Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Khamis, 24 Mei 2012

Gerhana Cinta Luka 9


EPISODE 9
            Andrea melangkah perlahan menghampiri sebuah pusara sebelum meletakkan sejambak bunga kekwa putih dihadapan pusara itu. Matanya terpandang sejambak bunga lily hitam. Setiap kali dia datang kesini pasti jambangan bunga itu terlebih dahulu menghiasi.
            Dia pernah menunggu sehari suntuk untuk melihat siapa gerangan yang datang melawat pusara ini sebelum dia namun bayang pemilik jambangan lily hitam itu langsung tidak kelihatan seolah-olah  dia tahu ada orang yang menanti kunjungannya.




            Andrea duduk berteleku seketika dihadapan pusara itu, hampir sepuluh minit kemudian dia kembali membuka matanya. Senyuman hambar terukir dibibirnya, cuping telinganya dipegang lembut.
            “Sorry Aiden, dah lama I tak datang jenguk u. Kebelakangan ni I sibuk sangat dengan photo shoot. I tahu u faham sebab u juga pernah bergelar seorang jurugambar dulu kan.” ujar Andrea sambil tersenyum.
            “I baru pulang dari Kepulauan Sardinia, Italy, u tahu tak, tempat tu cantik sangat. I rasa macam I dah jatuh cinta pulak.” ujar Andrea sambil ketawa. Kameranya dikeluarkan sebelum gambar-gambar itu ditunjukkan pada Aiden.
            Rumput halus yang tumbuh sekitar pusara itu dicabut, dia tersenyum, menarik nafas sebelum mula bercerita. Ada banyak perkara yang ingin dilaporkan kepada pemilik pusara itu.
“U tahu tak….Yayasan Aiden Bayly dah berjaya membantu ramai pelajar miskin yang berbakat melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang. Dan salah seorang pelajar tajaan Yayasan u, berjaya merangkul Anugerah Perantis Muda dalam bidang aeroangkasa. I know u be proud, u are and me either.” ujar Andrea, dia duduk sambil memeluk lutut.
“Aiden….terima kasih atas semua tunjuk ajar yang u pernah berikan pada I. Hasilnya Anugerah Jurugambar Muda yang menjadi kebanggaan u dan harapan u untuk lihat I memenanginya, dah pun tercapai.” ujar Andrea sambil tersenyum.
           



            Aiden Joseph Bayly, lelaki pertama yang mengajarnya erti cinta juga lelaki pertama yang mengajarnya bagaimana untuk hidup. Lelaki itu yang bertanggungjawab mengembalikan semula semangatnya. Tapi sayangnya umur lelaki itu tidak panjang, dia ditemui mati tergantung diruang tamu rumahnya pada pagi 12 Ogos 2006.
Pihak polis mengspesifikasikan kejadian itu sebagai membunuh diri namun timbul pelbagai spekulasi berkaitan dengan kematiannya ekoran daripada tuntutan insuransnya yang meletakkan Andrea sebagai pewaris.
            Akibatnya dia dicemuh dan dipandang serong oleh masyarakat terutama sekali peminat setia lelaki itu. Mereka menuduh dia sebagai punca kematian lelaki itu dan dia mengakui kebenaran kata-kata mereka, memang dia yang menjadi penyebab kematian lelaki itu.
Tapi penyebabnya bukan kerana duit jauh sekali untuk mengambil kesempatan keatas kemasyuran lelaki itu seperti sangkaan mereka, dia menyebabkan lelaki itu mati kerana dia menolak cinta lelaki itu.
            “Aiden…..i’m truly sorry about what happen to u long time ago. I tak pernah berniat nak lukakan hati u. Kalaulah I tahu kata-kata I akan meragut nyawa u, sumpah I takkan tolak lamaran u.” ujar Andrea, air matanya menitis membasahi pipi. Wajah lelaki itu kembali terlayar di ruang mindanya.
            “Aiden….I wish I can turn back a time and never let u live me like this but I guess it won’t happen no matter what I do, right.” ujar Andrea perlahan.
            “I’m sorry, truly sorry….dan I tak rasa yang I akan dapat maafkan diri I atas apa yang I dah lakukan pada u sampai bila-bila.” ujar Andrea lagi, matanya dipejam rapat membiarkan air mata yang bergenang terus membasahi pipi.
Hujan yang turun renyai-renyai menyebabkan lamunan Andrea mati, dia segera bangun dan menyapu air matanya yang masih menitis dipipi.
“I kena pergi dulu, lain kali I datang lagi.” ujar Andrea sebelum melangkah pergi. Teksi yang dinaikinya meluncur pergi meninggalkan kawasan perkuburan Jalan Canary Park.




Seorang wanita berpakaian serba hitam melangkah menghampiri pusara Aiden sebaik sahaja Andrea pergi. Bunga kekwa putih yang diletakkan dihadapan pusara Aiden dikuis dengan kakinya lalu dipijak sehingga hancur.
Dimatanya terbayang api dendam yang sudah lama membara semakin marak menyala, dia tidak akan lepaskan orang yang telah memusnahkan kebahagiaannya untuk hidup bahagia.
“I takkan biarkan dia hidup tenang, sampai mati pun I tetap akan pastikan dia musnah. U tunggu sajalah Aiden, I akan buat dia menyesal kerana rampas u dari I dan kerana menyebabkan u mati. I janji sayang, I janji.” ujar gadis itu.
Dia takkan lupakan apa yang perlah perempuan itu lakukan padanya, dia takkan lupakan bagaimana perempuan itu merampas Aiden darinya sehingga menyebabkan lelaki itu mati.
Pusara Aiden ditingggalkan, dia pasti akan datang lagi lain kali. Batu nisan penanda pusara dikucup lembut sebelum  dia melangkah pergi dalam hujan lebat yang turun mencurah.




Andrea tidak jadi melangkah masuk, tombol pintu dilepaskan. Dia tunduk dan tangannya terus mencapai sekeping sampul surat hitam yang diselitkan dipintu masuk apartmentnya. Sampul itu dikoyak dengan berhati-hati, isinya dikeluarkan. Sebuah nota kecil berlipat dua dibuka.

u gonna pay for everything, for someone I lost because of u
and I will make sure that
u won’t live happily for rest of your life.

            Andrea mengeluh, kenapa penulis misteri ini tidak sudah-sudah mahu memporak perandakan hidupnya. Entah apa dan siapa yang telah dirampas dia darinya, dia sendiri tidak pasti.
Puas dia berfikir samaada dia pernah menyinggung perasaan sesiapa namun tiada nama yang terlintas di kotak fikirannya. Kertas itu terus digumpal sebelum dihumban kedalam bakul sampah.
            Pakaian yang dipakai tadi sudah siap berganti, Andrea mengenakan jeans lusuh dan kemeja berjalur menegak berwarna merah gelap. Belum sempat pintu almari ditutup, sebuah kotak kecil yang terselit dicelah lipatan bajunya jatuh ke lantai.
Penutupnya terbuka lantas menyerlahkan isi didalamnya. Andrea mengeluh, tangannya pantas mengutip kembali kertas yang berselerakan diatas lantai.




Andrea duduk lalu jari-jemarinya lembut mencapai sehelai kertas berwarna biru, berbau wangi. Lipatan kertas itu dibuka, terbias bait-bait ayat yang tertulis diatasnya.

Sayangku Elissa….
          Saat surat ini sampai ke tanganmu, aku mungkin sudah jauh melangkah. Satu pintaku jangan pernah biarkan air matamu mengiringi pemergianku. Jangan sesekali salahkan dirimu atas apa yang terjadi padaku, aku tahu bukan niatmu untuk melukai aku dan aku sudahpun memaafkan kamu untuk itu.

Elissa oh Elissa…..
          Maafkan aku sayang kerana tidak berdaya melawan kehendak hati, biarpun pernah aku katakan bahawa aku sudah menerima semua yang berlaku sebagai takdir.
Tapi sayangnya kata-kata itu hanya menjadi mainan dibibirku sedangkan hakikatnya aku memang tidak mampu hidup tanpamu, takkan mampu.

Elissa sayang…..
          Ketahuilah kamu bahawa aku terlalu menyintai dirimu, dan tiada apa yang dapat menterjemahkan segala perasaanku terhadapmu. Kau adalah anugerah terindah buatku, kerana kau duniaku terlepas, kerana kau ku bernafas dan kerana kau juga semangatku tewas.


Elissa tersayang….
          Izinkan aku untuk terus mencintaimu biarpun nyawaku sudah terpisah dari badan dan percayalah cintaku takkan pernah mati untukmu….Doaku semoga suatu hari nanti kau akan mendapat penganti yang lebih baik dari aku….

                                                Aku yang akan selalu mencintaimu,
-Aiden -

            Andrea melipat surat itu kembali sebelum dimasukkan semula kedalam kotak kecil tadi bersama-sama surat-surat penting milik Aiden dan disimpan didalam laci berkunci.
Almari ditutup semula, air matanya dikesat, gambar Aiden yang diletakkan disebelah gambar Hannah dipandang sepintas lalu. Sebuah ciuman dilekatkan dipermukaan frame.
Beg berisi kamera kesayangannya disangkutkan dibahu bersama sebuah lagi beg sandang. Dia melangkah keluar menuju kearah lif selepas  mengunci pintu.




            Andrea tenang memandu, hujan lebat yang turun menghadkan jarak penglihatannya menyebabkan dia terpaksa memperlahankan kereta.
            Butang hijau ditekan bila deringan berbunyi, dia berbual melalui earphone yang tersangkut ditelinganya. Pandangannya tajam memerhati jalan raya dihadapan, tidak mahu sebarang kesilapan berlaku yang akan mengakibatkan kemalangan.
            “Ya Thomas…..ada apa yang aku boleh tolong?.” Tanya Andrea.
            “Bila kau sampai?.” tanya Thomas.
            “Baru je lagi, dalam pukul 10.30.” ujar Andrea.
            “Kenapa tak call aku, boleh aku jemput.” ujar Thomas, Andrea tersenyum.
            “Tak apalah…bukannya susah sangat pun.” ujar Andrea, tenang.
            “Kau pergi lawat Aiden lagi ya.” Tanya Lelaki itu tiba-tiba. Andrea ketawa kecil.
            “Macam mana kau tahu?.” Tanya Andrea.
            “I saw your flower infront of his grave.” ujar Thomas.
            “Tapi bunga tu dah lunyai….” bisik hati Thomas. Andrea mengeluh.
            “ I just miss him…” ujarnya perlahan.
“Kau patut cuba untuk lupakan apa yang berlaku pada dia, dah enam tahun Aiden pergi.…sampai bila kau nak terus hidup macam ni. Kau kena ingat, bukan kau yang paksa dia buat semua tu….itu keputusan dia sendiri.” ujar Thomas, memujuk.
            “Tapi kalau aku tak tolak cinta dia, dia takkan bertindak macam tu. Aku tak seharusnya lukakan perasaan dia, aku sepatutnya terima saja cinta dia.” ujar Andrea. Dia punya alasan kenapa dia menolak cinta lelaki itu dan alasan itu hanya dia saja yang tahu.
            “Girl….kau sendiri tahu hati dan perasaan tak boleh dipaksa. Kau tak boleh korbankan kebahagiaan kau semata-mata nak bahagiakan dia. Itu bukan cinta namanya, itu simpati.” ujar Thomas.
            “Teruskan hidup kau dan cari penganti Aiden. Kau berhak untuk hidup bahagia macam orang lain.” ujar Thomas lagi. Andrea mendengus, lemah.
            “Tak semudah itu Tom untuk aku lupakan dia dan terima orang lain dalam hidup aku. Dia cinta pertama aku dan aku tak akan jatuh cinta lagi, cukuplah sekali.” ujar Andrea.
            “Mana kau tahu yang kau takkan jatuh cinta lagi, entah-entah….nanti kau akan jumpa dengan seseorang yang akan buat kau lepaskan Aiden sedikit demi sedikit. Aku akan berdoa untuk itu.” ujar Thomas.
            “Aku takkan jatuh cinta, tak akan Tom. Pasti….” ujar Andrea yakin seraya memutuskan perbualan.
Keretanya terus membelok masuk ke perkarangan supermarket. Langsung tidak disedarinya, ada seseorang yang sedang mengekorinya dari belakang.
                       


            Thomas mencampakkan handphonenya kesebelah, dia bersandar disofa, matanya tepat memandang siling pejabatnya.  Janjinya pada Aiden tetap akan dikotakan, dia tidak akan membiarkan Andrea sendirian.
Amanat yang telah Aiden amanahkan pada dia untuk terus membantu dan melindungi Andrea akan dilaksanakan sehingga akhir hayatnya.
            “Aiden….kau jangan bimbang, selagi aku hidup, aku akan tetap tunaikan amanah kau. Aku akan pastikan Elissa sentiasa selamat.” bisik Thomas perlahan, senyumannya terukir dibibir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan