Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Khamis, 24 Mei 2012

Gerhana Cinta Luka 10


EPISODE 10
Kereta Nissan Latio berwarna putih terpakir ditempatnya, pemiliknya turun sebelum berlari anak menuju ke pintu masuk Eco-mart Supermarket dalam rintik-rintik hujan yang turun semakin lebat. Bakul yang tersedia ditepi pintu masuk diambil sebelum dia mengekori langkah Andrea yang sedang menolak troli.
Dia mengekalkan jarak yang selamat, tidak mahu gadis itu perasan dengan kehadirannya. Sudah tujuh tahun dia mengekori gadis itu, setiap gerak langkah gadis itu diperhatikan. Dia perlu tahu segalanya tentang gadis itu, untuk memudahkan kerjanya.




Andrea sibuk memilih barang dapur untuk memenuhi ruang dalam peti sejuk dan kabinet barang kering. Dia hanya membeli barangan dapur dua bulan sekali, lagipun dia tinggal sendiri dan kebanyakan masanya pula dihabiskan di studio kerana itu dia jarang membeli barangan basah.
Empat kotak susu segar jenama Dutch Lady dan tiga kotak susu coklat jenama Marigold HL diambil. Kepalanya dijenguk kedalam troli, semua keperluannya sudah dipenuhi. Dia berlalu ke kaunter untuk membayar.
Andrea melemparkan senyuman pada pekerja wanita yang berdiri dihadapannya, senyumannya dibalas. Selesai membayar, dia berlalu pergi. Hujan mula berhenti, awan mendung yang tadinya sarat dengan isinya sudah berlalu pergi. Troli disorong menghampiri kereta yang terpaking agak jauh dari pintu masuk.
Bonet kereta dibuka sebelum dia menyimpan semua barang yang baru dibelinya. Baru sahaja dia hendak melangkah masuk, matanya terpandang purse berwarna hitam yang terdampar berhampirannya.




Andrea mengambil purse hitam itu, matanya meliar memerhatikan kawasan letak kereta mencari pemiliknya. Matanya tertacap pada seorang wanita berpakaian serba hitam dan bertopi besar sambil membawa plastik berisi barangan dapur.
“Cik…..cik, tunggu.” panggil Andrea, wanita itu berpaling. Andrea melangkah menghampiri wanita itu dengan senyuman dibibir.
“Ya….ada apa?.” tanya wanita itu. Andrea hanya tersenyum.
“Saya rasa ini cik punya. Saya jumpa purse ni jatuh kat sana.” ujar Andrea sambil menunjuk ke satu arah. Dia lantas menghulurkan purse ditangannya. Wanita itu membuka beg tangannya, dia tersenyum.
“Nasib baik cik jumpa, kalau tidak susah saya. Terima kasih ya.” ujar wanita itu. Andrea menggeleng.
“Tak apa…..hal kecil saja.” ujar Andrea, dia tidak dapat melihat wajah wanita itu yang berselindung disebalik topi dan cermin mata hitam.
“Saya Vivian….awak?.” tanya wanita itu.
“Elissa….” ujar Andrea sepatah.
“Gembira dapat kenal awak. Oklah saya pergi dulu….terima kasih sekali lagi sebab kembalikan purse saya.” ujar Vivian. Andrea mengangguk dan tersenyum.
Mereka berjabat tangan, Andrea pelik, aura wanita itu cukup kuat untuk membuatkan dia terfikir yang dia pernah melihat wanita itu sebelum ini. Namun dia masih mahu menidakkannya. Sebaik wanita itu berlalu, dia juga berlalu.




Andrea idak jadi menghidupkan enjin keretanya, dia keluar semula, cermin hadapan diperhati, ada sekeping nota disitu. Dia mengerutkan dahinya, hairan. Bila masanya pula nota itu terselit disitu, bisik hati kecilnya. Nota dicapai sebelum dibuka lipatannya dan dibaca.

I lost everything because of u  but don’t worry,
one day….i take it back from u, one by one.
           
Andrea menarik nafas panjang sebelum menghelanya lembut, rasa ingin ketawa terbit dihati bila membaca kata-kata berbau ugutan dari penulis misteri itu. Apalah yang dia ada untuk penulis misteri itu merampasnya.
Kertas berwarna hitam itu dikoyak sebelum digumpal lalu dicampak ketepi. Tak guna dilayan orang yang berfikiran singkat seperti itu, hanya menggunakan nota untuk meluahkan rasa hati tapi tidak berani untuk berdepan dengan dia.


            Vivian menanggalkan cermin matanya, dia tersenyum sinis. Andrea masih tidak berubah, biarpun sudah memenangi anugerah dan menjadi buruan lelaki, dia tetap sama seperti dulu.
            Kemasyuran dan kemewahan yang dia dapat tidak banyak mengubahnya. Dia kagum dengan cara Andrea mengatur hidupnya namun disebalik semua itu, dia juga merasakan yang gadis itu tidak layak untuk semuanya.
            “Macam-macam yang kau dah hadapi selama ni tapi kau masih berjaya mengharunginya. Aku tak sangka yang kau mampu membina semula hidup kau yang sudah musnah dulu….kau memang hebat, tapi sayangnya tak sehebat aku.”  ujarnya sambil ketawa.
            “Sampai masanya nanti, kau pasti akan hilang semuanya sedikit demi sedikit, aku akan pastikan itu. Aku akan rampas apa yang kau pernah rampas dari aku, aku takkan tinggalkan walaupun sedikit.” ujarnya lagi. Keretanya masih rapat mengekori kereta milik Andrea, dimana gadis itu berhenti, dia juga berhenti.




            Vivian mengetap bibirnya, dia tidak pernah lupa bagaimana rasa sakit bila dia kehilangan banyak perkara hanya kerana Andrea. Dia pernah memiliki kebahagian namun kebahagiaannya juga sudah dirampas oleh gadis itu.
            Sejak kali pertama bersua muka dengan gadis itu, dia sudah menjangkakan perkara ini. Apa kurangnya dia jika dibandingkan dengan gadis itu. Dia juga memiliki rupa paras yang cantik, lebih cantik dari gadis itu. Tapi kenapa gadis itu yang selalu mendapat perhatian, bukan dia.
            Dia akui Andrea terlalu sempurna dimata lelaki, kemana saja gadis pergi, dia pasti menjadi perhatian lelaki. Malahan bukan calang-calang orang yang jatuh hati padanya, dari lelaki sehebat jurugambar terkenal, Ben Belfour sehinggalah kepada pemilik The Style, Julian Fisher. Mereka tidak pernah jemu untuk melakukan pelbagai perkara semata-mata untuk menarik perhatian gadis itu Cuma Andrea saja yang melayan san menganggap mereka tidak lebih dari seorang kawan.
            “Aku takkan biarkan kau rampas kebahagiaan aku lagi, cukuplah selama ini aku terpinggir. Kali ini aku yang akan buat kau pula yang dipinggirkan.” ujar Vivian perlahan.
Jam ditangan sudah menunjukkan hampir pukul 5 petang, dia pantas bergerak meninggalkan Andrea yang masih lagi menikmati kopinya sambil berbual dengan seseorang. Ada kerja yang perlu dilakukan dan dia tidak mahu orang yang dia sayang ternanti-nanti kehadirannya.

Gerhana Cinta Luka 9


EPISODE 9
            Andrea melangkah perlahan menghampiri sebuah pusara sebelum meletakkan sejambak bunga kekwa putih dihadapan pusara itu. Matanya terpandang sejambak bunga lily hitam. Setiap kali dia datang kesini pasti jambangan bunga itu terlebih dahulu menghiasi.
            Dia pernah menunggu sehari suntuk untuk melihat siapa gerangan yang datang melawat pusara ini sebelum dia namun bayang pemilik jambangan lily hitam itu langsung tidak kelihatan seolah-olah  dia tahu ada orang yang menanti kunjungannya.




            Andrea duduk berteleku seketika dihadapan pusara itu, hampir sepuluh minit kemudian dia kembali membuka matanya. Senyuman hambar terukir dibibirnya, cuping telinganya dipegang lembut.
            “Sorry Aiden, dah lama I tak datang jenguk u. Kebelakangan ni I sibuk sangat dengan photo shoot. I tahu u faham sebab u juga pernah bergelar seorang jurugambar dulu kan.” ujar Andrea sambil tersenyum.
            “I baru pulang dari Kepulauan Sardinia, Italy, u tahu tak, tempat tu cantik sangat. I rasa macam I dah jatuh cinta pulak.” ujar Andrea sambil ketawa. Kameranya dikeluarkan sebelum gambar-gambar itu ditunjukkan pada Aiden.
            Rumput halus yang tumbuh sekitar pusara itu dicabut, dia tersenyum, menarik nafas sebelum mula bercerita. Ada banyak perkara yang ingin dilaporkan kepada pemilik pusara itu.
“U tahu tak….Yayasan Aiden Bayly dah berjaya membantu ramai pelajar miskin yang berbakat melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang. Dan salah seorang pelajar tajaan Yayasan u, berjaya merangkul Anugerah Perantis Muda dalam bidang aeroangkasa. I know u be proud, u are and me either.” ujar Andrea, dia duduk sambil memeluk lutut.
“Aiden….terima kasih atas semua tunjuk ajar yang u pernah berikan pada I. Hasilnya Anugerah Jurugambar Muda yang menjadi kebanggaan u dan harapan u untuk lihat I memenanginya, dah pun tercapai.” ujar Andrea sambil tersenyum.
           



            Aiden Joseph Bayly, lelaki pertama yang mengajarnya erti cinta juga lelaki pertama yang mengajarnya bagaimana untuk hidup. Lelaki itu yang bertanggungjawab mengembalikan semula semangatnya. Tapi sayangnya umur lelaki itu tidak panjang, dia ditemui mati tergantung diruang tamu rumahnya pada pagi 12 Ogos 2006.
Pihak polis mengspesifikasikan kejadian itu sebagai membunuh diri namun timbul pelbagai spekulasi berkaitan dengan kematiannya ekoran daripada tuntutan insuransnya yang meletakkan Andrea sebagai pewaris.
            Akibatnya dia dicemuh dan dipandang serong oleh masyarakat terutama sekali peminat setia lelaki itu. Mereka menuduh dia sebagai punca kematian lelaki itu dan dia mengakui kebenaran kata-kata mereka, memang dia yang menjadi penyebab kematian lelaki itu.
Tapi penyebabnya bukan kerana duit jauh sekali untuk mengambil kesempatan keatas kemasyuran lelaki itu seperti sangkaan mereka, dia menyebabkan lelaki itu mati kerana dia menolak cinta lelaki itu.
            “Aiden…..i’m truly sorry about what happen to u long time ago. I tak pernah berniat nak lukakan hati u. Kalaulah I tahu kata-kata I akan meragut nyawa u, sumpah I takkan tolak lamaran u.” ujar Andrea, air matanya menitis membasahi pipi. Wajah lelaki itu kembali terlayar di ruang mindanya.
            “Aiden….I wish I can turn back a time and never let u live me like this but I guess it won’t happen no matter what I do, right.” ujar Andrea perlahan.
            “I’m sorry, truly sorry….dan I tak rasa yang I akan dapat maafkan diri I atas apa yang I dah lakukan pada u sampai bila-bila.” ujar Andrea lagi, matanya dipejam rapat membiarkan air mata yang bergenang terus membasahi pipi.
Hujan yang turun renyai-renyai menyebabkan lamunan Andrea mati, dia segera bangun dan menyapu air matanya yang masih menitis dipipi.
“I kena pergi dulu, lain kali I datang lagi.” ujar Andrea sebelum melangkah pergi. Teksi yang dinaikinya meluncur pergi meninggalkan kawasan perkuburan Jalan Canary Park.




Seorang wanita berpakaian serba hitam melangkah menghampiri pusara Aiden sebaik sahaja Andrea pergi. Bunga kekwa putih yang diletakkan dihadapan pusara Aiden dikuis dengan kakinya lalu dipijak sehingga hancur.
Dimatanya terbayang api dendam yang sudah lama membara semakin marak menyala, dia tidak akan lepaskan orang yang telah memusnahkan kebahagiaannya untuk hidup bahagia.
“I takkan biarkan dia hidup tenang, sampai mati pun I tetap akan pastikan dia musnah. U tunggu sajalah Aiden, I akan buat dia menyesal kerana rampas u dari I dan kerana menyebabkan u mati. I janji sayang, I janji.” ujar gadis itu.
Dia takkan lupakan apa yang perlah perempuan itu lakukan padanya, dia takkan lupakan bagaimana perempuan itu merampas Aiden darinya sehingga menyebabkan lelaki itu mati.
Pusara Aiden ditingggalkan, dia pasti akan datang lagi lain kali. Batu nisan penanda pusara dikucup lembut sebelum  dia melangkah pergi dalam hujan lebat yang turun mencurah.




Andrea tidak jadi melangkah masuk, tombol pintu dilepaskan. Dia tunduk dan tangannya terus mencapai sekeping sampul surat hitam yang diselitkan dipintu masuk apartmentnya. Sampul itu dikoyak dengan berhati-hati, isinya dikeluarkan. Sebuah nota kecil berlipat dua dibuka.

u gonna pay for everything, for someone I lost because of u
and I will make sure that
u won’t live happily for rest of your life.

            Andrea mengeluh, kenapa penulis misteri ini tidak sudah-sudah mahu memporak perandakan hidupnya. Entah apa dan siapa yang telah dirampas dia darinya, dia sendiri tidak pasti.
Puas dia berfikir samaada dia pernah menyinggung perasaan sesiapa namun tiada nama yang terlintas di kotak fikirannya. Kertas itu terus digumpal sebelum dihumban kedalam bakul sampah.
            Pakaian yang dipakai tadi sudah siap berganti, Andrea mengenakan jeans lusuh dan kemeja berjalur menegak berwarna merah gelap. Belum sempat pintu almari ditutup, sebuah kotak kecil yang terselit dicelah lipatan bajunya jatuh ke lantai.
Penutupnya terbuka lantas menyerlahkan isi didalamnya. Andrea mengeluh, tangannya pantas mengutip kembali kertas yang berselerakan diatas lantai.




Andrea duduk lalu jari-jemarinya lembut mencapai sehelai kertas berwarna biru, berbau wangi. Lipatan kertas itu dibuka, terbias bait-bait ayat yang tertulis diatasnya.

Sayangku Elissa….
          Saat surat ini sampai ke tanganmu, aku mungkin sudah jauh melangkah. Satu pintaku jangan pernah biarkan air matamu mengiringi pemergianku. Jangan sesekali salahkan dirimu atas apa yang terjadi padaku, aku tahu bukan niatmu untuk melukai aku dan aku sudahpun memaafkan kamu untuk itu.

Elissa oh Elissa…..
          Maafkan aku sayang kerana tidak berdaya melawan kehendak hati, biarpun pernah aku katakan bahawa aku sudah menerima semua yang berlaku sebagai takdir.
Tapi sayangnya kata-kata itu hanya menjadi mainan dibibirku sedangkan hakikatnya aku memang tidak mampu hidup tanpamu, takkan mampu.

Elissa sayang…..
          Ketahuilah kamu bahawa aku terlalu menyintai dirimu, dan tiada apa yang dapat menterjemahkan segala perasaanku terhadapmu. Kau adalah anugerah terindah buatku, kerana kau duniaku terlepas, kerana kau ku bernafas dan kerana kau juga semangatku tewas.


Elissa tersayang….
          Izinkan aku untuk terus mencintaimu biarpun nyawaku sudah terpisah dari badan dan percayalah cintaku takkan pernah mati untukmu….Doaku semoga suatu hari nanti kau akan mendapat penganti yang lebih baik dari aku….

                                                Aku yang akan selalu mencintaimu,
-Aiden -

            Andrea melipat surat itu kembali sebelum dimasukkan semula kedalam kotak kecil tadi bersama-sama surat-surat penting milik Aiden dan disimpan didalam laci berkunci.
Almari ditutup semula, air matanya dikesat, gambar Aiden yang diletakkan disebelah gambar Hannah dipandang sepintas lalu. Sebuah ciuman dilekatkan dipermukaan frame.
Beg berisi kamera kesayangannya disangkutkan dibahu bersama sebuah lagi beg sandang. Dia melangkah keluar menuju kearah lif selepas  mengunci pintu.




            Andrea tenang memandu, hujan lebat yang turun menghadkan jarak penglihatannya menyebabkan dia terpaksa memperlahankan kereta.
            Butang hijau ditekan bila deringan berbunyi, dia berbual melalui earphone yang tersangkut ditelinganya. Pandangannya tajam memerhati jalan raya dihadapan, tidak mahu sebarang kesilapan berlaku yang akan mengakibatkan kemalangan.
            “Ya Thomas…..ada apa yang aku boleh tolong?.” Tanya Andrea.
            “Bila kau sampai?.” tanya Thomas.
            “Baru je lagi, dalam pukul 10.30.” ujar Andrea.
            “Kenapa tak call aku, boleh aku jemput.” ujar Thomas, Andrea tersenyum.
            “Tak apalah…bukannya susah sangat pun.” ujar Andrea, tenang.
            “Kau pergi lawat Aiden lagi ya.” Tanya Lelaki itu tiba-tiba. Andrea ketawa kecil.
            “Macam mana kau tahu?.” Tanya Andrea.
            “I saw your flower infront of his grave.” ujar Thomas.
            “Tapi bunga tu dah lunyai….” bisik hati Thomas. Andrea mengeluh.
            “ I just miss him…” ujarnya perlahan.
“Kau patut cuba untuk lupakan apa yang berlaku pada dia, dah enam tahun Aiden pergi.…sampai bila kau nak terus hidup macam ni. Kau kena ingat, bukan kau yang paksa dia buat semua tu….itu keputusan dia sendiri.” ujar Thomas, memujuk.
            “Tapi kalau aku tak tolak cinta dia, dia takkan bertindak macam tu. Aku tak seharusnya lukakan perasaan dia, aku sepatutnya terima saja cinta dia.” ujar Andrea. Dia punya alasan kenapa dia menolak cinta lelaki itu dan alasan itu hanya dia saja yang tahu.
            “Girl….kau sendiri tahu hati dan perasaan tak boleh dipaksa. Kau tak boleh korbankan kebahagiaan kau semata-mata nak bahagiakan dia. Itu bukan cinta namanya, itu simpati.” ujar Thomas.
            “Teruskan hidup kau dan cari penganti Aiden. Kau berhak untuk hidup bahagia macam orang lain.” ujar Thomas lagi. Andrea mendengus, lemah.
            “Tak semudah itu Tom untuk aku lupakan dia dan terima orang lain dalam hidup aku. Dia cinta pertama aku dan aku tak akan jatuh cinta lagi, cukuplah sekali.” ujar Andrea.
            “Mana kau tahu yang kau takkan jatuh cinta lagi, entah-entah….nanti kau akan jumpa dengan seseorang yang akan buat kau lepaskan Aiden sedikit demi sedikit. Aku akan berdoa untuk itu.” ujar Thomas.
            “Aku takkan jatuh cinta, tak akan Tom. Pasti….” ujar Andrea yakin seraya memutuskan perbualan.
Keretanya terus membelok masuk ke perkarangan supermarket. Langsung tidak disedarinya, ada seseorang yang sedang mengekorinya dari belakang.
                       


            Thomas mencampakkan handphonenya kesebelah, dia bersandar disofa, matanya tepat memandang siling pejabatnya.  Janjinya pada Aiden tetap akan dikotakan, dia tidak akan membiarkan Andrea sendirian.
Amanat yang telah Aiden amanahkan pada dia untuk terus membantu dan melindungi Andrea akan dilaksanakan sehingga akhir hayatnya.
            “Aiden….kau jangan bimbang, selagi aku hidup, aku akan tetap tunaikan amanah kau. Aku akan pastikan Elissa sentiasa selamat.” bisik Thomas perlahan, senyumannya terukir dibibir.

Gerhana Cinta Luka 8


EPISODE 8
SEPULUH TAHUN BERLALU……

            Gambar yang terpampang didada akhbar Cuma menyalakan lagi api dendam yang disimpannya sejak sekian lama. Senyuman manis yang terukir dibibir wanita itu membuatkan rasa sakit hatinya kian membengkak. Trofi yang tergenggam ditangan wanita itu sepatutnya menjadi milik dia kerana dia lebih layak untuk memilikinya.
            Pantas keratan akhbar ditangan dikoyak sebelum digumpal lalu dicampakkan kedalam tong sampah. Nafasnya turun naik menahan rasa marah yang kian beraja dihati. Perasaan dendam semakin membuak didalam dadanya, kian lama kian membara membakar sekeping hati.



   
            Pasu bunga yang terletak cantik diatas meja, dibaling ke dinding. Bencinya pada wanita itu mengatasi segalanya. Bukan mudah untuk dia melupakan apa yang pernah dirampas wanita itu darinya yang membuatkan dia kehilangan segala-galanya.
            Deraian kaca diatas lantai dipandang sepi, kalau bukan kerana Andrea, dia tidak perlu melalui semua ini. Jiwanya semakin kacau, fikirannya berserabut bila memikirkan Andrea.
Walau kemana sahaja dia pergi, bayang wanita itu sentiasa mengekori. Kewarasannya hampir hilang gara-gara wanita itu. Sepanjang lapan tahun ini, dia tidak pernah hidup dengan tenang.
            Andrea punya segalanya, kemewahan, kemasyuran dan nama sedangkan dia terpaksa bergelut untuk mencari sesuap nasi. Bukan mudah bagi dia untuk menjadi seperti sekarang, dia terpaksa bersengkang mata bekerja dan belajar pada masa yang sama.
            "Aku takkan lupakan apa yang pernah kau lakukan pada aku Andrea, aku takkan sesekali lupakannya." ujarnya lagi, dia bangun dari kerusi sebelum berlalu ke biliknya.




            Kotak antik yang memjadi tempat dia menyimpan barang-barang penting, dikeluarkan dari bawah katil. Penutupnya dibuka, barang didalamnya dikeluarkan.
            Dia tersenyum lebar, gelang dan rantai  yang disimpan sebagai kenangan bagi setiap hasil kerjanya cukup untuk membuatkan dia berbangga. Dia bangga hasil kerjanya menjadi buah mulut orang ramai, biarpun dia tidak mempunyai peminat khusus seperti Andrea, tapi dia tahu ramai yang mengagumi hasih tangannya.
            Tapi bukan mudah untuk meyakinkan mereka itu memberikan kerjasama padanya, mengubah penampilan mereka kepada gaya dan penampilan yang dia mahu. Dia terpaksa menggunakan nama Andrea sebagai pengukuh rancangannya dan hasilnya cukup memberangsangkan. Sedikit sebanyak, dendamnya pada wanita itu terbalas.
           
Biarpun wanita itu cukup dibenci namun namanya banyak membantu dia menjayakan setiap rancangannya. Bukan seorang dua yang tertarik dengan rancangannya, sehinggakan ada yang tidak segan silu meminta dia mengaturkan pertemuan dengan Andrea.
            ”Akan tiba masanya nanti giliran kau pula menyusul.” ujarnya sambil ketawa. Kotak itu kembali ditutup, sebelum disimpan dibawah katil.
Jam didinding hampir menunjukkan pukul 10 pagi, dia menggigit bibir, hampir terlupa rutin hariannya setiap hari. Kalau bukan kerana Andrea, tentu dia tidak akan lewat begini. Baju jaketnya dicapai, dia mahu keluar berjumpa seseorang.




            Kedai Bunga Rumina menjadi destinasi pertama, dia memang selalu kesana setiap kali mahu membeli bunga.  Dari jauh, papan tanda kedai itu jelas kelihatan.
            Senyuman dilemparkan pada pekerja yang menyambut kedatangannya. Dia melangkah masuk.
            ”Macam biasa....” ujar si gadis penjual bunga. Dia hanya mengangguk. Gadis itu pantas mencapai beberapa kuntum bunga lily hitam sebelum dibalut dengan kertas aluminium yang mengandungi span beisi air dihujung batangnya.
            Jambangan bunga tersebut dihulurkan pada wanita dihadapannya, duit dan bunga bertukar tangan. Dia terus melangkah keluar dari kedai tersebut.
           
Sesekali dia mengerling jambangan bunga yang diletakkan disebelah. Bunga itu diusap perlahan, sengaja dia memilih bunga itu sebagai lambang kasih sayangnya. Dia tersenyum, tidak sabar mahu untuk berjumpa dengan kekasih hatinya.
            Dia tidak pernah lupa untuk berkunjung kesana, hampir setiap hari melainkan dia mempunyai urusan tertentu yang tidak boleh ditinggalkan atau ada sesuatu perkara yang perlu dielakkan. Dia juga akan pastikan yang dia sentiasa menjadi orang pertama sampai kesana.




            Andrea menanggalkan cermin matanya sebaik sahaja dia keluar dari balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Alamas. Sebaik kakinya menjejak lantai lobi, dia menarik nafas lega. Dia tersenyum sambil melambai tangannya pada beberapa orang peminat yang sedia menunggu menyambut ketibaannya.
            Langkah dipercepatkan menghampiri mereka, dia tidak mahu membalas sokongan mereka dengan menghampakan mereka. Jambangan bunga yang dihulurkan padanya disambut dengan ucapan terima kasih. Sebaik mereka beransur pergi, dia turut sama berbuat demikian.




            Matanya meliar mencari kelibat teksi kosong yang beratur menunggu pelanggan. Seharian berada didalam perut kapal terbang membuatkan dia keletihan. Andrea mengangkat tangan, menahan teksi.
            ”Nak kemana cik?.” tanya si pemandu. Andrea tersenyum. Sebelum pulang kerumah, ada satu tempat yang perlu dikunjunginya terlebih dahulu.
            ”Tanah Perkuburan Jalan Canary Park.” ujarnya. Lelaki itu menganguk. Enjin kereta dihidupkan sebelum teksi berwarna kuning berjalur itu meluncur pergi.




            Kamera yang berada didalam beg dikeluarkan, dia menekan butang on/off, mahu melihat hasil yang berjaya dirakamnya ketika berada di Kepulauan Sardinia, Italy.
            Kepulauan ini mempunyai 8 buah bandar utama dimana Cagliari merupakan ibu negeri bagi kepulauan ini. Kali pertama berkunjung kesini, dia sudah jatuh hati.
            Andrea tersenyum, tidak sia-sia dia memilih untuk kesini kerana terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati tambahan pula, ada banyak sistem pengangkutan yang boleh dipilih. Dia tiba-tiba teringatkan sesuatu, lantas kameranya disimpan didalam beg.
            ”Pakcik....boleh berhenti dikedai bunga tu sekejap?.” tanya Andrea. Lelaki itu mengangguk. Teksi yang dinaikinya berhenti betul-betul disebelah Lusia Florist’s. Andrea menapak keluar.
            Bunga kekwa putih direnung lembut, pasti penerimanya gembira bila melihat bunga itu. Pandangannya dibuang keluar, agak lama dia tidak berkunjung kesana, ada banyak perkara yang ingin dikongsi bersama.
           
Dia sedar kesibukannya selalu membataskan dia untuk sentiasa berkunjung kesana, tapi dia tahu, penerima bunga itu pasti sedia maklum mengenainya kerana dia juga pernah bergelar seorang jurugambar sebelum ini.
            ”Cik....dah sampai.” ujar si pemandu teksi menyebabkan lamunan Andrea mati. Perkataan ’Tanah Perkuburan Canary Park’ tersegam dipintu masuk. Beg kameranya disangkut kebahu.
            ”Pakcik boleh tunggu tak, mungkin lama tapi pakcik jangan bimbang, saya bayar berapa saja tambangnya.” ujar Andrea, berharap. Lelaki itu mengangguk.
            “Tak apa…..cik ambillah masa sebanyak mana pun yang cik mahu.” ujar lelaki itu ramah. Andrea tersenyum lalu turun menghala ke pintu masuk.




            Andrea menarik nafas panjang sebelum meneruskan perjalanannya. Dikiri dan kanan, dipenuhi dengan pusara, dia melemparkan senyuman pada beberapa pengunjung yang turut sama mengunjungi Tanah Perkuburan Jalan Canary Park.
            Semakin hampir dengan pusara yang dituju, hatinya semakin sebak. Sedaya-upaya ditahan air matanya agar tidak jatuh. Dia tidak mahu menangis dihadapan pusara itu, tidak mahu merasakan semangatnya kembali luntur.
            Dari jauh dia melihat lelaki itu melambai-lambai tangannya, mengamit dirinya agar terus mendekati. Pasti lelaki itu sudah lama menunggu kehadirannya, dia mempercepatkan langkahnya.
            Daun-daun kering yang bertaburan diatas pusara dikutip satu persatu lalu dibuang ketepi. Bunga lily hitam diletakkan ditas pusara. Dia tersenyum sebelum memejamkan mata, bertafakur seketika.
            “Maaf I lambat hari ini.” ujarnya sambil tersenyum.
            “Rasanya perempuan tu dah lupakan u, sebab tu dia tak datang. Lepas menang anugerah je, terus lupa diri. Dah tak ingat jasa baik u membantu dia selama ini.” kutuknya.
            “Sebenarnya lebih baik kalau dia tidak datang, sekurang-kurangnya kebencian I pada dia takkan menyakitkan hati dan jiwa I.” ujarnya lagi. Dia ketawa kecil.
            Belum sempat dia menyambung bicara kembali, kelibat seseorang yang cukup dikenalinya menghampiri membuatkan dia sedikit cemas. Serta-merta kebenciannya meluap-luap tapi dia perlu beredar, tidak mahu wanita itu melihatnya disitu.
            “I pergi dulu, nanti I datang balik.” ujarnya sebelum menghilangkan diri disebalik pokok besar.