EPISODE
18
Andrea berjalan
perlahan menyusuri jalan raya menuju ke kafe milik Thalia dan Sandra. Sengaja
dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki, sambil bersenam boleh juga mencuci
mata. Semalam mereka bertiga sudah berjanji untuk membawanya bersiar-siar
melihat perubahan pekan kelahirannya ini.
Kamera ditangan langsung tidak
dilepaskan, kelipan cahaya kamera tidak pernah berhenti memancar. Ada saja
permandangan yang ingin diambil. Sesekali dia tersenyum dan melambai tangannya
tatkala terserempak dengan semua penduduk Pekan Primrose yang sudah lama
dikenalinya.
Andrea mengeluh kepenatan, agak jauh
dia berjalan. Dia baru sahaja selesai menghantar hadiah pada pakcik Shawn dan
makcik Lucy serta pakcik Charlie dan makcik Mary. Malah makcik Mary berjanji
mahu memasakkannya pai pisang sebagai ganti.
Keenakannya
sudah mula terbayang diruang mata, sudah lama dia tidak menikmati keenakan pai
buatan tangan makcik Mary, dulu sewaktu masih menuntut di sekolah tinggi,
wanita itu sering menjamunya dengan pai pisang.
Bayangan pai pisang hilang dari
ingatannya bila kedengaran namanya dipanggil, Andrea menoleh. Kelihatan Sean
sedang menghampirinya, seketika kemudian mereka berjalan beriringan.
“Dari mana?.” Tanya Sean, earphone
yang terpasang ditelinganya ditanggalkan.
“Rumah.” ujar Andrea sepatah. Lama
direnung wajah lelaki itu, hairan kerana tiba-tiba sahaja lelaki itu bersikap
ramah hari ini.
Walhal sebelum ini, susah untuk mendengar
lelaki dihadapannya itu membuka mulut, ditanya sepatah….sepatah dijawabnya.
“Kenapa awak pandang muka saya macam
tu, ada yang tak kena ke?.” Tanya Sean, Andrea cepat-cepat menggeleng.
Hish….terlebih tilik pula, nasib baik tak kantoi.
“Sheriff……tak kerja ke?.” Tanya
Andrea bila melihat lelaki itu masih berpakaian sukan. Sean tersenyum.
“Selalunya saya suka berjoging dan
sarapan dulu sebelum masuk pejabat. Awak nak ke kafe ke?.” Tanya Sean, Andrea
mengangguk.
“Nak tuntut janji dengan mereka,
katanya nak bawa saya bersiar-siar kat pekan ni hari ini.” ujar Andrea sambil
tersenyum.
“Bagus lah kalau macam tu, kebetulan
saya pun nak kesana. Boleh kita pergi sama-sama.” ujar Sean. Andrea mengangkat
keningnya.
“Teman wanita Sheriff tak marah ke
kalau dia tengok kita berjalan bersama, nanti tak pasal-pasal muka saya lebam
pulak. Tak mahu saya dituduh cuba merampas hak orang.” ujar Andrea, bergurau.
“Tak apa….dia tak kisah.” ujar Sean.
Andrea menggeleng.
“Itu kata Sheriff.” ujar Andrea
lagi, Sean tersenyum.
“Tak perlu bimbang pasal tu, mari
kita pergi.” ujar Sean. Andrea mengangkat bahunya, dia memang tidak kisah tapi
dia bimbang jika dia disalah ertikan.
Pintu kaca ditolak, loceng angin
berbunyi menandakan ketibaannya membuatkan Thalia segera berpaling. Senyuman
terukir dibibirnya menyambut kedatangan Andrea dan Sean.
“Tak payah nak bagi senyuman mengoda
macam tu kat aku. Kita orang just terserempak je tadi ok.” ujar Andrea sambil
menarik kerusi.
“Lama-lama nanti adalah sesuatu
tu….tak sabar aku nak tunggu.” ujar Thalia, Andrea mencubit lengan Thalia
menyebabkan sahabatnya itu mengaduh. Segera dia berpaling mengadap Sandra.
“Sandra….tunggu apa lagi, sarapan
aku mana?.” Tanya Andrea membuatkan Sandra ketawa kecil.
Pinggan
berisi dua keping buttermilk pengkek berserta sirap maple dan buah strawberry
sebagai hiasan disorong kearahnya. Segelas susu segar juga sudah tersedia
menanti. Sementara untuk Sean pula, dua keping sandwish tuna dan segelas jus
oren menjadi hidangan sarapan paginya.
“Bagus….kalau service kau selalu
macam ni, aku pasti tak lama lagi, kedai kau ni akan bertambah maju.” puji
Andrea.
“Moga-moga doa kau tu akan jadi
kenyataan. Biar pekan kita ni makin maju.” ujar Thalia. Andrea mengangguk,
suapan demi suapan masuk ke mulutnya, tiada lagi bicara yang keluar dari
bibirnya.
Ekor matanya melirik kearah Sean
yang sedang menikmati sarapannya. Hatinya terasa sesuatu bila lelaki itu berbicara
dengannya, seolah-olah dapat dirasakan yang Aiden sedang berbual dengannya.
Andrea cepat-cepat menghalau rasa yang mula bersarang dihati, pergi.
Bunyi loceng angin sekali lagi
menarik perhatian mereka, mata masing-masing tertumpu pada pintu kaca. Seorang
perempuan melangkah masuk dengan senyuman sebelum menghampiri Sean. Mereka
berpelukan seketika.
“Kenalkan ini tunang aku, Sophia.”
ujar Sean memperkenalkan perempuan disisinya. Cermin mata ditanggalkan, dia
mengangkat tangannya.
“Hai saya Sophia.” ujarnya. Thalia
membalas senyumannya.
“Hai…..saya Thalia, ini Sandra…..itu
Marion dan yang sedang asyik menyuap makanan tu, Ann.” ujar Thalia, Andrea yang
sedang mengunyah makanan tersedak bila namanya disebut.
“Hai….” ujarnya sepatah, Sophia
tersenyum namun senyuman dibibirnya kelihatan aneh. Ada maksud tersirat disitu.
Andrea menggelengkan kepala, perasaannya saja. Bisik hati kecilnya, dia kembali
menyambung suapan untuk menghabiskan sarapannya.
“So, Sophia….nak makan apa?.” Tanya
Thalia.
“Apa-apa pun boleh, pengkek juga ok.”
ujar Sophia. Thalia mengangguk, dia berlalu ke dapur membawa pesanan Sophia.
“Kau jangan sedih ya….nanti aku
kenalkan kau dengan lelaki lain yang lebih hensome.” ujar Sandra membuatkan
Andrea ketawa kecil.
“Dah lama ke korang berdua kenal?.”
Tanya Sandra.
“Lima tahun….I kenal dia masa kat
Lacerta, masa tu dia masih berkhidmat dengan pasukan tentera.” ujar Sophia.
Sean hanya tersenyum manis mendengar butir bicara tunangnya itu.
“Lepas dia menamatkan kerjayanya di
Lacerta, dia berpindah ke sini, I pulak menetap di Tucana.” ujar Sophia lagi.
Thalia mengangguk, wajahnya dipalingkan kearah Andrea.
“Apa?.” Tanya Andrea hairan. Thalia
tersenyum hambar.
“Aku oklah.” bisiknya perlahan namun
jelas dipendengaran Sean menyebabkan lelaki itu berpaling kearahnya. Andrea
melemparkan senyuman, tidak mahu lelaki itu mengesyaki sesuatu.
“Jadi bila korang berdua nak kawin?.”
Tanya Sandra.
“Tengoklah bila ada tarikh yang
sesuai nanti.” ujar Sophia.
“Sophia ni sibuk sangat, baru nak
mulakan kerjaya sebagai jurugambar.” ujar Sean.
“Oh ya….kebetulan Ann pun seorang
jurugambar.” ujar Thalia, Andrea mengangguk bila namanya disebut walaupun dia
tidak tahu butir bicara mereka kerana fikirannya melayang jauh seketika tadi.
“Bagusnya…bolehlah nanti u tolong
kenalkan I pada mana-mana majalah.” ujar Sophia.
“Mestilah boleh…..kan Ann. Lagipun
dia ni jurugambar terkenal, selalu bekerjasama dengan Majalah Fashioniesta,
jadi dia kenal semua yang terlibat dalam dunia fesyen.” ujar Sandra, bahu
Andrea ditepuk lembut membuatkan gadis itu tersenyum.
“Majalah
Fashioniesta?, maknanya awak ni Andrea Elissa Carlson lah, jurugambar muda yang
baru sahaja memenangi Anugerah Jurugambar Muda Terbaik anjuran Persatuan
Jurugambar Antarabangsa bulan lepas, di Paris…..kan.” Tanya Sophia. Andrea
hanya mengangkat keningnya.
“Wah….tak
sangka pulak I, kita boleh bertemu kat sini. Jadi u tentu tak keberatan untuk
bantu kenalkan I dengan mana-mana majalah fesyen kan.” ujar Sophia. Andrea
tersenyum.
“Boleh
apa salahnya, nanti saya bagi nombor telefon beberapa orang penting yang
terlibat dalam dunia penerbitan majalah. Hujung tahun ni persatuan jurugambar
kebangsaan akan mengadakan majlis perjumpaan dengan ahli-ahli persatuan,
datanglah.” ajak Andrea.
“Tapi
I bukan ahli persatuan, boleh ke?.” Tanya Sophia, ragu-ragu.
“Kami
memang mengalu-alukan kedatangan ahli baru, jadi u tak perlu bimbang. Lagipun
bukan semua ahli persatuan ni merupakan jurugambar professional, ada dikalangan
mereka masih baru dan tak pernah terlibat dalam dunia fesyen.” ujar Andrea.
Sophia terdiam, masih berfikir lagi.
“Kalau
u bimbang sangat, nanti I minta bantuan seorang rakan untuk masukkan nama u
sebagai ahli baru. Jadi sebelum perjumpaan hujung tahun ni, nama u dah ada
dalam rekod mereka.” ujar Andrea meyakinkan Sophia.
“Kalau
macam tu terima kasih, untung juga I datang kesini….tak sia-sia. Manalah tahu
dengan pertolongan u, I boleh jadi seorang jurugambar hebat.” ujar Sophia,
Andrea mengangguk.
“Thanks
ya Ann sebab sudi bantu Sophia.” ujar Sean. Andrea sekadar mengangguk.
“Sayang….jom
I hantar u balik hotel, kejap lagi I dah nak masuk pejabat ni.” ujar Sean,
Sophia mengangguk.
“Oklah
semua….gembira dapat kenal.” ujar Sophia. Andrea hanya mengangguk. Ekor matanya
masih melirik kearah pasangan yang baru meninggalkan kafé, dia tersenyum
sendiri.
Alan
yang baru masuk terus meluru kearah Thalia, pelukan di eratkan sebelum pipi
isterinya itu dicium lembut. Dia memandang mereka semua dengan hairan.
“Siapa
perempuan cantik kat sebelah Sean tu?.” Tanya Alan.
“Tunang
dia.” ujar Thalia selamba.
“Ha….biar
betul. Selama ni tak pernah pun dia bagitau apa-apa pada I.” ujar Alan terkejut
dengan pengakuan Thalia.
“Takkan
semuanya dia nak cakap, mestilah ada sesuatu yang dia perlu simpan untuk diri
dia juga.” ujar Thalia, Alan mengangguk.
“Boleh
bagi kopi….kena pergi sekarang, nanti lambat, mengamuk pulak Sheriff kita tu.”
ujar Alan, Thalia mengangguk, dia mencapai cawan kertas bertutup lalu
menuangkan kopi panas sebelum dihulurkan pada suaminya.
“Nampaknya
Ann…..tak dapatlah aku nak jodohkan korang berdua.” ujar Alan hampa, Andrea
ketawa, sempat dia membaling gumpalan tisu kotor kearah lelaki itu membuatkan
Alan terus berlari keluar.
Andrea menongkat dahunya, sedari
tadi dia asyik memerhatikan Thalia dan Sandra yang begitu sibuk bekerja. Dia
mengeluh kecil, sebelum bangun, tidak mahu menganggu kerja mereka lagi.
“Hei girl’s…..aku keluar jalan-jalan
dulu, bosan la.” ujar Andrea. Thalia hanya memandang wajah Andrea lama. Sedar yang mereka terlalu
sibuk sehingga melupakan janji mereka untuk membawa Andrea keluar bersiar.
“Sorry sangat, terlalu sibuk dengan
tugasan sampai lupa janji kami pada kau.” ujar Thalia, kesal.
“Tak apalah…korang siapkan kerja
korang dulu, nanti baru kita pergi berkenalan dengan orang baru kat pekan ni.
Ada banyak masa lagilah.” ujar Andrea sambil tersenyum.
“Tapi….” Sandra mengaru kepalanya.
“Jangan
bimbang la…..aku bukan nak pergi jauh sangat. Nanti aku datang balik.” ujar
Andrea meyakinkan Thalia membuatkan wanita itu hanya mengangguk perlahan.
Andrea segera melangkah keluar meninggalkan café menuju ke kedai Marion.
“Hei girl…..nak tempah baju ke?.Kalau
kau nak, aku boleh reka baju yang paling cantik untuk kau.” ujar Marion, Andrea
menghempaskan punggungnya diatas sofa berangkai 3 disudut berhampiran tingkap.
“Tak nak lah, aku bukan pakai pun
baju cantik-cantik macam ni….tak kena dengan style aku lah.” ujar Andrea.
“Ala sesekali apa salahnya bergaya.”
ujar Marion, Andrea mencemik, rimas.
“Kalau kau nak sangat reka pakaian
aku, nanti bila aku kawin, kau buatkan aku sepasang gaun perkahwinan yang
cantik….boleh?.” Tanya Andrea. Marion mengangguk.
“Kalau
kau tak cakap pun memang aku akan buat untuk kau.” ujar Marion sambil tangannya
lincah membetulkan rantai Kristal yang tersangkut pada leher patung yang sudah
dipakaikan baju dress yang cantik berwarna merah darah ikan.
Andrea tersenyum, dia pantas merakam
gambar patung itu yang sudah lengkap berpakaian serta beberapa patung lagi yang
sudah berpakaian seperti itu.
“Dah la….malas aku nak layan kau.
Baik aku pergi berjalan nikmati pemandangan yang cantik waktu pagi ni.” ujar
Andrea sebelum mengangkat kakinya meninggalkan butik Marion.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan