Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Rabu, 18 April 2012

GERHANA CINTA LUKA 7


EPISODE 7
Perkarangan Stesen bas Pekan Primrose penuh sesak dengan kehadiran ahli keluarga dan rakan-rakan yang berkumpul sesama mereka sejak awal pagi lagi bagi menghantar anak-anak dan sahabat  yang akan melanjutkan pelajaran ke luar.
Suasana terasa sedikit hiba, ibu-ibu tidak lekang dengan tisu ditangan, sedih kerana terpaksa berpisah dengan anak-anak tersayang. Manakala si bapa pula kelihatan tenang, namun gundah dihati tiada siapa yang tahu.
Bagi pihak si anak pula, inilah masa yang ditunggu-tunggu untuk keluar dari kepompong ibubapa. Masa untuk merasa kebebasan tanpa campur tangan ibubapa. Masa untuk menikmati kehidupan dan menimba pengalaman baru.




Andrea, Thalia, Sandra dan Marion duduk disatu sudut bertemankan ahli keluarga masing-masing sambil berbual sementara menunggu bas sampai.
“Tiket penerbangan semua dah ada?.” Tanya makcik Jane. Andrea, Thalia, Sandra dan Marion hanya mengangguk.
“Dah tak ada apa-apa yang tertinggal?.” Tanya Puan Silvia. Masing-masing menggeleng.
“Jaga diri baik-baik. Sebelum nak buat sesuatu, fikir dulu baik buruknya. Jaga maruah diri dan keluarga. Belajar rajin-rajin dan bawa balik ijazah untuk kami.” pesan Encik Roland. Masing-masing hanya mengangguk.
Puan Jenny menghampiri Andrea, dia duduk disisi. Tangan Andrea diraih lembut, diusap sebelum dikucup. Walaupun wajah itu tidak lagi menunjukkan kesedihan, tapi dimatanya sudah mencerminkan  apa rasa dihati.
“Ann….jangan ingat perkara yang lepas lagi ya.” ujar Puan Jenny sambil mengusap lembut rambut gadis dihadapannya, kini kasihnya ditumpahkan pada anak itu, sebagai pengganti Hannah. Andrea hanya mengangguk.
Biarpun di tidak yakin yang dia mampu melakukannya. Air mata yang hampir menitis ditahan agar tidak jatuh, dia tidak mahu menambahkan lagi kesedihan Puan Jenny.
“Jangan lupa hubungi kami bila sampai. Selalulah hantar berita pada kami.” pesan Puan Donna pula.
“Jangan bimbang, kami akan selalu hantar berita nanti.” ujar Thalia bagi pihak mereka berempat.




Thalia menarik tangan sahabatnya menjauhkan diri sedikit dari ahli keluarga, dia mahu menghabiskan masa yang sedikit ini bersama mereka.
“Nanti bila cuti, kita balik ke sini. Berkongsi cerita tentang kehidupan kita masing-masing.” ujar Thalia. Sandra dan Marion mengangguk, namun Andrea tidak menunjukkan sebarang reaksi.
“Ann…..kau ok?.” Tanya Sandra. Andrea mengukirkan senyuman hambar.
“Sedih…..aku rindukan Hannah. Kalau dia ada bersama kita hari ini, tentu seronokkan.” ujar Andrea perlahan, jujur. Thalia mengeluh.
“Jangan lah macam ni…..kan kita dah janji tak nak ingat lagi pasal hal tu.” ujar Thalia. Sandra dan Marion mengangguk.
“Aku tahu tapi entah kenapa aku masih jugak terfikirkan pasal hal ni, rasa kesal….marah…kecewa, semuanya bersatu dalam hati aku.” ujar Andrea, masing-masing terdiam, tidak dapat meneruskan kata-kata lagi.
“Bukan kau sorang yang merasakannya, kami juga tapi kita tak boleh patah semangat sekarang, ada perjuangan yang perlu kita teruskan.” ujar Marion.
“Sudahlah….jangan cakap pasal ni lagi. Elok kita lupakan saja, perkara sedih tak guna diingatkan lagi. Kita menangis, meratap sekalipun….Hannah takkan kembali semula kesisi kita.” ujar Sandra, geram.
“Aku minta maaf….aku tak bermaksud nak buat korang semua terasa hati, aku Cuma…..” Andrea tidak mahu menghabiskan katanya, dia hanya mengeluh dan tunduk memandang jalan raya.
“Tak apalah Ann…..kami faham, kami Cuma tak nak kau terus hidup dalam kekesalan. Apa yang berlaku bukan salah sesiapa, tapi kerana takdir dah tentukan yang Hannah akan tinggalkan kita.” ujar Sandra. Marion mengangguk.
“Korang tahu tak….hari tu makcik Jenny bagitau aku, permohonan Hannah untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Sains Negara di Pictor dah diterima. Kalau dia masih bersama kita pada hari ini, pasti dia yang paling gembira kerana impian dia dah hampir tercapai.” ujar Andrea. Air matanya menitis jua.
“Aku tahu…..dan kita pasti akan dapat bintang sebagai hadiah.” ujar Thalia.
“Hannah mungkin tak dapat merealisasikan impian dia, tapi kita masih ada peluang untuk melakukannya. Kita anggap saja, bila kita dah berjaya….maknanya Hannah juga dah berjaya.” ujar Sandra.
“Aku nak…..tiga tahun lagi bila kita kembali semula kesini, rumah pokok akan jadi saksi kejayaan kita semua. Kita akan sama-sama bangunkan pekan ni.” ujar Thalia.
“Kita sama-sama tempuhi hari tua kita, sehidup dan semati.” ujar Marion. Masing-masing mengangguk.




“Thalia….” panggil seseorang, mereka berempat berpaling serentak. Andrea, Sandra dan Marion tersenyum manakala muka Thalia kelihatan  tidak senang.
“Kau nak apa lagi, tak habis-habis lagi ke nak cari pasal dengan aku. Dah nak keluar dari pekan ni pun, kau masih tak serik nak kenakan aku.” marah Thalia, Alan ketawa.
“Janganlah marah…..aku datang bukan nak bergaduh dengan kau. Aku Cuma nak bagi benda ni je. Kau ni cepat sangatlah melenting.” ujar Alan, ketawa besar. Thalia mendengus.
“Apa ni?.” Tanya Thalia sewaktu Alan menghulurkan sebuah kotak berbalut kemas.
“Kau tengoklah sendiri….tapi jangan buka selagi aku tak pergi.” ujar Alan lantas terus berlalu meninggalkan gadis itu. Thalia mengecilkan matanya, jangan-jangan lelaki itu sengaja mehu mempermainkannya lagi seperti sebelum ini.
“Kau agak-agak apa benda kat dalam ni?.” Tanya Thalia, dia mengongcangkan kotak itu. Andrea mengangkat bahunya.
“Bukalah. Kita tengok apa ada kat dalam tu.” arah Sandra, mereka sudah tidak sabar mahu melihat isinya. Thalia mengangguk.
Perlahan-lahan tangan Thalia mengoyak kertas pembalut berbunga matahari, penutup kotak dibuka. Sebentar kemudian kedengaran jeritan mereka berempat memecah suasana.
“Tak guna punya Alan….nantilah kau, kalau aku dapat…..aku sumbat katak hijau ni dalam mulut kau.” jerit Thalia. Katak yang dijadikan hadiah tadi, melompat dan menghilang hentah kemana.




Alan yang berdiri agak jauh dari mereka bersama kawan-kawannya ketawa terbahak-bahak. Gelihati melihat wajah Thalia yang merah padam menahan rasa marah.
“Suka tak hadiah tu….aku cari katak tu istimewa buat kau, sebagai hadiah perpisahan.” ujar Alan. Thalia yang semakin bengang dengan kata-kata Alan, cuba meluru kearahnya namun sempat dihalang oleh Andrea.
“Sabar la Thalia…..jangan cari pasal sekarang.” pujuk Andrea. Thalia menarik nafas, cuba bertenang.
“Satu hari nanti aku akan pastikan kau terima balasannya.” ujar Thalia, geram. Sandra dan Marion hanya mampu menggelengkan kepala sahaja, tidak mahu masuk campur dalam pertelingkahan antara Thalia dan Alan.
“Tak sabar aku nak tunggu….” jerit Alan dengan ketawanya, dia beredar. Thalia mengipas-ngipas wajahnya dengan tangan, meredakan bara yang sedang membakar hatinya.




Alan Wilson, satu-satunya rakan mereka yang memilih untuk memasuki Akademi Polis Negara yang terletak di Perseus, jauh melangkaui minatnya dalam bidang elektrikal dan tiada siapa dapat menjangka yang dia akan memilih bidang kepolisan sebaik tamat persekolahan.
“Kau Cuma perlu tunggu tiga tahun saja lagi untuk balas dendam. Bila dia dan kau dah tamat belajar nanti, korang bolehlah teruskan agenda korang untuk saling berbalas dendam.” usik Andrea. Thalia mencemik, sakit hatinya masih belum reda.
“Bukan agenda dah, tapi perang dunia ketiga bakal meletus tak lama lagi. Jadi korang bersiap-siaplah untuk saksikannya sebab aku bakal bomkan kepala otak Alan nanti.” ujar Thalia, geram.
“Ha…..kau biar betul, dah nekad ke?tak nak fikir lagi.” usik Sandra, sengaja membakar perasaan Thalia.
“Aku dah fikir masak-masak malah dah sampai rentung pun.” balas Thalia. Andrea dan Marion ketawa besar. Bahu Thalia ditepuk lembut.
Panggilan dari makcik Jane mematikan perbualan mereka, pantas langkah kaki diatur menuju kearah keluarga yang sedia menanti. Masing-masing saling berbalas pelukan, sebak terasa mencengkam dada saat mereka dipeluk erat oleh ibubapa Hannah.


Andrea, Thalia, Sandra dan Marion mengalas beg dibahu, begasi mereka sudah dimasukkan kedalam perut bas.  Mereka akan menaiki bas ekspress ke Antlia sebelum menaiki penerbangan menuju ke destinasi masing-masing.
Lambaian tangan mengiringi pemergian mereka, bas meluncur laju meninggalkan Pekan Primrose, semakin lama semakin jauh.
Andrea sempat merakam segenap inci sudut Pekan Primrose, mahu mengabadikan semuanya dalam ingatan. Dia tidak pasti jika dia akan kembali lagi ke pekan ini selepas tamat pengajian nanti.




Pandangannya dibuang jauh keluar tingkap, dia meraba-raba balutan yang menutup hampir keseluruhan wajahnya. Biarpun terpaksa menahan sakit dan menghabiskan simpanannya, dia tetap bertekad mahu melakukan pembedahan plastik untuk menukar wajahnya.
Derapan langkah kaki yang menghampiri biliknya membuatkan dia berpaling kearah pintu. Seorang lelaki berjubah putih yang diiringi seorang gadis yang memakai pakaian dengan warna yang sama tersenyum.
“Dah ready?.” tanya lelaki itu. Dia mengangguk.
“Kalau macam tu, bolehlah saya buka balutan wajah awak.” ujar lelaki itu.
“Dah tentulah, saya pun dah tak sabar nak tengok wajah baru saya.” ujarnya, lelaki itu ketawa lantas mengarahkan pembantunya bersedia.

Dia berdebar menanti balutan wajahnya dibuka sepenuhnya, matanya dipejam rapat saat tangan doktor yang melakukan pembedahan pada wajahnya itu, membuang pembalut kain yang melingkari wajahnya.
“Sekarang cik boleh tengok sendiri wajah baru cik, bagaimana….puas hati?.” tanya Doktor itu sambil menghulurkan sebuah cermin muka. Dia tersenyum manis.
“Cantik, cukup cantik. U memang pakar la dalam bidang ni doc. I kagum sangat. Rasanya lepas ni takkan ada orang yang kenal I lagi.” ujarnya, berpuas hati. Lelaki berjubah putih itu tersenyum, bangga kerana diberi pujian.
“Mestilah, kalau tak takkan ramai selebriti datang pada I.” ujar lelaki itu.
“Memang kenalah dengan bayarannya, habis duit simpanan I tau. Tapi tak apa, duit boleh cari.” ujarnya, lelaki itu mengangguk.
“Ini identiti baru u, u boleh guna identiti ni untuk sebarang urusan dan u tak perlu bimbang.” ujar lelaki itu, dia menghulurkan sekeping kad identiti diri yang baru.
Senyuman terukir dibibirnya, mulai hari ini dia akan memulakan hidup baru. Bila sampai masanya nanti dia akan melunaskan semua dendamnya pada orang yang paling dibenci itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan