BAB 25
Atika dilanda kebosangan yang amat, sejak tadi dia asyik bergolek ke kiri dan ke kanan. Dia sudah tidak tahu aktiviti apa yang mahu dibuat. Sudah hampir seminggu Helmy pergi meninggalkannya, Aisyah pula sibuk dengan urusannya. Dia mengeluh, bosan.
“ Bosannya.... ” ujar Atika sendirian. Dia tiada teman mahu diajak berbual, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.
“ Lambat pulak si Helmy ni nak balik, haru betul la hidup ni bila dia tak ada....agaknya macam ni la kot yang Aisyah selalu rasa bila kena tinggal. Tak patut...memang tak patut. ” bebel Atika sendirian. Dia mundar-mandir lagi dibiliknya bagai orang hilang arah tujuan.
“ Tak boleh jadi ni, baik aku keluar, karang kalau duduk berkurung dalam bilik ni je mau mereng otak aku. ” Atika bingkas bangun, mencapai beg dan kunci kereta lalu keluar.
“ Mana aku nak pergi ya...a’aa baik aku ronda kat KLCC, untung-untung jumpa pakwe, boleh ngorat. ” ujar Atika ketawa. Keretanya dihalakan kearah jalan masuk menuju ke KLCC.
“ Ala...penuh la pulak. Hish..orang Malaysia ni memang suka shopping la..langsung tak nak tinggalkan space untuk aku. Mana nak paking ni, karang salah paking...kena saman pulak. ” bebel Atika, akhirnya dia menarik nafas lega bila melihat ada sebuah kereta memberi isyarat keluar. Sebaik sahaja kereta itu melepasinya, dia terus memberi isyarat masuk.
Cuaca agak baik hari ini, tidak terlalu panas. Atika melangkah masuk ke Shopping Complex bertaraf antarabangsa itu dengan tenang. Matanya menyorot gelagat beberapa pelancong yang sedang asyik meneliti barangan disebuah butik.
Dia tersenyum, Malaysia memang syurga membeli-belah, tidak hairanlah ramai pelancong suka datang ke sini saban tahun. Maklumlah hampir setiap bulan ada saja sale yang berlangsung, sale sempena itu lah, sempena ini lah, macam-macam lagi.
Atika melangkah masuk ke sebuah kedai buku, rancangan awal untuk tidak berbelanja terpaksa dibatalkan bila matanya terpandang kedai buku Popular, menawarkan potongan harga. Dia yang sememangnya seorang ulat buku, sudah pasti tidak mahu melepaskan peluang seperti ini. Lagipun bila lagi dia nka habiskan diut saku yang ayah berikan sebelum ini.
Atika tersenyum puas, hajat dihatinya sudah dipenuhi walaupan sebelum itu dia tidak bercadang mahu mengeluarkan duit. Dia menjenguk kedalam beg plastik yang tergantung ditangan.
“ Fuh....sekali borong lima buah da. ” ujarnya perlahan. Tiba-tiba matanya terpandang susuk tubuh seseorang, dia mempercepatkan langkah menghampiri gadis itu.
“ Mahani... ” tegur Atika. Mahani berpaling, dia tersenyum.
“ Eh ! cik Tika...dari mana?. ” Tanya Mahani, dia bersalam dengan Atika.
“ Dari rumah...saja jalan-jalan. Cik Mahani pulak buat apa kat sini?tak kerja ke hari ni?. ” Tanya Atika. Mahani menggelengkan kepalanya.
“ Saja ambil cuti....asyik keje je, bosan jugak. ” ujar Mahani, Atika mengangguk setuju.
“ Jom kita ke cafe tu, minum. Boleh borak panjang. ” ajak Atika, Mahani mengangguk. Mereka melangkah menuju ke sebuah cafe berdekatan.
“ Macam mana dengan kes tu, ada perkembangan terbaru?. ” Tanya Mahani, dia mengacau kopi didalam cawan. Atika mengeluh.
“ Masih samar...selagi tak jumpa dengan Sham selagi tu lah persoalan yang bersarang dalam kepala ni tak terjawab. ” ujar Atika.
“ Pihak polis tak dapat kesan dimana dia lagi?. Dah 4 tahun....takkan tak ada sebarang berita. ” Tanya Mahani. Atika menggelengkan kepalanya.
“ Saya pun tak tahu macam mana nak tolong. Dia tak pernah cari atau call saya sehingga sekarang. Kalau ada, tentu tak susah nak cari dia. ” ujar Mahani dengan rasa bersalah, Atika tersenyum.
“ Itu lah....macam-macam cara saya cuba, upah penyiasat pun masih juga tak dapat kesan dimana dia. ” ujar Atika, dia sekadar mahu mengurangkan rasa bersalah Mahani, sedangkan hakikatnya Shamsul tidak lagi bernafas di muka bumi ini.
“ Tak apa lah....bawa bersabar. Insyaallah nanti semuanya akan selesai. ” pujuk Mahani. Atika tersenyum, pahit.
“ Harap-harap lah... ” ujar Atika. Mereka menikmati minuman kegemaran masing-masing sambil berbual panjang.
Tempat letak kereta di perkarangan Suria KLCC kelihatan penuh sesak, walaupun hari ini bukan hujung minggu namun itu tidak meghalang penghuni kota ini keluar bershopping. Atika menghantar Mahani sehingga ke kereta, mereka masih sempat berbual.
“ Ok lah....cik Tika, terima kasih kerana belanja saya minum. Jangan putus asa ya, cuba lagi. Mudah-mudahan nanti Shamsul akan kembali. ” ujar Mahani. Atika mengangguk.
Lelaki itu mencapai handphonenya bila terdengar deringan, dia menekan butang hijau.
“ Kau tahu apa yang perlu kau buat, bukan. ” Lelaki itu mengangguk, faham dengan arahan yang diterimanya.
“ Pastikan semuanya berjalan dengan lancar sebelum kau boleh dapatkan duit kau. ” ujar suara itu. Lelaki itu mengangguk.
“ Don’t worry bos...bos Cuma sediakan duit saya, kerja bos akan saya beres....just sit and relax. ” ujar lelaki itu ketawa.
“ Make sure it. ” ujar suara itu. Lelaki itu mengangguk, biarpun dia tahu bosnya bukan nampak. Talian terputus lagi.
Nun di kejauhan, sebuah kereta Proton Waja berwarna kelabu sedang bersedia, pemandunya hanya menunggu masa yang sesuai untuk menekan minyak dan memecut.
Sebaik sahaja dipastikan Mahani betul-betul berada pada kedudukan yang sesuai, dia memecut laju menuju kearah Mahani tanpa disedari oleh Mahani walau sedikitpun.
Atika berpaling bila terdengar bunyi enjin kereta yang agak kuat. Matanya terarah pada Mahani yang sedang melintas untuk ke keretanya di hadapan. Cepat-cepat dia menjerit ketika dia melihat kereta itu semakin menghampiri Mahani.
“ Mahani...kereta. ” namun sayangnya Mahani tidak mendengar jeritan Atika, dia sedang leka berbual ditelefon. Puas dilaung nama wanita itu namun tiada tindak balas, sedangkan kereta itu semakin laju menghampiri.
Atika tidak menunggu lama, dia berlari laju mendapatkan Mahani lalu ditariknya ketepi. Kereta itu terus meluncur laju. Mujur juga Atika sempat menarik Mahani, jika dia terlambat sedikit pasti Mahani menjadi mangsa kemalangan.
“ Thank God...awak tak apa-apa. ” Tanya Atika. Mahani menggeleng, hilang separuh nyawanya. Kalaulah Atika tidak menyelamatkannya tadi, sudah tentu nyawanya melayang.
“ Terima kasih Tika kerana selamatkan saya. Kalau tak....tak tahulah apa akan jadi pada saya. ” ujar Mahani. Atika tersenyum.
“ Perkara kecil je, tak perlu nak berterima kasih dengan saya....Mahani. ” ujar Atika. Mahani hanya mampu tersenyum. Dia tidak menunggu lama, terus masuk dan menghidupkan enjin kereta dan berlalu pergi.
Atika menunggu sehingga Mahani beredar sebelum dia melangkah masuk kedalam keretanya. Fikirannya sedikit terganggu, masakan tidak, tiba-tiba sahaja kereta itu mahu melanggar Mahani.
Sangkanya mungkin pemandu itu mabuk tapi bila dilihat dari cara dia memandu, sangkaannya itu meleset sama sekali. Atika membelek kertas ditangannya, mujur juga tadi dia sempat mengingati dan menyalin nombor pendaftaran kereta tersebut.
“ Dia bukan sengaja tapi dia memang dah rancangnya awal-awal, untuk bunuh Mahani. Mungkin dia tahu Mahani bagi maklumat pada aku. ” ujar Atika.
“ Kalau tekaan aku betul, dia pasti ada kaitan dengan kes Sarah dan penyebab kehilangan Shamsul. I must find who is he, sebelum dia buat sesuatu yang akan memudaratkan orang lain. ” desis hati Atika. Dia menghidupkan enjin kereta lalu pergi.
Lelaki itu menghentikan keretanya dibirai jalan, dia mendengus marah. Stereng kereta dihentak beberapa kali, kalau Atika tidak menyelamatkan Mahani tadi tentu kerjanya sudah selesai.
“ Apa pulak aku nak cakap pada dia kalau dia Tanya nanti. Buruk padahnya kalau dia tahu kerja dia, aku belum selesaikan lagi. Silap-silap nyawa aku pulak yang jadi taruhan. ” ujar lelaki itu, bimbang. Kepalanya digaru.
Dia tersentak bila terdengar handphonenya berbunyi, nama yang terpampang diskrin membuatkannya kecut perut. Lambat-lambat dia menekan butang hijau.
“ Hello.. ” ujar lelaki itu, takut.
“ Macam mana dengan kerja yang aku arahkan, kau dah selesaikan. ” Tanya satu suara. Lelaki itu menelan air liurnya.
“ Belum.. ” ujarnya perlahan.
“ Bodoh...kerja senang pun kau tak boleh buat, sia-sia aku upah kau kalau kerja macam ni pun kau tak mampu selesaikan. ” marah satu suara.
“ Patutnya kerja tu memang dah selesai tadi....kalau perempuan tu tak selamatkan dia, aku gerenti sekarang dia dah terlantar di bilik mayat. ” ujar Lelaki itu, memberikan alas an yang dirasakan cukup munasabah.
“ Sudah.....jangan bagi alasan. Kau memang tak guna. Aku takkan bayar sesen pun imbuhan kau. ” ujar suara itu.
“ Tapi kau dah janji.. ” ujar lelaki itu, geram.
“ Aku janji akan bayar kalau kau selesaikan kerja tu, tapi kau tak selesaikannya malah kau biarkan dia terlepas. ” marah suara itu.
“ Bagi aku satu peluang lagi....aku janji, aku takkan gagal. ” ujar lelaki itu.
“ Tak payah, menyusahkan aku je. ” ujar suara. Lelaki itu terdiam, langsung tidak berani membantah.
“ Kali ini biar aku sendiri yang selesaikannya....kalau aku harapkan kau, tak pasal-pasal nyawa aku hilang di tali gantung. ” ujar suara itu lagi, talian dimatikan. Dinding dihadapannya ditumbuk kuat bagi melepaskan geram.
“ Kau tunggulah Mahani, aku akan pastikan lepas ni kau tak boleh bantu Atika lagi. I gonna send u far away sampai kau takkan jumpa jalan balik lagi. ” ujarnya, marah.
Lelaki itu menghentak stereng keretanya, kerana Atika dia kehilangan duit yang bukan sedikit. Kalau Atika tidak mengganggu rancangannya tadi, pasti dia tidak akan gagal.
“ Argh...abis rancangan aku nak pergi melancong. Semuanya kau punya pasal. Kalau kau tak selamatkan dia, tentu sekarang aku dah selamat bergelak ketawa dengan perempuan-perempuan GRO kat Thailand. ” marahnya. Kereta dipecut laju meninggalkan kawasan itu.
“ Jagalah kau..aku akan balas semuanya sekaligus...tunggu je lah nanti. ” jerit hatinya yang sedang marah. Dia akan pastikan suatu hari nanti, dendamnya akan terbalas.
Dia Cuma perlu mencari masa yang sesuai untuk menjayakan rancangannya, rancangan yang akan membuatkan hidupnya bebas dari cengkaman bosny kerana dia tahu, jika perempuan itu mati, bosnya tiada alasan lagi untuk terus memaksa dia mengikut arahannya lagi.
Lelaki itu memakirkan keretanya diseberang jalan berhadapan dengan rumah sewa Mahani, kawasan sekitarnya kelihatan semakin sunyi. Dia memerhatikan halaman rumah Mahani, hanya ada sebuah kereta yang terpakir disitu, kereta Mahani.
Dia sudah menjangkakan perkara itu, masakan tidak dia sendiri yang mengintip pergerakan dan memantau rumah sewa Mahani selama berminggu-minggu.
“ Kalau bukan kerana aku masih memerlukan kau, sudah pasti nyawa kau melayang ketika ini. Tak pasal-pasal aku sendiri pulak yang kena ‘ kotorkan’ tangan selesaikan kerja kau yang gagal tu. ” ujar lelaki itu.
Jam menginjak pukul 12 tengah malam, lelaki itu keluar dari keretanya perlahan-lahan menuju ke rumah sewa Mahani. Langkahnya diatur dengan cermat, bimbang jika ada yang menyedari kehadirannya disitu. Pagar yang berkunci dipanjat, pintu masuk dihampiri.