BAB 6
Iman
menarik nafas panjang, udara petang dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi
bahasa begitu menyamankan. Matanya terpejam rapat, dari jauh kedengaran bunyi
ombak memecah pasir pantai. Alangkah nikmatnya kalau hari-hari dia dapat
menikmati keadaan seperti ini, pasti dialah orang yang paling bahagia.
“Kau
ni dah macam 10 tahun tak balik, pelik aku.” Iman mengangguk, mengiakan
kata-kata sahabatnya itu.
“Bukan
senang tau nak menikmati waktu-waktu begini...nanti bila kita dah start kerja,
susah kita nak dapat peluang macam ni. Jadi aku kenalah ambil peluang
sebaik-baiknya untuk menikmati semua ni.” Amanda mengangguk, betul jugak cakap
Iman..lepas ni mereka pasti sibuk dengan tugasan di hospital.
Bunyi
kenderaan yang masuk keperkarangan rumah membuatkan Iman membuka matanya luas,
pelik melihat kenderaan mewah itu yang berhenti dihalaman rumah, hatinya
tertanya-tanya, siapa gerangannya yang datang bertandang.
Sebaik
sahaja si pemandu keluar dari keretanya, mata Iman terbeliak, mulutnya
ternganga luas, tidakkkk, ini semua hanya mimpi...mimpi ngeri. Batinnya
menjerit nyaring.
“Manda...ini
Cuma mimpi je kan, not real..right.” Tanya Iman seraya menggongcang bahu
sahabatnya itu, Amanda menepuk dahi dan menggeleng, nampak gayanya...keamanan
dan ketenteraman hidup mereka sudah sampai ke penghujungnya.
Iman
turun dari pakin kayu, selipar jepun disarung ke kaki sebelum dia melangkah
laju menuju kearah lelaki itu. Ini memang tak boleh diterima akal, kenapa
disaat-saat dia sedang bahagia, lelaki ini muncul dengan niat untuk merosakkan
segalanya.
“Apa
kau buat kat sini?.” Tanya Iman, Aisy menanggalkan cermin matanya.
“Soalan
bodoh apa yang kau tanya ni?.” Tanya Aisy, Iman mengetap bibir.
“What
are u doing here?.” Tanya Iman sekali lagi, Aisy mendekatkan wajahnya sehingga
hujung hidung mereka hampir bersentuhan.
“Hello....ini
kampung aku jugak tau...bukan kampung kau sorang, ingat sikit...yang kat dalam
rumah tu...nenek aku jugak.” Iman menjarakkan dirinya.
“Itu
aku tahu la...masalahnya kenapa sekarang, bukan minggu depan ke..bulan depan
ke?.” Tanya Iman, Aisy berpaling, melangkah kebelakang, soalan Iman dibiarkan
berlalu bak angin. Tumpuannya teralih pada kereta, pintu belakang dibuka, beg
pakaiannya dikeluarkan sebelum dicampak pada Iman, kelam kabut gadis itu
menyambutnya.
“Mana
aku tahu kau pun balik...kau tak bagitau.” Ujar Aisy, dia berjalan menuju ke
pakin kayu, Amanda yang sejak tadi memerhatikan mereka disapa lembut.
“Takkan
kak Yana tak bagitau kau yang aku balik?.” Tanya Iman, Aisy menggeleng. Iman
melangkah kearah pakin kayu, beg pakaian Aisy dicampak kesitu.
“Habis
kenapa kau tak tanya dia?.” Tanya Iman, masih tidak berpuas hati.
“Apa
ke halnya pulak aku yang nak kena tanya, patutnya kaulah yang bagitau.” Ujar
Aisy, Iman mengetap bibir.
“Apa
pulak aku...kau yang patut tanya.” Balas Iman, bahu Aisy ditumbuk kuat.
“La...Aisy
pun ada...patutlah sayup-sayup nenek dengar suara kamu tadi.” Ujar Puan
Sabariah, dulang berisi minuman petang ditatang menuju ke pakin kayu. Pantas
Aisy bangun, tangan wanita itu dicapai lalu dikucup lembut.
“Apalah
kamu berdua ni, dah tahu dua-dua nak balik...apalah salahnya bergerak sekali.”
Tegur puan Sabariah, Aisy tersengih.
“Mana
tahu dia pun nak balik nek...dia tak bagitau pun.” Ujar Aisy, Iman disebelah
dikerling, gadis itu mencemik.
“Kalau
balik sekali dengan dia...jawabnya tak sampai kampung la.” Desisnya perlahan. Pantas
Amanda menyikunya, meminta dia jangan berbicara yang bukan-bukan.
“Sudahlah...mari
kita minum sama-sama.” Pelawa puan Sabariah, bibirnya tak lekang dengan
senyuman, gembira bukan kepalang bila dua-dua buah hatinya pulang bersama tapi
bagi Iman mahupun Aisy, pertembungan mereka bakal menyaksikan satu lagi cerita
epik perang saudara bakal meletus.
“Kau
bersorak la puas-puas budak tiga suku...minggu depan, tahulah nasib kau macam
mana.” Desis hati Aisy, senyum nipis terukir dibibir, tak sabar melihat apa
reaksi gadis itu nanti.
Iman
duduk termenung ditangga dapur, sudah hampir setengah jam dia menunggu si
jerangkung keluar dari bilik mandi namun bayangnya masih belum menampakkan
diri, dia tahu lelaki itu sengaja melambatkan diri.
“Apa
jenis manusialah ni...mandi mengalahkan perempuan, aku yang perempuan ni pun
tak bersiram lama macam tu.” Desis Iman perlahan, kepalanya digelengkan
beberapa kali.
“Wei...cepatlah
mandi tu, aku nak mandi pulak ni.” Laung Iman kuat, mahu saja dia pergi dan
robohkan pintu bilik air. Tiba-tiba bunyi siulan menyapa telinga,
“Ya
Allah...boleh pulak dia menyanyi dalam tu, memang sengaja nak suruh aku
pecahkan pintu bilik air tu gamaknya.” Bebel Iman, suara Aisy yang asyik
menyanyi membuatkan dia menutup telinga, dalam hati tak sudah-sudah dia memaki
hamun lelaki itu.
“Kau
nak main-main dengan aku ya...nanti kau.” Iman bangun, pintu belakang dibuka
selaknya sebelum dia keluar menuju ke tepi rumah. Iman tersenyum sinis, tapak
tangannya digosok perlahan-lahan.
“Nekkkkk...”
Jerit Aisy kuat, Iman ketawa terbahak-bahak, cepat-cepat dia berlari masuk
sebelum ada yang menyedari kehilangannya.
“Kenapa
Aisy?.” Tanya Puan Sabariah, terkocok-kocoh dia berlari menuju ke dapur. Iman
yang duduk ditangga dapur disapa,
“Iman...”
Iman mengangkat bahu, tanda dia juga tidak tahu. Amanda mengecilkan matanya,
dia tahu semua yang berlaku ada kaitannya dengan gadis disebelahnya. Bahu Iman
disiku membuatkannya berpaling.
“Apa?.”
Tanyanya perlahan, Amanda tersenyum sinis.
“Apa
yang kau dah buat?.” Tanya Amanda, keningnya diangkat.
“Mana
aku ada buat apa-apa.” Ujar Iman mempertahankan diri. Amanda tidak jadi hendak
meneruskan pertanyaan bila pintu bilik air ditarik kasar, serentak mereka
bertiga berpaling,
“Nek...macam
mana air boleh tak ada pulak ni?.” Tanya Aisy, Iman menekup mulut, cuba menahan
ketawa bila melihat keadaan lelaki itu yang mukanya penuh berlumuran sabun.
“Macam
mana pulak air boleh tak ada...tadi ok jer.” Ujar puan Sabariah, dia memandang
Iman, gadis itu mengangkat bahu.
“Mungkin
Jabatan Bekalan Air tengah buat kerja-kerja pembaikan kot...tu pasal dia
tutup.” Ujar Iman, puan Sabariah menggeleng.
“Kalau
betul tentu dia dah maklumkan, ini tak ada memo apapun.” Ujar puan Sabariah,
Iman mengangkat bahu.
“Ala...susah-susah
pergi mandi air perigi jelah.” Saran Iman, Aisy menggeleng.
“Gila...sejuk
la air perigi tu.” Iman mengeluh.
“Suka
hati kaulah.” Ujarnya, sedaya upaya cuba menahan tawa, tidak mahu mereka
curiga. Puan Sabariah menggaru kepalanya,
“Cuba
kamu pergi tengok paip utama kat luar, takut tertutup.” Arah puan Sabariah pada
Iman, Amanda pantas menahan sebelum sempat gadis itu bergerak.
“Tak
apa...biar Amanda je yang pergi.” Ujar gadis itu, puan Sabariah mengangguk,
Amanda tidak menunggu lama, pantas dia melangkah keluar.
“Ada
orang tutup paip utama nek.” Ujar Amanda dari muka pintu, Iman buat bodoh,
sikitpun dia tidak menggelabah.
“Mesti
budak-budak yang main tu.” Ujar puan Sabariah, Iman mengangguk, Amanda
mencemik....iya sangatlah budak-budak. Wajah Iman dipandang, dia menggelengkan
kepala. belum pun sampai sehari, suasana sudah mula tegang
“Dah
mandi cepat...dah nak masuk maghrib ni...nanti lambat pulak kita ke masjid.”
Ujar Puan Sabariah, Aisy mengangguk sebelum menghilang disebalik pintu. Iman
menghela nafas lega, nasib baik dia tak disyaki, kalau tidak pasti perang
meletus lagi tapi sekurang-kurangnya dia berpuas hati.
“Tak
baik tau kau kenakan dia macam tu...buatnya mata dia buta sebab buih sabun tu
masuk dalam mata dia...tak ke parah.” Bebel Amanda. Iman menjuihkan bibirnya.
“Buta
lah sangat...buta hati ya, buta mata? Tak dernya.” Amanda menepuk bahu Iman
kuat, geram dengan sikap loyar buruk gadis itu. Sebaik sahaja Aisy keluar, Iman
terus mengambil gilirannya sebelum Amanda sempat menghabiskan ceramahnya.
Aisy
berhenti melangkah, dia berpaling ke belakang, entah kenapa dia terasa ada
seseorang yang mengekorinya namun bila dia menoleh tiada siapa disitu. Bulu
romanya serta-merta tegak berdiri, seram ditambah pula dengan keadaan
sekeliling yang agak sunyi.
“Apa
hal tiba-tiba aku rasa semacam je ni.” Bisiknya perlahan, dia meneruskan
perjalanannya, dalam hati doa dipanjat tidak putus-putus, berdoa agar
dilindungi keselamatannya.
Bunyi
derap tapak kaki yang tiba-tiba kedengaran menghampiri membuatkan Aisy semakin
berdebar, peluh dingin merencik didahi, dia menelan air liur sebelum berpaling
kebelakang.
“Arghhhhhhh...”
Jeritnya nyaring, lampu suluh ditangan jatuh ketanah, Iman pantas menutup
telinga, gegendang telinganya seakan-akan hendak pecah dibuatnya.
“Kau
ni dah kenapa..suka sangat takutkan orang....nak suruh aku mati cepat ke apa.”
Marah Aisy, dadanya diurut perlahan, jantungnya berlari kuat sehinggakan dia
merasa dadanya hampir pecah.
Iman
ketawa kuat, muka lelaki itu yang pucat lesi membuatkan dia kelihatan seperti
mayat hidup. Kenangan lama menjengah ingatan, kali pertama Aisy dikejutkan
dengan jenaka seperti ini, lelaki itu juga berada dalam keadaan yang sama
sehinggakan dia jatuh sakit, demam terkejut.
“Adoi
la...sakitnya perut aku, kau ni memang pemegang title maharaja lawak la...baru
kena usik sikit, rupa dah macam zombi Kampung Pisang.” Iman menekan perutnya yang
terasa senak. Aisy mengetap bibir, ikutkan hatinya yang panas, mahu saja dia
cucuk biji mata Iman dengan jari tangannya.
“Kau ni dah besar
panjang macam ni pun, takut lagi ke. Hish....mengalahkan budak-budak.” Ujarnya
dalam ketawa yang masih bersisa. Aisy mendengus,
“Kau ni memang sengaja
nak cari pasal dengan aku kan, sengaja nak sakitkan hati aku....nak buat aku
marah.” Ujarnya sambil mencekak pinggang, Iman mengangguk.
“Aku memang suka bila
boleh buat kau marah...lebih-lebih lagi dapat tengok muka kau yang tak berapa
nak hensome tu bertukar jadi muka tenuk...barulah kena dengan title
kau...JERANGKUNG.” Ujar Iman sebelum berlari meninggalkan Aisy yang sudah merah
padam mukanya menahan marah.
“U gonna pay for this.”
Jeritnya dalam sunyi malam, Iman menjelirkan lidahnya, mengejek Aisy dengan
mimik muka yang hodoh.
“Ai...minum
sorang je...aku punya mana?.” Tanya Aisy bila melihat Iman kembali hanya dengan
sebuah mug. Gadis itu mengangkat kening,
“Kau
ada tangan...ada kaki, pergi ambil sendiri. Jangan nak berlagak macam raja
pulak yek.” Ujar Iman, Aisy mengeluh.
“Kau
tolong la ambilkan...aku tak larat la nak bangun.” Ujar Aisy lembut, Iman
menggelengkan kepalanya.
“Ah...tak
kuasa aku nak layan, kau nak minum...kau ambil sendiri, aku tak ada masa nak
jadi orang gaji kau.” Ujar Iman, Aisy, menguis kaki Iman, memaksanya mengalah
namun gadis itu buat tak endah.
“Tak
apa...biar saya tolong ambilkan, saya pun nak ke dapur ni.” Ujar Amanda bila
melihat Iman masih tidak berganjak, tumpuan gadis itu tetap pada kaca tv.
“Thank
you Amanda...is very nice of u, tak macam orang tu” Provok Aisy, Iman tayang
muka selamba, tak terkesan langsung dengan kata-kata lelaki itu.
“Ada
aku kisah, huh sikit pun tak la.” Ujar Iman, matanya masih tak teralih dari
kaca tv. Puan Sabariah yang sedang melipat kain menggeleng, susah pulak bila
dua-dua bertemu muka, bertegang urat jadinya.
“Fuh...sedap
giler air kopi Aik Chong ni...tambah-tambah bila cicah dengan biskut Cream
Creaker cap Ping Pong...peh, terangkat beb. Nak??.” Tanya Iman, Aisy mencemik,
tahu sangat gadis itu sedang mengujinya, sengaja.
“Iman...”
Tegur Puan Sabariah, bila melihat gadis itu semakin rancak menabur benih-benih
sengketa. Iman mahupun Aisy terdiam, tidak jadi hendak meneruskan bicara,
sudahnya mereka terpaksa membiarkan ‘perlawanan’ malam ni, berakhir tanpa ada
yang menang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan