Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Sabtu, 13 Ogos 2011

tragedi cinta 23

BAB 23
Kereta Helmy berhenti betul-betul dihadapan sebuah kilang perabot. Atika melangkah turun. Lama dia memerhatikan kilang tersebut.
“ Aku macam kenal je kilang ni...nama pun agak familiar, Jati Manifucture. ” ujar Atika, dia mencuit bahu Helmy.
“ Alahai mangkuk...dah ni kilang kita, mesti la kau kenal. ” ujar Helmy, geram.
“ Ye ke pinggan...la kenapa aku tak cam tadi...tapi bila masa pulak kita partner share kilang perabot ha. Seingat aku, aku buka kedai kopi je, kau pulak pramugara. Hish Muskil betul aku. ” ujar Atika. Helmy mengetap giginya.
“ Mangkuk....kau jangan buat lawak time-time macam ni boleh, karang orang kunyah nasi....kau telah bubur 40 hari. ” Atika menggigit jarinya, dia menggelengkan kepalanya lantas berlari mendapatkan Asyraf yang sedang menunggu.
“ Encik Rizman....saya nak buat tuntutan saman malu...lelaki ini telah mengugut saya. ” ujar Atika, tangannya diletakkan diatas dahi manakala sebelah lagi ditundingkan kearah Helmy.
Asyraf terpingan-pingan. Dia tidak mengerti drama apa yang sedang dilakonkan olah Atika. Dia memandang Helmy, namun lelaki itu hanya berlagak selamba.
“ Bomba..bomba...eh! silap, polissss tolong saya. ” ujar Atika menjerit halus. Helmy buat muka seposen, dah biasa sangat dengan drama Atika.

“ Saya ada tertinggal sesuatu ke?. ” Tanya Asyraf, bimbang. Helmy mencemik, bosan.
“ Dah la Asyraf...kau jangan layan sangat minah sewel ni. Karang aku yang gila...kau pulak yang masuk hospital mental. ” ujarnya lantas berlalu meninggalkan Atika yang mengekori mereka dari belakang.
“ Agak-agak aku boleh menang tak Anugerah Bintang Popular?. ” Tanya Atika.
“ Boleh.. ” ujar Helmy.
“ Ye ke...best tu. ” ujar Atika, tapak tangannya digosok perlahan. Dia mula membayangkan yang dia sedang berdiri diatas pentas sambil memegang trofi diiringi Dr. Faez, eh! Apa kena mengena pulak lelaki itu dengan kemenangannya.
“ Tapi bukan Bintang Paling Popular... ” ujar Helmy, mematikan angan-angan Atika.
“ Habis tu... ” Tanya Atika, musykil. Helmy tersenyum.
“ Bintang Paling Gila... ” ujarnya selamba. Atika memucungkan mulutnya.
“ Apa lah kau ni....” ujar Atika. Mereka melangkah masuk ke bahagian pengurusan.



Atika sempat berkenalan dengan staff yang bekerja dengan ayahnya. Biarpun dia tidak begitu mengenali mereka namun itu tidak bermakna dia mengabaikan tanggungjawabnyanya sebagai salah seorang dari pihak pengurusan dan pemegang saham. Sesekali dia akan bertanya pada Azlina mengenai perkembangan kilang.
“ Cik Atika...what a suprice. Tuan Fauzi tak bagitau pulak yang cik nak datang. ” sapa Encik Azizi, pengurus kilang. Atika tersenyum.
 “ Dia pun tak tahu saya nak datang sebenarnya. Lagipun saya ada urusan lain yang bukan berkaitan dengan pengurusan kilang. ” ujar Atika. Lelaki itu mengangguk, mengerti.
“ Rasanya Encik Azizi dah tahu tentang tujuan kami datang kan. ” ujar Atika. Lelaki itu mengangguk.
“ Pagi tadi Encik Helmy ada maklumkan saya yang cik Atika nak jumpa dengan Marina, salah seorang pekerja kita. ” ujarnya. Atika mengangguk. Dia sudah tidak sabar mahu ‘ berkenalan ’ dengan gadis yang dikatakan pernah menjadi sahabat baik Sarah.



Kedengaran pintu diketuk, Encik Azizi mengarahkannya masuk sebelum memperkenalkan gadis itu pada Atika. Marina agak terkejut melihat Atika, namun dia cuba mengawal perasaan gemuruhnya bagi mengelakkan Atika menyedari ketidak selesaannya.
Hatinya dipagut rasa bimbang bila melihat Atika, memang mereka tidak pernah berjumpa tapi dia cukup ‘ mengenali ’ Atika. Sarah selalu bercerita tentang Atika pada mereka sewaktu zaman universiti dulu.
“ Marina...kenalkan ini cik Atika Azlea, anak Tuan Fauzi. ” Marina mengangguk, tangan dihulurkan. Atika menyambutnya, matanya merenung wajah wanita dihadapannya dengan tenang.
Tangan wanita itu terasa sedikit sejuk dan berpeluh. Atika tersenyum biarpun debaran dalam dada terasa semakin menggila.
“ Kalau macam tu saya tinggalkan awak semua untuk berbincang. Saya ada kerja lain yang perlu diselesaikan. ” ujar Encik Azizi meminta diri. Atika mengucapkan terima kasih, dia hanya menghantar Encik Aziz keluar dengan pandangan mata.


Atika menarik nafas panjang, dia mempersilakan wanita itu duduk. Marina mengambil tempat dihadapan Atika.
“ Kenapa Cik Atika nak jumpa saya....saya ada buat salah ke?. ” Tanya Aznita, bimbang. Atika tersenyum, dia menggeleng.
“ Awak tak payah risau, kedatangan saya untuk jumpa awak ni bukan sebab kerja. Saya tahu awak seorang pekerja yang baik. Awak tak pernah timbulkan masalah pada pihak pengurusan. Saya datang ni sebab hal lain. ” ujar Atika, Aznita menarik nafas lega.
“ Habis tu kenapa ya...cik nak jumpa saya?. ” Tanya Aznita. Atika tersenyum lagi. Dia menarik nafas panjang.
“ Well Marina....or should I call u, Aznita. ” ujar Atika. Aznita tersentak. Dia menundukkan kepalanya, tidak berani lagi menentang wajah Atika.
“ Don’t worry to much...saya Cuma datang sebab saya teringin nak berkenalan dengan  ‘ kawan baik ’ Sarah. ” ujar Atika. Marina tersentak lagi buat kali kedua.
“ Ada beberapa soalan saya yang memerlukan jawapan dari awak. Harap-harap awak tak keberatan memenuhi pertanyaan saya. ” ujar Atika. Aznita mendiamkan diri.
“ Saya perlu tahu samaada awak punya kaitan dengan kematian Sarah ataupun tidak, jawab dengan jujur. ” tegas Atika. Marina tergamam lagi. Peluhnya kian laju membasahi tubuhnya.
“ Sumpah demi Allah...saya memang tak terlibat dengan kematian Sarah. ” ujar Aznita. Atika tersenyum sinis.
“ Tapi awak pernah tampar dia kan....depan khalayak ramai. ” ujar Atika, sedikit marah. Aznita semakin tidak senang duduk, dia menelan air liurnya berkali-kali.
“ Memang...saya tak nafikan itu, tapi saya berani bersumpah yang saya tidak terlibat langsung dengan kematian Sarah. ” ujar Aznita. Asyraf mengangguk.
“ Habis tu kenapa awak menghilangkan diri?. ” Tanya Asyraf. Helmy bersandar, dia memeluk tubuhnya, menanti jawapan Aznita.
“ Selepas kejadian itu, I recive a present, a box with a dead rat in it. A few minute later, someone call me. Dia bagitau saya yang dia tak boleh terima perbuatan saya pada Sarah. ” ujar Aznita, dia sebolehnya tidak mahu mengingati peristiwa itu lagi. Jika masa boleh diulang, pasti dia berfikir banyak kali sebelum mengangkat tangannya pada Sarah.
“ Dia kata lagi...Sarah adalah orang yang paling dicintainya dan dia akan melakukan apa saja demi Sarah. He’s treat me...next time, I’ll be in that box that what he’s said. ” ujar Aznita. Atika menghela nafas lembut, masih menunggu kata-kata Aznita seterusnya.
“ Mulanya saya marah sebab saya sangkakan Sham yang buat ugutan tu, jadi saya terus bersemuka dengan dia. Kami bertengkar awalnya bila dia nafikan yang bukan dia yang lakukan tapi selepas itu, saya beralah kerana ketika saya menerima ugutan itu dia bersama Sarah dan Mazlina di perpustakaan. ” ujar Aznita lagi.
“ Jadi awak yakin dengan kata-kata mereka. ” Tanya Asyraf. Aznita mengangguk.
“ Kenapa?... ” Tanya Helmy.
“ Sebab saya Nampak kejujuran dalam mata dia. Sham yang saya kenal, tidak tahu berbohong. ” ujar Aznita.
Atika kembali berfikir, mungkin benar telahannya dulu, lelaki yang bayangnya dilihat dibelakang dapur dengan lelaki yang diceritakan Aznita adalah orang yang sama.
“ Tapi kenapa dia nak bunuh Sarah kalau benar dia memang cintakan Sarah, macam tak masuk akal. ” bisik hatinya. Dia kembali menumpukan perhatian pada cerita Aznita.



“ After that, saya berhenti belajar on the spot dan tukar identiti. Setiap hari saya hidup dalam ketakutan, I always recive a call from stranger...a treat with a bullet or bloody teady bear. ” ujar Aznita, diwajahnya tergambar ketakutan yang teramat.
“ Kenapa awak tak buat laporan polis?. ” Tanya Asyraf.
“ Dah banyak kali saya buat laporan tapi tak ada sebarang tindakan. Orang macam saya ni..tiada siapa yang peduli. ” ujar Aznita kesal. Atika terdiam.
“ Awak masih terima ancaman lagi?. ” Tanya Asyraf. Aznita menggelengkan kepala.
“ Selepas berita kematian Sarah tersebar, ancaman tu berhenti serta-merta sampailah sekarang. Tapi saya masih dilanda ketakutan, takut kalau pihak polis menuduh saya yang menjadi pembunuh Sarah. ” ujar Aznita lagi. Atika menganggukkan kepalanya, memahami situasi yang dialami Aznita. Lagipun dia Nampak kebenaran dalam mata Aznita, dia mana mungkin wanita itu pembunuh yang dicarinya.
“ Maaf Aznita...saya bukan nak menuduh awak, Cuma saya perlukan kepastian, terlalu banyak kemusykilan yang melanda jiwa saya. There’s no evidence..who’s did it?. No DNA...so kami tak boleh pastikan siapa sebenarnya pembunuh tu. Jadi kami terpaksa menyiasat semua orang yang ada hubungan dengan Sarah. ” ujar Atika dengan rasa bersalah.
“ Tak apa saya faham...rasanya kalau saya berada ditempat awak, saya pun akan buat perkara yang sama. ” ujar Aznita.
“ Terima kasih kerana sudi bekerjasama. ” ujar Asyraf. Aznita mengangguk.  Aznita memangdang Atika.
“ Atika...saya berdoa semoga pembunuh tu dapat ditangkap dan kematian Sarah dapat pembelaan yang sewajarnya. ” Dia memeluk Atika dengan erat.
Mereka beredar meninggalkan kilang dengan satu tanda Tanya yang cukup membuatkan hati mereka resah. Atika sedar, mereka kini menghala ke jalan buntu semula.



Seorang lelaki yang menunggu diseberang jalan tersenyum, dia tahu Atika tidak mendapat sebarang maklumat berguna, dari raut wajahnya kelihatan dia begitu hampa. Hatinya menjerit gembira.
“ Nampaknya.....perempuan tu tak dapat bantu kau apa-apa, kan. Pasti maklumat yang dia ada langsung tak memberikan sebarang makna pada kes Sarah. Baguslah kalau begitu, sekurang-kurangnya nyawa dia takkan melayang. ” ujar Lelaki itu, dia terus beredar meninggalkan mereka semua.



Helmy bersandar dikereta mengadap Asyraf, ada sesuatu yang ingin dibicarakan dengan lelaki itu. Pandangannya dialihkan pada Atika, dia tidak mahu gadis itu mendengar butir bicaranya.
“ Tika...kau masuk dulu....nanti aku masuk. Ada hal sikit nak bincang dengan Asyraf. ” ujar Helmy. Atika mencemik.
“ Nak mengumpat lah tu... ” sindir Atika. Asyraf tersenyum.
“ Ni hal orang lelakilah....orang perempuan tak boleh dengar. ” ujar Helmy, Atika mengangkat bahunya lalu terus masuk ke dalam rumah meninggalkan dua lelaki itu diluar menyambung bicara.
“ Ash...aku nak mintak tolong kau sikit, boleh. ” Tanya Helmy.
“ Kau nak suruh aku tolong apa?. ” Tanya Asyraf pula. Helmy menarik nafas panjang lalu dihembusnya perlahan.
“ Boleh tak kau tolong tengok-tengokkan Tika sepanjang aku tak ada. Maksud aku jaga dia. ” ujar Helmy. Asyraf mengerut dahinya. Dia masih tidak dapat menangkap maksud disebalik kata-kata Helmy.
“ Kenapa tiba-tiba je, kau cakap pasal hal ni?. ” Tanya Asyraf. Helmy menyelak anak rambutnya yang jatuh berjuntai didahi.
“ Aku risau kan dia, esok malam aku nak terbang. Hati aku berat nak tinggalkan dia, takut kalau-kalau ada sesuatu yang buruk berlaku pada dia. ” ujar Helmy.
“ Aku masih tak faham la Mie...ada sesuatu yang berlaku pada dia ke?. ” Tanya Asyraf bimbang.
“ Not yet but who’s know... ” ujar Helmy, masih berteka-teki.
“ Boleh tak kalau kau berterus terang je dengan aku. ” pinta Asyraf. Helmy mengeluh, berat hatinya mahu menceritakan tentang perkara itu, tapi dia rasa Asyraf patut tahu.
“ Few’s day ago....dia nampak ada bayang-bayang seseorang kat dapur, bila dia keluar tak ada pulak nampak sesiapa. Mulanya aku dan dia sangkakan Malik, tapi bukan. Aku bimbang kalau ada orang berniat tak baik pada keluarga kami terutamanya Tika. ” ujar Helmy.
“ Kenapa dia tak bagitau apa-apa pasal hal ni pada aku?. ” keluh Asyraf hampa.
“ Kau sendiri tahu sikap dia kan.... ” ujar Helmy. Asyraf tersenyum, hampa.
“ Perhaps she did’t belive me yet. ” ujar Asyraf perlahan. Helmy menepuk bahu Asyraf lembut.
“ Bukan macam tu....Tika tu, selagi dia rasa kejadian tu tak membahayakan sesiapa, dia takkan bagitau. Lagipun dia masih belum pasti lagi identiti lelaki itu. ” ujar Helmy. Asyraf mengangguk, faham dengan pendirian Atika terutama sekali hatinya.
“ U can count on me, aku akan jaga dia sebaiknya lebih dari nyawa aku sendiri. ” janji Asyraf.
“ Thanks...aku janji lepas ni, aku sendiri yang akan jadi bodyguard dia, 24/7. ” ujar Helmy ketawa, Asyraf juga.
“ Lagi satu...kau jangan Tanya dia apa-apa pasal hal ni, nanti dia mengamuk pulak sebab aku dah bocorkan rahsia ni. ” ujar Helmy. Asyraf mengangguk.
“ Jangan bimbang lah....rahsia kau selamat dengan kau. Ok lah..aku nak balik office dulu, nak rekodkan maklumat yang baru kita dapat tadi. I’ll see u later. ” ujar Asyraf, Helmy mengangguk. Dia mengangkat tangannya bila Asyraf beredar.
          Asyraf menghentikan keretanya dibirai jalan, dia bersandar. Hatinya diburu banyak persoalan, persoalan yang melibatkan hati Atika. Nafasnya ditarik panjang.
          “ Kenapa Tika....kenapa Tika tak pernah nak berkongsi apa-apa dengan Ash, susah sangat ke nak dapatkan kepercayaan Tika. Apa lagi yang Ash perlu buat supaya Tika percaya pada Ash. ” bisik hatinya perlahan. Tangannya memicit lembut kepalanya yang terasa berdenyut, matanya terpejam rapat.



          Asyraf tersentak bila kedengaran cermin keretanya diketuk beberapa kali. Dia pantas membuka matanya sebaik sahaja melihat wajah Inspektor Zaquan. Cermin tingkap diturunkan.
          “ Encik Rizman tak apa-apa?. ” Tanya pegawai muda itu. Asyraf tersenyum.
          “ Tak....saya mengantuk sikit. Itu yang berhenti sekejap kat tepi jalan ni. Tuan dari mana?. ” Tanya Asyraf.
          “ Saya jumpa kawan tadi, kebetulan lalu ikut sini, Nampak kereta Encik Rizman. ” ujar Inspektor Zaquan. Asyraf mengangguk.
          “ Kalau Encik Rizman tak ada masalah, saya minta diri dulu. ” ujar Inspektor Zaquan. Asyraf mengangguk, dia mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pegawai muda itu.



          Lelaki itu ketawa, dia tidak dapat menahan rasa hatinya bila melihat wajah Asyraf yang berkerut. Dia pasti lelaki itu sedang resah dan buntu memikirkan tentang kes yang dikendalikannya kini.
“ Kau patut tinggalkan kes ni Asyraf, kau patut give up dan lupakan saja hasrat kau untuk bantu Atika. ” ujarnya, ketawanya masih lagi kedengaran. Dia menyanyi kecil sebelum berlalu meninggalkan tempat itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan