Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Khamis, 27 September 2012

Gerhana Cinta Luka 16



EPISODE 16
    Andrea menanggalkan apron yang dipakainya, dia menarik nafas lega bila memandang hidangan yang sudah tersedia diatas meja. Rumah agam makcik Jane masih cantik biarpun sudah lama ditinggalkan.
            “Dah siap semua.” Tanya Makcik Jane. Andrea mengangguk.
            “Kalau macam tu, pergilah berehat kat ruang tamu. Biar makcik saja yang habiskan kerja ni.” ujar makcik Jane. Andrea menggeleng.
            “Tak apalah….Ann temankan makcik, kita boleh berbual.” ujar Andrea sambil menarik sebuah kerusi lalu duduk. Makcik Jane tersenyum, tangannya ligat mencuci pinggan mangkuk yang kotor.
            “Kenapa tiba-tiba ubah fikiran ni, sebelum ni puas makcik pujuk kamu supaya ikut makcik balik tapi kamu selalu mengelak. Macam-macam alasan yang kamu bagi pada makcik.” ujar makcik Jane. Andrea tersenyum.
            “Entah la….Ann pun tak tahu kenapa tiba-tiba Ann tergerak hati nak balik. Dah sampai seru kot.” ujar Andrea ketawa. Makcik Jane menggeleng.
            “Makcik tentu sedihkan bila Ann tak nak balik. Ann minta maaf ya makcik, Ann tahu Ann tak patut buat semua tu. Sejak mak dengan ayah meninggal, makciklah yang jaga Ann, tapi bila Ann dah besar….Ann abaikan makcik pulak. Ann memang tak patut buat semua tu kan.” ujar Andrea perlahan, kepalanya ditundukkan kebawah, terasa kelopak matanya mula digenangi air.
            “Jangan cakap macam tu, makcik faham kenapa Ann tak nak balik dan makcik tak pernah salahkan Ann. Lagipun kan makcik selalu kesana. Seingat makcik, makcik lebih banyak habiskan masa kat Lacerta berbanding Pekan Primrose.” ujar makcik Jane, Andrea mengangguk mengakui kebenaran kata-kata makciknya.




            Bunyi loceng pintu membuatkan Andrea bergegas menuju ke pintu, dia sempat membetulkan pakaiannya sebelum memulas tombol.
            “Masuklah.” pelawanya bila melihat Thalia, Sandra dan Marion datang bersama keluarga masing-masing. Tidak ketinggalan juga pakcik Harry dan  Sean.
            Hanya pakcik Shawn, pakcik Charlie, makcik Lucy dan makcik Mary saja yang tidak dapat bersama mereka. Begitu juga dengan ibubapa Thalia, Hannah, Sandra, Alan dan Marion yang tidak dapat turut serta kerana pergi melancong keluar negara.
            “Semua orang kirim salam, mereka minta maaf sebab tak dapat datang malam ni.” ujar Thalia. Andrea mengangguk.
            “Tak apalah, ada masa lagi aku nak jumpa dengan mereka.” ujarnya.
            “Wah….sedapnya bau.” puji Vince, sebaik kakinya memijak lantai ruang tamu. Makcik Jane hanya tersenyum.
            “Jemput lah duduk, mari kita makan dulu. Nanti kalau dah sejuk, tak sedap pulak.” pelawa makcik Jane, masing-masing mengambil tempat. Perut yang berkeroncong minta diisi menyebabkan mereka tidak bertangguh lagi.
            “Masakan makcik memang superb, agaknya kalau makcik buka restoren, mau bungkus perniagaan Sandra dan Thalia nanti.” ujar Zach, Sandra mencemik, geram mendengar usikan suaminya itu. Tapi dia turut mengakui, air tangan makcik Jane memang susah untuk ditandingi mereka.




            Gelak ketawa dan bual bicara menghiasi suasana dimeja makan, masing-masing galak bercerita tentang pelbagai peristiwa yang pernah berlaku sepanjang ketiadaan Andrea.
            “Akhirnya pakcik Shawn dan makcik Lucy jadi jugak kawin. Tak sia-sia pakcik Shawn habiskan masa pikat makcik Lucy dulu. Sayangnya Ann tak ada, kalau tak….boleh jadi jurugambar majlis perkahwinan mereka.” ujar Andrea. Pakcik Harry ketawa.
            “Tak apa…..nanti bila majlis kawin pakcik dengan makcik kamu, kamu boleh lah jadi jurugambar kami.” ujar pakcik Harry, Andrea ketawa.
            “Kamu jangan dengar pakcik Harry kamu ni merepek, siapa nak kawin dengan dia.” ujar makcik Jane. Andrea hanya ketawa, dia tahu mereka berdua memang sudah lama menyukai Cuma malu untuk meluahkan rasa hati.
            Sejak kecil dia sering melihat betapa lelaki itu cukup mengambil berat tentang keadaan makciknya dan sering menjadi tempat untuk makciknya meluahkan rasa hati. Lelaki itu menjadi pendengar setia dan pendorong makciknya. Andrea tersenyum, turut merasa gembira bila melihat ada lelaki yang mengambil berat tentang makcik kesayangannya itu. Selesai menjamu selera, masing-masing berkumpul diruang tamu.
Andrea mengeluarkan beberapa beg kertas berisi hadiah lalu diberikan kepada mereka, saudara dan teman rapat. Raut wajah mereka kelihatan sudah tidak sabar untuk melihat apa yang mahu diberi Andrea.
“Buka lah….tengok. Hope u’ll like it.” ujar Andrea. Thalia menjadi orang pertama.
“Wow….cantiknya. Thanks girl.” ucapnya. Andrea mengangguk. Giliran Sandra dan Marion pula.
“Oh….we love it.” ujar mereka serentak. Andrea tersenyum. Gembira bila melihat mereka semua gembira menerima hadiah darinya.
“Maaflah sebab lambat bagi hadiah ni, sepatutnya aku bagi bila korang dah tamat pengajian dulu.” ujar Andrea perlahan. Rasa bersalah kembali menghantui hatinya. Thalia cepat-cepat mencapai tangan Andrea lalu digenggam erat.
“Tak apa…..kami tak kisah pun. Bagi kami, kau dah balik semula kesisi kami ni pun dah lebih dari cukup.” ujar Thalia bagi pihak mereka bertiga, Sandra dan Marion mengangguk. Andrea tersenyum.
“Aku tak tahu nak beli apa untuk korang, so aku pilih apa yang boleh.” ujar Andrea sambil menghulurkan tiga buah beg kertas pada Alan, Vince dan Zach.
“Hei….beg sandang koleksi terbaru Auther Philips. Thank a lot Ann, kami memang nak beli, tapi tunggu ada sale la. Ha…..jangan jeles.” ujar Alan bagi pihak Zach dan Vince. Dia tahu harga beg itu cukup mahal malah jika diberi potongan harga juga masih mahal. Beg berwarna hitam itu ditayangkan ke muka Thalia.
Thalia mencemik, tak hairan pun, baginya hadiah pemberian Andrea padanya lebih berharga dari beg milik Alan.


Manakala untuk makcik Jane, dia menghadiahkan sebuah beg tangan koleksi terbaru dari Marcella Maurice, antara pereka terkenal kelahiran Alamas selain Auther Philip dan  untuk pakcik Harry pula, dia membelikan sehelai baju sejuk keluaran Donald Hammer, juga pereka fesyen kelahiran Alamas. Barang permainan  pula dibeli sebagai hadiah untuk Justin,  Tanessa, Patrick dan Melinda.
“Ini untuk mereka yang tak dapat hadir malam ni. Nanti bila mereka balik, boleh la Ann bagi.” ujar Andrea lalu meletakkan beg-beg kertas itu ditepi.
“Itu jer.…untuk Sean mana?.” Tanya Thalia, hairan. Andrea menggigit bibirnya.
“Sorry….aku tak tahu kita ada orang baru kat Pekan Primrose ni dan kau pulak tak cerita apa-apa pasal hal ni, so aku tak prepare apa-apa untuk dia.” ujar Andrea, kepalanya digaru. Thalia menepuk dahinya, bagaimana dia boleh terlupa tentang hal itu, memang terang-terang itu salah dia.
“Tak apa….tak perlu.” ujar Sean, mula bersuara setelah agak lama mendiamkan diri.
“Tak boleh, nanti saya gantikan dengan sesuatu yang lain.” ujar Andrea. Sean mengangkat bahunya.
Sudah menjadi adat penduduk pekan ini, mengalukan tetamu dan orang baru dengan hadiah mahupun masakan sebagai tanda pengenalan dan pengikat tali persahabatan.
“Sebelum  aku terlupa, aku ada satu lagi hadiah istimewa untuk korang.” ujar Andrea, sebuah hadiah besar berbalut kertas dihulurkan pada Thalia.
“Apa ni?.” Tanya Thalia.
“Bukalah.” desak Andrea. Thalia, Sandra dan Marion sama-sama mengoyak kertas itu.
“Cantiknya….” ujar mereka. Gambar lima ekor angsa putih yang sedang terbang dalam bentuk satu formasi v terpampar diruang mata mereka.
“Angsa-angsa tu melambangkan persahabatan kita berlima. Biarpun Hannah dah tak ada lagi bersama kita, tapi kenangan manis kita berlima masih tersemat kukuh dihati….kan.” ujar Andrea. Thalia, Sandra dan Marion mengangguk, mereka berpelukan.




Andrea mendongak ke langit, tiada bintang dan bulan yang menghiasi. Awan kelihatan mendung, mungkin hujan akan turun lewat malam nanti. Keluhan halus kedengaran keluar dari bibirnya, dia bersandar ditiang besar, punggungnya dilabuhkan diatas beranda.           Andrea berpaling bila mendengar seseorang berdehem dibelakangnya.
“Rindukan Hannah?.” Tanya Thalia. Andrea mengangguk.
“Kami pun rindukan dia, kalau dia masih ada sekarang ni, tentu dia dah jadi ahli astronomi kan.” ujar Sandra, Andrea ketawa.
“Mungkin la kot, tak pun dia jadi cikgu sains.” ujar Andrea. Marion mengangguk.
“Budak-budak kat sini semua sukakan dia, jadi tak hairanlah kalau dia mungkin boleh jadi cikgu.” ujar Thalia. Mereka ketawa.
“Pembunuh Hannah masih tak dapat ditangkap lagi ke?.” Tanya Andrea, tiba-tiba.  Tawa Sandra dan Marion mati, Thalia menggelengkan kepalanya.
“Pihak polis masih tak dapat jejak siapa dia.” ujar Sandra. Andrea mendengus.
“Tapi dah 10 tahun berlalu, takkan tak ada maklumat lain. Ataupun kes ni ditutup sebab kurang bukti.” Tanya Andrea.
“Bukan macam tu, pakcik Harry dah berusaha keras untuk kumpul bukti, malah lepas dia bersara pun, dia masih lagi berusaha. Sekarang Sean dan Alan pulak yang bantu dia.” ujar Thalia. Andrea diam, bibirnya digigit, perlukan dia menceritakan tentang apa yang perlah dan sedang dilaluinya pada sahabat-sahabatnya ini atau mendiamkan saja. Dia tidak mahu dituduh gila atau paranoid.
Lamunan Andrea mati bila bahunya ditepuk lembut oleh Thalia. Dia hanya tersenyum, bila ditanya lantas diajak mereka masuk bila angin kuat menyapa.




Andrea dan Makcik Jane berdiri di halaman memerhatikan tetamu-tetamu mereka yang mula beransur pulang. Selendang panjang yang membaluti tubuhnya ditarik kemas melingkari tengkuknya. Angin semakin kuat bertiup.
“Terima kasih makcik Jane atas jemputan makan malam tadi, memang sedap. Lain kali giliran kami pula.” ujar Alan. Makcik Jane hanya tersenyum, mengangguk.
“Kita jumpa esok.” ujar Thalia, Andrea mengangguk.
“Jangan bimbang….kita ada banyak masa lagi untuk bercerita. Aku bercuti panjang sekarang ni.” ujar Andrea. Marion tersenyum.
“Esok kau datang ke kafe ya.” ujar Marion lagi. Andrea hanya mengangguk.
“Pergilah masuk, jangan lupa pastikan pintu dan tingkap berkunci, mungkin ribut akan melanda lewat malam nanti.” pesan pakcik Harry.
“Makcik pergi masuk dulu, biar Ann yang kunci pintu pagar.” ujar Andrea.
“Makcik tunggu kat sini, pergilah.” ujar makcik Jane, Andrea mengangguk. Dia berjalan pantas menghampiri pintu pagar.




Cepat-cepat Andrea menyambar sekeping kertas yang terselit dicelah pintu pagar, sebelum ada yang melihat. Dibuka lipatan kertas itu, sebelum bibirnya terkumit-kumit membaca.

Welcome home…
tapi jangan gembira sangat dengan kepulangan kau,
takut nanti ada sesuatu yang buruk berlaku lagi.
           
Andrea mengeluh, kertas itu dicampakkan keluar, masuk kedalam longkang. Dia mengangkat tangan melambai kearah tetamunya yang sedang melepasi pintu pagar.
            Andrea melangkah menuju kearah makcik Jane yang sedang menanti, sebaik kereta mereka semua hilang dari pandangan. Pintu ditutup dan dikunci rapat, masing-masing melangkah masuk ke bilik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan