Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Isnin, 9 Mac 2015

Tawanan Cinta 9



BAB 9
                                                                       

Iman berjalan perlahan seperti biasa walaupun hatinya bagaikan sudah tidak sabar untuk melihat apa yang berlaku hari ini. Nun dikejauhan, ramai kakitangan, pesakit dan orang ramai berdiri dihadapan hall. Mereka sedang mengerumi sesuatu dan dia tahu apa yang telah menarik minat mereka.
            “Asal ramai sangat orang kat hall tu?.” Tanya Amanda, dia mencuit bahu Iman tetapi gadis itu hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu atau sebenarnya pura-pura tak tahu, hipokrit betul.
            “Ada artis datang kot…tak pun ada Karnival Jom Heboh TV3.” Ujar Iman, mengusik, Amanda menepuk bahu itu kuat, suka sangat main-main.
            “Jom kita pergi tengok.” ajak Amanda, dia menarik tangan Iman sebelum menyusup dicelah-celah orang ramai.
Amanda melopong, tangannya pantas menutup mulutnya yang terbuka luas. Dia berpaling kearah Iman, gadis itu turut sama menunjukkan reaksi yang sama sepertinya tadi. Isyarat matanya menghantar pesanan. Patutlah sejak semalam gadis itu menunjukkan rasa gembira yang melampau, rupanya sesi balas dendam sudah bermula.
“Hish…kerja siapa la tu…nampak sangat ada orang tak sukakan dia..kan.” Ujar Iman, kepalanya digeleng beberapa kali. Amanda mengecilkan matanya, macam la dia tak tahu kerja siapa.
            “Mesti kerja kau kan.” Iman pantas menggeleng. Tangan Amanda ditarik, mereka berlalu meninggalkan hall menuju ke kafé. Sempat dia berpaling kearah orang ramai yang masih tidak berganjak.
            “Fuh…cantik giler lukisan aku, kalau masuk bertanding ni, mesti menang tempat pertama.” bisik hati kecil Iman sambil ketawa sakan.
            “Memang kerja kau kan.” Tekan Amanda lagi, si Iman ni bukan boleh percaya sangat pengakuan penafian dia tu.
            “Kau tak baik tau fitnah aku…aku tak buat la kerja-kerja tak berfaedah tu semua.” Ujar Iman, mempertahankan diri. Amanda mengangkat keningnya, ingat dia nak percaya.
            “Aku bukan baru kenal kau sehari dua la Iman…aku tahu tu memang kerja kau.” Ujar Amanda, Iman tersengih, susah jugak nak tipu budak ni.
            “Kalau dia tahu tu kerja kau…habis la kau, kena kerat 10 bahagian.” Ujar Amanda, Iman ketawa mengekek-ngekek, geli hati benar dia.
            “Ada aku kisah…yang penting dendam aku semalam dah terbalas. Lepas ni jangan kata nak kerat aku 10 bahagian, nak awet aku jadi mumia pun aku tak kisah.” Ujar Iman, dia terus ketawa tanpa mempedulikan Amanda yang kelihatan agak risau.
            “Dah la doktor Amanda oi…tak payah buat muka macam ayam berak kapur tu, tak payah nak risau tak bertempat. Dia tak boleh buat apa-apa pun pada aku.” Ujar Iman, tangan Amanda ditarik menuju ke kafetaria.
            “Kau ni memang suka cari pasal la Iman.” Omel Amanda, kepalanya digeleng. Iman sekadar ketawa kecil,
            “Orang kata…harimau yang tengah tidur, jangan dikacau nanti nahas. Siapa yang susah, diri sendiri jugak yang akan menanggung akibatnya.” Ujar Iman sambil tersenyum, bahu Amanda ditepuk perlahan.
            “Banyak la kau punya harimau…kejap lagi tinggal nama jelah kau, itupun kalau nama kau tu wujud lagi, tah-tah kena blacklist.” Ujar Amanda, Iman ketawa.
            “Ala…sebelum-sebelum ni pun, nama aku memang dah ada dalam senarai blacklist dia, aku nak hairan apa.” Ujar Iman, tanpa rasa bimbang.
            “Tapi bagus jugak kan….kau pun boleh tumpang bangga bila tengok nama aku nanti terpahat dalam lipatan sejarah melayu sebagai seorang srikandi yang berjuang menentang ketidakadilan.” Balas Iman, Amanda mengetap bibir, orang serius…dia boleh main-main pulak.
            “Sejarah melayu konon…ingat kau tu Tun Fatimah ke apa.” Ejek Amanda, Iman tersengih.
            “Tun Fatimah tu tak la…tapi saudara bau-bau bacang dia mungkin kot.” Amanda menumbuk dadanya kuat, sakitnya jiwa. Dalam keadaan yang genting macam ni, boleh lagi dia buat macam tak ada apa yang akan berlaku.
            “Aku tak tahu nak cakap apa lagi Iman…lantak kau la, kau yang buat…kau sendiri yang tanggung.” Desis Amanda perlahan, kelakuan Iman yang selamba hanya mampu dilihat dengan elengan kepala.
            Kepalanya disandarkan ke kerusi, dia tersenyum puas. Lega hatinya bila lukisannya menjadi tumpuan orang ramai. Perut kenyang, hatinya pun senang. Hari-hari seterusnya yang bakal dilalui pasti menjanjikan kebahagiaan, fikirnya.
            “Ambik kau, padan muka. Ingat senang-senang aku nak biar kau buli aku. Ini Iman la, budak tomboy nakal Kampung Balok, takkan kau tak kenal. ” ujarnya bangga.
Siapa tak kenal dia masa kat kampung dulu, budak paling banyak kena rotan. Gara-gara dia, Tok Imam Haji Sidek masuk hospital, akibat terperanjat disakat ‘si pocong’ ketika dalam perjalanan balik dari masjid. Sudahnya dia didenda bersihkan masjid selama sebulan.
Itu belum lagi masuk tindakan ‘tak sengaja’ bocorkan sampan Tok Hamat sampai jadi tukun ikan disungai, makan buah rambutan Mak Jenah, pendek kata semua kerja yang tak berfaedah dia buat, tak ada satu pun yang tertinggal dalam dairi hidupnya.
            Tapi itu dulu, masa dia belum akil baligh, sekarang dah berubah. Dia tak buat lagi kerja-kerja itu semua, dah jadi perempuan melayu terakhir gitu. Bersopan-santun, berbudi bahasa….ayu lagi. Amboi…..masuk bakul angkat sendiri Nampak. Padahal, sejak semalam….dah berubah jadi kawan setan.
            Iman tersentak bila terdengar pintu ditolak kuat, hampir terjatuh dia dari kerusinya. Nun dimuka pintu, Aisy berdiri dengan wajah yang merah menyala menahan marah. Ditangannya terpegang kemas bingkai gambar. Iman mencemik.
            “Kau nak apa datang sini, nak daftar nama kat peti mayat ke?.” Tanya Iman selamba.
            “Ini kerja kau kan?.” Tanya Aisy, Iman mengangkat bahu, tayang muka 5 sen.
            “Kau ni dah melampau tau tak.” marah Aisy, bingkai gambar itu diletakkan dihadapan Iman.
            “Mak aiii, cantiknya.” ujar Iman, dia tersenyum lebar. Aisy bertambah berang.
            “Aku memang dah agak ni kerja kau.” tuduhnya lagi.
            “Eh.…hello, jangan suka nak buat fitnah ok. Tak ada  maknanya aku nak buat kerja yang tak berfaedah ni tau.” ujar Iman membela diri. Aisy mendengus.
            “Tak payah nak cari alasan la, macam aku tak tahu ni kerja kau.” ujar Aisy, Iman ketawa.
            “Dah tu.…buat apa tanya lagi. Elok apa lukisan ni tergantung kat hall, semua orang boleh tengok. Walaupun aku ni doktor, tapi aku ada jugak bakat melukis macam kak Yana.” ujar Iman, dia bersandar di mejanya.
            “Kau…..” Aisy terdiam, menarik nafas panjang, cuba menahan marah dihati. Kalau diikutkan hatinya yang sedang panas ni, mahu saja gadis itu disumbat masuk kedalam peti mayat, biar beku seumur hidup.
“Cantik apa gambar kau tu, hidung  mancung, mata bulat. Bukan senang tau aku nak lukis, ambik masa berbulan-bulan tau nak touch up.” ujar Iman, sengaja membangkitkan kemarahan Aisy.
Mesti korang nak tahukan macam mana rupa Aisy yang aku lukis, korang pernah tengok cerita Harry Potter And The Chamber Of Secret…mesti pernah kan, jadi korang mesti kenal dobby, makhluk pendek yang datang jumpa Harry tu, gitulah jugak muka Aisy kat dalam potret, sama sebijik. Jadi memang patutlah kalau dia marah, muka hensome macam John Loyd Cruz disamakan dengan makhluk hodoh, kerja siapa, aku la tu.
            “Aku nak kau baiki balik potret aku yang kau dah rosakkan ni.” Arah Aisy. Iman mencemik lagi.
            “Tak kuasa aku nak layan, potret kau…..kau pergilah baiki sendiri.” ujar Iman, geram. 
            “Eh perempuan, kau tahu tak. Aku baru fikir nak kembalikan tugas kau yang asal, tapi bila kau dah buat macam ni……aku tarik balik semua tu. Kau duduklah kat sini sampai bila-bila.” ujar Aisy, sebelum berlalu pergi.
“Eh lelaki…..kau ingat aku hairan sangat, kau nak tukar aku kat jamban sekalipun…..ada aku kisah, boleh jalan la.” jerit Iman tatkala Aisy hampir melepasi pintu, serentak dengan itu kedengaran pintu dihempas kuat. Iman tersenyum, yesss menang lagi.
            “Maaf ya tuan-tuan dan puan-puan…adengan tadi tak sesuai untuk tontonan umum, klasifikasi 18 SG. Jadi kita tukar siaran ke tv Al-Hijrah dan Astro Oasis.” Ujarnya sambil memasang bacaan ayat-ayat al-quran yang tersimpan dalam memori mp3nya. Seberani-berani dia, masih ada benda yang mampu melemahkan semangatnya.

            Aisy menumbuk mejanya, perasaan marah sudah tidak dapat dibendung lagi. Ini kali kedua dalam seumur hidupnya, dia menerima tamparan hebat sebegini. Dia tidak boleh membiarkan Iman memperkotak-katikkannya, dia perlu menunjukkan kuasa dia yang sebenarnya.
            “Apa aku nak buat dengan budak tiga suku ni?. Nampak macam semua rancangan aku tak jalan.” bisik Aisy perlahan. Aisy mengangkat wajahnya bila kedengaran pintu biliknya diketuk.
            “Ya Amsyar….ada apa?.” tanya Aisy. Amsyar menggaru kepalanya.
            “Doktor Rayyan…boleh tak turun kejap, kita ada masalah kat bahagian kecemasan.” ujar Amsyar, Aisy mengerut dahinya.
            “Masalah apa?.” tanya Aisy.
            “Lebih baik kalau Doktor tengok sendiri.” ujar Amsyar, Aisy bangun dan mengekori langkah Amsyar menuju ke tingkat bawah.




            Bunyi suara seorang perempuan menjerit marah kedengaran membingitkan telinga.  Rata-rata pelawat dan pesakit luar yang datang untuk mendapatkan rawatan, kelihatan tertanya-tanya tentang apa yang sebenarnya berlaku. Aisy berjalan menghampiri sebuah bilik rawatan, dia menjenguk kedalam.
            “Yuli…..kenapa ni?.” tanya Aisy.
            “Ziq…..” panggil Yuli manja.
            “Kenapa dengan tangan u tu?.” tanya Aisy.
            “Kena pisau, sakit…” ujar Yuli lagi., manja. Pandangan matanya dialih pada seorang gadis yang berdiri ditepinya.
            “Kenapa tak rawat lagi pesakit ni?.” tanya Aisy. Jururawat yang bertugas mengeluh.
            “Doktor yang bertugas sedang merawat pesakit. Seorang mangsa kemalangan baru sahaja dihantar ke bahagian ini. Jadi kena tunggu sebentar.” ujar Gina. Aisy mengangguk, faham.
            “Tunggu kejap, nanti diaorang datang.” pujuk Aisy, Yuli menggeleng.
            “I nak sekarang jugak….. I tak nak tunggu, u sajalah yang ubatkan I sekarang. ” ujar Yuli.
            “I tak boleh, I ada pembedahan sekejap lagi.” ujar Aisy. Jam ditanganya dipandang sepintas lalu. Dia tidak punya banyak masa untuk melayan kerenah Yuli, ada perkara yang lebih penting yang memerlukan perhatiannya.
            “I tak kira, I nak u rawat I sekarang jugak.” bentak Yuli lagi, kakinya dihentak ke lantai berkali-kali. Aisy menggeleng.
            “Kalau u tak boleh nak tunggu, biar Gina yang rawat luka u.” Ujar Aisy, memberi cadangan.
            “I tak nak nurse yang rawat I, I nak u…faham tak.” Bentak Yuli, Aisy mengeluh.
            “Apa bising-bising ni?. ” Tanya Iman, langsir yang menutupi bilik rawatan diselak.
            “Kenapa tu?.” Tanya Iman lagi. Gina cepat-cepat berbisik, menerangkan tentang situasi yanng sedang mereka alami.
            “Oh….tak apa biar saya yang rawat dia.” ujar Iman, dia menarik sebuah kerusi sebelum duduk.
            “Kau jangan nak mengada-gada sentuh dia ok.” Marah Aisy. Iman tersenyum.
            “Ada aku kisah, tanggungjawab aku selamatkan pesakit. Aku peduli apa kau bagi ke tak bagi aku sentuh dia.” ujar Iman. Sarung tangan getah dicapai.
            “Kan aku kata jangan sentuh dia.” ujar Aisy.
            “Hello…..tolong jangan libatkan orang lain dalam masalah peribadi kita. Urusan kita berdua, biar kekal sebagai urusan kita. ” ujar Iman.
            “Imannnn…” Jerit Aisy. Iman berhenti seketika.
            “Ok….fine, kalau kau nak tunggu doktor lain, silakan. Tapi kau kena ingat, kalau apa-apa berlaku pada dia, kau pikul tanggungjawab tu. Jangan salahkan aku. ” ujar Iman, dia bangun.
            “Sayang please….kalau u tak boleh rawat I, biar dia yang rawat…I dah tak boleh tahan sakit ni. ” rayu Yuli. Aisy mengeluh.
            “Ok…ok….buatlah apa yang kau perlu buat. Aku pun nak tengok sejauh mana kehebatan kau. ” ujar Aisy, mengalah akhirnya. Iman tersenyum sinis.
            “ What the magic word?. ” tanya Iman. Aisy mengetap bibir.
            “Pleasessss. ” ujarnya geram. Iman menganggukkan kepalanya, luka dijari Yuli diperhati.
            “Tak adalah parah sangat, sikit je ni...” Ujar Iman, dia tersenyum. Walaupun agak dalam, tapi tak sampai kena jahit.
            “Cik ada penyakit kencing manis?.” Tanya Iman, bulat mata Yuli mendengar pertanyaan gadis itu.
            “Are u nut’s…I’m a healthy person, tak ada sebarang penyakit.” Ujar Yuli, masam wajahnya.
            “Saya Cuma nak pastikan saja, tak perlulah nak marah-marah.” Ujar Iman, bekas berisi kapas dan ubat diambil. Iman tak jadi untuk meneruskan kerjanya, dia tiba-tiba perasan sesuatu.
            “Ha…buat apa lagi tercegat kat sini…kata ada operation tadi, pergilah bersiap.” Ujar Iman, menghalau. Aisy tersenyum.
            “Dan biarkan kau buat kerja sendiri tanpa pengawasan…oh, tak mungkin Doktor Sara….tak mungkin.” Ujarnya, Iman mencemik, tak nak pergi sudah, ada dia takut…sikit pun tak.




            Iman mengetap bibirnya, belum pegang lagi dah menjerit macam nak terkeluar anak tekak. Luka tak seberapa, action je lebih. Iman menarik nafas panjang, beristifar dalam hati, memohon agar dikurniakan kesabaran yang tinggi.
            “Sabar Iman…sabar, bawa mengucap.” Pujuk hatinya, cepat-cepat dia beristifar, membuang semua perasaan negatif dalam diri.
            “Cik….tolong duduk diam boleh tak, bila cik bergerak macam ni….susah saya nak cuci luka cik. ” ujar Iman lembut.
            “Sakit la bodoh….. ” marah Yuli, Iman bersabar.
            “Saya dah buat habis perlahan dah ni, dengan penuh kasih sayang lagi. ” ujar Iman lagi dengan senyuman yang manis.
            “Kau tak faham bahasa yek, aku kata sakit…sakit lah. ” tengking Yuli, dia mendengus. Iman menarik nafas.
            “Cik….saya kena cuci luka ni, takut nanti ada jangkitan kuman. ” ujar Iman lagi cuba bersabar walaupun kemarahan mula meluap.
“Hei…sakit la, kau ni tahu buat kerja ke tak?. Sayang……tengok la perempuan ni, sakit tangan Yuli ni. ” adu Yuli, Iman mengetap bibir, ini sudah lebih, sekali dua boleh la bersabar tapi masuk kali ketiga…..pasu bunga berisi air dicapai dan diangkat lalu disimbah kemuka Yuli, puas hati.
            “Hei…” jerit Yuli, semua yang berada disitu tergamam, namun diwajah masing-masing tergambar satu kepuasan.
            “Iman, apa kau buat ni?.” tanya Aisy, dia bangun.
            “Nak sedarkan buah hati kau ni…..nak ingatkan dia yang ini hospital bukan pasar malam….nak terjerit, terlolong macam penjual barang tiga sepuluh.” ujar Iman, geram.
            “Sayang….” manja suara Yuli memanggil Aisy.
            “Geli tekak aku, loya tau tak, sayang konon.” bisik hati Iman.
            “Eh perempuan….aku ni dah kira berlemah-lembut tau tak. Luka tak seberapa, menjerit je lebih. Malang mak bapak kau dapat anak macam kau ni tau tak, tak ada adat sopan dan lebih malang lagi cikgu yang ajar kau, sebab ilmu yang dia curah, kau tak guna dengan baik.” ujar Iman. Ha kan tak pasal-pasal dapat ceramah percuma. Aisy melopong, berani betul.
            “Kalau aku ni mak kau, dah lama aku sebat punggung kau tu dengan ranting pokok senduduk, dasar budak tak makan diajar.” ujar Iman lagi, dia bangun, langsir diselak.
            “Nurse.…awak je lah yang uruskan perempuan ni, saya dah tak ada mood nak rawat dia, takut nanti saya tersilap jahit pulak. Lagi satu, kalau dia menjerit lagi, kasi  jahit je mulut dia.” ujar Iman, dia terus berlalu.
            “Hish…kalau aku tahu nak jadi macam ni, baik tak payah ringan tangan nak tolong tadi.” Rungut Iman, menyesal. Amanda yang menyaksikan adengan tadi tersenyum, ibu jarinya diangkat. Kalau dia ditempat Iman tadi, pasti itu juga yang dilakukannya.
Sesekali mereka ini perlu diajar bagaimana untuk menghormati orang lain, belajar bersabar. Biar mereka tahu, sebagai seorang doktor, pesakit yang memerlukan rawatan segera perlu diutamakan terlebih dahulu .




            Bahu Iman dipaut lembut, mereka berjalan beriringan,
            “Hebat la ceramah kau tadi, Iman…superb.” Puji Amanda, Iman mengangguk.
            “Mestilah…kalau tak hebat, orang tak panggil aku Doktor Sara pulak.” Amanda mencemik, berlagak la pulak, pantang puji sikit.
            “Tapi kot ya pun, tak payah la melampau sangat…ada ke patut pergi simbah muka dia dengan air, tak agak-agak.” Ujar Amanda, Iman mencemik.
            “Memang kenalah dengan dia, siapa suruh naikkan darah aku.” Ujar Iman, pinggan Amanda dipeluk erat, lagaknya macam pasangan kekasih.
            “Macam tak ada cara lain.” Desis Amanda.
            “Tu je caranya nak sedarkan dia, takkan nak biarkan dia terpekik terlolong macam burung kuang. Buatnya kat katil sebelah ada pesakit yang ada lemah jantung, tak sempat nak diselamatkan terus gol, siapa nak bertanggungjawab…kau. ” Ujar Iman, Amanda tersengih, cepat-cepat dia menggeleng.
            “Aku memang respect lah kau, terkunci terus mulut perempuan tu, tak boleh nak jawab apa.” Ujar Amanda, Iman mengangguk.
            “Itulah hasil didikan mem besar aku…pesan dia, kalau nak bagi ceramah…biar penuh dengan motivasi, baru cepat lekat kat otak…tak der la masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.” Ujar Iman, Amanda ketawa…banyak la kau punya motivasi.
            “Tapi kan Iman…aku tak rasa Doktor Rayyan akan biarkan kau, lepas apa yang berlaku tadi, dia mesti akan ambil tindakan tegas.” Ujar Amanda, risau. Iman menepuk bahu gadis itu, memintanya bertenang.
           

“Chilllex la…apa lagi yang dia boleh buat kat aku, dia nak campak aku kemana lagi? Nak buang aku? Memang sengaja cari nahas la dia.” Ujar Iman, dia tahu, seteruk-teruk Aisy, lelaki itu  tidak akan berani mengambil keputusan untuk membuangnya dari sini, paling kurang pun kena tindakan tatatertib.
            “Dah la…aku blah dulu, kan jerangkung tu tengok aku ada kat sini lagi, runtuh pulak bangunan hospital ni…tak pasal-pasal kita semua tak de kerja.” Amanda mengangguk, mereka berpisah arah.




            Yuli menahan marah, tidak pernah ada sesiapa berani meninggikan suara padanya sebelum ini. Tapi hari ini, dia bukan saja dimarahi malah maruahnya dipijak. Dia hanya memandang Iman dari jauh.
            “Tunggu lah kau, satu hari nanti aku akan balas. Lebih dari apa yang aku dapat hari ni.” bisik hati kecil Yuli. Sakit dijari sudah tidak terasa, luka dihati lebih parah.




            Iman melepaskan keluhan lega, puas hatinya dan apa yang lebih menggembirakannya bila melihat muka kedua-duanya berubah, dia tahu kemarahan Aisy hampir mancapai tahap takat didih, rasanya bila-bila masa saja boleh meletup.
            “Hurm…elok sangat la pasangan merpati dua sejoli tu, sorang gila…sorang lagi sewel. Yang doktor dan nurse perempuan kat hospital ni pulak, apa yang dipandangnya pada si jerangkung tu. Aku tengok tak ada lah hebat sangat, setakat muka macam John Loyd Cruz…hensome lagi Shinhwa aku.” Bebel Iman sendiri. Tiba dihadapan pintu bilik mayat, dia berhenti. Air liur ditelan, tangannya sekadar memegang tombol pintu, tak ada niat untuk memulasnya.
           
“Ni satu lagi benda yang aku tak suka, sampai bilalah aku nak kena lepak kat sini. Macam manalah si jerangkung ni boleh terfikir nak letakkan aku kat sini. Kot ya pun nak balas dendam, carilah tempat elok sikit.” Gumam Iman, pintu ditolak perlahan, rela dalam paksa, sempat dia menjenguk, seram.
            Iman mengeluh bosan, tak tahu hendak buat apa. Nak layan facebook dan Whatssup, line internet macam siput khinzir. Mentang-mentanglah dia duduk kat tempat tersorok macam ni, saja je nak dera emosinya yang dah semakin tak stabil.
            “Huhuhu…boringnya. Nak buat apa ni?.” Tanya Iman sendiri. Dia memandang sekeliling, sunyi. Teman yang ada pun tak boleh membantu. Iman menjuih bibirnya, layan Shinhwa sajalah.




Aisy memicit kepalanya, pening memikirkan sikap Iman. Gadis itu sudah melampau, sanggup mencemarkan nama baik Hospital, sehinggakan dengan dia-dia sekali terpalit malu.
Apa kata orang luar bila melihat kelakuan Iman, pasti mereka menganggap semua doktor disini mempunyai sikap begitu. Dia harus melakukan sesuatu sebelum terlambat. Gadis itu harus diberi amaran, mungkin tindakan tatatertib boleh membantu membetulkan tingkah laku dan sikapnya.
“Hairan jugak aku, dengan orang lain dia boleh pulak bersopan santun, cakap lemah lembut. Tapi dengan aku, asyik cari pasal je. Gara-gara dia, malu aku dengan Yuli. Kasian dia, terpaksa tahan malu akibat dari sikap budak tiga suku tu. Aku kena ajar dia, biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah.” marah Aisy, jarinya digenggam kuat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan