EPISODE
15
Bunyi loceng angin dipintu masuk
menarik perhatian mereka berempat. Thalia segera bangun dan menghampiri dua
lelaki yang sedang berdiri berhampiran kaunter, mereka berpelukan. Thalia
segera menarik tangan seorang lelaki menghampiri meja Andrea.
“Aku rasa korang dah kenalkan, so
aku tak payah kenalkan lagi lah ya.” ujar Thalia. Andrea mengangkat tangannya.
Tubuh lelaki itu dipeluk erat. Thalia hanya menggeleng, sedikitpun dia tidak
marah.
“Akhirnya semua anggota LGG dah
kembali bersama semula, detik yang ditunggu-tunggu akhirnya menjelma.” ujar
Alan membuatkan Andrea ketawa.
LGG atau singkatan bagi Lilipop
Girl’s Group merupakan nama yang direka oleh Hannah untuk mencerminkan identiti
mereka. Semenjak kecil sehingga meningkat usia remaja, gula-gula berbatang
pelbagai perisa buah-buahan itu tidak pernah ditinggalkan namun bila Hannah pergi,
gula-gula itu kian pudar dari kamus hidup mereka.
“Wah….kau sekarang dah famous, aku
selalu tengok gambar kau kat majalah.” ujar Alan ramah mengembalikan Andrea ke
dunia mereka semula. Andrea tersenyum.
“Majalah Fashioniesta?.” Tanya
Andrea. Alan mengangguk.
“Kami tengok gambar kau kat dalam
majalah Fashioniesta, Thalia gunting dan framekan. Itu saja cara kami lepaskan
rindu pada kau.” ujar Marion, jarinya dihalakan kearah dinding.
Senyuman Andrea mati tiba-tiba bila
terpandang gambarnya yang terlekat disitu, gambar ketika dia memenangi Anugerah
Jurugambar Muda Terbaik.
“Sorry…..aku tak patut buat korang
macam tu. Aku sepatutnya dah lama balik jumpa korang kan.” ujar Andrea
perlahan.
“Tak payah ingat lagi pasal tu, kau
dah balik ni pun kitaorang dah bersyukur sangat.” ujar Thalia lantas tubuh
Andrea dipeluk erat. Marion dan Sandra juga tidak ketinggalan.
“Aku
tak sangka, korang berdua kawin. Seingat akulah, korang dulu musuh ketat.
Pantang berjumpa, asyik bergaduh je.” usik Andrea sambil mengesat air mata yang
mula bergenang. Sandra dan Marion ketawa.
“Tulah….aku pun macam tak percaya
jugak, tapi orang tua-tua selalu kata, jangan benci terlampau, takut nanti
jatuh sayang pulak.” ujar Thalia. Alan mengangguk.
“So jadi tak kau terjun tasik bila kau
dapat rasa kau dah jatuh cinta pada Alan dulu?.” Tanya Andrea, cuba
mengingatkan mereka tentang kata-kata Thalia satu ketika dulu.
“Mulanya aku memang nak terjun, tapi
Alan tak kasi. Dia takut kalau aku lemas.” ujar Thalia.
“Sebenarnya aku bukan takut sangat
dia lemas, Cuma kasihankan ikan kat tasik tu, mati sebab tak cukup air.” ujar
Alan selamba membuatkan Thalia segera menghadiahkan satu cubitan dilengan
kirinya. Dia sememangnya akui, ketika zaman remajanya dulu, tubuhnya agak
gempal jika dibandingkan dengan sahabatnya yang lain. Malah masing-masing punya
sikap dan sifat berbeza.
Hannah
lebih suka menjadi pendengar, Marion selalu menjadi penasihat mereka dalam cara
berpakaian, Sandra paling rajin memasak untuk mereka, Andrea pula sering
bertindak sebagai pelindung dan dia pula menjadi penyokong setia mereka. Biarpun
berbeza tapi ada sesuatu yang mendekatkan mereka berlima, kasih sayang.
“Korang berdua ni tak habis-habis
bergaduh. Aku ingatkan bila dah kawin, korang berbaik, ini tak….lain pulak yang
jadi.” ujar Andrea, kepalanya digelengkan, lucu mengenangkan sikap mereka
berdua.
“Bergaduh tu dah jadi rutin harian
mereka….Ann, mana boleh tak bergaduh sehari…..boleh sesak nafas jadinya.” ujar
Sandra. Thalia dan Alan serentak mengangguk membuatkan Andrea ketawa kecil.
“Ada jugak ya, pasangan yang memang
suka bergaduh….hairan betul aku.” ujar Andrea, kepalanya digaru.
“Itu kau baru tengok perang mulut,
belum lagi masuk bab gusti.” ujar Alan. Andrea melopong, biar betul.
Thalia mengangguk, menambahkan lagi
keraguan Andrea. Dia menggelengkan kepala tidak percaya. Belum pernah dia
mendengar ada pasangan yang menjadikan pergaduhan sebagai pengerat kemesraan.
“Mana anak-anak korang?.” Tanya Andrea,
kepalanya dijenguk kekiri dan kanan.
“Kat sekolah la.” ujar Sandra.
Thalia dan Marion mengangguk.
“Nanti kami kenalkan mereka pada
kau.” ujar Marion. Andrea mengangguk dan tersenyum.
“Tak sabar aku nak jumpa si comel tu
semua, mesti cantik dan hensome macam mak dan ayah mereka kan.” puji Andrea.
“Mestilah…..tengok
pulak siapa mak dan ayah mereka.” ujar Alan, kolar bajunya diangkat sedikit.
Andrea berpura-pura mahu muntah, menyampah bila mendengar kata-kata Alan,
pantang dipuji. Thalia hanya ketawa, bahu Andrea dicubit lembut.
“Kau tahu tak Ann…..Justin seorang
yang penyayang, penuh kreativiti dan sensitive orangnya, dia banyak
mengingatkan aku pada kau. Tanessa pula sering mengingatkan aku pada Hannah,
sikap dia yang suka menjadi pendengar buat aku fikirkan yang dia adalah jelmaan
Hannah.” ujar Thalia.
“Aku
selalu berdoa semoga persahabatan mereka berempat kukuh seperti mana
persahabatan kita berlima.” ujar Sandra pula. Andrea mengangguk, dia juga
berharap begitu. Andai suatu hari nanti dia punya anak perempuan, dia juga mahu
anaknya seperti Hannah.
“Ha….Ann, kau bila lagi?.” Tanya
Alan.
“Aku?.....aku akan fikirkan pasal
hal tu, bila pembunuh Hannah dah ditangkap nanti.” ujar Andrea tenang
membuatkan Thalia, Sandra dan Marion terdiam.
“Kau dah balik rumah makcik Jane
ke?.” Tanya Sandra, cepat-cepat dia mengalihkan tajuk perbualan, tidak mahu
melihat Andrea terus tenggelam dalam peristiwa itu. Andrea menggeleng.
“Aku singgah sini dulu.” ujar Andrea
sambil menghirup kopi panas. Thalia memandang Sandra dan Marion.
“Dia dah tahu kau nak balik.” tanya
Sandra. Andrea menggeleng.
“Aku nak buat surprise kat dia. Hope
dia tak ada sakit jantung dah la.” ujar Andrea, Thalia ketawa. Lengan Andrea
dicubit membuatkan gadis itu mengaduh sakit.
“Jangan jadi macam tu dah la, tak
pasal-pasal nanti kau tidur dalam lokap. Disabitkan kesalahan membunuh tanpa
niat pulak.” ujar Marion sambil ketawa.
“Ala….apa guna si Alan ni ada kalau
tak boleh tolong jamin aku keluar.” usik Andrea.
“Oh ho…..aku tak boleh buat macam
tu, melanggar undang-undang. Nanti aku pulak yang terpaksa join kau tidur dalam
lokap.” ujar Alan sambil ketawa. Andrea berhenti ketawa, dia teringatkan
sesuatu.
“Eh, Sandra…..Zach tu doktorkan.”
Tanya Andrea. Sandra mengangguk.
“Kenapa?.” Tanya Sandra kembali.
“Kalau dia doktor, mesti dia kerja
kat pusat perubatan pekan ni kan….habis tu Makcik Lucy macam mana?.” Tanya
Andrea.
“Still ada lagi la kat sana, Zach ni
doktor bedah. Sekarang kita ada 3 doktor selain makcik Lucy dan Zach. Seorang
lagi doktor Ruby Rivera.” ujar Sandra sambil tersenyum.
Andrea mengangguk, sedar yang dia
begitu banyak ketinggalan tentang perkembangan pekan kelahirannya ini.
“Tak apa….nanti kau kenallah orang
baru kat pekan ni. Aku akan jadi pemandu pelancong kau.” ujar Marion. Andrea
ketawa kecil, dia mengangguk.
Mata
Andrea melirik kearah seorang lelaki muda yang duduk dihadapan kaunter, sedari
tadi dia memerhatikan lelaki itu namun bila asyik berbual, dia lupa untuk
bertanya siapa gerangannya dan tambah menghairankan
bila melihat lelaki itu lengkap berpakaian seragam, yang dulunya dipakai oleh
pakcik Harry. Lengan Thalia dicuit.
“Mana pakcik Harry?.” Tanya Andrea.
Thalia tersenyum.
“Lupa pulak aku nak bagitau kau, pakcik
Harry dah bersara, 2 tahun lepas dan sekarang yang gantikan tempat dia tu, anak
saudara dia.” Andrea mengangguk. Mungkin benar sahabatnya itu, terlupa.
“Oh…..jadi tu Sheriff baru lah ya.”
ujar Andrea. Thalia mengangguk.
“Sean Richard Andrew…..Andrea Elissa
Carlson.” ujar Thalia memperkenalkan keduanya. Saat Sean berpaling mengadapnya,
Andrea tergamam sekaligus menyebabkan jantungnya berdengup pantas, wajah lelaki
itu benar-benar mirip Aiden.
Andrea melemparkan senyuman dan mengangkat
keningnya, Cuba mengawal gemuruh dihati sementara lelaki itu hanya mengangkat
tangan.
“Aiden….” bisik hati Andrea, bezanya
lelaki dihadapannya ini tidak memakai cermin mata. Lengannya dicuit Sandra.
“Hensomekan macam Timothy Olyphants,
pelakon yang menjadi kegilaan Marion masa belajar dulu.” bisik Sandra. Andrea
menutup mulutnya, mengawal ketawa agar tidak terlalu kedengaran.
“Hoi….mengumpat aku la tu.” ujar
Marion berpura-pura marah. Andrea tersenyum.
“Kau minat Timothy Olyphants yek.”
usik Andrea. Marion meletakkan tangannya dibibir.
“Tu dulu…..sekarang aku Cuma minat
kat Mr. Corina jer, tak ada lelaki lain lagi, jadi kau boleh ambil Sean tu.” ujar Marion. Andrea menumbuk bahu
Marion lembut.
“Kau ingat dia bola ke, entah-entah
dia dah ada teman wanita. Silap-silap hari bulan, kena belasah aku.” ujar
Andrea. Thalia menggeleng.
“Dia single lagi la.” ujar Thalia.
“Mana kau tahu?.” Tanya Andrea.
“Aku tahu la, Alan kan Timbalan
Sheriff.” ujar Thalia. Alan mengangguk.
“Itu
kata kau, entah-entah dia dah ada yang punya, tapi tak cakap.” ujar Andrea,
menyangkal.
Alan
menggeleng, pasti maklumatnya benar. Lagipun setiap kali dia mengusik ketuanya
itu, Sean hanya ketawa dan tersenyum sambil menggelengkan kepala.
“Kalau kau berminat, aku boleh
usahakan. Sean tu baik, walaupun dia agak pemalu sikit dengan perempuan yang
dia tak kenal.” ujar Alan. Andrea menggeleng, terhibur sedikit dengan gelagat
mereka.
“Tak apalah, aku tak berminat.
Mungkin lain tahun kau boleh cuba jodohkan aku dengan orang lain.” ujar Andrea
selamba.
“Alan….mari kita pergi.” ajak Sean.
Alan mengangguk, dia mencium dahi Thalia sebelum menghampiri ketuanya itu.
“Bye semua….” ucap Alan dan Sean
serentak sambil melambaikan tangan dan dibalas mereka semua yang masih tidak
berganjak dari meja makan.
“Malam
nanti kami berdua kenalkan kau pada Zach dan Vince.” ujar Sandra. Andrea
mengangguk.
Dia
menghabiskan sarapannya sambil ditemani Marion sementara menunggu Thalia dan
Sandra menyiapkan kerja sebelum mereka kembali ke rumah agam makcik Jane.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan