EPISODE
20
Musim bunga kembali lagi, Andrea semakin resah, minggu
depan pencarian bakat baru bermula sedangkan dia masih belum menemui sebarang
jalan penyelesaian. Pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku cukup memberikan
kesan buatnya. Saban tahun dia terpaksa hidup dalam keresahan sambil berusaha
mencari siapa mangsa yang seterusnya.
Gambar-gambar
yang dihantar Nick, Ben, Oliver, Kelvin dan Juan langsung tidak menepati
gambaran mangsa-mangsa pembunuhan.
Andrea
mengeluh hampa. Seharian dia berkurung didalam biliknya, pelawaan makciknya
mengajak dia keluar bersiar ditolak dengan lembut. Malah dia tidak ke kafé seperti hari-hari biasa dan sering mengelak
untuk bertemu dengan sesiapa yang datang melawat menyebabkan masing-masing
kehairangan.
Panggilan
dari Thomas mematikan resahnya buat seketika. Butang hijau ditekan, dia menyapa
dengan nada yang lemah.
“Hai
si cantik manis, apa khabar?.” Tanya Thomas.
“Khabar
yang tak baik.” ujar Andrea selamba.
“Kau
tak sihat ke?.” Tanya Thomas, cemas.
“Tak
adalah….kenapa call?.” Tanya Andrea mengelak.
“Minggu
depan Program Pencarian Bakat Baru Model bermula, aku dan Anna dah buat
keputusan untuk turut serta jadi kami nak kau uruskan bagi pihak kami macam
biasa.” ujar Thomas.
“Kenapa
tiba-tiba pulak, bukan ke kau kata tak nak cari bakat baru dalam tempoh dua,
tiga tahun ni.” Tanya Andrea. Thomas ketawa.
“Mulanya
memang macam tu tapi aku dan Anna fikir, ini jalan terbaik untuk kau cari siapa
mangsa seterusnya sebelum pembunuhan berlaku.” ujar Thomas.
“Tapi…..”
Andrea tidak dapat menghabiskan kata-katanya bila ianya dipintas oleh Thomas.
“Kami
tak ada cara lain lagi nak bantu kau, lagipun kami dah tak sanggup nak tengok
kau hidup macam tu. Jadi kami nak kau rebut peluang ni untuk cari jalan
penyelesaian.” ujar Thomas. Andrea mengeluh.
“Dan
pertaruhkan nama baik agensi korang semata-mata nak tolong aku. Tak payah lah,
aku tak sanggup dan aku tak akan lakukannya.” ujar Andrea.
“Eliss….kami
tak nak tengok kau terus diselubungi masalah, 4 tahun kami lihat kau menderita,
saban tahun kau terpaksa lalui peristiwa yang sama. Sampai bila kau nak terus
begini.” ujar Thomas. Andrea mengeluh. Dia
juga jika diberi pilihan dia tidak mahu melaluinya lagi seperti tahun-tahun
sebelumnya tapi dia tidak mampu mengelak selagi jalan penyelesaian belum
ditemui.
“Tapi
bukan bermakna korang berdua perlu pertaruhkan reputasi dan nama baik agensi
korang.” ujar Andrea, marah. Dia menarik nafas panjang.
“Korang
berdua dah terlalu banyak berjasa pada aku. Kerana korang, nama aku dikenali semua.
Kerana korang, aku jadi terkenal. Semua majalah, editor malah orang-orang
penting dalam dunia fesyen kenal aku. Kerana korang, aku berjaya memenangi
anugerah. Semuanya kerana korang berdua. Jadi tolonglah jangan minta aku ambil
risiko untuk pertaruhkan reputasi dan nama baik agensi korang.” ujar Andrea,
lemah.
“Eliss…..apa
yang kau terima sehingga ke hari ini, semuanya adalah hasil usaha kau. Kami
hanya membuka jalan, selebihnya kau sendiri yang lakukannya.” ujar Anna.
“Betul
kata Anna tu. Apa yang kami terima hari ini dari kau, lebih dari apa yang kami
beri pada kau. Kalau kau kata, kau tak boleh lupakan jasa kami, kami juga sama.
Tak mungkin kami boleh lupa….kerana kau, agensi kami sekarang merupakan agensi
modeling terbaik Negara. Kerana kau, model-model kami boleh berdiri sama tinggi
dengan model ternama dunia dipentas antarabangsa. Kerana kau, model kami
berpeluang untuk memakai pakaian rekaan pereka terkenal dunia. Semuanya kerana
kau, jadi jangan terlalu memikirkan pasal nama dan reputasi kami.” ujar Thomas
pula. Andrea mengeluh lagi.
“Korang
betul-betul sanggup tanggung risiko ni, kalau apa-apa jadi?.” Tanya Andrea,
mengalah akhirnya.
“Yup….”
ujar Thomas yakin.
“Ok….aku
boleh uruskan ujibakat tu tapi dengan satu syarat.” ujar Andrea, dia tersenyum.
“Apa
saja syarat kau, kami terima.” ujar Anna.
“Aku
nak adakan sesi ujibakat tu kat sini.” ujar Andrea.
“Maksud
kau dekat Pekan Primrose?.” Tanya Anna.
“Ya…..macam
mana, korang terima.” Tanya Andrea.
“Dah
tentulah kami terima, nampaknya kami ada peluanglah nak datang melawat pekan
kelahiran kau. Tak sabar rasanya nak nikmati keindahan Tasik Aquamarine.” ujar
Thomas, gembira. Andrea mengetap bibirnya, sangkanya mereka tidak akan setuju
dan terus membatalkan rancangan tapi sebaliknya pula yang berlaku. Andrea
mengeluh.
“Kalau
macam tu, kita jumpa minggu depan.” ujar Andrea lemah.
“Itu
dah semestinya si cantik manisku, aku akan sediakan semuanya. Kau cuma perlu
tunggu saja kedatangan kami.” ujar Thomas, Andrea mencemik.
“Ok.…aku
nak keluar ni, nanti kita berbual lagi. Bye.” ujar Andrea lantas mematikan
perbualan. Wajahnya disembamkan diatas meja, fikirannya kusut.
Bunyi
nada dering handphonenya buat kali kedua memaksa dia untuk mengangkat wajahnya
kembali, pantas handphonenya dicapai. Bulat matanya melihat nama yang tertera
diskrin, Faye.
“Faye…hai.”
sapa Andrea.
“Hemm….I
dengar u akan uruskan sesi ujibakat bagi Clark & Louis Agency, baguslah I
gembira sangat bila dengar berita tu.” ujar Faye.
“U ni
kan…..cepat saja tahu berita ni, siapa yang bagitau u?.” Tanya Andrea, malas.
“Adalah…..kebetulan
pulak, I ada benda nak cakap dengan u.” ujar Faye. Andrea mengerutkan dahinya.
“Hal
apa?.” tanyanya. Faye ketawa. Andrea mula berasa was-was, pasti ada kaitan
dengan kerjanya. Faye pasti sedang merangcang sesuatu.
“Untuk
edisi istimewa Majalah Fashioniesta sempena ulangtahun ke-25 ni, isu yang kami
pilih untuk kali ini adalah ‘ BRIDE’S AND NATURAL ’ jadi pihak
pengurusan dan ahli lembaga pengarah semua bersetuju untuk memilih Tasik
Aquamarine sebagai lokasi pergambaran.” ujar Faye, Andrea terkejut.
“Oh tidak,
ini tak mungkin berlaku.“ Jerit hatinya.
“Kenapa
pulak pilih tempat ni sebagai lokasinya, tak ada lokasi lain ke yang boleh
dijadikan pilihan.” ujar Andrea, membantah.
“Hei
Darling….u patutnya gembira tau, pekan kelahiran u akan masuk majalah. Lepas ni
tentu ramai pelancong yang akan datang kesana.” ujar Faye, Andrea mendengus.
“Ala
tak masuk majalah pun, dah ramai yang datang. Pilihlah lokasi lain.” pujuk
Andrea.
“Eliss….”
tegur Faye. Andrea mengeluh, malas mahu bertegang urat lagi. Dia penat terlalu
penat.
“Ya
lah…..ya lah….tapi pergambaran tu hanya akan berlangsung sehari lepas sesi
ujibakat. Kita akan gunakan model dari Clark & Louis kan?.” Tanya Andrea.
“Of
couselah…..selama ni pun Majalah Fashioniesta memang gunakan model dari agensi
mereka kan.” ujar Faye.
“Manalah
tahu kalau-kalau u nak guna model dari agensi lain.” usik Andrea.
“Kami
dah biasa dengan mereka. Jadi u setuju ya, kita adakan pergambaran tu minggu
depan.” ujar Faye.
“Pastikan
semua persiapan dibuat dengan rapi, I tak nak nanti timbul sebarang masalah
pulak dalam pergambaran.” ujar Andrea, mengingatkan.
“Ok…..so
kita jumpa minggu depanlah. Bye….have a nice day.” ucap Faye sebelum mematikan
perbualan. Andrea mengeluh lagi, fikirannya semakin berkecamuk. Lepas satu,
satu masalah yang timbul. Dia sudah tidak tahu bagaimana hendak menangani lagi.
Dia
sudah sedaya upaya mencuba mengelak dari mempertaruhkan nama dan reputasi
Thomas dan Anna namun tidak berjaya dan sekarang Faye pula menambah kerisauannya.
Suara
gembira Stella dihujung sana cukup membingitkan telinganya. Perlahan-lahan dia
menjauhkan corong handphonenya dari memekakkan telinga.
“Sudah-sudah
la tu menjerit, sakit telinga aku ni.” ujar Andrea.
“Wah…..tak
sabarnya aku nak datang ke pekan kau. Boleh la aku cari peluang untuk kenal
dengan lelaki-lelaki hensome kat sana. Manalah tahu kot-kot nanti aku akan jadi
orang pekan kau.” ujar Stella.
“Apa-apalah….jangan
lupa pastikan semua peralatan dan krew bersedia, jangan ada yang tertinggal pulak.”
pesan Andrea.
“Jangan
bimbanglah….aku akan pastikan semuanya berjalan dengan lancar.” ujar Stella,
tahu bagaimana cara Andrea bekerja.
“Ha…..lepas
ni jangan kata aku tak pernah ajak kau datang sini pulak. Ni aku dah bagi
peluang untuk kau kenal dengan pekan dan orang-orang kat sini.” ujar Andrea.
“Aku
tahulah….ok, aku nak pergi selesaikan kerja yang tertangguh. Nak berkemas lagi.
Bye.” ujarnya sebelum mematikan talian membuatkan Andrea hanya mampu
menggelengkan kepala.
Beg
sandangnya dicapai sebelum keluar menuju ke garaj. Dia tersenyum, basikal
miliknya masih elok, perlahan-lahan disorongnya basikal keluar.
Kopi
yang masih bersisa didalam mug, diteguk sekaligus. Andrea memandang wajah
Thalia dan Sandra lama membuatkan mereka berdua kehairangan.
“Apa
hal kau pandang kami macam tu, ada yang tak kena dengan muka kami ke?.” tanya
Thalia. Andrea menggeleng sambil ketawa kecil.
“Aku
nak minta bantuan korang berdua sebenarnya, boleh?.” tanya Andrea.
“Dah
tentulah boleh, cakap saja.” ujar Thalia, Sandra mengangguk.
“Aku
nak upah korang berdua untuk jadi katering aku selama lima hari bermula minggu
hadapan.” ujar Andrea.
“Untuk
majlis apa?.” Tanya Sandra, hairan. Makcik Jane tidak pula memberitahu mereka,
kalau-kalau dia ingin mengadakan apa-apa majlis.
“Korang
tahukan pasal Program Pencarian Bakat Baru Model yang diadakan setiap tahun
pada bulan Mei. Jadi tahun ini, agensi kawan aku akan turut serta dalam
pencarian bakat baru tu dan dia minta aku untuk uruskan hal tu. Sebab tu aku
akan adakan ujibakat tu dekat sini.” ujar Andrea. Mereka berdua mengangguk.
“Lepas
daripada program tu, ada satu pergambaran akan berlangsung, pergambaran
apa…..aku tak boleh cakap. Korang kena tunggu jelah.” ujar Andrea, tersenyum.
Thalia dan Sandra saling berpandangan, masing-masing mengangkat bahu.
“Ok
tak ada masalah.” ujar Sandra. Andrea mengangguk.
“Pasal
hal tu, kau tak perlu risau. Kau tak payah bayar apa-apa. Aku dan Sandra
sponser je.” ujar Thalia.
“Betul
ke ni…..kalau macam tu lagi bagus, tak payah aku sain apa-apa cek untuk korang.”
ujar Andrea ketawa. Thalia dan Sandra juga.
“So
aku serahkan tugas ni untuk korang lah ya.” ujar Andrea, begnya disandang
kebahu, bersedia untuk melangkah pergi. Thalia dan Sandra hanya menghantar
pemergian Andrea dengan senyuman dan lambaian tangan.
Andrea
berbaring mengadap siling bilik tidurnya. Fikirannya merewang jauh, peristiwa
lama kembali menerjah diminda, peristiwa pahit yang cuba dibuang dari ingatan
namun semakin hampir program pencarian bakat bermula, peristiwa itu semakin kuat
merantai ingatan.
Puas
dia cuba menghalau memori lama dari terus menerjah ruang ingatannya namun ianya
tetap berlegar diruang fikiran tanpa mahu berganjak walau sedikitpun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan