BAB 15
Hampir tersembur
air yang diminumnya, Yuli terbatuk-batuk mendengar permintaan Puan Sabariah,
dia disuruh memasak, biar betul. Pandangan dialihkan pada Aisy yang duduk
disebelahnya, lelaki itu hanya mampu mengangguk.
“Kenapa Yuli…tak
boleh ke?.” Tanya Puan Sabariah bila melihat wajah gadis itu berubah, Yuli
pantas menggeleng.
“Boleh nek…nenek
nak makan apa cakap je, Yuli masakkan.” Ujar Yuli, tersenyum paksa. Puan
Sabariah mengangguk dan tersenyum, pandangan matanya dialih pada Datin Munirah,
wanita itu turut sama tersenyum.
“Kamu masak sajalah
apa yang boleh, bahan-bahan semua dah ada kat dapur.” Ujar Puan Sabariah, Yuli
menelan air liur…habislah dia.
“Mak Yam…tunjukkan
dia mana dapur.” Arah Puan Sabariah, Mak Yam mengangguk lalu mengajak gadis itu
mengikutinya. Yuli bangun perlahan-lahan, Aisy mengeluh, simpati.
“Kalau nak jadi
menantu keluarga ni, kenalah pandai masak. Kamu pun tahu kan Aisy, kita jarang
makan kat luar.” Ujar Puan Sabariah, Aisy mengangguk. Kalau dia tahu ini
rancangan neneknya, mati hidup semula dia takkan bawa Yuli datang.
“I’m sorry Yuli…I
tak tahu nenek I akan suruh u masak.” Gumam hatinya.
“Ha..ambik kau, nak
buat surprise konon, last-last kau dengan dia yang tersurprise.” Bisik Iman
ditelinga Aisy, pantas lelaki itu menyiku lengan Iman, marah bila disindir
begitu.
“Kalau aku tahu…aku
tak bawa dia datang la.” Ujar Aisy, perlahan, Iman tersenyum, habis la kau
guli…kena gulai hari ni, bisik hatinya ketawa.
“Dah lambattt….”
Ujarnya, sengaja mahu menyakitkan hati lelaki itu, suka benar dia bila melihat
lelaki itu mula gelabah macam cipan tercekik epal.
“Shut up…”
Bisiknya, marah. Iman ketawa kecil, suka hati.
“Moh la kita naik
dulu, berehat. Nanti dah siap panggil kami ya Yam.” Ujar Puan Sabariah, mak Yam
mengangguk. Puan Sabariah bangun berlalu sambil diekori Datin Munirah dan Datuk
Adham.
“Sayang…jom teman
abang keluar kejap, pergi kedai depan.” Ajak Amirul, Ilyana mengangguk, mereka turut
berlalu keluar meninggalkan Iman dan Aisy sendiri.
“Wei…girlfriend kau tu sebenarnya tahu masak ke tak?.”
Tanya Iman, Aisy mengangguk.
“Tahulah…apa, kau
ingat dia tak reti masak.” Tanya Aisy, Iman mengeluh.
“Tapi tengok dari
gayanya macam tak pernah masuk dapur je.” Ujar Iman, Aisy membulatkan matanya.
“She know how to
cook ok..” Ujar Aisy, mempertahankan Yuli walaupun hakikatnya dia tahu yang
gadis itu tak pernah memegang senduk dan sudip seumur hidupnya.
“Iya lah
tu…tah-tah, masak air pun pakai resepi.” Ujar Iman, bibirnya dijuih.
“Just wait and see.”
Ujar Aisy, tubuhnya dipeluk, Iman mengangguk,
“Ok…kita tengok…aku
pun dah tak sabar nak makan masakan buah hati kau tu, sedap ke tak.” Ujar Iman,
Aisy mengetap bibir, makin risau dibuatnya, janganlah sampai dapur terbakar,
masak dia nanti.
Yuli memandang ikan
dan ayam yang terlambak didalam singki, itu belum masuk lagi makanan laut yang
masih berbungkus dalam plastik, kepalanya digaru. Seumur hidupnya dia tidak
pernah menyentuh semua itu. Sarapan pagi, makan tengahhari dan malamnya,
disediakan oleh pembantu rumah, dia hanya duduk menunggu semua itu dihidangkan
dihadapannya.
“Nak buat macam
mana ni?.” Bisiknya perlahan, kepalanya digaru. Mak Yam tersenyum, habislah
kau, punahlah harapan nak jadi menantu keluarga ni, bisiknya.
“Bahan-bahan semua
ada kat situ, periuk dan kuali ada dalam kabinet bawah.” Ujar Mak Yam, jarinya
menunjuk ke setiap arah. Yuli sekadar mengangguk dan tersenyum hambar.
“Cik Yuli masak la
ya, mak Yam nak kebelakang…ada kerja nak buat.” Ujar Mak Yam sebelum
meninggalkan Yuli sendiri.
“Gosh…what should I
do?.” Ujarnya perlahan, kedua-dua kakinya dihentak, ikan didalam singki dicucuk
dengan pisau, nak pegang pun dia dah geli…inikan pulak nak menyiangnya.
“Kalau asyik duk
cucuk-cucuk je ikan tu, bilanya kau nak siap masak?.” Tegur Iman, Yuli
berpaling, Iman yang sedang berdiri dimuka pintu dijelingnya.
“Jangan nak
sibuklah.” Marahnya. Iman mengecilkan matanya. Orang nak tolong, jual mahal
pulak.
“Kau reti masak ke
tak?.” Tanya Iman, lebih kuat, dia melangkah menghampiri gadis itu. Yuli diam,
takkan dia nak mengaku, jatuhlah air mukanya.
“Aku Tanya ni…kau
reti masak ke tak?.” Ujar Iman, geram. Sekali tengking maunya terkencing. Perlahan-lahan
Yuli menggeleng, akhirnya.
“Kan senang kalau
mengaku dari tadi, tak adalah kau duduk buang masa kat sini…dah tepi biar aku yang
buat.” Ujar Iman, dihalaunya gadis itu ketepi. Kasihan pula melihat gadis itu
terkial-kial sendiri, nasib baik dia tergerak hati nak melihat keadaan gadis
itu.
“Kau nak buat apa
tu Iman?.” Tanya Aisy, curiga. Pantas kakinya menghampiri gadis itu, bimbang
Yuli dicederakannya. Iman menyising lengan bajunya.
“Kalau tunggu bakal
bini kau ni, alamatnya kebulurlah semua orang.” Ujar Iman, ligat tangannya
menyiang ikan.
“Kau tahu buat
ke?.” Tanya Aisy curiga, tak pernah-pernah dia melihat Iman memasak ketika
gadis itu tinggal disini.
“See the leg la….aku
berguru dengan mem besar berapa lama, setakat nak siang ikan….apalah sangat,
macam kupas kulit kacang je.” Ujarnya, dalam dia asyik membebel, seekor demi
seekor ikan siap dibersihkannya.
“Nak pegang ikan
pun geli, macam manalah nak jadi bini orang….kau ni memang ada gaya nak kena
reject awal rasanya.” Bebel Iman, perlahan namun jelas dipendengaran Yuli, dia
mengetap bibir.
“Kalau ya pun kau
terror, tak payah la nak berlagak.” Ujar Aisy, Iman mencemik, Cemburu la tu.
Tubuhnya dipusing mengadap pasangan merpati dua joli, dia mengangkat kening,
“Bila pulak aku
berlagak, dah memang kenyataan pun yang aku ni pandai memasak…so tak payah la
nak dengki.” Aisy menjeling, takbur betul.
“Boleh tak kalau
korang berdua keluar, tak payah nak menyemak kat dapur ni…serabut tau tak.”
Ujar Iman, Aisy mengeluh.
“Habis tu nanti
kalau orang tahu macam mana?.” Tanya Aisy.
“Siapa nak bagitau,
kau?.” Tanya Iman, Aisy cepat-cepat menggeleng.
“Dah tu nak takut
buat apa.” Ujarnya, Aisy mengeluh.
“Manalah tahu….”
Ujarnya, Iman ketawa kecil.
“Kita bertiga je
yang ada kat dapur ni…kalau rahsia ni bocor, samaada kau atau aku je yang buka
mulut…simple.” Ujar Iman, Aisy mengangguk setuju.
“Kiranya kau
bereskan semua nilah.” Ujar Aisy, Iman membulatkan matanya, lebih-lebih pulak.
“Aku tolong masak
je, lain-lain bakal bini kau ni uruskanlah sendiri. Kalau semuanya aku yang
buat, baik kau tak payah selitkan dia dalam rancangan kau. Dah pergi keluar.”
Halau Iman, Aisy menarik tangan Yuli, perlahan-lahan mereka menyelinap keluar
dari dapur menuju ke halaman depan dan tanpa mereka sedari ada mata yang
mengintip.
Bulat mata semua
memandang hidangan diatas meja, udang goreng mentega, sotong goreng kunyit,
ketam masak merah, tomyam campur dan ikan cencaru sumbat memenuhi ruang. Yuli
tersenyum bila Aisy memandangnya dan menunjukkan isyarat bagus. Iman mencemik,
inilah yang dikatakan lembu punya susu…sapi yang dapat nama.
“Penat aku masak,
jangan kata nak puji…terima kasih pun tak. Kalau aku tahu, baik aku biarkan
saja tadi, biar kena reject dari senarai…blacklist terus.” Bisik hati kecil
Iman, sedikit kecewa.
“Jemput makan
semua.” Pelawa Yuli seraya mencedok nasi kedalam setiap pinggan yang ada.
“Sedap baunya…rasa
pun mesti sedap kan.” Ujar Datuk Adham, Yuli ketawa kecil.
“Tak adalah uncle,
Yuli masak biasa je.” Ujar Yuli, bangga bila dipuji. Puan Sabariah mencedok
beberapa ekor udang kedalam pinggangnya sebelum menyuapkan kemulut.
Perlahan-lahan dia mengunyah, sebelum berhenti seketika. Pandangan matanya
dilabuhkan kearah Iman.
“Alamak..mem besar
aku ni, semacam je dia pandang…takkan dia tahu kot.” Bisik hatinya, gelisah,
pantas dia tunduk.
“Sikit je makan Dr.
Sara…tak sedap ke?.” Tanya Yuli lembut, Iman tersenyum sinis.
“Takkan la tak
sedap…aku yang masak kan.” Hatinya berbisik.
“Sedap…Cuma saya je
yang tak ada selera, sakit tekak…jadi tak boleh la nak makan makanan yang
berminyak sangat.” Ujar Iman, kembali menyambung suapannya. Langsung dia tidak
sedar ada mata sedang memandangnya.
“Sakit tekak tu
jangan dibiarkan, nanti makin melarat.” Tegur Datuk Adham, Iman mengangguk,
bukan sebab tak ada selera tapi sebab menyampah bila tengok gelagat Aisy dan
Yuli yang macam belangkas.
Kepalanya kembali tunduk
bila matanya bertentang dengan mata mem besar, isyarat mata yang diberikan
wanita itu sudah cukup untuk membuatkan Iman dapat meneka apa yang tersirat di
hati wanita itu. Dia menelan air liur, tahu nyawanya dalam bahaya, rancangannya
bakal dibongkarkan bila-bila masa.
“Kenapa Iman?.”
Tanya Datin Munirah bimbang bila melihat gadis itu seakan-akan resah, Iman
tersenyum.
“Tak ada apa lah
mama, anak tekak ni rasa perit pulak, pedih.” Ujar Iman, memberi alasan.
“Yam…aiskrim
vanilla ada lagi?.” Tanya Puan Sabariah, mak Yam menggeleng.
“Dah habis la
puan…saya lupa nak suruh si Rahmat beli.” Ujar mak Yam, rasa bersalah pula.
“Tak apalah…nanti
Iman pergi beli sendiri.” Ujar Iman, kepalanya masih tidak diangkat, takut
benar dia dengan mem besarnya.
“Nek…macam mana,
sedap tak?.” Tanya Yuli, cuba mengambil hati. Puan Sabariah tersenyum.
“Sedap…sama macam
Iman masak, cukup lengkap perencahnya.” Ujar Puan Sabariah, Aisy dan Yuli
tersentak sedangkan Iman hampir tercekik mendengarnya.
“Dia memang dah
tahu…matilah aku, tamatlah riwayat aku hari ni.” Kepalanya digelengkan
perlahan, rasa nak menangis pula. Segala urat dalam perutnya mula terputus satu
persatu dan otaknya sudah mula merangka surat wasiat.
Cepat-cepat Aisy mengalihkan tajuk perbualan sebaik
sahaja melihat wajah Iman pucat, takut benar rancangan mereka terbongkar.
“Esok Aisy
cuti…kita keluar shopping jom nek.” Ajak Aisy, Puan Sabariah tersenyum.
“Banyak sangat ke
duit kamu ni nak belanja nenek?.” Tanya Puan Sabariah, bergurau. Aisy ketawa.
“Tak apa…kalau Aisy
tak cukup duit, Aisy mintaklah dengan bank PAMA.” Ujar Aisy, Puan Sabariah
berkerut.
“Bank PAMA?.”
Tanyanya, Aisy mengangguk.
“Bank papa mama.”
Ujarnya merujuk pada Datuk Adham dan Datin Munirah membuatkan mereka berdua
ketawa.
“Ajak nenek je ke?
I ni?.” Tanya Yuli, buat-buat merajuk. Aisy ketawa.
“Mestilah u ikut.”
Ujarnya membuatkan senyuman Yuli melebar.
“Iman ikut nenek
ya.” Ajak Puan Sabariah. Aisy dan Yuli saling berpandangan.
“Tak apalah
nek…Iman mana ada duit nak belanja nenek, Iman tak kaya macam orang tu.”
Ujarnya ekor matanya dihala kearah Aisy yang duduk dihadapannya.
“Ala merajuk pulak
dia, kalau Iman tak ada duit tak apa, nenek ada.” Ujar Puan Sabariah, Iman
ketawa.
“Lain kali la
nek….Iman ada date la.” Ujar Iman mengejutkan semua, lebih-lebih lagi Aisy,
bulat matanya merenung Iman.
“Date???.” Jerit
Datin Munirah halus, Iman mengangguk. Ilyana menggeleng, budak bertuah ni, saja
nak bikin kontroversi.
“Dia nak tengok Shinhwa Broadcast…entah berapa kali dia
nak ulang rancangan yang sama pun Yana tak tahu.” Ujar Ilyana, menjernihkan
suasana. Dia sememangnya sedia maklum dengan rutin harian Iman, rancangan
Shinhwa Broadcast dan Running Man memang
tak pernah terkeluar dari senarai hidupnya. Itu tak termasuk lagi bab-bab
drama, tak puas menonton dikaca tv, dia bantai download di internet, tak cukup
lagi, DVD pula menjadi sasaran.
“Eleh…jelous la
tu.” Ujar Iman membuatkan Ilyana ketawa kecil. Iman menggelengkan kepala, tak faham dia
dengan semua orang, cemburu sangat dengan Shinhwa Oppa dia tu.
“Mama teringin
jugak nak tengok hensome mana dia tu, boleh kalahkan Aisy mama ke tak.” Ujar
Datin Munirah. Iman ketawa,
“Betul ni nak
tengok, jangan menyesal.” Ujar Iman, Datin Munirah menggeleng. Pantas tangannya
mengeluarkan handphone yang diselit dalam poket seluarnya.
“Tada…hensome
kan?.” Tanya Iman, gambar Junjin yang dijadikan wallpaper ditunjukkan pada
Datin Munirah.
“Amboi…hensomenya
‘bakal menantu’ mama…habis la Aisy, kalah kamu macam ni.” Ujar Datin Munirah,
cuba mengusik.
“Lepas ni…kita
semua pakat cakap bahasa korea lah. Al maklumlah, bakal suami Iman ni tak
pandai bahasa melayu…bahasa English pun tak fasih.” Ujar Iman, menambahkan
ceria di meja makan. Ilyana menggeleng, tak habis-habis lagi berangan.
“Ala…kejap je, temankan
nenek. Cerita tu, bila-bila pun Iman boleh tengok kan.” Pujuk Puan Sabariah.
“Tak boleh la
nek…nanti merajuk pulak Junjin Iman kalau Iman tak tengok dia dengan Eric,
Andy, Hye syung, Minwoo dan Dongwan beraksi, kecil hati diaorang nanti.” Ujar
Iman, sedaya-upaya cuba mengelak.
“Eeee…nak aku
keluar dengan si jerangkung dan makcik sengal ni, tolong la, tak hingin
langsung…duk rumah layan Shinhwa Broadcast lagi baik.” Bisik hatinya, wajahnya
dimaniskan.
“Tak apalah kalau
Iman dah cakap macam tu, nenek tak boleh nak paksa. Iyalah…orang tua macam
nenek ni siapa la larat nak layan.” Ujar Puan Sabariah, sedih benar bunyinya.
Iman mengeluh, kepalanya digaru.
“Alo mem besar ni,
start la tu nak buat drama air mata, lemah betul aku.” Gumam hatinya.
“Oklah…Iman ikut
tapi nenek kena janji, belikan Iman novel baru…tak mau sebuah.” Ujar Iman,
bersetuju akhirnya. Puan Sabariah mengangguk, gembira tapi bagi Aisy dan Yuli,
kehadiran Iman bakal merosakkan mood mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan