Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Khamis, 12 Mac 2015

Tawanan Cinta 12




BAB 12
                                                                               

Iman gelisah sendiri, meskipun jam sudah menunjukkan hampir pukul 3.30 pagi tapi matanya masih belum mahu tertutup. Dia bangun, bersandar dikepala katil sambil merenung gambar Junjin diskrin handphone, satu-satunya buah hati yang dia sayang, ah poyo jer...macamlah Junjin tu kenal dia.
            ”Hei Iman...takkan kau nak duduk diam je, jerangkung tu dah kenakan kau kaw-kaw semalam. Kata anak jantan, takkanlah mudah sangat mengaku kalah.” Bisik hatinya, syaitan dah mulalah nak meracun fikiran.
            ”Jangan lah Iman...kalau kau balas, nanti dia pun buat benda yang sama...bilanya krisis korang nak selesai.” Pujuk hatinya dari sisi baik, Iman menggigit bibir,
            ”Tapi kalau kau tak balas, lagi teruk dia kenakan kau nanti...lagi bertambah la sakit hati.” Ujar hatinya yang nakal pulak.
            ”Betul..betul, mana boleh biar dendam aku tak berbalas kan...tak boleh.” Iman mengangguk perlahan, setuju dengan saranan hatinya yang gelap.
            ”Apa aku nak buat yek?.” Tanya hatinya, kepala digaru perlahan, otaknya ligat berfikir mencari idea kreatif yang akan membuatkan lelaki itu berfikir dua kali sebelum mengenakannya lain kali.
            Iman bingkas bangun tiba-tiba, selimut ditolak ketepi. Kakinya melangkah pantas menghampiri meja solek, mencari sesuatu. Habis laci meja diselongkar, namun apa yang dicari masih belum berjumpa.
            ”Mana la aku letak benda ni, time nak guna selalu tak ada...bila tak nak, muncul la pulak dia.” Bebel Iman, masalah betul.
            Ha...jumpa pun kau....mari, kita ada misi yang perlu dijalankan.” Ujarnya gembira bila apa yang dicari, bertemu.
            Hehehe...wait for me ha Aisy.” Gumamnya sambil tersenyum seraya melangkah keluar dari biliknya.
           

Pintu bilik Aisy ditolak perlahan, takut lelaki itu tersedar bila terdengar bunyi pintu dibuka. Perlahan-lahan dia menghampiri musuh ketatnya yang sedang lena beradu, langsung tak sedar yang dia sedang berdiri disitu. Cahaya bulan yang memancar masuk melalui tingkap sedikit sebanyak membantunya menerangi jalan.
             Iman menarik nafas lega, nasib baik lelaki itu tidur dengan berpakaian lengkap, kalau tidak dah tentu-tentu dia dapat lihat tayangan percuma. Wajah Aisy yang tenang dipandang dengan segaris senyuman.
            “Time to work.” Bisiknya perlahan, penutup gincu dibuka, tak sabar rasanya hendak memulakan kerja yang terang-terang nampak tak elok dipandangan mata tapi dia peduli apa, janji hatinya puas dan dendamnya terbalas.




            Iman menahan ketawa, wajah Aisy yang sudah berubah seratus peratus membuatkan dia cukup berpuas hati, cantik dipandangan mata, comfirm ramai yang terpikat.
            “Ini kalau Kak Jas tengok, on the spot datang meminang, dan-dan je nikah kat situ.” Iman ketawa perlahan sambil menekup mulut. Getah pengikat rambut dikeluarkan dari poket seluar, mahu memberikan sentuhan terakhir sebelum pagi menjengah. Selesai menjalankan misi membalas dendam, dia melangkah keluar sebelum lelaki itu terjaga dari tidurnya.
            Aisy membuka matanya perlahan-lahan, entah kenapa dia merasakan ada seseorang yang muncul didalam biliknya sebentar tadi tapi bila dicari, bayangnya menghilang.
            “Rasanya aku ada dengar suara orang ketawa, ah! mungkin aku mimpi agaknya.” Bisiknya perlahan sebelum kembali menyambung tidur.
            Iman ketawa bergolek-golek diatas katil, tak tahan bila mengenangkan wajah lelaki itu dengan penampilan barunya.
            “Menyesal pulak tak bawak handphone sekali tadi, boleh jugak aku ambil gambar sebagai kenangan....hish, rugi-rugi.” Omelnya, kepala diketuk pperlahan, bengap betul.
            Selimut terus ditarik sehingga menutupi sebahagian dari tubuhnya, dia menghela nafas lega, barulah boleh tidur lena. Lampu meja dipadam, dia membaca doa dan tak sampai seminit pun, matanya tertutup tanpa perlu dipaksa.
            Aisy mengangkat wajahnya, pelik melihat ahli keluarganya ketawa dalam senyum. Entah apa yang lucu, dia sendiri tidak tahu, nak kata pakaiaannya koyak, mustahil.
            “Kenapa semua orang ketawa ni, apa yang lucunya?.” Tanya Aisy, wajahnya berkerut. Amirul menggeleng, dia tunduk namun ketawanya masih kedengaran menambahkan lagi rasa curiga Aisy.
            “Kenapa ni...cakaplah, ada yang tak kena ke dengan Aisy hari ini.” Tanya Aisy. Datuk Adham berdehem,
            “Kamu ada daftar masuk kelas lakonan ke?.” Tanya Datuk Adham, dahi Aisy berkerut.
            Kelas lakonan???papa merepek apa ni, kelas lakonan apa?.” Tanya Aisy, semakin tidak faham.
            ”Manalah papa tahu...kot-kot kamu nak tukar kerjaya.” Ujar Datuk Adham lagi, Aisy mengeluh.
            ”Aisy tak minatlah pa, dunia hiburan ni...bukan bidang Aisy.” Ujarnya menyangkal kata-kata papanya itu. Datin Munirah menggeleng,
            ”Memang sah kamu tak tegok cermin pagi tadi kan?.” Tanya Datin Munirah.
            ”Ala..setakat nak gosok gigi...cuci muka, nak tengok cermin buat apa.” Ujarnya sambil ketawa.
            ”Kalau macam tu...baik kamu pergi tengok cermin sekarang, tilik apa yang ada kat muka kamu tu.” Arah Datin Munirah, kening Aisy bertaut, ada tahi mata ke?, bisik hatinya seraya bangun menuju kearah cermin besar yang terpasang pada dinding diruang tamu.
            Sebaik sahaja wajahnya terbias dicermin ruang tamu, Aisy terkejut, mulutnya melopong dan serentak dengan itu deraian ketawa seisi rumah memecah keheningan pagi.
            What the hell happen to me?.” Jeritnya seraya berpaling kearah ahli keluarganya, masing-masing mengangkat bahu. Tumpuan Aisy tertacap pada Iman yang bersikap selamba seolah-olah tiada apa yang lucu untuk diketawakan.
            Kau...ini kerja kau kan.” Tanya Aisy, nafasnya turun naik, menahan marah. Iman mengangkat wajah, berkelip-kelip matanya merenung wajah lelaki itu.
            ”Ya la kot.” Jawabnya selamba, tak ada rasa bersalah langsung. Aisy memegang tengkuk, darahnya terasa tersirap sehingga ke kepala.
            ”Patutlah semalam aku mimpi aku tengah melukis, rupanya memang betul aku tengah melukis.” Ujar Iman, pandangan seluruh ahli keluarganya tertumpu pada dia, bukan saja terkejut malah tak menyangka budak nakal itu berani mengaku.
            Cari pasal betul Iman ni pagi-pagi.  Desis Ilyana, dia hanya mampu menggeleng mengenangkan perangan tak matang adiknya itu.
            ”Iman rasa penyakit Iman ni dah makin teruk la kak. ” Ujar Iman, wajah Ilyana dipandang membuatkan wanita itu kehairanan.
            ”Sakit???Iman sakit apa?.” Tanyanya bimbang.
            Penyakit suka berjalan dalam tidur. Hari tu kan...Iman ada mimpi panjat pokok tapi nasib baik la Iman tak pergi panjat pagar balkoni...kalaulah jatuh, huih...tak sempat nak pergi pinang Junjin.” Ujar Iman, dia kembali menyambung suapannya tanpa menunggu yang lain. Aisy mengecilkan matanya,
            ”Alangkah eloknya kalau kau jatuh je dari balkoni tu, senang hidup aku.” Ujar Aisy sambil  menghela nafas panjang, cuba menyabarkan hati dengan beristifar.
            ”Aisy....apa cakap macam tu, tak baik.” Tegur Datin Munirah, Aisy menghela nafas kasar.
            ”Sorry ma...Aisy tak ada niat pun, tapi sakit hati sangat...budak ni dah melampau betul.” Balas Aisy, Iman dijelingnya tajam.
            ”Eleh...macamlah apa yang dia buat kat aku ari tu tak melampau.” Bisik hati Iman, kisah rambut merahnya masih terpahat kukuh didalam jiwa, gara-gara lelaki itu sabotaj barang mandiannya. Nasib baik dia tak campur dalam krim mandian, kalau tidak bertukar spesis la dia, jadi geng Avatar, si makhluk biru.
            ”Lupa nak cakap...eyeliner tu, waterproof, kesat nanti jangan pakai air yek.” Ujar Iman sebelum bangun meninggalkan meja makan. Dah kenyang, buat apa nak tunggu lagi nanti si hulk mengamuk, susah pulak. Aisy mengetap bibir, Iman dipandang makin kecil, sekecil semut.  Masing-masing tidak berani hendak menegur lagi, melihat pada merahnya muka Aisy, pasti lelaki itu sedang menahan marah yang teramat sangat.
            Ilyana menghulur tisu lalu disambut Aisy dengan wajah masam, lukisan tangan Iman yang melekat dimukanya disental kuat, pedih namun tidaklah sepedih hatinya yang sedang menahan rasa sakit hati.
            Johan melepaskan lelah, sebotol penuh air diteguk habis, sekaligus. Wajah kelat temannya dipandang, lelaki itu kelihatan berbeza hari ini, tak pernah dia melihat sahabatnya itu bermain bersunguh-sungguh sehinggakan dia terpaksa bekerja keras untuk membalas setiap pukulan bola lelaki itu.
            Kau kenapa bersemangat lebih hari ni, selalunya santai je.” Tanya Johan, sesekali bila mereka off day, gelanggang tenis, Kompleks Sukan Negara, Jalan Duta ini pasti menjadi salah satu destinasi pilihan mereka.
            Kau ada nak masuk pertandingan ke?.” Tanya Johan, Aisy menggelengkan kepala.
            ”Saja...nak lepas geram.” Balas Aisy selamba seraya meneguk minumannya. Johan mengangkat kening,
            ”Lepas geram???.” Aisy mengangguk, Johan mengangkat kening, mesti ada kes ni.
            ”Hurm, siapa yang sakitkan hati kau ni?.” Tanya Johan, bahu Aisy ditepuk.
            ”Siapa lagi....budak tiga suku tu la.” Ujar Aisy, sebut nama Iman saja pun dah boleh membuatkan darahnya naik mendadak.
            ”Doktor Sara??dia dah buat apa kat kau?.” Tanya Johan lagi, perasaan ingin tahunya membuak-buak.
            ”Ada ke patut dia melukis kat muka aku, penuh satu muka dengan kesan eyeliner dan lipstick dia, dah la guna waterproff eyeliner, pedih kulit muka aku kena sental untuk hilangkan kesan  lukisan dia tu. Tak cukup dengan muka aku yang diconteng, rambut aku pun ditoncangnya sama, siap letak penyepit bunga-bunga lagi.” Adu Aisy, Johan ketawa kuat membuatkan wajah Aisy masam.
            ”Ini yang aku malas nak cerita ni, jadi bahan ketawa pulak.” Rajuk Aisy, Johan segera mematikan tawanya, belakang badan Aisy digosok lembut, memujuk.
            ”Sorry...sorry...aku tak gelak lagi.” Ujarnya membuatkan Aisy kembali tersenyum walaupun hambar.
            ”Aku tak tahulah Joe, kenapa aku dengan dia tak boleh berbaik. Kitaorang ni pantang sangat berjumpa..mesti nak bergaduh, nak bertegang urat sampaikan aku kadang-kadang dah naik jemu. Sesekali nak jugak duduk berbual macam orang lain tapi masalahnya, pandang je muka dia...baran aku pun menyala, bila tak jumpa, tercari-cari pulak.” Ujar Aisy, dia mengeluh, Johan juga.
            ”Entah la Rayyan...aku sendiri tak faham macam mana hubungan korang ni, unik sangat.” Ujar Johan, dia ketawa kecil, Aisy mengangguk, dia sendiri pun berfikir begitu.
            ”Dah...tak payah fikir, jom sambung main. Aku kena tebus balik kalah aku tadi.” Ajak Johan, bersedia untuk memulakan permainan. Aisy mengangguk, raket tennisnya diambil sebelum melangkah mengekori Johan.




            Amanda tersedak, cepat-cepat Iman menepuk belakang gadis itu. Dia menggelengkan kepala, gelojoh sangat..itulah padahnya. Sudu ditangan diletak, dia berpaling mengadap Iman.
            Kau biar betul Iman, sampai macam tu sekali kau kenakan dia.” Iman mengangguk dan tersenyum. Amanda menggeleng,
            Gila la kau ni.” Iman mengangguk lagi, memang pun.
            Mesti dia marah sangat kan.” Tanya Amanda, Iman mengangguk,
            ”Maunya tak...siap mengamuk lagi, tuduh aku yang buat.” Ujar Iman, Amanda tersengih.
            ”Mestilah kau nafikan...betul tak.” Teka Amanda, Iman menggeleng membuatkan Amanda terkejut.
            ”Aku mengaku je memang aku yang buat.” Amanda menepuk dahi, OMG.
            ”Kau ni memang tempah maut la Iman, dah tau doktor Rayyan tu bermusuh dengan kau, saja nak cari pasal kan.” Ujar Amanda bimbang, Iman mengangkat kening.
            ”Aku nak takut apa, bukan tak biasa pun dengan ugutan dia...dah lali la.” Ujar Iman selamba sambil menyuap aiskrim ke mulutnya, tak ada langsung riak takut terpampar diwajahnya.
            ”Kau nak tahu tak apa yang aku jawab bila dia tuduh aku.” Tanya Iman, Amanda cepat-cepat mengangguk.
            ”Aku bagitau dia yang aku ada penyakit suka berjalan dalam tidur, jadi aku tak sedar la apa yang aku buat pada dia, kononnya lah.” Ujar Iman, dia ketawa kecil bila teringatkan peristiwa itu.
            ”Aku dah boleh bayangkan macam mana muka dia bila bangun tidur, mesti terkejut tahap cipan punya.” Ujar Amanda, Iman mengangguk.
            ”Sempat jugak la yang lain menikmati hasil lukisan aku sebelum dipadamkan.” Ujar Iman, dia dan Amanda sama-sama ketawa, suasana dalam Baskins Robin hanya riuh dengan suara ketawa mereka sehingga mengundang pandangan pelik pelanggan yang lain.

Rabu, 11 Mac 2015

Tawanan Cinta 11



BAB 11


            Sesudu demi sesudu nasi lemak disumbat masuk kedalam mulutnya, sedap tapi masih tak boleh menandingi keenakan nasi lemak kerang mak Lijah, entah jampi apa yang diletak dalam nasi lemak itu agaknya.
 Iman mengunyah perlahan-lahan, menikmati hidangan sarapan paginya dengan penuh nikmat. Amanda sekadar menggelengkan kepalanya, sikap Iman adakalanya membuatkan dia pening kepala.
            “Nampak happy je…kenapa?.” Tanya Amanda, Iman tersenyum.
            “Sebab aku tak nampak lagi muka jerangkung tu pagi ni….sebab tu la aku happy.” Ujar Iman, milo ais disedut sedikit. Seminggu selepas kejadian yang menyayat hati, dia dan Aisy masih belum berkesempatan untuk bertemu muka jadi hari-hari berlalu dalam suasana yang aman. Wajah Amanda kelat,
            “Bala tu mungkin tak muncul lagi…tapi bala lain dah datang.” Ujarnya, dahi Iman berkerut,
            “Bala mana lagi?.” Tanyanya, pelik. Amanda memuncungkan wajahnya kesatu arah, pantas Iman menoleh, dia mengeluh.
            “Yang ni bukan bala…dah masuk kategori malapetaka.” Ujar Iman, mencemik. Amanda ketawa, matanya dilirik kearah Karina yang berjalan melenggang-lengggok, tak ubah seperti  sotong kurita sedang melakukan cat walk..
            “Hai girls…” Sapanya, Iman mengangkat muka.
            “Waalaikummussalam…” Jawab Iman tanpa senyuman, Karina dan Fazlina malu sendiri, kerusi ditarik sebelum mereka duduk.
            “Kitaorang dengar kau kena posting kat bilik mayat…betul ke?.” Tanya Karina, Iman mengangguk, cepat betul berita tersebar, macam majalah gossip pulak larisnya.
            “Kasihan kau ni kan, ambil bidang lain tapi kena posting kat bahagian lain.” Ejek Karina, Iman tersenyum.
           

“Bagus juga kalau aku posting kat situ…sekurang-kurangnya tak payah nak tengok muka orang-orang yang aku tak berkenan. Lagipun mereka tu semua pendengar yang baik tau, senang aku nak mengumpat…tak ada yang nak bocorkan rahsia.” Ujar Iman, Amanda mengetap bibirnya menahan ketawa.
            “Kau tak takut ke?.” Tanya Fazlina, Iman menggeleng.
            “Takut pebendanya…tak ada apalah.” Ujar Iman, iyalah tu..tak takut, hari-hari pasang orang mengaji tu apa, ejek hatinya.
            “Kalau kau nak tahu…hari-hari aku dengan mereka main teng-teng, sorok-sorok dan kadang-kadang sempat lagi kitaorang main dam aji. Kau tahulah, aku ni bukannya doktor Forensik nak bedah-bedah mayat ke apa, jadi untuk isi masa lapang, kitaorang main jelah permainan rakyat.” Ujar Iman, selamba. Karina mendengus, geram mendengar lawak bodoh Iman.
            “Korang berdua ni tak ada kerja nak buat ke…senang-lenang aku tengok, berjalan kesana-kemari.” Tanya Amanda.
            “Cakap tu baik-baik sikit yek, kitaorang bukannya duduk goyang kaki…ada kerja.” Ujar Karina, Amanda memandang Iman, serentak mereka berdua mengangguk, mengiakan kata-kata Karina yang Nampak sangat  menipu.
            “Eh…korang tahu tak kitaorang berdua duduk bawah siapa?.” Tanya Fazlina, Iman menggeleng.
            “Kau tak cakap…mana kitaorang nak tahu.” Balas Iman selamba, Fazlina memuncungkan bibirnya, sebijik macam Donald Duck.
            “Kitaorang duduk bawah Doktor Rayyan…doktor yang hensome tu, korang mesti kenal kan.” Ujar Fazlina bangga, Iman ketawa kecil.
            “Itupun nak bangga…aku yang dia request duduk bawah dia ni pun tak teruja macam tu.” Ujar Iman, Fazlina dan Karina melopong.
            “Kau pun duduk bawah dia ke?.” Tanya Fazlina. Iman mengganguk.
            “Tapi kalau boleh tukar, aku rela tak duduk bawah dia…menyusahkan. Aku lebih rela join Amanda duduk bawah Dr. Shafikah tau.” Ujar Iman, Karina dan Fazlina terdiam.
            “Elok la tu…kurang sorang pesaing utama aku.” Ujar Karina. Iman tersenyum sinis.
            “Cik kak…kalau kau nak sangat kat Doktor Rayyan tu, kau ambil la..aku memang tak kisah pun tapi itupun kalau dia sudi pilih kaulah.” Ujar Iman, selamba, Amanda menggigit bibirnya, sungguh dia tidak tahan hendak ketawa tapi mengenangkan yang mereka masih ditempat awam, terpaksalah dia bersabar seketika.
            “Wei Karina….kau datang bulan yek?.” Tanya Iman tiba-tiba. Karina terkejut,
            “Mana kau tahu?.” Tanyanya, Iman tersenyum.
            “Patutlah kawan aku ni sejak tadi duk bertempel dengan kau, rupanya sebab kau tengah ‘manis’.” Ujar Iman, wajahnya tenang.
            “Kawan?? Kawan kau yang mana?.” Tanya Karina, hairan. Dia tak Nampak kawan Iman yang lain selain Amanda disitu.
            “Kawan aku yang sama-sama duk kat bilik mayat tu la, dia kata dia suka kau sebab kau ‘manis’ sangat.” Ujar Iman, dijilat bibirnya, Karina pantas bangun, berlalu meninggalkan Iman tanpa berbicara, Fazlina turut sama berbuat demikian. Iman tersenyum, milo ais didalam gelas disedut sehingga habis, puas hatinya.
            Amanda mendekatkan dirinya dengan Iman, kolar baju gadis itu ditarik perlahan, dia berbisik.
            “Wei…serius ke apa yang kau cakap tadi?.” Tanya Amanda, Iman ketawa kecil.
            “Aku main-main je lah. Kau ingat aku nak ke duduk kat sini kalau benda tu betul…dah sah-sah la aku cabut lari dulu.” Ujar Iman, selamba.
            “Habis tu macam mana kau tahu yang dia tengah datang bulan?.” Tanya Amanda, curiga.
            “Aku teka je, tak sangka pulak betul.” Ujar Iman, dia ketawa.
            “Lagipun kau tahu kan aku dengan dia tak ngam, jadi cara terbaik untuk hambat dia pergi…terpaksalah aku bohong sunat, demi kebaikan kita bersama.” Ujarnya, Amanda mengangguk, diapun sebenarnya rimas dengan kehadiran gadis itu, tak habis-habis dengan sikap gedik gatalnya itu, tak pernah berubah.
            “Jom lah…nanti kalau si jerangkung tu datang buat spot check, naya aku.” Ujar Iman, dia bangun. Amanda mengangguk, dia bangun dan berjalan beriringan dengan Iman keluar dari kafetaria.
            “Takut jugak kau dekat dia rupanya.” Iman menjuih bibir.
            “Bukan takut la…ini sikap berwaspada, selagi boleh dielak…haruslah aku elak dari terjadi..bak kata orang tua-tua, cegah sebelum parah.” Amanda menjuih bibir, cegah sebelum parah konon, selalunya dah sampai tahap kritikal baru nak cegah.
           



            Iman asyik menulis sesuatu, langsung dia tidak sedar ada yang sedang memerhatikannya. Pantas wajahnya diangkat, bila ekor matanya seakan-akan dapat menangkap kelibat seseorang, namun tiada siapa disitu bersamanya. Kepalanya digaru perlahan,
            “Ada sesiapa ke kat sini? Faizal?Razali?.” Panggil Iman kuat namun tiada yang menyahut. Dia mengangkat bahu sebelum kembali menyambung kerjanya. Lehernya digosok perlahan, tiba-tiba rasa seram semacam je, dia menelan air liur sambil mulutnya terkumit-kumit membaca Al- fatihah.
            Headphone ditanggalkan dari telinga, pen ditangan diletakkan ketepi. Telinganya dapat menangkap bunyi sesuatu datang dari belakang. Air liur ditelan, dia bangun perlahan-lahan, melangkah kearah peti simpanan mayat.
             “Assalamualaikum…tak jawab berdosa. Ada siapa-siapa ke kat sini, jangan  main-main…keluar la.” Ujar Iman, suaranya terketar-ketar. Baru sahaja dia hendak melangkah mendekati peti simpanan mayat, tiba-tiba pintunya terbuka, Iman tersentak dan serentak dengan itu mayat yang berada didalamnya tertolak keluar.
            “Makkkkk…” Jerit Iman kuat bila kain yang menutupi  mayat terbang dan jatuh dikakinya. Tambah menakutkannya, bila mayat yang sedang terbaring itu bangun. Serius macam hantu dalam cerita Zombi Kampung Pisang.
            “Hantuuuuuu….” Jerit Iman, matanya dipejam rapat, kakinya sudah terpaku dilantai, langsung tak boleh bergerak, sangkanya itu adalah hari terakhirnya. Suara orang ketawa membuatkan Iman membuka matanya serta-merta.
            “Cakap berani sangat…apasal menjerit.” Tegur Aisy, Iman  mengurut dadanya perlahan, cuba menyabarkan hatinya yang panas membara.
            “Kau ni dah tak ada kerja lain ke nak buat ha?.” Marah Iman, dada lelaki itu ditumbuk kuat.
            “Ada…” Balas Aisy sepatah, Iman mengecilkan matanya, kenapalah lelaki ini tak pernah nak berubah.
            “Habis tu buat apa datang menyemak kat sini?.” Tanya Iman, Aisy tersenyum.
            “Saja…” Ujarnya selamba, Iman beristifar dalam dihati, nak saja dia cekik lelaki ni sampai tak bernyawa.
            “Lain kali kalau tak nak perkara macam ni berlaku lagi, buat kerja elok-elok…jangan nak memonteng.” Ujar Aisy, memberi peringatan.
            “Eh...hello, aku tak ponteng kerja ok.” Ujar Iman, bengang bila dituduh demikian.
            “Habis tu buat apa kat kafetaria lama-lama?.” Tanya Aisy.
            “Nama pun kafetaria…mestilah nak makan, lagi mau Tanya ke.” Ujar Iman, sakit hati.
            “Orang lain pun makan juga..tapi tak lama macam awak tu Dr. Nur Iman Qaisara oi.” Ujar Aisy, kepala Iman ditolak lembut.
            “Itulah bezanya aku dengan orang lain…aku makan secara tertib…diaorang gelojoh.” Balas Iman, tak mahu mengalah.
            “Daripada kau duk sibuk pasal aku…baik kau jaga anak buah kau yang dua orang tu…sibuk nak jaga tepi kain orang je.” Ujar Iman, dia mencemik.
            “Itu urusan aku, kau tak payah nak sibuk…buat kerja kau tu baik-baik.” Ujar Aisy lagi, dia terus melangkah keluar meninggalkan Iman.
            “Eeee…kalau aku tahu dia yang duduk dalam peti tu tadi, dah lama aku kunci rapat biar lemas.” Bebel Iman, punggungnya dihenyak diatas kerusi. Suhu aircond yang mencecah -100° pun belum tentu dapat menyejukkan hatinya yang sedang terbakar.
            “Memang la tak dapat sejukkan hati yang terbakar, tapi boleh buat kau mati beku, sengal.” Cemuh hatinya, Iman memasang kembali headphonenya ditelinga, layan Shinhwa lagi baik.




            Aisy ketawa sendiri, mengingatkan gelagat Iman tadi cukup membuatkan hatinya digeletak. Wajah Iman yang pucat tak berdarah dan jeritannya yang mengalahkan Puntianak Harum Sundal Malam cukup menghiburkannya.
            “Ha..nak berlagak sangat dengan aku, kan dah kena. Dulu bukan main lagi, cakap semua hantu geng dia, ini baru kena sakat sikit…dah mengelabah tahap dewa.” Bisiknya sendiri, dia tersenyum.
Teringat dia tentang peristiwa sebelum ramadhan dulu, gara-gara gadis itu....dia terkena demam panas akibat tersampuk dek hantu pocong yang tiba-tiba melintas dihadapannya. Langsung dia tak terfikir, yang hantu pocong tu sebenarnya Iman.
“Nampak sangat aku memang bodoh masa tu, macam mana aku boleh tak perasan yang hantu tu sebenarnya tengah berlari, bukannya terbang.” Bisik Aisy perlahan, kepalanya digeleng beberapa kali, lucu betul. Eh! Sejak bila pulak hantu pocong boleh terbang.
            “Doktor…Doktor Rayyan.” Panggil Karina, dia berlari anak mendekati lelaki itu.
            “Yes…Dr. Karina, ada apa?.” Tanya Aisy, wajahnya kembali serius.
            “Doktor dah makan?.” Tanya Karina, lembut.
            “Kalau belum kenapa…awak nak belanja saya?.” Tanya Aisy, Karina tersenyum.
            “Kalau doktor sudi apa salahnya.” Ujarnya, tersipu-sipu.
            “Thanks but no thank…saya dah makan tadi.” Ujar Aisy, menolak lembut.
            “Bila?? Saya tak Nampak pun doktor kat kafe tadi.” Tanya Karina, musykil.
            “Saya tak makan kat kafe.” Ujar Aisy, Karina mengangkat keningnya.
            “Habis tu…doktor makan kat mana?.” Tanya Karina, ingin tahu.
            “Kat bilik mayat.” Ujar Aisy selamba.
            “Bilik mayat?? Takkanlah doktor makan dengan…” Belum sempat dia menghabiskan bicara, Aisy sudah mengangguk.
            “Doktor Sara temankan saya makan. Oklah, minta diri dulu.” Ujar Aisy, mendiamkan gadis itu. Karina melopong, tak percaya mendengar kata-kata yang terbit dari mulut lelaki itu.


            “Oh ya…Dr. Karina, jangan lupa siapkan laporan yang saya bagi. Pastikan semua ada atas meja saya sebelum awak balik.” Ujar Aisy, sempat lagi dia memberi arahan. Karina menghentak kakinya, dia benar-benar tidak berpuas hati. Pantas kakinya melangkah menuju ke bangunan tempat Iman bertugas.




Bunyi pintu ditolak kasar mengejutkan Iman, dia mendengus bila melihat wajah Karina dimuka pintu. Wajah gadis itu kelihatan merah menyala, jelas menunjukkan yang dia sedang marah.
“Kau ni apahal, tak reti nak bagi salam ke…main terjah ikut suka hati kau je.” Marah Iman.
“Baik kau bagitau aku Sara..” Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Iman pantas memintas.
“Bagitau apa?.” Tanya Iman, tak puas hati.
“Betul kau makan dengan Doktor Rayyan tadi?.” Tanya Karina, Iman menjuih bibirnya.
“Siapa yang cakap?.” Tanya Iman, pelik.
“Doktor Rayyan la, dia bagitau aku tadi.” Ujar Karina, tubuhnya dipeluk. Iman mengeluh.
“Si jerangkung ni kan…memang suka cari pasal dengan aku, saja je nak buat aku dengan minah ni berperang.” Bisik hatinya, tapi bila difikirkan kembali..ada eloknya juga kalau dia mengaku, boleh juga dia tengok reaksi minah gedik ni.
“Kalau dia sendiri yang cakap, betul la..” Ujar Iman
“Kau jangan nak mainkan aku Sara.” Ujar  Karina, cemas. Iman menghela nafas.
“Buat apa la aku nak tipu kau…lagipun tuan badan sendiri yang mengaku kan.” Ujar Iman, dia menyambung kembali tugasannya, malas hendak melayan kerenah gadis itu.

“Daripada kau duk sibuk jaga tepi kain orang…baiklah kau pergi siapkan kerja kau yang tak sudah tu. Nanti kalau mentor kesayangan kau tu bising, dia tukar kau kat sini…baru padan muka kau.” Ujar Iman, menghalau dengan cara berhemah. Karina mendengus.
“Sebelum aku terlupa, kawan baik aku kirim salam…dia ajak kau dating malam ni. Dia kata dia tunggu kau kat belakang bilik mayat ni.” Ujar Iman, wajah Karina tidak dipandang. Baik menatap buku dihadapannya dari tengok muka minah gedik ni.
“Huih..marah.” Bisiknya bila terdengar pintu dihempas kuat. Iman tersenyum sendiri, siapa suruh cari pasal dengan dia.