EPISODE
8
SEPULUH TAHUN
BERLALU……
Gambar yang
terpampang didada akhbar Cuma menyalakan lagi api dendam yang disimpannya sejak
sekian lama. Senyuman
manis yang terukir dibibir wanita itu membuatkan rasa sakit hatinya kian
membengkak. Trofi yang tergenggam ditangan wanita itu sepatutnya menjadi milik
dia kerana dia lebih layak untuk memilikinya.
Pantas keratan akhbar ditangan dikoyak
sebelum digumpal lalu dicampakkan kedalam tong sampah. Nafasnya turun naik
menahan rasa marah yang kian beraja dihati. Perasaan dendam semakin membuak
didalam dadanya, kian lama kian membara membakar sekeping hati.
Pasu bunga yang terletak cantik
diatas meja, dibaling ke dinding. Bencinya pada wanita itu mengatasi segalanya.
Bukan mudah untuk dia melupakan apa yang pernah dirampas wanita itu darinya
yang membuatkan dia kehilangan segala-galanya.
Deraian kaca diatas lantai dipandang
sepi, kalau bukan kerana Andrea, dia tidak perlu melalui semua ini. Jiwanya
semakin kacau, fikirannya berserabut bila memikirkan Andrea.
Walau kemana sahaja dia pergi, bayang wanita itu sentiasa
mengekori. Kewarasannya hampir hilang gara-gara wanita itu. Sepanjang lapan
tahun ini, dia tidak pernah hidup dengan tenang.
Andrea punya segalanya, kemewahan,
kemasyuran dan nama sedangkan dia terpaksa bergelut untuk mencari sesuap nasi. Bukan
mudah bagi dia untuk menjadi seperti sekarang, dia terpaksa bersengkang mata
bekerja dan belajar pada masa yang sama.
"Aku takkan lupakan apa yang
pernah kau lakukan pada aku Andrea, aku takkan sesekali lupakannya."
ujarnya lagi, dia bangun dari kerusi sebelum berlalu ke biliknya.
Kotak antik yang memjadi tempat dia
menyimpan barang-barang penting, dikeluarkan dari bawah katil. Penutupnya
dibuka, barang didalamnya dikeluarkan.
Dia tersenyum lebar, gelang dan
rantai yang disimpan sebagai kenangan
bagi setiap hasil kerjanya cukup untuk membuatkan dia berbangga. Dia bangga
hasil kerjanya menjadi buah mulut orang ramai, biarpun dia tidak mempunyai
peminat khusus seperti Andrea, tapi dia tahu ramai yang mengagumi hasih
tangannya.
Tapi bukan mudah untuk meyakinkan
mereka itu memberikan kerjasama padanya, mengubah penampilan mereka kepada gaya
dan penampilan yang dia mahu. Dia terpaksa menggunakan nama Andrea sebagai
pengukuh rancangannya dan hasilnya cukup memberangsangkan. Sedikit sebanyak,
dendamnya pada wanita itu terbalas.
Biarpun wanita itu cukup dibenci namun namanya banyak
membantu dia menjayakan setiap rancangannya. Bukan seorang dua yang tertarik
dengan rancangannya, sehinggakan ada yang tidak segan silu meminta dia
mengaturkan pertemuan dengan Andrea.
”Akan tiba masanya nanti giliran kau
pula menyusul.” ujarnya sambil ketawa. Kotak itu kembali ditutup, sebelum
disimpan dibawah katil.
Jam didinding hampir menunjukkan pukul 10 pagi, dia
menggigit bibir, hampir terlupa rutin hariannya setiap hari. Kalau bukan kerana
Andrea, tentu dia tidak akan lewat begini. Baju jaketnya dicapai, dia mahu
keluar berjumpa seseorang.
Kedai Bunga Rumina menjadi destinasi
pertama, dia memang selalu kesana setiap kali mahu membeli bunga. Dari jauh, papan tanda kedai itu jelas
kelihatan.
Senyuman dilemparkan pada pekerja
yang menyambut kedatangannya. Dia melangkah masuk.
”Macam biasa....” ujar si gadis
penjual bunga. Dia hanya mengangguk. Gadis itu pantas mencapai beberapa kuntum
bunga lily hitam sebelum dibalut dengan kertas aluminium yang mengandungi span
beisi air dihujung batangnya.
Jambangan bunga tersebut dihulurkan
pada wanita dihadapannya, duit dan bunga bertukar tangan. Dia terus melangkah
keluar dari kedai tersebut.
Sesekali dia mengerling jambangan bunga yang diletakkan
disebelah. Bunga itu diusap perlahan, sengaja dia memilih bunga itu sebagai
lambang kasih sayangnya. Dia tersenyum, tidak sabar mahu untuk berjumpa dengan
kekasih hatinya.
Dia tidak pernah lupa untuk
berkunjung kesana, hampir setiap hari melainkan dia mempunyai urusan tertentu
yang tidak boleh ditinggalkan atau ada sesuatu perkara yang perlu dielakkan.
Dia juga akan pastikan yang dia sentiasa menjadi orang pertama sampai kesana.
Andrea menanggalkan cermin matanya
sebaik sahaja dia keluar dari balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa
Alamas. Sebaik kakinya menjejak lantai lobi, dia menarik nafas lega. Dia
tersenyum sambil melambai tangannya pada beberapa orang peminat yang sedia
menunggu menyambut ketibaannya.
Langkah dipercepatkan menghampiri
mereka, dia tidak mahu membalas sokongan mereka dengan menghampakan mereka. Jambangan
bunga yang dihulurkan padanya disambut dengan ucapan terima kasih. Sebaik
mereka beransur pergi, dia turut sama berbuat demikian.
Matanya meliar mencari kelibat teksi
kosong yang beratur menunggu pelanggan. Seharian berada didalam perut kapal
terbang membuatkan dia keletihan. Andrea mengangkat tangan, menahan teksi.
”Nak kemana cik?.” tanya si pemandu.
Andrea tersenyum. Sebelum pulang kerumah, ada satu tempat yang perlu
dikunjunginya terlebih dahulu.
”Tanah Perkuburan Jalan Canary
Park.” ujarnya. Lelaki itu menganguk. Enjin kereta dihidupkan sebelum teksi
berwarna kuning berjalur itu meluncur pergi.
Kamera yang berada didalam beg
dikeluarkan, dia menekan butang on/off, mahu melihat hasil yang berjaya
dirakamnya ketika berada di Kepulauan Sardinia, Italy.
Kepulauan ini mempunyai 8 buah
bandar utama dimana Cagliari merupakan ibu negeri bagi kepulauan ini. Kali
pertama berkunjung kesini, dia sudah jatuh hati.
Andrea tersenyum, tidak sia-sia dia memilih
untuk kesini kerana terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati tambahan
pula, ada banyak sistem pengangkutan yang boleh dipilih. Dia tiba-tiba
teringatkan sesuatu, lantas kameranya disimpan didalam beg.
”Pakcik....boleh berhenti dikedai
bunga tu sekejap?.” tanya Andrea. Lelaki itu mengangguk. Teksi yang dinaikinya
berhenti betul-betul disebelah Lusia Florist’s. Andrea menapak keluar.
Bunga kekwa putih direnung lembut,
pasti penerimanya gembira bila melihat bunga itu. Pandangannya dibuang keluar,
agak lama dia tidak berkunjung kesana, ada banyak perkara yang ingin dikongsi
bersama.
Dia sedar kesibukannya selalu membataskan dia untuk
sentiasa berkunjung kesana, tapi dia tahu, penerima bunga itu pasti sedia
maklum mengenainya kerana dia juga pernah bergelar seorang jurugambar sebelum
ini.
”Cik....dah sampai.” ujar si pemandu
teksi menyebabkan lamunan Andrea mati. Perkataan ’Tanah Perkuburan Canary Park’
tersegam dipintu masuk. Beg kameranya disangkut kebahu.
”Pakcik boleh tunggu tak, mungkin
lama tapi pakcik jangan bimbang, saya bayar berapa saja tambangnya.” ujar
Andrea, berharap. Lelaki itu mengangguk.
“Tak apa…..cik ambillah masa
sebanyak mana pun yang cik mahu.” ujar lelaki itu ramah. Andrea tersenyum lalu turun
menghala ke pintu masuk.
Andrea menarik nafas panjang sebelum
meneruskan perjalanannya. Dikiri dan kanan, dipenuhi dengan pusara, dia
melemparkan senyuman pada beberapa pengunjung yang turut sama mengunjungi Tanah
Perkuburan Jalan Canary Park.
Semakin hampir dengan pusara yang
dituju, hatinya semakin sebak. Sedaya-upaya ditahan air matanya agar tidak
jatuh. Dia tidak mahu menangis dihadapan pusara itu, tidak mahu merasakan
semangatnya kembali luntur.
Dari jauh dia melihat lelaki itu
melambai-lambai tangannya, mengamit dirinya agar terus mendekati. Pasti lelaki
itu sudah lama menunggu kehadirannya, dia mempercepatkan langkahnya.
Daun-daun kering yang bertaburan
diatas pusara dikutip satu persatu lalu dibuang ketepi. Bunga lily hitam
diletakkan ditas pusara. Dia tersenyum sebelum memejamkan mata, bertafakur
seketika.
“Maaf I lambat hari ini.” ujarnya
sambil tersenyum.
“Rasanya perempuan tu dah lupakan u,
sebab tu dia tak datang. Lepas menang anugerah je, terus lupa diri. Dah tak
ingat jasa baik u membantu dia selama ini.” kutuknya.
“Sebenarnya lebih baik kalau dia
tidak datang, sekurang-kurangnya kebencian I pada dia takkan menyakitkan hati
dan jiwa I.” ujarnya lagi. Dia ketawa kecil.
Belum sempat dia menyambung bicara
kembali, kelibat seseorang yang cukup dikenalinya menghampiri membuatkan dia
sedikit cemas. Serta-merta kebenciannya meluap-luap tapi dia perlu beredar,
tidak mahu wanita itu melihatnya disitu.
“I pergi dulu, nanti I datang
balik.” ujarnya sebelum menghilangkan diri disebalik pokok besar.
bile novel tragedi cinta akn di pasar kan.. ???
BalasPadameunhea diela....
BalasPadamentahlah, eila pun tak pasti bila.masih menanti kata putus dari pihak admin kakinovel....doa-doakanlah ya semoga tragedi cinta akan berada dipasaran.
p/s : maaf sebab buat semua pembaca tragedi cinta menunggu lama....