
Aisy, Badrul mengggeleng.
“Sayang….tak payah la ganggu diaorang, kita duduk tempat
lain.” Ajak Yuli, tidak senang. Iman mengangguk, lebih baik begitu.
“Sit Yuli…tak payah banyak soal, tadi kata lapar.” Arah
Aisy, tegas bunyinya.Yuli mengetap bibir, tak ada pilihan, kerusi ditarik
sebelum punggungnya dilabuhkan.
“Oder la..tunggu apa lagi, saya belanja.” Ujar Aisy,
tangan diangkat, memanggil pelayan. Iman mengeluh, susah la kalau macam ni,
pasti ada yang tak kenyang nanti.
“Jom saya hantar awak berdua balik.” Ujar Aisy setelah
selesai menjelaskan bayaran. Iman pantas menggeleng, nak dia duduk dalam satu
kereta dengan cik guli, oh…kirim salam la.
“Tak apalah…Badrul boleh hantarkan kami, kan Bad?.”
Tanya Iman, Badrul tersenyum dan mengangguk, pucuk dicita ulam yang
mendatang. Wajah Aisy berubah mendadak,
“Buat apa nak susahkan orang lain kalau saya boleh
hantarkan.” Iman mengangkat kening,
“Kenapa pulak tak boleh, Bad tak kisah pun…kan Bad.”
Badrul mengangguk, untuk gadis itu, menerjah ke bulan pun dia sanggup.
“Tak ada susahnya doktor, untuk Sara…semuanya boleh,
saya memang tak kisah.” Ujar Badrul, Aisy tersenyum sinis, kau memang la tak
kisah…tapi aku kisah, hatinya berbisik.
“Tak apalah Badrul…lagipun jalan kami sehala, lebih
senang kalau saya yang hantar dia balik…terima kasih saja.” Ujar Aisy, baru
Iman hendak bersuara, Amanda terlebih dahulu menyampuk.
“Betul cakap doktor Rayyan tu, biar dia sajalah yang
hantar kami balik….lagipun kau tentu penat, baru balik kerja kan.” Iman
memandang Amanda geram, minah ni..sengaja je tau.
“Kalau kau dah cakap macam tu…aku nak buat apa lagi.
Terima kasih doktor belanja makan. Sara aku balik dulu…jangan lupa call aku
bila sampai rumah.” Pesan Badrul, Iman tersenyum dan mengangguk.
“Bye..” Ujarnya
sebelum beredar, Iman melambai sengaja, suka bila melihat muka lelaki
dihadapannya berubah tegang, padan muka..siapa suruh menyibuk.
Aisy mencapai kunci
kereta, menarik tangan Yuli dan berjalan menuju ke keretanya, dia berpaling
bila melihat Iman masih tidak berganjak.
“Tunggu apa lagi
tu…cepat la.” Amanda pantas mencapai tangan Iman mengajaknya beredar bila
laungan Aisy memecah kesenyapan mereka. Iman menggelengkan kepala, masak la dia
kejap lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan