BAB 12
Iman gelisah sendiri, meskipun
jam sudah menunjukkan hampir pukul 3.30 pagi tapi matanya masih belum mahu
tertutup. Dia bangun, bersandar dikepala katil sambil merenung gambar Junjin
diskrin handphone, satu-satunya buah hati yang dia sayang, ah poyo
jer...macamlah Junjin tu kenal dia.
”Hei
Iman...takkan kau nak duduk diam je, jerangkung tu dah kenakan kau kaw-kaw
semalam. Kata anak jantan, takkanlah mudah sangat mengaku kalah.” Bisik
hatinya, syaitan dah mulalah nak meracun fikiran.
”Jangan
lah Iman...kalau kau balas, nanti dia pun buat benda yang sama...bilanya krisis
korang nak selesai.” Pujuk hatinya dari sisi baik, Iman menggigit bibir,
”Tapi
kalau kau tak balas, lagi teruk dia kenakan kau nanti...lagi bertambah la sakit
hati.” Ujar hatinya yang nakal pulak.
”Betul..betul,
mana boleh biar dendam aku tak berbalas kan...tak boleh.” Iman mengangguk
perlahan, setuju dengan saranan hatinya yang gelap.
”Apa
aku nak buat yek?.” Tanya hatinya, kepala digaru perlahan, otaknya ligat
berfikir mencari idea kreatif yang akan membuatkan lelaki itu berfikir dua kali
sebelum mengenakannya lain kali.
Iman bingkas bangun tiba-tiba,
selimut ditolak ketepi. Kakinya melangkah pantas menghampiri meja solek, mencari
sesuatu. Habis laci meja diselongkar, namun apa yang dicari masih belum
berjumpa.
”Mana
la aku letak benda ni, time nak guna selalu tak ada...bila tak nak, muncul la
pulak dia.” Bebel Iman, masalah betul.
”Ha...jumpa pun kau....mari, kita ada misi
yang perlu dijalankan.” Ujarnya
gembira bila apa yang dicari, bertemu.
”Hehehe...wait for me ha Aisy.” Gumamnya
sambil tersenyum seraya melangkah keluar dari biliknya.
Pintu bilik Aisy ditolak
perlahan, takut lelaki itu tersedar bila terdengar bunyi pintu dibuka.
Perlahan-lahan dia menghampiri musuh ketatnya yang sedang lena beradu, langsung
tak sedar yang dia sedang berdiri disitu. Cahaya bulan yang memancar masuk
melalui tingkap sedikit sebanyak membantunya menerangi jalan.
Iman menarik nafas lega, nasib baik lelaki itu
tidur dengan berpakaian lengkap, kalau tidak dah tentu-tentu dia dapat lihat
tayangan percuma. Wajah Aisy yang tenang dipandang
dengan segaris senyuman.
“Time to work.” Bisiknya
perlahan, penutup gincu dibuka, tak sabar rasanya hendak memulakan kerja yang
terang-terang nampak tak elok dipandangan mata tapi dia peduli apa, janji
hatinya puas dan dendamnya terbalas.
Iman menahan
ketawa, wajah Aisy yang sudah berubah seratus peratus membuatkan dia cukup
berpuas hati, cantik dipandangan mata, comfirm ramai yang terpikat.
“Ini kalau Kak Jas
tengok, on the spot datang meminang, dan-dan je nikah kat situ.” Iman ketawa
perlahan sambil menekup mulut. Getah pengikat rambut dikeluarkan dari poket
seluar, mahu memberikan sentuhan terakhir sebelum pagi menjengah. Selesai
menjalankan misi membalas dendam, dia melangkah keluar sebelum lelaki itu
terjaga dari tidurnya.
Aisy membuka
matanya perlahan-lahan, entah kenapa dia merasakan ada seseorang yang muncul
didalam biliknya sebentar tadi tapi bila dicari, bayangnya menghilang.
“Rasanya aku ada
dengar suara orang ketawa, ah! mungkin aku mimpi agaknya.” Bisiknya perlahan
sebelum kembali menyambung tidur.
Iman ketawa
bergolek-golek diatas katil, tak tahan bila mengenangkan wajah lelaki itu
dengan penampilan barunya.
“Menyesal pulak tak
bawak handphone sekali tadi, boleh jugak aku ambil gambar sebagai
kenangan....hish, rugi-rugi.” Omelnya, kepala diketuk pperlahan, bengap betul.
Selimut terus ditarik sehingga menutupi sebahagian dari
tubuhnya, dia menghela nafas lega, barulah boleh tidur lena. Lampu meja
dipadam, dia membaca doa dan tak sampai seminit pun, matanya tertutup tanpa
perlu dipaksa.
Aisy mengangkat
wajahnya, pelik melihat ahli keluarganya ketawa dalam senyum. Entah apa yang
lucu, dia sendiri tidak tahu, nak kata pakaiaannya koyak, mustahil.
“Kenapa semua orang
ketawa ni, apa yang lucunya?.” Tanya Aisy, wajahnya berkerut. Amirul
menggeleng, dia tunduk namun ketawanya masih kedengaran menambahkan lagi rasa
curiga Aisy.
“Kenapa ni...cakaplah,
ada yang tak kena ke dengan Aisy hari ini.” Tanya Aisy. Datuk Adham berdehem,
“Kamu ada daftar
masuk kelas lakonan ke?.” Tanya Datuk Adham, dahi Aisy berkerut.
“Kelas lakonan???papa merepek apa ni, kelas
lakonan apa?.” Tanya Aisy, semakin tidak faham.
”Manalah
papa tahu...kot-kot kamu nak tukar kerjaya.” Ujar Datuk Adham lagi, Aisy
mengeluh.
”Aisy
tak minatlah pa, dunia hiburan ni...bukan bidang Aisy.” Ujarnya menyangkal
kata-kata papanya itu. Datin Munirah menggeleng,
”Memang
sah kamu tak tegok cermin
pagi tadi kan?.” Tanya Datin Munirah.
”Ala..setakat
nak gosok gigi...cuci muka, nak tengok cermin buat apa.” Ujarnya sambil ketawa.
”Kalau
macam tu...baik kamu pergi tengok cermin sekarang, tilik apa yang ada kat muka
kamu tu.” Arah Datin Munirah, kening Aisy bertaut, ada tahi mata ke?, bisik
hatinya seraya bangun menuju kearah cermin besar yang terpasang pada dinding
diruang tamu.
Sebaik
sahaja wajahnya terbias dicermin ruang tamu, Aisy terkejut, mulutnya melopong
dan serentak dengan itu deraian ketawa seisi rumah memecah keheningan pagi.
”What the hell happen to me?.” Jeritnya seraya berpaling kearah ahli
keluarganya, masing-masing mengangkat bahu. Tumpuan Aisy tertacap pada Iman
yang bersikap selamba seolah-olah tiada apa yang lucu untuk diketawakan.
“Kau...ini kerja kau kan.” Tanya Aisy,
nafasnya turun naik, menahan marah. Iman mengangkat wajah, berkelip-kelip
matanya merenung wajah lelaki itu.
”Ya
la kot.” Jawabnya selamba, tak ada rasa bersalah langsung. Aisy memegang
tengkuk, darahnya terasa tersirap sehingga ke kepala.
”Patutlah
semalam aku mimpi aku tengah melukis, rupanya memang betul aku tengah melukis.”
Ujar Iman, pandangan seluruh ahli keluarganya tertumpu pada dia, bukan saja
terkejut malah tak menyangka budak nakal itu berani mengaku.
”Cari pasal betul Iman ni pagi-pagi.” Desis Ilyana, dia hanya mampu menggeleng mengenangkan perangan tak
matang adiknya itu.
”Iman rasa penyakit Iman ni dah makin
teruk la kak. ” Ujar Iman, wajah Ilyana dipandang membuatkan wanita itu
kehairanan.
”Sakit???Iman
sakit apa?.” Tanyanya bimbang.
”Penyakit suka berjalan dalam tidur. Hari
tu kan...Iman ada mimpi panjat pokok tapi nasib baik la Iman tak pergi panjat
pagar balkoni...kalaulah jatuh, huih...tak sempat nak pergi pinang Junjin.”
Ujar Iman, dia kembali menyambung suapannya tanpa menunggu yang lain. Aisy
mengecilkan matanya,
”Alangkah
eloknya kalau kau jatuh je dari balkoni tu, senang hidup aku.” Ujar Aisy sambil menghela nafas panjang, cuba menyabarkan hati
dengan beristifar.
”Aisy....apa
cakap macam tu, tak baik.” Tegur Datin Munirah, Aisy menghela nafas kasar.
”Sorry
ma...Aisy tak ada niat pun, tapi sakit hati sangat...budak ni dah melampau
betul.” Balas Aisy, Iman dijelingnya tajam.
”Eleh...macamlah
apa yang dia buat kat aku ari tu tak melampau.” Bisik hati Iman, kisah rambut
merahnya masih terpahat kukuh didalam jiwa, gara-gara lelaki itu sabotaj barang
mandiannya. Nasib baik dia tak campur dalam krim mandian, kalau tidak bertukar
spesis la dia, jadi geng Avatar, si makhluk biru.
”Lupa
nak cakap...eyeliner tu, waterproof, kesat nanti jangan pakai air yek.” Ujar
Iman sebelum bangun meninggalkan meja makan. Dah kenyang, buat apa nak tunggu
lagi nanti si hulk mengamuk, susah pulak. Aisy mengetap bibir, Iman dipandang
makin kecil, sekecil semut.
Masing-masing tidak berani hendak menegur lagi, melihat pada merahnya
muka Aisy, pasti lelaki itu sedang menahan marah yang teramat sangat.
Ilyana
menghulur tisu lalu disambut Aisy dengan wajah masam, lukisan tangan Iman yang
melekat dimukanya disental kuat, pedih namun tidaklah sepedih hatinya yang
sedang menahan rasa sakit hati.
Johan
melepaskan lelah, sebotol penuh air diteguk habis, sekaligus. Wajah kelat
temannya dipandang, lelaki itu kelihatan berbeza hari ini, tak pernah dia
melihat sahabatnya itu bermain bersunguh-sungguh sehinggakan dia terpaksa
bekerja keras untuk membalas setiap pukulan bola lelaki itu.
”Kau kenapa bersemangat lebih hari ni,
selalunya santai je.” Tanya Johan, sesekali bila mereka off day, gelanggang
tenis, Kompleks Sukan Negara, Jalan Duta ini pasti menjadi salah satu destinasi
pilihan mereka.
”Kau ada nak masuk pertandingan ke?.” Tanya Johan, Aisy menggelengkan kepala.
”Saja...nak
lepas geram.” Balas Aisy
selamba seraya meneguk minumannya. Johan mengangkat kening,
”Lepas
geram???.” Aisy mengangguk, Johan mengangkat kening, mesti ada kes ni.
”Hurm,
siapa yang sakitkan hati kau ni?.” Tanya Johan, bahu Aisy ditepuk.
”Siapa
lagi....budak tiga suku tu la.” Ujar Aisy, sebut nama Iman saja pun dah boleh
membuatkan darahnya naik mendadak.
”Doktor
Sara??dia dah buat apa kat kau?.” Tanya Johan lagi, perasaan ingin tahunya
membuak-buak.
”Ada
ke patut dia melukis kat muka aku, penuh satu muka dengan kesan eyeliner dan
lipstick dia, dah la guna waterproff eyeliner, pedih kulit muka aku kena sental
untuk hilangkan kesan lukisan dia tu.
Tak cukup dengan muka aku yang diconteng, rambut aku pun ditoncangnya sama,
siap letak penyepit bunga-bunga lagi.” Adu Aisy, Johan ketawa kuat membuatkan
wajah Aisy masam.
”Ini
yang aku malas nak cerita ni, jadi bahan ketawa pulak.” Rajuk Aisy, Johan
segera mematikan tawanya, belakang badan Aisy digosok lembut, memujuk.
”Sorry...sorry...aku
tak gelak lagi.” Ujarnya membuatkan Aisy kembali tersenyum walaupun hambar.
”Aku
tak tahulah Joe, kenapa aku dengan dia tak boleh berbaik. Kitaorang ni pantang
sangat berjumpa..mesti nak bergaduh, nak bertegang urat sampaikan aku
kadang-kadang dah naik jemu. Sesekali nak jugak duduk berbual macam orang lain
tapi masalahnya, pandang je muka dia...baran aku pun menyala, bila tak jumpa,
tercari-cari pulak.” Ujar Aisy, dia mengeluh, Johan juga.
”Entah
la Rayyan...aku sendiri tak faham macam mana hubungan korang ni, unik sangat.”
Ujar Johan, dia ketawa kecil, Aisy mengangguk, dia sendiri pun berfikir begitu.
”Dah...tak
payah fikir, jom sambung main. Aku kena tebus balik kalah aku tadi.” Ajak
Johan, bersedia untuk memulakan permainan. Aisy mengangguk, raket tennisnya
diambil sebelum melangkah mengekori Johan.
Amanda
tersedak, cepat-cepat Iman menepuk belakang gadis itu. Dia menggelengkan kepala,
gelojoh sangat..itulah padahnya. Sudu ditangan diletak, dia berpaling mengadap
Iman.
”Kau biar betul Iman, sampai macam tu
sekali kau kenakan dia.” Iman mengangguk dan tersenyum. Amanda menggeleng,
”Gila la kau ni.” Iman mengangguk lagi,
memang pun.
”Mesti dia marah sangat kan.” Tanya Amanda,
Iman mengangguk,
”Maunya
tak...siap mengamuk lagi, tuduh aku yang buat.” Ujar Iman, Amanda tersengih.
”Mestilah
kau nafikan...betul tak.” Teka Amanda, Iman menggeleng membuatkan Amanda
terkejut.
”Aku
mengaku je memang aku yang buat.” Amanda menepuk dahi, OMG.
”Kau
ni memang tempah maut la Iman, dah tau doktor Rayyan tu bermusuh dengan kau,
saja nak cari pasal kan.” Ujar Amanda bimbang, Iman mengangkat kening.
”Aku
nak takut apa, bukan tak biasa pun dengan ugutan dia...dah lali la.” Ujar Iman
selamba sambil menyuap aiskrim ke mulutnya, tak ada langsung riak takut
terpampar diwajahnya.
”Kau
nak tahu tak apa yang aku jawab bila dia tuduh aku.” Tanya Iman, Amanda
cepat-cepat mengangguk.
”Aku
bagitau dia yang aku ada penyakit suka berjalan dalam tidur, jadi aku tak sedar
la apa yang aku buat pada dia, kononnya lah.” Ujar Iman, dia ketawa kecil bila
teringatkan peristiwa itu.
”Aku
dah boleh bayangkan macam mana muka dia bila bangun tidur, mesti terkejut tahap
cipan punya.” Ujar Amanda, Iman mengangguk.
”Sempat
jugak la yang lain menikmati hasil lukisan aku sebelum dipadamkan.” Ujar Iman,
dia dan Amanda sama-sama ketawa, suasana dalam Baskins Robin hanya riuh dengan
suara ketawa mereka sehingga mengundang pandangan pelik pelanggan yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan