Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Sabtu, 13 Ogos 2011

tragedi cinta 22

BAB 22
Atika berlari mendapatkan handphonenya yang menjerit nyaring. Dia melompat keatas katil. Butang hijau ditekan sebaik sahaja dia melihat nama pemanggil diskrin.
“ Yo..what up?. ” Tanya Atika.
“ What up kepala hotak kau, salam tak de. Kitakan orang islam, sedarlah sikit. ” ujar Helmy.
“ Allah...terlupa la pulak. Maaf la yer wahai ustaz Helmy....Assalamualaikum. ” ujar Atika.
“ Kau pergi mana? Asyraf call, kau tak angkat. Lain kali handphone tu campak je kat sungai Kelang. Orang pakai handphone, dia pun sibuk nak pakai handphone. Tapi handphone tu letak bawah katil. ” bebel Helmy.
“ Ni lah yang aku menyampah, asyik membebel jer orang tua ni. Macam tak ada kerja yang lebih berfaedah yang dia boleh buat selain bazirkan air liur dia kat aku. ” bisik Atika perlahan.
“ Kau dengar tak apa aku cakap ni, asyik nak berangan je. ” ujar Helmy geram.
“ Aku dengar lah. ” ujar Atika, bosan.
“ Suke suki kau je nak suruh aku campak handphone aku yer, kau ingat aku beli pakai air liur. ” ujar Atika lagi.
“ Dah tu kenapa tak jawab bila orang call. ” Tanya Helmy.
“ Aku tengah buat pelaburan emas la tadi, bukan kau tak tahu harga emas sekarang melambung tinggi. Takkan nak bawak handphone masuk pulak. Akai ada ka. ” ujar Atika.

“ Aku selamba je bawak majalah masuk toilet. ” ujar Helmy, tidak mahu mengalah.
“ Kau memang dah muka toilet, tak heran lah. ” ujar Atika selamba.
“ Amboi...gurou kasar Nampak. ” ujar Helmy. Atika ketawa.
“ Apa hal kau telefon aku ni...nak belanja makan ke?. ” Tanya Atika. Helmy mendengus.
“ Tu je yang kau ingatkan..makan...makan..makan. Perut gajah ke apa kau ni, tak pernah kenyang. Makan je yang kau tahu . ” ujar Helmy.
“ Tak nak belanja cakap je lah, bebel pulak dia. ” rajuk Atika. Helmy ketawa.
“ Nie aku nak bagitau...orang yang kita nak cari dah jumpa. ” ujar Helmy lagi.
“ Siapa?....Aznita?. ” Tanya Atika.
“ Ye lah..dah kau ingat calon laki kau. ” ujar Helmy.
“ Kalau calon laki aku...aku nak kau pergi pinangkan Mejar Dr. Faez Khaleed untuk aku. ” ujar Atika, dia memintal sarung bantalnya.
“ Perasan...Mejar Dr. Faez Khaleed konon. Kalau kau suruh aku yang jadi ketua rombongan meminang kau, aku tak pergi pinang dia...aku pinang mat bangla yang keje kat stesen minyak ke, tak pun mat indon yang keje kat tapak perumahan belakang rumah tu ha. ”  ujar Helmy, geram.
“ Sebab tu la aku tak nak register kau jadi ketua rombongan meminang aku...taste kau punya la teruk. ” ujar Atika pula.
“ Dah la...bersiap cepat, kejap lagi aku datang jemput kau. Karang kalau aku suruh kau pergi sendiri takut sesat pulak..tup-tup sampai Thailand. ” ujar Helmy.
“ Wekkk...kalau aku sesat sekalipun aku akan pastikan aku lending depan rumah Mejar Dr. Faez Khaleed. ” ujar Atika, lantas talian dimatikan.
Atika masih mengelamun, langsung tidak berganjak dari kedudukannya. Dia tersenyum sendirian. Helmy memiliki sebuah rumah teres yang dihadiahkan oleh ayah namun rumah itu hanya menjadi hotel persinggahannya. Dia lebih banyak menghabiskan masanya di Danau Tamu. Hanya sesekali dia pulang ke sana, itupun sekadar untuk melihat atau mengemas.
Tangannya pantas mencapai bingkai gambar Sarah. Dia tersenyum ceria. Ada berita baik yang ingin dikongsinya dengan Sarah.
“ Alhamdulillah Sarah...hari ini satu lagi perkembangan baik buat kita. Kalau semalam kita dapat banyak maklumat pasal Sham dari Mahani, hari ini aku akan dapat lebih lagi maklumat pasal kes kau. ” ujar Atika.
“ Aku tak sabar nak jumpa dengan dia, perempuan yang berani naikkan tangan dia pada kau. Sepanjang aku dengan kau, Sarah...aku tak pernah benarkan sesiapa pun cederakan kau. Tapi dia memang berani, mungkin kerana aku tak ada disisi kau masa tu. Maafkan aku ya Sarah, sebab gagal lindungi kau. ” ujar Atika perlahan.
 Pintu biliknya dikuak dari luar, terjengul wajah Helmy dengan muka yang berkerut. Atika tersengih, tahu Helmy sedang ‘ marah ’. Lelaki itu menggelengkan kepalanya.
“ Oi..mangkuk, boleh pulak kau mengelamun ye. Aku ingatkan kau dah siap. ” ujar Helmy, dia menghampiri katil Atika.
“ Eh...bila kau sampai?. Aku tak dengar pun bunyi kereta. ” ujar Atika, mesra, dia bangun.
“ Mana kau nak dengar, kalau asyik berangan je. ” marah Helmy.
“ Hahaha...betul jugakkan. ” Atika menepuk dahinya. Dia memandang jam.
“ Kau pergi melantak dulu kat dapur, aku nak mandi sekejap. 20 minit lagi aku turun. ” ujar Atika, tubuh Helmy ditolak.
“ Jangan mandi lama sangat, kau tu bukan boleh kira, dah jumpa air...langsung bertukar jadi badak air, berendam je. ” sindir Helmy. Dia melangkah keluar.
“ Yelah tok kebayan...tak lama pun. Aku mandi kejap je. ” ujar Atika, tuala dicapai lalu dia melangkah ke bilik air.
Helmy menggelengkan kepalanya, suara Atika yang sedang menyanyi kedengaran sayup-sayup. Alamatnya lama lagi la kena tunggu, desis hati kecilnya.



Atika menyarung jeans biru dan dipadankan dengan t-shirt kelabu berlengan panjang. Rambutnya yang panjang diikat satu, dia berlari turun. Helmy kelihatan sedang menonton tv. Lantas dihampiri lelaki itu, bahunya dicuit.
“ Amboi...seronok sakan nampak, tadi kata nak cepat. ” ejek Atika. Dia berdiri dibelakang Helmy dengan tangannya mencekak pinggang. Helmy mencemik, sikitpun dia tidak takut dengan kemurkaan Atika.
“ Ye lah...lama sangat tunggu badak berendam, aku tengok la tv dulu. Kau tahu tak...20 minit kau tu bersamaan dengan 2 jam aku tau. Itu nasib baik kau cakap 20 minit kalau kau kata 1 jam alamatnya aku kena habiskan masa aku, 1 hari depan tv ni. ” Perli Helmy. Atika menutup telinga, malas mendengar bebelan Helmy. Macam lah kau tu tak pernah lambat, bisik hatinya.
“ Asyik membebel je......jom la cepat. ” Atika menarik tangan Helmy keluar.
“ Ha... mana mat Filipina tu?. ” Tanya Atika, merujuk pada Asyraf.
“ Dia tunggu kita kat sana. ” ujar Helmy. Atika mengangkat bahunya, tali pinggang dipasang. Kereta Helmy beredar meninggalkan Danau Tamu.

“ Tika....aku ada benda nak cakap dengan kau ni. ” ujar Helmy.
“ Apa dia?. ” Tanya Atika. Wajahnya dipalingkan kearah Helmy.
“ I want to quit my job. ” ujar Helmy.
“ What? But why.. ” Tanya Atika, terkejut.
“ Aku dah fikir masak-masak, aku tak nak terbang lagi. ” ujar Helmy. Atika tidak bersuara, dia menanti kata-kata Helmy seterusnya.
“ Hari tu ayah ada Tanya aku samaada aku minat tak, nak kerja dengan dia. Dia nak suruh aku uruskan kedai perabot, gantikan tempat abang Rizal sebab katanya dia nak abang Rizal uruskan kilang pulak lepas ni dengan kak Fia dan kak Lina. ” ujar Helmy. Atika mengeluh kecil.
“ Tapi kau suka terbang kan... ” luah Atika, dia tahu itu adalah cita-cita dan minat Helmy yang paling utama. Helmy mengangguk.
“ Memang la...tapi aku tak nak terus macam ni, tinggalkan Aisyah lama-lama. Dia pun mesti tak suka. After all, aku bimbang nak tinggalkan kau sorang. ” ujar Helmy. Atika mengenggelengkan kepalanya.
“ Apa lah yang kau nak bimbangkan pasal aku, aku tak ada masalah pun. ” ujar Atika. Helmy tersenyum.
“ Itu kata mulut kau Tika...tapi hakikat sebenarnya bukan begitu. Mata kau dah ‘ menyuarakan ’ apa yang tersirat didalam hati kau. Siapa aku yang kau nak tipu Tika. ” bisik Hati Helmy perlahan.
“ Kau dah tekad dengan keputusan kau, dah yakin dan fikir masak-masak. ” Tanya Atika. Helmy mengangguk, Atika mengeluh.
“ Kalau macam tu terpulang la pada kau....aku sokong apapun keputusan kau. Baik bagi kau...maka baiklah bagi aku. ” ujar Atika tersenyum.
“ Thanks... ” ucap Helmy. Pipi Atika ditolak lembut dengan buku limanya. Atika tersenyum.
“ Tapi kau kena janji...bincang dulu dengan Aisyah. Jangan buat keputusan dengan membelakangkan dia, dia ada hak untuk tahu. ” ujar Atika. Helmy mengangguk.
“ Tapi kan Mie..kenapa kau tiba-tiba je buat keputusan mendadak macam ni?. ” Tanya Atika musykil. Dia tahu ada sebab lain kenapa Helmy mengambil keputusan drastik seperti itu. Helmy mengeluh lemah.
“ Hentah la Tika...hati aku rasa tak tenang bila aku tinggalkan kau sorang, rasa macam ada sesuatu yang buruk akan berlaku. ” ujar Helmy. Atika ketawa, memang dah agak pun.
“ Mie.....kau tahu tak, kau punya naluri tu sama sebijik macam Sarah. ” ujar Atika. Helmy berpaling.
“ Sarah datang jumpa kau?bila?. ” Tanya Helmy.
“ Few day ago.... ” ujar Atika.
“ Apa dia cakap?. ” Tanya Helmy, cemas.
“ Dia bimbang ada sesuatu yang buruk akan berlaku pada aku, dia kata orang tu mungkin sedang merancang sesuatu untuk susahkan aku. ” ujar Atika selamba.
“ Ini yang buat aku lagi risau ni, dah la nanti nak terbang lagi. Tika....macam mana ni?.” ujar Helmy, Atika ketawa melihat gelagat Helmy yang cemas seakan-akan sebentar lagi dia akan dinikahkan dengan Aisyah.
“ Macam mana apanya...tak ada benda lah. Kau ni risau tak bertempat tau tak. Aku takkan apa-apalah, i’ll be fine ok. ” ujar Atika meredakan kegelisahan Helmy.
“ Are u sure?. ” Tanya Helmy kurang yakin. Atika mengangguk, meyakinkan Helmy. Dia tiba-tiba teringatkan sesuatu.
“ Malam esok kau terbangkan?. ” Tanya Atika. Helmy menganguk, tumpuannya masih terarah ke jalan.
“ Aku hantar kau yek.. ” pelawa Atika.
“ Betul kau nak hantar aku ni?. ” Tanya Helmy musykil.
“ Ya lah..kenapa kau Tanya macam tu pulak, ingat aku ni main-main ke. ” ujar Atika. Helmy mengetapkan bibirnya.
“ Sebab selalunya ada udang disebalik mee...kau tu bukan boleh percaya sangat, tiap kali kau nak buat sesuatu...ada je perkara yang tak terjangka berlaku.  ” ujar Helmy. Atika hanya tersenyum, keningnya diangkat. Helmy menggelengkan kepalanya. Betul la tu. Apa pulak cara kau kali ni nak hiburkan aku, Tika oi..bisik hati kecilnya. Atika menyanyi kecil, senang hati Nampak.



Sebuah kereta mengekori Helmy dan Atika dengan penuh berhati-hati bimbang jika kehadirannya dapat dikesan oleh mereka. Hatinya tertanya-tanya kemana mereka berdua hendak pergi.
“ Jangan-jangan perempuan ni nak dapat maklumat lagi. Hish....siapa lagi la yang akan jadi pemberi maklumat kau ni, Atika. Ada je lah manusia yang suka nak pertaruhkan nyawa mereka untuk kau. Apa bagusnya sangat tentang kau ni pun aku tak tahu. Sudah-sudah la Atika, give up jer lah. Kau tak buang masa....hidup aku pun tak susah. ” ujar lelaki itu, geram.
Rancangannya sentiasa perlu diubah, semuanya kerana Atika. Kalau dia tidak sibuk untuk membuka kes Sarah, tentu mereka semua boleh hidup bahagia.
“ Kau dah mati pun Sarah...kau tetap tak tinggalkan Atika. Apa lebihnya dia sampaikan kau sanggup buang aku dari hidup kau. Kau tak pernah fikir pasal perasaan aku, asyik-asyik Atika. Aku benci tahu tak, bila dengar nama dia yang selalu meniti dibibir kau, bukan aku. Aku benci dia Sarah, aku benci dia. ” marah lelaki itu, stereng keretanya dihentak bertalu-talu.

Pergerakan Atika sering dipantau, semuanya bagi memudahkan dia untuk mengatur sebarang rancangan mahupun mengubah rancangan sedia ada. Jika tidak, pasti langkah gadis itu semakin menghampirinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan