Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Rabu, 18 Mac 2015

Tawanan Cinta 18



BAB 18
                                                                               

            Bunyi ketukan pada pintu mematikan bacaan Iman, dia bangun lalu melangkah menuju ke muka pintu. Tombol pintu dipulas, terjengul wajah Aisy. Iman mempamerkan wajah cuak.
            “Kau nak apa?.” Tanya Iman, tubuhnya disandarkan dipintu.
            “Tak nak turun?.” Tanya lelaki itu, Iman tersenyum sinis.
            “Perlu ke?.” Tanya Iman, Aisy mengangguk.
            “Mestilah…kan bakal madu kau datang.” Ujar Aisy. Iman membulatkan matanya.
            “Excuse me…madu? Huh…madu tok hang. Tak hingin tau tak aku nak jadi madu dia apatah lagi nak jadi bini kau….lempang sepuluh kali pun belum tentu aku nak setuju.” Ujar Iman, dijelirnya lelaki itu.
            “Jangan berlagak sangat…kan jadi betul-betul menyesal seumur hidup.” Ujar Aisy, mengingatkan. Iman pantas menggeleng.
            “Kalau betul…aku lebih rela lari masuk wad sakit jiwa.” Ujar Iman, Aisy ketawa kecil.
            “Tak payah susah-susah nak masuk wad sakit jiwa…aku tengok kau duduk dalam bilik mayat tu pun dah macam orang gila.” Ujar Aisy, Iman menggenggam tangannya, diacu penumbuknya pada lelaki itu.
            “Blah la…pergi tolong bakal bini kau tu masak, karang kebulur semua orang dalam rumah ni. Lagi satu, tak payah panggil aku makan, aku puasa sunat hari ni.” Ujar Iman seraya menutup pintu bilik, berdentum bunyinya. Aisy menggeleng, dia terus berlalu turun.
            “Iman mana?.” Tanya Ilyana.
            “Dalam bilik.” Ujar Aisy, punggungnya dilabuhkan disebelah Amirul. Ilyana mengerutkan dahinya.
            “Kenapa dia tak turun?.” Tanya Ilyana.
            “Dia kata dia puasa sunat hari ni, jadi dia tak nak makan.” Ujar Aisy.
            “Puasa sunat??.” Ujar seisi keluarga serentak, Aisy mengangguk.
            “Mengarut betul budak ni, mana ada orang puasa sunat malam-malam buta.” Tingkah Puan Sabariah, kepalanya digeleng.
            “Tengahhari tadi bukan main lagi, dia balun nasi ayam…bila masa pulak dia pasang niat puasa.” Ujarnya lagi, Datin Munirah mengetap bibir, cuba menahan ketawa.
            “Biarlah mak…dia penat agaknya, nanti kalau dia lapar…turun la dia.” Ujar Datin Munirah, memujuk. Puan Sabariah mengeluh, entah apa nak jadi dengan cucunya yang sorang itu.




            Maggi cup dikeluarkan dari beg galas, nasib baik ada bekalan talian hayat, kalau tidak mati kebulur la dia. Bukan sengaja tak nak turun, tapi dia masih sayangkan nyawanya.
            “Macam manalah agaknya diaorang tu semua, hidup lagi ke tak lepas makan masakan cik Guli tu.” Bisiknya perlahan, sadis bunyinya macamlah si Yuli tu pembunuh bersiri. Kepalanya digeleng beberapa kali, bimbang juga dia kalau-kalau seisi rumah terkena keracunan makanan.
            “Aduh…aku nak masak maggi ni pakai apa, air liur..” Dahinya ditepuk, apalah bengap sangat dia ni, patutnya tadi dia bawa air panas naik. Kepalanya digeleng beberapa kali, tak sanggup dia nak turun semula.
            “Kalau aku call telefon rumah, minta tolong mak Yam ambilkan air panas, agak-agak nak ke mak Yam tolong aku dalam keadaan gawat macam ni.” Omel Iman sendiri, kepalanya digeleng.
            “Jangan tempah maut Iman…kang tak pasal-pasal melayang termos air panas atas kepala, dah cacat seumur hidup.” Ujarnya lagi, memujuk hati memintanya bersabar.
            “Hurm…nampak gayanya kena tunggu semua orang selesai makan la baru aku boleh turun.” Dia mengeluh, tubuhnya pantas dihempas keatas katil.
            Bunyi ketukan mengejutkan Iman, dia berjalan menuju ke pintu, tombol dipulas, terjengul wajah mak Yam dengan senyuman manisnya. Iman turut sama tersenyum, isyarat bertanya diberi.
            “Nenek kamu suruh turun…dia kata esok-esok je sambung puasa sunat tu.” Ujarnya, tersengih. Iman mencemik.
            “Iman kenyang lagi la, makan jelah dulu.” Ujar Iman, menolak. Mak Yam menggeleng, tangan Iman ditarik supaya mengekorinya turun.
            “Iman tak nak la mak Yam.” Bentak Iman namun wanita itu berpura-pura tidak mendengar, tangan Iman terus ditariknya.




            “Hidangan dah siap….jemputlah semua.” Panggil Yuli sebaik sahaja dia selesai menghidang. Iman masih tidak berganjak, dia berdiri statik ditempatnya sementara yang lain sudah mula melangkah menuju kearah meja makan.
            “Nur Iman Qaisara…” Panggil Puan Sabariah kuat bila melihat gadis itu masih tidak bergerak, cepat-cepat Iman melangkah mengekori belakang Ilyana, takut benar dia dengan mem besar.
            Iman mengangguk, meja makan penuh dengan pelbagai hidangan, baunya saja sudah membangkitkan selera tapi dia tidak mahu membuat kesimpulan awal, selagi belum merasa dia takkan memberi sebarang komen.
            “Not bad…” Puji Iman bila isi ayam masuk ke mulutnya. Walaupun agak tawar sedikit, tapi masih boleh diperbaiki.
            “Percubaan pertama kamu dikira Berjaya, walaupun ada kekurangan tapi boleh diperbaiki. Kamu kena banyak belajar.” Ujar Puan Sabariah, memuji. Yuli tersenyum, tak sia-sia dia mengkaji buku resepi biarpun dalam tempoh masa yang singkat.  Aisy mengangkat ibujarinya membuatkan senyuman Yuli bertambah  lebar.
            “Rasa ni.” Ujar Aisy, sayur kacang bendi goreng diletakkan didalam pinggan Iman. Dia tersenyum membuatkan gadis itu curiga namun hatinya cepat-cepat menafikan, takkan lelaki itu berani hendak mengenakannya dalam situasi genting seperti ini.
            Suapan Iman terhenti tiba-tiba, makan didalam mulutnya tidak jadi ditelan, dia merasa sesuatu yang tidak kena dengan sayur kacang itu. Anak tekaknya terasa bagaikan dijolok-jolok, dia berusaha menahan. Dia menekup mulut.
            “Iman…kenapa ni?.” Tanya Ilyana, Iman tidak bersuara sebaliknya dia menunjuk kedalam pinggang.
            “Kenapa Doktor Sara?.” Tanya Yuli, Iman pantas menunjuk sayur kacang yang masih berbaki didalam pinggannya.
            “Yuli letak apa dalam sayur kacang tu?.” Tanya Ilyana seakan memahami pertanyaan Iman.
“Yuli campurkan dengan daging cincang…kenapa?.” Tanya Yuli lagi, tidak mengerti. Iman terus bangun sebaik sahaja telinganya menangkap perkataan daging, kerusi ditolak, dia berlari menuju ke dapur diikuti Ilyana. Segala isi perutnya dimuntahkan keluar, habis bergelodak  isi perutnya.
            “Iman ok?.” Tanya Ilyana, belakang Iman diurut perlahan. Iman menggeleng. Pantas Ilyana mencapai gelas, diisi penuh dengan air suam.
            “Minum ni dulu.” Hulur Ilyana, Iman menyambutnya.
            “Are u alright?.” Tanya Aisy bimbang, dia bersandar dimuka pintu. Iman tidak menjawab sebaliknya berlalu tanpa memandang wajah lelaki itu, rasa nak lempang laju-laju je muka hensome tu biar senget sebelah, boleh pulak dia tanya soalan yang dia sendiri dah tahu jawapannya.
            “Pergilah naik, berehat…nanti akak masakkan bubur untuk Iman.” Ujar Ilyana, dia membantu memapah Iman naik ketingkat atas menuju ke bilik.




            “Iman macam mana?.” Tanya Datin Munirah. Ilyana tersenyum hambar.
            “Teruk ma....habis semua dimuntahnya keluar.” Ujar Ilyana, Datin Munirah mengangguk, faham.
            “Maaf aunty…Doktor Sara kenapa ya?.” Tanya Yuli, hairan.
            “Dia memang tak boleh makan daging…macam tu la jadinya.” Ujar Datin Munirah. Yuli terkejut sedikit.
            “Aisy tak bagitau ke?.” Tanya Datin Munirah. Yuli menggeleng, memang dia tidak tahu dan Aisy pun tidak memaklumkannya.
            “Maaflah aunty…Yuli tak tahu, kalau Yuli tahu tadi…Yuli takkan campurkan sayur tu dengan daging.” Ujar Yuli, Datin Munirah menggeleng.
            “Tak apalah…benda dah jadi.” Ujar Datin Munirah, Aisy terdiam. Bibirnya digigit, memang salah dia.
            “Maaf ma…Aisy Cuma nak bergurau je dengan dia, tak sangka jadi macam ni.” Ujar Aisy.
            “Kenapa kamu buat dia macam tu….kamu tahukan Iman memang tak boleh makan daging. Kalau nak bergurau pun, jangan sampai memudaratkan.” Ujar Datin Munirah, Aisy tunduk.
            Suasana dimeja makan kembali sunyi, masing-masing tak berhenti menyuap, tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut, yang kedengaran hanyalah bunyi sudu yang berlaga dengan pinggan mangkuk.




Iman merengkok diatas katil, lemah seluruh tubuhnya dek kerana kejadian tadi. Anak tekaknya masih terasa mual, loya. Sisa-sisa daging bagaikan masih melekat di kerongkongnya. Handphone dicapai, mahu menghubungi Amanda, ingin mengadu.
“Si jerangkung ni memang ada niat nak bunuh aku ke apa…ada ke patut dia bagi aku makan daging.” Leter Iman, mulutnya tak habis-habis menyumpah lelaki itu.
“Oi cik kak….mana ada orang mati sebab makan daging, merepek je lah kau ni.” Ujar Amanda.
“Orang lain memang la tak…tapi aku mungkin ya.” Ujar Iman, masih tidak berpuas hati.
“Hurm…eh, apa citer parti kat rumah kau?.” Tanya Amanda, Iman mendengus.
“Banyak la kau punya parti…dah macam majlis berkabung rasanya Cuma nasib baik masakan dia ada peningkatan. Dari tak tahu apa-apa, dah boleh masak sikit-sikit.” Ujar Iman.
“Kiranya dia Berjaya lepasi peringkat ujian kedua la ni.” Ujar Amanda.
“Hurm…aku doakan dia berjaya, jadi tak adalah nanti aku kena kawin dengan si jerangkung tu.” Ujar Iman, Amanda ketawa.
“Jangan yakin sangat cik kak…takut nanti doa kau tu tak termakbul.” Ujar Amanda.
“Huh…biar pupus semua lelaki dalam dunia ni, kawin dengan dia tidak sesekali.” Ujar Iman, membangkang, dia menggelengkan kepala, tak sanggup nak bayangkan semua itu jadi kenyataan.
“Tapi Iman…apa salahnya kalau korang berdua kawin, aku Nampak korang berdua cute sangat, secocok.” Ujar Amanda, Iman menjerit.
“Yah!!…mulut tu jangan cabul boleh tak. Kan aku sumpah kau jadi kodok baru tahu.” Marah Iman, pantang benor dia kalau dirinya dikaitkan dengan lelaki itu.
“Ok…ok….jangan marah, aku gurau je. Kau ni cepat sangat sentap, dah la, aku nak sambung tidur ni…kita borak esok je lah.” Ujar Amanda, pantas perbualan diputuskan.
“Hampeh betul budak ni, orang baru nak mengadu…apalah punya kawan.” Rungut Iman. Dia mencampakkan handphonenya sebelum menarik selimut.




Iman memandang jam dimeja, hampir pukul 1.30 pagi, patutlah perutnya berbunyi sakan, lapar. Perlahan-lahan dia bangun, maggi cup yang diletakkan diatas meja dicapai sebelum keluar.
Kakinya melangkah perlahan menuruni anak tangga, bimbang jika seisi rumah terbangun, susah pulak dia. Berdingkit-dingkit Iman berjalan menuju ke dapur. Tangannya meraba-raba mencari suis lampu, cahaya suram dari ruang tamu sedikit sebanyak membantu pergerakannya.
“Makkkkk.” Jeritan Iman bergema, sebaik sahaja lampu dapur menyala. Figura dihadapannya pantas bertindak menutup mulut itu, tidak mahu jeritannya membangunkan ahli keluarga yang lain.
“Woi…aku la.” Tegur Aisy, bahu Iman digoncang  kuat, mahu menyedarkannya. Iman membuka mata seluas-luasnya, dadanya diurut perlahan. Nafasnya turun naik, semput seketika.
Aisy dipandang atas bawah, keningnya berkerut. Macam manalah dia tidak takut, lelaki itu kelihatan serabai dengan rambut yang kusut- masai dan t-shirt putih, tak pasal-pasal koma jantungnya seketika.
“Apa yang kau buat dalam gelap ni…takutkan orang je.” Marah Iman, Aisy mengangkat keningnya.
“Kau tu pulak buat apa kat dapur ni?.” Tanya Aisy. Iman mendengus,
“Kau nikan…suka benor Tanya soklan bodoh. Dah namanya pun dapur, mestilah nak makan…bengap.” Ujar Iman, Aisy menggeleng.
“Maggi?.” Tanyanya, Iman sekadar mengangguk.
“Nak alas perut je, lapar….nanti susah nak tidur.” Ujar Iman, dia menolak tubuh Aisy ke tepi, menyemak dan menghalang laluannya.
“It’s not good for health la.” Ujar Aisy, Iman menjelirkan lidahnya.
“Biar ah, bukan selalu pun.” Aisy mengetap bibir, maggi cup ditangan Iman diambil sebelum dicampakkan kedalam tong sampah.
“Wei…apa ni…” Jerit Iman, geram dengan tindakan lelaki itu. Sesedap rasa dia je putuskan bekalan talian hayatnya itu.
“Kau ingat aku beli dengan air liur ke.” Marah Iman, Aisy mencemik,
“Maggi cup tu berapa sen la sangat, nanti aku ganti balik duit kau yang terbuang sebab beli benda yang tak berkhasiat tu.” Ujar Aisy, Iman menjengkilkan matanya, berlagak, macamlah dia tak pernah makan time study dulu.
“Berapa sen tu pun duit jugak, kalau aku kumpul sikit-sikit boleh beli maggi sebandle tau.” Ujar Iman, tak mahu mengalah. Aisy mengeluh, malas hendak bertegang urat dengan gadis itu lagi, tubuh Iman ditolak menuju ke kerusi.
“Duduk…hmm, cakap kau nak makan apa.” Arah Aisy. Iman memeluk tubuh, wajahnya masam.
“Cepat la cakap.” Ujar Aisy, Iman mendengus.
“Masak je lah apa-apa…rajin sangat kan.” Ujar Iman, punggungnya dihenyak diatas kerusi. Aisy tersenyum, nasi lebihan makan malam tadi diambil.
Semerbak bau nasi goreng menyusuk ke hidungnya, kembang kempis lubang hidunganya. Iman mengangkat kepalanya, memandang wajah Aisy yang beriak selamba. Dia masih teragak-agak untuk menjamahnya.
“Makan la…aku tak letak apa-apa pun.” Ujar Aisy, bagaikan mengerti isi hati Iman.
“Pandai jugak kau masak, sedap.” Puji Iman, sesudu demi sesudu nasi goreng disuap kemulut.
 “Mesti la, ingat kau sorang saja yang tau masak…aku pun pernah berguru dengan nenek jugak.” Ujar Aisy, Iman mencemik, pantang puji sikit mula la nak berlagak.
“Tapi terror-terror kau, tak boleh lawan aku lagi.” Bisik Iman perlahan.
“Kau cakap apa?.” Tanya Aisy, Iman menggeleng.
“Mana ada aku cakap apa-apa, salah dengar kau ni.” Ujar Iman, dia kembali menyambung suapannya.
“Sorry…” Ucap Aisy tiba-tiba, Iman berhenti menyuap, lubang telinganya dikorek, dia salah dengar ke.
“Kau…kau cakap apa? Sorry?.” Tanya Iman, Aisy tayang muka menyampah.
“Tak payah la nak buat-buat tak dengar.” Ujarnya, Iman bangun, dia berjalan mundar-mandir mencari sesuatu.
“Kau cari apa?.” Tanya Aisy, hairan.
“Pen dengan kertas.” Ujar Iman, Aisy berkerut.
“Nak buat apa?.” Tanyanya.
“Nak tulis la…sekali dalam seumur hidup je tau, aku dengar kau cakap sorry dengan penuh keikhlasan. Jadi untuk mengelakkan aku lupa, aku kenalah catat….nak rakam rasanya hajat memang tak kesampaian la sebab kau takkan ulang lagi sekali kan.” Ujar Iman, Aisy pantas menunjal kepala gadis itu, geram pulak dengan lawak bodoh Iman.
“Dah la aku nak naik, lepas makan tolong basuh…jangan nak biarkan dalam singki.” Pesan Aisy, dia bangun sebelum melangkah keluar dari dapur. Iman sekadar mengangguk seraya mengucapkan terima kasih, perlahan. Mana boleh kuat-kuat, nanti  jadi patung cendana pulak si jerangkung tu.
Sebaik sahaja Aisy menghilang, Iman pantas bangun menuju kearah bakul sampah, misi menyelamat Maggi cupnya yang dihumban Aisy secara kejam sebentar tadi perlu dijalankan dengan segera.
“Nasib baik kau selamat, kalau tak pendek umur la aku.” Bisik Iman perlahan, maggi cup didakap kedada sebelum disorok kedalam bajunya, bimbang jika Aisy tiba-tiba muncul mengejutkannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan