Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Selasa, 3 Mac 2015

Tawanan Cinta 4



BAB 4
           

Iman dan Amanda berpelukan sesama sendiri. Tangisan kegembiraan menitis di pipi mereka, keluhan lega dihela, tak perlu lagi risau memikirkan kemana mereka akan dicampakkan selepas ini. Pandangan mata mereka beralih ke arah pensyarah dihadapan mereka.
            “Betul ke Dr. Syafikah.....Doktor tak main-main ni.” Ujar Amanda, meminta kepastian. Perempuan separuh umur itu mengangguk.
            ”Kenapa pulak saya nak main-main. Lembaga pengarah hospital dah setuju untuk menawarkan awak berdua bekerja disini. Lagipun prestasi awak berdua bagus, sepanjang awak melakukan praktikal disini, tak ada sebarang rungutan dari pesakit yang kami dengar atau terima.“ Ujar Doktor Syafikah. Iman dan Amanda tersenyum dan mengangguk.
            “Mestilah…kitakan buat kerja dengan penuh kasih sayang.” Bisik Iman ke telinga Amanda membuatkan gadis itu ketawa kecil.
            “Atas saranan saya juga.…mereka turut menawarkan awak berdua untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana.” Ujar Doktor Syafikah lagi. Iman dan Amanda menekup mulut, macam tak percaya dengan apa yang mereka dengar.
            ”Serius doc?.” Tanya Amanda, wanita itu mengangguk sambil tersenyum.
            ”Alhamdulillah....terima kasih Doc.” Ujar Iman, ucapan syukur tidak putus-putus bergema dalam hatinya, betapa besarnya rezeki yang Allah kurniakan buat mereka.
            ”Bila  kami boleh mula kerja?.” Tanya Iman tidak sabar.
            ”Bulan depan, in sya allah.” Iman dan Amanda mengangguk, jika dicongak, ada kira-kira tiga minggu lagi. Mereka terus keluar setelah mengucapkan terima kasih.
            ”Tak sangkakan impian kita jadi kenyataan secepat ni.” Ujar Amanda, Iman mengangguk.
            ”Inilah yang dinamakan rezeki.” Ujarnya, Amanda mengangguk setuju.
            ”Aku nak balik dan bagitau Kak Yana pasal hal ni. Seronoknya....tak sabar aku nak mula kerja.” Ujar Iman. Amanda mengangguk.
            ”Aku nak pergi bagitau Jason jugak ni. Kita jumpa kat rumah nanti.” Ujar Amanda lalu pergi.




 Iman melonjak kegembiraan, gembira bila impiannya menjadi kenyataan. Bergelar seorang doktor, itu adalah kebanggaannya.  Dia berpusing-pusing sehingga dia tidak menyedari yang dia sudah melanggar seseorang.
            ”Maaf.....saya tak sengaja.” Ujar Iman. Dia mendongak. Sebaik terpandang wajah lelaki itu, kemarahannya meletup, memercikkan api membakar hati.
            ”Kau????.” Ujar mereka serentak.
            ”Apa yang kau buat kat sini?.” Tanya Iman. Aisy tersenyum sinis.
            ”Sepatutnya aku yang tanya kau.” Balas Aisy. Dia melihat penampilan gadis dihadapannya sekilas.
            ”Oh.....bakal doktor rupanya. Tak sangka perempuan gila macam kau ni layak jugak jadi doktor.” Sindir Aisy.
            ”Wah! Suka suki kau je yek cakap aku gila. Kau ingat kau tu bagus sangat.” Ujar Iman, meluat.
            ”Memang aku bagus apa, kalau tak..... takkan aku boleh belajar sampai keluar negara.” Ujar Aisy bangga. Iman menahan marah, dia beristifar beberapa kali.
            ”Ya Allah.....kurniakanlah aku kesabaran yang tinggi.” Doa Iman dalam hati. Iman memeluk tubuh, wajah Aisy dipandang atas bawah, menilik lelaki itu seimbas.
            ”Aku rasa kau ni ada masalah otak.....nak aku tolong checkkan otak kau tu..” Ujar Iman, menyindir. Aisy mengangkat kening,
            ”Tak payah.....yang patut betulkan otak tu bukannya aku tapi kau.” Ujar Aisy pula, dahi gadis itu ditunjal dengan jari telunjuknya. Iman tidak dapat menahan marahnya lagi, lelaki ini sudah lebih.
            ”Baik kau blah dari sini.....orang macam kau ni tak dialu-alukan datang ke hospital ni.” Halau Iman. Aisy melirik senyuman, dia melangkah perlahan menghampiri gadis itu membuatkan Iman berundur setapak.
            ”A..a..apa kau nak buat ni?. Jangan, nanti aku jerit.” Ujar Iman. Aisy ketawa. Penakut jugak rupanya, desisnya.
            ”Bukan aku tapi kau.....kau tak kenal lagi siapa aku Iman, jangan cuba nak bermain dengan api, nanti terbakar diri.” Ujar Aisy. Iman menolak tubuh Aisy menjauhinya, sikitpun dia tidak menunjukkan riak takut dengan ugutan lelaki itu.
            ”Aku dah terlebih kenal dah, luar dalam kau semua ada dalam poket aku. Setakat api.....apalah sangat, meriam buluh pun aku berani main la.” Ujar Iman, sengaja membakar hati lelaki itu.
            ”Kau jangan cabar aku Iman...nanti menyesal tak sudah.” Ugut Aisy, Iman tersenyum sinis.
            ”Ada aku kisah.....bukannya hospital ni kau punya pun.” Ujar Iman berani, sungguh dia lupa. Aisy tersenyum sinis. Iman menolak lelaki itu ketepi lalu melangkah pergi dengan perasaan marah.
            Aisy mengetap bibirnya, dia melangkah laju menuju ke bahagian pentadbiran. Iman harus sedar dengan siapa dia berdepan. Dia bukan seperti Amirul yang boleh menerima sikap Iman dengan mudah.
            ”Taulah nasib kau nanti. Aku akan tunjukkan siapa aku dan siapa kau yang sebenarnya. Tunggu jelah.” Ujar Aisy, dia tersenyum sinis.




            Iman berlari menuju ke dapur sambil menjerit memanggil nama kakak kesayangannya, kelam kabut dia menanggalkan kasut sebelum dicampak ketepi. Ilyana yang sedang sibuk memasak tergamam dengan kehadirannya. Dia mencium pipi Iman, sebagai tanda kasih.
            ”Kenapa kelam kabut sangat ni, Amanda mana?.” Tanyanya, Iman tidak memperdulikan pertanyaan itu, ada perkara yang lebih penting yang mahu dikongsi dengan Ilyana.
            ”Iman ada berita baik nak kongsi dengan Kak Yana.” Ujar Iman.
            ”Iya..Kak Yana pun sama.” Kening Iman terangkat, Ilyana tersenyum.
            ”Iman cakap dulu ya.” Ujar Iman. Ilyana mengangguk.
            ”Iman..dah..dapat..kerja.” Ujar Iman dengan gembiranya. Ilyana terus memeluk adik kesayangannya itu sambil mengucapkan tahniah.
            ”Alhamdulillah...Kak Yana happy sangat.” Pipi Iman dicium lembut.
            ”Bukan tu je.....Iman jugak ditawarkan untuk menyambung pelajaran dalam peringkat sarjana.” Ujar Iman lagi.
            ”Bagus la macam tu......Kak Yana bangga dengan Iman.” Ujar Ilyana. Iman mengangguk, tak cakap pun dia tahu.
            ”Ok.....sekarang giliran Kak Yana pulak.” Ujar Iman.
            ”Insyallah tak lama lagi...Iman akan dapat anak buah.” Ujar Ilyana. Iman menekup mulutnya, dia bagaikan tidak percaya mendengar kata-kata Ilyana.
            ”Betul ke ni?. Wah..bestnya. Bila due?.” Tanya Iman bertubi-tubi. Ilyana ketawa mengenangkan sikap adiknya itu.
            ”Insyallah bulan 8 tahun depan Iman akan dapat anak buah yang comel, macam Iman.” Ujar Ilyana. Iman mengangguk, tidak sabar rasanya mahu memeluk si kecil itu. Senyuman yang mekar tiba-tiba mati membuatkan Ilyana kehairangan.
            ”Kenapa ni, tiba-tiba mood berubah...ada masalah?.” Tanya Ilyana. Iman mengeluh, dia mencapai gelas lalu menuangkan air sebelum meneguknya perlahan.
            ”Gaduh dengan Aisy?.” Teka Ilyana. Iman mencemik, benci bila nama itu disebut.
            ”Iman tak tahu apa masalah Jerangkung tu, suka sangat sakitkan hati Iman.” Ujar Iman.
            ”Apa lagi yang Aisy dah buat?.” Tanya Ilyana, lembut.
            ”Dah la semalam dia cakap Iman gila, lepas tu hari ni....bila jumpa dia kat hospital, dia boleh pertikaikan kelayakan Iman sebagai seorang doktor, ada ke patut. Sudah la tu, berlagak nak mampus. Mentang-mentang la dia belajar kat luar negara, dia ingat dia hebat sangat.” ujar Iman, meluahkan rasa tidak puas hatinya.
”Bukan Iman tak nak pilih universiti kat oversea tu, universiti tu yang tak nak pilih Iman....nak buat macam mana.” ujar Iman lagi. Ilyana ketawa.
”Bila Iman boleh mula kerja?.” tanya Ilyana, sengaja mengelak dari terus berbicara tentang Aisy.
”Bulan depan. ” ujar Iman. Ilyana mengangguk, dia meneruskan kerjanya semula.
”Pukul berapa Kak Yana nak pergi rumah mama?.” tanya Iman.
”Awal sikit, sebelum maghrib. Boleh tolong apa yang patut.” ujar Ilyana, Iman mengangguk.
”Kenapa....Iman nak ikut?.” tanya Ilyana. Iman cepat-cepat menggeleng.
”Tak kuasa.....nanti tak pasal-pasal, perang dunia ketiga pulak yang meletus. Baik Iman duk rumah, tengok tv lagi baik.” ujar Iman. Ilyana mengeluh.
”Ikut suka Iman la, Kak Yana tak nak paksa. Tapi kalau Iman ubah fikiran nanti, ajak Manda sekali.” ujar Ilyana. Iman mengangguk, dia berlalu biliknya meninggalkan Ilyana dengan tugas memasaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan