Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Isnin, 16 Mac 2015

Tawanan Cinta 16



BAB 16
                                                                       
           
            Headphone disumbat ke telinga, volume mp3nya dikuatkan, sengaja. Biar pekak telinganya asalkan dia tidak perlu mendengar gelak ketawa Yuli dan Aisy yang dah kedengaran macam Pontianak mengilai.
            “Menyesal pulak aku ikut cakap nenek, ni drama air mata dia punya pasal la ni.” Bebel Iman perlahan, tangannya digenggam kuat, sakit hati…sakit jiwa…sakit mata melihat aksi merpati dua sejoli ni.
            “Cepat la jalan…terhegeh-hegeh.” Rungut Aisy. Iman mengetap bibir.
            “Siapa suruh tunggu, jalan je lah.” Ujar Iman, geram.
            “Nanti kau sesat…susah pulak kitaorang nak cari.” Ujar Aisy, rambut Iman ditarik.
            “Woi…sakit la.” Marah Iman, tangan lelaki itu disentap kuat. Ikatan yang hampir terlerai dibetulkan semula.
            “Kalau aku sesat..tak payah cari, pandailah aku balik sendiri.” Ujar Iman. Aisy mengetap bibir.
            “Kau ni…boleh jawab…jawab.” Ujar Aisy, telinga Iman dipulas lembut. Geram dengan tindakan Aisy, Iman pantas menyepak betis lelaki itu menyebabkan Aisy mengaduh sakit.
            “Kenapa pulak ni?.” Tanya Puan Sabariah, Yuli juga hairan bila melihat lelaki itu tunduk sambil menggosok betisnya.
            “Entah dia ni….orang jalan, tengok guna mata tapi dia jalan, tengok pakai lutut.” Ujar Iman selamba, Puan Sabariah ketawa kecil.
            “Macam-macam la kamu ni…ingatkan masa kecil je clumsy.” Ujar Puan Sabariah, tangan Yuli ditarik mengajaknya masuk ke sebuah kedai. Iman menjelirkan lidahnya bila Aisy memandangnya tajam, marah la tu.
            “Siap kau nanti.” Iman buat bodoh,
            “Wekkk, tak takut.” Ujarnya lantas meninggalkan lelaki itu. Aisy menumbuk dinding ditepinya, Iman sengaja nak mencabar kesabarannya.

            Iman berjalan perlahan, dibelakang bersendirian. Dia membiarkan Aisy dan Yuli melayan Puan Sabariah dan dia sibuk melayan Candy Crush yang dah berapa bulan tak lepas-lepas stagenya.
            “Gasak korang la…tahulah kau nanti, mem besar tu…kalau bab berjalan memang no.1 la. Sure patah punyalah tulang rangka kaki korang.” Bisik Iman perlahan, dia tersenyum sendiri, sempat juga dia mengorat anak teruna orang, gatal. Fikirannya tiba-tiba teringatkan peristiwa semalam,
            “Siapa agaknya yang jadi kaki report nenek ni…takkan la si jerangkung tu yang nak bagitau, dia sendiri pun terlibat sama dalam konspirasi ni.” Kepalanya digeleng, habis semua orang disyakinya namun tidak ada pertunjuk samaada mereka adalah pengintip yang dicari.
            “Oi…budak lembap....cepat la, terkedek-kedek.” Laung Aisy, Iman tayang muka selamba, tak peduli dan buat tak dengar, malas nak layan perangai diktator lelaki itu.




            Gelagat Aisy dan Yuli yang sedang bergelak ketawa dan bertepuk tampar benar-benar meloyakan Iman, geli rasanya bila tengok gadis itu sekejap-sekejap berkelakuan sumbang, tergedik-gedik macam sotong kurita tengah menari poco-poco dan yang paling buat dia menyampah, si jerangkung ni yang tak reti-reti nak suruh minah poyo ni kawal diri.
            Iman mengeluh keras, inilah natijahnya kalau tak tetap pendirian, patutnya dia berkeras saja semalam, kuatkan hati menolak permintaan mem besarnya tapi sanggup ke dia kecilkan hati wanita itu, dah tentu-tentu la tak kan…kata cucu mithali, kenalah ada sikap dan keperibadian yang mulia, tak gitu.
            “Hish…tak boleh jadi ni, lama-lama nanti boleh buta mata aku. Huh…sebelum mata aku buta, baik aku cepat-cepat bertindak.” Bisik hati kecilnya, dia mengangguk perlahan.
             “Nek….nak duit.” Pinta Iman selamba, Yuli tercengang, selamba badak je minta duit, memang muka tak malu betul.
            “Nak berapa? 200 cukup?.” Tanya Puan Sabariah,
            “Banyaknya…tapi kalau nak bagi, Iman ambik je…rezeki tak baik ditolak.” Ujar Iman, pantas tangannya mencapai huluran duit dari mem besarnya.
            “Nanti dah siap shopping, nenek call Iman yek…nak gi lepak kat Popular jap, daaaa.” Ujar Iman sebelum berlalu meninggalkan mereka. Dia menarik nafas lega, bebas akhirnya dari cengkaman mereka bertiga.
            “Nek….tak apa ke, biarkan dia sorang diri….nanti kalau apa-apa jadi kan susah.” Tanya Yuli, bimbang la konon. Puan Sabariah tersenyum.
            “Tak apa…taulah dia jaga diri. Iman tu takkan pergi jauh, paling kurang dia melepak kat kedai buku…tak pun kat kedai CD depan tu. Yuli tak payah nak risau la pasal dia, Yuli temankan nenek je.” Ujar Puan Sabariah, dalam kepalanya sudah terangka beberapa rancangan yang bakal mematahkan tulang-temulang kaki mereka berdua. Yuli mengangguk.
            “Betul cakap nenek tu, tak payah risau sangat pasal dia. Si Iman tu, kalau campak dalam hutan pun dia boleh hidup.” Ujar Aisy, Puan Sabariah menjeling tajam, Aisy pantas berpaling kearah lain, orang tua ni.…pantang kutuk cucu dia sikit, mulalah nak menyinga.
Yuli memaut lengan Puan Sabariah, mengajaknya memasuki sebuah butik pakaian, Aisy sekadar tersenyum melihat kemesraan antara Yuli dan neneknya. Hatinya tak putus-putus berdoa, memohon agar hati wanita itu terbuka untuk menerima pilihannya.
            “Iman…” Panggil Aisy tiba-tiba, Iman berhenti melangkah. Dia menghantar isyarat bertanya. Pantas Aisy berlari mendekatinya.
            “Apa?.” Tanya Iman bila lelaki itu terdiam, Aisy tersenyum, pantas tangannya menarik rambut gadis itu kuat sebelum berpatah balik menuju kearah Puan Sabariah dan Yuli yang sudah menghilang disebalik pintu butik. Iman mengetap bibirnya, rasa nak tercabut kulit kepalanya. Dia mendengus, matanya dikecilkan.
            “Aku tinju jugak batang hidung dia ni biar kemik, sempat lagi tu nak balas dendam. Tunggulah kau…kejap lagi taulah nasib kau baik ke buruk.” Gumam Iman, kepalanya digosok perlahan.

Yuli memicit betisnya yang lenguh, sejak tadi dia mengekori Puan Sabariah masuk dari satu kedai ke satu kedai. Penat melayan kerenah wanita itu sehinggakan mood dia turut berubah, sudahlah dia memakai kasut tumit tinggi, kalau dia tahu, baik dia pakai sandle saja, menyusahkan betul.
            “Penat?.” Tanya Aisy seraya melabuhkan punggungnya disebelah, Yuli tersenyum hambar.
            “Sakit tau kaki I…nenek u tu tak tau penat ke?.” Tanya Yuli, Aisy tersenyum.
            “Nenek tu mana tau penat, shopping ni…hobi dia no.1 tau.” Ujar Aisy, Yuli mencemik.
            “Tapi I tengok tak banyak barang pun yang dia beli.” Ujar Yuli. Aisy ketawa kecil.
            “Nenek jenis yang cerewet sikit…kalau dia tak berkenan, jangan harap la dia nak beli tapi kalau dia dah suka, tak kisah berapa harganya, dia sanggup bayar.” Ujar Aisy, bercerita tentang sikap Puan Sabariah.
            “Boleh pulak u tahan ya dengan kerenah dia.” Tanya Yuli, Aisy mengangkat bahu,
“Dah biasa…” Ujarnya membuatkan Yuli mendengus.
“I ni pun kaki shopping jugak tapi tak adalah sampai tahap macam nenek u tu, tak tahu nak berhenti.” Ujar Yuli, Aisy ketawa.
            “Selalunya Iman yang temankan dia. I jarang, bila balik bercuti saja baru I ambil alih tugas tu.” Ujar Aisy, Yuli sekadar mengangguk.
            “Bila kita nak makan ni…I lapar la.” Rengek Yuli, sengaja mengubah topik perbualan, menyekit hatinya bila mendengar nama Iman meniti dibibir Aisy.
            “Kejap lagi, kita tunggu nenek dulu.” Ujar Aisy, Yuli memuncungkan bibirnya, merajuk.
            “Kalau tunggu nenek u siap shopping, sampai malam la kita tak makan.” Desis Yuli, Aisy ketawa.
            “Ok…ok…I pergi bagitau nenek, u tunggu kejap.” Ujar Aisy, Yuli mengangguk, walaupun wajahnya masam. Aisy menggelengkan kepalanya, susah betul bila perempuan merajuk. Dia mengeluh lalu bangun dan melangkah menghampiri neneknya yang masih sibuk memilih barang.
            Iman duduk bersila diatas lantai, satu persatu novel yang berada dihadapannya dicapai, dipusing sebelum mulutnya terkumit-kumit membaca sinopsisnya. Mana yang menarik perhatiannya diambil, mana yang tidak, diletakkan kembali ditempat asalnya.
            Jam ditangan diperhatikan, hampir pukul 1.00, handphone dikeluarkan dari poket beg, gelap. Dia mengangkat bahunya, mungkin mereka masih belum selesai bershopping jadi dia masih punya masa untuk mencari novel yang lain.
            “Nasib korang berdualah….kalau tak patah kaki…lumpuh separuh badan.” Ujarnya perlahan. Puan Sabriah pasti mengenakan mereka berdua secukupnya.
            Handphone yang berbunyi membuatkan Iman tersentak, segera dikeluarkannya dari poket beg, butang hijau ditekan.
            “Hello..” Sapanya perlahan.
            “Kau kat mana?.” Tanya Aisy.
            “Aku masih kat bumi…tak terkeluar lagi dari atmosphere bumi, kau nak apa?.” Tanya Iman, dia bangun, menyapu punggung dan membersihkan kotoran yang melekat.
            “Jangan main-main boleh tak, aku pang kan…bisu terus mulut tu.” Ujar Aisy, geram dengan lawak bodoh Iman.
            “Pang la…ha pang, tengok sampai ke tak tangan kau tu kat pipi aku. Bajet aku takut sangat, belum kau tu pang aku…tapak kaki aku dulu naik ke muka kau tau.” Ujar Iman, makin lelaki itu meninggikan suara, makin banyak minyak tanah yang dia curah.
            “Kau ni kan….satu hari tak buat aku naik darah, tak boleh ke?.” Tanya Aisy.
            “Ala…kalau naik pun tak lepas dari kepala kau la, boleh hidup lagi.” Ujar Iman, selamba. Butang merah ditekan, sengaja menutuskan perbualan.
            “Hish…boleh pekak telinga aku, suara dah macam burung kuang. Lama-lama boleh hilang pendengaran aku ni, tak pasal-pasal dapat title doktar pekak .” Bebelnya sendiri, dia berjalan pantas menuju ke kaunter pembayaran.
            Handphone ditangan rasa hendak dicampakkan kelantai, penat-penat dia bercakap, gadis itu dengan selamba badaknya boleh putuskan perbualan, tak ada rasa bersalah langsung dan dia macam orang bodoh ingatkan si budak tiga suku tu dengar apa yang dia cakap.
            “Kalau aku dapat…aku cincang lumat lepas tu campak dalam kandang buaya. Eeee, boleh gila aku macam ni.” Kepalanya diketuk perlahan, berkali-kali.
            “Aisy…oi Aisy…kamu ni dah kenapa? Sakit ke?.” Tanya Puan Sabariah, bahu cucunya itu dipegang.
            “Are u ok Ziq?.” Tanya Yuli pula, bimbang.
            “Sakit jiwa nek…layan cucu nenek tu.” Ujar Aisy, giginya dikacip kuat. Puan Sabariah menggeleng, tak lain…tak bukan, bertengkar dengan Iman la tu.
            “Dia buat apa pulak kali sampai kamu angin satu badan ni?.” Tanya puan Sabariah.
            “Aisy Tanya dia kat mana…dia boleh jawab, masih ada kat bumi…belum keluar dari atmosphere bumi lagi.” Omel Aisy, mengajuk cakap Iman. Puan Sabariah ketawa kecil, loyar buruk punya orang.
            “Kamu tak bagitau dia, kita nak pergi makan.” Tanya Puan Sabariah, Aisy menggeleng.
            “Tak sempat nak cakap nek…dia dah letak dulu.” Ujar Aisy, Puan Sabariah mengeluh. Si Iman ni pun satu, sengaja nak cetuskan ketegangan.
            “Tak apalah biar nenek saja yang call dia.” Ujar Puan Sabariah seraya menhubungi Iman.
            “Dah habis borong buku belum?.” Tanya Puan Sabariah, lembut.
            “Dah…Iman nak keluar dari Popular la ni, nenek dah siap shopping ke?.” Tanya Iman pula.
            “Belum…banyak lagi yang nenek tak beli.” Ujar Puan Sabariah, Yuli melopong, belum, dia menekup muka, dah tak sanggup lagi rasanya nak melayan kerenah wanita itu.
            “Dah tu buat apa call Iman…kan Iman dah kata, habis shopping baru call.” Ujar Iman, Puan Sabariah ketawa.
            “Kamu tak nak makan ke…tak kasihankan kat orang yang tengah lapar ni.” Tanya Puan Sabariah, matanya dijelingkan pada Yuli yang masih setia memaut lengan Aisy.
            “Oh…time rehat la ni, patutlah perut Iman dah mula menyanyi lagu K-pop, time makan rupanya. Kita nak makan kat mana?.” Tanya Iman, tak sabar.
            “Yang tu biar orang yang nak belanja tentukan. Dah cepat datang, kami tunggu.” Ujar Puan Sabariah.
            “Ai…Ai.. Chief.” Ujar Iman. Dia menyambut huluran plastik bag dari tangan cashier yang bertugas dengan senyuman sebelum melangkah keluar dari situ.
            Iman masih membelek menu ditangan, masih berfikir apa yang hendak dimakan sedangkan yang lain sudah sibuk memesan makanan. Kepalanya digaru, susah betul hendak membuat pilihan, semuanya Nampak sedap dimata, kalau diikutkan nafsu makan, nak saja dia pilih semuanya, namanya pun kawan setan kan.
            “Tak siap pilih lagi ke?.” Tanya Aisy, Iman mengangkat muka.
            “Kalau dah siap pilih…tak ader la aku duk sibuk tenung menu ni lagi.” Ujar Iman, Aisy pantas merampas menu ditangan gadis itu.
            “Susah sangat nak pilih…biar aku je yang oder untuk kau.” Ujarnya, Iman mencemik.
            “Tau ke apa aku nak makan.” Tanya Iman, Aisy tersenyum sinis.
            “Makan je apa yang aku pilih…tak payah banyak bunyi.” Ujar Aisy, menu dihulurkan kembali kepada pelayan.
            “Ada apa-apa nak tambah lagi?.” Tanya si pelayan, Aisy mengeleng. Si pelayan sekadar mengangguk, dia terus melangkah pergi.
            “Macam mana shopping dengan nenek…seronok?.” Tanya Iman, menyindir. Yuli sekadar tersenyum nipis.
            “Mestilah seronok.” Ujar Yuli, Iman mengangguk.
            “Seronok makan hati.” Gomelnya sendiri. Mana taknya, orang tua ni seronok-seronok bershopping, dia hanya jadi tukang angkat barang.
            “Nenek beli apa?.” Tanya Iman, cuba menjengah kedalam beg kertas yang ada disebelah wanita itu.
            “Kasut…baju…handbag.” Ujar Puan Sabariah, bulat mata Iman mendengarnya.
            “Mak ai…nak bukak butik ke apa nek.” Tegur Iman, matanya tertacap pada himpunan beg kertas yang berlonggok. Puan Sabariah ketawa kecil.
            “Cantik tak?.” Tanya Puan Sabariah, Iman mengangguk, dibeleknya handbag berwarna cream yang dihulurkan Puan Sabariah kepadanya.
            “Huih…style orang muda, kelas gitu.” Ujar Iman, bahu Puan Sabariah ditepuk lembut.
            “Aisy yang pilihkan…nenek pun berkenan. Kamu macam mana?.” Tanya Puan Sabariah. Iman tersenyum dan mengangguk.
            “Iman suka semua yang nenek suka, kecuali Pak Alang Retro tu…menyampah no tengok dia, nak-nak bila dia duk merempit dengan vespa merah dia tu….tak padan dengan berbini dua, ada hati nak mengorat anak dara orang.” Ujar Iman, mencemik. Puan Sabariah ketawa.
            “Dah memang dari muda dia macam tu, nak buat macam mana.” Ujar Puan Sabariah.
            Ya…tapi kena la sedar diri, umur dia tu dah senja…bergaya mengalahkan orang muda. Orang sebaya dia duk sibuk buat amal jariah kejar pahala, dia pulak sibuk naik haji balik hari.” Ujar Iman lagi, anti benar dia dengan lelaki itu. Puan Sabariah ketawa, memang tak dapat disangkal lagi kata-kata Iman.
            “U beli apa Yuli?.” Tanya Iman, sekadar berbasi-basi, tak mahu dikatakan sombong pula nanti.
            “I tak beli apa pun…tak ada yang berkenan.” Ujar Yuli, mendatar.
            “Takkanlah tak ada langsung…bukan u ni kaki shopping ke macam nenek. Selalunya kaki shopping ni, mesti nak beli walau satu barang.” Ujar Iman, Yuli mengetap bibirnya.
            “I memang tak nak beli apa-apa…I ikut pun sebab nak temankan nenek je.” Ujar Yuli, Iman mengangguk dan tersenyum.
            “Elok la kalau macam tu, lain kali kalau nenek datang…boleh la ajak Yuli temankan shopping.” Ujar Iman, Yuli mengangguk.
            “Bila-bila masa pun Yuli tak kisah nek…cakap je.” Ujarnya, Puan Sabariah tersenyum, baru teman tak sampai 3 jam dah merungut, nak temankan dia satu hari suntuk, hurm…
            “Oh….I lupa pulak, I ada hadiah untuk u sebagai tanda terima kasih kerana sudi temankan kami.” Ujar Aisy, sebuah beg kertas dihulurkan pada gadis itu.
            “Apa ni?.” Tanya Yuli, teruja.
            “Tengok la sendiri.” Ujar Aisy, Yuli tersenyum.
            “Cantiknya….” Puji Yuli, sebuah handbag jenama Gucci diangkat dan ditayangkan dihadapan Iman.
            “Nak menunjuk la tu…ingat aku heran sangat.” Bisik hatinya. Yuli tersengih, mengejek.
            “Thank you Ziq.” Ujarnya, lembut. Aisy tersenyum dan mengangguk.
            “U tak ada beli apa-apa ke untuk Dr. Sara….segan la I kalau I sorang saja yang dapat hadiah.” Ujar Yuli, wajah Aisy dipandang, nak tunjuk yang dia tu baik, prihatin. Belum sempat Aisy bersuara, Iman terlebih dahulu membuka mulut.
            “Kalau tak beli pun tak apa…I memang tak pakai, barang low class ni.” Ujar Iman, selamba. Mata Yuli terbeliak, low class? Gucci? Biar betul minah ni.
            “Habis tu u suka jenama apa, Prada? Coach? Channel?.” Tanya Yuli, ingin tahu. Iman pantas menggeleng.
            “Tu semua tak main la…I suka cap P.M je.” Ujar Iman, Yuli berkerut.
            “P.M? Jenama apa tu?.” Tanyanya pelik, tak pernah dengar pun.
            “Jenama ni…orang high class macam I je yang boleh pakai.” Ujar Iman, dia tersenyum. Muka Yuli berkerut, masih memikirkan tentang jenama P.M yang disebut Iman.
            “P.M tu jenama apa?.” Tanya Puan Sabariah, berbisik ditelinga Iman membuatkan gadis itu tersenyum.
            “Cap pasar malam la…kan Iman suka beli barang kat Uptown.” Ujar Iman, juga berbisik, mereka sama-sama ketawa.
            “Apa yang lucu sangat tu, kongsilah dengan kami.” Ujar Aisy, Puan Sabariah menggeleng.
            “Ni rahsia nenek dengan Iman je…korang tak payah sibuk nak tahu.” Ujar Puan Sabariah, Iman mengangguk setuju. Mereka berhenti berbicara bila hidangan yang dipesan tiba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan