Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Sabtu, 14 Mac 2015

Tawanan Cinta 13



BAB 13


            Iman melopong, dia berpaling kekanan dan kiri, punyalah banyak tempat kosong tapi kenapa lelaki ini memilih untuk duduk disini, dihadapan dia. Terkebil-kebil matanya memandang Aisy yang berlagak selamba.
            “Eh, hello…kau tak ada tempat lain ke nak duduk?.” Tanya Iman, menyampah. Berpuluh-puluh pasang mata memandangnya benci.
            “Suka hati aku la, hospital ni aku punya.” Jawab Aisy selamba, Iman meletakkan sudunya, didekatkan dirinya dengan Aisy.
            “Kau tak Nampak ke muka doktor-doktor dan nurse-nurse yang dah berubah macam serigala jadian tu?.” Tanya Iman, Aisy mengangguk.
            “So?.” Tanyanya, wajah Iman dipandang sekilas.
            “Sebelum virus Warewolf tu merebak kesini, baik kau cari tempat lain.” Ujar Iman, Aisy tersenyum, dagu Iman dicuit.
            “Ada aku kisah…masalah kau bukan aku.” Ujarnya, Iman menyabarkan hatinya.
            “Memang la masalah aku…tapi puncanya kau.” Ujar Iman, Aisy tersenyum sinis, sedikitpun dia tidak peduli.
            “Then leave…find another place.” Ujar Aisy selamba, Iman membulatkan matanya, apa pulak dia yang kena cari tempat lain.
            “Dah la…malas aku nak layan kau, buat sakit jiwa je.” Ujar Iman, dia bangun namun belum sempat dia melangkah, tangannya ditarik semula membuatkan dia terduduk.
            “Apahal tarik tangan orang ni, sakit tau tak.” Marah Iman, pergelangan tangannya digosok perlahan.
            “Habiskan makanan tu dulu.” Arah Aisy, Iman mencemik.
            “Dah tak ada selera.” Ujarnya sebelum bangun dan berlalu meninggalkan Aisy keseorangan.
            “Apa pandang-pandang?.” Tegur Iman kasar, tertunduk semua jururawat yang sejak tadi memandang mereka.
            “Iman…wei, Iman..” Panggil Amanda sebaik sahaja gadis itu melintasinya.
            “Kau nak gi mana ni, kata nak makan sama-sama.” Tanya Amanda, Iman mendengus.
            “Selera aku dah mati, kau pergi makan sendiri la.” Ujar Iman, dia terus berlalu. Amanda mengaru kepalanya.
            “Kenapa pulak minah ni, tiba- tiba je nak mengamuk tak tentu pasal.” Ujarnya sebelum bergerak menuju ke kafetaria, sendiri.
            “Hurm…patutlah marah sangat.” Amanda tersenyum, diperhatikan Aisy yang sedang bergelak ketawa dengan beberapa orang doktor dan nurse disatu sudut.




            Bunyi ketukan memaksa Iman mengangkat wajahnya, dia tersenyum hambar bila melihat wajah Amanda terjengul disitu dengan senyuman manisnya.
            “Kau nak apa?.” Tanya Iman, Amanda memberi isyarat mengajaknya keluar.
            “Kau nak apa?.” Tanya Iman lagi, malas benar dia hendak bangun.
            “Sarapan jom.” Ajak Amanda, plastik ditangan diangkat. Iman menggelengkan kepalanya.
            “Kalau ya pun..tak payah la nak tercegat kat situ, masuk la.” Pelawa Iman, Amanda tersengih.
            “Kita makan kat luar ni jelah.” Ujarnya perlahan.
            “Kenapa…takut?.” Tanya Iman, Amanda menggeleng.
            “Segan.” Ujarnya sepatah, Iman ketawa kecil, dia bangun.
            “Banyak la kau punya segan, cakap jelah takut.” Ujarnya, dia bangun, pen ditangan diletakkan sebelum berjalan keluar menuju kearah Amanda yang masih menanti dimuka pintu. Mereka duduk bersila diatas lantai koridor beralaskan kertas surat khabar lama yang Amanda rembat dari makcik cleaner.
Bungkusan nasi lemak dan milo ais dikeluarkan dari plastik. Amanda menghulurkan sebungkus nasi pada Iman, siap dengan sudu dan garfu plastik sekali.
            “Lilin kau tak bawak sekali, boleh jugak kita buat candle light breakfast.” Perli Iman, Amanda tersengih.
            “Tak sempat nak beli…ala, duduk kat bawah lampu korido ni pun jadilah.” Ujarnya, Iman ketawa kecil.
            “Dah macam tengah berkelah pulak rasanya.” Ujar Iman.
            “Anggap jelah kita tengah berkelah kat Mauritius, dengan airnya yang membiru, pasirnya yang memutih dan langit yang cerah. Pohon nyiur melambai dan pakwe-pakwe hensome yang sedang bermain air…fuh..syok giler.” Ujar Amanda, berangan.
            “Sambil ditemani dengan zombi-zombi Kampung Pisang.” Ujar Iman, perlahan. Amanda mencemik, tak boleh nak berangan sikit.
            “Iman…tanya sikit boleh?.” Tanya Amanda, Iman mengangkat kening.
            “Tak pernah-pernah kau minta izin nak Tanya sebelum ni, tiba-tiba minta izin…kenapa?.” Tanya Iman curiga.
            “Sebab pertanyaan aku ni menyangkut paut dengan orang yang kau anti sangat.” Ujar Amanda, berhati-hati berbicara.
            “Si jerangkung tu? Kenapa?.” Tanya Iman, Amanda tersengih.
            “Ilmu apa ek yang dia pakai sampai semua doktor dan nurse kat sini melekat dengan dia?.” Tanya Amanda,
            “Semua tu…tak termasuk aku ok.” Ujar Iman, membetulkan penyataan Amanda.
            “Kau Tanya aku buat apa…pergilah Tanya dia.” Ujar Iman lagi, dia mencemik. Amanda mengeluh.
            “Gila kau..buatnya dia marah dengan pertanyaan aku, tak pasal-pasal dia tukar aku duduk dengan kau sekali…tak nak lah.” Ujar Amanda, muncung habis bibirnya. Iman ketawa.
            “Dah tu yang kau sibuk sangat nak tahu ilmu apa dia pakai tu kenapa…nak menuntut?.” Tanya Iman. Amanda menggeleng.
            “Tak adalah…just curios.” Ujar Amanda.
            “Lantak dialah nak pakai ilmu apa pun, tu hak dia. Kita ni tak payah nak masuk campur.” Ujar Iman, Amanda mengeluh.
            “Daripada kau sibuk pasal dia, baik kau tolong aku cari idea macam mana nak batalkan arahan si jerangkung tu. Takut oi…duduk lama-lama kat sini, dah la line ternet lembap macam siput khinzir, aku nak check FB pun tak dapat.” Adu Iman, Amanda ketawa.
            “Padan muka kau…siapa suruh kau lawan dia.” Ujar Amanda, bekas berisi makanan yang telah kosong dimasukkan kedalam plastik semula. Mereka bangun serentak,
            “Mana ada aku lawan cakap dia…aku Cuma mempertahankan diri je, tu pun salah ke.” Omel Iman, mulutnya muncung. Amanda tersenyum,
            “Aku tak kata salah..Cara kau tu je yang tak betul.” Amanda menepuk bahu sahabatnya lembut.
            “Aku chow dulu k…jumpa petang nanti. Pasal kes kau ni, tak payah fikir sangat, nanti cepat dapat serangan jantung.” Ujar Amanda, dia berlalu. Iman mengeluh lagi, malas betul nak buat kerja kalau mood dah kelaut.




            Datin Munirah sibuk membelek majalah Pesona Pengantin, dia tersenyum sendiri membayangkan bagaimana cantiknya Iman dan Aisy bila mengenakan pakaian pengantin dan betapa meriahnya majlis perkahwinan mereka.
            “Mama..” Sapa Ilyana, bahu wanita itu disentuh lembut.
            “La Yana…bila sampai…..mama tak dengar pun bunyi kereta?.” Tanya Datin Munirah, terkejut. Ilyana tersenyum, dia tunduk menyalami tangan tua tu dan mencium pipinya.
            “Baru je sampai. Mama tu termenung jauh sangat, mana nak sedar.” Ujarnya Datin Munirah ketawa kecil.
            “Cucu tok ma ni sihat..” Tanya Datin Munirah, perut Ilyana yang masih belum kelihatan diusap lembut.
            “Sihat la tok ma…” Ujar Ilyana, mereka sama-sama ketawa.
            “Mama tengah baca majalah apa ni?.” Tanya Ilyana, pantas Datin Munirah menghulurkan naskah majalah pada menantunya itu.
            “Ni..tengok design pakaian pengantin. Rambang mata mama bila tengok semuanya, cantik-cantik belaka.” Ujar Datin Munirah. Ilyana sekadar mengangguk.
            “Biasa la tu mama…pakaian pengantin, bila masa tak cantik.” Ujar Ilyana. Datin Munirah mengangguk, mengiakan kebenaran itu.
            “Agak-agak Yana lah…mana yang lebih sesuai untuk Iman?.” Tanya Datin Munirah, meminta pendapat. Ilyana mengeluh,
            “Mama yakin ke rancangan nak satukan mereka berdua ni akan berjaya…hurm, Yana bukannya nak bantah ke apa tapi Yana tak rasa mereka berdua tu akan setuju.” Ujar Ilyana, Datin Munirah ketawa kecil.
            “Mama yakin Yana, mereka berdua akan setuju….mama kenal sangat mereka berdua tu. Bila jumpa je bergaduh tapi dalam hati sebenarnya ada taman.” Ujar Datin Munirah, mereka berdua ketawa serentak.
            “Alang-alang kamu dah ada kat sini ni, jom kita pergi shopping…mama belanja.” Ajak Datin Munirah, Ilyana mengangguk setuju.
            “Kalau mama nak belanja…Yana memang tak tolak punya. Lagipun Yana memang nak keluar, nak cari hadiah untuk Iman sempena meraikan dia  dah dapat kerja.” Ujar Ilyana, Datin Munirah mengangguk,
            “Iyalah…mama pun tak beli apa-apa hadiah lagi untuk dia.” Ujar Datin Munirah, pantas tangan menantunya ditarik, mereka berjalan beriringan keluar.
           



            Aisy mengalihkan pandangannya keluar, dia mengeluh halus. Kepalanya yang sakit dipicit perlahan-lahan. Kata-kata mamanya terngiang-ngiang ditelinga, dia sudah tidak tahu bagaimana hendak mengelak. Wanita itu begitu beria-ia mahukan Iman menjadi menantunya sedangkan dia langsung tak boleh menerima gadis itu menjadi sebahagiaanya dari hidupnya.
            “Apa aku nak buat ni…nak menolak, memang tak lah…nak bersetuju, lagilah tak. Aku dengan budak tiga suku tu manalah boleh duduk sebilik, bertemu muka pun dah bergaduh….inikan pula nak hidup berdua.” Gumam Aisy sendiri.
            “Macam mana aku nak tolak permintaan mereka  tanpa melukakan hati mereka?.” Tanya Aisy pada dirinya sendiri.
            Jarinya dipetik, kenapalah dia tak terfikir langsung pasal itu. Bukankah senang kalau dia  kata yang dia dah ada pilihan dia sendiri, tentu mereka takkan memaksa dia untuk menerima Iman. Pantas handphone dikeluarkan dari poket seluar, nombor mamanya didail.
            “Assalamualaikum mama...” Ucap Aisy.
            “Waalaikummussalam…ha, kenapa tiba-tiba call mama ni?.” Tanya Datin Munirah, Aisy ketawa.
            “Ma..berkenaan dengan rancangan mama dengan nenek tu, boleh tak kalau bagi Aisy sikit masa lagi.” Tanya Aisy.
            “Masa? Mama rasa mama dah bagi cukup masa pada Aisy…banyak mana lagi masa yang Aisy nak?.” Tanya Datin Munirah.
            “Aisy sebenarnya nak bawa seseorang jumpa mama dengan nenek…nak kenalkan dia dengan keluarga kita.” Ujar Aisy, Datin Munirah tersentak,
            “Aisy tak pernah cakap pun pada mama yang Aisy dah ada pilihan sendiri.” Aisy mengeluh.
            “Macam mana nak bagitau, tak sempat cakap…mama dengan nenek dah buat plan sendiri.” Ujar Aisy, dia ketawa mengekek.
            “Kami sebenarnya dah lama berkawan, Aisy kenal dia dalam flight.” Ujar Aisy lagi.
            “Boleh ya mama, Aisy bawa dia datang rumah kita.” Tanya Aisy, Datin Munirah
cepat-cepat memberikan alasan, mahu menangguhkan persetujuannya.
            “Mama bincang dengan nenek dulu, nanti mama call Aisy balik.” Ujar Datin Munirah seraya memutuskan perbualan mereka. Aisy tergamam, tak sempat nak cakap apa-apa lagi, mamanya dah letak.
            “Nampak macam tak jalan je.” Aisy bimbang. Dia menekup mukanya dengan fail ditangan, mengeluh berat.





            “Macam mana ni mak, Nampak macam si Aisy takkan setuju dengan rancangan kita. Dia dah mula cari jalan tu.” Ujar Datin Munirah, bimbang. Puan Sabariah ketawa kecil.
            “Tak apa…tak apa…..biar je dia bawak calon pilihan dia tu datang  kerumah. Mak pun teringin nak tengok sejauh mana hebatnya calon pilihan dia tu.” Ujar Puan Sabariah.
            “Tapi mak…” Belum sempat Datin Munirah menghabiskan kata-katanya, Puan Sabariah terus bersuara.
            “Kamu jangan bimbang, taulah macam mana mak nak uruskan.” Ujar Puan Sabariah, dia mengangguk yakin.
            “Macam mana kalau calon pilihan dia tu..lebih baik dari Iman?.” Tanya Datin Munirah.
            “Insyaallah…mak yakin tak ada calon yang lebih baik dari Iman untuk Aisy. Kita usaha sama-sama untuk satukan mereka.” Ujar Puan Sabariah, menenangkan hati menantunya.
            “Kamu bagitau Aisy, bawak budak tu datang rumah hujung minggu ni.” Arah Puan Sabariah.
“Ya lah mak, nanti Irah bagitau Aisy.” Ujar Datin Munirah, sedikit kecewa.
            “Mak bersiaplah, saya suruh Rahmat kesana ambil mak petang ni.” Ujar Datin Munirah lagi.
            “Yalah…kamu jangan risau sangat, serahkan saja pada mak.” Ujar Puan Sabariah lagi, memujuk. Datin Munirah mengangguk, usai memberi salam, dia memutuskan perbualan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan