Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Ahad, 8 Mac 2015

Tawanan Cinta 8



BAB 8


Iman berjalan pantas menuju ke pejabat Dr. Syafikah, Amanda yang berada dibelakangnya kelihatan termengah-mengah, penat mengejar langkah Iman yang semakin laju meninggalkannya. Panggilannya langsung tidak disahut oleh Iman, nampak sangat gadis itu sedang dilanda mood yang tidak baik. Sebaik sampai dipintu bilik Dr. Syafikah, Iman mengetuk perlahan.
            “Doktor.....” panggil Iman, dia menghampiri meja Dr. Syafikah. Wanita berusia 40 tahun itu mengangkat wajahnya.
            “Ada apa Dr. Sara?.” tanya Dr. Syafikah. Iman menunjukkan surat ditangannya. Dr. Syafikah menyambutnya dengan satu keluhan. Dia tahu apa isi kandungan surat itu.
            “Apa semua ni doktor?. Kenapa pula saya dihantar bertugas kat situ?.” tanya Iman bertubi-tubi. Dia langsung tidak faham, apa kaitan arahan itu dengan bidang tugasnya.
            “Saya pun tak tahu Dr. Sara.....saya terima arahan dari pihak pengurusan untuk meletakkan awak dibahagian itu.” ujar Dr. Syafikah.
            “Tapi kenapa, seingat saya, ini bukan bidang kepakaran saya. Jadi apa rasionalnya saya diarahkan bertugas disitu?.” tanya Iman lagi.
             Dr. Syafikah mengeluh, apa daya dia untuk mengubah keputusan dan menentang arahan pihak pengurusan.
            “Apa yang awak nak saya cakap, saya sendiri pun bingung. Arahan yang diberi pada saya menyatakan bahawa itu adalah sebahagian dari cara untuk awak menimba pengalaman.” ujar Dr. Syafikah.
            “Tapi Doktor.......kenapa bahagian tu, kalau ye pun nak saya timba pengalaman, carilah bahagian yang elok sikit.” ujar Iman tidak berpuas hati.
            “Macam nilah Dr. Sara.....awak stay dulu bahagian tu. Nanti saya cuba berbincang dengan pihak pengurusan.” pujuk Dr. Syafikah. Iman mengangguk lemah.
“Tapi untuk berapa lama?.” tanya Iman lagi.
            “Saya pun tak pasti.” ujar Dr. Syafikah. Iman tunduk, keluhan kecil kedengaran keluar dari bibirnya.
            “Harap-harap tak lama, takut nanti saya pulak yang terbaring kat situ. Kena serang dek zombi, maunyer otak saya dikongkak dek diaorang.” ujar Iman, sempat membuat lawak yang tak berapa sedap didengar. Amanda menelan air liur, jangan cakap Iman jadi kenyataan sudah.
            Iman dan Amanda meminta diri untuk meneruskan tugasannya, biarpun hatinya tidak selesa dengan permulaan kerjayanya itu namun dia terpaksa menurut. Karang kalau melanggar arahan, takut kena buang kerja pulak.
            “Manda...kau temankan aku yek, takut lah wei.” pujuk Iman. Amanda mengangguk.
            “Aku temankan kau sampai kat pintu je tau, aku tak nak masuk.” ujar Amanda, peluh didahi sudah merintik.
            “Yerlah...yerlah, kat pintu pun kat pintulah. Janji kau temankan aku.” ujar Iman. Mereka berlalu menuju ke bangunan hujung, bangunan yang akan menjadi tempat Iman memulakan kerjayanya yang pertama.




            Iman menelan air liur, kawasan sekitarnya yang sunyi menjadikan suasana agak menyeramkan. Sudahlah dia akan dibiarkan keseorangan. Lengan Amanda dipegang kemas, takut jika sahabatnya itu lari.
            “Aku hantar kau sampai sini jer. Kau hati-hati yek, kalau nampak apa-apa kau buat bodoh jer tau.” nasihat Amanda, Iman mengangguk. Mereka berpisah.
            Iman menolak pintu bilik mayat perlahan-lahan, mulutnya tidak habis-habis menuturkan ayat-ayat suci al-quran. Siapa yang tak takut wei, buatnya semua mayat-mayat ni bangun, tak ke haru hidupnya nanti.
Iman memberi salam, tak kisahlah jika tiada siapa yang menjawab tapi dia tahu setiap tempat ada ‘penghuninya’. Kerusi ditarik, dia duduk sambil matanya meliar memerhatikan keadaan sekeliling. Tiba-tiba pintu bilik mayat dikuak dari luar, Iman terkejut, saat itu jantungnya dirasakan koma seketika.
“Dr. Sara?.” tanya lelaki yang baru sahaja menjengah masuk. Iman cepat-cepat mengangguk, jantungnya kembali berdengup.
“Petang nanti ada ahli keluarga yang akan menuntut jenazah ni, doktor tolong uruskan ya.” pinta lelaki itu. Iman hanya mengangguk, matanya tidak lepas memandang sekujur badan berselimut putih yang terbaring diatas pengusung. Sebaik sahaja lelaki itu keluar, Iman duduk semula. Mulutnya sentiasa mengalunkan ayat kursi.
“Abang ni pun satu...kalau ya pun nak suruh aku uruskan, simpan la dulu dalam peti sejuk, ini tak...ditinggalkannya kat sini, buatnya dia bangun...eee, jangan merepek Iman, jangan berdoa yang bukan-bukan.” Mulutnya ditepuk perlahan berkali-kali, melarang dari bercakap yang bukan-bukan.
Iman terasa hendak menangis, susah-susah belajar ambil bidang perubatan, tup-tup dia ditugaskan di bilik mayat. Kalau tahu perkara itu akan berlaku, baik dia ambil bidang forensik je masa belajar dulu.
“Apalah malang sangat nasib aku ni...manusia manalah yang tak berakal sangat tu...taulah kau, kalau aku tahu siapa punya kerja...aku canai-canai kau macam roti benggali.” Gumam Iman sendiri.




Deringan telefon mengejutkan Iman, dia mendengus. Siapalah agaknya yang kurang kesedaran sivik, mengganggu ketenangannya. Sudahlah hatinya tidak tenteram sejak tadi. Iman mengangkat gangang dengan perasaan malas.
“Hello....” sapa Iman, intonasi suaranya dikawal agar tidak kedengaran canggung ditelinga si pemanggil.
“Macam mana dengan tempat baru....suka?.” tanya si pemanggil. Iman mengetap bibirnya. Dia tahu gerangan siapa diseberang.
“Seronok sangat.....kenapa nak join ke?.” balas Iman dengan nada menyindir.
“Iya.....jadi tak salah lah kalau aku letakkan kau kat bahagian tu.” ujar Aisy.
“Ish...siapa pulak kata salah, aku memang nak minta transfer ke sini pun sebenarnya.” ujar Iman selamba.
“So.....diaorang tak ganggu?.” tanya Aisy, cuba menakutkan Iman.
“Tak lah...kitaorang dah jadi kawan baik pun.” ujar Iman, geram. Bibirnya digigit kemas. Kalaulah si jerangkung ni ada kat depan mata dia sekarang, maunya dia hempuk kepala jerangkung tu dengan telefon ni. Lepas tu sumbat dalam peti mayat.
“Tapi kenapa aku tengok sejak dari tadi kau tak senang duduk, ha Dr. Sara. Mulut tu asyik terkumit-kumit je, baca apa.....mentera.” sindir Aisy. Iman tersentak, dia memandang ke pintu. Telefon dihempas.
“Kau ni tak ada keja lain ke nak buat selain dari ganggu hidup aku.” marah Iman. Aisy ketawa, dia melangkah masuk.
“Aku suka, suka bila dapat menyusahkan hidup kau.” ujar Aisy selamba. Iman bertambah geram, laju saja tangannya ingin dihalakan ke arah tengkuk lelaki itu. Mujur juga hatinya berjaya dipujuk.
“Lepas ni aku harap giliran kau pulak yang akan terkujur kat sini, senang hidup aku. Tak payah mengadap muka kau.” ujar Iman. Aisy ketawa, ketawa yang dibuat-buat.
“Jangan mimpi lah......kata-kata kau tu tak akan jadi kenyataan.” ujar Aisy selamba.
“Apa sal pulak tak boleh jadi kenyataan? Ala setakat nak bunuh kau tu, tak de hal lah bagi aku. Aku doktor.....orang kata, doktor ni pembunuh berlesen.” ujar Iman, puas hati. Lantaklah kalau orang nak cakap yang dia ni tak ada kesopanan dan budi bahasa. Kadang-kadang bila cakap dengan orang yang tak reti bahasa ni, kena guna cara kurang bahasa sikit, baru adil.
“Ianya tak mungkin terjadi, jangan nak berangan.” ujar Aisy. Iman menghentak kakinya, sakit hatinya semakin parah. Kenapalah dia dipertemukan dengan jerangkung ni. Nampak gayanya tak lama lagi dia akan jadi orang pertama mati disebabkan rasa sakit hati.
“Sudah lah.....baik kau blah, nak terkeluar biji mata aku ni tengok muka kau tau tak.” halau Iman. Aisy tersenyum.
“Kenapa.....kau takut kalau kau jatuh cinta kat aku?.” tanya Aisy. Iman berpura-pura nak termuntah.
“Aku rasa kau ni ada satu penyakit yang susah nak ubat....kau tahu penyakit apa?.” tanya Iman. Aisy menggelengkan kepalanya.
“Penyakit perasan.” ujar Iman selamba. Aisy ketawa, gelihati dengan tuduhan Iman. Aisy melemparkan satu senyuman yang menurut hati Iman, agak membimbangkan, dia berundur setapak bila lelaki itu menghampirinya.
“Kau nak buat apa ni?.” tanya Iman, rasa gementarnya cuba diselindungi. Mana boleh biar jerangkung ni perasan, nanti tak pasal-pasal banyak pulak modal jerangkung ni nak kenakan dia.  
“Relax lah....bukan ada orang pun. After all.....tak luak mana pun kalau aku ‘sentuh’ kau sikit.” ujar Aisy, Iman menelan air liur. Otaknya sempat memutar kembali adengan seni mempertahankan diri yang pernah ditontonnya dulu, mana tau berguna.
“Kau ingat aku ni apa, perempuan murahan?.” Iman mendengus, marah. Aisy tersenyum.
“Ok.....kau nak aku bayar kau berapa?.” ujar Aisy pula, Iman pantas mengangkat tangannya, namun dia langsung tidak perasan gelang tangannya tersangkut pada kain yang menutup jenazah, sudahnya kain putih itu melurut jatuh. Iman apa lagi, menjerit dan terus memeluk tubuh Aisy.
“Hai....belum apa-apa lagi, kau dah menyerah, hebat.” sindir Aisy. Iman membuka matanya, jantungnya terjatuh ke lantai, berhenti berdetak. Dia kaku disitu.
“Alamak.....macam mana boleh tak terperasan ni.” bisik hati Iman, Dia pantas meleraikan pelukannya. Jantungnya dikutip kembali dan diletakkan ditempat asal.
“Hello....tak sengaja ok, tak ada maknanya aku nak peluk jerangkung ni. Hem....wanginya bau perfume jerangkung ni. Eh....Iman wake up....wake up, musuh ketat kau ni.” jiwa dan hatinya berdebat hangat. Aisy mencapai kain penutup jenazah lalu ditutup kembali jenazah yang terdedah tadi, dia berpaling kearah Iman.
“Dr. Sara, for ur information....I’m the Vice President of this hospital, ahli lembaga pengarah dan merangkap mentor kau, so maknanya kita akan selalu berjumpalah.” Rahang Iman jatuh, OMG...
“Tak payah nak buat-buat terkejut sangat la. Mulut tu tutup, nanti masuk cicak...tak pasal-pasal aku kena buat kenduri arwah pulak untuk keluarga cicak tu.” Ujar Aisy, dagu Iman ditolak keatas.

 “Kurang asem punya orang, bukan nak kasihankan aku yang mati tertelan cicak ni, boleh pulak dia sibuk nak buat kenduri arwah untuk keluarga cicak yang tak ada hubungan kekeluargaan tu.” Omelnya perlahan, cukup untuk telinganya saja yang mendengar.
“And one more thing......enjoy your new job.”. Ujar Aisy, dia melangkah menghanpiri pintu,
“See you soon....sayang.” Ujarnya sambil melambaikan tangan sebelum keluar dan berlalu pergi.
Iman membaling pen yang terletak diatas meja, biar menusuk tepat ke jantung jerangkung yang bernama Aisy Rayyan Ziqry ni, kepalanya digaru kuat. Stress kepala otak dia tiap kali berdepan dengan jerangkung yang satu ini.
“Tak apa....tak apa.....ada ubi ada batas, lain hari taulah nasib kau. Aku akan balas jua.” tekad Iman, mulutnya tidak habis-habis menggomel, menyumpah lelaki itu.




            Amanda menyedut air minuman yang terhidang dihadapannya, dia asyik menyoroti wajah Iman yang kelihatan penuh dengan rona-rona kemarahan. Gelas ditolak ke tepi.
Jarang-jarang sebenarnya dia melihat gadis itu mempamerkan marahnya pada orang, selalunya disimpan sendiri saja tapi sejak lelaki itu kembali, Iman menjadi lebih mudah untuk mempamerkan apa yang dia rasa.
            ”Kau kenapa? Ada masalah?.” tanya Amanda.
            ”Kau tahu....hari ini adalah hari yang paling malang bagi aku, dah la kena bertugas kat bilik mayat, jumpa pulak dengan jerangkung tu.” ujar Iman geram., kueh tiew didalam pinggannya dicucuk-cucuk, ditenyeh-tenyeh kuat.
            ”Aik....dia buat apa kat sini?.” tanya Amanda, hairan.
            ”Buat apa lagi.....mengintip keje kita la.” ujar Iman. Amanda menggaru kepalanya.
            ”Ha?.” Amanda melopong, Iman mengeluh, lembab betul la.
            ”Hospital ni dia yang punya....tapi sebenanya bapak dia yang punya.” ujar Iman, perlahan. Amanda mengangguk, baru dia faham.
            ”So....pasal kau kena bertugas kat bilik mayat tu, kerja dia lah.” tanya Amanda tidak puas hati. Iman mengangguk.
            ”Mesti kes nak balas dendam pasal hari tu. Tapi yang paling menyakitkan hati aku tu, dia mentor aku...kau tahu.” ujar Iman. Amanda melopong.
            ”Habis tu macam mana kau nak buat? Aku tak rasa dia akan ubah keputusan tu.” ujar Amanda.
            ”Entah....tapi aku akan cari jalan supaya dia tarik balik arahan tu.” ujar Iman, kepalanya diangguk beberapa kali.
            ”Kau buatlah apa yang kau rasa perlu Iman...asalkan jangan melampaui batas dah. Aku takut nanti, kau bukan setakat kena transfer kat bilik mayat je, silap-silap haribulan, dibuangnya kau.” Iman menepuk mulut gadis itu.
”Mulut....” Amanda tersengih,
”Aku bukannya doakan yang buruk-buruk Cuma sebagai peringatan...kau tu, bukan boleh percaya sangat, otak kau tu  selalunya penuh dengan idea gila yang tak masuk dek akal.” Ujar Amanda, Iman ketawa.
”Taulah...aku pun tak nak perjudikan masa depan aku, elok-elok terang-benderang, langsung gelap gelita tak nampak bayang.” Ujar Iman, Amanda sekadar mengangguk, nak tengok je, iya ke tidak.
            Masing-masing kelam kabut menghabiskan makanan, mana boleh lewat nanti kurang markah. Mula-mula kenalah tunjukkan sikap mulia, nanti bila dah ditauliahkan sebagai seorang doktor, baru boleh tunjuk perangai sebenar. Hehehe.




            Sejak balik dari cafe tadi, Iman asyik  termenung memikirkan tentang rancangan untuk memastikan  si jerangkung menerima balasan. Sakit hatinya perlu dibalas, lelaki itu perlu tahu dengan siapa dia berdepan. Ini bukan sebarangan perempuan la, ini Iman. Kalau tak kuat menahan dugaan, tak adalah arwah ibu letak nama itu.
            ”Memang tak senang duduk la kau lepas ni, takkan ada ruang untuk bernafas.” ujar Iman perlahan.
            ”Kau ingat senang-senang je aku nak bagi kau peluang buli aku, macam aku ni tak de perasaan, hati batu. Kau ingat muka kau hensome.....kau boleh buat aku tergoda, jangan mimpi la jerangkung.” omel Iman lagi.
            ”Ye lah tu....entah-entah dalam hati ada taman.” sindir hatinya. Pantas si jiwa meningkah.
            ”Aci bertaruh 20 sen la kalau betul aku jatuh cinta kat jerangkung tu. Perangai macam hantu zombi, boleh jalan la.”  Air mineral dalam botol diteguk rakus, dahaga oo. Ingat guna otak ni, tak haus ke.




Iman berhenti sejenak, dia berjalan mengundur kebelakang dan berhenti tepat dihadapan pintu bilik Aisy yang tertutup rapat, gayanya seperti seorang perisik yang sedang melakukan tugasan mengintip untuk mencuri rahsia penting negara. Iman masih teragak-agak untuk membuka pintu, hatinya berbelah-bagi, dia menelan air liur.
”Iya insong mata kaji...sma ni seng..” Dihembusnya tombol pintu, kuat, nasib baik tak tersembur sekali dengan air liur. Iman tersenyum lebar, pintu ditolak perlahan, bimbang, takut-takut ada yang mendengar.
 Kakinya tanpa diarah terus melangkah masuk. Matanya tepat memandang sekeping potret besar. Gambar si jerangkung dengan ahli keluarganya, senyuman jahat mula terukir dibibirnya. Bila lagi nak  balas dendam, inilah masanya. Bukan senang dia hendak mencari idea yang kreatif, berjam-jam berfikir sampai otakknya terpaksa menghantar signal meminta dia berhenti mengerah tenaga otaknya untuk terus bekerja.
Matanya memandang sekeliling, memastikan tiada siapa yang melihat dia, untung juga hari telah lewat petang jadi tidak ramai orang yang berkeliaran dikawasan pejabat. Pantas tangannya menurunkan potret itu lalu dibawa keluar menuju ke bilik stor. Iman menyanyi riang, lagaknya seperti kanak-kanak rebina yang kegirangan.

            ”Gambar ni cantik tapi nampak macam ada yang kurang.....tak apa, jangan risau, aku touch up sikit biar nampak lagi cantik.” ujar Iman perlahan, dia memakai sarung tangan lalu botol berisi cecair putih dituang diatas kain buruk. Nasib baik wajah dia tak ada sekali dalam potret tu, kalau tak....fikir sepuluh juta kali jugak dia nak buat kerja ni.
            Baunya sudah cukup untuk menyesakkan saluran lubang hidungnya. Namun dia langsung tidak menghiraukan semua itu. Sehelai saputangan diikat menutupi separuh wajahnya.
 Tangannya lincah mengelap wajah Aisy Rayyan Ziqry. Selesai mengelap, diambilnya pula maker pen lalu dilukis sesuatu pada wajah itu. Iman tersenyum puas, gembira melihat hasil kerja tangannya yang dirasakan cukup cantik.
            ”Mesti semua orang akan terpegun melihat lukisan aku yang cantik ni dan tak mustahil ada yang sanggup tawarkan harga berjuta-juta rupiah untuk membelinya, jadi elok rasanya kalau aku cepat-cepat gantung kat hall.” bisik Iman perlahan.
            Pintu stor dibuka, kepalanya dijengah keluar. Dia perlu memastikan tiada siapa yang perasan perlakuannya. Kalau tidak macam mana nak jalankan misi berani mati.




            Langkah Iman terkedek-kedek menghampiri dinding hall, tangannya kemas memegang bingkai gambar yang besar. Huh...berat nak mampus, boleh patah tulang-temulang dibuatnya. Itulah....tak ada masalah, cari masalah. Kan dah menyusahkan hidup namanya.
            ”Adeh.......berat jugak gambar ni, aper lah orang-orang kaya ni, suka sangat bazirkan duit buat potret besar-besar. Snap gambar masuk dalam album dah la, tak pun framekan lepas tu letak atas meja....kan senang.” bisik Iman perlahan, takut kalau ada yang mendengar. Sehelai kain putih disangkut bagi menutupi bingkai gambar, tidak mahu sesiapa melihatnya sebelum tiba waktunya.
            ”Done...well, tomorrow i’ll be back.” Dia tersenyum, sempat lagi berselfi berlatarbelakangkan hasil kerjanya, siap dengan simbol peace lagi.

Iman cepat-cepat meninggalkan hall setelah selesai melakukan kerjanya. Mujur tidak ada yang mengambil peduli dengan apa yang dilakukannya, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Dia mengangkat beg sandangnya sebelum berlalu pergi. Esok pasti akan gempak.




Siulan kecil mengiringi kepulangan Iman petang itu, Amanda disebelah mengeling, hairan kenapa sahabatnya ini kelihatan senang hati sedangkan tengahhari tadi bukan main marah lagi, mesti ada sesuatu yang sudah dilakukan oleh gadis itu.
”Kau kenapa happy sangat ni?.” tanya Amanda pelik. Iman tersenyum.
”Happy pun salah ke?.” tanya Iman kembali.
”Tak lah.....tengahhari tadi bukan main moody lagi.” ujar Amanda.
”Itu tengahhari tadi...ini sekarang, lagipun dah time balik kan...haruslah kalau aku gembira.” Ujar Iman selamba, bahu Amanda dipaut lembut.
”Selalunya kalau kau gembira semacam...mesti ada benda yang jadi or bakal terjadi. Kau tengah plan sesuatu yek.” Tanya Amanda, Iman tayang muka selamba.
”Mana ada aku plan apa-apa...kau ni suka tau serkap jarang.” Ujar Iman, Amanda mengangkat kening,
”Kau jangan nak temberangkan akulah Iman....aku kenal kau dah lama, dah boleh baca hati kau tu.” Iman tersengih,
”Amboi...macam nujum lah kau ni, belajar dengan siapa? Nujum Pak Belalang?.” Tanya Iman, sudahnya dia dihadiahkan dengan satu cubitan. Iman ketawa,
”Kau tunggu je lah esok.....kalau kau nak tahu.” ujar Iman. Amanda menggaru kepalanya, susah betul nak korek rahsia.
            ”Ini mesti ada kena mengena dengan mamat yang muka macam John Loyd Cruz tu kan.” teka Amanda. Iman hanya tersenyum, dia mengangkat bahunya.
            ”Kau tunggu jelah esok, tunggu yek. ” ujar Iman, kunci rumah dikeluarkan, tombol pintu dipulas, dia dan Amanda melangkah masuk.

Beg sandangnya dicampakkan keatas katil, dia berbaring. Hatinya mengekek ketawa mengenangkan hasil kerjanya yang dianggap paling cantik pernah dihasilkan. Tak sia-sia bakat terpendam dalam dirinya, siapa kata seorang doktor tidak boleh menjadi anak seni. Janji pada dirinya untuk berubah menjadi baik terpaksa ditolak ketepi untuk seketika. Mana boleh biarkan orang buli dia tanpa dibalas. Kata ’anak jantan’, malulah kalau mengaku kalah sebelum berjuang.
”Hish tak sabar pulak nak tunggu hari esok menjelang tiba, kalau boleh subuh gajah lagi aku nak terconggok kat depan hall. Bukan apa, tak sabar nak tengok reaksi dia. Peh...mesti muka jerangkung tu akan bertukar jadi macam zombi kampung  pisang lagi.” ujar Iman, ketawa kecilnya kedengaran halus meniti bibir. Dia bangun semula, mencapai tuala sebelum keluar dan berlalu ke bilik mandi.

2 ulasan: