Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Ahad, 22 Mac 2015

Tawanan Cinta 21



BAB 21
           

Aisy berhenti diruang tamu, kembang kempis hidungnya mencium bau harum makanan kegemarannya. Beg sandangnya dicampakkan keatas sofa, cepat-cepat dia berlari meja makan. Bulat matanya bila terpandang udang masak lemak cili api yang terhidang dihadapannya. Segera kerusi ditarik, sebelum punggungnya dilabuhkan. Baru saja dia hendak mencedok, tangan dihalang.
“Kalau ya pun lapar, naik mandi dulu, solat maghrib.” Tegur Datin Munirah, Aisy tersengih.
“Lapar sangat la mama, tambah-tambah bila terbau udang masak lemak ni, meleleh air liur.” Ujar Aisy, dia pamer muka kasihan.
“Dah….dah…tak payah buat muka macam tu, pergi naik mandi dan solat dulu. Nanti kita makan sama-sama.” Arah Datin Munirah, Aisy mengeluh, dia mengangguk perlahan sebelum bangun dan berlalu.
“Ma…banyak lauk hari ni, ada kenduri ke?.” Tanya Aisy, hanya separuh badannya melepasi pintu. Datin Munirah tersenyum.
“Saja…dah lama kan kita tak makan ramai-ramai.” Ujar Datin Munirah, Aisy tersenyum dan mengangguk.
“Dah pergi cepat, nanti lambat pulak kita makan malam.” Arah Datin Munirah, Aisy mengangguk, dia menghilang.
Senyuman dilemparkan bila dia terserempak dengan Ilyana ditangga, kakak iparnya itu baru hendak melangkah turun. Aisy berhenti seketika, bertanya khabar.
“Abang mana kak?.” Tanya Aisy, bayang Amirul dicari.
“Dalam bilik lagi.” Ujar Ilyana, Aisy mengangguk.
“Lewat balik hari ni…banyak kerja ke?.” Tanya Ilyana pula, Aisy sekadar mengangguk.
“Aisy naik dulu la akak, nak mandi…nak solat, dah lewat ni.” Ujar Aisy meminta diri, Ilyana tersenyum dan mengangguk sebelum meneruskan langkahnya.


Sebaik sahaja seekor udang tergolek masuk kedalam pinggannya, Aisy terus menyuap nasi tanpa menunggu. Gelagatnya membuatkan semua orang dimeja makan ketawa kecil.
“Lapar sangat ke Aisy?.” Tanya Datuk Adham. Aisy mengangguk, langsung tidak bersuara.
“Sedap?.” Tanya Datuk Adham lagi, pantas tangannya meletakkan seekor ketam masak merah dalam pinggan anak terunanya itu. Aisy masih mengangguk, wajahnya langsung tidak diangkat. Datin Munirah tersenyum, penuh makna.
“Nanti kalau dah kawin, boleh la suruh Iman masak hari-hari.” Ujar Datin Munirah, Aisy tersedak, cepat-cepat gelas minuman dicapai sebelum airnya diteguk rakus.
“Apa ma?.” Tanya Aisy, bimbang jika dia tersalah dengar.
“Mama kata, nanti lepas kawin….Aisy boleh suruh Iman masakkan hari-hari.” Ujar Datin Munirah. Aisy tersenyum sinis, memang dia tidak salah mendengar, memang betul nama Iman yang disebut mamanya.
“Boleh Iman?.” Tanya Datuk Adham, Aisy berpaling kebelakang, matanya menyoroti langkah Iman yang berjalan perlahan menghampiri meja makan. Perlahan kerusi sebelah Ilyana ditarik, lembut sekali perlakuannya, bak Puteri Gunung Ledang lagaknya. Aisy yang memandang, mencemik.
“Boleh apa pa?.” Tanya Iman, tidak faham.
“Masakkan lauk kegemaran Aisy.” Balas Ilyana bagi pihak bapa mertuanya, Datin Munirah mengangguk.
“Oh…boleh. Sepuluh kali sehari pun Iman boleh masakkan. Cakap je nak makan apa.” Ujar Iman dengan senyuman.
“Itupun lepas aku campur racun tikus, sebagai perencah utama.” Ujar Iman, dalam hati, sempat lagi dia membayangkan perkara itu. Hish…tak fikir dosa langsung.
“Ha…dengar tu Aisy, Iman sanggup nak masak 10 kali sehari…bertuah badan kan…sayang?.” Usik Amirul, wajah Ilyana dipandang dengan senyuman. Isterinya itu hanya mengangguk.
“Hurm….bertuah la sangat, entah-entah nanti dia campur racun rumpai dalam masakan tu semua. Tak pasal-pasal, mati muda aku.” Bisik Aisy, namun sekadar bermonolog didalam hati.
“Kerja macama mana…ok?.” Tanya Datuk Adham, perhatiannya berpusat pada Iman yang kelihatan agak kurang ceria seperti selalu.
“Boleh la pa…” Ujar Iman, sunggul. Bab pengenalan sudah pun bermula.
“Kenapa ni, macam tak seronok je….ada masalah?.” Tanya Datuk Adham lagi, Iman sekadar tersenyum hambar.
“Bukan tak seronok…Cuma…” Iman tidak sanggup menghabiskan kata-katanya, dia terus terdiam.
“Kenapa ni sayang, bagitau mama…ada orang buli Iman?.” Tanya Datin Munirah. Iman tersenyum nipis, bukannya membuli tapi dah masuk kategori penderaan, penderaan mental.
“Tak adalah sampai membuli, Cuma Iman kena posting kat tempat yang tak bersesuaian je.” Ujar Iman, dia menguis nasi didalam pinggan. Masa untuk meraih simpati dah tiba.
“Posting kat mana?.” Tanya Datuk Adham.
“Bilik mayat.” Ujar Iman selamba, mengejutkan Datuk Adham.
“Siapa yang hantar Iman kesitu? Bagitau papa?.” Tanya Datuk Adham, wajahnya agak serius, Iman mengangkat wajahnya, wajah Aisy yang tenang ditatap. Bab kemuncak semakin hampir.
“Doktor pakar yang menyelia tugasan Iman.” Ujar Iman, wajah Aisy sedikit berubah. Sudah, Iman pasti sedang merencana sesuatu.
“Siapa?.” Tanya Datuk Adham lagi, masih tidak berpuas hati. Aisy menelan air liur, otaknya mula ligat berfikir, cuba mencari idea untuk berdebat sebentar lagi.
“Doktor Aisy Rayyan Ziqry.” Ujar Iman, satu persatu nama itu disebut, pantas Datuk Adham berpaling kearah anak lelakinya itu.
“Aisy…kenapa kamu buat macam tu?.” Tegur Datuk Adham. Aisy berlagak tenang, dia memberikan senyuman nipis.
“Itu sebahagian dari tugas la pa….Aisy Cuma nak lihat sejauh mana kebolehan dia bekerja dalam pelbagai situasi, itu saja…tak salah kan.” Ujar Aisy, memberi alasan.
“Memang la tak salah tapi tempat tu tak sesuai untuk Iman, dia bukan pakar forensik, nak bedah mayat ke apa. Tukarkan dia ke bahagian lain, segera.” Arah Datuk Adham, Iman sudah tersenyum, puas hati bila rancangannya Berjaya.
“Tapi pa…” Belum sempat Aisy menghabiskan kata-katanya, Datuk Adham memintas.
“This is not a request…it’s an order.” Tegas Datuk Adham, Aisy mengangguk.
“Ok pa…esok Aisy minta pihak pengurusan tukarkan Iman segera.” Ujarnya, geram. Wajah Iman dipandang, mulutnya terkumit-kumit memarahi gadis itu, namun Iman hanya tersenyum, hatinya bersorak riang dan bab terakhir tergarap dengan penuh kejayaan. Yahooo menang lagi, 3 vs 0….huahahaha.
“Budak tiga suku ni memang sengaja cari pasal dengan aku, siap la kau nanti.” Bisik Aisy, geram. Iman menjelirkan lidahnya, meraikan kemenangannya menewaskan Aisy buat kali yang ketiga. Sesi makan-makan mereka disulami perbualan dan gelak ketawa, hanya Aisy saja yang mendiamkan diri, tidak ikut campur.




Iman menyanyi perlahan, mengikut rentak melodi lagu yang didengari dari handphonenya tanpa dia sedar yang gelagatnya diperhatikan seseorang yang sejak tadi berdiri dimuka pintu.
Aisy memerhatikan Iman, dengan baju kurung kain cottan berwarna putih susu bercorak poka dot berwarna-warni, dia kelihatan begitu menarik, persis anak gadis sunti yang baru belajar membesar.
“Amboi…bukan main seronok lagi kau kan…gunakan papa untuk lepaskan diri.” Sindir Aisy, Iman berhenti membasuh pinggan, dia berpaling ke belakang.
“Siapa suruh kau cari pasal dengan aku, kau yang mulakan dulu…so kau tak boleh nak salahkan aku.” Ujar Iman, dia tersenyum, tangannya kembali bekerja.
“Wei…apa citer kau dengan si Guli tu?.” Tanya Iman sekadar berbasi-basi, bukan busy body.
“Nama dia Yuli…” Ujar Aisy membetulkan sebutan Iman, gadis itu memang suka menukar nama orang ikut suka hati dia.
“Sama la tu, beza ejaan dengan sebutan je…itupun nak kecoh.” Omel Iman perlahan.
“Apasal kau nak tahu…nak sabotaj?.” Tanya Aisy, serkap jarang. Iman mencemik.
“Sabotaj pe bendanya…aku Tanya sebab nak tahu, ok ke tak. Iyalah…sampai sekarang tak ada ura-ura pun keluarga kau nak pergi meminang dia….kot-kot la tak jadi, risau jugak aku.” Ujar Iman, Aisy ketawa kecil.
“Kau?risau? biar betul Iman, kau sihat ke tak?.” Tanya Aisy, musykil. Dahi gadis itu disentuh, takut la demam tersampuk jin tanah. Iman pantas menepis tangan itu, hish..apa sentuh-sentuh, bukan muhrim la.
“Der….aku bukan risaukan kau…aku risau pasal masa depan aku, buatnya diaorang tak berkenan dengan pilihan kau…naya aku tau tak, kena kawin dengan kau…boleh gelap masa depan aku.” Ujar Iman, tangannya masih ligat membasuh pinggan yang masih berbaki.
“Kau tak payah nak bimbang sangat la….aku akan pastikan yang Yuli tu nanti akan jadi menantu rumah ni. Aku pun tak nak pertaruhkan masa depan aku dengan kau.” Ujar Aisy, Iman tersenyum.
“Bagus la kalau macam tu….tak adalah aku buang masa fikirkan pasal hal ni. Kiranya masalah ni aku serahkan pada kau sajalah untuk diselesaikan ya. Lagipun otak kau kan lagi bijak dari aku, mesti kau dah ada rancangan kan.” Ujarnya, Aisy sekadar tersenyum, bahunya diangkat. Iman menarik nafas lega,
“Lepas ni boleh la aku tumpukan sepenuh perhatian pada mereka..lepas tu boleh la buat keputusan.” Ujar Iman, perlahan, dahi Aisy berkerut.
“Mereka??mereka tu siapa?.” Iman tersengih,
“Aiman…Khairil…Badrul…” Ujarnya, Wajah Aisy berubah, merah menyala.
“Apahal pulak kau nak kena tumpukan perhatian pada mereka, mereka tu siapa…anak didik kau?.” Tanya Aisy, kasar bunyinya. Iman menggeleng.
“Bakal calon menantu mama dan nenek…bakal adik ipar kak Yana…bakal biras kau.” Aisy pantas menarik telinga Iman, kuat.
“Sakit la…” Marah Iman seraya menepis tangan lelaki itu.
“Kau apahal..” Tanyanya.
“Jangan nak menggatal yek, tak ada maknanya mama dengan nenek tu nak setuju dengan calon pilihan kau.” Ujar Aisy. Iman membulatkan matanya,
“Kenapa pulak tak setuju, bawa datang jumpa pun belum…dah sibuk nak buat kesimpulan sendiri…tunggulah aku bawa diaorang datang jumpa mama dengan nenek dulu, baru boleh buat keputusan.” Dengus Iman, Aisy mengetap bibir, degil betul.
“Tak boleh.” Bantah Aisy, mulut Iman muncung,
“Kalau kau boleh bawa si guli tu datang jumpa mama dengan nenek, aku pun boleh jugak…kita sama je tau…tak ada beza, kau ada calon...aku pun kenalah ada sama.” Ujar Iman, tak puas hati. Aisy menggeleng,
“Aku tak peduli apa pun alasan kau…pokoknya, kau tak dibenarkan ada calon lain selain dari aku..is that clear?.” Tanya Aisy, Iman nejelirkan lidah.
“Dengki la tu…calon aku lagi hensome dari kau.” Aisy menutup telinga,
“Dah…dah, aku tak nak dengar lagi.” Iman menarik muka masam,
“Ha lagi satu….aku suruh kau betulkan kertas kerja tu, asal kau tak buat?.” Tanya Aisy, sengaja mengubah topik perbualan, Iman mengeluh, time-time macam ni pun nak bincang pasal kerja lagi, memang lelaki ini gila kerja la.
“Kau tak baca ke nota yang aku tulis? Kan aku dah terangkan sebab-sebab dia…ke kau tak reti baca.” Tanya Iman, Aisy mengecilkan matanya, dahi Iman dijentik kuat.
“Sakit la..” Pantas periuk kecil ditangan dihentak diatas kepala lelaki itu, biar sama-sama merasa sakit, penyudahnya…pinggan tak siap berbasuh, mereka dah mula bergomol.
“Korang berdua ni, nak akak daftarkan masuk kejohanan gusti ke?.” Iman dan Aisy berhenti mendadak, wajah Ilyana yang kelihatan serius membuatkan mereka berdua segera menjarakkan diri.
“Bukan Iman…dia ni yang mula dulu.” Ujar Iman membela diri.


“Tak kisahlah siapa yang mulakan dulu, sama saja. Awak berdua tu dah besar…dah tua bangka, hari-hari nak bergaduh….bertengkak.…bergomol, pantang bersua muka..ada saja yang nak dibawa bergaduh.” Keluh Ilyana, pening kepalanya melihat gelagat mereka berdua.
“Yang tua bangka tu dia….bukan Iman.” Bisik Iman perlahan. Ilyana menarik cuping telinga Iman, kuat.
“Boleh jawab…jawab.” Ujarnya geram.
“Akak tu patut nasihatkan dia…kalau dia tak mulakan dulu, Iman takkan cari pasal dengan dia.” Ujar Iman mempertahankan dirinya, telinga digosok perlahan, macam nak tercabut rasanya kesan penangan si ketam batu.
“Siapkan kertas kerja tu esok.” Arah Aisy, mahu cepat beredar, bimbang jika dia pula yang menjadi mangsanya. Iman menjelirkan lidahnya, tak kuasa dia nak layan. Tugas menbasuh pinggan diteruskan sebaik kelibat Ilyana dan Aisy menghilang.




“Macam mana ni mak, Aisy tu betul-betul serius dengan si Yuli. Irah bimbang la mak, takut kalau-kalau rancangan kita gagal.” Tanya Datin Munirah, perbualan Aisy dengan Iman sebentar tadi benar-benar membuatkan dia tak senang hati.
“Cuba kamu cerita betul-betul, bagi mak faham.” Ujar Puan Sabariah, Datin Munirah menjelaskan segala-galanya, tak ada satu pun maklumat yang tertinggal. Apa yang didengarnya dari mulut Aisy dan Iman, itulah yang disampaikan semula pada ibu mertuanya itu.
“Kalau macam tu…terpaksalah kita gunakan plan kedua. Kamu dengar sini baik-baik Irah, apa yang mak nak cakap ni.” Ujar Puan Sabariah, Datin Munirah mengangguk.
“Kalau macam tu, malam ni jugak kita jalankan rancangan tu.” Ujar Datin Munirah sebaik sahaja Puan Sabariah selesai menerangkan rancangannya, perbualan segera dimatikan, dia bergegas turun.
“Abang…abang…” Jerit Datin Munirah cemas, bikin kecoh satu rumah.
“Apa hal awak ni, kelam kabut semacam je.” Tegur Datuk Adham.
“Mak….dia jatuh bilik air.” Ujar Datin Munirah membuatkan Datuk Adham dan yang lainnya tersentak.
“Bila? Siapa yang bagitau?.” Tanya Datuk Adham.
“Petang tadi, su yang bagitau….katanya mak jatuh bilik air.” Ujar Datin Munirah.
“Kenapa Su tak call abang?.” Tanya Datuk Adham pelik, selalunya Norizan, adik bongsunya itu akan menghubunginya bila berlaku sesuatu.
“Dia takut mak marah, dia call Irah pun sembunyi-sembunyi.” Ujar Datin Munirah, baik punya lakonan.
“Dah tu tunggu apa lagi, kemas la…kita balik sekarang.” Ujar Datuk Adham, masing-masing mengangguk. Kelam-kabut semuanya dek penangan Puan Sabariah. Dalam diam, Datin Munirah tersenyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan