Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Khamis, 29 November 2012

gerhana cinta luka 20



EPISODE 20
Musim bunga kembali lagi, Andrea semakin resah, minggu depan pencarian bakat baru bermula sedangkan dia masih belum menemui sebarang jalan penyelesaian. Pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku cukup memberikan kesan buatnya. Saban tahun dia terpaksa hidup dalam keresahan sambil berusaha mencari siapa mangsa yang seterusnya.
Gambar-gambar yang dihantar Nick, Ben, Oliver, Kelvin dan Juan langsung tidak menepati gambaran mangsa-mangsa pembunuhan.




Andrea mengeluh hampa. Seharian dia berkurung didalam biliknya, pelawaan makciknya mengajak dia keluar bersiar ditolak dengan lembut. Malah dia tidak ke kafé  seperti hari-hari biasa dan sering mengelak untuk bertemu dengan sesiapa yang datang melawat menyebabkan masing-masing kehairangan.
Panggilan dari Thomas mematikan resahnya buat seketika. Butang hijau ditekan, dia menyapa dengan nada yang lemah.
“Hai si cantik manis, apa khabar?.” Tanya Thomas.
“Khabar yang tak baik.” ujar Andrea selamba.
“Kau tak sihat ke?.” Tanya Thomas, cemas.
“Tak adalah….kenapa call?.” Tanya Andrea mengelak.
“Minggu depan Program Pencarian Bakat Baru Model bermula, aku dan Anna dah buat keputusan untuk turut serta jadi kami nak kau uruskan bagi pihak kami macam biasa.” ujar Thomas.
“Kenapa tiba-tiba pulak, bukan ke kau kata tak nak cari bakat baru dalam tempoh dua, tiga tahun ni.” Tanya Andrea. Thomas ketawa.
“Mulanya memang macam tu tapi aku dan Anna fikir, ini jalan terbaik untuk kau cari siapa mangsa seterusnya sebelum pembunuhan berlaku.” ujar Thomas.
“Tapi…..” Andrea tidak dapat menghabiskan kata-katanya bila ianya dipintas oleh Thomas.
“Kami tak ada cara lain lagi nak bantu kau, lagipun kami dah tak sanggup nak tengok kau hidup macam tu. Jadi kami nak kau rebut peluang ni untuk cari jalan penyelesaian.” ujar Thomas. Andrea mengeluh.
“Dan pertaruhkan nama baik agensi korang semata-mata nak tolong aku. Tak payah lah, aku tak sanggup dan aku tak akan lakukannya.” ujar Andrea.
“Eliss….kami tak nak tengok kau terus diselubungi masalah, 4 tahun kami lihat kau menderita, saban tahun kau terpaksa lalui peristiwa yang sama. Sampai bila kau nak terus begini.” ujar Thomas. Andrea mengeluh.      Dia juga jika diberi pilihan dia tidak mahu melaluinya lagi seperti tahun-tahun sebelumnya tapi dia tidak mampu mengelak selagi jalan penyelesaian belum ditemui.
“Tapi bukan bermakna korang berdua perlu pertaruhkan reputasi dan nama baik agensi korang.” ujar Andrea, marah. Dia menarik nafas panjang.


“Korang berdua dah terlalu banyak berjasa pada aku. Kerana korang, nama aku dikenali semua. Kerana korang, aku jadi terkenal. Semua majalah, editor malah orang-orang penting dalam dunia fesyen kenal aku. Kerana korang, aku berjaya memenangi anugerah. Semuanya kerana korang berdua. Jadi tolonglah jangan minta aku ambil risiko untuk pertaruhkan reputasi dan nama baik agensi korang.” ujar Andrea, lemah.
“Eliss…..apa yang kau terima sehingga ke hari ini, semuanya adalah hasil usaha kau. Kami hanya membuka jalan, selebihnya kau sendiri yang lakukannya.” ujar Anna.
“Betul kata Anna tu. Apa yang kami terima hari ini dari kau, lebih dari apa yang kami beri pada kau. Kalau kau kata, kau tak boleh lupakan jasa kami, kami juga sama. Tak mungkin kami boleh lupa….kerana kau, agensi kami sekarang merupakan agensi modeling terbaik Negara. Kerana kau, model-model kami boleh berdiri sama tinggi dengan model ternama dunia dipentas antarabangsa. Kerana kau, model kami berpeluang untuk memakai pakaian rekaan pereka terkenal dunia. Semuanya kerana kau, jadi jangan terlalu memikirkan pasal nama dan reputasi kami.” ujar Thomas pula. Andrea mengeluh lagi.
“Korang betul-betul sanggup tanggung risiko ni, kalau apa-apa jadi?.” Tanya Andrea, mengalah akhirnya.
“Yup….” ujar Thomas yakin.
“Ok….aku boleh uruskan ujibakat tu tapi dengan satu syarat.” ujar Andrea, dia tersenyum.
“Apa saja syarat kau, kami terima.” ujar Anna.
“Aku nak adakan sesi ujibakat tu kat sini.” ujar Andrea.
“Maksud kau dekat Pekan Primrose?.” Tanya Anna.
“Ya…..macam mana, korang terima.” Tanya Andrea.

“Dah tentulah kami terima, nampaknya kami ada peluanglah nak datang melawat pekan kelahiran kau. Tak sabar rasanya nak nikmati keindahan Tasik Aquamarine.” ujar Thomas, gembira. Andrea mengetap bibirnya, sangkanya mereka tidak akan setuju dan terus membatalkan rancangan tapi sebaliknya pula yang berlaku. Andrea mengeluh.
“Kalau macam tu, kita jumpa minggu depan.” ujar Andrea lemah.
“Itu dah semestinya si cantik manisku, aku akan sediakan semuanya. Kau cuma perlu tunggu saja kedatangan kami.” ujar Thomas, Andrea mencemik.
“Ok.…aku nak keluar ni, nanti kita berbual lagi. Bye.” ujar Andrea lantas mematikan perbualan. Wajahnya disembamkan diatas meja, fikirannya kusut.




Bunyi nada dering handphonenya buat kali kedua memaksa dia untuk mengangkat wajahnya kembali, pantas handphonenya dicapai. Bulat matanya melihat nama yang tertera diskrin, Faye.
“Faye…hai.” sapa Andrea.
“Hemm….I dengar u akan uruskan sesi ujibakat bagi Clark & Louis Agency, baguslah I gembira sangat bila dengar berita tu.” ujar Faye.
“U ni kan…..cepat saja tahu berita ni, siapa yang bagitau u?.” Tanya Andrea, malas.
“Adalah…..kebetulan pulak, I ada benda nak cakap dengan u.” ujar Faye. Andrea mengerutkan dahinya.
“Hal apa?.” tanyanya. Faye ketawa. Andrea mula berasa was-was, pasti ada kaitan dengan kerjanya. Faye pasti sedang merangcang sesuatu.
“Untuk edisi istimewa Majalah Fashioniesta sempena ulangtahun ke-25 ni, isu yang kami pilih untuk kali ini adalah ‘ BRIDE’S AND NATURAL ’ jadi pihak pengurusan dan ahli lembaga pengarah semua bersetuju untuk memilih Tasik Aquamarine sebagai lokasi pergambaran.” ujar Faye, Andrea terkejut.
“Oh tidak, ini tak mungkin berlaku.“  Jerit hatinya.
“Kenapa pulak pilih tempat ni sebagai lokasinya, tak ada lokasi lain ke yang boleh dijadikan pilihan.” ujar Andrea, membantah.
“Hei Darling….u patutnya gembira tau, pekan kelahiran u akan masuk majalah. Lepas ni tentu ramai pelancong yang akan datang kesana.” ujar Faye, Andrea mendengus.
“Ala tak masuk majalah pun, dah ramai yang datang. Pilihlah lokasi lain.” pujuk Andrea.
“Eliss….” tegur Faye. Andrea mengeluh, malas mahu bertegang urat lagi. Dia penat terlalu penat.
“Ya lah…..ya lah….tapi pergambaran tu hanya akan berlangsung sehari lepas sesi ujibakat. Kita akan gunakan model dari Clark & Louis kan?.” Tanya Andrea.
“Of couselah…..selama ni pun Majalah Fashioniesta memang gunakan model dari agensi mereka kan.” ujar Faye.
“Manalah tahu kalau-kalau u nak guna model dari agensi lain.” usik Andrea.
“Kami dah biasa dengan mereka. Jadi u setuju ya, kita adakan pergambaran tu minggu depan.” ujar Faye.
“Pastikan semua persiapan dibuat dengan rapi, I tak nak nanti timbul sebarang masalah pulak dalam pergambaran.” ujar Andrea, mengingatkan.

“Ok…..so kita jumpa minggu depanlah. Bye….have a nice day.” ucap Faye sebelum mematikan perbualan. Andrea mengeluh lagi, fikirannya semakin berkecamuk. Lepas satu, satu masalah yang timbul. Dia sudah tidak tahu bagaimana hendak menangani lagi.
Dia sudah sedaya upaya mencuba mengelak dari mempertaruhkan nama dan reputasi Thomas dan Anna namun tidak berjaya dan sekarang Faye pula menambah kerisauannya.




Suara gembira Stella dihujung sana cukup membingitkan telinganya. Perlahan-lahan dia menjauhkan corong handphonenya dari memekakkan telinga.
“Sudah-sudah la tu menjerit, sakit telinga aku ni.” ujar Andrea.
“Wah…..tak sabarnya aku nak datang ke pekan kau. Boleh la aku cari peluang untuk kenal dengan lelaki-lelaki hensome kat sana. Manalah tahu kot-kot nanti aku akan jadi orang pekan kau.” ujar Stella.
“Apa-apalah….jangan lupa pastikan semua peralatan dan krew bersedia, jangan ada yang tertinggal pulak.” pesan Andrea.
“Jangan bimbanglah….aku akan pastikan semuanya berjalan dengan lancar.” ujar Stella, tahu bagaimana cara Andrea bekerja.
“Ha…..lepas ni jangan kata aku tak pernah ajak kau datang sini pulak. Ni aku dah bagi peluang untuk kau kenal dengan pekan dan orang-orang kat sini.” ujar Andrea.
“Aku tahulah….ok, aku nak pergi selesaikan kerja yang tertangguh. Nak berkemas lagi. Bye.” ujarnya sebelum mematikan talian membuatkan Andrea hanya mampu menggelengkan kepala.
Beg sandangnya dicapai sebelum keluar menuju ke garaj. Dia tersenyum, basikal miliknya masih elok, perlahan-lahan disorongnya basikal keluar.




Kopi yang masih bersisa didalam mug, diteguk sekaligus. Andrea memandang wajah Thalia dan Sandra lama membuatkan mereka berdua kehairangan.
“Apa hal kau pandang kami macam tu, ada yang tak kena dengan muka kami ke?.” tanya Thalia. Andrea menggeleng sambil ketawa kecil.
“Aku nak minta bantuan korang berdua sebenarnya, boleh?.” tanya Andrea.
“Dah tentulah boleh, cakap saja.” ujar Thalia, Sandra mengangguk.
“Aku nak upah korang berdua untuk jadi katering aku selama lima hari bermula minggu hadapan.” ujar Andrea.
“Untuk majlis apa?.” Tanya Sandra, hairan. Makcik Jane tidak pula memberitahu mereka, kalau-kalau dia ingin mengadakan apa-apa majlis.
“Korang tahukan pasal Program Pencarian Bakat Baru Model yang diadakan setiap tahun pada bulan Mei. Jadi tahun ini, agensi kawan aku akan turut serta dalam pencarian bakat baru tu dan dia minta aku untuk uruskan hal tu. Sebab tu aku akan adakan ujibakat tu dekat sini.” ujar Andrea. Mereka berdua mengangguk.


“Lepas daripada program tu, ada satu pergambaran akan berlangsung, pergambaran apa…..aku tak boleh cakap. Korang kena tunggu jelah.” ujar Andrea, tersenyum. Thalia dan Sandra saling berpandangan, masing-masing mengangkat bahu.
“Ok tak ada masalah.” ujar Sandra. Andrea mengangguk.
“Pasal hal tu, kau tak perlu risau. Kau tak payah bayar apa-apa. Aku dan Sandra sponser je.” ujar Thalia.
“Betul ke ni…..kalau macam tu lagi bagus, tak payah aku sain apa-apa cek untuk korang.” ujar Andrea ketawa. Thalia dan Sandra juga.
“So aku serahkan tugas ni untuk korang lah ya.” ujar Andrea, begnya disandang kebahu, bersedia untuk melangkah pergi. Thalia dan Sandra hanya menghantar pemergian Andrea dengan senyuman dan lambaian tangan.




Andrea berbaring mengadap siling bilik tidurnya. Fikirannya merewang jauh, peristiwa lama kembali menerjah diminda, peristiwa pahit yang cuba dibuang dari ingatan namun semakin hampir program pencarian bakat bermula, peristiwa itu semakin kuat merantai ingatan.
Puas dia cuba menghalau memori lama dari terus menerjah ruang ingatannya namun ianya tetap berlegar diruang fikiran tanpa mahu berganjak walau sedikitpun.

gerhana cinta luka 19



EPISODE 19
            Alunan air tasik yang tenang mengalir cukup mendamaikan perasaan Andrea.  Tasik  Aquamarine yang hijau kebiruan airnya kelihatan jernih dipermukaan sehingga dasarnya jelas kelihatan.
            Anak ikan berenang bebas, sementara sang burung terbang rendah dipermukaan menanti peluang untuk menyambar si ikan yang sedang galak berenang.
            Dihujung tasik, kelihatan beberapa anak muda sedang bersukaria, ada yang sedang mandi malah ada yang sibuk memancing. Andrea tersenyum sendirian, hujung minggu begini situasi itu sememangnya perkara biasa bagi penduduk disini.
Andrea tidak mahu melepaskan peluang untuk beraksi, pantas butang kecil pada kameranya ditekan berkali-kali bagi merakam detik indah itu.




Senyuman Andrea tiba-tiba mati bila teringatkan peristiwa lampau. Tasik dihadapannya ini pernah memberikan kenangan manis, tapi tasik ini juga yang telah meragut semuanya. Tanpa sedar, air matanya mengalir perlahan. Cepat-cepat disekanya dengan jari, tidak mahu terus hanyut dalam kesedihan yang akan membuatkan hatinya mati.

“Hannah….hari ini aku kembali lagi kesini. Maafkan aku kerana memungkiri janji aku. Aku tahu aku pernah cakap yang aku akan kembali pada kau sebaik tamat pengajian dulu tapi aku tak tunai pun janji tu kan. Maafkan aku ya Hannah.” ujar Andrea perlahan. Dia duduk diatas rumput, ditepi tasik. Batu kecil dicapai lalu dilemparkan kedalam tasik sehingga mengocakkan ketenangan tasik itu.
“Kau tahu tak…..aku tak pernah lupakan apa yang berlaku sepuluh tahun dulu. Berkali-kali aku cakap pada diri aku, kenapa aku biarkan semua tu berlaku. Kalau aku cepat atau kau lambat tentu kami semua takkan kehilangan kau.” ujar Andrea lagi, mengulang kata-kata yang sama.
“Hannah…..patut ke aku bagitau sesiapa tentang apa yang pernah berlaku pada aku dulu.  Kerap kali aku terjebak dalam kes pembunuhan, aku pernah anggap ianya satu kebetulan tapi bila berkali-kali pembunuhan seperti itu berlaku, aku mula percaya ianya bukan satu kebetulan lagi.” ujarAndrea, tubuhnya dibaringkan diatas rumput.
“Aku takut mereka semua kecewa bila tahu kisah silam aku, aku takut kalau mereka tak boleh terima semua tu. Siapa tahu kan….kalau aku mungkin kehilangan mereka andai rahsia ini terbongkar.” ujar Andrea lagi.
“Aku tak pasti berapa lama aku boleh rahsiakan kisah silam aku ni, harap-harap selama aku hidup, rahsia ni akan tersimpan kemas dalam lipatan sejarah hidup aku.” ujar Andrea lemah.
Matanya dipejam rapat sambil nafas dihela perlahan. Udara pagi yang begitu menyegarkan ditambah dengan sinaran mentari pagi cukup membuatkan mindanya menari bebas menikmati keindahan alam.



Andrea membuka matanya perlahan-lahan bila terasa ada sesuatu yang menghalang sinaran mentari dari menjamah wajahnya. Dia terkejut dan bingkas bangun lalu duduk bersimpuh bila terpandang wajah Sean.
“Sheriff…..buat apa kat sini?.” Tanya Andrea, Sean tersenyum.
“Meronda…..awak pulak buat apa kat sini, Ann?.” Tanya Sean pula. Andrea mengeluh.
“Nikmati keindahan alam…..dah lama rasanya saya tak melakukan sesuatu seperti ini.” ujar Andrea. Sean melabuhkan punggungnya disebelah.
“Tunang Sheriff mana?.” Tanya Andrea.
“Dia ke Pekan Golden Rose, ada hal katanya.” ujar Sean. Andrea mengangguk.
“Sheriff….boleh saya Tanya sesuatu.” Tanya Andrea.
“Boleh tapi ada syaratnya.” ujar Sean.
“Apa dia?.” Tanya Andrea pula.
“Tolong panggil saya Sean.” ujar Sean Andrea mengetap bibirnya, patut ke dia memanggil lelaki itu dengan nama.
“Tapi saya….” Andrea tidak sempat menghabiskan kata-katanya bila Sean lebih pantas bersuara.
“Ann…..awak sendiri tahu, semua penduduk kat pekan ni dah macam satu keluarga besar, kita saling mengenali antara satu sama lain jadi tolong jangan anggap saya seperti orang luar.” ujar Sean, Andrea mengangguk.
“Ok….ok.” ujar Andrea mengalah.
“Nak Tanya apa?.” Tanya Sean.
“Dah lama ke tunang awak jadi jurugambar?.” Tanya Andrea.
“Tujuh tahun.” ujar Sean.
“Dia tak pernah bekerja dengan mana-mana agensi ke sebelum ni, atau diupah oleh mana-mana majalah.” Tanya Andrea lagi. Sean menggeleng.
“Tak pernah dapat peluang pun, selalunya dia jadi jurugambar kecil-kecilan untuk majlis perkahwinan. Itupun tak banyak.” ujar Sean simpati dengan nasib tunangnya.
“Oh macam tu rupanya….tak apalah saya akan cuba membantu setakat yang saya mampu, selebihnya dia sendiri kena usaha.” ujar Andrea. Dia mengeluarkan PDAnya, mencari nombor beberapa kenalannya yang terlibat dalam dunia penerbitan majalah.
“Hello Julian….lamanya tak dengar cerita.” sapa Andrea.
“Hai si cantik…..lama tak jumpa, u semakin cantik sekarang, lebih-lebih lagi lepas menang anugerah, makin terkenal lah ya. Patutlah u dah tak nak kerja untuk I.” ujar Julian.
“Siapa yang tak nak siapa ni ha, bukan ke u sekarang dah ada jurugambar terkenal, Ben Belfour. Mana nak pandang I lagi kan.” ujar Andrea mengusik. Julian ketawa besar.
“Jangan lah cakap macam tu, I sentiasa ingat jasa u dalam membantu menaikkan nama majalah I dulu. I tak pernah lupa tau.” ujar Julian, Andrea ketawa.
“Sebenarnya I ada hal nak cakap dengan u ni, kalau boleh I nak minta bantuan u.” ujar Andrea.
“U cakap je apa…..kalau I boleh tolong I akan tolong.” ujar Julian.
“Macam ni……I ada seorang kawan, dia perlukan kerja. Sebelum ni dia jadi jurugambar untuk majlis perkahwinan. Dan I dah  tengok gambar-gambar yang dia ambil, menarik. Jadi kalau boleh I nak minta bantuan u, interview dia.” ujar Andrea, biarpun dia tidak pernah melihat hasil karya Sophia pada hakikatnya.
“Hem….macam nilah, u suruh dia datang jumpa I kat pejabat, nanti I tengoklah apa yang I boleh bantu dia.” ujar Julian.
“Betul ke ni?.” ujar Andrea.
“Betullah sayang……kalau u yang rekomenkan dia, tentu dia bagus. Kalau boleh minta dia datang esok jumpa I. Sebab lusa I nak terbang ke Paris, ada kerja.” ujar Julian.
“Thanks Julian…..u memang baik.” ujar Andrea memuji.
“Sebab I sayangkan u lah maka I sanggup buat apa saja untuk u.” ujar Julian. Andrea ketawa. Lelaki yang satu ini memang tak pernah berputus asa untuk memikatnya sama seperti Nick Hunter membuatkan dia malas untuk melayan kerenah mereka.
“Oklah.…esok I suruh dia kesana. Tapi sebelum tu….I nak ingatkan u, dia ni tunang orang, jadi jangan nak menggatal ok. Bye.” ujar Andrea lantas mematikan perbualan, tidak mahu berlama-lama berbual dengan lelaki itu yang diketahuinya memang seorang kaki perempuan
“Ini nombor kawan saya, minta tunang awak call dia. Kalau dia Tanya siapa yang bagi nombor ni, kata Eliss yang bagi. Dan kalau boleh, minta dia terus ke pejabat Majalah The Style esok, ada satu interview untuk dia.” ujar Andrea sambil menghulurkan sekeping kertas tertera nombor pejabat Julian Fisher, pemilik Majalah The Style, salah satu dari majalah yang pernah bekerjasama dengannya sebelum ini.
“Betul ke ni?.” ujar Sean. Andrea mengangguk, meyakinkan lelaki itu yang dia tidak main-main.
“Terima kasih untuk semuanya. Saya nak call dia bagitau hal ni. Mungkin dia boleh ke Lacerta terus petang ni.” ujar Sean, dia bangun.
“Nak saya hantarkan awak balik?.” pelawa Sean. Andrea menggeleng.
“Saya nak duduk sekejap lagi kat sini. Nanti saya balik sendiri.” ujar Andrea menolak. Sean mengangguk sebelum beredar.
Andrea melepaskan nafas berat, entah kenapa hatinya terasa sesuatu tatkala lelaki itu duduk disebelahnya, terasa seperti Aiden yang sedang menemaninya. Dia menarik nafas panjang, membuang jauh perasaan itu, tidak mahu terlalu terjebak dengan mainan perasaan kerana dia sedia maklum lelaki itu sudah berpunya.




Andrea kembali memusatkan tumpuannya kearah tasik. Dia bagaikan ternampak wajah Hannah disitu sedang tersenyum memandangnya. Lamunan Andrea mati bila handphonenya berbunyi nyaring. Skrin dipandang, nama Nick tertera disitu. Dia mengeluh sebelum butang hijau ditekan.
“Hai Nick, lama tak dengar khabar?.” sapa Andrea, sekadar berbasi-basi.
“Ye ke….rasanya baru bulan lepas kita jumpa kan.” usik Nick. Andrea ketawa.
“Yer lah, dalam mimpi.” ujar Andrea sehingga mencetuskan tawa Nick.
“Kenapa tiba-tiba call ni?.” ujar Andrea. Nick ketawa lagi.
“Nak tunggu u call entah bila. Hurm….Tom kata u ada hal nak bincang dengan I….sayang, apa dia?.” Tanya Nick. Andrea mengeluh kecil.
“Oh pasal hal tu. Apa lagi dia cakap?.” Tanya Andrea.
“Itu je, I pun tak sempat nak tanya lebih. So, u nak bincang apa dengan I.” Tanya Nick lagi.
“Oh…..sebenarnya I cuma nak tanya pasal pencarian bakat baru tahun lepas, Tom bagitau I….u terlibat sama, betul ke?.” Tanya Andrea pula.
“Yup dan I jumpa ramai bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan. Kenapa tiba-tiba u Tanya pulak?.” Tanya Nick was-was.
“U ingat tak pasal kes pembunuhan tahun lepas?.” Tanya Andrea.
“Ingatlah, mangsa pembunuhan yang dijumpai di Taman Awam Gerbera.” ujar Nick.
“Masih ingat keadaan dia masa tu?.” Tanya Andrea.
“Mangsa dipakaian dengan pakaian cantik dan disolek seperti seorang model.” ujar Nick.
“ Jadi u mesti ingat rupa diakan. Pernah tak dia datang ujibakat dengan u?.” ujar Andrea, teruja.
“I tak pasti lah, ramai sangat yang datang masa tu. Jadi I tak bagi perhatian seratus peratus.” ujar Nick.
“Sikit pun u tak ingat kalau-kalau dia pernah datang?.” tanya Andrea.
“Tak lah sayang.…tapi I ada ambil gambar calon-calon model tu sebagai simpanan. Kalau u nak, nanti I hantar gambar-gambar tu pada u.” ujar Nick, Andrea tersenyum.
 “Memang I dah agak, pertanyaan u memang ada kaitan dengan kes pembunuhan bersiri tu.” ujar Nick. Andrea ketawa.
“Yes…..dan I terfikir mungkin mereka pernah datang ujibakat untuk jadi model. Lagipun pembunuhan tu berlaku 3 bulan selepas ujibakat dijalankan.” ujar Andrea. Nick mengeluh.
“I akan cuba tanya Ben, Oliver, Kelvin dan Juan kalau-kalau dia pernah datang ujibakat dengan mereka.” ujar Nick.
“Bagus jugak tu, lagipun I belum berkesempatan nak call mereka untuk tanya.” ujar Andrea, gembira dengan pertolongan yang dihulurkan Nick buatnya.
“Nanti I suruh mereka call u ok. Bye the way…..dua bulan lagi pencarian bakat baru akan berlangsung, dan I rasa, peristiwa tu pasti akan berlaku lagi.” ujar Nick.
“I tahu….sebab tu I harap I boleh cari jalan penyelesaian sebelum peristiwa tu berulang lagi. Lima bulan je masa yang kita ada sebelum ada gadis lain yang akan jadi mangsa.” ujar Andrea.
“Harap-harap tak ada lagi yang akan jadi mangsa.” ujar Nick. Andrea tersenyum. Pembunuhan ni akan berhenti dengan sendirinya bila pembunuh yang mereka cari ditangkap.
“Oklah I kena pergi sekarang, ada hal. Bagitau I bila u dah emailkan gambar-gambar tu.” ujar Andrea lantas memutuskan panggilan sebaik selesai mengucapkan terima kasih.
 Kamera segera dimasukkan kedalam beg khas, mentari semakin tegak dikepala, peluh juga mula membasahi tubuhnya. Andrea bangun dan menyapu punggungnya yang kotor lalu beredar meninggalkan kawasan Tasik Aquamarine.




Sekeping nota yang diselitkan ditepi peti surat, ditarik. Andrea mengeluh, sejak pulang sudah dua kali dia menerima surat seperti itu. Lipatannya dibuka menyerlahkan bait-bait tulisan yang cukup dikenalinya.

U can run but u can’t hide. Wherever u go, I’ll be there.
Sepotong ayat Cuma tapi sudah cukup untuk menarik perhatian Andrea. Pandangannya dihalakan ke kawasan sekeliling, mencari kelibat seseorang yang mungkin menghantar nota ini namun sayang hanya dia yang berdiri disitu, sendirian.
Nota itu dicampak jatuh kedalam longkang yang berair. Dia tidak mahu ambil peduli dengan semua ugutan itu, cukuplah jika hanya dia saja yang menjadi sasaran. Selagi tiada orang-orang kesayangannya yang dilibatkan, dia tidak akan mengambil sebarang tindakan drastik. Pintu pagar dikunci, dia melangkah menuju ke rumah.

Khamis, 8 November 2012

gerhana cinta luka 18



EPISODE 18
   Andrea berjalan perlahan menyusuri jalan raya menuju ke kafe milik Thalia dan Sandra. Sengaja dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki, sambil bersenam boleh juga mencuci mata. Semalam mereka bertiga sudah berjanji untuk membawanya bersiar-siar melihat perubahan pekan kelahirannya ini.
            Kamera ditangan langsung tidak dilepaskan, kelipan cahaya kamera tidak pernah berhenti memancar. Ada saja permandangan yang ingin diambil. Sesekali dia tersenyum dan melambai tangannya tatkala terserempak dengan semua penduduk Pekan Primrose yang sudah lama dikenalinya.




            Andrea mengeluh kepenatan, agak jauh dia berjalan. Dia baru sahaja selesai menghantar hadiah pada pakcik Shawn dan makcik Lucy serta pakcik Charlie dan makcik Mary. Malah makcik Mary berjanji mahu memasakkannya pai pisang sebagai ganti.
Keenakannya sudah mula terbayang diruang mata, sudah lama dia tidak menikmati keenakan pai buatan tangan makcik Mary, dulu sewaktu masih menuntut di sekolah tinggi, wanita itu sering menjamunya dengan pai pisang.
            Bayangan pai pisang hilang dari ingatannya bila kedengaran namanya dipanggil, Andrea menoleh. Kelihatan Sean sedang menghampirinya, seketika kemudian mereka berjalan beriringan.
            “Dari mana?.” Tanya Sean, earphone yang terpasang ditelinganya ditanggalkan.
            “Rumah.” ujar Andrea sepatah. Lama direnung wajah lelaki itu, hairan kerana tiba-tiba sahaja lelaki itu bersikap ramah hari ini.
             Walhal sebelum ini, susah untuk mendengar lelaki dihadapannya itu membuka mulut, ditanya sepatah….sepatah dijawabnya.
            “Kenapa awak pandang muka saya macam tu, ada yang tak kena ke?.” Tanya Sean, Andrea cepat-cepat menggeleng. Hish….terlebih tilik pula, nasib baik tak kantoi.
            “Sheriff……tak kerja ke?.” Tanya Andrea bila melihat lelaki itu masih berpakaian sukan. Sean tersenyum.
            “Selalunya saya suka berjoging dan sarapan dulu sebelum masuk pejabat. Awak nak ke kafe ke?.” Tanya Sean, Andrea mengangguk.
            “Nak tuntut janji dengan mereka, katanya nak bawa saya bersiar-siar kat pekan ni hari ini.” ujar Andrea sambil tersenyum.
            “Bagus lah kalau macam tu, kebetulan saya pun nak kesana. Boleh kita pergi sama-sama.” ujar Sean. Andrea mengangkat keningnya.
            “Teman wanita Sheriff tak marah ke kalau dia tengok kita berjalan bersama, nanti tak pasal-pasal muka saya lebam pulak. Tak mahu saya dituduh cuba merampas hak orang.” ujar Andrea, bergurau.
            “Tak apa….dia tak kisah.” ujar Sean. Andrea menggeleng.
            “Itu kata Sheriff.” ujar Andrea lagi, Sean tersenyum.
            “Tak perlu bimbang pasal tu, mari kita pergi.” ujar Sean. Andrea mengangkat bahunya, dia memang tidak kisah tapi dia bimbang jika dia disalah ertikan.

            Pintu kaca ditolak, loceng angin berbunyi menandakan ketibaannya membuatkan Thalia segera berpaling. Senyuman terukir dibibirnya menyambut kedatangan Andrea dan Sean.
            “Tak payah nak bagi senyuman mengoda macam tu kat aku. Kita orang just terserempak je tadi ok.” ujar Andrea sambil menarik kerusi.
            “Lama-lama nanti adalah sesuatu tu….tak sabar aku nak tunggu.” ujar Thalia, Andrea mencubit lengan Thalia menyebabkan sahabatnya itu mengaduh. Segera dia berpaling mengadap Sandra.
            “Sandra….tunggu apa lagi, sarapan aku mana?.” Tanya Andrea membuatkan Sandra ketawa kecil.




Pinggan berisi dua keping buttermilk pengkek berserta sirap maple dan buah strawberry sebagai hiasan disorong kearahnya. Segelas susu segar juga sudah tersedia menanti. Sementara untuk Sean pula, dua keping sandwish tuna dan segelas jus oren menjadi hidangan sarapan paginya.
            “Bagus….kalau service kau selalu macam ni, aku pasti tak lama lagi, kedai kau ni akan bertambah maju.” puji Andrea.
            “Moga-moga doa kau tu akan jadi kenyataan. Biar pekan kita ni makin maju.” ujar Thalia. Andrea mengangguk, suapan demi suapan masuk ke mulutnya, tiada lagi bicara yang keluar dari bibirnya.
            Ekor matanya melirik kearah Sean yang sedang menikmati sarapannya. Hatinya terasa sesuatu bila lelaki itu berbicara dengannya, seolah-olah dapat dirasakan yang Aiden sedang berbual dengannya. Andrea cepat-cepat menghalau rasa yang mula bersarang dihati, pergi.
            Bunyi loceng angin sekali lagi menarik perhatian mereka, mata masing-masing tertumpu pada pintu kaca. Seorang perempuan melangkah masuk dengan senyuman sebelum menghampiri Sean. Mereka berpelukan seketika.
            “Kenalkan ini tunang aku, Sophia.” ujar Sean memperkenalkan perempuan disisinya. Cermin mata ditanggalkan, dia mengangkat tangannya.
            “Hai saya Sophia.” ujarnya. Thalia membalas senyumannya.
            “Hai…..saya Thalia, ini Sandra…..itu Marion dan yang sedang asyik menyuap makanan tu, Ann.” ujar Thalia, Andrea yang sedang mengunyah makanan tersedak bila namanya disebut.
            “Hai….” ujarnya sepatah, Sophia tersenyum namun senyuman dibibirnya kelihatan aneh. Ada maksud tersirat disitu. Andrea menggelengkan kepala, perasaannya saja. Bisik hati kecilnya, dia kembali menyambung suapan untuk menghabiskan sarapannya.
            “So, Sophia….nak makan apa?.” Tanya Thalia.
            “Apa-apa pun boleh, pengkek juga ok.” ujar Sophia. Thalia mengangguk, dia berlalu ke dapur membawa pesanan Sophia.
            “Kau jangan sedih ya….nanti aku kenalkan kau dengan lelaki lain yang lebih hensome.” ujar Sandra membuatkan Andrea ketawa kecil.
            “Dah lama ke korang berdua kenal?.” Tanya Sandra.
            “Lima tahun….I kenal dia masa kat Lacerta, masa tu dia masih berkhidmat dengan pasukan tentera.” ujar Sophia. Sean hanya tersenyum manis mendengar butir bicara tunangnya itu.
            “Lepas dia menamatkan kerjayanya di Lacerta, dia berpindah ke sini, I pulak menetap di Tucana.” ujar Sophia lagi. Thalia mengangguk, wajahnya dipalingkan kearah Andrea.
            “Apa?.” Tanya Andrea hairan. Thalia tersenyum hambar.
            “Aku oklah.” bisiknya perlahan namun jelas dipendengaran Sean menyebabkan lelaki itu berpaling kearahnya. Andrea melemparkan senyuman, tidak mahu lelaki itu mengesyaki sesuatu.
            “Jadi bila korang berdua nak kawin?.” Tanya Sandra.
            “Tengoklah bila ada tarikh yang sesuai nanti.” ujar Sophia.
            “Sophia ni sibuk sangat, baru nak mulakan kerjaya sebagai jurugambar.” ujar Sean.
            “Oh ya….kebetulan Ann pun seorang jurugambar.” ujar Thalia, Andrea mengangguk bila namanya disebut walaupun dia tidak tahu butir bicara mereka kerana fikirannya melayang jauh seketika tadi.
            “Bagusnya…bolehlah nanti u tolong kenalkan I pada mana-mana majalah.” ujar Sophia.
            “Mestilah boleh…..kan Ann. Lagipun dia ni jurugambar terkenal, selalu bekerjasama dengan Majalah Fashioniesta, jadi dia kenal semua yang terlibat dalam dunia fesyen.” ujar Sandra, bahu Andrea ditepuk lembut membuatkan gadis itu tersenyum.
“Majalah Fashioniesta?, maknanya awak ni Andrea Elissa Carlson lah, jurugambar muda yang baru sahaja memenangi Anugerah Jurugambar Muda Terbaik anjuran Persatuan Jurugambar Antarabangsa bulan lepas, di Paris…..kan.” Tanya Sophia. Andrea hanya mengangkat keningnya.
“Wah….tak sangka pulak I, kita boleh bertemu kat sini. Jadi u tentu tak keberatan untuk bantu kenalkan I dengan mana-mana majalah fesyen kan.” ujar Sophia. Andrea tersenyum.
“Boleh apa salahnya, nanti saya bagi nombor telefon beberapa orang penting yang terlibat dalam dunia penerbitan majalah. Hujung tahun ni persatuan jurugambar kebangsaan akan mengadakan majlis perjumpaan dengan ahli-ahli persatuan, datanglah.” ajak Andrea.
“Tapi I bukan ahli persatuan, boleh ke?.” Tanya Sophia, ragu-ragu.
“Kami memang mengalu-alukan kedatangan ahli baru, jadi u tak perlu bimbang. Lagipun bukan semua ahli persatuan ni merupakan jurugambar professional, ada dikalangan mereka masih baru dan tak pernah terlibat dalam dunia fesyen.” ujar Andrea. Sophia terdiam, masih berfikir lagi.
“Kalau u bimbang sangat, nanti I minta bantuan seorang rakan untuk masukkan nama u sebagai ahli baru. Jadi sebelum perjumpaan hujung tahun ni, nama u dah ada dalam rekod mereka.” ujar Andrea meyakinkan Sophia.
“Kalau macam tu terima kasih, untung juga I datang kesini….tak sia-sia. Manalah tahu dengan pertolongan u, I boleh jadi seorang jurugambar hebat.” ujar Sophia, Andrea mengangguk.
“Thanks ya Ann sebab sudi bantu Sophia.” ujar Sean. Andrea sekadar mengangguk.
“Sayang….jom I hantar u balik hotel, kejap lagi I dah nak masuk pejabat ni.” ujar Sean, Sophia mengangguk.
“Oklah semua….gembira dapat kenal.” ujar Sophia. Andrea hanya mengangguk. Ekor matanya masih melirik kearah pasangan yang baru meninggalkan kafé, dia tersenyum sendiri.




Alan yang baru masuk terus meluru kearah Thalia, pelukan di eratkan sebelum pipi isterinya itu dicium lembut. Dia memandang mereka semua dengan hairan.
“Siapa perempuan cantik kat sebelah Sean tu?.” Tanya Alan.
“Tunang dia.” ujar Thalia selamba.
“Ha….biar betul. Selama ni tak pernah pun dia bagitau apa-apa pada I.” ujar Alan terkejut dengan pengakuan Thalia.
“Takkan semuanya dia nak cakap, mestilah ada sesuatu yang dia perlu simpan untuk diri dia juga.” ujar Thalia, Alan mengangguk.
“Boleh bagi kopi….kena pergi sekarang, nanti lambat, mengamuk pulak Sheriff kita tu.” ujar Alan, Thalia mengangguk, dia mencapai cawan kertas bertutup lalu menuangkan kopi panas sebelum dihulurkan pada suaminya.
“Nampaknya Ann…..tak dapatlah aku nak jodohkan korang berdua.” ujar Alan hampa, Andrea ketawa, sempat dia membaling gumpalan tisu kotor kearah lelaki itu membuatkan Alan terus berlari keluar.




            Andrea menongkat dahunya, sedari tadi dia asyik memerhatikan Thalia dan Sandra yang begitu sibuk bekerja. Dia mengeluh kecil, sebelum bangun, tidak mahu menganggu kerja mereka lagi.
            “Hei girl’s…..aku keluar jalan-jalan dulu, bosan la.” ujar Andrea. Thalia hanya memandang  wajah Andrea lama. Sedar yang mereka terlalu sibuk sehingga melupakan janji mereka untuk membawa Andrea keluar bersiar.
            “Sorry sangat, terlalu sibuk dengan tugasan sampai lupa janji kami pada kau.” ujar Thalia, kesal.
            “Tak apalah…korang siapkan kerja korang dulu, nanti baru kita pergi berkenalan dengan orang baru kat pekan ni. Ada banyak masa lagilah.” ujar Andrea sambil tersenyum.
            “Tapi….” Sandra mengaru kepalanya.
“Jangan bimbang la…..aku bukan nak pergi jauh sangat. Nanti aku datang balik.” ujar Andrea meyakinkan Thalia membuatkan wanita itu hanya mengangguk perlahan. Andrea segera melangkah keluar meninggalkan café menuju ke kedai Marion.




            “Hei girl…..nak tempah baju ke?.Kalau kau nak, aku boleh reka baju yang paling cantik untuk kau.” ujar Marion, Andrea menghempaskan punggungnya diatas sofa berangkai 3 disudut berhampiran tingkap.
            “Tak nak lah, aku bukan pakai pun baju cantik-cantik macam ni….tak kena dengan style aku lah.” ujar Andrea.
            “Ala sesekali apa salahnya bergaya.” ujar Marion, Andrea mencemik, rimas.
            “Kalau kau nak sangat reka pakaian aku, nanti bila aku kawin, kau buatkan aku sepasang gaun perkahwinan yang cantik….boleh?.” Tanya Andrea. Marion mengangguk.
“Kalau kau tak cakap pun memang aku akan buat untuk kau.” ujar Marion sambil tangannya lincah membetulkan rantai Kristal yang tersangkut pada leher patung yang sudah dipakaikan baju dress yang cantik berwarna merah darah ikan.
            Andrea tersenyum, dia pantas merakam gambar patung itu yang sudah lengkap berpakaian serta beberapa patung lagi yang sudah berpakaian seperti itu.
            “Dah la….malas aku nak layan kau. Baik aku pergi berjalan nikmati pemandangan yang cantik waktu pagi ni.” ujar Andrea sebelum mengangkat kakinya meninggalkan butik Marion.