BAB 22
Iman tidak jadi
melangkah, suara mama dan mem besarnya kedengaran sayup-sayup memecah gegendang
telingannya. Bungkusan plastik berisi nasi lemak dan kuih-muih untuk sarapan
pagi disangkut pada tombol pintu dapur.
Perlahan-lahan dia
berdingkit-dingkit melangkah masuk kebawah rumah dan duduk bertinggung
betul-betul dibawah lantai bilik tidur Puan Sabariah. Ais krim 1 Malaysia,
perisa bubur kacang hijau menjadi peneman setia. Lantai yang berlapik dengan
tikar getah langsung tidak menghalangnya untuk mencuri dengar perbualan mereka
berdua.
“Mak rasa rancangan
kita ni boleh berjaya ke?.” Tanya Datin Munirah.
“Kamu ni macam tak
yakin je dengan mak.” Ujar Puan Sabariah, Datin Munirah tersenyum nipis.
“Bukannya Irah tak
yakin tapi Irah takut kalau-kalau rancangan ni gagal.” Ujar Datin Munirah, raut
wajahnya penuh dengan kebimbangan.
“Kamu tak payah nak
risau lah, mak yakin rancangan kita akan Berjaya.” Ujar Puan Sabariah, Datin
Munirah mengangguk perlahan walaupun hatinya masih curiga.
“Aisy dengan Iman
tu lembut hatinya…mereka takkan sanggup nak tolak permintaan mak dalam keadaan
macam ni. Buktinya sekarang diaorang dah bersetuju.” Ujar Puan Sabariah,
gembira sakan. Datin Munirah mengangguk, semalam bila Iman dan Aisy menyatakan
persetujuan mereka, dialah orang yang paling gembira, rasa nak melompat tinggi
pun ada.
“Irah memang
respectlah dengan mak, panjang akal. Tiap kali rancangan kita nak gagal, ada je
idea baru mak timbul.” Puji Datin Munirah, Puan Sabariah tersenyum.
“Mestilah…ada cucu
yang otak dia penuh dengan muslihat, akal mak kenalah panjang…kalau tak macam
mana nak patahkan serangan dia.” Ujar Puan Sabariah, Datin Munirah mengangguk,
semuanya kerana Iman.
“Kalaulah Iman
dengan Aisy tahu kita tipu mereka berdua, mahu kejang mulut nak terangkan
semuanya.” Ujar Datin Munirah, dia ketawa kecil. Puan Sabariah tersenyum,
harap-harapnya mereka berdua takkan tahu.
“Siapa lagi yang
berkomplot dengan kita mak?.” Tanya Datin Munirah.
“Norizan la….kalau tak siapa lagi nak tolong mak balut
kaki ni. Lepas kamu call mak semalam, terus mak minta dia tolong balutkan kaki,
biar Nampak real sikit maklumlah…yang kita nak tipu ni doktor.” Ujar Puan Sabariah, dia dan Datin
Munirah sama-sama ketawa.
“Kasihan pulak
dengan su, tak pasal-pasal dia bersubahat sama.” Ujar Datin Munirah, tawanya
masih tersisa.
“Terpaksalah…kita
tak cukup pelakon tambahan.” Ujar Puan Sabariah, dia ketawa lagi.
Iman mundar-mandir
sendiri, kelibat Aisy masih tidak kelihatan. Jam ditangan dijengah, hampir 20
minit dia menanti. Iman menggelengkan kepalanya, bot-bot nelayan yang
lalu-lalang dihadapannya tidak dihiraukan, bunyi enjin bot yang bising langsung
tidak mengganggunya. Dia sudah terbiasa dengan semua itu, bahkan bunyi itu kedengaran seperti
irama muzik ditelinganya.
Penat berdiri, dia
duduk menjuntai kakinya ditepi jeti. Selipar jepun diletakkan ditepi. Air
sungai yang sejuk berkocak bila kakinya mencecah permukaan air.
“Apa ke halnya lama
sangat nak sampai. Bukan jauh mana pun, 10 minit je, jarak macam 10 hari nak
sampai.” Bebel Iman, kepalanya disandarkan pada tiang jeti. Tapi 10 minit tu,
kalau naik kenderaan la.
Fikirannya melayang
jauh teringatkan peristiwa semalam, kata-kata mem besarnya terngiang-ngiang
ditelinga, kata-kata yang membuatkan dia dan si jerangkung menyerah tanpa
membantah.
“Hentah sempat ke
tidak nenek nak tengok korang berdua naik pelamin. Kalaulah esok, umur nenek
tak panjang, meninggal, tak tutup rapat la mata jawabnya.” Ujar Puan Sabariah,
sedih, air mata yang mengalir dikesat.
“Kenapa nek cakap
macam tu, Iman tak suka la dengar.” Ujar Iman, sebak. Kepalanya dilentokkan
diatas peha wanita itu.
“Manalah tahu, ajal
maut ni kan ditangan Allah.” Ujar Puan Sabariah, kepala Iman diusap lembut.
Aisy tunduk, terdiam sesaat.
“Nek…Aisy dengan
Iman sanggup buat apa saja untuk nenek, malah kalau nenek minta nyawa kami
sebagai ganti pun, kami bagi.” Ujar Aisy, Iman mengangguk. Puan Sabariah
tersenyum, yakin yang mereka pasti tidak akan menolak.
“Nenek tak minta
banyak, satu je…” Ujar Puan Sabariah, Iman mengangkat kepalanya.
“Apa nek?.”
Tanyanya.
“Nenek nak korang
berdua kawin, boleh?.” Tanya Wanita itu, Iman memandang Aisy, berat
permintaannya tapi bila melihat lelaki itu mengangguk, dia turut sama berbuat
demikian.
“Kalau itu yang
nenek nak, yang nenek harapkan….kami akan tunaikan, kami setuju.” Ujar Iman,
Aisy tersenyum mengangguk.
“Betul???.” Tanya
Puan Sabariah, terkejut, pipi Iman disentuh lembut, matanya tepat memandang
wajah Aisy, serentak mereka berdua mengangguk.
“Alhamdulillah…gembiranya
nenek. Terima kasih Iman..Aisy, terima kasih.” Ujar Puan Sabariah sambil
memeluk pasangan itu seraya memandang wajah menantuanya, pantas dia mengenyitkan
matanya bila Datin Munirah mengangkat ibujarinya.
“Mende yang penting
sangat sampai aku kene menapak sampai ke sini?.” Tanya Aisy mengejutkan Iman
membuatkan gadis itu nyaris-nyaris tergelincir jatuh masuk ke dalam sungai.
Habis terbang melayang segala lamunannya.
“Kalau ya pun…tak
boleh ke bagi salam dulu, suka sangat kejutkan orang. Kalau aku tergelincir
masuk dalam sungai tadi, siapa yang susah.” Marah Iman, Aisy tersengih.
“Kau la yang susah,
ala…bukannya ada buaya pun dalam sungai ni, jatuh… paling kurang basah je.”
Ujar Aisy selamba. Iman nengetap bibirnya.
“Choiii…mulut tu
jangan nak cabul sangat boleh tak, kalaulah ada…kau tu dulu yang aku campak
masuk dalam sungai ni.” Ujar Iman, Aisy ketawa.
“Ha…pe benda yang
kau nak cakap sangat sampai kena berbincang sejauh ni.” Tanya Aisy, dia
melabuhkan punggungnya disebelah gadis itu. Iman bangun, kepalanya digaru
perlahan.
“Kalau aku cakap mesti kau tak percaya punya.” Ujar
Iman, Aisy memeluk tubuh.
“Cakap kau tu bila
masanya aku pernah percaya.” Iman menampar kuat peha lelaki itu, masa-masa
serius macam ni pun lelaki itu masih sempat nak bergurau.
“Aku rasa baik kau lupakan saja hajat kau nak jadikan si
guli tu bini kau, hebat macam mana pun cara dia ambil hati mama dengan mem
besar, ianya takkan berjaya melainkan kau ada cara lain untuk lembutkan hati
mereka.” Ujar Iman. Wajah Aisy berkerut.
“Apa benda yang kau
merepek ni, boleh tak kalau kau cakap terus terang je….tak payah nak
berbelit-belit macam ni.” Ujar Aisy, Iman mengeluh.
“Mem besar tu
tengah buat drama air mata, berkomplot dengan mama dan mak su.” Ujar Iman
perlahan. Aisy menepuk dahi.
“Ya Allah…kau nak
gila, kau gila sorang dah la…tak payah nak heret aku sama. Aku tak faham
langsung apa yang kau cakap ni. Nenek buat drama air mata, drama apa?.” Tanya
Aisy, betul-betul tidak dapat menangkap maksud kata-kata Iman.
“Ingatkan otak kau
tu cerdik sangat, rupanya ada masa bengap jugak.” Ejek Iman, dia tersenyum
sinis, kepalanya digeleng beberapa kali.
“Aku malas nak cari gaduh dengan kau pepagi ni, perut
aku tengah lapar, jadi kalau kau tak nak cakap terus terang, aku nak balik
sambung makan nasi lemak kerang bakal mak mertua tak jadi kau tu.” Ujar Aisy,
dia berpusing sebelum melangkah.
“Aik…mana dia tahu dulu aku nak pergi pinang si Arfan,
ni mesti mem besar yang bagitau…hish, tak boleh simpan rahsia langsung.” Gomel
Iman, Aisy yang hampir meninggalkannya dipanggil semula.
“Mem besar tipu je…kaki dia tak terseliuh pun dan dia
tak jatuh bilik air. Itu semua rancangan dia je nak pastikan kita kawin sebab
dia tahu kita berdua sayangkan dia sangat.” Ujar Iman, macam manalah dia boleh
kena kencing dengan puan Sabariah tu. Aisy tidak jadi melangkah.
“What did u say?.” Tanya Aisy, mahu memastikan yang dia
tidak tersalah dengar.
“Malas la nak ulang banyak kali, aku tahu kau boleh
dengar dengan baik.” Aisy mengangkat kening,
“Macam mana kau tahu diaorang tipu kita?.” Tanyanya,
Iman tersenyum sinis,
“Macam mana aku tahu…itu tak penting, biarlah rahsia.”
Ujarnya, Aisy mencemik.
“So kita nak buat apa ni?.” Tanya Iman, wajah Aisy yang
bingung ditatap.
“Apa lagi yang kita boleh buat…kita dah setuju pun kan.”
Ujar Aisy, mengalah. Iman membulatkan matanya,
“Pantang keturunan Datuk Bahaman dan Tok Gajah tau,
mengalah sebelum berjuang.” Ujar Iman, serius air mukanya. Aisy ketawa
mengejek.
“Keturunan Datuk Bahaman dan Tok Gajah konon, diaorang
kenal kau pun tidak.” Iman meniup anak rambutnya yang terjuntai.
“Memang la diaorang tak kenal…masa diaorang hidup, aku
belum lahir lagilah ngok. Ini metafora je lah….inilah susahnya kalau hidup
dalam budaya barat sampai bahasa kiasan pun tak tahu.” Ujar Iman, kepala lelaki
itu diketuk membuatkan Aisy menyinga marah.
“Jangan nak main kepala
boleh tak.” Iman menggeleng,
“Dah terbiasa…dah
jadi tabiat, tak boleh nak kikis.” Ujarnya selamba, sengaja mahu menaikkan
marah lelaki itu.
“Habis tu srikandi
keturunan Datuk Bahaman dan Tok Gajah oi…kita nak buat apa untuk batalkan
rancangan mereka ha, bagitau aku.” Aisy mencuit dagu Iman dan menolaknya
keatas. Iman ketawa kecil, jarinya dipetik, kuat.
“Der…ini Iman la,
just wait and see.” Ujar Iman, Yakin ya amat. Terima kasih pada dinding dan
lantai kayu. Aisy mengangguk.
“Ok…yakin sangat
kan…go on, selesaikan.” Ujar Aisy, Iman mengangkat kening, tak kisah lelaki itu
hendak percaya atau tidak.
“Dah la jom
balik…aku lapar ni, karang tak pasal-pasal kau pulak yang aku makan.” Ujar
Aisy, dia berjalan mendahului Iman yang masih terkial-kial hendak menyarung
selipar jepunnya.
Aisy memerhatikan
Iman yang sedang seronok melantak, langsung tak pandang kiri dan kanan, tau lah
lapar tapi takkanlah sampai tak reti nak kontrol, boleh sumbat, sumbat. Dahinya
ditepuk perlahan, parah betul budak ni, makan macam sepuluh tahun tak jumpa
nasi lemak, taulah tu makanan kegemaran dia, tapi takkanlah sampai lupa rancangan
mereka.
“Hish dia ni…”
Desis Aisy geram, Iman langsung tidak menoleh kearahnya walaupun sesaat. Kaki
Iman disepak, membuatkan gadis itu berhenti menyuap, pandangannya beralih pada
Aisy yang duduk disebelah sambil menghantar isyarat bertanya. Aisy pantas
mengeling kearah Puan Sabariah dan Datin Munirah yang sedang mejamu selera.
Iman membulatkan
mulutnya, tahu apa yang mahu disampaikan lelaki itu. Sudu diletakkan ditepi,
kopi o didalam cawan diteguk sedikit. Dia membetulkan duduknya, pandangan
matanya tepat menghala kearah Puan Sabariah sebelum beralih pada Datin Munirah.
Nafas panjang ditarik,
“Nek…mama…” Panggil
Iman, serius bunyinya, serentak keduanya mengangkat wajah.
“Kenapa sayang?.”
Tanya Datin Munirah, dia tersenyum.
“Iman ada hal nak
cakap ni.” Ujar Iman, lembut. Dahi mereka berkerut.
“Iman nak cakap
pasal apa?.” Tanya Puan Sabariah. Iman menarik nafas panjang sebelum
menghembusnya perlahan, tahu yang bakal diucapkan ini pasti mengundang reaksi
yang kurang menyenangkan.
“Iman nak bagitau
yang Iman sebenarnya dah terlanjur…”
Belum sempat dia menghabiskan kata, jeritan bergema. Aisy tersedak, nasi lemak yang dimakannya tercekik, gila budak ni. Ilyana dan Amirul, ternganga manakala Datuk Adham mengurut dada. Wajah masing-masing pucat tak berdarah, terkejut tahap babun bila perkataan terlanjur terpancul dari mulut Iman.
Belum sempat dia menghabiskan kata, jeritan bergema. Aisy tersedak, nasi lemak yang dimakannya tercekik, gila budak ni. Ilyana dan Amirul, ternganga manakala Datuk Adham mengurut dada. Wajah masing-masing pucat tak berdarah, terkejut tahap babun bila perkataan terlanjur terpancul dari mulut Iman.
“Ya Allah…Nur Iman
Qaisara….apa yang kamu dah buat ni, kamu sedar tak apa yang kamu cakapkan ni
ha…kamu sedar tak?.” Tanya Puan Sabariah, Mata Iman berkelip-kelip, dia
mengangguk. Puan Sabariah menggeleng, hampa.
“Nenek besarkan
kamu dengan penuh didikan agama, ajar kamu untuk bezakan mana yang betul dan
mana yang salah….tergamak kamu buat semua tu, mana perginya iman kamu?.” Tegur
Puan Sabariah, dia bangun, berjalan mundar mandir sambil menghentak kakinya
kelantai. Nampak sangat yang dia sedang marah. Iman hanya memerhati, langsung
tidak menegur perbuatan mem besarnya, pandangannya dialih pada Aisy disebelah,
lelaki itu masih terkedu, kaku tak bergerak.
“Mama tak sangka
Iman sanggup menconteng arang kemuka kami, sampai hati Iman.” Ujar Datin
Munirah, sedih. Iman menggaru kepalanya, mereka yang salah faham atau dia yang
tersilap cakap.
“Cakap Iman…siapa
lelaki tu?.” Tanya Ilyana, keras. Air matanya mula bergenang, Iman
terpinga-pinga.
“Apa mama, kak Yana
dengan nenek merepek ni?.” Tanya Iman.
“Apa yang kami
merepek…kamu Tanya apa yang kami merepek, kamu tu yang merepek, jujur-jujur je
mengaku yang kamu dah terlanjur, kamu tak malu ke.” Tanya Puan Sabariah. Iman
ketawa kecil, memang sah mereka dah salah faham. Dahinya ditepuk,
“Adoi la…lain kali
dengar dulu sampai habis apa yang Iman nak cakap, jangan suka potong jalan.
Iman nak bagitau yang Iman dah terlanjur jatuh cinta pada si Arfan tu, nak
bagitau yang Iman dah cakap pada dia yang keluarga kita akan datang meminang
dia lepas dia dah habis SPM nanti…tu je.” Ujar Iman, tak pasal-pasal nama budak
itu dijadikan modal ceritanya. Puan Sabariah menepuk dahi. Yang lainnya mula menarik
nafas lega, buat lemah jantung orang je si Iman ni, lain kali cakap biar
terang.
“Memandai-mandai je
kamu…bila masanya pulak kitaorang ni setuju nak pergi pinang si Arfan tu, kamu
jangan nak mengada Iman….kamu dah janji yang kamu nak kawin dengan Aisy.” Ujar
Puan Sabariah cuba mengingatkan Iman tentang janjinya, Iman tersenyum,
keningnya terangkat, hehehe…senyum setan dah mula terpamer.
“Puan Sabariah oi…”
Panggil Iman, Puan Sabariah masih mundar-mandir, kekiri-kekanan, laju
langkahnya sehingga dia terlupa sesuatu.
“Mak…mak..” Tegur
Datin Munirah, raut wajahnya berubah, melihat riak Iman cukup untuk menyatakan
yang rancangan mereka sudah menemui titik noktahnya.
“Puan Sabariah…ooo
Puan Sabariah…” Panggil Iman lagi, Puan Sabariah berhenti melangkah, dia
berpaling kearah Iman.
“Apa?.” Tanyanya,
keras bunyinya. Iman tersenyum manis.
“Cepat baik kaki
tu, bukan semalam terseliuh ke?.” Tanya Iman, sinis. Puan Sabariah menutup
mulutnya.
“Errr….aduh…sakitnya.”
Ujarnya tiba-tiba. Iman mencemik, dah kantoi pun masih nak berlakon lagi…memang
betul anak panggung la nenek ni. Entah-entah, air mata semalam pun pakai
Eyemore je.
“Got u…oo, main
tipu. Huh…dan-dan je nenek dengan mama komplot yek, menipu kitaorang. Patutlah
bila ajak pergi klinik, mati-mati nenek mengelak, siap tak kasi pegang lagi.”
Ujar Iman, wajahnya dimasamkan. Datin Munirah terdiam, Puan Sabariah sudah tak
terkata. Iman bangun, meja ditepuk perlahan.
“Memandangkan nenek
dengan mama main tipu, maka secara rasminya perjanjian kita semalam terbatal
secara automatik….tak ada sebarang majlis perkahwinan yang akan dilangsungkan.”
Ujar Iman membuatkan Datin Munirah terkedu, punah harapannya.
“Tak boleh ke
pertimbangkan semula.” Tanya Datin Munirah, masih mengharap agar anaknya itu
mengubah fikiran, Iman menggeleng.
“Muktamad..sebarang
rayuan takkan dilayan.” Datin Munirah mengeluh.
“Nenek boleh saman
Iman tau, sebab mungkir janji.” Ujar Puan Sabariah, merungut, tak puas hati.
Iman memeluk tubuh, keningnya diangkat
“Eleh…saman konon,
mahkamah mana yang nak tolong nenek. Perjanjian pun tak ada, ada hati nak saman
kita, banyak cantik.” Ujar Iman lagi, dia menjuih bibirnya. Aisy mengangguk,
dia sudah mula tersenyum.
“Doktor Rayyan…tahniah,
kemenangan berpihak pada kita.” Ujar Iman, tangannya dihulur pada lelaki itu
dan pantas disambut, dia mengangguk.
“Doktor Sara…good
work.” Pujinya lantas memberikan satu tepukan semangat, siap berhi 5 lagi.
“Mahkamah dengan
ini mengistiharkan kemenangan bagi kes Puan Sabariah dan Datin Munirah vs Aisy
Rayyan Ziqry dan Nur Iman Qaisara berpihak pada Aisy Rayyan Ziqry dan Nur Iman
Qaisara….hipp, hipp, horey….Iman manse.” Jerit Iman gembira.
“Sebagai meraikan
kemenangan sempena pembatalan majlis kawin kami, Iman belanja semua orang makan
aiskrim 1 malaysia, Doktor Rayyan….mintak dua ringgit.” Pinta Iman seraya
menghulurkan tangannya, menadah. Aisy pantas menyelok poket seluar tracknya dan
mengeluarkan not seringgit sebanyak 2 keping lalu dihulurkan pada Iman.
“Moh kita ke kedai
pak Leman…” Ajak Iman, sempat dia menari tarian kuda yang popular.
“Oppa Gangnam
Style…oo, oo, oo…Oppa Gangnam Style.” Kuat suaranya menyanyikan lagu dendangan
Psy itu sehingga mencetuskan tawa Ilyana dan Datuk Adham.
Aisy bersandar, hampir tersembur tawanya, namun ditahan
bila melihat wajah kelat Puan Sabariah dan wajah kecewa Datin Munirah, dia
kembali menyambung suapannya.
“Macam mana ni mak?.” Tanya Datin Munirah, wajah ibu
mertuanya itu dipandang, puan Sabariah mengeluh.
“Macam mana dia boleh tahu tentang rancangan kita ni?.”
Ujar puan Sabariah perlahan, Datin Munirah menggeleng, Datuk Adham tersenyum.
“Kiranya rancangan awak nak dapatkan khidmat wedding
consultant tu..batal la ya Datin Munirah.” Usik Datuk Adham membuatkan wajah
isterinya itu kembali mencuka.
“Awak jangan nak cari pasal dengan saya, Datuk Adham…”
Ujar Datin Munirah, geram mendengar usikan suaminya itu, orang tengah susah
hati…boleh pulak dia buat lawak.
“Next time…bila buat rancangan, pastikan cakap siang
pandang-pandang…cakap malam dengar-dengar. Zaman sekarang ni, dinding pun tak
boleh percaya nek.” Ujar Aisy, dia tersenyum simpul sebelum bangun dari kerusi
dan berlalu pergi. Puan Sabariah mengeluh lagi, rosak semua rancangannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan