Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Rabu, 11 Mac 2015

Tawanan Cinta 11



BAB 11


            Sesudu demi sesudu nasi lemak disumbat masuk kedalam mulutnya, sedap tapi masih tak boleh menandingi keenakan nasi lemak kerang mak Lijah, entah jampi apa yang diletak dalam nasi lemak itu agaknya.
 Iman mengunyah perlahan-lahan, menikmati hidangan sarapan paginya dengan penuh nikmat. Amanda sekadar menggelengkan kepalanya, sikap Iman adakalanya membuatkan dia pening kepala.
            “Nampak happy je…kenapa?.” Tanya Amanda, Iman tersenyum.
            “Sebab aku tak nampak lagi muka jerangkung tu pagi ni….sebab tu la aku happy.” Ujar Iman, milo ais disedut sedikit. Seminggu selepas kejadian yang menyayat hati, dia dan Aisy masih belum berkesempatan untuk bertemu muka jadi hari-hari berlalu dalam suasana yang aman. Wajah Amanda kelat,
            “Bala tu mungkin tak muncul lagi…tapi bala lain dah datang.” Ujarnya, dahi Iman berkerut,
            “Bala mana lagi?.” Tanyanya, pelik. Amanda memuncungkan wajahnya kesatu arah, pantas Iman menoleh, dia mengeluh.
            “Yang ni bukan bala…dah masuk kategori malapetaka.” Ujar Iman, mencemik. Amanda ketawa, matanya dilirik kearah Karina yang berjalan melenggang-lengggok, tak ubah seperti  sotong kurita sedang melakukan cat walk..
            “Hai girls…” Sapanya, Iman mengangkat muka.
            “Waalaikummussalam…” Jawab Iman tanpa senyuman, Karina dan Fazlina malu sendiri, kerusi ditarik sebelum mereka duduk.
            “Kitaorang dengar kau kena posting kat bilik mayat…betul ke?.” Tanya Karina, Iman mengangguk, cepat betul berita tersebar, macam majalah gossip pulak larisnya.
            “Kasihan kau ni kan, ambil bidang lain tapi kena posting kat bahagian lain.” Ejek Karina, Iman tersenyum.
           

“Bagus juga kalau aku posting kat situ…sekurang-kurangnya tak payah nak tengok muka orang-orang yang aku tak berkenan. Lagipun mereka tu semua pendengar yang baik tau, senang aku nak mengumpat…tak ada yang nak bocorkan rahsia.” Ujar Iman, Amanda mengetap bibirnya menahan ketawa.
            “Kau tak takut ke?.” Tanya Fazlina, Iman menggeleng.
            “Takut pebendanya…tak ada apalah.” Ujar Iman, iyalah tu..tak takut, hari-hari pasang orang mengaji tu apa, ejek hatinya.
            “Kalau kau nak tahu…hari-hari aku dengan mereka main teng-teng, sorok-sorok dan kadang-kadang sempat lagi kitaorang main dam aji. Kau tahulah, aku ni bukannya doktor Forensik nak bedah-bedah mayat ke apa, jadi untuk isi masa lapang, kitaorang main jelah permainan rakyat.” Ujar Iman, selamba. Karina mendengus, geram mendengar lawak bodoh Iman.
            “Korang berdua ni tak ada kerja nak buat ke…senang-lenang aku tengok, berjalan kesana-kemari.” Tanya Amanda.
            “Cakap tu baik-baik sikit yek, kitaorang bukannya duduk goyang kaki…ada kerja.” Ujar Karina, Amanda memandang Iman, serentak mereka berdua mengangguk, mengiakan kata-kata Karina yang Nampak sangat  menipu.
            “Eh…korang tahu tak kitaorang berdua duduk bawah siapa?.” Tanya Fazlina, Iman menggeleng.
            “Kau tak cakap…mana kitaorang nak tahu.” Balas Iman selamba, Fazlina memuncungkan bibirnya, sebijik macam Donald Duck.
            “Kitaorang duduk bawah Doktor Rayyan…doktor yang hensome tu, korang mesti kenal kan.” Ujar Fazlina bangga, Iman ketawa kecil.
            “Itupun nak bangga…aku yang dia request duduk bawah dia ni pun tak teruja macam tu.” Ujar Iman, Fazlina dan Karina melopong.
            “Kau pun duduk bawah dia ke?.” Tanya Fazlina. Iman mengganguk.
            “Tapi kalau boleh tukar, aku rela tak duduk bawah dia…menyusahkan. Aku lebih rela join Amanda duduk bawah Dr. Shafikah tau.” Ujar Iman, Karina dan Fazlina terdiam.
            “Elok la tu…kurang sorang pesaing utama aku.” Ujar Karina. Iman tersenyum sinis.
            “Cik kak…kalau kau nak sangat kat Doktor Rayyan tu, kau ambil la..aku memang tak kisah pun tapi itupun kalau dia sudi pilih kaulah.” Ujar Iman, selamba, Amanda menggigit bibirnya, sungguh dia tidak tahan hendak ketawa tapi mengenangkan yang mereka masih ditempat awam, terpaksalah dia bersabar seketika.
            “Wei Karina….kau datang bulan yek?.” Tanya Iman tiba-tiba. Karina terkejut,
            “Mana kau tahu?.” Tanyanya, Iman tersenyum.
            “Patutlah kawan aku ni sejak tadi duk bertempel dengan kau, rupanya sebab kau tengah ‘manis’.” Ujar Iman, wajahnya tenang.
            “Kawan?? Kawan kau yang mana?.” Tanya Karina, hairan. Dia tak Nampak kawan Iman yang lain selain Amanda disitu.
            “Kawan aku yang sama-sama duk kat bilik mayat tu la, dia kata dia suka kau sebab kau ‘manis’ sangat.” Ujar Iman, dijilat bibirnya, Karina pantas bangun, berlalu meninggalkan Iman tanpa berbicara, Fazlina turut sama berbuat demikian. Iman tersenyum, milo ais didalam gelas disedut sehingga habis, puas hatinya.
            Amanda mendekatkan dirinya dengan Iman, kolar baju gadis itu ditarik perlahan, dia berbisik.
            “Wei…serius ke apa yang kau cakap tadi?.” Tanya Amanda, Iman ketawa kecil.
            “Aku main-main je lah. Kau ingat aku nak ke duduk kat sini kalau benda tu betul…dah sah-sah la aku cabut lari dulu.” Ujar Iman, selamba.
            “Habis tu macam mana kau tahu yang dia tengah datang bulan?.” Tanya Amanda, curiga.
            “Aku teka je, tak sangka pulak betul.” Ujar Iman, dia ketawa.
            “Lagipun kau tahu kan aku dengan dia tak ngam, jadi cara terbaik untuk hambat dia pergi…terpaksalah aku bohong sunat, demi kebaikan kita bersama.” Ujarnya, Amanda mengangguk, diapun sebenarnya rimas dengan kehadiran gadis itu, tak habis-habis dengan sikap gedik gatalnya itu, tak pernah berubah.
            “Jom lah…nanti kalau si jerangkung tu datang buat spot check, naya aku.” Ujar Iman, dia bangun. Amanda mengangguk, dia bangun dan berjalan beriringan dengan Iman keluar dari kafetaria.
            “Takut jugak kau dekat dia rupanya.” Iman menjuih bibir.
            “Bukan takut la…ini sikap berwaspada, selagi boleh dielak…haruslah aku elak dari terjadi..bak kata orang tua-tua, cegah sebelum parah.” Amanda menjuih bibir, cegah sebelum parah konon, selalunya dah sampai tahap kritikal baru nak cegah.
           



            Iman asyik menulis sesuatu, langsung dia tidak sedar ada yang sedang memerhatikannya. Pantas wajahnya diangkat, bila ekor matanya seakan-akan dapat menangkap kelibat seseorang, namun tiada siapa disitu bersamanya. Kepalanya digaru perlahan,
            “Ada sesiapa ke kat sini? Faizal?Razali?.” Panggil Iman kuat namun tiada yang menyahut. Dia mengangkat bahu sebelum kembali menyambung kerjanya. Lehernya digosok perlahan, tiba-tiba rasa seram semacam je, dia menelan air liur sambil mulutnya terkumit-kumit membaca Al- fatihah.
            Headphone ditanggalkan dari telinga, pen ditangan diletakkan ketepi. Telinganya dapat menangkap bunyi sesuatu datang dari belakang. Air liur ditelan, dia bangun perlahan-lahan, melangkah kearah peti simpanan mayat.
             “Assalamualaikum…tak jawab berdosa. Ada siapa-siapa ke kat sini, jangan  main-main…keluar la.” Ujar Iman, suaranya terketar-ketar. Baru sahaja dia hendak melangkah mendekati peti simpanan mayat, tiba-tiba pintunya terbuka, Iman tersentak dan serentak dengan itu mayat yang berada didalamnya tertolak keluar.
            “Makkkkk…” Jerit Iman kuat bila kain yang menutupi  mayat terbang dan jatuh dikakinya. Tambah menakutkannya, bila mayat yang sedang terbaring itu bangun. Serius macam hantu dalam cerita Zombi Kampung Pisang.
            “Hantuuuuuu….” Jerit Iman, matanya dipejam rapat, kakinya sudah terpaku dilantai, langsung tak boleh bergerak, sangkanya itu adalah hari terakhirnya. Suara orang ketawa membuatkan Iman membuka matanya serta-merta.
            “Cakap berani sangat…apasal menjerit.” Tegur Aisy, Iman  mengurut dadanya perlahan, cuba menyabarkan hatinya yang panas membara.
            “Kau ni dah tak ada kerja lain ke nak buat ha?.” Marah Iman, dada lelaki itu ditumbuk kuat.
            “Ada…” Balas Aisy sepatah, Iman mengecilkan matanya, kenapalah lelaki ini tak pernah nak berubah.
            “Habis tu buat apa datang menyemak kat sini?.” Tanya Iman, Aisy tersenyum.
            “Saja…” Ujarnya selamba, Iman beristifar dalam dihati, nak saja dia cekik lelaki ni sampai tak bernyawa.
            “Lain kali kalau tak nak perkara macam ni berlaku lagi, buat kerja elok-elok…jangan nak memonteng.” Ujar Aisy, memberi peringatan.
            “Eh...hello, aku tak ponteng kerja ok.” Ujar Iman, bengang bila dituduh demikian.
            “Habis tu buat apa kat kafetaria lama-lama?.” Tanya Aisy.
            “Nama pun kafetaria…mestilah nak makan, lagi mau Tanya ke.” Ujar Iman, sakit hati.
            “Orang lain pun makan juga..tapi tak lama macam awak tu Dr. Nur Iman Qaisara oi.” Ujar Aisy, kepala Iman ditolak lembut.
            “Itulah bezanya aku dengan orang lain…aku makan secara tertib…diaorang gelojoh.” Balas Iman, tak mahu mengalah.
            “Daripada kau duk sibuk pasal aku…baik kau jaga anak buah kau yang dua orang tu…sibuk nak jaga tepi kain orang je.” Ujar Iman, dia mencemik.
            “Itu urusan aku, kau tak payah nak sibuk…buat kerja kau tu baik-baik.” Ujar Aisy lagi, dia terus melangkah keluar meninggalkan Iman.
            “Eeee…kalau aku tahu dia yang duduk dalam peti tu tadi, dah lama aku kunci rapat biar lemas.” Bebel Iman, punggungnya dihenyak diatas kerusi. Suhu aircond yang mencecah -100° pun belum tentu dapat menyejukkan hatinya yang sedang terbakar.
            “Memang la tak dapat sejukkan hati yang terbakar, tapi boleh buat kau mati beku, sengal.” Cemuh hatinya, Iman memasang kembali headphonenya ditelinga, layan Shinhwa lagi baik.




            Aisy ketawa sendiri, mengingatkan gelagat Iman tadi cukup membuatkan hatinya digeletak. Wajah Iman yang pucat tak berdarah dan jeritannya yang mengalahkan Puntianak Harum Sundal Malam cukup menghiburkannya.
            “Ha..nak berlagak sangat dengan aku, kan dah kena. Dulu bukan main lagi, cakap semua hantu geng dia, ini baru kena sakat sikit…dah mengelabah tahap dewa.” Bisiknya sendiri, dia tersenyum.
Teringat dia tentang peristiwa sebelum ramadhan dulu, gara-gara gadis itu....dia terkena demam panas akibat tersampuk dek hantu pocong yang tiba-tiba melintas dihadapannya. Langsung dia tak terfikir, yang hantu pocong tu sebenarnya Iman.
“Nampak sangat aku memang bodoh masa tu, macam mana aku boleh tak perasan yang hantu tu sebenarnya tengah berlari, bukannya terbang.” Bisik Aisy perlahan, kepalanya digeleng beberapa kali, lucu betul. Eh! Sejak bila pulak hantu pocong boleh terbang.
            “Doktor…Doktor Rayyan.” Panggil Karina, dia berlari anak mendekati lelaki itu.
            “Yes…Dr. Karina, ada apa?.” Tanya Aisy, wajahnya kembali serius.
            “Doktor dah makan?.” Tanya Karina, lembut.
            “Kalau belum kenapa…awak nak belanja saya?.” Tanya Aisy, Karina tersenyum.
            “Kalau doktor sudi apa salahnya.” Ujarnya, tersipu-sipu.
            “Thanks but no thank…saya dah makan tadi.” Ujar Aisy, menolak lembut.
            “Bila?? Saya tak Nampak pun doktor kat kafe tadi.” Tanya Karina, musykil.
            “Saya tak makan kat kafe.” Ujar Aisy, Karina mengangkat keningnya.
            “Habis tu…doktor makan kat mana?.” Tanya Karina, ingin tahu.
            “Kat bilik mayat.” Ujar Aisy selamba.
            “Bilik mayat?? Takkanlah doktor makan dengan…” Belum sempat dia menghabiskan bicara, Aisy sudah mengangguk.
            “Doktor Sara temankan saya makan. Oklah, minta diri dulu.” Ujar Aisy, mendiamkan gadis itu. Karina melopong, tak percaya mendengar kata-kata yang terbit dari mulut lelaki itu.


            “Oh ya…Dr. Karina, jangan lupa siapkan laporan yang saya bagi. Pastikan semua ada atas meja saya sebelum awak balik.” Ujar Aisy, sempat lagi dia memberi arahan. Karina menghentak kakinya, dia benar-benar tidak berpuas hati. Pantas kakinya melangkah menuju ke bangunan tempat Iman bertugas.




Bunyi pintu ditolak kasar mengejutkan Iman, dia mendengus bila melihat wajah Karina dimuka pintu. Wajah gadis itu kelihatan merah menyala, jelas menunjukkan yang dia sedang marah.
“Kau ni apahal, tak reti nak bagi salam ke…main terjah ikut suka hati kau je.” Marah Iman.
“Baik kau bagitau aku Sara..” Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Iman pantas memintas.
“Bagitau apa?.” Tanya Iman, tak puas hati.
“Betul kau makan dengan Doktor Rayyan tadi?.” Tanya Karina, Iman menjuih bibirnya.
“Siapa yang cakap?.” Tanya Iman, pelik.
“Doktor Rayyan la, dia bagitau aku tadi.” Ujar Karina, tubuhnya dipeluk. Iman mengeluh.
“Si jerangkung ni kan…memang suka cari pasal dengan aku, saja je nak buat aku dengan minah ni berperang.” Bisik hatinya, tapi bila difikirkan kembali..ada eloknya juga kalau dia mengaku, boleh juga dia tengok reaksi minah gedik ni.
“Kalau dia sendiri yang cakap, betul la..” Ujar Iman
“Kau jangan nak mainkan aku Sara.” Ujar  Karina, cemas. Iman menghela nafas.
“Buat apa la aku nak tipu kau…lagipun tuan badan sendiri yang mengaku kan.” Ujar Iman, dia menyambung kembali tugasannya, malas hendak melayan kerenah gadis itu.

“Daripada kau duk sibuk jaga tepi kain orang…baiklah kau pergi siapkan kerja kau yang tak sudah tu. Nanti kalau mentor kesayangan kau tu bising, dia tukar kau kat sini…baru padan muka kau.” Ujar Iman, menghalau dengan cara berhemah. Karina mendengus.
“Sebelum aku terlupa, kawan baik aku kirim salam…dia ajak kau dating malam ni. Dia kata dia tunggu kau kat belakang bilik mayat ni.” Ujar Iman, wajah Karina tidak dipandang. Baik menatap buku dihadapannya dari tengok muka minah gedik ni.
“Huih..marah.” Bisiknya bila terdengar pintu dihempas kuat. Iman tersenyum sendiri, siapa suruh cari pasal dengan dia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan