Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Sabtu, 13 Ogos 2011

tragedi cinta 24

BAB 24
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kelihatan penuh sesak. Atika dan Aisyah membantu Helmy menolak troli. Mata Atika tidak lepas memerhatikan lelaki-lelaki pramugara serta juruterbang yang segak berpakaian uniform.
“ Fuh...hensome-hensome jugak diaorang ni kan, eh Mie...kau tolong tackle sorang pilot untuk aku. ” ujar Atika.
“ Kau jangan nak mengada mangkuk....patut la beria-ria sangat nak hantar aku, nak mengorat anak teruna orang rupanya. ” marah Helmy, berpura-pura. Aisyah ketawa.
“ Ya la....kalau nak tunggu kau pergi pinang Dr. Faez tu, alamatnya menjanda la aku sampai tua. ”
“ Bila masanya pulak kau kawin?. ” Tanya Helmy, hairan.
“ Hari..hari aku kawin cerai apa. Baru semalam aku kawin dengan Bae Yong Jun, tapi pagi tadi dah cerai. ” ujar Atika selamba, dia ketawa
“ Gila la kau ni. ” ujar Helmy. Dia menggelengkan kepalanya. Atika mencemik. Dia langsung tak kisah.
“ Aku serius ni...tolong la tackle sorang pilot untuk aku. ” ujar Atika.
“ Kau nak buat apa?. ” Tanya Helmy.
“ Aku nak minta dia jadi pilot aku. ” ujar Atika.
“ Banyak duit kau nak beli kapal terbang. ” perli Helmy.
“ Tu la kau tak tahu...semalam masa aku kemas stor, aku jumpa duit....banyak sangat. ” ujar Atika bersungguh-sungguh.
“ Duit???. ” Helmy dan Aisyah terkejut. Atika mengangguk.
“ Macam mana duit tu boleh ada kat situ?. ” Tanya Helmy. Atika mengangkat bahunya.
“ Manalah aku tahu... ” ujarnya.
“ Berapa banyak? ” Tanya Helmy lagi.
“ Berjuta-juta lemon. ” ujar Atika.
“ Kau biar betul mangkuk. ” ujar Helmy lagi, tidak percaya.
“ Tak percaya...tak pe aku boleh tunjukkan...tapi kau jangan terkejut pulak. ” ujar Atika, dia menyeluk poket seluarnya. Helmy dan Aisyah menanti dengan penuh suspen.
“ Tadaaa... ” ujar Atika seraya menunjukkan duit ditangannya. Helmy mengetap bibirnya, Atika kelihatan begitu kecil dimatanya. Kalau tidak kerana mereka berada ditempat awam ketika ini sudah lama dia cekik gadis itu sampai mati.
“ Kau nasib baik mangkuk...kita kat tempat awam..kalau ikutkan hati aku yang tengah panas ni..mau je aku cekik kau sampai pengsan. Sehari kalau kau tak buat lawak bodoh tak boleh ke, ha... ” tubuh Atika digoncang kuat, sehinggakan duit monopoly ditangan Atika terbang melayang jauh.
“ Woi pinggan....udah la tu, berpinau mata aku. Relax ah....gurau sikit pun marah. Kau, kalau selalu marah macam ni...bukan aku je lari kawin dengan Dr.Faez....silap-silap Sya pun sama, tapi bukan dengan Dr. Faez la. ” ujar Atika. Aisyah ketawa.
“ Aku tengok kau ni....kecil je tau. ” ujar Helmy geram.
“ Ha?aku kecil?Mie..aku rasa kau baik pergi check mata kau tu. Kot-kot ada masalah. Body aku yang macam anak tapir ni kau cakap slim...hish memang betul la mata kau ada problem. ” ujar Atika. Dia menggelengkan kepalanya.
“ Kau baik pergi kedai tu....beli air mineral untuk aku....karang tak pasal-pasal terbakar pulak KLIA ni. Pergi cepat. ” arah Helmy. Atika mengangguk, siap dengan tabik hormat lagi.

“ Aii chief... ” ujarnya lantas meninggalkan Helmy dan Aisyah berdua. Aisyah menggelengkan kepalanya, dia ketawa. Gelagat Atika seringkali membuatkan dia terhibur.
Dia sendiri hairan dengan hatinya, kenapa bila melihat Atika terlalu rapat dengan Helmy dia tidak pernah marah sedangkan bila melihat Helmy berbual dengan gadis lain, hatinya dilanda sedikit cemburu.
“ Hei...kenapa ni, cemburu ek. ” usik Helmy. Atika tersenyum.
“ Kat siapa...Atika. Huh...sikit pun tidak. Sya langsung tak kisah. ” ujar Aisyah, bersahaja. Helmy ketawa, dia mencuit hidung Aisyah lembut.
“ Berapa lama pulak kali ni?. ” Tanya Aisyah.
“ Seminggu je...Sayang, Mie ada hal nak cakap dengan sayang ni. ” ujar Helmy.
“ Pasal apa?. ” Tanya Aisyah.
“ Mie ingat Mie nak berhenti kerja. ” ujar Helmy.
“ Tapi kenapa?. ” Tanya Aisyah lagi, hairan.
“ Mie dah tak nak tinggalkan sayang lagi bila kita kawin nanti, macam sekarang. Since ayah pun dah tawarkan job baru, rasanya elok kalau Mie pertimbangkan. ” ujar Helmy. Aisyah tersenyum, lengan Helmy dipaut.
“ Sya tak kisah sayang....kalau sayang rasa itu keputusan terbaik, Sya ikut je. ” ujar Aisyah. Helmy tersenyum. Dia memandang Atika yang sedang berbual dengan seorang pekerja kedai.



Sebuah kereta Wira berwarna hitam, terpakir berhampiran dengan kereta Aisyah, sedari tadi dia hanya menjadi penonton setia. Setiap gerak dan perlakuan ketiga-tiga insan dihadapannya diekori dengan lirik mata.
“ Aku tak faham la kenapa bos berminat sangat dengan kau ni, sampaikan dia sanggup lakukan apa saja untuk tahu setiap gerak langkah kau. ” ujar lelaki itu perlahan. Sekali pandang wajah Atika agak mirip dengan Sarah, kekasih pujaan hati bosnya.
“ Agaknya dia ingat kau tu Sarah tak, hem....kalau aku pun yang berada ditempat dia mungkin aku juga kan lakukan perkara yang sama. Macam dia. ” ujarnya lagi. Dia mengeluarkan teropong yang ada dalam simpanannya lalu dihalakan kearah mereka bertiga.



Helmy melabuhkan punggungnya, lirik matanya masih tidak lepas pandang, sentiasa mengekori langkah Atika. Dia perlu sentiasa berwaspada, bimbang jika gadis itu ditimpa kemalangan. Pandangannya dialihkan pula pada Aisyah.
“ Satu lagi...boleh tak sayang tolong tengokkan.... ” Helmy tidak sempat menghabiskan kata-katanya, Aisyah lebih pantas memotong.
“ Don’t worry ok...Sya takkan tinggalkan Tika sendirian. Sya akan bantu dia setakat mana yang Sya mampu. Sayang jangan risau sangat ok. Nanti kalau Tika Nampak, tentu dia fikir yang bukan-bukan.” ujar Aisyah. Helmy mengangguk.
“ Thanks sayang....Mie sebenarnya risau tengok dia macam tu. Pada pandangan orang lain memang dia happy but inside she’s dying. ” ujar Helmy, sebak. Aisyah turut sama merasa apa yang dirasakan Helmy.
Air mata yang menitis dikesat dengan hujung jarinya, Helmy tidak mahu Atika perasan, pasti dia menyangka yang bukan-bukan nanti. Lagipun dia tidak mahu Atika tahu gelodak hatinya yang sedang bimbangkan keselamatan gadis itu.

“ Hidup dia Cuma untuk gembirakan orang lain supaya tiada siapa yang perasan kesedihan dia. Memang dia ketawa tapi hakikatnya hati dia menangis. Luka pada hatinya terlalu sukar untuk disembuhkan. ” ujar Helmy lagi, matanya dipusatkan pada Atika yang sedang asyik membelek majalah dihadapan sebuah kedai.
“ Sya tahu tu sayang. ” ujar Aisyah, pandangannya turut tertumpu pada Atika.
“ Kematian Sarah memberi kesan yang terlalu mendalam pada emosi dia. Everynight dia mengigau panggil Sarah, menangis. Hati Mie hancur bila tengok dia macam tu. ” ujar Helmy, dia membiarkan air matanya menitis.
“ Kami hanya kehilangan jasad Sarah tapi Tika...dia kehilangan seluruh ‘ hidup ’ dia. Sarah....bagi Tika adalah jiwa dia, jiwa yang tak boleh dipisahkan dari hatinya.  ” ujar Helmy. Aisyah mengangguk, dia cukup memahami perasaan Helmy kerana dia juga sayangkan Atika seperti Sarah dan Helmy.
“ Kadang-kadang Mie nak tengok dia menangis depan Mie tapi Atika takkan biarkan orang lain tengok dia menangis. Setiap kali dia nak menangis, dia akan pastikan hujan turun. Sebab dia tahu, bila hujan turun, tiada siapa tahu yang dia sedang menangis. ” ujar Helmy.
“ Sayang tahu tak...sejak kecil, kami bertiga tak pernah berpisah. Mana ada Mie, disitulah ada Tika dan Sarah. Kami bertiga saling menjaga antara satu sama lain. Mie dan Sarah tak pernah biarkan Tika sendirian, kami jaga dan lindung dia dengan sepenuh kasih sayang. Sebab tu Mie tak boleh tengok dia sedih, hati Mie hancur. ” ujar Helmy, membuka rahsia. Aisyah menggosok belakang Helmy lembut.
“ Promise me this...Sya takkan biarkan Tika sendiri sepanjang ketiadaan Mie. Make sure she has someone to hang on. ” ujar Helmy, tangannya menggenggam erat tangan Aisyah. Anggukkan Aisyah membuatkan Helmy tersenyum manis.  
Helmy cepat-cepat mengesat air matanya bila melihat Atika menghampiri mereka. Atika kehairangan melihat Helmy berpaling darinya.
“ Aik...Helmy menangis ke?. Hish teruk betul la orang yang dah bertunang ni, nak terbang je bukan nak pergi berperang kat Palestin. Itu pun dah menangis, tak faham aku. ” bisik hati Atika. Dia menghampiri Helmy dan Aisyah.
“ A’aa mengumpat pasal aku yer...kau tak baik tau Mie. ” rajuk Atika.
“ Aku bukan mengumpat la....Cuma ingatkan Sya ni ha, minta dia bawa kau pergi jumpa dengan pakar sakit otak sebab aku tengok tahap mereng kau tu dah hampir kritikal. ” ujar Helmy, dia ketawa.
“ Oooo.. ” Atika mengangguk.
“ Ha....kalau kau tak nak tengok aku mereng...kau cepat-cepat hantar rombongan meminang kat rumah Dr. Faez. Aku comfirm lepas tu, aku gerenti normal. ” ujar Atika ketawa. Helmy menarik rambutnya, geram. Aisyah ketawa lagi.
“ Kau nikan...tak habis-habis dengan Dr. Faez, tak ada orang lain ke. Kalau kau cakap Asyraf kan senang, time ni jugak aku pergi pinang dia. Tak lah menysahkan aku. ” ujar Helmy.
“ Mamat Filipina tu nak buat apa....aku nak Dr. Faez, bukan dia. Ala Mie....kau hantar je la rombongan meminang tu. Sesekali kita tukar adat, biar orang perempuan pulak yang pergi pinang lelaki. ” ujar Atika, lengan baju Helmy ditarik.
“ Mangkuk....kau gila ke apa. Eh...kalau Dr. Faez tu tengok kau macam ni, aku comfirm time tu jugak dia naik jet pergi ke bulan tau. ” ujar Helmy, Aisyah ketawa.
“ Apa pulak naik jet, aku kan nak beli kapal terbang nanti. Tu duit dalam stor tu, tak habis pakai tau. ” ujar Atika. Helmy menepuk dahinya, kalau bercakap dengan Atika, memang dia takkan menang.
“ Kau ni nasib baik tak jadi lawyer....kalau kau jadi lawyer, alamatnya semua lawyer kat Malaysia ni kena letak jawatan la. ” ujar Helmy.
“ Sebab aku kasiankan diaorang la maka aku tak jadi lawyer, aku buka kedai kopi. Nanti kasian mereka tak bolah cari makan, siapa yang susah...mereka dan keluarga mereka jugak. ” ujar Atika tersenyum. Helmy menolak kepala Atika, geram dengan perangai loyar buruknya itu.
Atika menjelir lidahnya, malas melayan perangai gila Helmy. Eh...siapa yang gila, dia ke Helmy, Tanya hatinya. Mereka sama-sama melambai bila melihat Helmy melangkah masuk ke balai berlepas bersama rakan-rakannya.



Atika berhenti seketika, dia tidak jadi masuk kedalam kereta. Pandangannya menghala kearah jalan, ada sebuah kereta wira hitam terpakir disitu. Lama Atika memerhatikan keadaan itu sehingga panggilan Aisyah mengejutkannya.
“ Tika....tengok apa tu?. ” Tanya Aisyah. Atika menundung jarinya kearah kereta perdana hitam diseberang.
“ Kenapa dengan kereta tu, biasa je, tak ada yang pelik pun. ” ujar Aisyah. Atika tersenyum.
“ Hentah lah Sya...rasa macam ada yang sedang perhatikan kita pulak. ” ujar Atika.
“ Wartawan la tu kot...nak cari cerita sensasi lagi. ” ujar Aisyah. Atika tersenyum, mengangguk. Biarpun hatinya kurang yakin dengan kata-kata Aisyah.
“ Agaknya la tu...Jom lah kita pergi. ” ujar Atika, dia melangkah masuk kedalam kereta seiring dengan Aisyah meninggalkan kereta wira hitam yang masih lagi memerhatikannya.
Lelaki itu mencapai handphonenya, nombor seseorang didail. Agak lama menanti sebelum panggilannya dijawab.
“ Hello bos....perempuan tu tak buat sebarang tindakan pun setakat ni, dia Cuma ke lapangan terbang sebab nak hantar saudaranya. ” ujar lelaki itu.
“ Bagus....teruskan awasi dia, tapi jangan sampai dia perasan pulak kehadiran kau kat situ. ” ujar Suara itu.
“ Itu bos jangan bimbang, dia takkan tahu. ” ujar lelaki itu. Masakan dia mahu memberitahu pada bosnya bahawa Atika mungkin telah menyedari kelibatnya disitu.
“ Itu kata kau....kau masih belum kenal lagi siapa dia, dia bukan sebarangan perempuan yang boleh kau perlekehkan. ” ujar Suara itu. Lelaki itu tersentak, bosnya itu seolah-olah dapat membaca fikirannya.
“ Bos ragu dengan saya ke?. ” Tanya lelaki itu.
“ Bukan..Cuma nak ingatkan kau, jangan sampai rancangan aku rosak. Kau sendiri tahukan aku paling tak suka kalau ada yang merosakkan rancangan aku. ” ujar suara itu.

“ Alah....bos jangan risau, just cheer up. Aku berani jamin yang rancangan bos  takkan gagal. ” ujar lelaki itu.
“ Baguslah kalau kau faham. ” ujar suara itu pula. Talian terputus, lelaki itu mencampakkan handphonenya ke sebelah tempat duduk pemandu. Dia memecut meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sambil terus mengekori gerak Atika.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan