BAB 14
Iman menutup
al-quran sebaik sahaja selesai membacanya. Telekung dan sejadah dilipat lalu
disangkut ditempat asal. Dia menghempas tubuhnya diatas katil, novel Doktor
Cinta karya Dyadilla dicapai. Bunyi ketukan pada pintu membuatkan Iman tidak
jadi meneruskan bacaannya.
“Kak Yana ke?.”
Tanya Iman.
“Boleh akak masuk?.”
Tanya Ilyana.
“Masuklah…pintu tak
kunci.” Ujar Iman, Ilyana terjengul dimuka pintu dengan senyuman. Kakinya
melangkah masuk,
“Akak tak ganggu
Iman kan?.” Tanya Ilyana, bimbang. Gadis itu menggeleng.
“Ada apa kak?.”
Tanya Iman.
“Mama call petang tadi,
dia suruh kita balik makan tengahhari kat rumah. Iman cutikan esok?.” Tanya
Ilyana, Iman mengangguk.
“Esok Iman Off
day.” Ujarnya, Ilyana melabuhkan punggungnya dibirai katil.
“Tapi kenapa
tiba-tiba mama suruh balik?.” Tanya Iman, curiga. Ilyana mengangkat bahu.
“Mama tak cakap
pulak kenapa tapi mama bagitau nenek pun ada.” Ujar Ilyana, Iman teruja.
“Bila nenek sampai?
Dia tak call Iman pun bagitau nak datang.” Ujar Iman, Ilyana tersenyum.
“Akak pun dia tak
call, saja nak datang jenguk kita kot.” Ujar Ilyana.
“Boleh pulak dia
tinggalkan ayam, itik dengan lembu dia tu lama-lama.” Ujar Iman, tahu sangat
perangai neneknya yang susah nak tinggalkan binatang peliharaannya, takut
sangat kena curi.
“Elok juga dia
datang, akak rindu sangat kat nenek. Lagipun dah lama akak tak balik.” Ujar
Ilyana.
“Siapa suruh tak
balik…nasib baik nenek faham keadaan akak, kalau Iman la…Iman basuh otak akak
tu cukup-cukup.” Ujar Iman, Ilyana mencubit lengan adiknya itu kuat.
“Sakit la…” Marah
Iman, lengannya yang sudah mula merah digosok perlahan.
“Kita balik ek esok.”
Ujar Ilyana, Iman mengangguk, mana boleh lepaskan peluang mengusik wanita itu.
“Amanda ikut?.”
Tanya Iman, tak sanggup nak tinggalkan sahabatnya itu sendiri.
“Tak…katanya dia
nak ke rumah Jason, keluarga Jason buat makan-makan.” Ujar Ilyana, Iman
mengangguk, terlupa pula dia.
“Tu…tidur kat sana
la tu.” Ujar Iman, Ilyana mengangguk.
“Sebelum kakak
lupa, ini ada hadiah dari kakak, abang dan mama.” Ujar Ilyana seraya
menghulurkan dua bungkusan hadiah lantas disambut Iman dengan wajah yang ceria.
“Apa ni?.” Tanya
Iman. Ilyana tersenyum.
“Bukalah…tengok.”
Ujar Ilyana, pantas Iman mengoyak pembalutnya rakus, tak sabar mahu melihat
isinya.
“Wow…cantiknya
rantai tangan ni…dari akak ke mama?.” Tanya Iman.
“Itu hadiah dari
mama, akak Cuma tolong pilih saja.” Ujar Ilyana, dia membantu Iman memakainya.
Bungkusan kedua dibuka, seutas jam tangan jenama Tissot menambah
kegembiraannya.
“Wah…limited
edition ni, akak ni buat susah-susah je…mahal ni.” Ujar Iman, Ilyana tersenyum.
“Bukan
selalu…lagipun akak memang dah rancang nak belikan Iman jam. Kan jam tangan
Iman yang lama tu dah rosak.” Ujar Ilyana, Iman tersenyum, Ilyana terlalu
memanjakannya dengan kemewahan, dia tidak gemar begitu, sebab itu duit yang
diterimanya dari Ilyana setiap bulan, sebahagiannya diagihkan pada rumah
anak-anak yatim tanpa pengetahuan Ilyana.
“Thanks akak..”
Ujar Iman, dipeluknya tubuh itu erat. Ilyana membalasnya juga dengan erat
sebelum bangun.
“Akak nak pergi
bersiap ni, nak keluar makan dengan Abang…Iman nak ikut tak?.” Tanya Ilyana,
Iman menggeleng.
“Malas la…penat.”
Ujar Iman, Ilyana tersenyum.
“Nak makan
apa…nanti akak bungkus.” Tanya Ilyana.
“Nasi Goreng Ayam
Kunyit la dengan apple juice.” Ujar Iman, Ilyana mengangguk sebelum keluar
meninggalkan Iman yang mula tenggelem dalam dunia khayalannya.
“Thank you
nenek…Aisy pasti nenek takkan kecewa. She is a good girl. Aisy dah kenal lama
dengan dia.” Ujar Aisy, Puan Sabariah mengangguk dan tersenyum.
“Nenek pun teringin
nak tengok calon pilihan Aisy tu, kot-kot la lagi hebat dari Iman.” Ujar Puan
Sabariah, Aisy tersengih, bunyi macam perli je.
Oklah…Aisy naik
dulu, ada kerja nak buat.” Ujar Aisy meminta diri, cepat-cepat dia melangkah
meninggalkan ruang tamu menuju ke biliknya.
Datin Munirah mula
resah, bimbang benar jika calon pilihan anaknya itu sehebat yang diperkatakan
Aisy. Dia takut kalau-kalau calon pilihan Aisy mampu menyingkirkan Iman dari
hati mereka.
“Apa jadi dengan
rancangan mak dan Irah, tiba-tiba tukar fikiran pulak ni.” Tanya Datuk Adham.
“Bila pulak mak
tukar fikiran…mak Cuma nak bagi peluang pada cucu mak tu, kenalkan calon
pilihan dia. Nanti tak adalah dia kata kita ni tak bagi dia pilihan,
bulat-bulat je terima calon pilihan kami.” Ujar Puan Sabariah, tersenyum.
“Lain macam je
bunyinya mak.” Tegur Datuk Adham.
“Si Iman tu punya pasal
la ni…kata mak ni cabul hak asasi kemanusiaan dia, tak bagi dia buat pilihan
sendiri.” Ujar Puan Sabariah, Datin Munirah terkejut,
“Iman pun dah ada
calon pilihan sendiri ke?.” Tanyanya resah. Puan Sabariah mengangguk.
“Cuma masalahnya
calon dia tu tak cukup umur.” Ujar Puan Sabariah.
“Siapa?.” Tanya
Datuk Adham, ingin tahu.
“Si Arfan…anak mak
Lijah yang jual nasi lemak depan simpan tu. Budaknya baru 17 tahun, SPM pun tak
lepas lagi.” Ujar Puan Sabariah, dia ketawa.
“Biar betul mak?.”
Tanya Datuk Adham, tidak percaya. Puan Sabariah mengangguk.
“Bukan kamu tak
kenal si Iman tu, akal dia tu panjang…tu semua alasan dia je, nak mengelak dari
kena kawin dengan Aisy.” Ujar Puan Sabariah, Datuk Adham mengangguk, dia
tersenyum.
“Dia lupa siapa
yang makan garam dulu, taktik dia tu semua ada dalam poket mak….ingat dia boleh
kencing mak la konon, last-last dia dulu yang kena kencing.” Ujar Puan Sabariah
lagi, Datin Munirah ketawa. Lega sedikit hatinya bila mendengar kata-kata ibu
mertuanya itu.
“Dah…kamu tak payah
bimbang Irah, biar mak saja yang uruskan mereka. Kamu bertenang saja.” Ujar
Puan Sabariah, dia tersenyum sendiri.
Iman menutup
novelnya, dia tidak jadi meneruskan bacaan. Fikirannya melayang jauh, timbul
pelbagai fikiran negatif. Tubuhnya disandarkan ke kepala katil, siling putih
dipandang.
“Kenapa nenek
tiba-tiba datang tak bagitau, jarang dia nak buat surprise….ke ada benda
penting yang berlaku?.” Tanya hatinya, agak musykil.
“Jangan-jangan dia
nak bagitau…Nur Iman Qaisara, hujung bulan ni nikah.” Iman menggigit bibirnya,
membuat andaian yang dia sendiri tak sanggup nak hadapi.
“Gila kau
Iman…jangan nak mengarut, mesti ada sebab lain tu.” Ujar Iman, menyedapkan
hatinya, kepalanya digelang beberapa kali, menyangkal segala fikiran negatif
yang memenuhi otaknya yang sudah sedia sesak.
“Pegang kata-kata
kak Yana…mem besar datang sebab dia rindukan kami. Betul…memang dia rindukan
kami.” Ujarnya, dia mengangguk, mengiakan kata-kata hatinya sendiri.
Handphone yang
berdering mengejutkan Iman dari lamunannya, pantas dicapai buah hati pengarang
jantungnya dengan perasaan malas, nama yang tertera diskrin membuatkan Iman
tersentak. Buku ditutup, tertangguh lagilah pembacaannya malam ini.
“Hai…tak ada
angin..tak ada ribut, tetiba call aku ni, kenapa…buang tabiat kot.” Bisik Iman,
butang hijau ditekan.
“Hurm…nak apa?.”
Tanya Iman, tak ada salam langsung, buruk perangai. Aisy mengeluh.
“Kalau ya pun jawab
salam dulu tak boleh ke?.” Tanya Aisy.
Iman mendengus.
“Ya…ya…waalaikummussalam…puas
hati.” Tanya Iman, Aisy ketawa kecil.
“Boleh pun…bukan
susah sangat kan.” Ujarnya, Iman mendengus.
“Kau nak apa call
aku ni?.” Tanya Iman. Aisy ketawa kecil.
“Saja.” Ujar Aisy,
Iman mencemik.
“Tak ada maknanya
saja-saja…kau, kalau call aku mesti ada benda nak cakap.” Ujar Iman, tahu
sangat apa yang ada dalam otak lelaki itu, tak lain…tak bukan, mesti nak ajak
dia bergaduh lagi.
“Betul la…aku nak
dengar suara kau, tu sebab aku call.” Ujar Aisy, lembut membuatkan jantung Iman
koma seketika.
“Tolong la…ingat
aku nak percaya, cakap je lah kau nak apa…aku tak ada masa nak layan kau ni.”
Ujar Iman, bosan mendengar celoteh lelaki itu.
“Nak Tanya khabar
je…sihat ke tak, macam mana kerja hari ini….ok ke tak?.” Ujar Aisy, Iman
buat-buat ketawa, kononnya gembira sebab lelaki itu sudi bertanya khabar, nak
tunjuk prihatin la tu.
“Salah ke kalau aku
Tanya khabar kau, kitakan nak jadi suami isteri nanti.” Ujar Aisy, Iman rasa
nak termuntah, geli hempedunya bila dengar lelaki itu menyebut perkataan suami
isteri.
“Dah....tak payah nak cakap banyak la wei…straight to
the point.” Ujar Iman.
“Kau balik tak
esok?.” Tanya Aisy. Ha..kan dah cakap, ada udang disebalik mee.
“Asal…tak nak kasi
aku balik?.” Tanya Iman, serkap jarang.
“Aku tak cakap pun
macam tu, Tanya je.” Ujar Aisy, lembut. Iman mencemik,
“Balik ah…kan nenek
datang.” Ujar Iman.
“Elok la kalau
macam tu, aku ada surprise untuk kau.” Ujar Aisy, Iman ketawa.
“Surprise?? Apa?.”
Tanya Iman, tidak sabar.
“Nama pun surprise
kan, tunggu je la esok. Tapi aku jamin kau memang suka punyalah.” Ujar Aisy,
Iman mengigit bibirnya, lelaki ini pasti ada muslihatnya untuk mengenakan dia.
“Ok…see u
tomorrow.” Ujar Iman lantas memutuskan perbualan mereka tanpa menunggu Aisy
habis bicara.
“Hurm…aku nak kena
beware ni, si jerangkung ni bukan boleh percaya sangat.” Bisik hatinya, dia
mencampakkan handphonenya sebelum keluar dari bilik namun belum sempat dia
hendak menutup pintu, handphonenya berbunyi lagi.
“Kau nak apa lagi?.”
Tanya Iman namun pemanggil diseberang sana tidak menjawab.
“Woi…kalau kau tak
nak cakap jangan la call, orang tengah stress ni…saja je nak tambah masalah. ” Marah
Iman, dia paling tidak suka bila ada pemanggil yang tidak mahu bersuara.
“Amboi…garangnya. Tak baik tau cakap kasar-kasar dengan
bakal suami, nanti tak cium bau syurga.” Iman menggenggam rambutnya kuat.
“Just want to say selamat malam…sweet dream and sleep
tight. Jangan fikir sangat pasal surprise esok…relax ok.” Ujar Aisy sebelum
memutuskan perbualan, Iman memukul dadanya kuat, kalaulah si jerangkung tu ada
dihadapannya sekarang, memang dia tikam sampai mati.
Aisy ketawa sambil melepaskan
keluhan lega, tak sabar menunggu hari esok tiba. Harap-harap semuanya berjalan
dengan lancar. Dia panjatkan doa pada Yang Maha Esa, semoga segala urusannya
berjalan dengan baik.
“Mintak-mintak la,
dia boleh cairkan hati mama dan nenek. Jadi tak payahlah aku kawin dengan budak
tiga suku tu.” Desisnya perlahan. Remote tv dicapai, butang on ditekan, dia
tersenyum sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan