Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Khamis, 19 Mac 2015

Tawanan Cinta 19



BAB 19


            Iman tercungap-cungap, macam tak cukup nafas dia berlari. Kakinya sudah tidak berdaya hendak menampung keletihan yang menyelubungi segenap urat saraf dan sendinya. Dia berjalan terhuyung-hayang, jarak bangku kayu yang hanya beberapa meter dirasakan terlalu jauh.
            “Apa ke senak otak la si jerangkung ni, pepagi buta ajak aku berlari….apa dia ingat, nak daftar masuk acara merentas desa ke apa.” Bebel Iman sendiri, Aisy yang sudah jauh kedepan dibiarkan berjogging sendiri. Dia sudah tidak larat hendak mengikut rentak langkah lelaki itu.
            Iman merebahkan tubuhnya diatas bangku kayu, langsung tidak dipedulikan mata-mata yang memandang. Peluh yang merencik diwajahnya dikesat dengan tuala kecil yang dibawa bersama. Penutup botol air dibuka, dia meneguknya rakus.
            “Hoi…siapa yang ajar kau lepas jogging baring terlentang.” Ujar Aisy, Iman terkejut beruk, nyaris tercekik air yang diminumnya….tak pasal-pasal arwah dia kat situ.
“Tak reti bagi salam ke…nampak sangat kau nak suruh aku mati cepat.” Ujar Iman, geram.
“Cikgu PJK tak pernah ajar tau….lepas bersenam baring terlentang.” Ujar Aisy, Iman buat bodoh.
            “Aku kisah apa…cikgu PJK kau bukan cikgu PJK aku.” Ujarnya mendatar. Aisy mengeluh, budak ni…
            “Kau ni kan lembik macam dodol tau tak, baru jogging sikit dah surrender. Sebab tu la lemak suka sangat berkampung dalam tubuh kau tu.” Ujar Aisy, tanpa rasa bersalah Iman bangun.
            “Sesedap aiskrim conetto kau je kan mengata aku, lembik-lembik dodol pun…ramai yang suka tau tak.” Balas Iman, Aisy dihadapannya direnung.
            “Kau ni…ajak berjogging penat…ajak pergi gim lagi la susah. Macam manalah badan tu nak cergas.” Ujar Aisy, dia menggeleng.
            “Tak berjogging pun aku dah cukup cergas la, hari-hari aku minum 100 plus tau.” Ujar Iman. Aisy mencemik, kalau memang dah malas tu…macam-macam alasan yang boleh diberi.
            “Jom la balik…aku mengantuk ni.” Ajak Iman, dia sudah mula menguap.
            “Balik apanya…baru nak mula la, dah bangun.” Arah Aisy, tangan Iman ditarik.
            “Kalau kau nak teruskan berjogging….cergaskan badan, itu kau punya pasal…aku nak balik.” Ujar Iman, tidak mahu mengalah dengan desakkan lelaki itu.
            “Jangan nak degil boleh tak….bangun, SE..KA..RANG.” Marah Aisy, Iman tutup telinga, serabut mendengar bebelan lelaki itu.
            Aisy mendengus, tangannya sudah mencekak pinggang, tahap kesabarannya semakin menipis, sikap Iman yang langsung tak mahu memberikan kerjasama memang mencabarnya. Dia menghampiri bangku kayu yang menjadi tempat Iman berbaring, pantas tangannya menarik kaki gadis itu.
            “Wei…apa ni main tarik-tarik kaki orang, lepas la.” Jerit Iman halus, dia meronta-ronta, Aisy buat pekak, selagi  gadis itu tidak mahu bangun dan mengekorinya, selagi itu dia tidak akan lepas kaki gadis itu.
            “Aku ajak cara baik, kau tak nak.” Ujar Aisy, Iman mengetap giginya, tangannya kemas memaut sisi bangku kayu, berusaha untuk bertahan.
            “Sekarang kau pilih…nak ikut aku cara baik ke, nak aku heret kau baru kau nak ikut.” Tanya Aisy, Iman menggeleng.
            “Dua-dua pun aku tak nak.” Ujar Iman, berani. Lantak la apa nak jadi, dia takkan mengalah.
            “Oh…degil…” Aisy tersenyum, lantas direntap kaki Iman kuat sehingga pegangan gadis itu terlepas dan natijahnya, diri sendiri yang menanggung.
            “Ini dah lebih….kau memang sengaja nak cari nahas.” Iman terus bangun, sakit belakangnya tidak dihiraukan, Aisy yang sudah cabut meninggalkannya dikejar dengan penuh semangat.
            “Kalau aku dapat…memang flying kick free aku layang atas kepala kau.” Jerit Iman kuat, mata-mata yang memandang gelagat mereka dibiarkan, dia sudah tidak peduli jika ada yang memandang apatah lagi mengambil video, untung-untung boleh masuk youtube, glamor sikit.
            “Cuba la kalau kau boleh.” Laung Aisy dari jauh, bunyinya seperti mencabar dan Iman memang pantang dicabar.
            “Kau cabar aku erk…ok, kau tunggu situ, kau tunggu.” Ujar Iman, lengan bajunya disising sehingga ke paras siku. Aisy pantas membuka langkah seribu sebelum sempat Iman menyambung langkahnya, gila nak dia tunggu, buatnya betul flying kick gadis itu singgah dikepalanya, tak ke biol otaknya sebulan…huih, jangan cari pasal.




            “Astarafillullahhalazim…” Istifar Mak Yam kuat, terkejut dia dibuatnya. Iman terus merangkak masuk, menuju ke dapur. Aisy yang mengekorinya dari belakang ketawa kecil, macam nenek tua si bongkok tiga.
            “Kenapa dengan Iman tu?.” Tanya Mak Yam, Aisy mengangkat bahu.
            “Mintak nyawa…mintak nyawa…” Gumam Iman sendiri, jelas dipendengaran wanita itu. Kepalanya digeleng beberapa kali, macam-macam feel la budak Iman ni.
            Botol air dikeluarkan dari peti sejuk, penutupnya dibuka sebelum ditogok air itu rakus, macam setahun tak jumpa air. Iman duduk bersila dihadapan peti sejuk, pintunya dibiarkan terbuka, nyaman terasa bila aircond peti sejuk meruap keluar.
            “Ya Allah…Iman oi, kamu ni dah kenapa…dah macam orang tak jumpa air setahun.” Tegur mak Yam, Iman mengangguk.
            “Si jerangkung tu punya pasal la ni.” Bebel Iman kuat, sengaja mahu Aisy mendengarnya, biar dia rasa bersalah.
            “Eh hello…aku tak suruh kau kejar pun, kau sendiri dengan rela hati nak kejar aku.” Ujar Aisy, dia bersandar di tepi dinding sambil memeluk tubuh.
            “Iyalah…kalau kau tak kejutkan aku pagi-pagi buta ajak pergi jogging, tentu tak jadi macam ni.” Ujar Iman, bengang.
            “Kau sepatutnya berterima kasih dengan aku tau sebab dah tolong kau buang semua lemak yang berkampung dalam tubuh kau tu.” Ujar Aisy sebelum berlalu. Iman menjelirkan lidahnya, tak ada maknanya dia hendak berterima kasih, rasa nak cekik lelaki itu sampai mati ada la, gara-gara dia, hampir putus urat nyawanya hari ini.
            Iman menyanyi kecil sambil menyiram pokok bunga yang tersusun ditepi pagar. Riang hatinya bila sesekali dapat menikmati hari cuti tanpa gangguan yang menyakitkan hati seperti selalu.
“Air pasang pagi surut pukul lima,
nyonya bangun pagi siram pokok bunga.
Pokok bunga melor tanam tepi pagar,
itik bertelur…ayam mengeram.
Cik baba jatuh dalam longkang, cik Aminah ketawa tergolek-golek.
Naik kereta api sampai kilang Bata,
Nampak si jerangkung hodoh…sedang sibuk basuh kereta…”
           
Jeritan halus kedengaran memecah hening pagi, tiba-tiba hujan turun sedangkan langit kelihatan cerah dan yang paling peliknya, hanya tempat dia berdiri sahaja yang dibasahi hujan. Pantas dia berpaling,
“Woi badigol…kau tak ada kerja lain yek.” Iman sudah mencengkak pinggang, Aisy bersiul, seolah-olah kata-kata Iman hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.
“Mak Yam…angkat kain jemuran, hujan dah turun.” Jerit Aisy lantang, paip air ditangannya masih terhala kearah Iman, basah lecun tubuhnya dek kerana perbuatan Aisy.
“Dia ni memang sengaja cari masalah dengan aku, dengkikan aku.” Guman Iman perlahan, kakinya melangkah menghampiri Aisy yang masih terpekik terlolong memanggil mak Yam.
“Kau nak main kasar kan…ha, tunggu.” Iman tersenyum, baldi yang dipenuhi dengan air sabun bekas basuh kereta diangkat.
“Woi…jerangkung.” Panggil Iman, Aisy berpaling dan serentak dengan itu, air sabun bekas basuhan keretanya tersimbah tepat ke mukanya, Aisy tergamam, seluruh tubuhnya dibasahi dengan air sabun yang kotor.
“Ha…sedap rasa air sabun.” Tanya Iman, sinis. Aisy menghempas paip getah ditangannya ke tanah, Iman ni memang sudah lebih.
“Kau ni memang dah lebih Iman…” Ujar Aisy, tidak puas hati.  Iman membulatkan matanya.
“Kau yang mula dulu ok, takkan aku nak diamkan je…memang tak ah.” Aisy menggenggam tangannya, menahan marah dan bermulalah adengan kejar-mengejar bak filem KL Gangster.
“Ya Allah…budak bertuah ni, apa saja yang tak kena dengan kamu berdua ni.” Jerit mak Yam, terkejut melihat dua orang dewasa yang berperangai macam budak umur lima tahun. Iman dan Aisy sama-sama berpaling.
“Entah dia ni, tetiba je ajak Iman main kejar-kejar…kan kalau tak ikut kata dia, merajuk pulak. Mak Yam nak join?.” Tanya Iman. Wanita separuh abad itu menggeleng.
“Tak kuasa nak layan perangai budak-budak kamu berdua tu, banyak kerja lain lagi yang mak Yam boleh buat.” Ujarnya sebelum melangkah masuk meninggalkan Iman dan Aisy yang masih tiada ura-ura hendak berhenti.
“Kalau aku dapat kau Iman…siap kau aku kerjakan.” Ujar Aisy, Iman ketawa kecil.
“Itu kalau dapat…kalau tak, gigit jari ah.” Aisy menggenggam tangannya, pagi yang paling malang, dah la basah kuyup…dapat sakit hati lagi.
“Budak lembab…” Ejek Iman sebelum berlari masuk kedalam rumah dalam keadaan basah meninggalkan Aisy sendirian merawat sakit hatinya.




Aisy tersentak bila terasa kepalanya dipukul dari belakang, dia berpaling, wajah selamba Iman membuatkan darahnya menyirap. Gadis itu berjalan melintasinya sebelum melabuhkan punggungnya ditas sofa.
“Hoi…kepala aku ni bayar zakat tau, suka-suka hati kau je nak tunjal-tunjal kepala aku.” Marah Aisy, Iman menjelirkan lidahnya.
“Habis kepala aku ni tak bayar zakat la, sesedap aiskrim potong je kau nak tunjal.” Ujar Iman, tak mahu mengalah. Aisy menahan sabar,
“Kau…” Tak sempat dia hendak menghabiskan kata, dia bersin lagi.
“Hish…tutup mulut tu bila nak bersin boleh tak, tak pasal-pasal nanti tersebar semua virus kau tu kat dalam rumah ni…dah kitaorang dapat SARS, boleh pendek nyawa tau.” Ujar Iman, Aisy menggenggam tangannya, dia maju kearah Iman, pantas dicekiknya gadis itu.
“Kalau satu hari kau tak buat darah aku naik…tak boleh ke?.” Tanya Aisy, Iman menggeleng sambil berusaha merungkai cengkaman lelaki itu.
“Tak boleh…itu memang aktiviti wajib aku setiap hari, cepat sikit kau dapat darah tinggi.” Ujar Iman.
“Kalau aku mati…kaulah orang pertama aku datang cekik sampai mati.” Ujar Aisy.
“Bajet aku takutlah kalau kau jadi hantu…40 hari 40 malam aku panggil orang baca yassin, comfirm kau tak boleh datang dekat punya.” Ujar Iman, masih berusaha untuk melepaskan cengkaman tangan Aisy.
“Kalau korang berdua jadi hantu pun, belum tentu pergaduhan korang berdua selesai, tah-tah makin melarat…maklumlah kubur sebelah-sebelah.” Ujar Amirul selamba, dia berjalan menuju ke dapur. Iman dan Aisy saling berpandangan, kalau macam tu…sampai tujuh keturunan pun tak selesai.
“Lepas la….” Marah Iman, tangan lelaki itu dipukul kuat, terpaksalah Aisy melepaskan cengkamannya, perit kulit terasa.
“Abang tak tahulah macam mana korang berdua nak hidup bersama kalau macam nilah cara pergaulan korang. Komunikasi langsung fail, physical touch lagilah.” Ujar Amirul sebelum berlalu menuju ke tingkat atas.
“Eeuuu..” Pantas mereka berdua bergerak menjauhkan diri masing-masing.
“Selisih malaikat 44 tau, kawin dengan kau?? dalam mimpi pun belum tentu aku nak setuju.” Ujar Iman, Aisy ketawa sinis.
“Ingat aku pun kemaruk sangat ke nak kawin dengan kau. Walaupun tinggal kau sorang je dalam dunia ni, aku lebih rela jadi bujang terlajak.” Ujar Aisy, giliran Iman pula ketawa.
“Ingat umur kau tu panjang sangat ke boleh tunggu sampai pupus semua perempuan dalam dunia ni.” Ejek Iman, dia bangun.
“Pada aku kawin dengan kau…baik aku kawin dengan J-man je, tak ada lah menyusahkan hidup aku.” Ujarnya sebelum berlalu pergi.
“Elok la…muka kau tu pun dah macam lembu aku tengok.” Ujar Aisy, dia turut sama bangun sebelum berlalu. Ilyana mengeluh, kepalanya digeleng beberapa kali, melihat gelagat Iman dan Aisy, dia menjadi semakin tidak yakin dengan rancangan perkahwinan yang diatur keluarga.
“Kalau macam nilah gayanya, rasanya tak sampai sehari berkahwin dah bercerai. Aku kena pujuk mama dan nenek fikirkan semula rancangan mereka, memang tak ada Nampak ura-ura akan Berjaya.” Bisiknya sendiri, pintu bilik ditutup rapat.




Aisy mengetuk pintu bilik Iman kuat, namun tiada suara yang kedengaran memberikan kebenaran untuknya masuk. Tombol pintu dipulas, dia menjenguk kedalam, tiada siapa yang kelihatan, yang kedengaran hanya bunyi air yang mencurah.
“Patutlah tak dengar, mandi rupanya.” Bisik Aisy tapi belum sempat dia hendak menutup pintu rapat, handphone Iman berbunyi. Aisy mengigit bibir, perlu ke dia menjawabnya bagi pihak Iman atau membiarkannya saja.
Pintu bilik ditolak kembali, luas seluasnya. Kaki tanpa diarah melangkah menuju ke katil Iman, handphone dicapai, bulat matanya memandang skrin.
“Sejak bila pulak budak-tiga suku ni pandai berwassup-wassup bagai, borak dengan lelaki pulak tu.” Bisik hatinya, ikon whatsapp ditekan.

Sara…hai, tengah buat apa?.- Aiman. Aisy mengetip jari, tahu apa yang hendak dibuatnya.
Tak buat apa…kenapa?. – Sara
Saja jer…nak borak-borak dengan kau, aku tak ganggu kan. – Aiman
Tak la…eh, sempat pulak kau wassup aku ni, bukan tengah kerja ker?. – Sara
Yup…tapi aku tak busy sangat, tak banyak kerja…shif malam kan. – Aiman
Hish kau ni…tahu dek doktor senior, masak kau. – Sara
Hihihi….kalau kau tak bagitau, tak ada siapa pun yang akan tahu. – Aiman
Betul2… - Sara. Aisy tersenyum sinis, tak tahu yer…nantilah kau esok, desis hatinya.
Sara…aku Tanya sikit boleh?. – Aiman
Apa dia?. – Sara
Doktor Rayyan tu kenapa yek…anti sangat dengan kau. Selalu aku tengok dia bertegas dengan kau sedangkan dengan doktor lain tak pun, siap boleh bergelak ketawa lagi. – Aiman
Aku tak sukalah dia buat kau macam tu… - Aiman
Kenapa pulak kau tak suka?. – Sara
Mestilah aku tak suka…kau kan buah hati aku, kesayangan aku. – Aiman. Aisy mengetap bibir, ewah-ewah, tak segan silu mengaku, beraninya.
Buah hati lah sangat….masa dia marah aku, kenapa kau tak tolong backup…kata sayang. – Sara
Next time I’ll be your knight in shining amor. – Aiman. Aisy tersenyum lagi, berani…good.
Oklah…got to go, bye sweetheart…sleep tight, sweet dream…mimpikan aku malam ni.  – Aiman. Ini dah lebih, sayang-sayang bagai, siaplah kau nanti, desis Aisy, geram sungguh dia.
Tengoklah kalau mimpi aku dapat cari roh kau..bye  – Sara. Aisy mengangkat kening, ingat dia nak biarkan saja, memang tak la. Perbualan mereka tadi dipadam, tidak mahu Iman mengetahuinya, tak sempat dia hendak mencampakkan handphone itu kembali, nada message masuk berbunyi semula,
I miss you – Khairil. Aisy membulatkan matanya, miss you???.
  - Sara. 
 - Badrul
- Sara. Aisy pantas memadamkan message tersebut, tak sanggup lagi hendak meneruskan perbualan mereka, bertambah sakit hati dibuatnya.
Handphone dicampak kembali diatas katil, kalau ikutkan hatinya hendak saja dia baling ke dinding, biar berkecai tak bersisa, terus kakinya diheret keluar sambil menahan rasa sakit hati yang mampu membuatkan dia diserang sakit jantung. Demam selsema yang dihidapinya tadi, baik dengan sendiri gara-gara calon saingannya. Pintu ditutup kuat, bergegar bunyinya.
Iman menggaru kepala, siapa pulak yang masuk kebiliknya tanpa kebenaran. Bahu diangkat, mungkin dia tersalah dengar, mungkin bunyinya datang dari bilik sebelah. Dia melangkah ke katil, handphone dicapai, mahu melihat jika ada sebarang panggilan mahupun message yang masuk.
“Manalah budak-budak ni…selalu rajin sangat message aku, malam ni senyap pulak.” Dia menggelengkan kepala, handphone diletakkan kembali, laptop yang tersimpan didalam beg sandangnya dikeluarkan, it’s Shinhwa Broadcast time.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan