Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Selasa, 10 Mac 2015

Tawanan Cinta 10



BAB 10


            Aisy melangkah masuk ke Watson’s, niatnya hendak mencari sesuatu yang akan melengkapkan rancangannya malam ini. Sapaan gadis dikaunter disambut dengan senyuman manis, pantas dia menuju ke bahagian belakang membawa bersama bakul kecil.
Kepalanya yang tidak gatal digaru perlahan, rambang matanya bila melihat bermacam-macam warna dari berbagai jenama pewarna rambut.  Dia tidak tahu hendak memilih yang mana satu Cuma yang dia pasti, dia memerlukan satu warna yang menyerlah.
“Warna apa yang sesuai agaknya, berdasarkan warna kulit dia…aku kena cari warna yang terang, yang boleh menyerlahkan penampilannya.” Aisy mengigit bibir, antara warna unggu dan merah, mana yang lebih sesuai.
“Aku rasa warna ni cantik, lebih menarik perhatian dan memang sesuai dengan warna kulit dia.” Aisy mengangguk, dicapainya kotak itu lalu dimasukkan kedalam bakul. Selesai memilih apa yang diperlukannya, dia beredar ke kaunter bayaran, membuat pembayaran dan terus keluar.
“This is going to be fun.” Bisiknya perlahan, Johan yang menunggunya diluar digamit, mengajaknya pulang.
“Kau beli apa?.” Tanya Johan, plastik ditangan Aisy dipandang curiga. Aisy  sekadar tersenyum.
“Man’s thing.” Kening Johan bertaut, man’s thing?.
“Kau jangan nak buat muka macam tu yek, benda yang aku beli ni…tak sama dengan benda yang kau fikir.” Ujar Aisy, Johan ketawa.
“Aku tak fikirkan benda tu lah…something else.” Aisy mengangkat kening.
“Such a….” Johan ketawa lagi.
“Krim pencukur la.” Aisy ketawa dan mengangguk.
“Ni…kau nak terus balik ke…nak makan dulu?.” Tanya Aisy.
“Makan dulu lah, aku dah lapar ni.” Ujar Johan, Aisy mengangguk, mereka segera beredar mencari tempat untuk menjamu selera.
Aisy menolak pintu bilik air perlahan-lahan, dia menjulurkan kepala, menjenguk mencari sesuatu. Sebaik sahaja matanya terpandang apa yang dicari, dia tersenyum lebar. Perlahan-lahan kakinya melangkah kearah rak yang menempatkan botol shampoo dan krim mandian.
            “Aku akan pastikan yang esok akan jadi hari yang kau takkan dapat lupakan.” Bisik Aisy perlahan, botol shampoo dicapai, penutupnya dibuka sebelum beberapa titis cecair dimasukkan kedalam botol lalu digoncang dan ditutup sebelum disimpan ditempat asalnya.
            “Woi…kau buat apa dalam bilik aku ni.” Sergah Iman, Aisy mengucap panjang, tersentak jantungnya seketika. Nasib baik, dia sempat keluar dari bilik air…kalau tidak memang cari nahas la dia, kantoi semua rancangan dia.
            “Nak masuk ketuk pintu dulu boleh?.” Tanya Aisy, Iman mengangkat kening.
            “Apa hal pulak aku nak kena ketuk pintu…bilik aku kan.” Aisy mengigit bibir, malu sendiri.
            “Apa kes kau ceroboh bilik aku ni, nak mencuri?.” Tuduh Iman, dahi Aisy berkerut, apa yang dia nak curi, teddy bear besar atas katil?.
            “Apa benda yang berharga ada dalam bilik kau ni yang aku boleh curi?.” Tanya Aisy. Iman menggaru kepala,
            “Maruah aku?.” Aisy ketawa sinis.
            “Aku tak tahu pulak yang maruah tu boleh simpan dalam bilik, hurm..terror jugak kau.” Ujar Aisy sambil memeluk tubuh. Iman mencemik,
            “Kau buat apa masuk bilik aku ni?.” Tanya Iman lagi, musykil. Aisy mengangkat charger handphone.
            “Ini…kau ni kan, tahu ambik...tahu guna tapi tak tahu nak pulangkan, puas aku cari merata-rata tau.” Iman tersengih,
            “Lupa…hihihi, jangan la marah.” Aisy mengangkat kening, suka sangat buat harta barang orang.
            “Ha..dah ambil charger kau…sila keluar, aku nak mandi…shoo..shoo.” Halau  Iman, Aisy menggeleng,
            “Patutlah bil air melambung…kau rupanya yang jadi punca.” Iman membulatkan matanya, amboi sedapnya mulut.
            “Bil melambung pun bukan kau yang bayar..papa, dia tak bersungut…yang kau nak kecoh apasal. Dahlah keluar…keluar.” Tubuh Aisy ditolak kuat.
            “Yalah…aku keluar.” Ujarnya seraya melangkah pergi, dia ketawa dalam diam.
            “I’m going to enjoy this moment for the rest of my life.” Ujar Aisy, tidak sabar rasanya hendak melihat apa yang akan berlaku esok.




            Iman mengeliat membetulkan uratnya sebelum menolak selimut, dia turun dari katil lalu melangkah perlahan menuju ke bilik air. Berus gigi dicapai, dia menggosok sebelum mencuci muka dalam keadaan mata bertutup. Sebaik matanya dibuka, dia terkejut,
            “Aaaaaaa…” Jeritannya memecah hening pagi sehingga mampu membuatkan jantung sesiapa yang mendengarnya koma. Iman terus berlari keluar menuju ke tingkat bawah,
            “Iman…kenapa ni, menjerit macam orang tak siuman, malulah jiran dengar.” Tegur Ilyana, kurang berkenan dengan sikap Iman.
            “Memang Iman dah gila…akak tengok la ni, apa dah jadi.” Ujarnya sambil menunjuk kearah rambutnya.
            “Ya Allah…Nur Iman Qaisara, apa yang awak buat dengan rambut awak tu?.” Tanya Ilyana, terkejut dia bila melihat rambut Iman yang merah menyala.
            “Ini kalau nenek tahu awak warnakan rambut…mengamuk dia.” Sambung Ilyana lagi, Iman sudah rasa seperti hendak menangis, elok-elok rambut hitam berkilat, langsung bertukar warna, merah pulak tu.
            “Ini mesti kerja jerangkung tu.” Bisik hatinya, dia mengangguk, yakin dengan tuduhannya.
            “Ya Allah…Iman, apa kena dengan rambut kamu tu…tertumpah cat?.” Tanya mak Yam, hamper pengsan dia bila melihat rambut Iman berubah warna macam disimbah cat.
            “Woi Aisy…apa yang kau letak dalam shampoo aku ha.” Jerit Iman bila melihat kelibat Aisy menuju ke meja makan. Lelaki itu berpura-pura terkejut,
            “Apa yang kau merepek ni labu…aku tak pernah usik barang kau tau tak.” Ujar Aisy membela diri walhal hatinya sudah ketawa sakan melihat rancangannya Berjaya.
            “Kau jangan nak temberang ah…aku tahu kau yang kenakan aku sebab nak balas dendam kan.” Ujar Iman, tak puas hati. Aisy menggeleng.
            “Aku tak mainlah buat kerja belakang-belakang, aku kalau nak balas dendam..face to face ok.” Ujar Aisy lagi, Iman mendengus.
            “Kau ingat aku nak percaya…tolong la.” Aisy mengangkat bahu.
            “Terpulang la kau nak percaya ke tak…that’s not my problem.” Ujarnya, dia menarik kerusi sebelum duduk mengadap sarapan paginya.
            “Kau tukar balik warna rambut aku..” Arah Iman, Aisy mengangkat kening,
            “Kau nak suruh aku buat macam mana….tuang kicap atas rambut kau.” Iman menghentak kaki, geramnya dia.
            “Aku tak kira macam mana pun aku nak buat…aku nak warna asal rambut aku.” Ujar Iman lagi, Aisy ketawa sinis.
            “Ok….jom kita pergi dapur, biar aku basuh rambut kau dengan kicap.” Iman mengurut dadanya perlahan, disabarkan hati agar tidak bertindak kurang sopan.
            “Dah…tak payah nak bertengkak lagi, nanti kita fikir macam mana nak buat dengan rambut merah Iman tu…sekarang kita duduk dan makan dulu.” Ujar Datuk Adham, mematikan pertelingkahan mereka.
            “I like your new style..” Puji Amirul, Iman memandangnya tajam membuatkan Amirul mengangkat tangan,
            “Abang bergurau je…jangan marah.” Iman menarik kerusi, dihenyaknya punggung sebelum menceduk nasi goring kedalam pinggan, marah-marah pun…makan tetap makan. Aisy menahan tawa dalam diam,
            “Padan dengan muka kau, siapa suruh cari pasal dengan aku semalam..what u give, u get back.” Bisik hatinya dengan senyuman.



            Iman membiarkan pandangan orang ramai terhadapnya, masakan tidak, dalam keadaan tengahhari yang panas terik, dia memakai baju sejuk, dengan kepala yang bertutup. Amanda disebelah, masih lagi ketawa melihat penampilannya.
            “Tak payah ubah la penampilan kau yang baru ni, cantik apa…sesuai dengan kau.” Usik Amanda, Iman menjeling.
            “Kau jangan nak tambahkan panas baran aku, karang aku humban kau ke bawah.” Amanda ketawa lagi.
            “Betul la…aku tak bohong. Orang cina suka tau dengan warna merah, ada ong maa.” Ujar Amanda, bahu Iman dipaut lembut.
            “Banyak la kau punya ong…kalau dekat kampung ni, inilah warna yang paling kerap kena kejar dengan lembu tau…tapi itu tak termasuk J-man la.” Ujar Iman, Amanda ketawa.
            “Tak payah tukar la, aku suka dengan penampilan baru kau ni…nampak lebih berani.” Ujar Amanda. Iman menggeleng,
            “Keberanian aku tak ada kena-mengena dengan warna merah…aku memang berani dari dulu lagi.” Ujar Iman, tangan Amanda ditarik,
            “Dah la cepat masuk, rimas aku pakai baju sejuk ni tau tak…peluh dah meleleh-leleh,, kalau ditadah, boleh dapat sepenuh baldi.” Ujar Iman, mereka melangkah masuk ke sebuah salon rambut. Iman mengeluh, tak pasal-pasal melayang duitnya hari ini, semuanya pasal si jerangkung anak pak tan tu.
            “Kau tunggu la Aisy…ada masanya nanti aku akan balas, jangan fikir aku akan duduk diam lepas ni.” Bisik hatinya sambil otak geliganya mula merencana sesuatu.
           

Tiada ulasan:

Catat Ulasan