BAB 23
Iman melemparkan senyuman manis dan ucapan selamat pagi
dengan wajah yang mengembirakan. Mana tidaknya, berkat otaknya yang geliga, dia
berjaya melakukan dua misi yang berbahaya. Lengan Amanda dipeluk erat, macam
pasangan kekasih lagaknya.
“Kau ni dah kenapa, senyum lebar sangat…mimpi kawin
dengan anak raja ke apa?.” Tanya Amanda. Iman tersenyum.
“Lebih daripada tu…” Amanda mengangkat kening,
“Happy gila beb…sebab aku dah tak payah duduk kat bilik
mayat lagi, dah kembali ke tempat yang sepatutnya.” Ujar Iman, Amanda mencemik.
“Kiranya lepas ni tak payah tengok muka John Loyd Cruz
tu lagi la.” Ujar Amanda, senyuman Iman mati.
“Yang tu satu je lagi yang aku masih belum berjaya,
susah do…nak lari dari dia. Kalau dia
lantik aku jadi assistant dia tak apa lah jugak, ini kuli batak, jatuh standard
tau.” Omel Iman sebelum matanya menangkap kelibat orang yang paling dibencinya.
“Asal kau sebut je nama dia, mesti dia muncul…membela ke
apa dia ni.” Rungut Iman, Amanda ketawa. Aisy yang semakin menghampiri
dipandang dengan satu pandangan yang sukar ditafsirkan maknanya.
“Korang berdua ni memang ada chemistrylah...mana-mana
pergi je, mesti jumpa.” Ujarnya membuatkan Iman mengecilkan matanya.
“Banyak la kau punya chemistry, dia tu macam cuka getah
tau tak, boleh melecur kulit aku kalau dekat.” Bentak Iman. Amanda ketawa lagi.
“Dah la…jom, tak payah layan sangat perasaan amarah kau
tu, hasutan syaitan je semua tu.” Ujar Amanda, tangan Iman ditarik membuatkan
gadis itu akur.
“Doktor Sara…” Panggil Aisy, Iman buat-buat tak dengar
dan nampak. Nak saja dia sekup kepalanya dengan tong sampah.
“Doktor Sara…” Panggil Aisy sekali lagi, kali ini lebih
kuat, sempat tangan Iman dicapai ketika mereka berselisih.
“Ya Doktor Rayyan…ada apa yang boleh saya tolong.” Tanya
Iman, malas.
“Kertas kerja semalam dah siap?.” Tanya Aisy, Iman
menggeleng.
“Belum.” Ujarnya sepatah.
“Bila nak siapkan?.” Tanya Aisy, keningnya diangkat.
“Bila saya rasa nak buat.” Balas Iman, selamba, sikitpun
tak ada rasa bimbang. Aisy mengetap bibir,
“Amboi! Melawan Nampak.” Bisik hatinya.
“Siapkan sebelum balik hari ni.” Arahnya, Iman mencemik,
arahan Aisy bagaikan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
“What ever…” Ujarnya perlahan, wajah lelaki itu langsung
tidak dipandang, Aisy mendekatkan telinga ke paras mulut Iman.
“Cakap apa?.” Tanya Aisy, Iman cepat-cepat menggeleng.
“Kertas kerja tu akan ada atas meja doc sebelum doc
balik, promise.” Ujar Iman, siap dengan gaya orang nak mengangkat sumpah. Aisy
mengangguk.
“Jangan nak mengelat macam hari tu pulak.” Ujarnya
sebelum berlalu. Iman tersenyum, bila pulak dia kata dia nak mengelak. Langkah
kakinya diatur semula, mengekori langkah Amanda yang sudah jauh kedepan.
Bunyi sebeban kertas yang jatuh diatas meja mengejutkan
Katrina dan Fazlina yang sedang sibuk membaca, serentak mereka mengangkat
wajah, sebaik terpandang muka Iman, riak mereka berubah. Katrina mencemik,
menyampah.
“Kau nak apa datang sini?.” Tanya Katrina, tangannya
masih ligat membelek majalah, wajah Iman langsung tidak dipandangan, Fazlina
juga. Iman tersenyum sinis, dia pun tak ingin nak datang kalau bukan sebab
terpaksa.
“Ini…doktor Rayyan pesan suruh aku bagi kertas kerja ni
kat kau. Dia minta korang siapkan sebelum balik….dia nak hari ni jugak.” Ujar
Iman. Dahi Katrina berkerut.
“Kenapa dia tak bagi sendiri pada kami?.” Tanya Katrina,
Iman mengangkat bahu.
“Manalah aku tahu, kebetulan dia terserempak dengan aku
tadi, dia bagilah…suruh aku sampaikan pada kau.” Ujar Iman, riak wajahnya tidak
berubah, serius.
“Tapi selalunya dia sendiri yang bagi arahan pada kami.”
Ujar Fazlina, Iman mengeluh, dahinya ditepuk.
“Apa ke bengap la korang ni…arahan tu memang dari dia
pun, aku Cuma tolong sampaikan pesanan dia je.” Ujar Iman, Katrina dan Fazlina
mengangguk, bodoh.
“Dia nak suruh siapkan hari ni juga ke?.” Tanya Fazlina,
matanya tepat memandang timbunan kertas dihadapannya, Iman mengangguk
“Nanti dah siap…korang letak atas meja dia.” Ujar Iman,
masing-masing hanya mengangguk. Iman tersenyum nipis, nafas lega ditarik
panjang dan dihembus perlahan, selesai satu lagi masalah.
“Aku keluar dulu lah, banyak kerja lagi nak buat.”
Ujarnya sebelum berlalu meninggalkan Katrina dan Fazlina yang mula sibuk dengan
tugasan baru.
“Amboi…bersenang-lenangnya kau, kerja yang doktor Rayyan
bagi….kau dah siapkan ke belum?.” Tanya Amanda bila melihat gadis itu berjalan
melenggang, mungkin baru balik dari melawat pesakit. Iman hanya tersenyum.
“Dalam proses untuk disiapkan.” Ujarnya sambil menarik
kerusi dan duduk membuatkan dahi Amanda berkerut, dia menjenguk meja kerja
Iman, bayang fail pun dia tak nampak, bila masanya dia siapkan.
“Kau biar betul, kertas kerjanya mana…aku tak Nampak
pun?kau mengelat lagi yek.” Tanya Amanda musykil. Iman tersengih,
“Bila masanya pulak aku kata aku nak siapkan kertas
kerja tu…aku Cuma kata dalam proses untuk disiapkan, hish kau ni…jangan la jadi
nerd sangat, faham ayat tu betul-betul.” Tegur Iman, lengan Amanda ditampar
lembut.
“Susah la nak faham kau ni, kadang-kadang apa yang kau
merepek pun aku tak tahu la.” Ujar Amanda, Iman tersenyum.
“Tak faham diam.” Ujarnya membuatkan Amanda mendengus
sebelum berlalu meninggalkan Iman sendiri.
Yuli berhenti menyuap spegettinya, wajah Aisy yang
kelihatan tidak bermaya dipandang sekilas. Dia mengeluh, pantang betul dia bila
keluar, lelaki itu mempamerkan riak wajah sebegitu.
“U ni kenapa Ziq,
ada masalah?.” Tanya Yuli, Aisy tersenyum dan menggeleng.
“Habis tu kenapa
muka u moyok je, I tak sukalah tengok u macam ni.” Ujar Yuli, dia menarik muka
masam. Aisy menarik nafas panjang,
“Sorry la…I penat
sikit. U pun tahukan I ni kerja macam mana.” Ujar Aisy, meminta pengertian
gadis itu.
“Itu I faham la,
kalau ya pun…jangan la tunjukkan muka macam tu bila keluar dengan I…buat rosak
mood I je.” Ujar Yuli, Aisy tersenyum hambar.
“Cepat la habiskan
makanan tu, kata nak shopping kan.” Ujar Aisy, malas hendak mengomel panjang.
Yuli mengangguk, ceria sedikit wajahnya bila mendengar lelaki itu menyebut
perkataan shopping.
“U nak beli hadiah
apa pulak untuk I kali ni?.” Tanya Yuli.
“Apa-apa je yang u
nak, I belikan…cepat la makan, nanti I nak masuk ke pejabat semula.” Ujar Aisy, minuman yang
masih berbaki didalam gelasnya diteguk sehingga habis. Yuli mencemik.
“Ala…bukan u kerja
dengan orang pun, kerja sendiri. Lagipun kitakan dah lama tak keluar bersama.”
Ujar Yuli. Aisy menggelengkan kepalanya.
“Tak kisah la,
kerja dengan orang ke…kerja sendiri ke, yang penting tanggungjawab. Kalau I
sebagai ketua dah tunjukkan contoh yang tak baik, macam mana I nak pimpin orang
bawahan I.” Ujar Aisy, Yuli mencemik, bosan mendengar ceramah percuma, sudahnya
dia terus mendiamkan diri.
“Doktor Rayyan.” Panggil Katrina, terjengul wajahnya dimuka
pintu. Aisy mengangkat wajahnya dan meminta gadis itu masuk.
“Apa ni doktor Katrina?.” Tanya Aisy bila melihat
timbunan kertas diletakkan diatas mejanya, tersusun.
“Kertas kerja yang doktor minta kami siapkan lah.” Ujar
Katrina. Dahi Aisy berkerut.
“Kertas kerja?.” Katrina mengangguk. Aisy mengetap
bibir,
“Bila masa pulak aku bagi arahan pada dia?.” Bisik
hatinya, perlahan.
“Kan doktor suruh doktor Sara yang bagi pada kami, suruh
kami siapkan sebelum balik…doktor lupa ya.” Ujarnya seakan-akan mengerti, Aisy
mengangguk, fahamlah dia apa yang berlaku.
“Oh yalah…saya terlupa.” Ujarnya sambil tersenyum,
berpura-pura mengiakan kata-kata gadis itu.
“Siap kau Iman…lain yang aku suruh kau buat, lain yang
kau buat ya.” Dengus hatinya, geram. Wajah gadis dihadapannya dipandang dengan
senyuman.
“Terima kasih doktor Katrina , awak boleh keluar
sekarang.” Ujar Aisy, Katrina mengangguk sebelum berlalu meninggalkan ruang
kerja Aisy.
Telefon dicapai, nombor Iman didail, sebaik sahaja
panggilannya bersambut, Aisy terus menuntahkan segalanya.
“Masuk bilik aku sekarang.” Ujarnya lantang. Iman
tersentak, keras suara lelaki itu membuatkan dia sedikit kecut perut. Iman
menelan air liur, mesti ada sesuatu yang membuatkan lelaki itu menyinga dan dia
tahu apa sebabnya.
“I guess it’s
time.” Bisiknya perlahan, dia bangun dan terus berlalu.
Iman mengetuk pintu
bilik yang tertera nama lelaki itu, nafas panjang ditarik sebaik sahaja
kebenaran masuk diberikan. Perlahan-lahan kakinya melangkah menghampiri meja
kerja Aisy. Lelaki itu masih tidak mengangkat wajahnya, dia tekun memandang
kertas dihadapannya.
“Doktor Rayyan panggil
saya, ada apa?.” Lembut suaranya bertanya dalam nada yang begitu fomal.
“Awak tahu tak
kesalahan apa yang awak dah buat hari ni?.” Tanya Aisy, Iman menggeleng. Dia
sudah bersiap sedia mengatur strategi untuk membalas.
“Entah…saya tak
fikir pulak saya ada buat apa-apa kesalahan hari ni.” Ujarnya selamba sambil
menggigit bibir, berpura-pura berfikir. Aisy meletakkan pen ditangan, dia
mengangkat muka, wajah Iman dipandang tajam.
“Ini apa?.” Tanya Aisy
sambil menunjukkan kearah timbunan kertas bersaiz A4 yang terletak ditepinya.
Iman meletakkan tangannya diatas kertas yang bertimbun,
“Kertas…hai, takkan
doktor Rayyan dah tak kenal kot rupa kertas.” Ujar Iman, Aisy mengecilkan
matanya, tercabar sedikit dengan kata-kata gadis itu.
“Saya suruh awak yang
siapkan kertas kerja ni…bukannya Katrina atau Fazlina.” Ujar Aisy, geram. Iman
menggoyangkan jari telunjuknya.
“Hei…saya tak janji
pun yang saya akan siapkan kertas kerja ni, saya Cuma janji yang kertas kerja
ni akan ada atas meja doktor sebelum doktor balik. Siapa yang siapkan dan siapa
yang hantar, itu tak penting. Yang penting saya dah tunaikan janji saya.” Ujar
Iman. Aisy menghembus nafas,
“Doktor Nur Iman
Qaisara…bila kau ni nak belajar dengar arahan?.” Tanya Aisy, suaranya mula
tenang. Iman kalau diajak bergaduh, natijahnya nanti dia juga yang sakit hati.
“Doktor Aisy Rayyan
Ziqry…bila masanya pulak aku tak mendengar arahan. Kau tu yang bagi arahan tak
jelas. Kau Cuma kata siapkan kertas kerja dan letak atas meja sebelum
balik…tapi kau tak mention pun siapa yang kena siapkan kertas kerja tu. So part
mana yang kau rasa aku tak mendengar arahan aku.” Tanya Iman, Aisy mengeluh,
dahinya ditepuk kuat.
“Apalah yang aku
nak buat dengan kau ni doktor Sara?.” Tanya Aisy, perlahan, berbicara dengan
gadis ini sering membuatkan dia sakit jiwa.
“Tak payah buat
apa-apa…buat bodoh je la.” Ujar Iman dengan muka tak bersalahnya. Aisy mengetap
bibirnya.
“U…just get out,
now.” Halaunya, lagi lama gadis itu berada didalam biliknya, lagi gila dia
dibuatnya. Jadi cara terbaik adalah dengan membuatkan gadis itu hilang
serta-merta. Iman mengangguk, dia pun tak sudi nak duduk lama-lama mengadap
muka lelaki itu.
“Ok..” Ujarnya
sepatah sebelum keluar tanpa menoleh lagi. Aisy mengurut dadanya kuat, jangan
kata nak minta maaf, ucap terima kasih pun tak.
“Lama-lama aku
bunuh jugak budak ni.” Bisiknya geram. Dia kembali menyambung kerjanya yang
tertangguh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan