Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Selasa, 17 Mac 2015

Tawanan Cinta 17



BAB 17
                                                                                 

            Iman termenung dimeja, kebosanan melanda hidupnya bila terperap, terkurung begitu, rasanya seperti tinggal dipulau yang terpencil tanpa sebarang kemudahan. Sadis betul hidupnya, sudahlah hari-hari terpaksa mengadap muka si jerangkung.
“Bilalah aku nak discharge dari tempat ni, membosankan betul la.” Bebel Iman, dia menongkat dagunya dengan tangan. Ruang sekeliling dipandang, tiada apa yang menarik selain daripada peti-peti simpanan mayat yang bersusun.
Deringan handphone yang berbunyi membuatkan Iman, mengeluh…nada dering yang dikhaskan untuk si jerangkung menambahkan lagi rasa panas dalam hatinya. Deringan dibiarkan berhenti sendiri, dia langsung tak ada keinginan untuk menjawabnya.
“Kau menjeritlah sampai keluar anak tekak, tak ada maknanya aku nak jawab panggilan kau tu.” Marah Iman, dia bersandar dikerusi, kertas kosong diconteng dengan pelbagai perkataan, semuanya ditujukan pada si jerangkung.
Mulut ditutup dengan belakang tapak tangan, rasa mengantuk kembali menyerang. Kedinginan udara didalam bilik yang menggeletek sampai ke tulang membuatkan dia tidak berhenti-henti menguap  sehingga matanya mula berair.
Dentuman pintu yang ditolak dari luar mengejutkan Iman, suara ngauman sang singa membuatkan mata Iman kembali cerah. Kepala diangkat, dia melemparkan senyuman hambar, wajah yang paling dia tidak suka itulah yang selalu muncul dihadapannya, nasib baik tak berkampung dalam mimpinya sekali.
“Kau ni tak reti bagi salam ke?.” Tanya Iman, Aisy mendengus.
“Dah kau tu kenapa tak reti-reti nak jawab panggilan aku?.” Tanya Aisy pula, Iman mencemik.
“Penting sangat ke sampai aku nak kena jawab panggilan kau?.” Tanya Iman kembali, selamba, Aisy melangkah kedepan, wajahnya didekatkan dengan wajah Iman sehinggakan hidung mereka hampir bersentuhan.
            “Penting ke tak penting ke, itu soal kedua…bila aku call, tolong jawab.” Ujar Aisy, Iman mengeluh.
            “Kalau tak penting, buat apa aku nak jawab…lagilah kalau itu panggilan dari kau, tak ada kepentingan langsung.” Ujar Iman, dia kembali menjarakkan dirinya jauh dari Aisy.
            “Kalau tak penting…aku takkan call kau la budak tiga suku.” Ujar Aisy, geram, kesabarannya mula tercabar. Iman mengangguk.
            “Oh…kiranya tadi tu penting la, I’m sorry…” Ujarnya, tanpa perasaan bersalah membuatkan Aisy semakin bengang.
            “Let have some lunch.” Ajak Aisy, Iman membulatkan matanya.
            “Biar betul kau ni…buang tabiat ke apa?.” Tanya Iman, risau juga kalau lelaki itu pendek umur, tak pasal-pasal dia terpaksa tanggung dosa sebab tak sempat nak minta maaf.
            “Bukan aku la….nenek dengan mama. Aku lebih rela tak makan dari duduk makan berdua dengan kau tau.” Ujar Aisy, Iman ketawa, huh…patut la beria-ia sangat.
            “Macam la aku pun nak sangat makan semeja dengan kau.” Ujarnya, Aisy mengetap bibir.
            “Cepat la…diaorang dah tunggu tu, nanti bising pulak.” Ujar Aisy, dia berpusing dan berjalan menuju ke pintu, Iman bangun, mengekori langkah lelaki itu keluar sambil mulutnya tidak henti-henti membebel.




            Iman menutup menu ditangan, dia tidak perlu bersusah payah memilih apa yang mahu dimakan, maklumlah menjamu selera di Chicken Rice Shop, semestinya nasi ayam menjadi pilihan.
            “Wah…sedondong pulak kamu berdua hari ni, mama tak tahu pun kamu berdua ada citarasa yang sama.” Ujar Datin Munirah, Aisy dan Iman saling berpandangan, terkejut dengan penampilan mereka hari ini, serba peach.
            “Macam mana aku boleh tak perasan….aku dengan dia pilih warna yang sama. Ini yang rasa macam nak balik tukar baju ni.” Bisik hati Iman, dia sekadar melemparkan senyuman.
            “Betul-betul sehati sejiwa.” Ujar Puan Sabariah, Aisy tersengih.
            “Ini bukan sehati sejiwa…ini menyiksa jiwa.” Gumam hatinya.
            Nenek sebenarnya ada hal nak cakap.” Ujar Puan Sabariah. Dahi Iman dan Aisy sama-sama berkerut.
            “Pasal apa?.” Tanya Iman, ingin tahu.
            “Lunch masa kat rumah kita hari tu.” Ujar Puan Sabariah, Iman rasa nak tercekik, nasib baik nasi ayam yang dimakannya tak ada tulang, kalau tak…memang pendek umur la dia. Aisy memandang Iman, raut wajah mereka sedikit berubah.
            “Nenek tahu bukan Yuli yang masak hari tu, Iman kan yang buat semua tu?.” Tanya Puan Sabariah. Aisy terkejut, Iman  menelan air liur…kan betul tanggapan dia, memang wanita itu sudah syak.
            “Ma…ma..macam mana nenek tahu?.” Tanya Aisy. Puan Sabariah tersenyum.
            “Mesti la nenek tahu, nenek yang ajar Iman memasak…sejak umur dia 10 tahun lagi. Walaupun dia dah tak tinggal dengan nenek lagi, dah jarang masak untuk nenek tapi nenek tahu bezakan masakan dia dengan orang lain.” Ujar Puan Sabariah, Aisy dan Iman tunduk.
            “Nenek bukan nak marah, Cuma terkilan dengan cara kamu.” Ujar Puan Sabariah.
            “Iman bukan sengaja nek, niat Iman baik…Iman Cuma nak tolong dia, itu saja. Lagipun kalau nak tunggu dia masak, alamatnya sampai ke malam la kita tak makan. Dia tu, nak pegang ikan pun geli…inikan pula nak menyiangnya.” Ujar Iman, tak teragak-agak nak kutuk gadis itu depan teman lelakinya.
            “Tapi nek….tak semestinya dia tak boleh belajar, dia Cuma perlukan seorang pembimbing.” Ujar Aisy, Iman mencemik.
            “Nak belajar macam mana….pegang ikan pun macam nak tak nak, ayam lagilah…macam semua tu boleh hidup balik nak gigit dia.” Ujar Iman, Aisy menyiku lengan gadis itu, marah bila Iman tidak sudah-sudah mahu mengutuk Yuli.
            “Taulah awak tu terror, tak payahlah nak perkecilkan orang lain.” Ujar Aisy, Iman mengeluh.
            “Aku bukan nak tunjuk terror ke atau nak perkecilkan dia tapi dia tu sepatutnya tengok dan belajar macam mana aku buat, ini tak…boleh pulak korang berdua dating kat taman.” Ujar Iman, mempertahankan diri.
            “Dah kau jugak yang suruh kami keluar, kami keluar la.” Ujar Aisy, Iman menepuk dahi. Memang la dia suruh keluar, tapi itu sekadar bahasa kiasan, ada maksud tersirat disebaliknya, takkan itupun susah nak faham.
“Kalau betul dia tu nak belajar, dia takkan ikut cakap aku, bila aku suruh dia keluar…bebal.” Ujar Iman geram, mulalah mulutnya nak membebel sesuatu yang tak sedap untuk didengar.
“Iman..” Tegur Puan Sabariah, Iman menarik nafas, menyabarkan hati.
            “Kiranya kalau aku suruh korang berdua terjun lombong yang ada buaya….korang terjunlah.” Ujarnya lagi, Aisy tak jadi nak menjawab, dia menggeleng.
            “Sudah…sudah…asyik nak bergaduh je kamu ni, pantang bertemu muka.” Tegur Puan Sabariah. Aisy dan Iman sama-sama tunduk, takut bila mendengar suara mem besar yang sudah mula meninggi.
            “Nenek nak tanya Aisy….gadis macam tu ke yang Aisy nak jadikan isteri?.” Tanya Puan Sabariah. Aisy mengeluh, tangan wanita itu dicapai sebelum digenggam.
            “Nek…selama hari ni, Aisy tak pernah minta apa-apa pun dari nenek dan mama. Selama hari ni, Aisy ikut segala kemahuan nenek dan mama tapi hari ni Aisy nak minta nenek dan mama bagi peluang pada Yuli, pada Aisy untuk buktikan yang dia pilihan Aisy yang terbaik.” Ujar Aisy, berharap. Datin Munirah memandang ibu mertuanya, jelas kelihatan riak bimbang.
            “Baik…nenek bagi kamu berdua peluang kedua, malam ni…nenek nak dia masak untuk kita, tanpa pertolongan dari sesiapa pun…take it or leave it?.” Ujar Puan Sabariah, tu dia…musuh ketatnya dapat peluang kedua sedangkan dia tak. Iman meletakkan sudu dan garfunya, berdeting bunyinya….ini tidak adil.
            “Mana adil…dia dapat peluang kedua, Iman….” Rungut Iman, tak puas hati. Puan Sabariah tersenyum.
            “Aisy ada calon…Iman ada?.” Tanya Puan Sabariah, pantas Iman mengangguk.
            “Selain daripada si Arfan.” Ujar Puan Sabariah, Iman tunduk dan menggeleng. Puan Sabariah tersenyum sinis.
            “Ke kamu nak kawin dengan J-man?.” Tanya Puan Sabariah, mengusik. Iman pantas menggeleng.
            “Iman waras lagilah nek, memang la J-man tu kawan Iman tapi kami ni berbeza spesis.” Ujar Iman, hish mem besar ni, ada ke patut suruh dia kawin dengan J-man.
            “J-man tu siapa mak?.” Tanya Datin Munirah pelik, selalu jugak dia mendengar Iman menyebut tentang nama itu bila berbual dengan ibu mertuanya.
            “Lembu jantan yang Iman jaga dari kecil.” Ujar Puan Sabariah, dia ketawa kecil.
            “Boleh pulak kamu berkawan dengan lembu Iman…dah tak ada orang ke yang kamu nak jadikan kawan.” Datin Munirah menggelengkan kepala. Iman tersenyum,
            “At least dia tak pernah sakitkan hati Iman macam orang tu.” Aisy mengetap bibir, tahu sangat kata-kata itu ditujukan pada dia.
            “Dia faham ke apa yang kau cakap.” Tanya Aisy, mengejek. Iman mengangguk, laju-laju.
            “Kau mana tahu, kau tak pernah cakap guna bahasa lembu.” Ujar Iman, dia mencemik. Puan Sabariah menggelengkan kepalanya, makin dibiarkan, makin melarat pula pertengkaran mulut mereka. Dia berdehem, mahu menghentikan perbalahan mereka berdua.
            “Kamu fikir dulu, nak terima ke tak. Nenek nak ke toilet sekejap.” Ujar Puan Sabariah, Datin Munirah turut bangun.
            “Mama pun nak pergi toilet jugak.” Puan Sabariah mengangguk, mereka melangkah meninggalkan meja makan. Iman berpaling kearah Aisy, koler baju lelaki itu ditarik mendekatinya.
            “Kau better suruh dia buat betul-betul, jangan gagal. Aku tak nak lalui penyiksaan hidup kena kawin dengan kau tau tak.” Ujar Iman, Aisy tersenyum, tangan Iman ditolak, dia membetulkan tienya yang senget.
            “Kau tak payah nak bimbang…aku pun tak ada niat nak jadi suami kau lah, dalam mimpi pun tak ingin.” Ujar Aisy, Iman mengangguk.
            “Baguslah kalau macam tu, tak adalah aku mimpi ngeri tiap-tiap malam.” Ujarnya membuatkan Aisy membulatkan matanya, tak sayang mulut betul. Iman buat bodoh, langsung tak pedulikan jelingan maut Aisy, dia lebih seronok menikmati nasi ayamnya.



            Iman tersentak bila mejanya diketuk kuat beberapa kali, cepat-cepat dia menggumpal kertas yang dipenuhi dengan segala macam kutukkan pada Aisy dan Yuli, siap dengan gambaran wajah lagi, kelam-kabut seketika.
            “Doktor Sara….what the hell are u doing?.” Iman mengigit bibirnya, dia terdiam seketika, tak sempat hendak dijawab soalan itu, suara yang bertanya tadi mengundang kemusykilannya.
            “Start bila pulak suara si jerangkung ni berubah jadi suara perempuan.” Bisik hatinya, wajahnya diangkat, dia mencemik.
            “Kau ni nak rasa makan tangan aku ke?.” Tanya Iman, Amanda ketawa.
            “Takut jugak kau yek…ha, tu la, buat lagi kerja yang tak berfaedah.” Ujar Amanda.
            “Itu bukan takut…itu reaksi spontan la.” Ujar Iman, Amanda menggeleng, iyalah spontan, sebenarnya takut tapi tak nak mengaku.
            “Yang kau ni pulak, buat apa kat sini…berani pulak kau masuk.” Ujar Iman. Amanda tersengih.
            “Takut jugak tapi terpaksa beranikan diri, dah nasib aku  dapat kawan yang pekak badak…panggil sepuluh kali pun tak dengar.” Ujar Amanda, Iman mengecilkan matanya, mulut si Amanda ni memang tak ada insuran.
            “Kau nak apa datang sini?.” Tanya Iman. Amanda tersengih, kepalanya digaru perlahan.
            “Memandangkan kau tak ada kerja penting nak buat selain dari jadi jaga, jom aku belanja kau minum petang.” Ajak Amanda, Iman memandang wajah dihadapannya hairan.
            “Baiknya nak belanja aku minum, ada apa-apa ke?.” Tanya Iman, Amanda menggeleng.
            “Saja je lah.” Ujar Amanda, Iman mengangguk.
            “Elok juga tu.” Ujar Iman, setuju.
            “Ramzi…saya nak pergi minum sekejap, kalau ada apa-apa…awak call saya.” Ujar Iman, Ramzi mengangguk. Tangan Amanda dicapai, mereka berlalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan