Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Khamis, 27 September 2012

Gerhana Cinta Luka 17



EPISODE 17
            Andrea terjaga dari tidurnya bila kedengaran bunyi ranting pokok menyapa tingkap kaca, dia bergerak kearah tingkap, menarik langsir menutupinya. Agak menyeramkan bila bayang-bayang ranting itu kelihatan seperti tangan seekor raksaksa yang cuba untuk menangkapnya.
            Andrea kembali berbaring diatas katil, tidak jadi melelapkan matanya. Angin kuat diluar menyebabkan bunyi geseran daun kedengaran jelas pada gegendang telinganya. Kalau diikutkan hatinya, mahu saja dia memanjat naik ke atas bumbung tapi memandangkan ribut sudah mula melanda, dibatalkan saja niatnya.
            Hujan sudah mula turun mencurah, semakin lama semakin lebat. Andrea berganjak kembali ke tingkap, tempias hujan menyebabkan cermin tingkap basah.




            Lama dia tidak pulang ke pekan ini, terlalu banyak perubahan yang tidak sempat dia lihat. Petang tadi dia sempat melawat pusara ayah dan ibunya, memohon maaf kerana sudah lama dia tidak pulang menjenguk mereka.
           
“Kenapa jantung aku tiba-tiba terasa berdebar bila pandang wajah dia, jangan kata aku dah jatuh cinta pada lelaki itu. Jangan kata yang kata-kata Tom akan jadi kenyataan. Aiden tetap Aiden dan Sean tetap Sean.” ujar hatinya.
            “Tapi kenapa aku betul-betul nampak diri Aiden dalam diri Sean, seolah-olah lelaki itu adalah jelmaan Aiden. Wajah yang sama, sikap yang serupa. Jangan cari pasal Ann….lelaki itu bukan Aiden.” ujar hatinya lagi.




Handphonenya yang berbunyi nyaring menjerit minta diangkat. Andrea terus mencapainya, bimbang jika bunyi itu akan mengganggu tidur makcik Jane. Nama diskrin diperhati, pelik bila melihat nama Thomas disitu, pantas butang hijau ditekan.
            “Hello…..Tom, kenapa tiba-tiba kau call ni. Rindu aku ya.” usik Andrea. Thomas ketawa.
“Itu dah semestinya, tapi sebenarnya ada hal lain yang aku nak cakap.  Kau dah tidur ke?.” Tanya Thomas.
“Tadi ya…..sekarang aku dah terjaga.” ujar Andrea. Hujan lebat diluar mentenggelamkan sedikit suaranya.
“Maaflah kalau aku ganggu kau, aku ingatkan kau masih belum tidur lagi. Sebab selalunya bila aku call, kau masih lagi sedang mengadap komputer.” ujar Thomas.
“Penat memandu la.” ujar Andrea. Thomas ketawa.
“So macam mana semua orang?.” tanya Thomas.
“Ok je….sihat semuanya.” ujar Andrea.
“Eloklah kalau macam tu, kau rehat lah….ambil cuti lama sikit. Lupakan dulu buat sementara  semua kerja. Kau pun bukan selalu cutikan.” ujar Thomas. Andrea ketawa.
“Ha….apa hal, apa yang kau nak cakap sangat tu, bunyi macam penting je.” ujar Andrea.
“Memang penting bagi kau. Ingat tak hari tu kau ada tanya aku samaada agensi kita terlibat tak dengan pencarian bakat baru model tahun lepas.” ujar Thomas.
“Ingat lah….kenapa?kan kau kata agensi kita tak terlibat.” Tanya Andrea hairan.
“Memanglah agensi kita tak terlibat, tapi Dolce & Hatch Agency terlibat.” ujar Thomas.
“Dolce & Hatch Agency, milik Julia dan Rick tu ke?.” Tanya Andrea.
“Yup.…yang tu lah.” ujar Thomas. Andrea mengetap bibirnya, kenapa dia boleh terlupa pada agensi milik Julia itu agaknya, sedangkan dia pernah juga bekerjasama dengan model dari agensi itu Cuma sejak mereka memiliki jurugambar sendiri, dia tidak lagi bekerjasama dengan mereka.
“Macam mana aku boleh lupa pasal mereka, tapi mana pulak mereka tahu tentang hal tu.” Tanya Andrea. Thomas ketawa.
“Semalam aku jumpa Julia, kami berbual pasal model baru agensinya yang kurang berdisiplin…..tup-tup aku tergerak hati nak tanya, dia pulak terus bagitau aku yang agensi dia memang terlibat dengan pencarian bakat baru tahun lepas. Aku pun apa lagi, terus cerita pasal kau.” ujar Thomas.
“Dah tu apa yang dia cakap lagi.” tanya Andrea.
“Dia tak pasti yang mana satu model yang kau nak cari, jadi dia minta kau call Nick tanya, sebab dia yang uruskan hal ni.” ujar Thomas.
“Nick Hunter?.” Tanya Andrea.
“Yer lah….Nick mana lagi yang kita kenal.” ujar Thomas selamba.
“Kalau dia….alamatnya aku kena fikir sepuluh kali sebelum call dia.” ujar Andrea. Thomas ketawa.
“Kau nikan, tak faham aku……Nick tu sikit punya hensome macam pelakon Bradley James, tu pun kau tolak. Kau ni nak pilih yang macam mana lagi.” Tanya Thomas.
“Ha dah….tak payah nak nak jadi matchmaker pulak. Nantilah aku call dia, lepas aku fikir.” ujar Andrea.
“Suka hati kau lah, eh! tapi kan…..kau kenapa tiba-tiba tanya  pasal hal tu, ada apa-apa ke.” Tanya Thomas.
“Kalau aku tanya tu mestilah ada sebab…Encik Clark oi.” ujar Andrea.
“Ala aku tahu…..mesti ada kaitan dengan kes pembunuhan bersiri tu kan.” ujar Thomas.
“Kalau dah tahu….buat apa kau tanya lagi.” ujar Andrea, geram. Thomas ketawa.
“Kau jangan fikir sangat pasal hal ni, nanti memudaratkan kesihatan kau pulak.” ujar Thomas. Andrea tersenyum.
“Kau masih dekat kelab lagi ke?.” tanya Andrea, bunyi bising didalam handphonenya membolehkan dia mengagak dimana lelaki itu berada.
“Yup….” ujar lelaki itu sepatah.
“Dah pukul 3 ni, kau tak balik lagi ke?.” tanya Andrea.
“Selagi tak tutup, mana aku boleh balik.” ujar Thomas sambil ketawa. Andrea menggeleng. Tahu sangat kegemaran Thomas yang satu itu.
“Siapa lagi yang ada kat sana?.” tanya Andrea.
“Macam biasa la, aku angkut satu agensi, Ben pun ada, kau nak cakap dengan dia.” usik Thomas.
“Tak nak….jangan bagitau dia yang kau tengah cakap dengan aku.” ujar Andrea memberi amaran membuatkan Thomas ketawa kuat. Mujur juga bunyi bising membuatkan ketawanya tidak didengari.
“Aku nak tanya kau sesuatu boleh?.” tanya Thomas, setelah lama mendiamkan diri.
“Sejak bila pulak kau pandai minta izin ni, selalunya main redah jer.” usik Andrea, Thomas pula ketawa.
“Kau dah lama tak pergi jumpa dengan Dr. Youth, kenapa?.” tanya Thomas, prihatin.
“Malas lah....lagipun kau sendiri tahu, enam tahun aku buat terapi dengan dia, masalah aku tak jugak selesai. Aku masih lagi macam dulu, tak ada perubahan.” adu Andrea.
“Kau masih makan lagi ubat yang dia bekalkan.” tanya Thomas lagi.
“Tak…..aku dah berhenti sejak 2 tahun lepas, tapi aku masih simpan lagi senarai ubat yang dia bagi. Manalah tahu kalau satu masa nanti aku perlukan ubat  tu balik.” ujar Andrea. Thomas terdiam, terbit rasa simpati pada Andrea.
“Kau ada pergi lawat Aiden?.” tanya Andrea, perlahan. Thomas mengeluh.
“Ada….petang semalam aku pergi. Aku bawa bunga kesukaan dia, kekwa putih.” ujar Thomas.
“Bunga lili hitam tu masih ada kat situ?.” tanya Andrea.
“Masih lagi ada, kenapa?.” tanya Thomas.
“Tom….sepanjang kau melawat Aiden, kau pernah nampak tak siapa gerangan pemilik lili hitam tu.” tanya Andrea.
“Tak pulak. Bertahun-tahun aku kesana tapi aku tak pernah terserempak dengan pemilik lili hitam tu. Dia macam tahu ada orang cari dia, sebab tu dia boleh elak.” ujar Thomas. Andrea mengangguk.
“Oklah…apa-apa hal nanti kau rujuk pada Nick ya. Manalah tahu kalau dia kenal orang yang kau nak cari tu.” ujar Thomas.
“Ok…..selamat malam Tom…..terima kasih atas pertolongan kau tu. Kirim salam pada Anna.” ujar Andrea sebelum memutuskan perbualannya dengan Thomas. Handphone di campakkan keatas meja disebelah katil, dia menarik selimut sebelum menutup mata.
            Esok-esok sajalah dia fikir samaada dia perlu menghubungi Nick atau tidak. Dia perlu bersedia dari segi mental sebelum berbicara dengan lelaki itu.

2 ulasan:

  1. bile novel tragedi cinta akn kuar di pasaran????

    BalasPadam
  2. nurul diela....

    tak pasti bila tapi insyaallah tak lama lagi. tgh tunggu pihak admin kakinovel bagitau saja bila tarikhnya. nanti sah dapat tau, eila postkan kat blog...

    BalasPadam