Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Rabu, 4 Mac 2015

Tawanan Cinta 7



BAB 7


            Iman menyeka peluh didahi, tenaganya dikerah sepenuhnya namun basikal yang dikayuh masih tidak bergerak, terasa berat seperti sedang menggendong sebiji batu besar, dia berpaling ke belakang, patutlah...anak tenuk rupanya.
            “Lepas la wei...aku nak pergi beli sarapan ni.” Rungut Iman, Aisy tersenyum dan menggeleng.
            “Aku nak ikut.” Ujarnya lalu melabuhkan punggungnya diatas pelana.
            “Jalan la...tunggu apa lagi, nanti nasi lemak kerang habis..baru padan muka.” Iman mengurut dada, nasib baiklah dia tengah lapar, tenaga dah kurang...kalau tidak, memang cari sakitlah cucu puan Sabariah ni.
            “Ya Allah....beratnya kau ni...makan apa?batu nisan?.” Tanya Iman, kepalanya digeleng, terkontang-kanting dia dibuatnya, kayuhan kaki semakin perlahan, penat.
            “Dia yang lembik...nak salahkan kita pulak.” Ujar Aisy, perlahan namun jelas. Kayuhan Iman berhenti mengejut, dia turun.
            “Tak payah banyak cakap...kau pulak kayuh, tengok kuat ke tak.” Arah Iman, tubuh Aisy ditarik turun lalu ditolak kedepan, giliran dia pula mengambil tempat dibelakang.
            “Lagi berat...bela hantu raya ke apa kau ni.” Ujar Aisy, memulangkan paku buah keras. Iman memegang baju lelaki itu kemas, takut dibuatnya bila melihat cara lelaki itu mengayuh basikal, sekejap ke kiri...sekejap ke kanan, silap-silap haribulan, tercampak ketengah jalan.
            “Kau ni reti kayuh basikal ke tak...itulah, duduk lagi kat oversea lama-lama sampai nak kayuh basikal pun dah tak pandai.” Ujar Iman, belakang Aisy ditepuk kuat.
            “Bising la kau ni...aku humban masuk dalam parit ni baru tahu.” Marah Aisy, berpeluh-peluh dia dibuatnya, jarak yang dekat pun terasa jauh.
            “Kayuh la laju-laju...hish, lembap..macam siput bab...kayuh kuat lagi.” Arah Iman, Aisy menahan sabar, dikerah seluruh tenaga untuk mempercepatkan kayuhan sambil hatinya membebel, berbakul-bakul sumpah seranah dilempar pada gadis itu.

            Amanda pelik, sejak balik tadi sahabatnya itu asyik tersenyum-senyum, macam orang  menang loteri. Kerusi disebelah Iman ditarik, bahu gadis itu dicuit lembut membuatkan Iman berhenti menuangkan air didalam cawan.
            “Sejak tadi asyik tersenyum...kenapa?.” Tanya Amanda.
            “Happy...” Ujar Iman sepatah, dahi Amanda berkerut,
            “Sebab?.” Tanya Amanda lagi, Iman menarik hidung gadis itu.
            “Dapat jumpa buah hati...dapat nasi lemak percuma.” Ujar Iman, Amanda ternganga,
            “Buah hati???.” Iman mengangguk, Amanda teruja, tak tahu pulak dia sahabatnya itu mempunyai teman lelaki di kampung.
            “Siapa?.” Tanyanya tidak sabar, benar- benar ingin tahu, Iman tersengih.
            “Anak tauke nasi lemak, Arfan.” Ujarnya, kening Amanda bertaut.
            “Arfan?.” Iman mengangguk, belum sempat dia hendak menerangkan siapa gerangannya si Arfan, puan Sabariah menyampuk.
            “Tak payah nak berangan la nak jadi menantu tauke nasi lemak tu....tak adanya nenek nak berbesan dengan dia.” Iman mencemik, kacau daun betul la mem besar dia ni, tak boleh nak berangan sikit, mulalah nak sabotaj.
            “Hish nenek ni....apalah kurangnya Arfan tu sampai nenek tak sudi nak berbesan dengan mak dia...Arfan tu baik apa.” Ujar Iman, puan Sabariah ketawa kecil.
            “Bila pulak nenek kata budak tu tak baik...nenek Cuma kata nenek tak nak berbesan dengan  mak dia. Arfan tu tak sesuai dengan Iman.” Ujar puan Sabariah, Iman menjuih bibir.
            “Iman tahulah dia tu  style alim-alim....Iman ni sepupu sepapat cik tan, tapi itu dulu la nek...masa belum akil baligh lagi, sekarang Iman cuma kawan dengan group-group ala-ala ustazah tau.” Ujar Iman, mengangkat diri setinggi langit sampai Amanda yang mendengarnya nak termuntah.
            “Iyalah tu....ingat nenek nak percaya.” Ujar puan Sabariah. Iman mendengus,
            “Tak jadi la aku nak cerita kat kau siapa dia...cerita dah basi.” Ujar Iman, Amanda menggaru kepalanya, terkebil-kebil dia, sikit pun dia tidak faham dengan apa yang dibualkan Iman dengan puan Sabariah.
            “Makan la...tak payah nak tenung nasi lemak tu, dia tak berlarinya masuk mulut kau kalau tangan tu tak bergerak.” Ujar Iman bila melihat Amanda masih tidak menjamah nasi lemaknya.
            “Jemput makan semua.” Pelawa Amanda, sopan, sebaik sahaja Aisy mengambil tempat duduknya. Iman pantas menyuap tanpa menunggu, nikmat rasanya bila nasi lemak kerang kegemarannya itu menerjah masuk ke mulut, Aisy menggeleng, buruk lantak betul cucu puan Sabariah ni.
            “Nek..siapa yang buat air kopi ni?.” Tanya Aisy, puan Sabariah mengangkat wajah memandang lelaki itu.
            “Iman...kenapa?.” Tanyanya, Aisy mengangguk.
            “Patutlah tak sedap.” Ujarnya, Iman mengetap bibir.
            “Kalau tak sedap...tak payah minum.” Ujarnya seraya menarik cawan lelaki itu kearahnya. Puan Sabariah menggelang, mulalah tu nak bertengkar. Kalau tak Iman yang mula dulu, pasti si Aisy yang mainkan peranan.
            “Kau memang tak pandai buat air yek...dah la pahit, tawar pulak tu.” Ujar Aisy lagi, Iman mengangkat kening,
            “Baguslah kan kalau tawar...tak adalah penyakit kencing manis kau tu melarat, karang kena potong kaki...kudung pulak, jatuh standard.” Balas Iman, dia tersenyum sinis.
            “Aisy...Iman...depan rezeki ni.” Tegur puan Sabariah, memang pantang baginya kalau anak cucu bertengkar depan rezeki. Aisy dan Iman tunduk, kembali menyambung suapan namun jelingan mata sudah cukup untuk menyatakan yang perang mereka masih belum tamat. Amanda tersenyum, sekali wanita didepannya ini membuka mulut, meninggikan suara, kecut perut harimau dan singa disebelahnya ini, tak berani lagi hendak bersuara.
            “Bergaduh lagi depan rezeki...kan dah kena sound.” Ejek Amanda, Iman mengeling,
            “Kau diam..karang tak pasal-pasal air kopi dengan cawan, cawan ni sekali masuk mulut kau.” Desis Iman, Amanda ketawa kecil,
            “Uiii..takutnya aku.” Ujarnya membuatkan muka Iman masam seperti buah mangga muda
            J-man bangun bila terdengar pintu pagar kandang dibuka, dia seolah-olah tahu siapa gerangan yang datang melawatnya itu. Iman tersenyum, pintu pagar ditutup semula, mana boleh dibiarkan terbuka sewenangnya, buatnya lembu kerbau mem besarnya itu berhambat keluar, naya dia dikerjakan wanita itu.
            “Kau ni kan macam tau-tau je aku datang, kau ada six sence ke?.” Tanya Iman sambil menggosok kepala, J-man. Kepalanya dijenguk kedalam bekas makanan, licin, tak ada sikitpun yang tersisa.
            “Kau lapar lagi tak?.” Tanya Iman, J-man mengangguk. Iman tersenyum sambil mengelengkan kepala, J-man...kalau bab makan, memang hobi no.1.
            “Jom...aku bawak kau makan kat luar, dah lama kan kita tak keluar dating berdua.” Ujar Iman sambil menarik J-man, mengajaknya keluar.
            “Esok aku dah nak balik...isnin ni dah mula kerja, lepas ni dah susah nak dapat cuti tapi kau jangan sedih....nanti ada masa, aku balik la. Kau jangan nakal-nakal tau dan jangan nak mengorat anak dara orang...ingat tu, nanti orang tuduh aku tak pandai jaga kau pulak. Ha...lagi satu, jangan makan banyak sangat....aku tengok kau ni dah terobesiti...cuba belajar berdiet sikit.” Pesan Iman, J-man sekadar mendiamkan diri.
            “Kau dengar tak ni?.” Tanyanya, J-man mengangguk. Kawasan berumput berhampiran alur sungai menjadi pilihan, selalunya memang disitulah mereka berdua menghabiskan masa.




            Aisy menjenguk kedapur, mencari kelibat Iman namun bayangnya tidak kelihatan. Dia beralih pula ke tingkap, tapi hampa, gadis itu tidak kelihatan dimana-mana. Kepalanya digaru perlahan, pelik.
            “Kamu cari apa Aisy?.” Tanya puan Sabariah bila melihat Aisy seperti mencari sesuatu.
            “Budak tu mana nek?.” Tanya Aisy, dahi puan Sabariah berkerut.
            “Budak mana? Iman?.” Tanya puan Sabariah kembali, Aisy mengangguk.
            “Ya lah...budak mana lagi...cucu nenek tu la.” Ujar Aisy, puan Sabariah tersenyum.
            “Keluar...jumpa kawan.” Ujarnya, Aisy mengangguk.
            “Patutlah senyap je rumah ni...budak sengal tu tak ada rupanya.” Bisik Aisy perlahan, bimbang jika wanita itu mendengar, masak dia.
            “Amanda?.” Puan Sabariah menunding jarinya kearah pintu bilik.
            “Tidur agaknya...kena angin petang macam ni, sedaplah berlingkar atas katil.” Aisy mengangguk, budak bandar lah katakan, mana pernah merasa suasana kampung.
            “Aisy nak keluar kejap nek....round-round kampung.” Ujar Aisy sebelum melangkah keluar, puan Sabariah sekadar mengangguk, dia berlalu kedapur, mahu menyiapkan bahan-bahan untuk makan malam.




            Iman jalan meraba-raba, langkah kakinya perlahan, bimbang jika tersepak sesuatu. Hajat hendak menggunakan cahaya dari handphone sebagai penerang jalan terbantut, handphonenya sudah kehabisan bateri dan si Amanda pulak, dikejut 10 kali pun tak bangun-bangun, hish...nasib-nasib.
            “Tengah-tengah malam ni la rasa nak terkencing, yang si TNB ni pulak, pasal apa suka sangat buat kerja tengah malam...esok pagi tak boleh ke.” Bebelnya perlahan.
“Hurm...manalah nenek letak lilin ni, selalunya ada dalam bilik...huh, ni mesti dia simpan dekat rak tv.”  Iman mengeluh, gelap gelita, satu apa pun dia tak nampak.
Kakinya terus melangkah menuju ke ruang tamu, tak sempat dia hendak meneruskan langkah, tiba-tiba kakinya tersepak sesuatu, tubuhnya tidak sempat diimbang dan akibatnya dia terjatuh, tepat diatas seseorang.
            “Adoiii..” Jeritannya yang kuat cukup untuk membangunkan seisi rumah, serentak dengan itu, lampu menyala, bekalan elektrik yang terputus tadi sudah bersambung semula.
            “Kau tak ada tempat lain ke nak jatuh, kenapa aku jugak yang kau pilih?.” Marah Aisy, tubuh Iman ditolak menjauhinya, dadanya digosok perlahan, remuk tulang rangka dadanya. Iman menjengkilkan mata,
            “Siapa suruh kau tidur kat sini, halang laluan orang je.” Aisy bingkas bangun,
            “Eh..eh, dia yang salah, nak marah orang pulak...bukan reti nak minta maaf.” Iman turut sama bangun, tak mahu mengalah.
            “Amboi...cakap tu biar sopan sikit yek, salah siapa sebenarnya...kau ke aku?.” Ujar Iman, bengang.
            “Salah kaulah, kau yang langgar aku.” Ujar Aisy, suaranya mula meninggi. Iman membulatkan matanya,
            “Apa pulak salah aku...salah kaulah, kau yang halang laluan orang.” Ujar Iman, suaranya sama naik tingginya.
            “Tak ada...tak ada, salah kau...minta maaf sekarang.” Arah Aisy, Iman mencekak pinggang.
            “Buat apa aku nak minta maaf, bukan salah aku...kau yang patut minta maaf sebab ini salah kau.” Balas Iman, Aisy menahan sabar, ada ke patut dia yang kena minta maaf, salah siapa sebenarnya ni, dia ke Iman.
            “Apa hal kamu berdua ni.....tengah-tengah malam pun nak bergaduh jugak, tak puas-puas lagi bergaduh siang tadi.” Tegur puan Sabariah. Dia yang sedari tadi hanya memerhatikan buah pertengkaran mereka berdua mula bersuara. Iman dan Aisy berhenti bertengkar,
            “Dia ni yang mula dulu...” Masing-masing saling menunding jari, tak mahu mengaku salah langsung. Puan Sabariah menggeleng, susah la kalau macam ni, tak ada siapa yang nak mengalah.
            “Aisy....minta maaf dengan Iman.” Iman tersenyum, Aisy menggeleng.
            “Lady’s first.” Mata Iman terbeliak, puan Sabariah mengeluh, dia memandang Iman.
            “Iman...minta maaf dengan Aisy sayang...” Pujuknya, Iman cepat-cepat menggeleng.
            “Nope....he’s first.” Puan Sabariah menggaru kepala, kalau dah masing-masing bertegas nak masing-masing minta maaf dulu, bila kes nak selesai. Amanda mengeluh,
            “Jom la nek kita masuk tidur, tak payah dilayan mereka tu...lantak diaorang la. Kalau kita masuk campur pun, masalah takkan selesai jugak.” Ajaknya, pening kepalanya melihat pertengkaran mereka, puan Sabariah mengangguk, dia sendiri sudah tidak ada cara untuk membantu. Mereka berlalu meninggalkan Iman dan Aisy yang masih berperang mulut, saling menyalahkan antara satu sama lain, saling bertegas siapa dulu yang perlu meminta maaf.
            “Dah habis bertengkar tu nanti....masuk tidur, esok nak jalan jauh.” Pesan puan Sabariah sebelum menutup pintu biliknya. Aisy dan Iman buat tak dengar, masing-masing masih bertengkar untuk menentukan siapa dulu yang perlu melafazkan ucapan maaf.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan