Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Jumaat, 20 Mac 2015

Tawanan Cinta 20



BAB 20


            Iman tersengguk dimeja, dia mengeluh bosan dengan rutin kerjanya yang langsung dirasakan tidak mencabar kewibawaannya sebagai seorang doktor, berdepan dengan jasad yang tidak bernyawa yang langsung tidak boleh membantu menceriakan hari-harinya.
            “Beginilah nasib diriku yang malang….oh tuhan.” Iman melalak sendiri, nasib baik yang menjadi penontonnya hanya jasad yang kaku, jadi tak adalah yang beri komen menyakitkan hati.
            “Sedap jugak suara aku ni, peh…kalau masuk Akademi Fantasia, ada harapan nak jadi juara.” Dia ketawa sendiri, jari-jemarinya diketuk pada permukaan meja, bergendang mendendangkan irama yang agak sumbang dipendengaran.
            Deringan telefon yang berbunyi mengejutkan Iman yang begitu asyik bergendang. Dia mendengus marah, betul-betul mengganggu konsentrasinya bermain gendang tradisional.
            “Hello…Bilik Mayat Amesthy Hospital, boleh saya bantu?.” Tanya Iman, lembut, penuh dengan sopan-santun.
            “Peti mayat kosong lagi?.” Tanya suara dihujung talian, dahi Iman berkerut pelik dengan pertanyaan itu.
            “Ya…masih ada, kenapa encik…ada jenazah yang hendak dibawa kesini ke?.” Tanya Iman, suara dihujung talian kedengaran ketawa.
            “Memang ada…tapi jenazah yang ini, nak kena bunuh dulu, baru boleh simpan dalam peti mayat.” Iman menggenggam tangannya, harap sangat agar pemilik suara itu muncul dihadapannya supaya senang untuk dia tinju muka itu biar kemik macam tin kosong.
            “Oh macam tu, ish, boleh sangat….bagitau je bila kau nak mati, senang aku nak arrangekan untuk kau. Ke kau nak aku bagi list cara-cara nak tamatkan riwayat dengan mudah.” Tanya Iman, geram. Aisy ketawa.
            “Tak payah…aku ada cara aku sendiri.” Ujar Aisy. Iman mengucap syukur.
           
“Alhamdulillah…lega aku dengar, tak payahlah aku susah-susah perah otak, berfikir.” Ujar Iman, lega.
            “Kau tak nak tahu ke macam mana cara aku?.” Tanya Aisy.
            “Apa?.” Tanya Iman, malas.
            “Kita kawin…comfirm kau pendek umur.” Ujar Aisy, dia ketawa besar. Iman pantas menghempas telefon, sakit hati dan geram bersatu dalam hati. Kalau boleh nak saja dia tembak dengan senapang gajah, biar bersepai otak lelaki itu.
            “Macam manalah si jerangkung ni boleh hidup sezaman dengan aku…Ya Allah, Kau tabahkan hatiku yang imannya semakin hari semakin nipis.” Bersungguh-sungguh dia mengaminkan doa.
            “Woii..” Iman tersentak, nyaris jantungnya tercampak keluar.
            “Kau ni dah puas hidup ke?.” Tanya Iman, Amanda tersengih. Bila masanya pulak dia tercongok depan meja ni, desis hati Iman, magic betul.
            “Kau ni apahal, dari luar lagi aku dengar kau membebel, kau tak penat ke? Aku yang dengar ni pun kadang-kadang penat tau tak.” Ujar Amanda.
            “Kalau kau tak nak dengar, lain kali sumbat telinga tu dengan berus jamban.” Ujar Iman, geram. Amanda ketawa.
            “Apa masalah kau ni, cer citer…cer citer..” Pujuk Amanda, Iman mengeluh.
            “Aku tak tahulah macam mana si jerangkung tu boleh hidup sezaman dengan aku, macam mana manusia hati batu macam tu boleh muncul dalam hidup aku pun aku tak tahu.” Ujar Iman, Amanda ketawa kecil.
            “Dah tu kau nak dia hidup zaman mana, Dinosur? Ke zaman purba?.” Tanya Amanda, Iman pantas mencubit lengan gadis itu.
            “Aku serius ni, boleh pulak kau buat lawak tak berapa nak cerdik kan.” Amanda menggosok lengannya perlahan-lahan, kawasan bekas cubitan Iman kelihatan merah.
            “Ok…ok…aku serius, si John Loyd Cruz tu buat apa kat kau?.” Tanya Amanda.
            “Buat apa lagi….kalau tak sakitkan hati aku. Eeee, kalaulah aku  boleh nyahkan dia dari muka bumi ni, kan senang.” Ujar Iman, nadanya penuh dengan emosi yang tak berapa stabil. Amanda tersenyum mengangguk.
            “Kau nak nyah dia kemana?.”
            “Planet Pluto, baru boleh aman hidup aku.” Ujar Iman, kalau ikutkan rasa hati, nak saja dia ikat si jerangkung tu pada roket lalu dihantar jauh keluar dari atmosphera bumi, kalau boleh biar sampai ke galaksi lain, menyakitkan hati betul.
“Nasib baik aku dah balik semula ke rumah kita, lagi lama aku kat sana, boleh gila tau tak. Elok-elok arwah mak lahirkan aku normal, tup-tup sampai umur 25 tahun…mereng.” Ujar Iman sehingga mencetuskan ketawa Amanda.
            “Aku rasa kau ni…kalau masuk Maharaja Lawak Mega, memang ada can boleh jadi juara…buat lawak tak ingat.” Ujarnya, Iman menarik muka masam, si Amanda ni suka benor main-main.
            “Dah la…daripada kau duduk buang masa, tambah sakit hati…baik kita pergi breakfast, sejuk sikit hati kau yang tengah membara tu.” Ajak Amanda, Iman mengangguk setuju, bab makan…memang dia takkan tolak.




            Iman tayang muka penuh was-was, tak ada angin ribut dan puting beliung, tetiba makhluk Allah yang dia memang tak sudi nak tengok wajahnya terpancul dihadapan muka dan dengan selambanya duduk disebelah macam mereka tak ada krisis. Wajah Amanda dipandang, namun gadis itu hanya mengangkat bahunya.
            “Doktor Rayyan…Oii, Doktor Rayyan, tak ada tempat lain ke nak duduk?.” Tanya Iman. Lelaki itu tersengih.
            “Tak ada.” Jawabnya selamba, Iman menoleh kekiri dan kanan, banyak la tak ada, berlambak je kosong.
            “Banyak la kau tak ada, berlambak tempat kosong….saja nak menyemak kat sini kan.” Ujar Iman, tak puas hati. Aisy tersengih lagi, hidung Iman dicuit.
            “Memang…lagipun aku suka sangat bila tengok muka kau tu berubah jadi mak lampir, padan sangat dengan jawatan kau sekarang, si penjaga bilik mayat.” Ujar Aisy, Iman menggenggam tangannya, baru sahaja dia hendak melepaskan penumbuk sulungnya, Amanda lebih pantas menahan.
            “Sabar Iman…sabar…kau jugak yang kata sabar tu separuh dari iman.” Pujuk Amanda, perlahan berbisik ditelinga. Iman mendekatkan wajahnya,
            “Memang la sabar tu separuh dari iman…tapi kalau camginilah, pak imam pun surrender.” Ujar Iman, merah mukanya menahan marah. Amanda mengetap bibir, menahan tawa.
            “Aku rasa mamat kat sebelah ni memang ada masalah wayar kat otak dia ni tertanggal la, gila…gila kuasa. Semua dia nak sebat, taulah hospital ni dia punya.” Ujar Iman, ada bunga-bunga dengki dalam tutur bicaranya.
            “Nak buat macam mana Iman…dia bos, kita kuli.” Ujar Amanda, Iman mendengus, Aisy disebelah dipandang macam nak makan.
            “Asal tenung aku macam tu, hensome sangat ke aku hari ni?.” Tanya Aisy, pandangan mereka bersatu.
            “Jangan nak perasan la….setakat muka macam John Loyd Cruz, aku tak layan la.” Ujar Iman, ketawa mengejek.
            “Ya ke tak layan…bukan muka ni jugak ke yang kau bawa masuk dalam mimpi tiap-tiap malam.” Ujar Aisy, wajahnya didekatkan dengan wajah Iman. Pantas Iman menunjal dahi itu, menolaknya jauh, batal air sembahyang tau.
            “Ya Allah….perasannya kau ni. Eh! Doktor Rayyan, dengar sini yek…jangan kata dalam mimpi, dalam igauan aku pun, aku tak hingin nak tengok muka kau.” Ujar Iman, geram. Aisy ketawa.
            “Dengar boleh…percaya jangan.” Ujarnya perlahan.
            “Apa kau cakap?.” Tanya Iman, Aisy menggeleng, dia kembali menikmati nasi lemak sambal sotongnya. Iman mengecilkan matanya, tahu sangat lelaki itu sedang mengutuknya. Amanda melepaskan keluhan berat, dia menggelengkan kepala, nampak gayanya sekejap lagi,  keadaan akan bertambah panas.
“Hai Doktor Rayyan…boleh kitaorang join?.” Tanya Karina, tak sempat Iman hendak membuka mulut, gadis itu dengan poyonya terus duduk disebelah doktor Rayyannya, menolak dia jauh manakala si bibir tebal, Fazlina mengambil tempat disebelah kiri.
            “Amboi…ini dah lebih, memang ada yang nak makan tangan pepagi ni.” Bisik Iman, lengan baju dilipat sedikit, dia bangun.
            Pap…belakang kepala Karina ditampar kuat. Nasib lah…siapa suruh jolok sarang tebuan, memang sengaja cari nahaslah.
            “Kau ni apa hal…kurang ajar sangat.” Marah Karina, menengking, dia bangun. Tubuh Iman ditolak, mendorong gadis itu kebelakang sedikit.
            “Yang kurang ajar tu kau….datang tak diundang, duduk tak berjemput. Suka-suka hati kau je rampas tempat aku.” Ujar Iman, dia sudah tidak peduli dengan mata yang memandang.
            “Yang kau dengki sangat dengan aku ni kenapa…jeles sebab aku duduk sebelah Doktor Rayyan.” Ujar Karina pula, Iman tersenyum sinis.
            “Jeles…dengan kau, oh please la…kau nak duduk sebelah Doktor Rayyan ke, nak duduk atas riba dia ke…lantak kau lah, aku sikit pun tak heran tapi tolong cari tempat lain, tu…berlambak lagi tempat kosong yang kau dengan dia boleh duduk, jangan nak menyemak dekat tempat aku.” Ujar Iman, menghalau. Amanda diam, dia tidak berani hendak masuk campur, wajah Iman yang merah menyala sudah menunjukkan yang kemarahannya sudah mencapai tahap maksimum.
            “Dah…tak payah nak bertengkak…Karina, kita duduk dekat sana. Jangan cari pasal dengan orang yang pagi-pagi suka sarapan dengan tebuan.” Ujar Aisy, mahu meredakan ketegangan suasana. Dia memang sedia maklum, Iman kalau dah naik angin, dunia pun boleh terbalik. Karina mengangguk, dia dan Fazlina bangun.
 Senyuman terukir dibibirnya, bayang wajah saingannya langsung tidak kelihatan, maklumlah sudah dihambat dengan timbunan laporan yang tak akan memungkin mereka bertiga untuk bangun dari kerusi, sebagai pengajaran untuk cerita semalam dan sebab itu dia tidak kisah untuk meninggalkan Iman sendirian bersama Amanda.
            “Kot ye pun nak dating dengan Doktor Rayyan, ajak la ‘pakwe’ kau ni sekali, jangan tinggalkan dia dengan aku.” Ujar Iman bila melihat Karina, Fazlina dan Aisy hampir melangkah meninggalkan mereka.
            “Kau ni kan…” Belum sempat Karina hendak bersuara, Iman terlebih dahulu mengangkat tangan.
            “U want to talk…talk to my hand.” Ujarnya, Karina mendengus, cepat-cepat dia melangkah pergi. Iman ketawa kecil, sempat ber ‘hifive’ dengan Amanda, meraikan kemenangannya.
            “Gila la kau ni Iman…cari pasal dengan Doktor Rayyan, buatnya dia terasa dengan kata-kata kau, tak ke naya.” Ujar Amanda bimbang. Iman ketawa kecil.
“Ark eleh…kau nak takut kenapa, yang cari pasal tu aku…bukan kau. Lagipun Doktor Amanda Lee….pernah ke kau tengok aku kalah dalam pertempuran dengan dia, tak pernah kan…so chill la babe.” Ujar Iman, memujuk, bahu gadis itu ditepuk.  Aisy yang sedang bergelak ketawa dengan dua obor-obor gedik, dijeling, Iman menjelirkan lidah bila Aisy mengangkat keningnya membuatkan lelaki itu ketawa.
Amanda mengeluh, memang la dia tak pernah tengok Iman kalah tapi selalunya setiap kemenangan yang dia dapat disertakan dengan pengajaran yang cukup menyiksa jiwa raga.




Iman menghempas kertas ditangan, sakit hatinya bila lelaki itu datang dan menyuruh dia membetulkan semula kertas kerja yang dihantarnya semalam. Dia tahu lelaki itu memang sengaja hendak membalas dendam atas apa yang berlaku pagi tadi.
            “Tak guna punya si jerangkung, saja nak bebankan emosi aku. Dia ingat kalau dia dera aku macam ni, aku nak tunduk merayu la kat kaki dia...malam sikit”. Bebel Iman sendiri, rasa hendak dihantuk saja kepalanya dibucu meja.
            “Banyak macam ni, zaman bila aku nak siapkan…takkan nak suruh aku stay sampai malam, oh tidak…” Omel Iman, dia menoleh ke belakang, air liur ditelan.
            Kertas kerja dibelek sehelai demi sehelai, satu persatu ayat dalam helaian itu dibaca, tidak tahu macam mana hendak dibetulkan lagi. Kepalanya digaru perlahan, sungguh dia keliru. Dahi Iman berkerut,
            “Aku nak betulkan apa…ayat mana yang salah. Nak kata aku guna ayat berbunga-bunga…ayat sastera klasik, tak nampak bayang pun…ke mata dia yang bermasalah.” Bisik Iman perlahan, hujung jarinya digigit.
            “Huh…memang sah dia nak kenakan aku ni. Tak apa…tak apa, aku sahut cabaran kau.” Ujar Iman, dia tersenyum sinis, kepalanya diangguk perlahan, otak geliganya sudah mula merencana sesuatu dan tanduk kecil pun mula tumbuh.
            Sehelai kertas bersaiz A4 diambil, dia mencoretkan sesuatu diatasnya dan pastinya coretan itu bakal mengundang perasaan tidak senang lelaki itu terhadapnya.
            “Jangan salahkan aku…kau yang minta semua ni.” Ujarnya perlahan.




Iman selesai mengemas sebaik sahaja jam menunjukkan hampir pukul 7, nota bersaiz a4 diletakkan diatas timbunan kertas lalu ditindih dengan bekas pensel, dia tersenyum dan tanpa menunggu lama, dia terus melangkah keluar.
Mujur juga dia hanya ditugaskan menguruskan bilik mayat pada waktu siang. Kalaulah dia dipaksa bertugas pada waktu malam, pasti segala macam benda dibawanya, dari surah yassin hinggalah ke al-quran. Silap-silap majlis tahlil pun berlangsung disini.
            Beg sandang diangkat lalu disangkut ke bahu, tombol dipulas, pintu ditarik. Iman terus memecut meninggalkan kawasan itu, sempat dia menoleh kebelakang, bimbang jika ada yang 'mengikutnya'.
            "Wei....agak-agak la, kalau nak buat pecutan dinamik pun. Ini kawasan hospital, dilarang berlari." tegur Amanda. Sebaik sahaja Iman sampai disisinya, gadis itu tercungap-cungap.
            "Pecutan dinamik kepala otak kau, aku tengah praktis macam mana nak lari kalau zombi kejar la." ujar Iman selamba.
            "Loyar buruk pulak kau ni yek." ujar Amanda geram.
            "Eh....kau ada nampak jerangkung tu?." tanya Iman. Amanda menjengkelkan matanya.
            "Oi cik kak.....Dia ada nama ok, Doktor Aisy Rayyan Ziqry. Suka-suka kau je letak nama yang bukan-bukan." ujar Amanda, mengingatkan Iman.
            "Ala...ada apa dengan nama." ujar Iman, langsung tak kisah.
            "Kau kena ingat sikit, dia tu siapa. Karang tak pasal-pasal dia suruh kau duduk terus kat bilik mayat tu, baru tahu." ujar Amanda, Iman menepuk dahi.
            "Sebut pasal hal tu, baru aku ingat. Aku dah tahu siapa yang boleh tolong aku batalkan arahan dia." ujar Iman.
            "Siapa?." tanya Amanda tidak sabar. Iman mempamerkan senyuman misteri.
            "Adalah.....aku gerenti, esok dia mesti tarik balik arahan tu." ujar Iman, dia mula ketawa, ketawa jahat. Tangan Amanda ditarik, mereka segera keluar dari perkarangan hospital. Dia tidak mahu bertembung dengan lelaki itu setelah apa yang dilakukannya sebentar tadi, bukan takut untuk berdepan Cuma dia ada misi penting yang perlu disegerakan.




            Aisy menghentak meja, geram. Ingatkan dia hendak mengenakan si budak tiga suku tu tapi sebaliknya dia pulak yang terkena. Kelibat Iman sudah tidak kelihatan dimana-mana, malah talian telefonnya juga dimatikan, sengaja.
            ”Amboi...siap matikan telefon lagi, budak ni memang dah melampau...memang sengaja nak cabar aku. Tak apa....aku dapat nanti, taulah nasib kau.” Dengus Aisy, keras. Sekeping kertas putih yang terdampar diatas timbunan kertas diambil, lalu isinya dibaca,      

Kehadapan kekandaku yang ’dicintai’....

            Terlebih dahulu adinda ingin meminta maaf seandainya kehadiran warkah ini mengundang kemarahan kanda, tapi ’percayalah’ kanda, adinda tak pernah berniat untuk menaikkan darah kekanda yang amat...amat...amat dinda ’cintai’.

Kekanda ’sayang’...
           
Adinda sudah berusaha untuk menyiapkan tugasan yang kanda berikan tapi malangnya...kerana kesuntukan masa maka adinda terpaksa melupakan hasrat itu. Lagipun teman-teman adinda sudah menjeling meminta adinda segera berangkat pulang, kata mereka...tak baik kacau daun orang yang tengah dating, berdosa...jadi sebagai menghormati permintaan mereka, terpaksalah adinda segera mengangkat kaki...

Adinda amat berharap agar kekanda memahami situasi ini kerana adinda tidak mahu menjadi penyebab kepada keruntuhan rumah tangga mereka...sekian, wassalam.

                                                                                    Dari adindamu yang disayangi....

p/s : Jangan marah aa...nanti kena jual

            Aisy menggumpal nota kaki yang sudah selesai dibacanya sebelum dicampak kedalam bakul sampah. Sakit hatinya hanya Allah saja yang tahu, gadis itu benar-benar tahu bagaimana hendak menaikkan darahnya.
Kertas kerja tadi diambil sebelum dia melangkah keluar dengan membawa rasa sakit jiwa yang hampir meretakkan tengkorak kepalanya. Nafas panjang ditarik, dia perlu bertenang dan berfikir sebelum membuat sebarang keputusan, maklum sahajalah, berdepan dengan gadis itu memerlukan dia untuk memerah otak dengan lebih gigih lagi.
”Eh...Doktor Rayyan, cari siapa?.” Tanya Ramzi mengejutkan Aisy, dia tersenyum.
”Doktor Sara...tapi dia tak ada, mungkin dah balik.” Ramzi mengangguk.
”Doktor nak tinggalkan apa-apa pesan ke, saya boleh tolong sampaikan.” Tanya Ramzi, Aisy tersenyum dan menggeleng.
”This is not the end...it is just a begining....like someone said, everything is fair in love and war.” Bisik hatinya, membengkak. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan